KESELAMATAN DAN PENGURUSAN Dalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang remeh terutama dalam hal-hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak langsung kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya. Sistem pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti kerja dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos pembinaan. Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah, tenaga kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti- aktiviti di tapak bina, ianya perlu dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang telah ditetapkan, di mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan. Kelewatan akan menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk menyiapkan sesuatu projek boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat dicapai. Di sinilah perancangan, pengawalan dan pengurusan yanag sistematik diperlukan. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KESELAMATAN DAN PENGURUSAN
Dalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang remeh terutama dalam hal-
hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak langsung
kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya. Sistem
pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti kerja
dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos pembinaan.
Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah, tenaga
kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti di tapak bina, ianya perlu
dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang telah ditetapkan, di
mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan. Kelewatan akan
menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk menyiapkan sesuatu projek
boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat dicapai. Di sinilah
perancangan, pengawalan dan pengurusan yanag sistematik diperlukan.
1
Kenyataan Masalah
Oleh kerana tiada sistem pengurusan tapak bina yang berkesan, maka pelbagai
permasalahan timbul yang menyebabkan kerugian kepada kontraktor malahan kepada
pemilik dan orang awam khususnya. Di antara masalah yang sering dihadapi adalah :-
Kelewatan penyerahan projek
Oleh kerana pengurusan yang tidak sistematik akan menyebabkan pembinaan sesuatu
projek itu tertunda atau terlewat dari tarikh asal penyerahan projek itu.
Tekanan terhadap keupayaan Pengurusan projek.
Kritikan terhadap projek pembinaan berkait rapat dengan aktiviti yang dijalankan di
tapak bina. Masalah mogok, kemalangan, projek lambat, masalah pekerja yang kerap
ponteng kerja dan perkara-perkara yang tidak dilapor adalah tinggi. Ini menyebabkan
pelbagai aktiviti terpaksa ditangguhkan.
2
Tekanan luaran
Bahan binaan yang lambat dihantar akan menimbulkan masalah dan menyebabkan kos
projek akan bertambah dan kelewatan pada projek. Gaya pengurusan yang tidak
teratur seperti menguruskan kontrak buruh atau pembayaran kembali kontrak akan
mengalami kegagalan. Pengurusan yang tidak realistik akan menambahkan masalah
pengurusan di tapak yang mana tidak ekonomik serta membawa kesan yang buruk.
Tekanan di tapak pembinaan
Cuaca yang tidak menentu
Kekurangan kemahiran
Persekitaran kerja
Masalah pelan tapak
Penyeliaan
Pekerja yang kurang motivasi
Kawalan bahan binaan
Kawalan dokumen
Sistem perancangan
Keselamatan pekerja
Pengurusan yang lemah ke atas sumber-sumber seperti bahan, buruh, masa dan kos.
Pengurusan yang kurang sistematik di tapak bina termasuk dari segi struktur, peralatan
serta teknologi yang digunakan dalam pembinaan tidak bersesuaian.
Kurang pengalaman serta pengetahuan di dalam sistem pengurusan di tapak bina oleh
pengurus projek pembinaan.
3
Ojektif Kajian
Kelancaran proses pembinaan sering dikaitkan dengan pengurusan. Pengurusan yang
baik akan turut menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Oleh yang demikian, aspek
pengurusan semangnya tidak boleh diabaikan. Pengurusan yang berkualiti adalah
merupakan nadi kepada perlaksanaan sesuatu kerja. Seterusnya membangkitkan
tindakan yang sewajarnya.
Objektif utama kajian kes ini ialah
Mengenalpasti elemen yang penting serta kaedah-kaedah dalam menguruskan tapak
bina.
Mengenalpasti punca yang dihadapi oleh syarikat pembinaan yang menyebabkan
kelewatan menyiapkan sesuatu projek pembinaan. (Kajian kes)
Membuat cadangan bagimana sistem pengurusan tapak bina dapat dilaksanakan
dengan lebih cekap dan berkesan melalui kaedah-kaedah yang dikenalpasti.
4
Skop Kajian
Banyak sebab-sebab yang menjadikan sesuatu projek pembinaan tidak dapat disiapkan
mengikut jadual seperti masalah sosial, perkhidmatan, teknikal, kemampuan
pemborong dan juga pengurusan. Oleh itu, skop kajian ini tertumpu projek Cadangan
Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan ini tertumpu
kepada pengurusan tapak bina yang melibatkan aspek kelewatan dari segi kewangan
dan tenaga pekerja. Bagi melengkapkan kajian ini data-data mengenai projek tersebut
diperolehi.
Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk memaparkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengawal
kemajuan perlaksanaan sesuatu projek dengan cara pengesanan, penilaian dan
pengawalan yang berkesan.
Biasanya jangkamasa yang ditentukan untuk melaksanakan sesuatu projek pembinaan
adalah penting bagi kedua-dua pihak iaitu pemunya projek (klien) dan juga pelaksana
projek (kontraktor). Kepada kedua-duanya masa adalah wang, biasanya penjimatan
dapat dilakukan sekiranya pembinaan dapat disiapkan dengan lebih awal.
Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan untuk meningkatkan kecekapan
pengurusan di masa akan datang dan seterusnya dapat mengatasi masalah kelewatan
pembinaan.
5
AMALAN PENGURUSAN TAPAK SECARA TEORI
Pengenalan
Semua aktiviti yang terlibat dalam pembinaan di tapak bina pasti mempunyai risiko-
risikonya yang tersendiri. Oleh itu, untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko
tersebut, sistem pengurusan berkesan perlulah dipratikkan secara meluas. Dewasa ini,
liputan berkaitan dengan pengurusan berkesan agar terbuka di media-media cetak dan
elektronik terutama dalam menangani persoalan peraturan di tapak bina.
Tidak dinafikan untuk meraih keberkesanan ini, pengurus sendiri terpaksa
melaksanakan 10 kerja dari kebiasaan (Wan Azmi Ramli, 1985). Ia merupakan
fenomena yang biasa kita lihat dalam dunia pengurusan yang berkesan terutama di
tapak-tapak pembinaan. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk
merealisasikan keberkesanan pengurusan walaupun kesilapan pasti tidak dapat
dielakkan.
6
Pihak Yang Yang Terlibat
Dalam mencapai yang berkesan pengurusan yang berkesan, peranan individu-individu dalam sistem pengurusan adalah sebagai pemangkin menjayakan matlamat. Gabungan dari kekuatan tersendiri individu-individu ini penting kerana langkah yang tidak sehaluan akan memusnahkan matlamat pengurusan. Misalnya jika tiada hubungan yang rapat antara kontraktor dengan perekabentuk atau prekabentuk dengan arkitek atau pemaju dengan kontraktor, segala masalah tidak akan menuju jalan penyelesaiannnya. Masa, tenaga dan kos akan terbuang dengan sia-sia akibat kurangnya komitmen sesama ahli. Di antara pihak yang terlibat ialah:
Pihak Berkuasa/ Kerajaan
Pemilik/ Pelanggan
Kontraktor
Perunding/ Perancang
Perekabentuk
Pembekal Bahan dan Loji
Pekerja Binaan
Kewangan
7
Aspek Penting Dalam Pengurusan Tapak
Berdasarkan kenyataan Ng Kooi Leong (1998), perkara yang perlu ditekankan dalam pengurusan tapak bina yang berkesan adalah:
OrganisasiObjektifPembahagian tugas yang sistematikSumber binaanLogi binaanKawalan masa dan kos
Organisasi
Pembentukkan organisasi adalah perlu dalam menjayakan pembinaan. Organisasi ini mestilah mempunyai objektif-objektif yang jelas untuk menyelia atau membuat pengawalan terhadap aliran kerja yang saling kait mengait.
Objektif
Pihak pengurusan tapak bina mesti mempunyai objektif-objektif yang jelas dalam organisasi. Ini akan membantu ahli-ahlinya menentukan hala tugas masing-masing dan merupakan hubungan antara ahli-ahli organisasi. Ada kalanya syarikat perlu menitikberatkan objektif kakitangan dalam menentukan objektif syarikat.
Pembahagian Tugas Yang Sistematik
Penggunaan tenaga buruh mesti diuruskan dengan teratur dan diagihkan mengikut keperluan aktiviti. Kesesuaian kerja dan kemahiran perlulah seimbang dengan jenis aktiviti yang diserahkan. Adam Smith dalam Wealth of Nation (Mohd Pshal Ab Rauh & Rozhan othman 1996) menyatakan bahawa lebih banyak berlaku pembahagian kakitangan, maka lebih banyak pekerja yang membuat sesuatu tugas secara berterusan, oleh itu lebih berkesan organisasi tersebut. Dengan kata lain individu tertentu akan lebih cekap dan efektif.
8
Sumber Binaan
Keperluan bahan binaan harus dibekalkan pada satu-satu masa yang dikehendaki atau
masa-masa yang tertentu. Ini tidak terkecuali terhadap kualiti dan kuantiti bahan yang
perlu dipastikan betul dan mencukupi untuk aktiviti binaan yang tertentu.
Logi Binaan
Pengurusan logi atau jenteraan pembinaan amatlah penting kerana ia secara tidak
langsung memberikan kesan terhadap masa dan kualiti binaan. Logi perlu dipastikan
disenggara sentiasa untuk mengelakkan jangka hayat dan digunakan secara efektif
pada tahap optimal.
Kawalan Masa Dan Kos
Dua aspek yang merupakan nadi kepada perkembangan tapak pembinaan adalah
masa dan kos. Kawalan ini penting supaya projek dapat diselesaikan pada masa yang
terpendek, tidak melebihi kos yang diperuntukkan dan kualiti yang dijangkakan.
9
Aspek Penting Pengurusan Tapak Bina
Pengurusan Organisasi Di Tapak Bina
Pengurusan organisasi ini diasaskan untuk memperlihatkan hiraki, agihan kuasa dan
tanggungjawab dalam organisasi. Merupakan pusat pengendalian, penyelarasan,
penyeliaan dan pengawalan segala aktiviti di tapak binaan. Pengurusan organisasi
yang efektif amat berkait rapat dengan hasil akhir pembinaan. Keberkesanan organisasi
membolehkan tapak bina diuruskan dengan sempurna di mana perjalanan pentadbiran
licin,kurang perselisihan dan kos pentadbiran yang optimum serta tiada masaalah yang
kritikal di sepanjang masa pembinaan. Begitu juga dengan penggunaan sumber binaan
dan loji pada tahap optimum. Hubungan antara ahli organisasi yang lebih berkesan
dapat meningkatkan semangat untuk bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
10
Faktor-faktor Keberkesanan
Faktor-faktor keberkesanan ini adalah penting untuk mengukur sejauh mana ahli-ahli
organisasi melaksanakan objektif dan tugas yang diamanahkan.
Antara faktor-faktor tersebut ialah (Ng Kooi Leong (1998) dan Selva (1997)).
Objektif dan darjah pemahaman
Struktur organisasi
Agihan tugas kuasa dan tanggungjawab
Komunikasi dan perhubungan
Penyelarasan
Objektif Dan Darjah Pemahaman
Setiap organisasi tapak binaan perlu mempunyai objektif-objektif yang jelas. Objektif
yang jelas ini amat berguna untuk melaksanakan tugas, membuat keputusan dan
menyelesaikan masaalah. Antara kepentingan memahami objektif ialah:
i. Tahu apa yang diharapkan oleh organisasi terhadap mereka.
ii. Faham akan kedudukan organisasi dan apa yang boleh mereka harapkan
daripada organisasi.
iii. Boleh menilai tujuan penubuhan organisasi dengan tujuan peribadi mereka.
11
Struktur Organisasi
Struktur organisasi adalah berbeza antara satu tapak binaan dengan tapak binaan yang
lain. Kebiasaannya ia bergantung kepada saiz syarikat pembinaan, jenis kerja yang
hendak dijalankan, tempoh pembinaan, jarak tapak binaan dengan ibu pejabat dan
polisi syarikat. Struktur organisasi ini penting di tapak binaan untuk:
i. Memperlihatkan rantaian arahan daripada jawatan yang tertinggi sehingga ke
peringkat yang terendah.
Memperjelaskan bahagian-bahagian dalam organisasi seperti pentadbiran, kewangan
dan teknikal.
Memberikan gambaran kasar tentang perhubungan dan tahap komunikasi antara ahli-
ahli organisasi
Memperjelaskan tugas dan tanggungjawad dalam sesebuah organisasi.
Apa yang jelas di sini, organisasi perlu disusun sesederhana mungkin sesuai
dengan projek dan ahli-ahli organisasi harus tahu dan faham akan tugas,
tanggungjawab serta bidang kuasa masing-masing.
12
Agihan Tugas, Kuasa Dan Tanggungjawab
Pengagihan tugas adalah perlu untuk melicinkan lagi perjalanan aktiviti-aktiviti. Ia
dikhususkan kepada pekerja di tapak binaan sama ada mahir, separuh mahir dan tidak
mahir kepada bidang tugas yang bersesuaian ke tahap yang paling optima. Tujuan
pembahagian tugas ini adalah untuk:
Mengelakkan seseorang itu dibebani tugas yang keterlaluan berbanding orang lain.
Penyerahan kerja hendaklah berdasarkan akademik, pengalaman, usia dan jantina
Menjelaskan tugas dan mengelakkan timbul salah faham.
Pembahagian tugas ini hendaklah disertakan dengan kuasa atau hak membuat
keputusan dan tindakan iaitu sebagai garis panduan kepada ahli-ahli organisasi.
Penjelasan ini adalah untuk menyedarkan mereka tentang apa jawatan dan tugas yang
diserahkan serta apa yang diharapkan oleh organisasi dan bagaimana untuk
melaksanakannya sebaik mungkin.
13
Komunikasi Dan Perhubungan
Komunikasi yang berkesan berupaya menyalurkan pendapat, maklumat dan
arahan dengan pantas dalam pelbagai peringkat kemahiran. Untuk mencapai tahap
tersebut, organisasi yang sesuai perlu diwujudkan dan dilaksanakan. Secara dasarnya
pemilihan komunikasi ini terbahagi kepada lima (Mohamad Salmi, 1996) iaitu:
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulis adalah seperti perlaksanaan aturan projek, memohon data,
membuat perakuan dan bayaran serta membuat laporan bulanan dan sebagainya.
Bentuk komunikasi ini biasanya mengikut cara yang piawai seperti lukisan spesifikasi
dan dokumen kontrak yang mana kerja di huraikan dengan jelas dan ringkas. Ini
bertujuan supaya penyelia dan pihak yang terlibat semasa projek siap memahami sama
ada hasil kerja adalah memuaskan atau sebaliknya.
Kaedah bertulis ini perlu untuk:
14
Menyatakan mesej dalam perkataan yang jelas dan tepat.
b. Mampu menghasilkan kata-kata yang menarik untuk dibaca.
c. Mampu menyatakan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan jelas.
d. Pemilihan waktu yang sesuai iaitu penyusunan pentadbiran yang baik untuk
penyebaran.
e. Menyedarkan tentang batas kemampuan dan pembarisan hanya dalam situasi-
situasi yang sesuai.
Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi Bertulis.
KebaikanKekurangan
1. Mesej yang sama dengan semua
orang.
2. Cepat.
3. Pengaturan masa yang teliti boleh
memastikan mesej diterima oleh
semua orang dalam masa yang sama.
4. berguna untuk maklumat yang tidak
‘kritis.
5. Pengedaran dalam beberapa cara
(cth : notis, surat, individu dan
lain-lain) secara serentak.
6. Membantu menyokong komunikasi lisan yang melibatkan subjek.
7. Menjadikan tindakan tatacara, sistem, peraturan dan sebagainya sesuatu yang lazim
dan merekodkannya.
8. Bentuk biasa untuk menghantar laporan dan cadangan.
15
1. Tidak semua orang memilih untuk membaca (tiada jaminan mesej telah sampai)
2.Pemahaman yang berlainan antara seseorang
mengikut perbendaharaan kata mereka.
3. Tiada peluang untuk menjelaskan, menyoal,
mendapat jawapan dan berbincang.
4. Sukar menyampaikan kepentingan dan
penekanan relatif.
5. Mengurangkan perasaan keterlibatan dan
menghalang pertukaran maklumat serta
pandangan.
6. Perkataan mungkin kabur, mengelirukan dan salah faham.
.
Komunikasi Lisan Secara Langsung
Komunikasi lisan secara langsung berguna apabila ia melibatkan hal peribadi,
menyelesaikan masalah dengan pantas dan berkesan serta membuat keputusan.
Komunikasi ini sesuai dipratikkan dalam organisasi yang kecil kerana jumlah anggota
yang sedikit. Ia kerap dilakukkan dalam bentuk lisan atau bersemuka, melalui telefon
dan nota bertulis (cepat, cekap dan berkesan). Iaitu tidak bergantung kepada perkataan
sahaja tetapi lebih kepada interaksi spontan dan tindakan yang cepat.
Komunikasi jenis ini perlu untuk:
Persediaan yang teliti.
Kemahiran penyampaian dan komunikasi individu yang baik.
Pengentahuan yang luas.
Mampu mengawal dan menjawad soalan.
Kebolehpercayaan kumpulan.
Galakan penyertaan dan penglibatan.
16
Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi Lisan
KebaikanKekurangan
Kesan langsung terhadap individu atau kumpulan
Membolehkan penilaian reaksi, perbincangan atau penyampaian diubahsuai
sewajarnya.
Boleh menggunakan perkataan biasa mudah difahami.
Boleh bertanya soalan dan mendapatkan jawapan
Penyampai boleh menyemak asimilasi.
Memungkinkan pengukangan, menggulung hujah dan penekanan khas sebagaimana
perlu.
‘Memperibadikan’ kualiti dan penambahbaikan
Membantu proses penyertaan dan penglibatan.
Boleh mendapat komitmen semua peringkat individu.
Bergantung kepada kemampuan individu untuk komunikasi yang berkesan.
Memerlukanmasa untuk disediakan dengan teliti berbanding dengan kerumitan perkara
itu.
Tidak menjamin keseragaman kandungan dan pemahaman antara kumpulan
berdasarkan agenda umum.
Memekan masa dan biasanya berkesan bagi kumpulan yang kecil.
iii. Komunikasi Lisan Tidak Langsung
Komunikasi ini terbatas keberkesanannya. Sukar untuk memeriksa individu yang
mendengar mesej dan untuk menyemak pemahaman adalah tidak praktikal. Tidak
fleksibel dan tidak dapat disesuaikan dengan mudah menurut keperluan individu.
17
iv. Komunikasi Visual.
Kaedah melalui penglihatan adalah lebih berjaya berbanding secara pendengaran,
sentuhan, hidu dan rasa.
v. Komunikasi Melalui Contoh
Komunikasi yang dimaksudkan ialah berdasarkan contoh peribadi iaitu perantaraan
yang berkuasa membuat seseorang memahami mesej, komunikasi melalui contoh
boleh dilakukan dengan:
Cara individu berkelakuan di tempat kerja.
Standard penjagaan dan kebersihan dalam syarikat.
Cara bagaimana seseorang cenderung membantu orang lain memahami dan
mengelak masalah daripada timbul.
Belajar bagaimana memahami, berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain
(komitmen).
Patuh pada peraturan, tatacara, sistem, pengendalian piawai dan amalan.
Sikap umum yang positif dan berwaspada terhadap kualiti.
Bagaimana mencetus keghairahan, kebanggaan dan keyakinan dalam diri dan
organisasi.
Semua jenis komunikasi di atas perlu diseimbangkan dan boleh dilaksanakan semasa
mesyuarat yang terdiri daripada perbualan dan pertemuaan ringkas kepada
persidangan, jawatankuasa, kumpulan kerja dan mesyuarat projek. Untuk membentuk
komunikasi yang berkesan apa yang perlu adalah:
18
Ringkas dan berterusan
Anggap satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Dituju pada individu yang betul dan maksud yang tepat.
Interaksi dua hala – kedua-dua pihak berpeluang menyuarakan pendapat.
Garis komunikasi yang jelas terhadap carta organisasi.
Penyelarasan
Penyelarasan dalam organisasi adalah penting terutama bila melibatkan kerja
berkumpulan (teamwork). Penyelarasan tugas ini sesuai diaplikasikan untuk:
Memastikan tumpuan ahli organisasi lebih kepada mencapai objektif kerja seterusnya
objektif syarikat.
Mengelakkan sikap melepaskan tanggungjawab di antara ahli organisasi.
Menyedarkan ahli organisasi tentang pentingnya semangat saling membantu dan
bekerjasama dalam perlaksanaan tugas.
Memberikan pendedahan supaya timbul sikap terbuka di antara ahli untuk memberikan
pendapat atau mengutarakan masalah dan sama-sama menyelesaikannya daripada
hasil keputusan yang baik.
Membuang sikap ahli organisasi yang memikirkan dirinya merupakan orang yang
terpenting dalam organisasi.
Antara prinsip penyelarasan yang perlu diberi perhatian ialah:
Penyelarasan mestilah dimulakan dari peringkat awal projek dan ianya harus
berterusan
Penyelarasan secara menyeluruh iaitu meliputi pengurusan semua aspek seperti
bahan, buruh, loji, aktiviti-aktiviti di tapak dan sebagainya.
19
Penyelarasan yang lebih efektif dan terbaik boleh dicapai melalui beberapa faktor
seperti:
Struktur organisasi yang ringkas dan mudah.
Komunikasi berkesan, merupakan asa kepada kejayaan penyelarasan.
Hubungan rapat sesama ahli, mengurangkan perselisihan atau pertelingkahan sesama
ahli.
Keadilan dalam mengagihkan kuasa, tugas dan tanggungjawab berpadanan dengan
kemampuan ahli.
Penyelarasan dilaksanakan dari peringkat perancangan awal iaitu segala aktiviti
hendaklah diselaraskan degan sumber binaan seperti bahan dan loji pada masa yang
tertentu.
Penyelarasan yang baik akan disertai dengan pengawasan dan penyeliaan tetapi perlu
dipastikan ianya tidak menimbulkan sikap menindas terutama antara ahli organisasi
dengan pekerja bawahan (buruh)
Terdapat 9 aspek utama untuk menjayakan penyelarasan kerja berkumpulan yang
boleh dijadikan garis panduan ( Institut Jurutera Malaysia, 1985). Gabungan aspek-
aspek kerja ini adalah seperti di bawah dan boleh dirujuk melalui Rajah 2.4.
Memperbaharui ( innovating)
Pendekatan baru terhadap kerja melalui kajian dan penciptaan.
Memperkenalkan (promoting)
Mencari kaedah yang terbaik dan menyakinkan bagi semua pendekatan yang baru.
Mengembangkan (developing)
Membuat penilaian terhadap projek dan mencari kaedah pendekatan terbaru yang
boleh digunakan secara efektif.
Penyusunan (organizing)
20
Menubuhkan dan melaksanakan pelbagai kerja mengikut laluan kerja yang telah
tertentu.
Mengeluarkan (producing)
Melengkapkan tanggungjawad dan memajukan pengeluaran yang berdasarkan
kesederhanaan.
Pemeriksaan (inspecting)
Untuk menjamin kualiti kerja yang tinggi, penyemakan dan sistem pengauditan perlu
dilaksanakan.
Penyelenggaraan (maintaining)
Menyelenggara secara berkumpulan untuk menjaga atau menjamin kualiti peralatan
yang digunakan, pemprosesannya dan mengikut piawaian tertentu.
Penasihatan (advising)
Bersama-sama mengumpulkan dan berkongsi maklumat dan sumber.
Perhubungan (linking)
Menguruskan dan menyelia kerja dalam kumpulan di mana ahli-ahli organisasi
memainkan peranan menjayakan objektif.
21
Hubungan Penyelarasan Kerja Yang Berkesan
Pengurusan Aktiviti Di Tapak Binaan
Segala aktiviti di tapak binaan perlu diuruskan dengan teliti dan terperinci
untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan jumlah pekerja yang di tempatkan di tapak
projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan Segala aktiviti di tapak binaan perlu
diuruskan dengan teliti dan terperinci untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan
jumlah pekerja yang di tempatkan di tapak projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan
ditapak bina biasanya 0melibatkan beberapa perkara seperti pengurusan buruh,
peralatan, bahan pengawalan terhadap kos, kualiti dan masa, kesihatan dan
keselamatan, penyelarasan kerja, organisasi tapak dan mesyuarat.
22
23
24
Penyelarasan Aktiviti Di Tapak Binaan
(Sumber : Nota Pengurusan Pembinaan – SAW 5113)
25
Pengurusan Buruh
Buruh di tapak bina terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat asing yang diperoleh
melalui agensi dengan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, sistem pengurusan buruh
adalah agak kompleks. Di sini hubungan yang baik perlu disemai bagi melancarkan lagi
sistem pengurusan buruh yang efektif.
Sistem Yang Digunakan
Bagi pengurusan buruh terdapat sistemnya yang tersendiri dan biasa digunakan.
Berikut adalah sistem-sistem yang biasa dipakaiguna disemua tapak binaan (Selva,
1997):
Sistem Sub-kontraktor Dinamakan
Sub-kontraktor dinamakan adalah sub-kontraktor yang dilantik di mana perlaksanaan
kerjanya memerlukan kepakaran tertentu. Ia biasanya dilantik oleh pihak perunding
dengan persetujuan pemaju. Sub-kontraktor ini adalah di bawah pengawasan pemaju
dan segala persoalan perlu diajukan terus kepada jurutera perunding atau arkitek. Di
sini kerjasama yang jitu dengan kontraktor utama amat perlu agar tidak menjejaskan
perjalankan projek. Antara kerja-kerja yang biasa dilaksankan ialah:
26
Pemasangan lif.
Pemasangan sistem mencegah kebakaran.
Pemasangan talian elektrik
Memasang sistem penghawa dingin.
Pemasangan sistem pembentungan dan lain-lain.
Sistem Kapala
Kebanyakan sistem pembinaan di Malaysia menggunakan sistem ini di mana kerja-
kerja tertentu diserahkan kepada kapala-kapala yang berpengalaman yang mempunyai
pekerjanya sendiri. Kapala-kapala ini diawasi dan diselaraskan oleh pengurus tapak
untuk melancar dan siap pada jangka masa yang ditetapkan. Pengkhususan kerja bagi
kapala-kapala ialah:
Mengikat bata.
Perparitan
Pertukangan kayu
Pemasangan besi tetulang
Kerja-kerja pengkonkritan dan lain-lain.
Sistem Kongsi-Kong
Kongsi-kong adalah buruh kelas terendah di mana ia gaji harian dan di bawah seliaan
pengurus tapak. Penggunaannya tidaklah terlalu meluas berbanding sistem kapala.
Kerja-kerja umum yang biasa dilakukan ialah:
27
Mengangkat bahan binaan dari lori.
Pembersihan kawasan tapak bina.
Mengangkat batu-bat atau besi tetulang ke tempat ia diperlukan dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, rangkuman ketiga-tiga system di atas amat diperlukan di tapak
bina untuk penghasilan mutu kerja yang maksimum disamping kos yang minimum.
Meningkatkan Produktiviti Kerja
Apa yang diketahui kerajaan telah melancarkan satu kaedah untuk meningkatkan kualiti
dan produktiviti kerja. Menurut Pegawai Eksekutif LembagaPembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIBD), mewajibkan semua pekerja binaanmenjalani ujian
sebelummemperbaharui pendaftarannya manakala , pekerja asing sector binaan akan
disyaratkan mendaftar dengan CIBD dan perlu menjalani ujian kemahiran sebelum
permit kerja mereka dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.
Ini merupakan usaha untuk mempertingkatkan kualiti kemahiran pekerja binaan dan
kuanliti bangunan. (Selva,1997 dan Nota Kuliah SAW5113, 1997). Disamping itu,
produktiviti kerja juga dapat ditingkatkan dengan beberapa jenis motivasi seperti:
28
Motivasi Bukan Berbentuk Kewangan.
Motivasi yang dimaksudkan adalah berkaitan kemudahan dan kebajikan pekerja yang
disediakan oleh pihak pengurusan projek seperti:
Tempat tinggal sementara.
Kemudahan bekalan air dan elektrik.
Khidmat kesihatan.
Perlindungan insuran.
Kantin.
Keselamatan tapak bina
Tanda keselamatan di tempat berbahaya, kebersihan tapak dan menganjurkan latihan
mencegah kemalangan.
Motivasi Berbentuk Kewangan
Terdapat pelbagai alternatif berkaitan denagn motivasi berbentuk kewangan, antranya
ialah:
Upah
Upah buruh mestilah mengikut pasaran semasa dan tepat pada masanya.
b. Bonus - Pemberiaan bonus apabila projek dapat disiapkan lebih awal dari masa
yang di jangkakan.
c. Pengagihan untung
Keuntungan yang diperoleh oleh kapala diagihkan sama rata antara
Mereka.
29
Agihan Buruh Binaan Yang Sistematik
Mengagihakan tenaga buruh mengikut keperluan bagi setiap aktivit. Pengagihan buruh
boleh menggunakan teknik seperti :
Carta bar
Kaedah lalui kritikal (CPM)
Henry Gantt (Mohd Pishal Ab Rauh & Rozhan Othman , 1996), mencadangkan konsep
kadar bonus iaitu bonus diberikan kepada setiap prestasi yang melebihi daripada
piawaian yang ditetapkan. Konsep ini telah digunakan secara meluas di sektor swasta
bagi meningkatkan kualiti dan produktivit pekerjanya.
Sokongan
Sokongan yang dimaksudkan adalah galakkan melalui khidmat-khidmat nasihat untuk
menaikkan semangat berkerja (moral). Menjaga kepentingan dan hubungan baik
dengan buruh binaan.
30
Pengurusan Sumber Binaan
Sebahagian kos projek adalah dikuasai oleh nilai harga bagi bahan binaan.
Pengurusan sumber merupakan peringkat yang agak rumit kerana ia banyak
melibatkan aktiviti seperti perancangan, pembelian, penyimpanan, penggunaan,
pengagihan, perlindungan dan pengawalan. Pengurus bahan adalah individu yang
menguruskan tentang pembelian dan pemesan bahan.
Merancang Pembelian
Pembelian bahan binaan perlu dirancang pada masa ia diperlukan dan menepati
beberapa cirri berikut (Selva, 1997):
Kuantiti
KualitI
Harga yang berpatutan
Masa penghantaran yang tepat
Jenis bahan yang betul
Tempat penghantaran yang betul
Jenis pengangkutan yang sesuai.
31
Teknik perancangan yang lazim digunakan adalah carta bar dan kaedah lalui kritikal.
Hubungan yang rapat antara pengurus bahan binaan dengan pembekal perlu bagi
memudahkan kerja pemesanan dan tempahan. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada
pembekal ialah (Ng Khooi Leong, 1988):
Berupaya membekalkan bahan pada kualiti, kuantiti dan masa yang betul.
Reputasi pembekal di pasaran.
Harga bahan yang ditawarkan
Kedudukan kewangannya
Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum pemesanan bahan seperti:
Banyaknya bahan yang ada di tapak bina
Pemesanan hendaklah bergantung kepada jumlah yang sedia ada di tapak bina
bagi mengelakkan pembaziran.
Bila bahan tersebut diperlukan
Apabila bahan benar-benar diperlukan, pemesanan hendaklah dilakukan dalam
masa terdekat di mana ia dikehendaki.
Tempat di mana bahan diperlukan
Tempat bahan diperlukan harus diperjelaskan untuk menghidarkan kesilapan
penghantaran.
Penyimpanan, perlindungan dan keselamatan bahan di tapak
Kesesuaian kawasan dan tempat penyimpan, menyumbang kepada
perlindungan dan keselamatan bahan.
32
Penerimaan, Pemeriksaan dan Merekod
Bahan yang diterima darapada pembekal perlu diperiksa dan direkodkan. Pemeriksaan
yang lebih rapi perlu dilakukan terhadap:
Jenis bahan
Kuantiti bahan.
Kuantiti bahan
Cara dan bagaiman ia diperiksa adalah bergantung pada jenis, harga dan cara
pembungkusan. Jika pembungkusan menyukarkan pemeriksaan di resit penghantaran
pembekal pengurus bahan perlu mencatatkan bahawa penerimaan adalah tanpa
pemeriksaan sebelum ditandatanganinya. Terdapat beberapa pengelasan bahan sama
ada secara pukal, bag, diikat, tidak diikat atu dibungkus (Ian E. Chandler, 1978).
Sekiranya terdapat kerosakan, bahan perlu dipulangkan bersama surat bantahan.
Pemeriksaan selalu dilakukan bergantung kepada bahan, kualiti dan kesesuaian sama
ada dengan cara (Ian Chadler,1978):
Penglihatan
Pada amnya dilakukan pada bahan yang tida berbungkus atau di mana kualitinya
dapat dilihat dengan sekilas pandang seperti kayu (timbercarcassing). Dari segi
kawalan kualiti, melalui pemeriksaan secara ‘visual’ kerosakan bahan dapat diketahui
dengan mudah.
Sentuhan
33
Walaupun bahan yang ada kelihatan rosak atau kualitinya rendah tetapi melalui
sentuhan barulah keadaan tersebut dapat dipastikan. Kaedah pemeriksaan ini
adalah terhad dan terbatas kepada beberapa bahan seperti pasir, simen, ‘plaster’dan
perabot kayu.
Pensampelan
Kaedah pensampelan digunakan bagi bahn tertentu yang dihantar secara pukal untuk
diramalkan secara tepat akan kualiti bahan tersebut. Ujian pensampelan biasa
dilakukan bagi kiub konkrit dan teknik tersebut boleh diaplikasiakn bagi batu baur, bata,
kayu dan komponen-komponen lain di mana ia sukar diperiksa secara satu persatu.
Setelah berpuas hati dengan bahan yang dihantar, maka resit penghantaran
perlu ditandatangani. Segala maklumat dan resit tersebut mesti difail dan direkodkan.
Salinan resit diserahkan kepada pengurus tapak dan ibu pejabat. Ini bertujuan untuk
rujukan apabila menyemak ‘invois’ yang diserahkan oleh pembekal sebelum bayaran
diserahkan.
Penyimpanan Bahan
Penyimpanan bahn binaan perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai. Pemilihannya
adalah berdasarkan:
i. Jenis bahan yang tidak disimpan
Iaitu terdiri sama ada simen, batu-bata, kayu atau tetulang adalah berbeza
kaedah penyimpanan dan perlindungannya
Keaadan fizikal tapak bina seperti keluasannya.
34
Keadaan fizikal tapak menentukan jenis dan jumlah bahan yang benar-benar
Sesuai ditempatkan di tapak bina disamping bergantung kepada kekerapan
penggunaan bahan.
Setor digunakan untuk jangka masa panjang atau sebaliknya.
Keadaan setor yang dibina berdasarkan kepada masa penyimpanan dan jenis bahan
yang memerlukan penjagaan yang agak rapi.
Kedudukan setor yang dekat atau jauh memudahkan penyimpanan dan pengagihan
bahan.
Kawalan Dan Keselamatan Terhadap Bahan Binaan
Bahan yang disimpan perlu dijaga dan dilindungi dengan sempurna. Ini adalah untuk
menghindarkan dari berlaku pembaziran, penyalahgunaan dan kehilangan. Ian E.
Chandler (1978) menyatakan bahawa kehilangan biasanya disebabkan oleh tindakan
pekerja tapak semasa atau selepas waktu kerja yang tidak dapat dijangkakan, begitu
juga dengan pemilik bersebalahan yang boleh dianggap pencuri amatur. Individu ini
boleh dianggap ‘vandalism’. Tahap kehilangan dan kecurian bergantung kepada
beberapa perkara seperti:
Lokasi tapak bina
Projejk yang berhampiran kawasan perumahan memungkinkan kerugian besar akibat
tindakan ‘vandalism’ sesetengah remaja dan kanak-kanak yang menggunakan tapak
bina sebagai tempat bermain.
35
Persekitaran tapak
Pengawalan yang lebih tepat di kawasan tapak yang luas atau besar bertujuan
melindungi tapak bina dari risiko kecurian. Tambahan pula sekiranya terletak di laluan
orang ramai, di pedalaman dan tiada bangunan bersebelahan.
Jenis Bahan.
Bahan atau barang yang kecil, sering digunakan dan senang dibawa adalah jenis-jenis
yang mudah hilang di tapak bina.
Nilai bahan.
Bahan binaan yang mahal dan sukar diperolehi di pasaran biasanya menjadi aspek
utama ia dicuri.
Jenis-jenis pencegahan dan pengawalan tehadap keselamatan bahan ialah:
Pemasangan pagar.
Membina pagar sekurang-kurangnya 2 meter di sekeliling tapak akan menghalang
pandangan orang awam seterusnya menganggap ia sebagai
Kawasan larangan.
ii. Pemasangan lampu kawalan di waktu malam.
Penggunaan lampu jenis ‘floodlight’ merupakan kaedah paling effektif untuk mencegah
pencerobohan, dengan atau tanpa tujuan mencuri. Ia juga boleh di gunakan untuk
menyambung kerja-kerja pada suasana yang gelap.
iii. Menempatkan pengawal pada waktu malam.
Menempatkan pengawal di tapak selepas waktu bekerja. Pengawal yang sentiasa
memeriksa pada masa tertentu akan dapat menghalang atau mencegah
hadirnya pencuri atau perosak harta awam.
36
iv Memasang alat pencegah.
Pemasangan alatan ini akan membantu mengurangkan risiko kehilangan dan
kecurian bahan. Ia juga turut berfunfsi mencegah berlakunya kebakaran yang
tidak diduga.
v. Merekod bahan
Keluaran dan kemasukan bahan perlu direkodkan sebelum bukti penerimaan
diserahkan. Senarai bahan dan bakinya perlu diperkemaskan untuk mengelakan
penyelewengan atau kehilangan.
Pengurusan Jentera/ Loji Binaan
Penggunaan loji pada masa kini amat meluas di mana ia merupakan dana yang
membantu mempercepatbina projek yang sedang beroperasi. Perolehan
keberkesanannya adalah selari dengan pengurusannya yang rumit di mana melibatkan
perancangan, penyewaan atau pembelian, pengagihan, penggunaan dan
penyenggaraan.
37
Perancangan Dan Agihan
Perancangan dan agihan loji bergantung kepada aktiviti yang memerlukannya.
Keputusan yang diambil mestilah tepat dan berpadanan untuk mengelakkan
pembaziran. Berikut adalah cirri-ciri yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan
terhadap perancangan ( Selva ,1997):
Jenis aktiviti.
Jenis loji yang bersesuaian denagan aktiviti.
Bila dan berapa lama loji diperlukan
Kesesuaian loji dengan lokasi
Kehadiran loji sama ada mengganggu atau tidak.
Pembelian / Penyewaan
Pengurus tapak perlu membuat pertimbangan dan keputusan sama ada loji perlu dibeli
atau disewa. Nasihat boleh diperolehi dari pembekal, ‘master machine’ dan mereka
yang lebih berpegalaman berkaitan logi memandangkan kos penyewaan dan pembelian
adalah agak besar. Sebelum membuat keputusan beberapa ciri berikut perlu difikirkan:
Logi diperlukan untuk janga masa yang panjang atau pendek.
Sejauh mana logi tersebut boleh membantu berbanding kos yang bakal dikeluarkan.
Kemampuan dari segi kewangan syarikat.
Kos penyelenggaraan.
Keperluaan logi untuk projek akan datang.
38
Penggunaan Dan Penyenggaraan logi
Penyelenggaraan secara berkala adalah baik untuk penggunaan yang optimum.
Tetapi apa yang berlaku ialah diselenggarakan apabila berlaku kerosakkan. Kelebihan
yang diperolehi sekiranya diguna dan disenggarakan dengan baik, merujuk kepada
Selva (1997) dan Ng Kooi Leong (1998) ialah:
Berupaya mencegah kerosakkan hingga ketahap minimum.
Boleh menjimatkan kos pembaikan dan penggunaan.
Meningkatkan produktiviti logi.
Menambahkan hayat logi.
Kos mendapatkan dan penggunaan logi di tapak bina adalah agak tinggi. Oleh
itu, untuk langkah pengawalan, penggunaan logi perlu dicatatkan masa, kos dan
pergerakannya di tapak bina. Ketiga-tiga aspek di atas boleh diaplikasikan untuk
menilai keberkesanannya.
i. Masa
Catatan masa akan memudahkan urusan pengurus untuk menentu dan memeriksa
jumlah sebenar logi beroperasi.
ii. Kos
Catatan kos penyelenggaraan merupakan satu langkah pengawalan terhadap kos
pembinaan. Antara kos yang diambilkira ialah:
iii. Bahanapi / minyak pelincir
Kos pembaikan
39
Kos penggantian.
iv. Pergerakkan.
Pergerakkan logi perlu dicatat untuk mengesan kedudukan logi pada bila-bila masa,
digunakan oleh siapa dan untuk aktiviti apa. Cara ini boleh mengelakkan kehilangan
dan loji yang terbiar.
Antara objektif penyenggaraan [ John S. Oakland, (Mohamad Salmi, 1996)] ialah:
Membolehkan kualiti keluaran dan perkhidmatan serta kepuasan pelanggan dicapai
melalui kelangkapan yang sesuai, diservis dan dikendalikan dengan betul.
Memaksimumkan hayat berguna logi.
Menjaga kelengkapan atau logi agar selamat dan menghalang timbulnya bahaya dari
segi keselamatan.
Meminimumkan pelbagai proses.
Meminimumkan jumlah kos pengendalian yang berpunca secara langsung dari servis
dan pembaikan kelengkapan.
Meminimumkan kekerapan dan teruknya gangguan pengendalian proses.
Memaksimumkan keupayaan produktif dari kelengkapan atau sumber yang ada.
Kawalan Dan Keselamatan Logi
Kehilangan logi akan menyebabkan kontraktor menghadapi krisis kewangan.
Kehilangan yang sukar diganti turut memberikan kesan terhadap perjalanan aktiviti
projek. Kawalan dan keselamatan logi adalah perlu agar dapat mengurangkan risiko-
risiko seperti:
40
i. Kerosakan
Akibat kurangnya pengawalan dan penyelenggaraan yang tidak menentu.
Kemalangan jiwa.
Kurangnya mengambil perhatian terhadap loji akan memberi kesan terhadap
hayat, kebolehkerjaan dan kehayatan loji.
Penambahan kos.
Kekerapan kerosakan akan menambahkan kos loji dan jika kerosakan adalah
kritikal akan menambahkan kos projek atau mengurangkan peruntukan bagi aktiviti lain.
Antara pertimbangan terhadap langkah-langkah pangawalan loji adalah:
Pengoperasian loji adalah dilakukan oleh individu yang mahir dan berpengalaman.
Loji digunakan pada tahap optima.
Penggunaan loji mestilah sentiasa diawasi dari masa ke semasa.
Pengurusan Masa, Kos Dan Kualiti
Kemampuan menguruskan masa, kos dan kualiti adalah titik penentu kejayaan projek.
Tujuan pengurusan ketiga-tiga aspek ini ialah supaya:
Projek dapat disiapkan pada atau sebelum masa yang dijangkakan.
Kos pembinaan tidak melebihi peruntukan projek.
Memperolehi kualiti bangunan yang dijangka dan diharapkan.
41
Pengurusan semua aspek di atas perlu memandangkan pelbagai kemungkinan
boleh berlaku dan menjejaskan prestasi perlaksanaan yang sukar dikawal seperti:
Cuaca yang tidak menentu.
Bekalan bahan binaan dan loji bergantung kepada keadaan pasaran, kecekapan
pengurus tapak, hubungan pembekal dengan majikan.
Keperluan tenaga buruh bergantung kepada permintaan dan tawaran.
Mesyuarat Tapak
Mesyuarat tapak diadakan untuk melihat dan mengentahui kemajuaan
kerja. Terdapat beberapa jenis mesyuarat tapak iaitu:
Mesyuarat teknikal. Ia
adalah melibatkan perbincangan teknikal antara kontraktor,jurutera perunding (awam,
struktur, mekanikal dan elektrikal), arkitek, jurukur bahan dan pengurus projek.
Mesyuarat pengarah dan wakil tapak. Mesyuarat ini melibatkan kontraktor, jurutera
perunding, jurukur bahan dan pemaju untuk mengentahui kemajuan tapak binaan.
Mesyuarat sub-kontraktor. Mesyuarat ini melibatkan pengurus binaan, kontaraktor,
wakil-wakil sub-kontraktor dan kapala. Di sini kemajuan sebenar tapak diketahui
termasuk sebab-sebab kelewatan, permasalahan dan cara menyelesaikannya.
42
Mesyuarat kemajuan ini perlu diadakan secara berkala iaitu dua minggu sekali
atau sebulan sekali mengikut keperluan dengan persetujuan semua pihak yang terbabit.
Mengumpul Dan Menganalisa : Masa, Kos Dan Kualiti
Untuk menganalisa kos sebenar berbanding kos yang diperuntukkan, pengumpulan
data-data diperlukan terutama berkaitan dengan buruh dan loji. Penganalisa ini biada
dilakukan oleh pengurus tapak. Seterusnya keadaan di tapak dapat diketahui sama
ada:
Kedudukan kewangan melebihi peruntukan yang ada.
Kemajuan kerja sebenar mendahului atau ketinggalan dari jadual kemajuan kerja yang
dirancang.
Kualiti kerja adalah seperti yang dijangkakan.
Langkah-langkah Penyelesaian
Sekiranya penganalisaan di atas lebih cenderung ke arah negatif, di mana masa dan
kos tidak terkawal serta kualiti yang terabai. Langkah-langkah penyelesaian perlu
dipergiatkan:
Masa.
Mempercepatkan kerja-kerja pembinaan seperti:
Menambahkan bilangan buruh.
Penggunaan loji yang efektif dan produktif.
Perlaksanaan kerja lebih masa.
Motivasi berbentuk galakan atau kewangan.
43
ii. Kualiti
Kawal semua aktiviti secara langsung atau tidak melibatkan kualiti iaitu:
Pengawasan dipertingkatkan.
Pengujian ke atas bahan yang diterima
Pemeriksaan mengejut dan ujian in-situ
Pemeriksaan menyeluruh sebelum memulakan sesuatu aktiviti.
Penyingkiran buruh yang tidak mengikut arahan.
Dari segi Keselamatan untuk mengelak daripada kecuaian
Isu ini sentiasa digembar-gemburkan agar tidak berlaku pengabaian terhadap
pentingnya nilai keselamatan dan perlu ada pihak yang menguruskannya. Seperti apa
yang dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Lim Ah Lek (Utusan Malaysia, 2
September 1996), majikan sektor industri berisiko tinggi perlu mempunyai pegawai
yang berkelayakan untuk membantu merancang dan memberikan meklum balas
mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja. Dengan ini, mesyuarat yang terlibat
perlu bersikap prihatin dan mengambil berat.
44
Objektif
Pencapaian objektif pengurusan keselamatan perlulah diselaraskan dengan objektif
pengurusan pembinaan. Apa yang nyata, kebanyakkan kontraktor tidak dapat mencapai
objektif keselamatan secara menyeluruh. Menurut Selva (1997) antara objektif
keselamatan yang seharusnya dihayati dan diberi perhatian ialah:
i. Sebagai garis panduan.
Penerangan yang jelas kepada setiap individu mengenai pengurusan
keselamatan di tempat kerja terutama kepada pekerja-pekerja baru sebagai asas
panduan keselamatan.Kemahiran dan latihan yang kurang merupakan factor
berlakunya kemalangan yang serius.
ii. Risiko kemalangan yang minimum.
Pengamalan dan mengutamakan keselamatan diri dan keselamatan pekerja lain boleh
meminimumkan keselamatan.
iii. Kayu pengukur kemantapan pengurusan.
Peminimumam kemalangan boleh dijadikan kayu pengukur serta batu loncatan kepada
kejayaan dan keberkesanan pengurusan keselamatan. Ia turut mengambarkan imej
pekerja yang mengamal dan mengutamakan system keselamatan berkesan.
45
Punca-punca Kemalangan
Segala peristiwa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya, begitu juga dengan
kemalangan yang terjadi di tapak bina. Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab atau
punca yang menyumbang kepada peratus kemalangan yang semakin meningkat.
Berikut adalah sebahagian daripada punca-punca kemalangan:
i. Persekitaran tapak binaan yang kompleks.
Projek yang terlalu kompleks kerap dikaitkan dengan ketidaksesuaian pekerja
menjalan aktiviti seperti:
Tenaga kerja yang tidak menentu.
Risiko yang berubah-ubah.
Pendedahan yang keterlaluan terhadap panas dan hujan yang tidak menentu.
Keupayaan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal.
ii. Faktor kemanusiaan.
Faktor ini boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti di bawah:
a. Kecuaian pihak pengurusan.
Kurang kemahiran atau pengetahuan berkaitan keselamatan.
Sistem pengurusan yang tidak teratur / sempurna.
Alat keselamatan yang tidak lengkap.
Kegagalan mengamalkan sistem pengurusan keselamatan.
Arahan yang tidak menjamin keselamatan pekerja.
b. Kecuaian pekerja.
Keengganan menggunakan peralatan atau kemudahan yang disediakan.
Kurang pengetahuan, kemahiran dan pendedahan.
46
Kurang daya ketahanan badan dan fikiran.
Bekerja tanpa latihan kemahiran secukupnya.
Kelalaian mengikut garis panduan yang sepatutnya.
Tiada arahan untuk mengendalikan loji dengan selamat.
c. Keadaan tapak bina.
Kaedah pengurusan keselamatan yang lemah.
Tiada pengentahuan dan pendedahan berkaitan piawai bangunan.
Ketiadaan papan tanda keselamatan.
d. Ketiadaan pegawai keselamatan.
Sesetengah projek tidak mempunyai pegawai keselamatan khas. Tugas ini biasa
diserahkan kepada individu yang menguruskan tapak tanpa kelayakan mengendali soal
keselamatan tapak. Oleh itu, penempatan pegawai keselamatan sepenuh masa adalah
perlu memandangkan tanggungjawad yang harus dipikul adalah besar. Semakin besar
sesuatu projek maka semakin berat tanggungjawad yang terpaksa dilaksankan.
iii. Kaedah dan peralatan yang digunakan
Walaupun objektif utama kontraktor adalah keuntungan, isu keselamatan tidak
seharusnya diperkotak-katikkan. Penggunaan loji yang keterlaluan untuk mengejar
masa menyebabkan kontraktor lupa akan tanggungjawad terhadap penyelenggaraan
loji. Penyelenggaraan yang berkala atau menyeluruh akan menjamin keselamatan.
Pengabaian keselamatan mencerminkan pengabaian terhadap nyawa sendiri dan
nyawa orang lain.
Sikap seperti sekali rosak, sekali senggara perlu dihapuskan daripada
kotak fikiran kerana ia berpotensi memendekkan hayat loji. Latihan kemahiran dan cara
pengurusan loji hendaklah dipelajari oleh mereka yang mengendalikan loji seperti yang
dinyatakan oleh Datuk Lim Lam Thye ( Utusan Malaysia, 9 0gos 1997),
47
bahawpengendali kren perlu menjalani latihan operator kren di mana sijil perakuan
kelayakan akan dikeluarkan.
Sistem Pengurusan Keselamatan
Sesuatu pengurusan yang bersistem merupakan pemangkin kecapaian
dan keberkesanan. Perkara utama dalam pelaksanaan pengurusan bersistem ialah
organisasi atau jawatan kuasa yang bertindak merealisasikan peraturan-peraturan
system, membuat pengawalan-pengawalan terhadap system dan berupaya
memberikan maklumat ringkas berkaitan dengan sistem pengurusan tersebut.
i. Jawatankuasa keselamatan.
Apabila sesuatu projek melibatkan lebih dari 50 orang, satu jawatankuasa
keselamatan tapak adalah digalakkan ditubuhkan. Laporan keselamatan perlu
disertakan bersama-sama laporan bulanan. Begitu juga laporan berkait dengan
kemalangan yang berlaku. Jawatankuasa teratas mestilah terdiri daripada:
Pengurus projek
Pengurus tapak
Pegawai keselamatan
Penyelia keselamatan kontraktor dan sub-kontraktor.
Antara tanggungjawab ahli jawatankuasa keselamatan ialah:
Mengutarakan cadangan dan arahan kepada pekerja untuk mengelak dan
mengurangkan
Kajian kemungkinan terhadap punca-punca kemalangan.
Pemeriksaan berkala terhadap segala peralatan dan kemudahan.
48
Kenalpasti kesesuaian kaedah dengan keadaan tapak
Kenalpasti kesesuaian peraturan dengan persekitaran tapak.