Bulen RIMC Universi Utara Malaysia Buletin RIMC DISEMBER 2016 BIL 2 / EDISI 2/ 2016 MENARIK DI DALAM www.rimc.uum.edu.my P usat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah men- gadakan Bengkel Pengukuhan UUM ke Arah Universi Penyelidikan (RU) 2016 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan Dewan Seminar, SQS. Bengkel tersebut berjalan selama 2 hari bermula dari 16 Oktober 2016 hingga 17 Oktober 2016. Tujuan utama bengkel ini diadakan ada- lah untuk memberi penerangan berkai- tan instrument penaksiran pencapaian universi dalam Penyelidikan, Pem- bangunan dan Pengkomersilan (R&D&C) mengikut instrument penilaian Malaysia Research Assess- ment Instrument (MyRA). Selain itu, simulasi proses pengauditan turut dijal- ankan bagi data Januari hingga Jun 2016. Bengkel ini turut dijalankan bagi memberikan pemahaman yang lebih baik tentang pindaan Glosari MyRA 2016. Suasana di sekitar berlangsungnya Bengkel Pengukuhan UUM ke Arah Universi Penyelidikan (RU) 2016 Taklimat FRGS kepada penerima geran baru Taklimat Eka Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi Penilaian Tapak Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA®) untuk Pencapaian Tahun 2015 Taklimat Ketua RU Geran Berimpak Tinggi Majlis Penyampaian Wakah perlankan Penjawat Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian (SCoE) Program Discover UUM : Seminar Integri Keluarga Workshop on Effecve Wring for Publicaon in High Impact Journal Akvi Kelab “ ChillOut Thurs- day” Aerobic Fitness X Futsal Merdeka Anugerah Pekerja Cemerlang
13
Embed
uletin RIM Universiti Utara Malaysia Buletin RIMCrimc.uum.edu.my/images/FINAL-Buletin-RIMC-Edisi-2-2016_compressed.pdfdari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Buletin RIMC
DISEMBER 2016
BIL 2 / EDISI 2/ 2016
MENARIK DI DALAM
www.rimc.uum.edu.my
P usat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah men-gadakan Bengkel Pengukuhan UUM ke Arah Universiti
Penyelidikan (RU) 2016 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan Dewan Seminar, SQS. Bengkel tersebut berjalan selama 2 hari bermula dari 16 Oktober 2016 hingga 17 Oktober 2016.
Tujuan utama bengkel ini diadakan ada-lah untuk memberi penerangan berkai-tan instrument penaksiran pencapaian universiti dalam Penyelidikan, Pem-
bangunan dan Pengkomersilan (R&D&C) mengikut instrument penilaian Malaysia Research Assess-ment Instrument (MyRA). Selain itu, simulasi proses pengauditan turut dijal-ankan bagi data Januari hingga Jun 2016. Bengkel ini turut dijalankan bagi memberikan pemahaman yang lebih baik tentang pindaan Glosari MyRA 2016.
Suasana di sekitar berlangsungnya Bengkel Pengukuhan UUM ke
Arah Universiti Penyelidikan (RU) 2016
Taklimat FRGS kepada
penerima geran baru
Taklimat Etika Penyelidikan,
Penerbitan dan Inovasi
Penilaian Tapak Penarafan
Bintang Malaysia Research
Assessment (MyRA®) untuk
Pencapaian Tahun 2015
Taklimat Ketua RU
Geran Berimpak Tinggi
Majlis Penyampaian
Watikah perlantikan Penjawat
Pusat Kecemerlangan Pusat
Pengajian (SCoE)
Program Discover UUM :
Seminar Integriti Keluarga
Workshop on Effective Writing
for Publication in High Impact
Journal
Aktiviti Kelab “ ChillOut Thurs-
day”
Aerobic Fitness X Futsal
Merdeka
Anugerah Pekerja Cemerlang
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Penasihat
Prof. Dr. Noor Azizi Ismail
Pengarah Urusan
Prof. Dr. Ayoib Che Mat
Editor Utama
Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi
Editor/ Rekabentuk
Noorhani Ismail
Naimah Rasidi
Nurzalikha Ahmad
Penyumbang Berita
Raihanah Hasaniah Abdullah
Sobiroh Md. Taha
Nurshuhada Abdul Ani
Aniza Sabjan
Reka Bentuk Teks dan Grafik
Hisaruddin Ahmat
Fotografi
Abdul Jalil Mat Isa
Fadilah Mohd Zain
Siti Nawari Aziz
Bistomi Ismail
Penyelaras Buletin RIMC
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC)
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM, Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4771
Fax : 04-928 4756
Laman web: www.rimc.uum.edu.my
2
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Profesor Pelawat RIMC,
Prof. Dr. Shahir Shamsir dari Universiti Teknologi Malaysia
(UTM). Hari pertama bengkel ini difokuskan untuk aktiviti
taklimat audit data MyRA 2016. Seterusnya, proses audit
data MyRA 2016 dijalankan bermula dari jam 10 pagi hingga
4.30 petang. Peserta bagi hari pertama terdiri daripda semua
Ahli Jawatankuasa MyRA dan pembekal-pembekal data My-
RA. Panel penilai bagi audit dalaman data MyRa 2016 ini ialah
Cik Zuridah Saadan, Prof. Dr. Shahir Shamsir, Dr. Nooraini
Yusoff, Prof. Dr. Kalsom Kayat, Dr. Mohd Faizal Omar, Prof.
Dr. Ayoib Che Ahmad dan Puan Suraya Deraman.
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti pembentangan dan
ulasan panel penilai bagi audit data MyRA 2016. Hasil pem-
bentangan menunjukkan UUM perlu berusaha dengan lebih
baik untuk memberikan data yang bertepatan dengan glosari
MyRA. Selain itu, masalah data lompong dan tidak lengkap
perlu diperbaiki. Prof. Dr. Shahir mencadangkan agar UUM
membangunkan satu sistem yang bertindak sebagai pusat
bagi penghantaran data yang lebih efektif. Sesi petang bagi
hari kedua pula diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu My-
RA bersama wakil pusat Pengajian. Antara intipati sesi ini
ialah pendedahan proses audit MyRA yang sebenar kepada
PTJ di samping pemberian pemahaman yang tepat berkaitan
dengan definisi operasi (OD) MyRA 1. Sesi ini mendapat sam-
butan yang baik daripada wakil pusat pengajian di mana pel-
bagai persoalan telah diajukan kepada Prof Dr. Shahir.
Harapan RIMC agar kesemua pihak yang terlibat dalam
pengumpulan data MyRA dapat memberikan kerjasama yang
lebih mantap bagi mencapai impian UUM untuk menjadi sa-
lah satu daripada Universiti Penyelidikan (RU).
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Rumusan Taklimat FGRS kepada Penerima Geran Baru
Pada 27 Julai 2016, taklimat FRGS kepada penerima geran baru telah diadakan di Dewan Seminar C.
Objektif penganjuran taklimat tersebut bagi mendedahkan kepada para penyelidik tentang pengurusan penyelidikan yang cekap dan
tersusun.
Penyelidik mendapat kefahaman dan pengetahuan tentang kaedah pengurusan kewangan dan perolehan barang/aset berkaitan
penyelidikan mengikut tatacara universiti.
Hasil daripada taklimat ini semua aktiviti dan pengurusan penyelidikan FRGS Fasa 1/2016 dapat berjalan lancar dan tamat mengikut
3 Taklimat Etika Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi
18 Disember—Bertempat di Dwan Seminar Pusat Ialam, Universiti Utara Ma-
laysia telah diadakan Taklimat Etika Penyelidikan dan Inovasi. Taklimat ini di-
adakan dengan mensasarkan ahli akademik sebagaia para peserta. Taklimat
ini diadakan bagi memastikan penyelidikan dan penerbitan yang dijalankan di
Universiti menjurus ke arah pencapaian visi dan misi universiti.
Ianya turut berobjektif untuk memberi kesedaran kepada penyelidik berke-
naan dengan etika dalam menjalankan penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
Taklimat ini diharapkan dapat memberi penekanan kepada penyelidik untuk
menjalankan penyelidikan dan penerbitan yang menghasilkan output yang
berimpak tinggi.
Hasil daripada taklimat ini diharap dapat melahirkan rasa tanggungjawab
penyelidik dalam menjalankan penyelidikan, penerbitan dan Inovasi dengan
penuh beretika dengan mematuhi semua peraturan dan perundangan yang
telah ditetapkan universiti.
Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh Professor Dr Abdul Latif Ahmad
dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM).
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Taklimat Ketua RU
P ada 26 November 2016 (Selasa), RIMC telah mengadakan Majlis
Taklimat Geran FRGS Fasa 1/2016 telah diadakan bertempat di
Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen.
Seramai 39 orang penyelidik yang berjaya memperoleh Geran
FRGS Fasa 1/2016014 menghadiri majlis taklimat Geran FRGS Fasa 1/2016.
Taklimat tersebut telah berlangsung dengan jayanya dimulai ucapan aluan
dan taklimat oleh Pengarah RIMC Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad dan diikuti
penerangan terperinci berkaitan tatacara pengurusan penyelidikan dan
penyelarasan proposal secara atas talian oleh En. Abdul Rais Mohamed
Mokhtar. Taklimat tersebut disusuli dengan sesi soal jawab bersama
penyelidik yang berjaya.
RIMC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan penyelidik-
penyelidik UUM yang telah berjaya mendapatkan geran FRGS Fasa 1/2016.
Semoga dengan kejayaan ini dapat memupuk semangat penyelidikan yang
tinggi dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan bermanfaat
buat negara amnya dan Universiti Utara Malaysia khususnya.
4
Penilaian Tapak Penarafan Bintang Malaysia Research As-
sessment (MyRA®) untuk Pencapaian Tahun 2015
P ada tahun 2016, UUM telah berjaya mengekalkan pen-
capaian Tiga Bintang untuk audit Malaysia Research
Assessment (MyRA®) bagi tahun penilaian 2015. Sesi penilaian
tapak ini berlangsung selama dua hari mulai 30 Mei hingga 1 Jun
2016 melibatkan enam panel penilai yang telah dilantik oleh KPM
diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Normah binti Omar daripada Univer-
siti Teknologi Mara (UiTM). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Prof.
Emeritus Dr. Muhammad(USM), YBhg. Prof. Dr. Mazlina @ Nor-
zila Mat Zain(MMU), YBhg. Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi(UPM),
YBhg. Prof. Dr. Naomie binti Salim (UTM), YBhg. Prof. Dr. Rahmah
binti Noordin (USM), YBhg. Prof. Dr. Wan Ruslan bin Ismail
(USM).
Dalam usaha bagi menaikkan penarafan bintang MyRA bagi ta-
hun 2016 , UUM di bawah pucuk pimpinan Timbalan Naib Can-
selor, Prof. Dr. Azizi bin Ismail telah merangka strategi teruta-
manya dalam bidang keberhasilan utama iaitu Penyelidikan dan
Inovasi yang Berimpak Tinggi. Kepakaran dan hasil penyelidikan
UUM diharapkan dapat menyumbang secara tekal kepada pem-
bangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat
memupuk penemuan inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu.
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
5
Geran Berimpak Tinggi
Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di Malaysia. Ia memberi kesan kepada Alam Sekitar, Ekonomi dan Psikologi manusia yang menjadi mangsa banjir. Sebagai usaha memperkukuhkan persediaan dan pengurusan yang berke-san, Kementerian Pendidikan Tinggi telah menawarkan geran penyelidikan khas iaitu geran penyelidikan Pengurusan Bencana Banjir. Universiti Utara Malaysia telah berjaya memperolehi beberapa geran tersebut bagi kategori Fundamental Research Grant Scheme. Salah satu daripada penyelidikan tersebut diketuai oleh Dr. Nor Laily binti Hashim. “Akibat bencana banjir besar yang melanda di Kelantan pada akhir tahun 2014, hampir 81 peratus pusat pemindahan khususnya di Kuala Krai turut di-tenggalami air. Kesan daripada bencana itu secara tidak langsung telah menjejaskan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara berkenaan. Berikutan itu, satu bantuan sokongan keputusan iaitu Adaptive Emergency Evacuation Centre Management (AEECM) bertujuan untuk mengagihkan semula semua mangsa banjir ke pusat peminda-han baharu apabila keadaan semakin teruk telah dibangunkan. Aplikasi AEECM berasaskan web dan mobile ini dibangunkan bagi pihak berkuasa yang menguruskan pusat pemindahan seperti pentadbir sistem, Pegawai Daerah, pega-wai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, penyelamat dan ketua kampung.” Produk penyelidikan ini telah merangkul pingat emas di Innovative Research, Invention & Application Expo (I-RIA) 2016 di UUM dan juga 27th International Invention, In-novation & Technology Exhibition (ITEX'16) yang berlangsung pada Mei lalu di KLCC. Manakala kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Nabisah Ibrahim bertajuk Developing Malaysian Psychological Debriefing Model (My-PsychD) for Disaster Debriefing Team adalah mengenai Analisis fenome-nologi pengalaman peserta yang digunakan untuk meneroka komponen penting Intervensi debriefing bagi konteks Malay-sia. Model Malaysian Psychological Debriefing (My-PsychD) telah dibangunkan berdasarkan empat komponen budaya yang diperolehi daripada kajian ini (norma tempatan, nilai, sistem kepercayaan, dan bahasa). Model ini merangkumi tiga fasa utama; 1) Fasa Pra-Debriefing: Latihan Kesediaan dan Pengenalan, 2) Fasa Debriefing: Membina Hubungan, Eksplorasi Kognitif, Eksplorasi Efektif, Penilaian Simptom, dan Pemberdayaan, dan 3) Fasa Post-Debriefing: Follow-Up dan Way-Forward Stage. Pasukan sukelarawan bencana, khususnya pasukan debriefing adalah digalakkan untuk memahami budaya mangsa bencana sebelum menggunapakai Model My-PsychD ini. Selain itu, Dr. Norafidah Ismail yang mengetuai kajian bertajuk A Post Flood Disaster Recovery Management : Kelantan Vs New Orleans. A Time to Learn from A Developed Nation? telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha pemulihan selepas banjir. Ia juga mengenalpasti beberapa cabaran dan permasalahan yang timbul ketika kerja-kerja pemulihan bencana dilaksanakan. Antaranya ialah pertindihan bidang kuasa dan tanggungjawab di dalam merancang dan melaksana projek-projek pemulihan; kekeliruan ketika proses pendaftaran rumah baru untuk mangsa banjir; dan isu pengagihan ban-tuan kemanusiaan yang dilakukan oleh badan bukan kerajan (NGO). Dengan mengambil kira halangan-halangan tersebut dan tindakan-tindakan pemulihan bencana yang dilakukan oleh agensi bencana di Amerika Syarikat, ahli-ahli penyelidik berjaya mengenalpasti beberapa tindakan segera yang wajar dikemukakan kepada pihak-pihak yang terlibat, secara lansung atau tidak lansung,di dalam membantu mangsa-mangsa banjir membina kembali kehidupan mereka yang terkesan akibat banjir besar. Sebahagian daripada cadangan cadangan ini adalah: agensi-agensi yang terlibat sewajarnya melakukan institutional reform, pada kadar keperluan, agar usaha-usaha pemulihan banjir menjadi lebih efisien (nota: penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) pada bulan September 2015 dialu-alukan); mangsa-mangsa banjir perlu mewujudkan satu tindakan yang kolektif (bersama) di dalam mengurus pengagihan bantuan-bantuan yang diberikan; dan pihak kerajaan diharap dapat merangka National Disaster Housing Strategy (NDHS) seperti yang diperkenalkan di Amerika Syarikat selepas berlakunya taufan Katrina dan Sandy. Kajian-kajian ini telah berjaya disiapkan dan dibentangkan di Persidangan Kajian Bencana Banjir anjuran Kementerian Pen-didikan Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Adalah diharapkan dengan aplikasi, model dan dapatan-dapatan kajian ini dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurus bencana banjir dengan berkesan, mempercepatkan bantuan dan usaha-usaha pemulihan.
RESEARCH IS CREATING NEW KNOWLEDGE
-NAIL ARMSTRONG-
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Di sekitar Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Penjawat
Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian (SCoE)
6
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Aktiviti– Aktiviti RIMC Sepanjang Julai– Disember 2016
BIL AKTIVITI/ PROGRAM TARIKH TEMPAT ANJURAN (UNIT)
1 Sharing Session @ SOL—Research Publication
Workshop
19 Julai 2016 Milik Mensyuarat SOL Penerbitan
2 Writing Camp IBS 25 Julai 2016 Pusat Pengajian Peniag-
aan Islam
Penerbitan
3 Workshop on Introduction for Journal Publica-
tion
26 Julai 2016 Bilik Seminar UUM, COL-
GIS
Penerbitan
4 Taklimat FRGS kepada penerima geran baru 27 Julai 2016 Dewan Seminar C Penyelidikan
5 Jelajah RIMC ke Pusat Pengajian Sains Kuanti-
tatif (SQS)
1 Ogos 2016 Dewan Seminar 2 Tugas-Tugas Khas
6 Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pen-
jawat Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian
(SCoE)
7 Ogos 2016 Dewan Angsana EDC
Hotels & Resorts
Penyelidikan
7 Sharing Session @ SOiS—Bengkel Pengukuhan
Sitasi Penerbitan
15 Ogos 2016 Pusat Pengajian Perni-
agaan Antarabangsa
Penerbitan
8 Research Visibility, Impact and Citation Siri
1/2016
15-16 Ogos 2016 STML Penerbitan
9 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 2
17 Ogos 2016 Bilik Mensyuarat Utama,
RIMC
Penerbitan
10 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 3
22 Ogos 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
11 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 4
29 Ogos 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
12 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 5
5 September 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
13 Taklimat Pemantauan Penyelidikan Sistem
MyGrants Secara Atas Talian
5 September 2016 Dewan Seminar A, Kom-
pleks Konvensyen
Penyelidikan
14 Aerobic Fitness X Futsal Merdeka 6 September 2016 Pusat Sukan, UUM RIMC
15 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 6
7 September 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
7
6
There is only one way to avoid criticism: do noth-
ing, say nothing, and be nothing -Aristotle-
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Aktiviti– Aktiviti RIMC Sepanjang Julai– Disember 2016
BIL AKTIVITI/ PROGRAM TARIKH TEMPAT ANJURAN (UNIT)
16 Manuscript Clinic - Editing and Proofreading Every Wednesday RIMC Penerbitan
17 Workshop on Effective Writing for Publication in
High Impact Journal
25 September 2016 EDC Hotel & Resorts Penerbitan
18 Jelajah RIMC ke Pusat Pengajian Antarabangsa
(SOIS)
4 Oktober 2016 Bilik Mesyuarat Utama, SOIS Tugas-Tugas Khas
19 Pembentangan Bagi Permohonan Skim
Knowledge Transfer Programme (KTP) 2016
11 Oktober 2016 Bilik Mesyuarat RIMC RIMC
20 Taklimat Pengenalan dan Demonstrasi
Penggunaan UDl EDGE “Big Scientific Data”
12 Oktober Bilik Mesyuarat RIMC RIMC
21 Bengkel Pengukuhan UUM Ke Arah Universiti
Penyelidikan (RU) 2016
16 - 17 Oktober Bilik Mesyuarat Utama, SQS RIMC
22 Bengkel Pembangunan Laman Web CoE 19 Oktober 2016 Makmal Komputer, Kompleks
Konvensyen
RIMC
23 Aktiviti Kelab “ChillOut Thursday” Kelab Kebajikan
Staf RIMC
20 Oktober 2016 Bowling, CMart Changloon Kelab Kebajikan Staff RIMC
24 Taklimat Berkaitan Pengauditan Pengurusan
Kewangan oleh Unit Audit Dalam UUM
9 November 2016 RIMC
25 Taklimat CoE dan Geran Penyelidikan 20 November 2016 Dewan Seminar SQS Penyelidikan
26 Taklimat Ketua RU 27 November 2016 Bilik Mesyuarat Utama RIMC Tugas-Tugas Khas