HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN A1. Subjek dan predikat merupakan unit
yang terdapat dalam binaan peringkat klausa. Berikan definisi bagi
subjek dan predikat.a) Subjek-Konstituen yang sama ada terdiri
daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul
atau unsur yang diterangkan.b) Predikat-Kumpulan perkataan yang
terfolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan
subjek.Contoh pembahagian subjek dan predikat:SubjekPredikat
AliAdik bongsukuPegawai kanan pejabat ituRumah kediamannyaguru
sementara di sekolah itu.sedang tidur di serambi rumah.amat rajin
dan cekap pula
di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan.
7. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat tunggal.
Berikan DUA jenis ayat tunggal bahasa Melayu dengan contohnya.a)
Ayat Penyata-Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.Contoh :i. Jamaliah
eksekutif. ii. Pokok di hadapan sekolah itu rendang. iii. Kucing
itu sedang tidur.b) Ayat tanyaAyat yang digunakan untuk tujuan
menanyakan sesuatu hal. Ayat ini ditandai dengan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh digolongkan kepada
ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.Contoh
:i.Benda itu apa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)ii.
Apakah benda itu? (penambahan partikel kah)iii. Apa benda itu?
(pendepanan kata ganti nama tanya)iv. Gurunya siapa? (ayat tanya
dengan kata ganti nama tanya)v. Siapakah gurunya? (penambahan
partikel kah)vi. Siapa gurunya? (pendepanan kata ganti nama
tanya)8. Salah satu struktur frasa nama terdiri daripada binaan
Inti + Penerang. Jelaskan konsep inti dan penerang dalam frasa
nama.Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili
seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan
unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Frasa Nama jenis ini
boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang berikut :(i)
Inti + Penerang NamaContoh :Askar Melayu Diraja berbaris di
padang.
(ii) Inti + Penerang Bukan NamaContoh :Orang itu bapa saya.9.
Dengan memberikan contoh, nyatakan EMPAT jenis frasa dalam bahasa
Melayu.
a) Frasa NamaFrasa namaialah binaan yang dari sudut nahuboleh
terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataanyang boleh
berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan frasa
nama adalah seperti berikut:(i) Inti + penerang namaContoh ayat
:Guru sekolah agama itu guru saya.
(ii) Inti + penerang bukan namaContoh ayat :Lima orang murid
tidak hadir.
(iii) Inti + intiContoh ayat :Keluar masuk untuk pelajar
sahaja.
b) Frasa KerjaFrasa kerjaialah binaan yang boleh terdiri
daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata
kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif
atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir
bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan,
sedangkan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta
unsur-unsur lain.Contoh Frasa Kerja Tanpa Objek (Kata kerja tak
transitif) :i. Ali berjalan.ii. Adik bongsuku sedang tidur.Contoh
Frasa Kerja Mengandungi Objek (Kata kerja transitif) :i. Pegawai
kanan ini mempengerusikan mesyuarat.ii. Gembala itu menghalau
binatang ternakannya.c) Frasa AdjektifFrasa Adjektif ialah susunan
perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya.Contoh Frasa
Adjektif dengan satu perkataan :i. Pelayan kedai Pak Amrin
rajin.ii. Kawan-kawan Ahmad bijak.Contoh Frasa Adjektif dengan dua
perkataan :i. Hidupnya riang gembira.ii. Mukanya pucat lesi.d)
Frasa Sendi NamaFrasa sendi namaialah binaan ayat yang terdiri
daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi nama dalam ayat
terbentuk dalam binaan seperti berikut :a) kata sendi nama + frasa
namaContoh :Dia berdiri di jambatan.b) kata sendi nama + kata nama
arah + frasa namaContoh :Pak Akob menanam keladidibelakang
rumahnya.c) kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama +
(frasa keterangan)Contoh :Malik ke utara negeri Jepun pada tahun
ini.
10. Nyatakan DUA jenis ayat majmuk keterangan. Berikan contoh
bagi setiap satu.
a) Keterangan MusababKeterangan musabab merupakan unsur yang
menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku.
Antara contoh kata hubung keterangan musabab ialahkerana,
lantarandanoleh sebab.Contoh :i.Oleh sebab hari hujan,perlawanan
bola sepak itu terpaksa ditunda ke hari lain.ii. Saya tidak dapat
menyiapkan tugasan itukerana komputer saya rosak.b) Keterangan
SyaratKeterangan syarat merupakan unsur yang menerangkan sesuatu
tuntutan yang perlu dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat
ialahsekiranya, andai kata, jikalau, jikadankalau.Contoh
:i.Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang,ayahnya akan
menghadiahinya sebuah basikal.ii.Andai kata terdapat bantahan
daripada para perwakilan,pelaksanaan projek itu akan
dibatalkan.
12. Huraikan apa maksud morfem dan terangkan mengapa ada dua
jenis morfem.Morfemialah unit yang terkecil dalam bahasa yang
berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.Morfem boleh
dibahagikan dua mengikut sifatnya iaitu morfem bebas dan morfem
terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian.
Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud
bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh,
perkataansekolahdanlautialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhanber
-dalambersekolahdan- andalamlautanialah morfem-morfem terikat, oleh
sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
16. Morfologi dan sintaksis merupakan bidang linguistik yang
mendasari kajian tentang tatabahasa sesuatu bahasa. Beri takrifan
anda tentang kedua-dua istilah tersebut.
Dalam bahasa melayu, Morfologi ialah bidang yang mengkaji
perkataan dari segi struktur, bentuk dan golongannya. Sintaksis
pula bidang yang mengkajiayat dari segi struktur, bentuk, dan
binaannya. Morfologi merupakan kajian spesifik berfokuskan kata dan
melalui sintaksis dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Kedua-dua
bidang ini berkait rapat dan saling bergantungan kerana sintaksis
adalah pelengkap dan lanjutan pada kajian Morfologi.
18. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada DUA jenis.
Dengan contoh ayat yang sesuai, jelaskan penyataan ini.Kata kerja
transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri
daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja
transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:a) Kata kerja
transitif yang berfungsi dalam ayat aktif.Kata kerja transitif
aktif ialah kata kerja yang menerima awalanmeN- dengan atau tanpa
akhirankanataui.Contoh :i. Muhammad Syafiqmenendangbola itu.ii.
Murid-muridmenyertairombongan itu.
b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.Kata
kerja transitif pasif ialah kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.Contoh
:i. Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.ii. Rombongan itu
disertai oleh murid-murid.
19. Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua
atau lebih ayat tunggal. Berdasarkan cara ayat tersebut dibentuk,
nyatakan jenis-jenis ayat majmuk dan bina satu ayat bagi setiap
jenis.
Ayat majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:i. Ayat Majmuk
GabunganContoh ayat :Peserta senam robik melompat-lompat, girang,
berpeluh-peluh.ii. Ayat Majmuk PancanganContoh ayat :Basyangdinaiki
oleh para pelancong itu terbabas ke dalam gaung.iii. Ayat Majmuk
CampuranContoh ayat :Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya,
tetapi kawan-kawannya yang letih telah lama dibuai mimpi.iv. Ayat
Majmuk PasifContoh ayat :Teater yang amat menyayat hati ditonton
oleh mahasiswa.20. Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga
wujud dalam susunan songsang. Nyatakan DUA bentuk susunan songsang
tersebut dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai.
a) Seluruh bahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapanContoh
ayat :i. Sudah pulang kawan-kawan kamu?ii. Sungguh cantik tulisan
budak perempuan itu.
b) Sebahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapanContoh ayat
:i. Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring.ii.
Berkejaran budak-budak itu di taman permainan.
23. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang
mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun di dalam ayat.(a)
Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan
dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa
Melayu.Subjekialah konstituen yang sama ada terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur
yang diterangkan. ManakalaPredikatpula merupakan kumpulan perkataan
yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan
subjek.
(b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh
disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan
kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek.
Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut:i.
Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu.Guru mata pelajaran
sains di sekolah itu Ali.
ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah.Sedang tidur di
serambi rumah adik sulungku.
iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap
menggunakan komputer.Amat rajin dan cekap menggunakan komputer di
pejabat itu pegawai kerani.
iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Di Kampung
Baru, Kuala Lumpur rumah kediamannya.
24. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu
ayat aktif dan ayat pasif.(a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam
ayat tersebut bincangkan DUA perbezaan antara ayat aktif dan ayat
pasif dalam bahasa Melayu.Ayat AktifAyat Pasif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Terbentuk daripadaayat
aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Terdiri daripada dua jenis ayat iaitu :i.Ayat aktif
transitifii.Ayat aktif tak transitif.Terbahagi kepada tiga
iaitu:i.Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.ii.Ayat pasif
dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri
kedua.iii.Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata
kerja.
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif
dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.Contoh :i.
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.ii. Budak-budak itu kena kejar
oleh anjing.
25. Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga
dibahagian kepada dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk.(a)
Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal
dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan
Edisi Baru.Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa
sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu
konstituen predikat. Dari segi binaan ia menyamai binaan ayat dasar
iaitu subjek mendahului predikat.Contoh :i. Dia guru.ii. Guru itu
mengajar di Seremban.
Walau bagaimanapun ada juga ayat tunggal di mana predikat
mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.Contoh:i. Guru
dia.ii. Mengajar di Seremban guru itu.Kedua-dua ayat di atas ialah
ayat tunggal. Ia bukan ayat dasar. Ia juga merupakan ayat
songsang.
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002),
mendefinisikan ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada
gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat
berlapis.Ayat-ayat yang digabung menggunakan kata penghubung
tertentu membentuk kelompok ayat yang besar.
Contoh :Ayat tunggal 1 : Saya belajar bersungguh-sungguh.Ayat
tunggal 2 : Saya berjaya melanjutkan pengajian di menara
gading.Ayat majmuk : Saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya
melanjutkan pengajian di menara gading.Berdasarkan contoh,
penggunaan kata hubungdanmembentuk ayat majmuk daripada dua ayat
tunggal.
(b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk
bahasa Melayu
Ayat TunggalAyat Majmuk
Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian
iaitu:Subjek,Predikat.Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk
daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu:Susunan
biasa,Susunan songsang.
Terdapat empat jenis ayat majmuk iaitu; a.Ayat Majmuk Gabungan,
b.Ayat Majmuk Pancangan, c.Ayat Majmuk Campuran, d.Ayat Majmuk
Pasif.
HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN B
(b) Terangkan maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif.Kata kerja transitifialah kata kerja yang mengandungi
objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif, dan
Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif. Contoh:Kata
Kerja Transitif Aktif : Muhammad Syafiqmenendangbola itu.Kata Kerja
Transitif Pasif : Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.Kata
kerja tak transitifpula dapat dibahagikan kepada dua subgolongan,
iaitu :i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkapKata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Ia juga boleh
diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat
tambahan. Contohnya, Muhammad Syamil menyanyidi hadapan
cermin.ii.Kata kerja tak transitif berpelengkapKata kerja tak
transitif berpelengkap ialah :a. Kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.b.Pelengkap ialah unsur
yang hadir selepas kata kerja tak transitif.c.Ayat yang mengandungi
pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.Unsur-unsur yang menjadi pelengkap
terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata adjektif, frasa sendi
nama, dan kata nama.
4.Sintaksis merupakan bidang terpenting dalam pengajian ilmu
tatabahasa.(a) Berikan definisi ayat.Ayatialah inti pengucapan yang
paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan
atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan
diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang
sempurna.
(b) Jelaskan konsep ayat aktif dan ayat pasif. Sertakan
contoh-contoh yang sesuai.Ayat aktifialah ayat yang mengandungikata
kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu ;1.Aktif
transitifAyat aktif transitif ialah ayat yangmengandungi kata kerja
transitif yang diikuti oleh frasa nama atau ayat komplemen yang
berfungsi sebagai objek atau unsur penyambut.Contoh ;a.Guru besar
memanggil saya.b.Dia membeli buah langsat.c.Banjir melanda pekan
kecil itu.
2.Aktif tak transitifAyat aktif tidak transitif ialah ayat
yangmengandungi kata kerja tidak transitif iaitu kata kerja yang
mengandungi pelengkap.Ayat aktif tidak transitif terbahagi
kepadadua jenis iaitu:i.Keterangan yang boleh digugurkan.Contohnya
:a.Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.b.Pokok itu membesar
dengan cepat.c.Mereka berkebun di kampung.ii.Keterangan yang tidak
boleh digugurkan. Jika digugurkan, ayat berkenaan tidak gramatis.
Contohnya ;a.Dia berada di Hulu Tiram, Johor.b.Bas itu menuju ke
utara tanah air.c.Kebanyakan orang yang berdemontrasi menuntut
keadilan.
Ayat pasifterbit daripada ayat aktiftransitif dan mengandungi
kata kerja yang mengutamakan objek asal atau subjek terbitan
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Ayat pasif dalam bahasa
Melayu dibahagikan tiga kumpulan, iaitu :1.Pasif dengan imbuhan
kata kerja pasifKata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif
di-. Contohnya ;a.Motosikal itu telahditunggangoleh Rahim
kelmarin.b.Kerusi dan meja itu sudahdisusunoleh murid kelas 3A pagi
tadi.c.Bola ituditendangolehHelmi dengan kaki kiri.
2.Pasif dengan kata ganti nama pertama dan keduaKata ganti nama
orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba ) dan kedua
(anda, awak, engkau, kamu, kalian) tidak boleh menerima kata kerja
pasif berimbuhan di- dan harus berada di hadapan kata kerja tanpa
imbuhan di. Contohnya ;a.Kerja itu telahsayaselesaikan
semalam.b.Makanan itu belumakurasai lagi.c.Tugas ini mestikamipikul
dengan sepenuh tenaga.
3.Pasif dengan Kata bantu PasifKenaAyat pasif jenis ini
mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima imbuhan awalan. Contohnya :a.Anak ahli korporat itukena
culik.b.Budak nakal itukena rotanoleh bapanya.c.Pencuri itukena
tangkapoleh polis.
(c) Bincangkan jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.Ayat
Majmukialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat
tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau,
kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat ini juga
dikenali sebagai ayat Selapis. ayat majmuk dapat dijeniskan kepada
empat, iaitu:1.Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan ialah ayat
yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara
sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubungdan,
atau, tetapi, dan sebagainya. Hubungan antara satu ayat dengan yang
lain wujud oleh sebab-sebab ayat tersebut disusun
berturut-turut.Contohnya, Aman juruteratetapiadiknya peguam.
2.Ayat Majmuk PancanganDalam ayat majmuk pancangan, terdapat
satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil
lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian
daripada ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat pancangan iaitu
:i.Ayat relatifAyat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan
katayangseperti dalamcontoh berikut:Adik memakai bajuyangberwarna
kuning.ii.Ayat komplemen Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa
Melayu, iaitubahawadan untuk.Contohnya,a. Tidak
mustahiluntukdiamencapai kemahuannya.b. Orang ramai
menyedaribahawaperistiwaitu benar-benar terjadi.
3.Ayat Majmuk CampuranAyat Majumuk Campuran mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat
majmuk dan biasanya panjang.Contohnya,Sofea sedang mengulang kaji
pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang letih telah lama dibuai
mimpi.
4.Ayat Majmuk PasifAyat majmuk pasif berasal daripada ayat
majmuk aktif yang mengandung kata kerja transitif. Ayat majmuk
pasif terdiri daripada:i.Ayat Majmuk Pasif GabunganContohnya
,Sayadipandangoleh beliau ketika beliau berdiri di situ.ii.Ayat
Majmuk Pasif RelatifContohnya ,Kereta Ahmad puladitandukoleh lembu
yang menandukkereta saya itu.iii.Ayat Majmuk Pasif
KomplemenContohnya ,Bahawa sekolah ditutup minggu
iniditerangkanoleh Guru Besar.iv.Ayat Majmuk Pasif
KeteranganContohnya ,Abu akan membeli buku itu kalaudibenarkanoleh
ayah.
5.Unit-unit sintaksis terdiri daripada frasa, klausa dan ayat.
Susunan yang sistematik bermula dari frasa sehinggalah ke peringkat
melahirkan ayat yang gramatis.(a) Berikan definisi
klausa.Klausaialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi
subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa
terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat
(tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat
sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna.Contohnya ;a. Kamu pandai.Klausakamu
pandaimengandungisubjekkamudanpredikatpandai,dan sekiranya
diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut
akan menjadi ayat yang gramatis.
b. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.Klausakamu pandai ialah
klausa bebas kerana boleh berdiri sendiri.Klausakerana kamu rajin
belajarialah klausa terikat yang tidak dapat berdiri sendiri
kecuali dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas.
(b) Jelaskan pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.Ayat dasar ialah
ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis
pola seperti yang berikut:PolaJenis PolaSubjekPredikat
1.FN + FNEncik Shariejen insuran
2.FN + FKDiamenjerit kesakitan
3.FN + FABudak itusangat nakal
4.FN + FSPejabat sayadi Kuala Terengganu
(c) Bincang proses penerbitan ayat bahasa Melayu.Dalam bahasa
Melayu, penerbitan ayat terhasil melalui proses transformasi yang
mengakibatkanpengguguran, penyusunan semula,ataupeluasankepada
unsur-unsur struktur dalaman. Terdapat tiga proses transformasi,
iaitu :i. Proses transformasi yang melibatkan pengguguranProses
pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas
struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur
tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur
permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.Dalam bahasa
Melayu terdapat empat jenis pengguguran:a. Pengguguran frasa nama
sebagai subjekPengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam
ayat perintah.Contoh:i.Kamukeluar! => Keluar!ii.Awak semuapergi
dari sini! => Pergi dari sini!* Pengguguran subjek yang serupa
dalam ayat majmuk.Contoh:i.Diasangat pandai +Diarajin
belajar=Diasangat pandai keranadiarajin belajar.=Dia sangat pandai
kerana rajin belajar.ii.Adik saya cerdik + Adik saya pemalu=Adik
sayacerdik tetapi pemalu.b. Pengguguran frasa predikatSeluruh frasa
predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan.
Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat
majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang
terakhir boleh digugurkan.Contoh:
Frasa PredikatContoh Ayat
Frasa kerja yang serupaAdik Alibelajar di Pahang.
Sepupunyabelajar di Pahang.= Adik Alibelajar di Pahangdan
sepupunyabelajar di Pahang.= Adik Ali dan sepupunyabelajar di
Pahang.
Frasa nama yang serupaEncik Abuguru sekolah. Puan Milahguru
sekolah.= Encik Abuguru sekolahdan puan Milahguru sekolah.= Encik
Abu dan puan Milahguru sekolah.
Frasa adjektif yang serupaAbang sayasangat rajin. Abang
Alisangat rajin.= Abang sayasangat rajindan abang Alisangat rajin.=
Abang saya dan abang Alisangat rajin.
Frasa sendi nama yang serupaDiamasih di kampung. Isterinyamasih
di kampung.= Diamasih di kampungdan isterinyamasih di kampung.= Dia
dan isterinyamasih di kampung.
c.Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.Apabila
dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam
ayat yang satulagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa
yang mendahului frasa relatif itu bolehdigugurkan.Contoh;Kereta itu
kuning. Kereta itu pilihan saya.= Kereta yang kuning itu pilihan
saya.= Yang kuning itu pilihan saya.
Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.= Dia membeli baju yang
cantik itu.= Dia membeli yang cantik itu.d.Pengguguran Kata Nama
yang berfungsi sebagai inti dalam frasa.Kata nama yang terkandung
dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh
digugurkansehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya
bahagian penerangnya, yang mungkinbukan daripada kelas kata
nama.Contoh:Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.=Bersenam
boleh menyihatkan badan.Tabiat merokok membahayakan
kesihatan.=Merokok membahayakan kesihatan.ii. Proses transformasi
yang melibatkan penyusunan semulaDalam proses penyusunan semula,
bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan
semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses
penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan
ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau
penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun
demikian proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada
makna ayat.Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula
iaitu:Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.Penyusunan semula
frasa nama sebagai objek.Penyusunan semula melalui ayat
songsang.Contoh-contoh ayat:
Ayat AsalPenyusunan Semula
Adik menendang bola itu.Bola itu ditendang oleh adik.(Frasa nama
sebagai subjek)
Allah mengurniai kita rahmat.Allah mengurniakan rahmat kepada
kita.(Frasa nama sebagai objek)
Orang itu pergi ke kedai.Ke kedai orang itu pergi.(Ayat
songsang)
iii.Proses transformasi yang melibatkan peluasanProses peluasan
ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat yang
baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu ,
iaitu:Peluasan frasa nama sebagai subjek;Peluasan frasa
predikat;Peluasan dengan kata hubung; danPeluasan melalui proses
komplementasi.Contoh-contoh ayat:Ayat AsalPeluasan
Budak ituadik saya.Budak itumembaca buku.Budakyang membaca buku
itu adik saya.( Frasa nama sebagai subjek)
Osmanmengusik budak itu. Budak itumenangis.Osmanmengusikbudak
yangmenangisitu.( Frasa predikat )
Ayah tidak pergi kerja.Ayah sakit perut.Ayah tidak pergi
kerjakerana(Kata hubung) sakit perut.
Mereka melaporkan.Guru kelas tidak hadir.Mereka melaporkan
bahawa guru kelas tidak hadir.(Proses komplementasi).
9.(a) Buat takrif kata kerja dan terangkan kaedah menggolongkan
kata kerja ke dalam dua golongan kecil dan berikan contohnya.Kata
kerjaialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi
frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh
disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap,
ayat komplemen, dan keterangan. Kata kerja digolongkan kepada dua
kumpulan, iaitu :1.Kata Kerja TransitifKata kerja transitif ialah
kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk melengkapkan maksudnya.Kata kerja transitif dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu :a.Kata kerja transitif yang berfungsi
dalam ayat aktif.Kata kerja yang menerima awalanmeN- dengan atau
tanpa akhirankanataui.Contoh :Anak Pak Abumembacabuku cerita.b.Kata
kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.Kata kerja hasil
daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat
pasif. Contoh :Buku cerita itudibacaoleh anak Pak Abu.
2.Kata Kerja Tak TransitifKata kerja tak transitif ialah kata
kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan
objek untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :a.Kata Kerja Tak Transitif Tak
BerpelengkapKata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata
kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.Contoh
:Kanak-kanak sedangbermain.
b.Kata Kerja Tak Transitif BerpelengkapKata kerja tak transitif
berpelengkap ialah :i.Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat.ii.Pelengkap ialah unsur yang
hadir selepas kata kerja tak transitif.iii.Ayat yang mengandungi
pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa
jenis, iaitu:*Kata adjektifContoh : Perbincangan itu
menjaditegang.*Frasa sendi namaContoh : Kereta itu berhentidi
persimpangan jalan.*Kata namaContoh : Orang miskin itu tidur
berbantalkansurat khabar.
(b) Terangkan perbezaan antara kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap dengan kata kerja tak transitif berpelengkap dan berikan
contoh bagi kedua-duanya.#rujuk cadangan jawapan 9(a) Kata Kerja
Tak Transitif
11.Antara kajian penting sintaksis ialah memerihalkan bentuk
atau pola, jenis dan ragam ayat.(a) Berserta contoh ayat,
perihalkan pola ayat dasar bahasa Melayu.#rujuk cadangan jawapan
5(b).
(b) Berdasarkan pengkelasan ayat bahasa Melayu, jelaskan EMPAT
jenis ayat dengan menurunkan contoh yang sesuai.Ayat dapat
dibahagikan kepadaempat jenis, berdasarkan lagu bahasa dan
tujuannya iaitu:a.Ayat PenyataAyat yang diucapkan dengan maksud
membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan
atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga
disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.Contohnya;Saya
mempunyai sebuah komputer.
b.Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan
perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua
jenis iaitu :i.Ayat Tanya tanpa Kata TanyaContohnya;Dia guru
cemerlang?
ii.Ayat Tanya dengan Kata Tanya.Contohnya;Apa kursus yang awak
hadiri?
c.Ayat PerintahAyat yang diucapkan dengan tujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua
dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu,
engkau, dan sebagainya yang digugurkan.Ayat perintah dapat
dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:-i.Ayat
suruhanAyat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau
arahan. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua
sepertiawak, kamu, engkaudan selainnya
digugurkan.Contohnya;Awaksiapkan kerja itu sekarang.
ii.Ayat laranganAyat menggunakan kata larangan sepertijangan,
usah atau tak usahsebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang
melakukannya.Contohnya;Jangan ambil wang orang.
iii.Ayat silaanAyat yang menggunakan kata silaan sepertisila
atau jemputsebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau
mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada
permulaan ayat.Contohnya;Siladatang ke rumah saya petang ini.
iv.Ayat permintaanAyat yang menggunakan kata permintaan
sepertiminta dan tolongdengan tujuan memohon permintaan dan
pertolongan.Contohnya;Tolonghantarkan tugasan itu sebelum hari
Isnin.
d.Ayat SeruanAyat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan
seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi
seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang
biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata
seru atau tidak.Kata seruyang sering digunakan ialahoh, amboi, wah,
cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya.Contohnya;Wah, cantiknya
kereta itu!
12.Dalam huraian tatabahasa tradisional, frasa ialah gabungan
dua perkataan atau lebih yang berpotensi untuk menjadi binaan atau
unit yang lebih besar.(a) Beri konsepsi anda tentang frasa kerja
dengan memberikan contohnya.Frasa kerjaialah binaan yang boleh
terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah
kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak
transitif atau kata kerja transitif.Kata kerja tak transitif boleh
hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan
perkataan.Contohnya;Aliberjalan.Manakala kata kerja transitif mesti
diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.Contohnya;Gembala
itumenghalau binatang ternakannya.
(b) Huraikan perbezaan antara frasa kerja yang mengandungi objek
dengan frasa kerja tanpa objek.
JenisKeteranganContoh
Frasa Kerjadengan ObjekMengandungi kata kerja
transitif.a.Afendiminumair suam.minum= kata kerjaair suam =
objekb.Pegawai kanan itumempengerusikanmesyuarat.mempengerusikan=
kata kerjamesyuarat = objek
Frasa kerjanya mengandungi objek untuk melengkapkan kata
kerjanya.
Objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.c.Petinju
itumenumbukmuka lawannya hingga lebam.menumbuk= kata kerjamuka
lawannya = objekhingga lebam = keterangan
Frasa Kerjatanpa ObjekMengandungi kata kerja tak
transitif.a.Ahmadberlari.b.Merekamenari.c.Adik bongsuku
sedangtidur.
berlari, menari, tidur= kata kerja
Kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama
sebagai objek untuk melengkapkannya.
13.Kata sendi nama ialah kata yang menjadi inti dalam binaan
frasa sendi nama atau menjadi perkataan yang letaknya di hadapan
frasa nama.(a) Beri SEPULUH contoh frasa nama yang menggunakan kata
sendi nama yang berbeza. Kemudian, dengan contoh ayat yang sesuai,
tunjukkan perbezaan antara frasa sendi nama yang wujud dengan kata
nama arah dengan frasa sendi nama tanpa kata nama arah.Frasa Sendi
Nama
Kata Sendi NamaFrasa Nama
dirumah
darihati
keKota Bharu
sampaiZohor
kepadaHalimah
padawaktu itu
untukpelajar-pelajar cemerlang
sejakzaman dahulu
tentangnegara maju
bagikanak-kanak terencat akal
Ayat
Dengan kata nama arahTanpa kata nama arah
Pak Akob menebas lalang dibelakang rumahnya.Pak Akob menebas
lalang dengan parang.
Dia berkata-kata dari hatinya yang ikhlas.Dia berkata-kata
dengan ikhlas.
Ahmadun memandu kereta ke Kota Bharu.Ahmadun memandu kereta.
Kakak mengulangkaji pelajaran dari pagi sampai Zohor.Kakak
mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh.
Salina membaling bola kepada Halimah.Salina membaling bola
dengan kuat.
Mereka menari di atas pentas pada waktu itu.Mereka menari dengan
baik.
Hadiah-hadiah itu disediakan khas untuk pelajar-pelajar
cemerlang.Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan cantik.
Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan pinggir pantai sejak zaman
dahulu.Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan dengan tekun.
Perdana Menteri berbicara tentang negara maju.Perdana Menteri
berbicara dengan lantang.
Dia mendemakan sebahagian hartanya bagi membantu kanak-kanak
terencat akal.Dia mendemakan sebahagian hartanya dengan ikhlas.
(b) Huraikan fungsi frasa sendi nama yang menjadi keterangan
frasa kerja dan frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasa
nama. Sertakan contoh yang sesuai untuk mengukuhkan huraian
anda.Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa
kerjaboleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa,
tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.Contohnya;a.
Kereta api bertolakpada pukul empat.(masa)b. Budak-budak itu
berehatdi bawah pokok.(tempat)c. Pembahas itu berpidatoseperti
murai.(bandingan)d. Kita harus berusahademi keutuhan
kita.(tujuan)e. Dia berbicaratentang perkara itu. (hal)f. Saya
datangdengan adik.(penyertaan)g. Bapanya memukul ular itudengan
kayu. (alat)
Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa namaantara
lain mendukung makna-makna keterangan bandingan, hal, masa, dan
tujuan.Contohnya;a. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)b.
Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal)c. Bayi itu
selalu lapar pada waktu malam. (masa)d. Rumah kita harus bersih
untuk kesihatan hidup kita. (tujuan)
14.Ayat terbitan ialah ayat yang terbit melalui proses
transformasi iaitu pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.(a)
Beri takrifan anda tentang proses pengguguran kemudian huraikan
proses pengguguran frasa nama sebagai subjek dan pengguguran
keseluruhan frasa predikat.#rujuk cadangan jawapan 5(c).
(b) Bina rajah pohon untuk menunjukkan transformasi pengguguran
bagi ayat-ayat di bawah;(i) Pergi. (kamu pergi)
(ii) Tunggu di sini. (Kamu tunggu di sini)
(iii) Jangan ganggu dia. (Kamu jangan ganggu dia)
15.Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat ayat.(a) Dengan contoh,
perihalkan keterangan cara, keterangan tujuan dan keterangan
perbandingan dalam ayat majmuk pancangan keterangan.a. Keterangan
CaraKeterangan cara merupakan unsur yang menerangkan gaya atau
kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung
keterangan cara ialahdengan.Contoh ayat keterangan cara:Dia pergi
ke sekolahdengan menaiki kereta ibu saudaranya.
b.Keterangan TujuanKeterangan tujuan merupakan unsur yang
menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata
hubung keterangan tujuan ialahuntuk, demidan bagi.Contoh ayat
keterangan tujuan:Dia berusaha bersungguh-sungguhdemi tanah air
yang tercinta.
c. Keterangan PerbandinganKeterangan perbandingan merupakan
unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung
keterangan perbandingan ialahseperti, macam, seolah-olah,
seakan-akan, ibarat, bagaikandanbak.Contoh ayat keterangan
perbandingan:Azman berlari pantasseperti seekor burung unta.
(b) Nyatakan jenis-jenis keterangan dalam ayat-ayat majmuk
pancangan keterangan di bawah;1. Dia belajar terlalu lama sehingga
dia terlupa akan janjinya.=Keterangan Akibat2. Orang ramai
berkumpul di luar dewan itu sejak awal pagi tadi.=Keterangan
Waktu3. Saya akan mengikuti rombongan ke Beijing jikalau ibu saya
mengizinkan.=Keterangan Syarat4. Tatkala hari hampir senja, mereka
masih bermain di padang.=Keterangan Waktu5. Puan Mariam sudah ligat
ke pusat beli-belah walaupun dia masih dalam pantang.=Keterangan
Pertentangan6. Kita harus berwaspada agar tidak ditipu oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab.=Keterangan Harapan7. Ketika ayahnya
masih hidup, Emira selalu bercuti ke luar negara.=Keterangan
Waktu8. Penduduk-penduduk kampung kesedihan lantaran banjir
merosakkan semua harta benda mereka.=Keterangan Musabab9. Eisya
jarang-jarang makan di kantin kerana keluarganya miskin.=Keterangan
Musabab10. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang,
ayahnya akan menghadiahinya sebuah basikal.=Keterangan Syarat
(b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai,
cadangkan bagaimana anda boleh mengajarkan tajuk kata kerja tak
transitif tanpa pelengkap dan tak transitif berpelengkap kepada
murid-murid tahun enam.Pengajaran Secara Pendekatan Induktif :1.
Guru mendedahkan beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran
yang berkaitan dengan tajuk.2. Tindak balas murid-murid dengan
mengemukakan contoh yang tepat dan sesuai.3. Guru memandu
murid-murid langkah demi langkah sehingga mendapat satu hukum,
peraturan, dan generalisasi tentang tajuk dan bahan yang diajar.4.
Guru mengemukakan contoh-contoh bahan berkaitan tajuk dalam situasi
yang sesuai dan disampaikan secara tidak langsung.5. Murid-murid
diberi latihan melalui latih tubi bagi meningkatkan kefahaman dan
penggunaan kemahiran dan aspek tajuk pelajaran.
18.Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa
ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau
lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai ayat
berlapis.(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan
gambarajah yang sesuai untuk anda membincangkan tentang binaan ayat
majmuk atau ayat berlapis kepada murid-murid dalam tahun
enam.Contoh ayat :Balkis makan nasi sambil menonton
televisyen.Keterangan ayat :Balkis =Frasa Namamakan =Kata Kerja
Transitifnasi =Frasa Kerja Kata Namasambil =Kata Hubungmenonton
=Kata Kerja Transitiftelevisyen =Frasa Kerja Kata Nama
(b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep
setiap ayat majmuk pancangan berikut :i. Ayat RelatifAyat relatif
boleh dikenal pasti melalui penggunaan katayangseperti
dalamcontohberikut:Adik memakai baju yang berwarna kuning.Dalam
ayat di atas, sebenarnya terdapat dua ayat, iaitu:a.Adik memakai
baju.
b.Baju itu berwarna kuning.
AyatBaju itu berwarna kuningdipancangkan kepada ayat indukAdik
memakai baju. Perkataanbajuyang diulang dalam kedua-dua ayat
digugurkan dan digantikan dengan kata relatifyang, maka
terbentuklah ayat majmuk pancangan.Secara kasar, proses pembentukan
kedua-dua ayat majmuk yang dihuraikan di atas mengalami
tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut:Ayat : Adik memakai
baju yang berwarna kuning.Pertama : Adik memakaibaju+Bajuitu
berwarna kuning.Kedua : Adik memakaibaju+bajuituberwarna
kuning.Ketiga : Adik memakai baju yang berwarna kuning.
ii. Ayat KomplemenMenurut Nik Safiah et. al. (2002:488),
pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai beberapa
perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk
menandakan hubungan berkenaan. Terdapat dua kata komplemen dalam
bahasa Melayu, iaitubahawadanuntuk.Contoh ayat :Dia
memberitahubahawa lukisan itu cantik.Ayat di atas merupakan ayat
relatif yang asalnya daripada ayat-ayat:a.Dia memberitahu sesuatu.
(Ayat Induk)
b.Lukisan itu cantik.
(Ayat Komplemen)Dalam contoh di atas, ayatLukisan itu
cantiktelah dipancangkan ke dalam ayatDia memberitahu
sesuatusebagai pelengkap kata kerja dalam ayat berkenaan. Hubungan
sedemikian dinamai hubungan komplemen dan berbeza daripada hubungan
ayat relatif. Dalam ayatDia memberitahu bahawa lukisan itu cantik,
ayat induknya ialahDia memberitahu sesuatu, manakala ayat
komplemennya ialahLukisan itu cantik.
iii. Ayat KeteranganAyat majmuk keterangan menurut Nik Safiah
Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri daripada satu ayat induk
dan satu ayat kecil atau leih yang berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat.Contoh ayat:Dia merupakan ketua pelajar ketika saya
di bangku sekolah dahulu.Terdapat dua ciri dalam contoh ayat majmuk
di atas, iaitu yang pertama, adanya ayat induk dengan satu ayat
kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri, manakala yang
kedua, adanya kata-kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan
ayat-ayat kecil (contoh:ketika, semasa, kerana, sewaktu). Ayat-ayat
kecil itu disebut ayat keterangan. Hubungan antara ayat-ayat itu
digambarkan seperti yang berikut:Ayat induk + Kata hubung + Ayat
keterangan
Kedudukan ayat keterangan adalah tidak tetap dan boleh hadir
sama ada di belakang atau di hadapan ayat induk, yang mana contoh
ayat di atas boleh juga berbentuk:Ketika saya di bangku sekolah
dahulu,dia merupakan ketua pelajar.
19.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan
mengemukakan contoh ayat yang sesuai, huraikan jenis-jenis ayat
berikut:(a) ayat penyata(b) ayat tanya(c) ayat perintah(d) ayat
seruan#rujuk cadangan jawapan 11(b)
20.Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang
lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.(a) Dengan
memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan
dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang
sempurna.AyatAnak orang itu sedang makan.
KlausaAnak orang itu sedang makan.
FrasaAnak orang itusedang makan
Perkataananakorangitusedangmakan
Contoh ayat ;Anak orang itu sedang makan,terbentuk daripada
unit-unit lain yang lebih rendah, iaituklausa,frasa,
dankata.KlausaAnak orang itu sedang makan,merupakan satu unit
rangkaian perkataan yang mengandungiAnak orang itusebagaiSubjek
dansedang makansebagaiPredikat. Rangkaian ini menjadi konstituen
kepada ayat tersebut.Anak orang itumerupakan klausa bebas dansedang
makanpulamerupakan klausa terikat atau klausa tak bebas. Klausa
terikatsedang makanhanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam
binaan klausa bebasAnak orang itu.Dalam susunan tatabahasa,Anak
orang ituadalahfrasayang mengandungi tiga perkataan manakalasedang
makanadalahfrasayang mengandungi dua perkataan. Frasa-frasa ini
menjadi konsituten kepada klausa dalam ayat.Sebagai bentuk bebas
yang terkecil,perkataan-perkataanyang terdiri daripadaanak, orang,
itu, sedang, dan makanboleh berdiri sendiri dan binaan
perkataan-perkataan tersebut tidak boleh dibahagi atau dipisahkan
kepada bentuk tatatabahasa yang lebih kecil lagi.HIMPUNAN SOALAN
BAHAGIAN C
1. Ayat terbitan dalam bahasa Melayu terhasil daripada tiga
proses.Nyatakan proses-proses itu dan huraikan secara mendalam satu
daripada prosesnya dengan memberikan contoh-contoh ayatnya.
Ayat terbitan terbentuk daripada ayat dasar melalui suatu proses
gramatis. Prosesgramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus
transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat
serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.Ringkasnya,
ayat terbitan ini terhasil apabila unsur-unsur struktur dalaman
mengalami proses transformasi yang mengakibatkan:
i.PengguguranMerupakan satu proses transformasi yang berlaku ke
atas struktur ayat. Proses ini melibatkanpengguguran unsur-unsur
tertentu daripada binaan ayat itu.Dalam bahasa Melayu terdapat
empat jenis pengguguran:a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek;b)
Pengguguran frasa predikat;c) Pengguguran frasa nama yang
mendahului frasa relatif; dand) Pengguguran kata nama yang
berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.
ii.Penyusunan semulaDalam proses transformasi ini, bentuk
perkataandalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula
dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses ini akan
mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada
kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain
tanpa membawa perubahan pada makna ayat yang diterbitkan.Terdapat
tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:a) Penyusunan semula
frasa nama sebagai subjek.b) Penyusunan semula frasa nama sebagai
objek.c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
iii.PeluasanProses transformasi ini boleh berlaku apabila adanya
penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu. Terdapat empat
bentuk proses peluasan ayatiaitu:a) Peluasan frasa nama sebagai
subjekAyat bahasa Melayu yang mengandungi urutan Frasa Nama + Ayat
boleh tertakluk kepada satu frasa nama dan jika ayat menguasai satu
frasa nama yang sama dengan frasa nama dalam urutanFrasa Nama +
Objek, maka frasa nama yang dikuasai itu akhirnya menjadi kata
relatifyangseperti contoh ayat: a. Rumah itubesar. b. Rumah itu
telah roboh. c. Rumahyangbesar itu telah roboh.Berdasarkan contoh,
ayat yang gramatis terbentuk dengan penggunaanyang.
Bagi ayat yang tidak sama fungsinya, maka ayat itu perlulah
dipasifkan terlebih dahulu. Contoh:a. Kereta itu berwarna hitam.b.
Encik Zaki membeli kereta itu.c. Kereta yang dibeli oleh Encik Zaki
berwarna hitam.b) Peluasan frasa predikatContoh ayat yang
menunjukkan proses peluasan frasa predikat adalah seperti di
bawah:a. Hafsah membeli baju itu.b. Baju itu cantik.c. Hafsah
membeli bajuyangcantik itu.Dalam proses peluasan frasa predikat
iniyangdigunakan bagi menghasilkan ayat yang gramatis.
c) Peluasan dengan kata hubungAyat-ayat juga boleh diterbitkan
melalui proses peluasan kata hubung dengan cara menggabungkan dua
ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung sepertidan, atau,
tetapidan lain-lain. Contoh ayat yang menunjukkan proses peluasan
ini adalah seperti di bawah:a. Ibu bekerja di pejabat.b. Ayah
bekerja di ladang.c. Ibu bekerja di pejabattetapiayah bekerja di
ladang.Kata hubungtetapimenggabungkan ayat a dan ayat b.
Ada kalanya, kata hubung digunakan dalam pembentukan ayat majmuk
yang menggabungkan frasa bagi membentuk satu frasa nama majmuk
seperti dalam contoh ayat:a. Balkis makan nasi.b. Balkis menonton
televisyen.c. Balkis makan nasisambilmenonton televisyen.Kata
hubungsambilmenggabungkan ayat a dan ayat b. 'Balkis' dalam klausa
kedua (ayat b) digugurkan.
d) Peluasan melalui proses komplementasi.Ayat yang diterbitkan
melalui proses peluasan komplementasi melibatkan perubahan fungsi,
iaitu daripada ayat menjadi frasa nama. Hal ini berlaku dengan
memancangkan ayat berkenaan kepada ayat lain. Cara mudah untuk
mengenali ayat jenis ini ialah wujudnya katabahawa. Proses peluasan
melalui proses ini melibatkan tiga keadaan, iaitu:
i.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat.Contoh
ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat ialah:a.Asmawi
menyatakan b.Mazlina pergi ke kedai.c. Asmawi
menyatakanbahawaMazlina pergi ke kedai.Ayat a dan ayat b
dihubungkan dengan perkataanbahawa.
ii.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi.Contoh
ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi ialah:a.Aini
memberitahu b. Aina ada seutas rantai yang cantik.c.Aini
memberitahubahawaAina ada seutas rantai yang
cantik.Perkataanbahawamenghubungkan ayat a dan ayat b.
iii.Transformasi komplementasi terhadap frasa kerjaContoh ayat
bagi transformasi komplementasi terhadap frasa kerja ialah:a.Orang
itu berdiri.b.Orang itu mengambil buku.c.Orang ituberdiri
mengambilbuku.Frasa 'orang itu' dalam klausa kedua (ayat b)
digugurkan.
2. Ayat majmuk pancangan mengandungi satu ayat induk dan satu
atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan kepada ayat induk
itu.Huraikan kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti tiga
jenis ayat majmuk pancangan dengan memberikan contoh ayat bagi
setiap jenis itu dan buat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat
itu.
Dalam bahasa Melayu,Ayat Majmuk Pancangan dibahagikan kepada
tiga jenis:i. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif)ii.Ayat
majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen)iii.Ayat majmuk
pancangan keterangan (ayat keterangan)i.Ayat Majmuk Pancangan
RelatifAyat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan
perkataanyang. Contoh ayat:Adik memakai bajuyangberwarna
kuning.
Sebenarnya terdapat dua ayat iaitu:a.Adik memakai baju.b.Baju
itu berwarna kuning.Dalam contoh di atas, ayatBaju itu berwarna
kuningdipancangkan kepada ayat indukAdik memakai baju.
Perkataanbajuyang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan dan
digantikan dengan kata relatifyang. Hal ini dapat diperjelaskan
melalui rajah pohon di bawah:
ii.Ayat Majmuk Pancangan KomplemenAyat yang dihubungkan dengan
ayat induk menggunakan kata hubung komplemenbahawadanuntuk.Contoh
ayat:Dia memberitahubahawa lukisan itu cantik.Ayat di atas asalnya
daripada ayat-ayat:a.Dia memberitahu sesuatu.b b.Lukisan itu
cantik.Dalam ayatDia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri
daripadadia, manakala kata kerja transitif ialahmemberitahudan
ayatlukisan itu cantik, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja
transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon
di bawah:
iii.Ayat majmuk pancangan keterangan
Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu
ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata
hubung sepertiketika, semasa, kerana,dansewaktumenghubungkan ayat
induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat. Contoh ayat:Dia gagal dalam peperiksaankeranadia
tidak berusaha.Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat:a.Dia gagal
dalam peperiksaan. (Ayat Induk)b.Dia tidak berusaha. (Ayat
Keterangan)
Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:
5. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan
pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan.(a) Dengan memberikan
contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran
dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.
Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku
ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran
unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada
peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi
wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:i.
Pengguguran frasa nama sebagai subjekContoh ayat:Pergi dari
sini!ii. Pengguguran frasa predikatContoh ayat:Adik saya cerdik
tetapi pemalu.iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa
relatifContoh ayat:Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.iv.
Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa
namaContoh ayat:Yang biru itu pilihan saya.
(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana
berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat
berikut:i. Kamu tunggu di sini.Proses pengguguran frasa nama
sebagai subjek dalam ayat di atas dapat digambarkan dalam bentuk
rajah pohon berikut:
(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan
bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat
berikut:i. frasa kerja yang serupaContoh ayat bagi pengguguran
frasa kerja yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Nazilatul
belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di
perpustakaan.(b)Nazilatuldan Zaidibelajar di perpustakaan.
Contoh ayat (a) mengandungi pengulangan predikat frasa kerja
yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, iaitu belajar di
perpustakaan. Oleh itu, predikat belajar di perpustakaan dalam
klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat (b).
ii. frasa adjektif yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa
adjektif yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Bunga melur
harum baunya dan bunga kemboja harum baunya.(b)Bunga melurdanbunga
kemboja harum baunya.
Ayat (a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektifharum
baunyayangserupa dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa
adjektifharum baunyadalamklausa yang pertama telah digugurkan
seperti dalam ayat (b).iii. frasa sendi nama yang serupaContoh ayat
bagi pengguguran frasa sendi nama yang serupa adalah seperti yang
berikut:(a)Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di
sekolah.(b)Adik sayadanadik Zafri masih di sekolah.
Dalam contoh ayat (b), predikat frasa sendi namadi sekolahdalam
klausapertama telah digugurkan kerana mengandungi frasa predikat
yang sama dalam ayatmajmuk (a), iaitu frasa sendi namadi
sekolah.
Pengguguran frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
yang serupa dalam ayat majmuk perlu dilakukan untuk mengelakkan
pengulangan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang
serupa dalam ayat.
ii.Ayat Majmuk Pancangan KomplemenAyat yang dihubungkan dengan
ayat induk menggunakan kata hubung komplemenbahawadanuntuk.Contoh
ayat:Dia memberitahubahawa lukisan itu cantik.Ayat di atas asalnya
daripada ayat-ayat:a.Dia memberitahu sesuatu.b b.Lukisan itu
cantik.Dalam ayatDia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri
daripadadia, manakala kata kerja transitif ialahmemberitahudan
ayatlukisan itu cantik, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja
transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon
di bawah:
iii.Ayat majmuk pancangan keterangan
Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu
ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata
hubung sepertiketika, semasa, kerana,dansewaktumenghubungkan ayat
induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat. Contoh ayat:Dia gagal dalam peperiksaankeranadia
tidak berusaha.Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat:a.Dia gagal
dalam peperiksaan. (Ayat Induk)b.Dia tidak berusaha. (Ayat
Keterangan)
Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:
5. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan
pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan.(a) Dengan memberikan
contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran
dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.
Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku
ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran
unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada
peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi
wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:i.
Pengguguran frasa nama sebagai subjekContoh ayat:Pergi dari
sini!ii. Pengguguran frasa predikatContoh ayat:Adik saya cerdik
tetapi pemalu.iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa
relatifContoh ayat:Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.iv.
Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa
namaContoh ayat:Yang biru itu pilihan saya.
(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana
berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat
berikut:i. Kamu tunggu di sini.Proses pengguguran frasa nama
sebagai subjek dalam ayat di atas dapat digambarkan dalam bentuk
rajah pohon berikut:
(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan
bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat
berikut:i. frasa kerja yang serupaContoh ayat bagi pengguguran
frasa kerja yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Nazilatul
belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di
perpustakaan.(b)Nazilatuldan Zaidibelajar di perpustakaan.
Contoh ayat (a) mengandungi pengulangan predikat frasa kerja
yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, iaitu belajar di
perpustakaan. Oleh itu, predikat belajar di perpustakaan dalam
klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat (b).
ii. frasa adjektif yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa
adjektif yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Bunga melur
harum baunya dan bunga kemboja harum baunya.(b)Bunga melurdanbunga
kemboja harum baunya.
Ayat (a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektifharum
baunyayangserupa dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa
adjektifharum baunyadalamklausa yang pertama telah digugurkan
seperti dalam ayat (b).iii. frasa sendi nama yang serupaContoh ayat
bagi pengguguran frasa sendi nama yang serupa adalah seperti yang
berikut:(a)Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di
sekolah.(b)Adik sayadanadik Zafri masih di sekolah.