1 1 UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA (BUDIMAN) URUSETIA: d/a No. 27, Jalan Bahagia 2, Off Jalan Ketoyong, Taman Pelangi, 35900 Tanjong Malim, Perak. Telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan; PADA : 23 Januari 2010 TEMPAT : Dewan Seminar, Perpustakaan, Tuanku Bainun, UPSI MASA : 11.30 pagi
26
Embed
UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1
UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA
(BUDIMAN)
URUSETIA: d/a No. 27, Jalan Bahagia 2,
Off Jalan Ketoyong,
Taman Pelangi,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Telah dibentangkan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Penaja Penubuhan;
PADA : 23 Januari 2010 TEMPAT : Dewan Seminar, Perpustakaan, Tuanku Bainun, UPSI MASA : 11.30 pagi
2
2
UNDANG-UNDANG BAGI
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA (BUDIMAN)
FASAL 1. NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA. Selepas ini disebut PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.
FASA 2. TEMPAT URUSAN
1.1 Alamat tempat urusan pertubuhan ini ialah No. 27, Jalan Bahagia
2, Off Jalan Ketoyong, Taman Pelangi 2, 35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan atau tempat-tempat yang akan ditetapkan
dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. dan alamat surat
menyurat ialah No. 27, Jalan Bahagia 2, Off Jalan Ketoyong,
Taman Pelangi 2, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA tidak boleh
diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
Lambang PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA
berteraskan falsafah persuratan mendokong kemurnian ilmu dan
3
3
menyebarluaskannya untuk manfaat manusia sejagat. Hal ini
dizahirkan menerusi tiga komponen iaitu:
a) perkataan BUDIMAN berwarna hitam dengan keterangan
nama penuh di bawahnya,
b) buku berwarna putih di atas nama BUDIMAN, dan
c) empat kelopak warna hijau muda dan hijau gelap terletak
teguh di atas buku dengan kelopak terbuka ke atas sebagai
lambang kepelbagaian ilmu dan persuratan yang didokongi
persatuan.
Keterangan warna dan simbol pada logo;
a) Warna hitam pada tulisan BUDIMAN bermaksud
kesejahateraan dan ketulusan dalam kegiatan.
b) Warna putih pada buku (atas perkataan BUDIMAN)
bermaksud ilmu persuratan yang benar dan bermanfaat,
c) warna hijau gelap pada kelopak sebelah kiri bermaksud
tahap ilmu dan aktiviti persuratan tinggi;
d) warna hijau muda pada tiga kelopak tengah dan kanan
bermaksud tahap ilmu dan aktiviti persuratan yang pelbagai.
4
4
FASAL 4. TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD-MAKSUD:
4.1 Menanam perasaan kasih, minat dan tanggungjawab dalam
usaha mengembangkan dan memperkasa kesusasteraan dan
bahasa Melayu dalam kalangan ahlinya, masyarakat awam di
Malaysia dan di luar Malaysia.
4.2 Memperjuangkan hak-hak ahlinya dan pengamal kesusasteraan
dan bahasa Melayu dalam bidangnya.
4.3 Membangunkan kesusasteraan dan bahasa Melayu sebagai asas
pembinaan negara bangsa dan peradaban.
Membimbing dan melatih ahli-ahli ke arah pengamalan
kesusasteraan dan bahasa Melayu yang profesional.
4.4 Menggalakkan, memajukan, menyusun serta menganjurkan
kegiatan penulisan dan persuratan Melayu dalam kalangan ahli-
ahli dan orang ramai mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
pihak persatuan.
4.5 Menjalankan dan memajukan kegiatan berteraskan penyelidikan
kesusasteraan Melayu, bahasa Melayu, sejarah, budaya dan
peradaban Melayu.
4.6 Menjalankan kegiatan mencetak dan menerbit karya persuratan
berasas bahasa Melayu bagi memaju dan mengembangkan
kesusasteraan Melayu, bahasa Melayu, sejarah, budaya dan
peradaban Melayu.
5
5
4.7 Memberi kerjasama kepada persatuan/badan penulis dan
persatuan-persatuan lain dalam menjayakan kegiatan-kegiatan
sastera dan penulisan, bahasa serta kebudayaan Melayu.
FASAL 4. KEAHLIAN
Ahli PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA terbahagi kepada
empat (4) jenis keahlian iaitu:
4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia yang berumur 18
tahun ke atas dan tinggal di Malaysia, berminat dalam penulisan,
waras fikiran, bebas dari tindakan mahkamah terhadap tuduhan
jenayah, penyelewengan dan lain-lain yang bertentangan dengan
undang-undang.
4.2 AHLI SEUMUR HIDUP – bermaksud ahli biasa yang telah
menjelaskan yuran seumur hidup yang ditetapkan secara
sekaligus. Mempunyai hak yang sama seperti ahli biasa dengan
pengecualian yuran tahunan.
4.3 AHLI BERGABUNG – terbuka kepada pertubuhan atau persatuan
yang berasaskan persuratan Melayu atau kebudayaan yang
sanggup bekerjasama menerima dan melaksanakan setiap
rancangan yang diatur berdasarkan matlamat PERSATUAN
PENULIS BUDIMAN MALAYSIA di samping dapat
menyempurnakan yuran tahunan yang ditetapkan.
4.4 AHLI KEHORMAT – terbuka kepada golongan profesional yang
mempunyai minat dan tujuan yang sama seperti matlamat
6
6
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA serta bersedia
untuk menjalankan kerja-kerja kajian dan penyelidikan.
FASAL 5. BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN BAYARAN LAIN
5.1 AHLI BIASA : Bayaran masuk : RM 10.00
Yuran Tahunan : RM 20.00
5.2 AHLI SEUMUR HIDUP : Bayaran masuk : RM 30.00
Yuran Seumur Hidup : RM100.00
5.3 AHLI GABUNGAN : Bayaran masuk : RM 5.00
Yuran Tahunan : RM20.00
5.4 AHLI KEHORMAT : Bayaran masuk : Percuma
Yuran Tahunan : Percuma
5.5 Yuran-yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari
terlebih dahulu sebelum akhir bulan Mac setiap tahun iaitu
sebelum tarikh mesyuarat agung tahunan.
5.6 Ahli-ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh
masanya akan menerima notis bertulis daripada Setiausaha atau
bagi pihaknya dan segala keistimewaannya sebagai ahli akan
digantung sehingga yuran itu dijelaskan.
5.7 Ahli-ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan setelah genap
dua belas (12) bulan secara langsung dilucutkan keahliannya dari
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA dan juga
Jawatankuasa berhak mengambil tindakan yang sah terhadapnya
7
7
jika didapati notis mengenai hutangnya telah diterima oleh ahli
tersebut.
5.8 Jawatankuasa mempunyai hak menentukan yuran masuk semula
bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut
disebabkan hutang.
5.9 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk
perkara tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa. Sekiranya ada ahli-ahli yang mungkir membayar
wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan maka
wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
FASAL 6. PERMOHONAN MENJADI AHLI
6.1 Ahli Biasa: Seseorang yang hendak menjadi ahli biasa hendaklah
menghantar permohonannya kepada Setiausaha dengan
menggunakan borang permohonan yang disediakan.
a) Borang permohonan menjadi ahli hendaklah
ditandatangani oleh pemohon serta dicadang dan
disokong oleh ahli biasa PERSATUAN PENULIS
BUDIMAN MALAYSIA dengan disertakan dengan Bayaran
Masuk dan Yuran Tahunan.
b) Penerimaan dan penolakan menjadi ahli biasa ditentukan
dan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.
8
8
6.2 Ahli Seumur Hidup: Seseorang yang ingin menjadi ahli seumur
hidup hendaklah mengemukakan permohonan kepada
Setiausaha dengan menggunakan borang permohonan yang
disediakan bersama-sama dengan Bayaran Masuk dan Yuran
Seumur Hidup mengikut Fasal 5.2.
a) Borang permohonan untuk menjadi ahli seumur hidup
hendaklah ditandatangani oleh pemohon dengan dicadang
dan disokong oleh ahli biasa PERSATUAN PENULIS
BUDIMAN MALAYSIA.
b) Penerimaan dan penolakan menjadi ahli seumur hidup
ditentukan dan diputuskan dalam mesyuarat
Jawatankuasa PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA.
6.3 Ahli Bergabung: Sesebuah Pertubuhan atau Persatuan yang
hendak menjadi ahli bergabung hendaklah menghantar
permohonannya dengan bertulis yang ditandatangani oleh
Pengerusi dan Setiausaha dan dihantar kepada Setiausaha
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA bersama-sama
dengan Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan yang ditetapkan.
a) Pertubuhan atau persatuan yang hendak menjadi ahli
bergabung mestilah terdiri dari Pertubuhan atau Persatuan
yang berasaskan kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan
Melayu.
9
9
6.4 Ahli Kehormat: Penyertaan ahli kehormat adalah berdasarkan
undangan dan tawaran yang dibuat oleh persatuan dengan
persetujuan dua per tiga daripada ahli jawatankuasa.
FASAL 7. TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
7.1 Memegang teguh dasar PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA serta melaksanakan tujuan-tujuannya.
7.2 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat serta mengambil bahagian
dalam kegiatan-kegiatan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA.
7.3 Menjalankan kerja-kerja PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA di samping mematuhi perintah dan disiplin.
FASAL 8. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
8.1 Ahli yang hendak berhenti daripada ahli PERSATUAN PENULIS
BUDIMAN MALAYSIA hendaklah memberi kenyataan bertulis
SATU bulan terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar
segala hutang-hutang dan membatalkan segala hak dan
tuntutannya terhadap harta benda dan wang PERSATUAN
PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.
8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Undang-Undang Tubuh
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA atau bertindak
melulu dengan mencemarkan nama baik serta menjatuhkan
maruah. PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA boleh
10
10
dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh yang
diputuskan setelah difikir munasabah oleh Jawatankuasa.
Sebelum Jawatankuasa bertindak memecat atau menggantung
keahliannya, ahli terbabit hendaklah diberitahu akan sebab-sebab
tindakan pemecatan atau penggantungan itu dilakukan. Ahli
terbabit juga hendaklah diberi peluang membela diri. Pemecatan
atau penggantungan berkuat kuasa setelah surat arahan
dikeluarkan kecuali mesyuarat agung menunda atau membatal
keputusan itu atas rayuan ahli berkenaan.
8.3 Seseorang ahli biasa atau ahli seumur hidup adalah dengan
secara automatik terpecat dari menjadi ahli sekiranya didapati
bersalah oleh Mahkamah setelah melakukan kes jenayah.
FASAL 9. MESYUARAT AGUNG
9.1 Pengelolaan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA
terserah kepada keputusan ahli-ahli dalam mesyuarat agung.
9.2 Mesyuarat Agung Tahunan bagi PERSATUAN PENULIS
BUDIMAN MALAYSIA hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhir tahun kewangan dan tidak lewat
daripada 31 Mac setiap tahun. Tarikh, masa dan tempat
mesyuarat agung tahunan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.
9.3 Setiausaha hendaklah menghantar surat kepada ahli satu
pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, masa dan
tempat serta agenda termasuk salinan-salinan peringatan
mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan berserta
11
11
dengan penyata kira-kira PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA bagi tahun lalu yang telah diperaudit sekurang-
kurangnya 30 hari sebelum mesyuarat agung tahunan. Salinan-
salinan surat ini hendaklah senang diperoleh untuk dibaca oleh
ahli-ahli dari alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.
9.4 Korum mesyuarat agung tahunan ialah sekurang-kurangnya atau
satu pertiga daripada ahli-ahli yang layak untuk mengundi dan
wakil ahli bergabung.
9.5 Jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguh kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 21 hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika kuorum tidak cukup
selepas satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli
yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa
mengubah Undang-Undang PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua
ahli.
9.6 Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
a) Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA di dalam
tahun yang lalu.
12
12
b) Menerima Laporan Bendahari serta penyata kira-kira yang
telah diaudit bagi tahun yang lalu.
c) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa serta pemeriksa kira-kira
untuk dua tahun sekali.
d) Mengurus dan membincangkan perkara-perkara lain yang
dibentangkan di dalam mesyuarat agung.
9.7 Ahli-ahli perseorangan dan dua orang wakil tiap-tiap ahli
bergabung adalah layak menghadiri mesyuarat, mengundi dan
memegang jawatan dalam PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA. Ahli Kehormat juga layak mengundi dan memegang
apa-apa jawatan di dalam PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA tetapi berhak memberikan apa-apa pandangan.
9.8 Mesyuarat Agung Khas bagi PERSATUAN PENULIS BUDIMAN
MALAYSIA ini boleh diadakan:
a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak
kurang satu pertiga daripada jumlah ahli, dengan
menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab
mengadakannya.
9.9 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh sekurang-kurangnya
satu per tiga ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam
tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
itu.
13
13
9.10 Pengumuman dan agenda mesyuarat agung khas itu hendaklah
diedarkan oleh setiausaha kepada semua ahli sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
bermesyuarat.
9.11 Fasal 9.4 dan 9.5 di dalam Undang-undang ini berkenaan kuorum
dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan
untuk mesyuarat agung khas, tetapi dengan syarat jika kuorum
tidak mencukupi selepas satu jam dari masa yang telah
ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli,
maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-
kurangnya 6 bulan daripada tarikh itu mesyuarat agung khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
FASAL 10. JAWATANKUASA
10.1 Jawatankuasa PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA
mengandungi pegawai-pegawai berikut:
a) Seorang Presiden
b) Seorang Timbalan Presiden
c) Seorang Setiausaha
d) Seorang Penolong Setiausaha
e) Seorang Bendahari
f) 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
14
14
10.2 Pemilihan Setiausaha dan Penolong Setiausaha dibuat daripada
kalangan ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam mesyuarat agung.
10.3 Pemegang-pemegang jawatan PERSATUAN PENULIS
BUDIMAN MALAYSIA serta setiap pegawai yang memikul
tanggungjawab PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA
mestilah warganegara Malaysia.
10.4 Nama-nama untuk jawatan ahli jawatankuasa hendaklah dicadang
dan disokong oleh ahli dalam mesyuarat agung.
10.5 Pemilihan akan dijalankan secara mengundi oleh ahli-ahli dua
tahun sekali di dalam mesyuarat agung tahunan dan semua