saintis bukan islam masuk islam sebab ayat suci al
quranSUBHANALLAH! - SAINTIS MEMELUK ISLAM SELEPAS MENEMUI KEBENARAN
AL-QURAN MENGENAI BAHAYA KUMAN PADA BABItao
slayerzAl-Quran,Babi,Daging babi,kajian,kebenaran al Quran dan
Islam,Masuk Islam,Miracles of Allah Almighty,SainsMonday, October
7, 2013TAOTAUAJER- Pasti kita tau dimana Babi adalah Haram dimana
KERANA ALLAH swt jualah yang berkuasa untuk menjadikan babi dan
juga menjadikan hukumnya menjadi haram dan kemudian menjadikan babi
itu mengandungi kuman-kuman yang tidak dapat dimatikan. Disini
terdapat satu kisah dimana seorang saintis yang memeluk agama islam
setelah menemui kebenaran bahaya kuman pada babi yang sebenarnya
telah tertulis di Al-Quran.
Seorang saintis wanita kafir membuat kajian tentang sejenis
kuman yang terdapat pada badan babi. Beliau mencari formula terbaik
untuk membunuh kuman tersebut. Pelbagai kaedah dan bahan yang telah
digunakan namun tidak juga berjaya.
Dengan izin Allah entah macam mana, bekas yang mengandungi kuman
tersebut terjatuh ke tanah. Beliau terus memeriksa kuman tersebut
agar masih dalam keadaan seperti asal. Beliau terkejut kerana kuman
tersebut telahpun mati.
Beliau pun mengkaji bagaimana dan apakah yang menyebabkan kuman
tersebut mati. Akhirnya, ternyatalah bahawa debu-debu tanah yang
mengenai kuman tersebut adalah puncanya. Sangat bersyukurlah beliau
kerana berjaya menemui kaedah membunuh kuman tersebut kerana ia
telah menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya dan telah berada pada
tahap yang membimbangkan pada ketika itu.
Rentetan peristiwa itu, beliau mengkaji sendiri dari pelbagai
sumber mencari agama mana yang ada menyentuh tentang najis babi
ini.
Akhirnya beliaumemeluk Islamkerana hanya dalam agama Islam ada
menyatakan kedudukan babi serta cara mensucikan diri daripadanya
bertepatan dengan penemuan beliau tadi.
Allah SWT dengan jelas telahMENGHARAMKAN babidi dalam ayat-ayat
berikut:
a.Al-Baqarah 173
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan
bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih
tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui
batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia
berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
b.Al-Maidah : Ayat 3
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi
(termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana
yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul
dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk
dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu
sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama
berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi
batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan
fasik.Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat
perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan
gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar
kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan
Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa
kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia
tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia
memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
c.Al-Anam 145
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang
telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang
mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau
sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih
atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan
tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
d.An-Nahl 115
Sesungguhnya manusia itu menyaksikan Allah Hanya mengharamkan
atasmu (memakan) bangkai, darah, Daging babi dan Apakah yang
disembelih DENGAN menyebut Nama selain Allah; tetapi barangsiapa
Yang terpaksa memakannya DENGAN TIDAK menganiaya dan TIDAK Pula
melampaui batas, sesungguhnya manusia itu menyaksikan Mak Allah
Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
BAHASA(susunan huruf, ayat yang indah dan bahasa yang
tinggi)
1.Singkat Dan PadatKeijazan ayat-ayat al-Quran yang ditinjau
dari sudut keindahan susunan kata dapat disaksikan dalam pelbagai
bentuk dan rupa. Di antaranya ialah ayat-ayat ayat-ayat yang pendek
dan singkat,[1]tetapi padat dan sarat dengan makna. Sebagai contoh,
firman Allah yang terdapat dalam Surah al-Fatihah, ayat 5:
Firman Allah Taala:
Maksudnya: Hanya Engkaulah yang kamiabdikandan hanya kepada
Engkaulah kami meminta pertolongan.
Ayat tersebut ringkas sahaja yang diulang-ulang perkataan ()
sebanyak dua kali.Dengan kalimah( )- Hanya Engkaulah yang
kamiabdikan..bahawaAllah membatasisegalapengabdianatauubudiyahhanya
kepadadiriNya semata-mata. Melalui ayat ini seseorang hamba
hendaklah memutuskan bahawa pengabdian hanyalah semata-mata Allah,
tidak harus nilai-nilai pengabdian itu dikait-kaitkan selain dari
Allah. Pengabdianmerupakan bentuk ketundukanhambakepada Allah untuk
mengikutisegalaperintah danmeninggal segalalaranganNya.[2]Setelah
menyebut: ( ) - Hanya Engkaulah yang kami abdikan.., lantas
al-Quran menyebut pula: ( ) - Dan hanya kepada Engkaulah kami
meminta pertolongan. Perkara ini menunjukkan pengertian bahawa
seseorang hamba itu tidak sekali-kali mengabdikan diri dan tidak
akan percaya tuhan-tuhan selain dari Allah, dia juga tidak akan
sekali-kali meminta apa-apa bentuk pertolongan atau bantuan selain
hanya kepada Allah. Tujuan diletakkan kalimah ()minta
pertolonganselepas kalimah () pengabdianmerupakan bentuk sopan
santun ayat dalam pembahasaannya supaya mengabdikan diri kepada
Allah terlebih dahulu, kemudian barulah meminta pertolongan
kepadaNya. Dengan kata lain, sudah selayaknyaseseorang hambameminta
sesuatu setelahdia terlebih dahulu mengerjakan apa yang
diperintahkan.Adalah tidak beradabjika seseoranghambameminta segala
sesuatu terlebih dahulu,padahaldia belum melaksanakan apa yang
diperintahkan.[3]
2.Keindahan Dan Makna Yang TepatAyat-ayat al-Quran mempunyai
keindahan dari sudut susunan perkataan yang membawa kepada makna
yang tepat,[4]sekalipun ayat-ayatnya pendek, hanya terdiri beberapa
patah perkataan sahaja. Mari kita lihat contoh ungkapan ayat,
sebagaimana yang terdapat dalam Surah Maryam, ayat 4:
Maksudnya:Dan kepala ini dipenuhi dengan rambut uban
Susunan perkataan di atas memiliki keunggulan dan kekuatan yang
tersendiri untuk menggambarkan tentang makna yang syumul dan
menyeluruh. Ayat ini berkaitan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. yang
berdoa kepada Allah agar dikurniakan seorang anak lelaki untuk
mewarisi risalah kenabian. Usia Nabi Zakaria a.s. sangat tua,
sehingga rambut yang ada di atas kepala semuanya uban, tidak ada
seuratpun yang berwarna hitam. Jumlah perkataan yang digunakan
dalam susunan ayat tersebut hanya tiga patah perkataan sahaja,
tetapi memiliki makna dan pengertian yang amat tepat. Makna syumul
ayat di atas tidak akan tercakup apabila ungkapan atau gaya bahasa
lain disusun seperti: ( ) ataupun ( ) kerana ianya memberi
pengertian ihtimal dan tidak menyeluruh, iaitu boleh jadi rambut
itu uban semua ataupun sebahagiaan sahaja uban.
Kelebihan kedua dari segi keindahan balaghahSesungguhnya
al-Quran yang mulia memperlihatkan penciptaan Ilahi dan
membentangkannya di hadapan manusia. Kemudian menggulungnya dalam
kesimpulan[4]bersamadengan nama-nama Tuhan, atau memalingkannya
kepada akal fikiran.Antara contoh yang pertama,[5]firman Allah (
s.w.t ):{ * } ( 31 32 )Maksudnya":Katakanlah siapa yang memberi
rezeki kepadamu dari langit dan bumi,atau siapakah yang berkuasa
menciptakan pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang
mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati
daripada yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan ? Maka
mereka akan menjawab: Allah.Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak
bertakwa. Maka itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya .( Yunus
10:31-32 )Pada bahagian awal ayat tadi disebut: Siapakah yang
menghias langit dan bumi, lalu menjadikan kedua-duanya gudang
(tempat simpanan rezki) kamu, maka diturunkan air hujan dari langit
dan dikeluarkan biji-bijian daripadanya? Siapakah selain Allah yang
berkuasa menjadikan langit dan bumi dalam keadaan mentaati-Nya?
Maka syukur dan puji itu hanyalah bagi-Nya yang Esa.Pada bahagian
kedua ayat itu ditanya: Siapakah yang memiliki pendengaran dan
penglihatan kamu. Kedua-duanya lebih berharga daripada anggota kamu
yang lain? Kilang atau tempat manakah kamu memperolehnya?
SesungguhnyaTuhan kamulah yang memberi kamu anggota-anggota yang
lembut itu, antaranya termasuklah mata dan telinga! Dialah yang
menciptakan kamu dan mendidikmu, itulah Tuhan yang berhak disembah
dan tiada sekutu bagi-Nya.al-Quran mencatatkan pula pada bahagian
ketiga ayat itu:Siapakah yang menghidupkan beratus-ratus ribu
daripada golongan yang sudah mati seperti Ia menghidupkan bumi?
Maka siapakah selain Allah (s.w.t) pencipta alam yang boleh
melakukan demikian? Tidak syak lagi, hanyalah Dia yang boleh
melakukan itu dan Ia juga penghidup bumi yang mati. Selama Dialah
yang benar, ia tidak akan melupakan kewajipan-Nya, dan akan
dibangkitkan kamu pada Hari Perbicaraan yang besar, Ia menghidupkan
kamu sepertimana Ia menghidupakn bumi yang mati.Seterunya diajukan
soalan lagi pada bahagian keempat: Siapakah selain Allah yang boleh
mengurus keadaan alam yang luas ini, lalu menyusunnya dengan
teratur dan mudah, seolah-olah pengurusan sebuah istana atau
bandar? Kerana tiada selain Allah, maka tiadalah kekurangan pada
kekuasaan yang berkuasa, mentadbir alam yang sangat luas ini dengan
mudah dan senang. Dia tidak memerlukan pembantu dan penolong,
itulah Dia yang tidak mempunyai batasan. Dia tidak membiarkan
pengurusanalam yang luas ini dan makhluk-makhluk yang kecil diurus
selain daripada-Nya. Oleh yang demikiankamuterpaksa mengakui bahawa
itulah Allah.
ILMU PENGETAHUAN (huraian syariat,benda ghaib,sejarah
dahulu,masa depan)
3.2 PENGERTIAN3.2.1 Syariah; Pengertian Bahasa
Perkataan syariah dibahagikan kepada beberapa erti. Antaranya
yang dapat dijelaskan di sini ialah seperti berikut:
i. Sumber air yang mengalir dan tidak putus ('Ali Jarisyah,
1991,Fairuzabadi, t.th.). Untuk mengambilnya tidak perlu
menggunakan alat khusus dan ia didatangi oleh manusia dan binatang
ternakan, seperti lembu dan kambing untuk minum air. Dalam konteks
tersebut, sumber air ini digunakan untuk kehidupan dan dapat
memberi keselamatan pada tubuh badan dan fizikal.
ii. Jalan yang lurus atau pertunjuk serta jalan yang jelas nyata
(Al-Asymawi, 1996). Syariat memandu umat manusia ke arah kebaikan,
kehidupan dan membentuk akal mereka (Al-Asyqar, 1982,Al-Sariyati,
1993). Hal itu dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang
bermaksud :Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad
s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap
dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan
engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
(perkara yang benar) (al-Jathiah : 18)Ayat ini menunjukkan bahawa
Allah telah menjadikan untuk Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya,
jalan-jalan yang jelas nyata mengenai urusan agama (Al-Asymawi,
1996).
iii. Segala sesuatu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap
para hambaNya. Ia merangkumi apa sahaja yang di syariatkan dan
perintah Allah daripada agama, seperti sembahyang, puasa, membuat
kebajikan dan meninggalkan maksiat (Al-Qaradawi, 1997).Hukum hakam
dikenali dengan syariah kerana ia merapakan peraturan yang lurus
serta hukum yang tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan daripada
tujuannya yang telah ditetapkan (Al-Tarifi, 1998). Antara lain, ia
juga dikenali dengan syariah kerana menilai sudut persamaannya
dengan sumber air. Syariah itu merupakan sumber dan jalan
penghidupan jiwa dan santapan akal sebagaimana juga sumber air
merupakan jalan serta sumber penghidupan fizikal dan tubuh badan
(Al-Sariyati, 1993).
Pengertian IstilahSeterusnya perkataan al-Syariah menurut
pengertian dan penggunaan istilah dapat dijelaskan sebagaimana
berikut:
a) Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya
dapat diketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang
mukallaf, apa yang berkaitan dengan perintah serta kaitannya
(Khallaf, 1968).
b) Segala peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah atau Dia
telah mensyariatkan dasar-dasarnya bersumber daripada al-Quran dan
hadith (Badran, 1972). Semua itu agar manusia melaksanakannya untuk
diri sendiri dan hubungan dengan Tuhan mereka dan sesama Muslim
atau orang lain dan alam semesta.
c) Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruh
perbuatan manusia, sama ada berbentuk halal atau haram, makhruh
atau sunat. Ia disampaikan oleh rasul-Nya yang terkandung di dalam
al-Qur'an dan hadith serta dalil-dalil pecahan daripadanya,
seperti: al-Qiyas serta dalil lain (Al-Qaradawi, 1997).
Sebagai rumusannya, perkataan syariah tersebut berasal daripada
syara' yang bererti: Mengadakan syariah. Justeru, daripadanya
terbentuk pengertian menyusun, mengadakan kaedah-kaedah,
menjelaskan peraturan-peraturan dan menjelaskan hukum-hukum. Oleh
itu, syariah Islam merupakan kumpulan dan sejumlah hukum-hukum yang
mana ditetapkan oleh Allah untuk sekalian umat manusia menerusi
perantaraan Baginda Rasulullah s.a.w yang lermaktub di dalam
al-Quran dan hadith. Seterusnya syariah secara umum ialah segala
hukum yang ditetapkan oleh Allah terhadap hamba-hambaNya menerusi
perantara rasul supaya mereka mengikuti serta beramal dengannya.
Apabila ilmu Islam berkembang luas dan menjurus kepada
bidang-bidang yang khusus, maka syariah ini difahami sebagai
mencakupi tiga bidang ilmu iaitu ilmu Aqidah, ilmu Fiqh dan ilmu
Tasawwuf. Perkembangan yang terakhir disebabkan penjurusan bidang
ilmu perkataan syariah dikhususkan pengertiannya kepada
perkara-perkara yang berhubung dengan amalan lahiriah manusia
semata-mata yang dikenali kemudiannya dengan istilah Fiqh (Abdul
Halim El-Muhammady, 1993)
Zaman dahulu
1. Sejarah berfungsi sebagai peneguh hatiDalam bahasa Al-Quran
Allah menegaskan bahwa Allah telah berjanji kepada orang-orang yang
beriman dan beramal sholeh bahwa Allah akan menjadikan mereka
sebagai penguasa di muka bumi, Allah akan meneguhkan dien yang
diridhoinya, dan mengganti rasa takut dengan rasa aman. Semuanya
tercantum dalam QS an-Nr ayat 55 sebagai berikut :Allah telah
menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan
mengerjakan kebajikan bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan
mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan
orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan
meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka.
Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, sesudah mereka
dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku
dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku. dan
Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka
Itulah orang-orang yang fasik.
2.Sejarah berfungsi sebagai pengajaranSejarah merupakan
pendidikan (Mauidzah) Allah terhadap kaum muslimin, sebagai
peringatan dalam menjalani sunnah Rasul. Pelajaran yang Allah
berikan dengan tujuan melahirkan sosok ummat yang memiliki kualitas
mumin, mujahid, istiqomah, shalihun dan shabirun. Ummat yang
memiliki kualitas seperti ini baru bisa diperoleh melalui interaksi
dan keterlibatan diri secara langsung dalam harakah perjuangan
secara total.
Dalam surat al-Arf ayat 176, Allah swt berfirman yang artinya
sebagai berikut :Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami
tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung
kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka
perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya
lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya
(juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu
agar mereka berfikir.. Dengan sejarah umat Islam dituntut untuk
berfikir (QS al-Arf : 176) dalam arti menjadikan sejarah sebagai
pelajaran dan peringatan untuk menentukan langkah berikutnya dari
suatu kesinambungan risalah dalam menggapai tujuanli ila
kalimatillh.MASA DEPANSisi keajaiban lain dari Al Qur'an adalah ia
memberitakan terlebih dahulu sejumlah peristiwa yang akan terjadi
di masa mendatang. Ayat ke-27 dari surat Al Fath, misalnya, memberi
kabar gembira kepada orang-orang yang beriman bahwa mereka akan
menaklukkan Mekah, yang saat itu dikuasai kaum penyembah
berhala:
"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rosul-Nya tentang
kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya
kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan
aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu
tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu
ketahui, dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat." (Al
Qur'an, 48:27)
Ketika kita lihat lebih dekat lagi, ayat tersebut terlihat
mengumumkan adanya kemenangan lain yang akan terjadi sebelum
kemenangan Mekah. Sesungguhnya, sebagaimana dikemukakan dalam ayat
tersebut, kaum mukmin terlebih dahulu menaklukkan Benteng Khaibar,
yang berada di bawah kendali Yahudi, dan kemudian memasuki
Mekah.
Pemberitaan tentang peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di
masa depan hanyalah salah satu di antara sekian hikmah yang
terkandung dalam Al Qur'an. Ini juga merupakan bukti akan kenyataan
bahwa Al Qur'an adalah kalam Allah, Yang pengetahuan-Nya tak
terbatas. Kekalahan Bizantium merupakan salah satu berita tentang
peristiwa masa depan, yang juga disertai informasi lain yang tak
mungkin dapat diketahui oleh masyarakat di zaman itu. Yang paling
menarik tentang peristiwa bersejarah ini, yang akan diulas lebih
dalam dalam halaman-halaman berikutnya, adalah bahwa pasukan Romawi
dikalahkan di wilayah terendah di muka bumi. Ini menarik sebab
"titik terendah" disebut secara khusus dalam ayat yang memuat kisah
ini. Dengan teknologi yang ada pada masa itu, sungguh mustahil
untuk dapat melakukan pengukuran serta penentuan titik terendah
pada permukaan bumi. Ini adalah berita dari Allah yang diturunkan
untuk umat manusia, Dialah Yang Maha Mengetahui.
Kejadian Siang Malam
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy,
Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan
cepat..."(Al-a'raf: 54)
Ini ialah ayat yang mengisahkan tentang proses penutupan malam
pada siang dan siang pada malam merupakan sebuah simbolik yang
indah. Hal tersebut mengandungi kisah proses putaran bumi pada
paksinya dihadapan matahari. Ini adalah kerana apabila bumi tidak
berputar pada paksinya dihadapan matahari, maka tidak akan ada
proses penggantian siang dan malam sebagaimana yang terjadi dalam
kehidupan kita sampai waktu ini. HUJANDan Dialah (Allah) yang
mengutuskan angin sebagai khabar gembira yang datang dari
rahmat-Nya hinggalah ia (angin) membawaawan-awanyang sarat (dengan
air) lalu kami siramkannya buat (mana-mana) negeri yang (tandus)
mati,-surah Al-Araf, ayat 57,Tidakkah engkau mengerti bahawa Allah
menjadikanawan-awanitu terhimpun sedikit demi sedikit kemudian
menggabungnya (dengan sebahagiannya). Seterusnya Ia menjadikannya
satu kepulan raksasa. (Dengan itu) engkau dapat melihat hujan
keluar dari celah-celahnya (awan)-surah An-Nur, ayat 43,Allah-lah
yang mengutuskan angin seterusnya mengocakkan awan-awanan. Kemudian
Ia membiarkannya tersedia di langit sebagaimana yang Ia kehendaki
dan menjadikannya potongan-potongan kepulan yang banyak. Selepas
itu engkau akan melihat hujan turun dari celah-celahnya,-surah
Ar-Rum, ayat 48,Dan Allahlah yang mengutuskan angin (untuk
kemudiannya) mengocakkanawan-awanseterusnya Kami perjalankannya ke
negeri yang buminya mati. Kemudian Kami hidupkan tanah tadi
dengannya (hujan yang turun dari awan-awanan),-surah Al-Fathir,
ayat 9.PEMBENTUKAN ALAM SEMESTA
Asal kejadian alam semesta telah diceritakan didalam Al Quran
pada ayat berikut: Maksudnya: Dialah pencipta langit dan bumi. (QS
Al-Anam : 101)Keterangan yang diberikan Al Quran bersesuaian penuh
dengan penemuan ilmu pengetahuan masa kini. Kesimpulan yang
didapati oleh astronomi saat ini, bahawa keseluruhan alam semesta
terhasil dari suatu ledakan yang kuat yang tejadi dalam masa yang
sikap. Peristiwa ini, yang dikenal sebagai Big Bang,yang membentuk
keseluruhan alam semesta sekitar 12 14 bilion tahun dahulu.Bukti
teori Big Bang dalam Al Quran ada firman Allah : Maksudnya: Dan
apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit
dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami
pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu
yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? (QS
Al-Anbiya : 30)Dalam Ayat tersebut telah menyebut perkataan ratqa
yang bermaksud sesuatu yang bercantum. Dan perkataan fataqa pulak
bermaksud sesuatu yang mengembang.Berhubung dengan ayat ini, Imam
Said bin Jubair berkata Langit dan Bumi sebelum ini melekat antara
satu sama lain.Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah
bumi maka berlaukulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan oleh
Allah dalam ayat tersebut.
Berhubung dengan tafsiran ini. Syeikh Said Hawa berkata dalam
kitab Al-asas fi at-Tafsir Tafsiran yang dibuat , sebagai contohnya
oleh Imam Said bin Jubair menceritakan sesuatu yang tidak diketahui
melainkan baru-baru ini. Kenyatan ini memang selari dengan penemuan
sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.mengikut teori
Big Bang, alam ini asalnya bercantum padu,kemudian berlakunya satu
letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 16 bilion tahun dahulu,
selepas itu berlaku pergembangan dan penyejukan sehingga akhirnya
lahirlah bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan
seumpamanya.Teori ini berasaskan formulaGeneral Theory of
relativity yangyang diutarakan oleh Albert Einstein pada
tahun1915,kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia
Alexander friedmann mengembangkan lagi teori ini.Pada tahun1929
seorang tokoh astronomi Amerika Edwin Hubble menemui bukti-bukti
kukuh yang menyokong teori Big Bang.Ketika kita membandingkan ayat
Al-Quran dengan berbagai penemuan ilmiah, akan kita dapati bahawa
kedua-duanya benar-benar bersesuaian antara satu sama lain.