Top Banner
ARTIKEL 1 Artikel Sastera: Siapa Pengarang Generasi Baru oleh Muhd Faizal Said Oleh: MOHD. FAISAL SAID (BH 28/1/99) Belum ada jawapan yang khusus bagi menerangkan siapakah sebenarnya pengarang generasi baru. Sememangnya sukar untuk membuat satu kesimpulan yang tepat apatah lagi kajian mengenainya amat berkurangan. Pendapat yang ada juga agak kabur dan banyak pertentangan di antara pendapat itu sendiri. Marsli NO misalnya menggariskan kelompok ini sebagai golongan penulis yang lahir selepas merdeka dan berusia sekitar 40-an atau kurang. Antara lain beliau membariskan Zaen Kasturi, Daeng Ramli Akil, S.M Zakir, Mohd Nasruddin Dasuki, Azmah Nordin dan beliau sendiri, di samping penulis-penulis yang lebih muda seperti Mawar Shafie, Faisal Tehrani, Hizairi Othman, Uthaya Sankar SB dan juga Nisah Hj Haron. Dengan kata lain, Marsli NO menggariskan pengarang generasi baru sebagai pengarang yang aktif berkarya di sekitar 1980-an dan 1990-an serta hadir dengan gaya dan teknik berbeza dalam mengangkat sesuatu subjek di dalam karyanya. Pengarang-pengarang ini menurutnya, tidak lagi terkongkong di bawah panji realisme sebaliknya melakukan transformasi dari aliran lain seperti surealisme, absurdisme dan neo-realisme (Berita Harian, 8 Oktober 1998). S. M. Zakir (seperti yang dipetik daripada Tesis M.A. Maharam
21

Ulasan Artikel

Nov 29, 2015

Download

Documents

Narimah Hashim

Ulasan artikel
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Ulasan Artikel

ARTIKEL 1

Artikel Sastera: Siapa Pengarang Generasi Baru oleh Muhd Faizal Said Oleh:

MOHD. FAISAL SAID (BH 28/1/99)

Belum ada jawapan yang khusus bagi menerangkan siapakah sebenarnya pengarang

generasi baru. Sememangnya sukar untuk membuat satu kesimpulan yang tepat

apatah lagi kajian mengenainya amat berkurangan. Pendapat yang ada juga agak

kabur dan banyak pertentangan di antara pendapat itu sendiri. Marsli NO misalnya

menggariskan kelompok ini sebagai golongan penulis yang lahir selepas merdeka dan

berusia sekitar 40-an atau kurang. Antara lain beliau membariskan Zaen Kasturi, Daeng

Ramli Akil, S.M Zakir, Mohd Nasruddin Dasuki, Azmah Nordin dan beliau sendiri, di

samping penulis-penulis yang lebih muda seperti Mawar Shafie, Faisal Tehrani, Hizairi

Othman, Uthaya Sankar SB dan juga Nisah Hj Haron.

Dengan kata lain, Marsli NO menggariskan pengarang generasi baru sebagai

pengarang yang aktif berkarya di sekitar 1980-an dan 1990-an serta hadir dengan gaya

dan teknik berbeza dalam mengangkat sesuatu subjek di dalam karyanya. Pengarang-

pengarang ini menurutnya, tidak lagi terkongkong di bawah panji realisme sebaliknya

melakukan transformasi dari aliran lain seperti surealisme, absurdisme dan neo-

realisme (Berita Harian, 8 Oktober 1998).

S. M. Zakir (seperti yang dipetik daripada Tesis M.A. Maharam Mamat, 1998) pula

memecahkan pengarang generasi baru kepada dua kelompok utama iaitu penulis yang

muncul dengan gaya non-konvensional pada awal tahun 1990-an dan pengarang muda

yang bermula dengan karya-karya berbentuk remaja. Kelompok pertama diwakili oleh

Zaen Kasturi, Marsli N.O, Daeng Ramli Akil dan S. M. Zakir. Karya-karya yang

dihasilkan oleh pengarang-pengarang kelompok ini lebih cenderung kepada yang

berbentuk berat, abstrak dan eksperimental.

Kelompok kedua pula adalah pengarang-pengarang muda yang diketengahkan

bakatnya daripada Minggu Penulis Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka dan penuntut-

Page 2: Ulasan Artikel

penuntut lepasan institut pengajian tinggi. Antara yang sering mendapat tempat di

dalam akhbar dan majalah (sastera dan umum) ialah Hizairi Othman, Mawar Shafie, Nisah Haji

Haron, Faisal Tehrani dan Uthaya Shankar S.B. Mereka ini kemudiannya meninggalkan karya-karya

berbentuk remaja dan mula melakukan banyak pembaharuan dalam penulisan, sesuai dengan latar

pendidikan yang mereka terima.

Bagi Faisal Tehrani pula, kelompok Marsli NO (penulis 1980-an) sama sekali tidak boleh dibabitkan

dengan penulis “Angkatan 1990-an”. Menurutnya, karya-karya penulis generasi 1990-an lebih sederhana

dan tidak terlalu peribadi sifatnya. Karya yang mereka hasilkan juga diimbangi dengan ilmu bantu dan

tidak terlalu dirasuk oleh jampi absurdisme dan serapah eksperimental melulu (Dewan Sastera, Mac

1998).

Secara peribadi, saya bersetuju dengan pandangan S. M. Zakir dan Faisal Tehrani. Pendapat kedua-dua

pengarang ini ternyata tidak boleh diremeh dan diperlecehkan. Ada semacam kebenaran daripada apa

yang mereka perkatakan tentang dua kelompok yang wujud dalam kumpulan generasi baru ini. Apabila

ditelusuri dengan lebih rinci ternyata memang wujud perbezaan antara karya yang dihasilkan kelompok

Marsli NO dan kelompok yang diistilahkan Faisal Tehrani sebagai Angkatan 1990-an.

Karya-karya pengarang seangkatan Marsli N.O. kelihatan lebih bereksperimen, bersifat ‘sukar-berat’ dan

memerlukan sedikit masa untuk memahaminya. Ini terbukti dalam kumpulan cerpen mereka yang sarat

dengan muatan falsafah, permainan imaginasi dan alam fikir serta penilaian semula mitos dan sejarah

(mungkin tidak melampau jika dikatakan wujudnya unsus-unsur absurd), seperti yang terkandung dalam

Korporat (Daeng Ramli Akil), Yuda (Zaen Kasturi), Biduan (Marsli N.O.) dan Merengkuh Langit (S.M.

Zakir). Golongan ini juga lebih berani melakukan percubaan, memasuki dunia tanpa latar fizik dan

menerapkan aliran kesedaran yang kadang kala di luar logik.

Karya-karya pengarang 1990-an pula kelihatannya lebih bersifat sederhana seperti yang terhidang dalam

kumpulan cerpen Siru Kambam (Uthaya Sankar S.B.), Lading Masih Di Tangan (Nisah Hj Haron), Zel

(Mawar Shafie), Suami, Lelaki, &… (Hizairi Othman), dan Sehari Dalam Perang (Faisal Tehrani) serta

cerpen-cerpen lain. Karya-karya hasil tangan mereka agak lebih mudah disantap khalayak kerana bahan

penceritaan mereka tertumpu pada isu-isu semasa, di samping teknik pengolahan yang tidak terlalu

individualistik.

Page 3: Ulasan Artikel

Di samping itu, karya-karya hasil tangan pengarang mutakhir ini kelihatannya lebih bersifat realisme.

Mereka menggambarkan keadaan semasa masyarakat dengan sebaik-baiknya mengikut gaya dan

pendekatan mereka yang berbeza dan bersifat tersendiri. Karya-karya yang mereka hasilkan lebih

bersifat realistik dan berpijak di alam nyata. Apa yang mereka bicarakan adalah cerminan pada isu-isu

dan persoalan-persoalan yang sentiasa bergejolak dalam masyarakat, sesuai dengan sensitiviti seorang

pengarang yang seharusnya peka terhadap persekitaran.

Contoh yang paling jelas adalah cerpen-cerpen hasil tangan Faisal Tehrani, Mawar Shafie, Uthaya Sankar

SB dan Hizairi Othman. Kalaupun wujud unsur-unsur absurd dalam karya mereka, sifatnya tidak

melampau dan karya tersebut masih mampu dimamah khalayak dengan baik. Misalnya cerpen “Yang

Aneh-Aneh” oleh Uthaya Sankar SB, walaupun ada unsur-unsur absurd tetapi masih boleh dinikmati.

Selain itu, karya Angkatan 1990-an kental dengan penggunaan ilmu-ilmu bantu bagi memperkukuhkan

muatan karya. Mereka tidak lagi membicarakan tema-tema yang klise tetapi mula melangkah ke

hadapan dengan memperkatakan isu-isu yang lebih global dan menyangkut bidang-bidang di luar

sastera seperti teknologi maklumat, ekologi, geografi, geologi falsafah, undang-undang, politik

antarabangsa dan sebagainya.

Walaupun kehadiran ilmu-ilmu bantu dalam genre cereka (novel dan cerpen) bukanlah sesuatu yang

baru, tetapi pendekatan kelompok ini tetap berbeza dengan pengarang-pengarang terdahulu. Sebelum

ini, ilmu-ilmu bantu hanya disisipkan dalam karya sebagai satu alternatif untuk menghidangkan ilmu-

ilmu di luar bidang sastera di samping hiburan untuk dimanfaatkan khalayak. Bagi pengarang-pengarang

generasi baru pula, ilmu-ilmu bantu bukan lagi sekadar sisipan tetapi menjadi bahan utama penceritaan.

Fudzail misalnya, acap kali menyajikan khalayak dengan kisah alam siber dan sains komputer melalui

cerpen-cerpennya, seperti yang boleh dilihat dalam “Kiamat”, “www.gosip.com.my”, “Agenda” dan

“Khemah Penggodaman”.

Mungkin ada yang bertanya, apakah kewajaran persoalan ini ditimbulkan? Saya sebenarnya lebih

melihat kesan kepada khalayak sekiranya Angkatan 1990-an terus dilabelkan sebagai sealiran dengan

kelompok Marsli NO. Khalayak sastera sudahpun diasuh (mungkin oleh pengkritik-pengkritik) untuk

terus menganggap karya-karya hasil tangan pengarang generasi baru sebagai sukar difahami, walaupun

Page 4: Ulasan Artikel

sebelum berusaha menikmatinya. Bertitik tolak dari ini, ada kemungkinan khalayak akan mengenepikan

karya-karya pengarang generasi baru yang tersiar di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanpa mengira

pengarang mana yang menghasilkannya.

Bagi saya ini adalah kerugian yang amat besar kerana karya-karya pengarang Angkatan 1990-an

mengutarakan persoalan-persoalan semasa dan terkini serta kental dengan pengetahuan berguna yang

boleh dimanfaatkan khalayak. Menekuni cerpen-cerpen Faisal Tehrani misalnya, akan membantu

khalayak untuk mengetahui tentang gerakan Yahudi serta penindasan terhadap orang Islam yang sedang

berlaku di mana-mana sekarang. Meladeni cerpen-cerpen Fudzail pula, khalayak akan diajar tentang

ilmu-ilmu komputer serta didedahkan pada alam siber yang penuh dengan keasyikan.

Kesemua ini hanya akan diperolehi khalayak sekiranya karya-karya Angkatan 90-an dinikmati

sewajarnya. Tetapi hakikat sebenarnya tidak begitu. Karya-karya hasil tangan pengarang yang

terkelompok dalam pengarang generasi baru selalunya diketepikan khalayak walaupun karya-karya yang

‘sukar berat’ itu datangnya dari dua atau tiga pengarang sahaja.

Faktor inilah yang memanggil saya untuk menegaskan bahawa karya-karya yang dihasilkan pengarang

dekad mutakhir atau Angkatan 90-an adalah berbeza dengan karya-karya kelompok 1980-an.

Mungkinkah sudah wujud generasi baru dalam dunia kesusasteraan tanah air? Saya belum berani untuk

mengesahkan kenyataan itu tetapi kemungkinannya dirasakan sudah ada!

ARTIKEL 2

Isnin, 2009 Mei 25

Artikel Sastera: Sastera Melayu – Radikal Menongkah Kemapanan – SM ZakirOleh S. M. Zakir

MEMBENTUK pandangan radikal bukan bermakna menentang bentuk atau konvensi yang sedia ada.

Karya-karya yang disifatkan sebagai konvensional tetap berdiri dengan kekuatannya yang tersendiri

dalam arus perdana kesusasteraan Melayu.

Karya konvensional ini secara umumnya merupakan karya berbentuk realisme yang memaparkan

Page 5: Ulasan Artikel

bentuk tradisi dulce et utile atau `yang manis dan yang berguna’ membina didaktisme langsung dalam

konteks hubungan karya dengan khalayak.

Melihat bentuk sastera Melayu moden sehingga penghujung abad ke-20 yang dipelopori oleh penulis-

penulis dari Asas 50, penulis dekad 1960-an, 1970-an, dan 1080-an telah membina satu norma penulisan

yang berdasarkan bentuk realisme.

Norma penulisan ini membentuk kebiasaan umum dan diinstitusikan sebagai bentuk konvensional iaitu

bentuk mapan (establish) `apa yang sedia ada’.

Sastera konvensional merujuk kepada ideal kehidupan yang berkait rapat dengan hubungan manusiawi,

alamiah, semula jadi dan vertikal. Ia dibentuk oleh ciri-ciri perlataran realiti persekitaran serta alam

fauna dan flora.

Di samping ciri-ciri penstrukturan teks dalam set teknik yang umum, dan pembinaan tema atau pesan

yang melihat kepada aspek pembudayaan. Sementara pengukuhan pemikiran di dalam sastera

konvensional ini cenderung kepada pembinaan idealogi dan aliran yang khusus.

Dalam masa yang sama ia mencirikan situasi wilayah `tempatan’ yang cantik dan indah tetapi menjerat

perjuangan, keperitan dan rentasan takdir yang serba payah di dalamnya.

Dalam konteks sejarah, karya realisme yang menjadi bentuk mapan atau teras kesusasteraan umum

secara sejagatnya ini bermula daripada genre pastoral yang muncul di Barat pada zaman pencerahan.

Karya-karya zaman ini ditandai dengan karya-karya buah tangan Milton, Spenser, Sidney, Shelly atau

juga Cervantes dengan Don Quixotenya yang mencirikan suasana desa, gembala, fauna serta floranya

yang penuh nostalgia dan simbolik.

Ia mencerminkan satu hubungan naturalisasi yang memperlihatkan bahawa manusia dicipta oleh Tuhan

dan kekuasaan Tuhan menentukan takdir manusia dan persekitaran alam semulajadinya.

Realisme memberikan hubungan yang jelas tentang warna-warna kehidupan manusia di dalam bentuk

Page 6: Ulasan Artikel

yang paling dekat dan langsung dengan realiti. Realisme boleh dikatakan merupakan asas kepada

kesusasteraan moden.

Perubahan

Menjelang dekad perubahan era perindustrian, bentuk kesusasteraan mula memperlihatkan beberapa

ciri baru atau ciri perubahan yang membentuk klasifikasi baru kesusasteraan.

Terlahir bentuk romantis, absurd, surealis, ekspresionis dan sebagainya. Klasifikasi dilihat penting dalam

melihat situasi dunia kesusasteraan.

Dalam pada itu klasifikasi memberikan simbol tertentu kepada aliran pemikiran, persekitaran sosial-

ekonomi-politik dan milieu kepengarangan.

Klasifikasi bukan sahaja menjelaskan tentang perbezaan situasi kepengarangan tersebut tetapi juga

melihat kepada prinsip keperbezaan tersebut. Levi-Strauss pernah menyebut, `any classification, even a

bad one, is better than no classification at all.’

Sastera Melayu moden yang mantap muncul diwakili oleh karya-karya penulis ASAS 50 diikuti oleh

penulis-penulis yang membawa jalur fikiran baru seperti Shahnon Ahmad, Arenawati, A. Samad Said,

Azizi Hj Abdullah, Abdullah Husain, S. Othman Kelantan, Fatimah Busu, Anwar Ridhwan dan ramai lagi

yang banyak mencirikan warna tempatan serta wajah wilayah Melayu yang akrab dengan sifat-sifat

alamnya.

Sastera realisme ini – melalui perjalanan masa yang panjang – secara alamiahnya membentuk stereotaip

yang menjadi suatu bentuk set nilai dunia kesusasteraan.

Pengukuhan yang meletakkannya sebagai suatu autoriti budaya yang menjadi acuan kepada set nilai

tersebut berlaku melalui dua bentuk `permainan bahasa’ iaitu pendesakan (authority of assertion) dan

perulangan (gregariousness of repetition).

Permainan bahasa ini disebut sebagai topeng linguistik atau masques langagiers. Pengukuhan ini

Page 7: Ulasan Artikel

akhirnya menjadikannya sebagai suatu bentuk `kuasa’ di dalam dunia kesusasteraan.

Namun menjelang dekad awal 1990-an (pecahan klasifikasi dibuat di sempadan ini) lahir karya-karya

yang cenderung untuk menyimpang daripada bentuk konvensional ini.

Walaupun kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk-bentuk mapan ini wujud pada setiap

dekad tetapi pengklasifikasian terhadap karya-karya yang menyimpang dibuat pada masa yang lebih

terkemudian bagi melihat kecenderungan penulis-penulis muda mutakhir yang muncul pada dekad awal

abad ke-21.

Beberapa orang penulis yang mempunyai kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk

konvensional bereksperimen dengan bahasa, bentuk, gaya mahupun pemikiran yang unik dan tersendiri.

Kekuatan

Tidak salah untuk menamakan karya-karya ini sebagai karya eksperimental. Zaen Kasturi dilihat dengan

kekuatan permainan bahasanya; Daeng Ramliakil dengan gaya; Muhd Nasruddin Dasuki dengan

bentuk dan bahasa; Marsli N.O kepada gaya dan bentuk; sementara Azmah Nordin dilihat kepada cerita

dan gaya.

Kecenderungan untuk menyimpang ini kemudian diteruskan oleh penulis yang lebih terkemudian seperti

Zainal Rashid Ahmad, Mawar Shafei, Faisal Tehrani dan Azman Husin.

Zainal menggabungkan bahasa, gaya dan pemikiran dengan idealisme kesasterawanannya. Mawar

masih tegar dengan kepayahan istilahnya. Namun jauh berbeza, Azman dan Faisal dilihat membentuk

penyimpangan mereka lebih kepada pemikiran dan gaya, bukan lagi dengan kepayahan bahasa atau

bentuk yang kabur sifatnya.

Kedua-dua mereka lebih senang dengan bentuk bahasa yang mudah difahami dan terus langsung

kepada pembaca. Azman dilihat bergerak di dalam satu rentak yang senada, iaitu dengan `dunia warga

kemacar’nya; sementara Faisal dengan pelbagai nadanya – dari underground hingga kepada jihad

Islamnya.

Page 8: Ulasan Artikel

Kelahiran karya-karya yang `berani’ ini tidak boleh hanya dilihat dari satu sudut yang mudah dan

mengkesampingkan wajah-wajah besar yang tersembunyi di sebaliknya.

Pendekatan pengkritik, pengkaji, penelaah mahupun pembaca yang sering melihat sesebuah karya dari

sudut tradisonal dulce et utile selalunya gagal untuk memahami bagaimana sesebuah penyimpangan itu

memainkan peranan sebagai ipso facto yang memperlihatkan permainan bahasa yang disebut sebagai

topeng linguistik atau masques langagiers itu mewujudkan sebuah dunia kesusasteraan yang besar.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mutu pengkaryaan penulis-penulis muda (relatif umur)

dikatakan amat merosot sekali.

Dakwaan ini ada benarnya, namun dalam masa yang sama juga telah lahir karya-karya yang baik

daripada tangan penulis-penulis muda ini.

Nama-nama seperti Saharil Hasrin Sanin, Muhd Lutfi Ishak, Nazmi Yaakub, Saifulizzan Tahir, Saifulizan

Yahya, Salman Sulaiman, Siti Jasmina Ibrahim, Sri Rahayu Mohd Yusop, Siti Hajar Mohd Zaki, Amalia

Fauza, Juliana Mohamed.

Sementara yang lebih terkemudian seperti Ghafirah Idris, Ummu Hani, Jimadie Shah, Amiza Khusri Yusuf,

Anjan Ahzana dan Abdul Rahim Idris menghasilkan karya yang cukup memberangsangkan.

Beberapa penulis lagi seperti Wan Marzuki Wan Ramli, Zanazanzaly, Rozais Al-Anamy terus

menghasilkan karya yang menjanjikan.

Namun penelitian yang lebih khusus dalam melihat penyimpangan terhadap konvensi dapat dilihat

daripada kehadiran karya-karya Zainal Rashid Ahmad, Saharil Hasril Sanin, Muhd Lutfi Ishak, dan Jimadie

Shah memberi cabaran kepada penelaah susastera untuk melihat sisi sastera keluar dari ego

konvensional.

Zainal, penulis yang sudah mapan sementara Saharil, Lutfi dan Jimadie adalah bakat yang dicungkil

daripada Minggu Penulis Remaja (MPR) DBP.

Page 9: Ulasan Artikel

ARTIKEL 3

MAY17

Kematian Tradisi Penulisan Kritikan

Sesiapa pun boleh mengaku dirinya seorang pengkritik sastera seperti sesiapapun boleh mengaku

dirinya seorang penyair. Namun, adakah orang itu benar-benar mengenali genre yang dipilihnya?

Adakah hanya kerana dia sudah bergelar sasterawan maka cukuplah syarat untuk dia menulis kritikan

dan dari situ mengakui dirinya seorang pengkritik? Ada ramai penulis kita yang perlu jawab soalan ini.

Antaranya ialah S. M. Zakir, Nisah Haron, Marsli N. O. Kemudian adakah hanya kerana dia sudah menjadi

seorang ahli akademik - seorang sarjana sastera - dan barangkali pada sama juga seorang sasterawan,

maka sudah cukuplah syarat untuk dia menulis kritikan dan dari situ mengakui dirinya seorang

pengkritik? Soalan ini pun ada ramai penulis perlu jawab. Antaranya ialah Muhammad Haji Salleh, Anwar

Ridhwan, Mawar Shafie. Soalan terakhir sudah tentu untuk mereka yang bukan sasterawan - bukan

penulis sastera - tetapi hanya sekadar sarjana sastera yang kononnya mengenali dan mencintai sastera

dan ingin berbicara tentang sastera setelah membeli sejumlah ilmu sastera dari gudang universiti yang

dari luar, memang, nampak macam sangat gah dan agung, namun apabila dilihat betul-betul tidak ada

apa-apa nilai seni langsung. Golongan terakhir inilah yang paling bermasalah dalam sastera kita kerana

mereka dengan bangganya mengakui diri mereka sebagai pengkritik sastera; padahal dalam hati dan

minda mereka itu kosong sahaja bagai sebuah perpustakaan yang sudah lama terbakar dan menjadi

abu.Inilah realiti sebenar yang perlu kita sedar awal-awal: tradisi penulisan kritikan di negara kita sudah

lama mati. Ya, memanglah buku dan artikel kritikan sastera masih ada. Namun, adakah buku-buku dan

artikel-artikel itu memang sebuah kritikan, atau sekadar kertas kerja dan tesis sarjana tahun akhir di

universiti? Dalam satu wawancara T. Alias Taib pernah sebut yang dia menulis esei atau kritikan apabila

dia sudah tidak ada benda lain untuk tulis. Dan bukan T. Alias Taib seorang sahaja penulis kita yang

berfikiran begini. Cuba anda baca artikel yang setiap bulan ditulis oleh Shahnon Ahmad dan Muhammad

Haji Salleh di Dewan Sastera. Betul, artikel mereka itu memanglah ada fakta dan isi dan pengajaran dan

khutbah dan rintihan tak kesudahan terhadap dunia sastera kita ini. Tetapi terdapatkah sentuhan seni

dalam penulisan mereka itu? Adakah Muhammad atau Shahnon menulis artikel-artikel itu dengan

penelitian dan kesungguhan dan keghairahan nafsu seni seperti ketika mereka menulis puisi atau novel

Page 10: Ulasan Artikel

mereka? Membaca artikel Muhammad ialah sekadar untuk menggali fakta baru tentang dunia sastera.

Shahnon sekurang-kurangnya ada juga sentuhan gaya bahasanya yang kita sudah biasa sangat baca itu,

dan apabila ia disertakan dengan visi sastera yang jelas dan tepat maka kita mendapatlah daripadanya

sebuah esei yang bagus, dan bukan lagi sekadar artikel bulanan yang sendat dengan khutbah dan

rintihan orang tua yang sudah lama patut duduk diam-diam dan tidak lagi membuat bising dalam kamar

sastera kita. Merintih dan menyampaikan fakta itu bukan kritikan. Seperti kritikan keras semata-mata itu

bukan juga kritikan sastera yang sebenar.Seorang pengkritik menulis kritikan bukan untuk mencetuskan

polemik atau membunuh seorang penulis atau mendewakan seorang penulis apatah lagi menjadi

seorang tok bomoh buat para penulis. Seorang pengkritik menulis kritikan untuk mencipta seni seperti

seorang penyair menulis untuk mencipta seni.Di tangan seorang pengkritik sebuah karya sastera bukan

lagi sekadar karya sastera. Ia menjadi objek seni. Ia menjadi benda yang hidup dan mengalir dalam

jantung dan pemikiran seorang pengkritik. Ia menjadi dirinya. Seperti objek-objek alam yang apabila

ditatap oleh mata seorang seniman, objek-objek itu cair menjadi warna-warna bahasa yang digaul dan

kemudian dipercikkan ke kanvas penulisan. Dalam kata lain, sebuah karya sastera atau seorang penulis

itu diciptakan semula di tangan seorang pengkritik. Contoh apabila Emerson menulis tentang Montaigne

kita bukan lagi membaca tentang Montaigne sahaja, tetapi Emerson turut menciptakan Montaigne

semula dalam diri kita. Atau apabila Borges menulis tentang Kafka dan Cervantes. Atau apabila Virginia

Woolf menulis tentang Laurence Sterne dan Conrad. Atau apabila Mohd. Affandi Hassan menulis

tentang Mohd. Affandi Hassan sendiri.Di negara kita, Mohd. Affandi Hassan ialah seorang raja polemik

seperti Saut Situmorang itu raja polemik di Indonesia. Dia ibarat pembawa obor yang terjun di tengah-

tengah orang ramai untuk mencetuskan huru-hara. Penulis dan pembaca memang lari apabila dia

datang. Kalau ada yang berani lawan, orang itu akan dibakarnya hidup-hidup. Sampai sekarang pun dia

masih ingin membakar sastera kita, terutama sekali rumah para sasterawan negara yang dilihatnya

sebagai manusia kafir yang tidak layak diangkat sebagai sasterawan negara. Tetapi Affandi bukan

seorang nihilis. Dia, seperti mana-mana pengkritik sastera yang berteori, mempunyai agendanya yang

tersendiri. Dia sudah ada masterplan buat dunia sastera kita. Dan Affandi bukan seorang membuat

kerja-kerja membakar ini. Sudah ada segelintir penulis dan sarjana sastera yang turut membawa obor

bersamanya. Semua akan dibakar oleh mereka. Barangkali hanya Iqbal dan Amir Hamzah yang akan

terselamat dari api nafsu mereka. Terserahlah kalau Affandi dan tentera jihadnya ingin membakar

semua manusia kafir dalam sastera kita ini. Seni tetap akan hidup. Satu pokok ditebang akan tumbuh

pokok yang baru. Satu hutan dibakar akan tumbuh satu hutan yang baru.Seni ialah alam. Dan alam itu

ialah seni. Ia tidak boleh dibunuh.Seorang penulis bernama Wahyudi pernah memberitahu saya yang dia

Page 11: Ulasan Artikel

meminati kritikan Saut Situmorang. Semasa dia cakap itu ada satu novel Henry Miller di atas meja

makan depan kami. Tanpa perlu bersoal panjang saya sudah tahu kaedah kritikan yang digemarinya. Dia

sukakan polemik. Sastera itu mesti ada polemik. Dari dalam beg galas saya keluarkan buku Borges dan

Lydia Davis. Namun, dia dan teman-temannya terlalu mabuk dengan dunia seni mereka untuk

mengambil kisah dengan buku-buku pilihan saya.

Posted 17th May by Wan Nor Azriq

ARTIKEL 4

Artikel Sastera: Kesusasteraan Melayu: Jalan ke Danau Berkilau12/07/2008

Oleh Dato Dr. KEMALA, Sarjana Tamu Fakulti Bahasa Modern dan Komunikasi Universiti Putra

Malaysia. Email: akmaljiwa@yahoo. com

Abdul Samad Said, Shahnon Ahmad dan Arena Wati: Ketegaran Cerita Pendek dan Novel Melayu

Malaysia

Selepas Keris Mas, A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan Arena Wati dapat dianggap menjulangkan

pencapaian novel Melayu mutakhir. A. Teeuw pernah menamakan novel Salina oleh A.Samad Said dan

Lingkaran oleh Arena Wati mencapai tingkat internasional. A. Teeuw dalam sebuah prasarannya di

Universiti Malaya pada awal 1960-an memberikan kritiknya yang tajam terhadap prosa Angkatan 50

yang diketuai oleh Keris Mas sebagai cerita yang ditangkap oleh kamera murah (cine camera).

Kedalaman perwatakan kurang meyakinkan, hanya dilukiskan secara hitam putih, pergerakan cerita dan

pelukisan alam dan konflik kurang berkesan. Tetapi ini lain lagi yang didapatinya apabila berhadapan

dengan watak dan perwatakan yang mewarnai Salina oleh A.Samad Said. Perwatakannya hidup dan

persoalan kemanusiaannya yang dibawa oleh Salina, Zulfakar, Nahidah dan Hilmi berdarah dan

berdaging. Konfliknya ternyata menarik minat dan rfelevan jika dibandingkan dengan novel-novel barat

yang kontemporer.

Bayangkan sahaja Salina dihasilkan oleh A.Samad Said yang baru berusia 20 tahun ketika itu, dia

menjadi Kerani (clerk) di sebuah Hospital di Singapura. Setting atau lokasi tempat cerita berlaku adalah

Page 12: Ulasan Artikel

di Kampung Kambing, di mana Salina seorang pelacur tinggal bersama kekasihnya Zulfakar. Salina selalu

diteror oleh kekasihnya itu. Tetapi dia simpatik kepada Hilmi dan ibunya yang miskin. Hilmi sedang

belajar di sekolah Inggeris. Salina membantu dua beranak itu termasuk beaya sekolah Hilmi. Cerita ini

berlaku di era Perang Dunia Kedua – pesawat perang Jepang membantai Kota singapura dengan ratusan

bom. Mereka para watak itu, India, Melayu, Cina, Benggali, senasib yang miskin dan hina dina

berlindung di dalam kubu atau yang mereka sebut shelter. Zulfakar terus memeras Salina dan pada satu

kesempatan menodai kesucian Nahidah.

Novel yang tebal inilah yang dihargai oleh A.Teeuw tentang kejujuran, keuniversalan dan versalitet

A.Samad Said mempertajam kemampuannya. Tetapi bagi Keris Mas, A.Samad Said jelas ekor kepada

Asas 50 yang katanya ikut “mendukung cita-cita Angkatan Sasterawan 50 yang menurutnya ikut

“mendukung cita-cita Asas 50, kerakyatjelataannya , mendukung cita-cita kemanusiaannya, menentang

kebejatan moral dan sosial – mangsa keadaan yang diakibatkan oleh perang dan penjajahan.” Kreativitas

A.Samad Said kian hidup selepas ini dengan novel-novel dalam bahasa Melayu seperti Hujan Pagi dan

Daerah Zeni yang mencoba menukilkan alira magico-surrealisme yang dikembangkan oleh pengarang

Latin-Amerika Gabriel Garcia Marquez dalam One Hundred Years of Solitude dan Love In The Time of

Cholera.

Karya ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan kritikawan Malaysia dan pengkaji luar. Magico-

surrealism ini turut digarap dalam teater T-Pinki yang memenangkan Hadiah Sastra Perdana karena

keunikan dan kekejapan ceritanya. Naskah drama ini sudah dipentaskan seperti juga puisi Al-Amin turut

diadaptasi ke pentas. Kehadiran Arena Wati yang memfokus dunia pelaut sebagai tema induknya juga

ikut membuka tabir baru, Lingkaran sebuah cerita antar-etnik yang saling ingin menjatuhkan agar

“kuasa” yang berada di tangan Melayu itu mesti direbut dan sengkokolan antara dua etnik lainnya,

digambarkan melalui permainan catur dan juga pakatan-pakatan dalam pelayaran. Selepas novel ini,

Arena Wati menghasilkan sekurang-kurangnya enam novel “besar” yang ,mendapat sambutan pembaca

tempatan antaranya Armageddon, Sebuah Trilogi Tiga Genre.

Shahnon Ahmad, yang juga profesor emeritus takdapat dilupakan dengan mahakryanya Ranjau

Sepanjang Jalan yang menggali ke in ti umbi kemiskinan petani Jeha dan Lahuma dan keluarganya.

Padinya yang sedang menanti masak, itu tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta dan memusnahkan

padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri kakinya oleh duri nibung hingga membusuk. Dan

Page 13: Ulasan Artikel

Jeha berkorban jiwa raga merawat penyakit Lahuma yang gawat itu. Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini

diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn diangkat sebagai

salah sebuah antara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Kalau begitu novel Melayu

pernah sampai ke “Danau yang berkilau” itu. Novel ini juga pernah diterjemah ke beberapa bahasa

dunia seperti Sweedish, China, Spanish, French, Russia dan lain-lain.

Selain Keris Mas yang bagus cerita pendeknya, Shahnon juga terbilang dengan cerpennya yang

membawa citra kasih sayang dan makna kekeluargaan di desa Banggul Derdap yakni cerita keluarganya,

ibunya, bapanya, adiknya, Pak Long, Mak Long dan suku sakatnya yang lain dirangkai menjadi kisah yang

meangasyikkan. dialog secara kekampungan, pekat dengan dialek Sik di kedah, kita hanya dapat dibantu

oleh glosari yang disispkan bagi memahami kan aliran ceritanya: “Al”, “Kalau Ibu sampai Takah Tiga”,

“Babi”, “Miting Lagi” antatanya yang kekal dalam ingatan saya. Ada novelnya yang menggarap desa

kelahirannya di Banggul Derdap adalah Srengenge dan dua buah novel puitisnya Embun dan Mahabbah,

Novel terakhir ini idealisme kepada halihwal hubungan hamba dengan al_Khaliqnya. Sebagai kolumnis di

Dewan Sastera saban bulan Shahnon Ahmad memberikan pencerahan kepada oersoalan di kitaran

kreativitas dan memasuki hemisfera mancanegara sama ada di Latin amerika, mahupun di Eropah, di

Asia Timur. Semangat yang dilontarkan oleh tiga tokoh pengarang Melayuyang sudah diangkat menjadi

Sastrawan Negara Malaysia ini. amatlah mengagumkan. Novel-novel Shahnon, Arena Wati dan a.Samad

Said saya yakin mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei Darussalam,

Singapura dan Selatan Thailand. Karya mereka tidak syak lagi menjadi bahan kajian pada peringkat

Universitas loka dan internasional.

Ada dua nama sastrawan Negara Malaysia Noordin Hassan dan S.Othman kelantan juga dala kekhasan

persoalannya. Noordin Hassan dikenal dengan teater surealistik seperti Bukan Lalalng diTiup angin yang

membawa peralihan menarik dari aspek teaterikal dan musikalitas yang mengadun pengaruh lagu

alunan Melayu tradisi dari Utara Semenanjung iaitu dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Selepas ini

Noordin menggarap tema Islami dengan Teater Fitrah dengan 1400 Hijrah dan Jangan Bunuh Rama-

rama dan Cindai. Adalah tipikal teater Noordin mengaun musikal dan berakhir dengan tragedi. S.

Othman Kelantanmendalami ikli sosio-politik- ekonomi di kelantan. Juara, angin Timur Laut dan Kota

Baru memberikan wawasan tentang kehidupan di negeri Melayu yang masih mempertahankan nilai-nilai

ytadisi dan kesenian dan maruah yang dipandang amat sensitive. Harga diri adalah sesuatu yang

Page 14: Ulasan Artikel

dipandang tinggi. Tanpa mempertahankannya apabila tercabar, individu itu tak berarti, nah tunggulah

bicara pembunuhanyang menyerang apabila tiba malam gelap dengan senjata yang bernama “Kapak

Siam” kapak kecil yang amat tajam dan membunuh

Walaupun ada gedebe dan dahulunya ada Taman Biaritz Park, dan melihat ribuan para ibu menjajakan

kuih muih dan sayur mayur atau barang kemas di Pasar Khadijah di sisi pasar tersebut, namun tempat

anak-anak muda dan “orangtua” yang masih muda batinnya berhibur dan berjoget dan berjudi secara

iseng-isengan tetapi kelantan selalu dikenal dengan panggilan “Serambi Mekah”. alim ulama dan

pahlawan terpandang yangdilahirkannya sejak dahulu seperti Tuk Janggut, Tuk Kenali, Kadir Adabi, Zaki

Yaakub dan kini Datuk Haji Nik Aziz selalu menyebabkan anak-anak Kelantan terinspirasi, tawaduk dan

kangen dengan semangat kealiman dan kepahlawanannya. Dan kini ramai calon pemimpin dan

intelektual putra-putri Kelantan meramaikan institusi penting di Kuala Lumpur. S. Othman Kelantan

maklum hal ini dan dia sudahpun mewakili dunianya yang eksotis itu.

Sebelum Danau Berkilau Marilah Mengakrabi

Tokoh-tokoh Kreatif Melayu Baru

Walaupun ada persoalan “Bangun” dan “jatuh” dalam percaturan kesusastraan nasional di Malaysia

akibat persoalan ekonomi lebih penting dari seni budaya – lalu diutamakan ekonomi global. Jalan singkat

untuk ini difikirkan, nah sains dan matematika dan bahasa Inggeris diutamakan, bahasa Melayu,

setengah padampun tidak mengapa. Ini eksperimen nasional, maka mulailah! Walaupun ada teriakan

dan ratapan, tapi kuping pemimpin menulikan rasa khidmat protes para sastrawan, pemimpin

budayawan. Satu jalan praktis mnggiatkan dengan lebih rancak lagi berlipat kali ganda aktivitas budaya

dan kesusastraan.

Eksperimen yang tidak mengenal diri dan jati diri, sahsiah dan sebagainya tentu akan tertumbuk ke krikil

masalah. Nah, kalau tidak percaya tunggulah, masalah itu akan melingkari selingkar kedaulatan bahasa

dan sastera ibunda. dia akan dilontarkan ke pinggir. Tetapi sebelum itu mari kita mengakrabi suara

batiniah Faisal Tehrani, SM Zakir, Nisah Haji Haron, Mawar Shafie, Zainal Rashid Ahmad,Muhd

Nasruddin Dasuki, Azman Ismail, Siti Aminah Mokhtar, Nazmi Yaacob dan Amaruzzati Abdul Rahim.

Mereka sedang “menjadi” dan sedang di perjalanan mencari “Danau Berkilau” masing-masing. Apabila

Page 15: Ulasan Artikel

Kesusasteraan Melayu sudah mereka hayati dan menjadi sebagian keperluan hidupnya, jangan bimbang

mereka akan sampai ke Gunung tempat Usman Awang berdiri, ke Desa Jaya tempat Shahnon Ahmad

menapak keunggulan dan kepasrahannya. Tidak ada “kematian” bagi bakal sastrawan yang sudah jitu

semangatnya. yang ada hanyalah ketabahan, kecekalan dan pemaknaan eksistensisebagai pewaris bagi

kesusastraan Melayu Baru. Mereka pasti akan menemukan Danau Berkilau itu. Insya Allah.

Disampaikan makalah ini pada Pesta Penyair Nusantara 2008 di Universitas Kadiri, Kediri Surabaya

Indonesia pada 1 Juli 2008.

http://wadahsastera.weebly.com/artikel-artikel-sastera.html

http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Kajian_Komsas.pdf