SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS SGDU 2013 KEPIMPINAN PENDIDIKAN – SGDU 2013 KEPIMPINAN PENDIDIKAN – Ulasan Jurnal : Ulasan Jurnal : Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah Iklim Bilik Darjah DISEDIAKAN OLEH : NORAINI BIN MD.SAPIAN (201402) NORAINI BIN MD.SAPIAN (201402) PENSYARAH : PENSYARAH : EN. SHUHAILI BIN SHAMSUDIN EN. SHUHAILI BIN SHAMSUDIN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN
KOLEJ SASTERA DAN SAINS
SGDU 2013 – KEPIMPINAN PENDIDIKANSGDU 2013 – KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Ulasan Jurnal : Ulasan Jurnal :
Peranan Kepimpinan Guru Dalam MempengaruhiPeranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik DarjahIklim Bilik Darjah
DISEDIAKAN OLEH :
NORAINI BIN MD.SAPIAN (201402)NORAINI BIN MD.SAPIAN (201402)
PENSYARAH :PENSYARAH :
EN. SHUHAILI BIN SHAMSUDINEN. SHUHAILI BIN SHAMSUDIN
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
JURNAL
PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHI
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
IKLIM BILIK DARJAH
Rahmad Sukor Ab. Samad
Shahrir Jamaluddin
Universiti Malaya
Most community members believe that the effectiveness of a school is related
to the efficiency of its management or principal's leadership style. Actually,this
phenomenon occurs if one perceives success from the macro aspect.
Conventionally.the success of an organization starts from the smaller units
thatexist in the organization itself. Hence, this article will discuss the smaller
unitsthat exist in the school organization, which refer to classrooms or micro
scale.The focus of the discussion is to suggest what should be done by
teachers in classrooms in order to create effective schools.
Selari dengan perkembangan isu kepimpinan dalam pendidikan,
banyak kajian dilakukan terhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997;
Sashkin & Sashkin, 1993) tetapi sedikit sahaja kajian dijalankan ke atas
kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991) systemic
change adalah apa sahaja perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagian
dalam sistem organisasi yang akan mempengaruhi keseluruhan organisasi;
dan ini seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi
tersebut. Apabila systemic change ini dikaitkan dengan kepimpinan bilik
darjah, ia memberi pengertian kepimpinan bilik darjah adalah satu unit yang
akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah.
Perbezaan dalam pencapaian murid-murid dalam sekolah juga dipengaruhi
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada
kecemerlangan sesebuah sekolah.
Persepsi Guru mengenai Kepimpinan Bilik Darjah
Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan
bilik darjah kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu
pengetua atau pentadbir sekolah. Persepsi ini perlu dibetulkan seperti yang
disarankan oleh Blase dan Blasé (1998) bahawa asas kejayaan sebuah
sekolah yang berjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran
(pengetua; guru besar) tetapi disebabkan oleh kordinasi para guru selaku
pemimpin pengajaran. Pendapat ini telah membezakan peranan antara
pengetua sekolah dengan gurunya dimana guru berperanan sebagai
pemimpin pengajaran dan pengetua sebagai penyelaras sahaja.
Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolah-
sekolah efektif di mana ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pengetua
sekolah menjadi faktor utama yang dapat memajukan sesebuah sekolah.
Artikel ini akan memberi tumpuan terhadap maksud kepimpinan bilik darjah;
kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktorfaktor yang mempengaruhi iklim
sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah.
Amalan kebiasaan guru dalam bilik darjah lebih banyak kepada
pengurusan bilik darjah sedangkan kepimpinan bilik darjah tidak menjadi
keutamaan. Situasi ini disebabkan program-program yang berkait dengan
latihan guru lebih banyak memberi penekanan kepada amalan bilik darjah.
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
Kesannya, guru yang mengajar tidak menyedari tentang peranan mereka
yang sebenar (Lambert, 2003). Guru beranggapan bahawa peranan mereka
hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang disediakan
dan secara tekal akan memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukkan
perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003)
berpendapat babawa guru adalah agen-agen perubahan yang penting dalam
memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Guru sebagai
agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempelajari ciri-ciri
kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah
dapat ditingkatkan.
Definisi Kepimpinan Pengajaran
Cuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi
pihak lain dengan sengaja. Tindakan ini bertujuan untuk mencapai.matlamat
yang dihasratkan. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan
positif ke atas pihak yang dipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002)
mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain
lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited.
Bagi House et al, (dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorang
individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain
menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Bagi Owens
(2001) pula, kepimpinan adalah satu set fungsi; ia berlaku di dalam proses
interaksi antara dua orang atau lebih yang terlibat; dan pemimpin berniat dan
berusaha untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain. Berdasarkan semua
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni
atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas
mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke arah keberkesanan dan
pencapaian matlamat organisasi.
Sungguh pun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada
perspektif pendidikan seringkali kepimpinan dikaitkan dengan kepimpinan
pengajaran di sekolah dan bilik darjah. Southworth (2002) mendefinisikan
pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran
termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar.
De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah
segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak
yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di
kalangan murid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap
pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun
pertumbuhan pelajar itu sendiri.
Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh
pengetua atau guru besar sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990)
mengatakan peranan pengetua, antaranya memberi araban, sumber dan
sokongan kepada guru dan pelajar bertujuan untuk memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini boleh dilihat menerusi peranannya
sebagai kepimpinan pengajaran. lni merujuk kepada kepimpinan yang
mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pe-ngajaran di
mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan ke arab
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
proses ini boleh dilaksanakan jika seseorang guru bertindak sebagai penyelia
dan juga penilai perkembangan pelajar; dan ia seolah-olah sedang menjalani
latihan dalam perkhidmatan. Matlamat umum kepimpinan pengajaran ialah
untuk membaiki atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan
pembelajaran pelajar. Kemahiran dan kecekapan kepimpinan pengajaran
yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepada guru-
guru. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin guru
ke arah kecemerlangan dalam program-program pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi
penilaian guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, sumber dan peralatan
mengajar, kakita-ngan, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran
jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara
pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran
yang sewajarnya.
Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program
pengajaran, peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan
kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik
yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategistrategi yang berkesan. Oleh
kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program
pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan
pengkhususan guru; pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber
kaedah pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa; dan
perubahan kurikulum - ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan
barn yang perlu diambil kira dalam merealisasikan kepimpinan pengajaran.
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
Kepimpinan Bilik Darjah
Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu
kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk men gurus dirinya
sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini
adalah satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari
dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru
untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat meyakinkan mereka
supaya mengikut. Kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaan
berikut:
Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat
capai di dalam setiap bilik darjah;
Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit
dalam personaliti mereka ketika kehadiran seseorang guru;
Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah
menjadi senyap; dan
Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari
seseorang guru.
Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa
pemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan
kepada murid-murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. Apa yang
diperlukan adalah kesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid.
Menurut Wilcox (2005) dalam kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian
pemimpin yang boleh diwujudkan kerana di dalam bilik darjah itu sahaja ada
dua jenis pemimpin iaitu:
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
1) Guru kelas atau guru subjek; dan
2) Pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru ada di dalam
kelas ataupun tidak.
Bagi Hook dan Vass (2000) kepimpinan bilik darjah yang berkesan
memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran berikut:
1. Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi;
2. Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;
3. Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya;
4. Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan
5. Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat.
Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998)
menyarankan tiga pendekatan:
1) Pendekatan Eksekutif;
2) Pendekatan Empati; dan
3) Pendekatan Liberal.
Proses pengajaran dan pembelajaran (PP) secara normal berlaku di
dalam bilik darjah di mana murid-murid yang mengikuti pengajaran
merupakan responden dan guru berperanan sebagai pemimpin.
Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru
sarna ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan
mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif
umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu
proses PP di dalam bilik darjah - merujuk kepada usaha yang digerakkan ke
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan
guru sebagai pemimpin akan kelihatan dalam keupayaannya membuat
perubahan di dalam bilik darjah menerusi usaha yang dibuat bersama murid-
murid menuju ke arah pencapaian matlamat PP.
Pemimpin juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan
merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk
strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan
berupaya menukar tindakan atau sikap subordinat agar sesuatu matlamat
tereapai.
Kepimpinan Berkesan
Siapakah yang dimaksudkan pemimpin di dalam bilik darjah? Dalam konteks
ini, ada dua jenis pemimpin yang wujud:
1) Guru kelas atau guru subjek; dan
2) Murid-murid yang diberi kuasa untuk memimpin sewaktu guru hadir
ataupun tidak (Wilcox, 2005). Fokus jenis pemimpin di sini adalah golongan
guru kerana golongan ini lebih banyak menonjolkan ciri-ciri kepimpinan di
dalam dan di luar bilik darjah selain banyak memberi impak kepada sekolah
(Cheng & Tsui, 1996).
Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten
sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah
kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan
menentukan kejayaan sesebuah organisasi keeil yang dipimpinnya.
Menurut Shippen dan Shippen (2004) seorang guru yang mempunyai
kepimpinan yang berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan berikut: Pertama,
boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah. Ini
turut dipersetujui Buhler (1995). Ciri ini penting kerana boleh membimbing
murid-murid di peringkat bilik darjah untuk mencapai visi yang dibina secara
bersama tetapi, pemimpin guru ini perlu memastikan visi yang baru dibina
bersama dengan murid-murid seharusnya tidak bertentangan dengan visi
sekolah.
Kedua, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. Faktor fleksibel
ini amat penting kerana boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan
mengetahui guru mereka adalah orang yang bertimbang rasa dan tabu
batasan sebagai seorang pemimpin. Kadang kala, guru juga boleh bersetuju
dengan pendapat murid sekiranya pendapat tersebut bemas dan ada
kebenarannya. Kebolehan ini mencerminkan babawa seseorang pemimpin itu
adalab seorang yang bersikap terbuka (Zenger & Folkman, 2004).
Ketiga, kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada murid-
muridnya, Aptah lagi, setiap tindakan guru di dalam bilik darjah akan
diperhatikan oleh murid-murid dan menjadi contoh.
SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan
Keempat, bijak membuat keputusan. Keputusan yang dipilih
sewajarnya akan mendatangkan kebaikan kepada muridnya tetapi tidak