MSK 3153: STUDIO PRAKTIS KRAF
KUMPULANUPSI-01(A131PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMANO. IDNO. TELEFON
AJYAH LOUISIANA NAPITUPULUD20102045368012-6425254
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. IZANI BIN MAT ILISI KANDUNGAN
31PENGENALAN
42DEFINISI UKIRAN KAYU
53PRINSIP UKIRAN KAYU
54SEJARAH UKIRAN KAYU
54.1 Perkembangan Sejarah Ukiran Kayu
54.1.1Zaman Awal
64.1.2Zaman Pengaruh Hindu
74.1.3Zaman Pengaruh Islam
94.1.4Zaman Kesultanan
94.1.5Zaman Penjajahan
104.1.6Zaman Selepas Merdeka
124.1.7Zaman Moden
125CIRI-CIRI UKIRAN KAYU MENGIKUT ZAMAN
125.1Zaman Awal
135.2Zaman Pengaruh Hindu
135.3Zaman Pengaruh Islam
135.4Zaman Penjajahan
145.5Zaman Selepas Kemerdekaan
155.6Zaman Moden
156NILAI INTELEKTUAL DI SEBALIK KRAF UKIRAN
156.1Fahaman Animisme
156.2Fahaman Hindhu-Budha
166.3Fahaman Islam
177MOTIF & IDENTITI KRAF NUSANTARA
177.1Jenis- jenis Ukiran
177.1.1Ukiran Tebuk Tembus
187.1.2Ukiran Bunga Timbul
187.1.3Ukiran Arca
197.1.4Larik
197.1.5Ukiran Kayu Hanyut
207.2Alatan & Motif
207.2.1Alatan
207.2.2Motif
217.3 Pengertian silat
228IDENTITI MOTIF AWAN LARAT
228.1Awan Larat
238.1.1Awan Larat Melayu Asli
238.1.2Awan Larat Jawa
248.1.3Silang / Kerawang
248.1.4Awan Bentuk Huruf Larik dan Simetri
259KESIMPULAN
2510RUJUKAN
UKIRAN KAYU
1 PENGENALAN
Seni kraf melambangkan kebudayaan atau identiti sesebuah
masyarakat, ia juga merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan
nenek moyang sejak dahulu kala. Jelaslah bahawa seni kraf
dihasilkan oleh manusia yang bertamadun dan ia juga berkembang
mengikut peredaran zaman.Hasil ciptaan kraf tradisional adalah kaya
dengan unsur-unsur budaya dan mempunyai keunikan yang
tersendiri.
Seni kraf merupakan satu kerja hasil kerja tangan yang sangat
halus, dan indah.Ia terzahir daripada bentuk,gaya, sifat, garisan,
gerak dan warnanya yang menarik.Kebiasaannya barang-barang kraf
digunakan untuk kegunaan harian dan upacara adat resam atau upacara
keagamaan pada suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang.Warisan
seni kraf yang masih lagi terpelihara sehingga kini seperti
batik,tenunan,ukiran,anyaman,tekat,tembikar,wau, gasing dan
perhiasan diriSeni kraf mempunyai hubungan dengan adat resam atau
nilai sosial.Justeru itu ia berkait rapat dan ini telah menjadikan
hak dan nilai kepunyaan disebabkan penerimaan sesebuah kraftangan
dalam sesebuah sistem. Selain daripada itu, ia juga merupakan
simbolik atau indentiti yang tersendiri seperti simbol kerjasama
dan rukun tetangga sesama masyarakat pada suatu ketika dahulu.
Nilai-nilai kesenian dan kebudayaan yang terdapat pada sesebuah
bangsa menunjukkan suatu titik permulaan dimana tingginya nilai
budaya itu berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Kebudayaan yang
terpancar melalui seni kraftangan inilah mengukirkan keberadaan
sesebuah bangsa yang bertamadun. Pengukuran kebudayaan dapat
dinilai melalui gagasan pemikiran, material budaya dan pengucapan.
Seni kraf adalah aspek material budaya yang cukup signifikan bagi
mengangkat nilai-nilai keluhuran sesebuah bangsa. Teknologi dan
kreativiti yang terdapat pada senireka kraftangan adalah suatu
ukuran untuk menentukan tahap tamadun bangsa.
Seni kraf menjadi warisan kesenian yang berharga.Semoga ia terus
terpelira supaya tidak lenyap di telan zaman. Seni kraf yang ada
sekarang ini supaya dapat memupuk minat generasi muda terhadap
warisan kesenian yang menjadi lambang kebanggaan dan identiti
sesebuah kaum.2 DEFINISI UKIRAN KAYU
Ukiran kayu merupakan seni pertukangan tangan atau dikenali
sebagi kraftangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu
sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan
motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada
memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran
hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau
wali.Menurut dewan bahasa seni ukiran merupakan satu proses
menorah, menggores, dan memahat dengan menggunakan pahat untuk
membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain.
Ukiran tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar
dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka. Alam seni Mukaddas
yang bermaksud mempunyai maksud yang tersirat selain maksud yang
tersurat. Motif yang digunakan saperti motif awan larat atau ragam
hias yang diambil dari unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi,
kosmos dan bentuk geometri. Hasil ukiran Melayu dapat dilihat pada
istana lama, rumah tradisional, masjid, makam, kepala sampan,
perabot, senjata dan peralatan harian.Selain daripa itu hasil
ukiran juga dapat dilihat pada Istana Kenangan, Bukit Chandan Kuala
Kangsar, Perak,Istana Balai Besar, Kedah, Istana Tengku Nik( Muzium
Induk Negeri Terengganu),Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan,Masjid
kampung keling, Melaka,Rumah-rumah Melayu kayu di negeri Perlis,
Melaka dan Johor,Masjid kampung Laut juga di Kota Bharu
Kelantan.Seni ukiran ini sangat terkenal sejak dahulu lagi kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan
yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di
negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang
sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Seni ukiran ini bukan sinonim dengan masyarakat Melayu sahaja
bahkan kepada masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli
juga di rantau ini.3 PRINSIP UKIRAN KAYU
Ukiran kayuatau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan
yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun
temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga
ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasilkan
sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu,
memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir
silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.Di dalam senireka
ukiran kayu ia adalah sebagai pelengkap dan penyokong kepada
sesuatu reka bentuk.Jenis ukiran ini kebisaannya ditentukan oleh
silat dan saiz serta kegunaan.Motif yang diilhamkan perlulah
harmoni dengan persekitaran,biasanya motif flora digunakan sebgai
lambang keindahan persekitaran. Di dalam ukiran kayu juga
diterapkanan dengan nilai-nilai falsafah dan kerohanian orang
Melayu, disamping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.4 SEJARAH
UKIRAN KAYU
Seni kraf boleh ditakrifkan sebagai perusahaan kerja seni yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun. Ukiran merupakan
hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di
Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu
dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi
telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu,
orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap
seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam
memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini
peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan
uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut.
Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu
paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan,
Melaka dan Negeri Sembilan.4.1 Perkembangan Sejarah Ukiran
Kayu4.1.1 Zaman Awal
Menurut sejarah sejarah, dari perjumpaan di zaman batu Neolitik
di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal
telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada
belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Menurut R.O Winsted;
their chief interest lies in their diversity of from .simple
incised pattern Sejarah juga telah membuktikan kesan awal yang
dijumpai iaitu ukiran motif bunga pada tembikar yang dijumpai di
Sungai Johor, Kota.(Mustafa Mohammed, 1982:87). Penemuan
artifak-artifak yang diperbuat dari batu dan tanah menyokong
keberadaan seni ukiran telah wujud di alam Melayau. Kegiatan harian
masyarakat Melayu pada masa itu berkonsepkan hidup untuk hari ini.
Penggunaan alat keperluan harian seperti kapak, beliung, kuku
kambing, kukuran, tugal, dan perahu dihiasi dengan motif ukiran
adalah bahan bukti yang sahih tentang kewujudan seni ukiran. Waktu
lapang yang lebih panjang menjadikan mereka mempunyai naluri
estetik yang mula muncul dalam kehidupan mereka. Jika sebelum ini
barangan kraf yang mereka hasilkan lebih ke arah fungsi fizikal
untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka mula melihat fungsi
dan nilai estetik. Di samping menjadikan alat tersebut sebagai
senjata dan keperluan harian mereka, perkakas tersebut juga
dipercayai mempunyai kuasa-kuasa ghaib dan motif-motif binatang
memberikan lambang dan makna dalam kepercayaan .( Siti Zainon
Ismail, 1985: 31).Bukti lain seperti tembikar di Gua Cha, Kelantan
dan Bukit Lembu, Perlis merupakan bukti sejarah terhadap keahlian
para tukang Melayu dalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan
batiniah.Walaupun peralatan digunakan untuk kegunaan harian, namun
keindahan dalam reka bentuk dan ragam hias serta coraknya
menggambarkan ianya berkembang selaras dengan fungsi gunaan.
Kepercayaan animisme dan dinamisme yang masih lagi diamalkan bahawa
setiap benda mempunyai roh dan tenaga.Kedua-dua kepercayaan ini
sukar dibezakan kerana ianya terjadi serentak. (Mahyuddin Yahya,
1998:108). Jelaslah terbukti bentuk-bentuk motif dan corak sangat
mempengaruhi bentuk ukiran mereka. Motif yang berunsur binatang
bernyawa merupakan ciri-ciri ukiran awal di alam Melayu.(Zulkifli
Hanafi, 2000: 2).Kepercayaan animisme seperti unsur pemujaan
terhadap roh dan kuasa ghaib atau kepercayaan kepada setiap benda
yang mempunyai penyembahan menjadi amalan hidup mereka. Menurut
bukti-bukti di atas jelaslah bahawa sejarah kewujudan seni ukiran
pada sejak zaman awal lagi.4.1.2 Zaman Pengaruh HinduPengaruh Hindu
yang tersebar di alam Melayu merupakan impak yang kuat yang
mempengaruhi adat resam masyrakat Melayu yang bermula dari abad
pertama hingga kea bad-14. Sebelum kemunculan Islam. Masyarakat
tempatan banyak dipengaruhi oleh ajaran Hindu.Kerajaan Langkasuka,
Sri Vijaya, Sumatera, Majaphit dan Melaka yang bertapak di
Kepulauan Nusantara pengaruh Hindu mula meresapi kebudayaan
tempatan.Pertembungan dua budaya tersebut wujudnya proses asimilasi
maka berlakulah penyesuaian budaya dalam masyarakat setempat.
Banyak kepercayan Hindu yang diamalkan dalam kehidupan seharian
seperti dalam bahasa, kesussteraan,adat istiadat, perbomohan,
busana dan juga senibina.
Kesan pengaruh budaya Hindu telah lama bertapak di alam Melayu
sejak abad ke tujuh lagi . Lembah Bujang, Kedah merupakan bukti
awal terdapatnya kerajaan Melayu tertua di Semenanjung Tanah
Melayu. Pada suatu ketika dahulu agama Hindu jua pernah menjadi
agama rasmi masyarakat Melayu. Pengaruh dari kebudayaan Hindu terus
meresap dalam kehidupan masyarakat Melayu di rantau ini. Hal itu
juga telah mempengaruhi perkembangan seni kraftangan
Melayu.Pengaruh yang sangat menonjol sekali adalah pada seni ukiran
kayu Melayu.Kerajaan Sri Vijaya, Kerajaan Temasik Lama, Gangga
Negara di Perak dan semua kerajaan Hindu telah mempengaruhi dan
member kesan terhadap senibina rumah tradisional Melayu awal yang
dipengaruhi oleh senibina candi.Pengaruh Hindu berkonsepkan
dewaraja yang dikaitkan dengan keturunan dewa atau kayangan.Menurut
pehaman agama Hindu raja mempunyai kedudukan yang mulia yang
dianggap tidak berdosa. Pengaruh tersebut memberi kesan kepada
hasil karya seni kraf masyarakat Melayu yang biasanya diciptakan
untuk memenuhi manifestasi spiritual bertujuan untuk persembahan
dan pengabdian kepada raja atau dewa mereka. Motif flora dan fauna
banyak diilhamkan pada ukiran kayu di zaman ini. Motif bunga
tanjung dan teratai member maksud ketuhanan dan kealaman hasil dari
pengaruh India-Purba semasa pemerintahan Hindu di Logor(Ligar) dan
Langkasuka.Motif bunga bernyawa juga digunakan sebagai perantaraan
Tuhan dan manusia dalam ukiran Melayu. Menurut pehamaman lain pula
ia juga dianggap sebagai kasih bagi orang India dan Arab dengan
jelmaan motif ikan.( Siti Zainon Ismail; 1925: 26). Pengaruh
pertembungan dua budaya itu masih lagi wujud dan diamalkan sehingga
kini. Contohnya, dalam perkembangan motif kosmos, haiwan,
tumbuh-tumbuhan (flora) merupakan kewujudan yang masih lagi kuat
mempengaruhi seni ukiran kayu pada hari ini. Namun demikan
motif-motif tersebut diguna sesuai dengan ajaran agama
Islam.Kegemilangan kraftangan ini dibuktikan dengan mengangkat
kraftangan sebagai simbol status sebuah pemerintahan.Contohnya
seorang raja yang tidak mempunyai istana yang indah dengan
penerapan seni ukirnya dianggap sebagai raja yang belum sempurna
dan kurang martabatnya. Statusnya juga dianggap lebih rendah dari
raja yang mempunyai istana yang berukir.(Abdul Halim Nasir:36).
4.1.3 Zaman Pengaruh IslamPada awal abad ke-12 di pantai timur
dan abad ke 13 di pantai barat Semenanjung Malaysia, setelah
kemasukkan ajaran Islam pengaruh ajaran Hindu di Malaysia mula
tehakis. Islam menjadi pengaruh yang kuat selepas pengaruh Hindu.
Agama Islam mula menjadi pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu
di Malaysia.
Bukti kedatangan Islam menunjukkan pada penemuan yang berupa
artifak-artifak oleh ahli arkeologi di beberapa kawasan di Tanah
Melayu. Penemuan artifak tersebut berupakan batu nisan dan batu
bersurat serta catatan sejarah pengembara Arab, Cina dan Portugis.
Batu bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganu yang
bertarikh awal kuru ke-14.Batu nisan Acheh yang ditemui di beberapa
tempat iaitu di Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan
Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik yang sangat
menarik juga menjadi bukti tentang seni ukiran melayu.
Gabungan dua budaya iaitu adat esam Melayu dan Islam mula
diserapkan di dalam seni ukiran Melayu. Unsur-unsur yang
bertentangan dengan ajaran dan adat resam Melayu dilenyapkan dan
tidak diguna pakai lagi. Dalam ukiran Melayu, motif yang
berunsurkan binatang(fauna) mula disamarkan dan sedikit demi
sedikit mula dihilangkan dalam karya seni ukiran mereka. Ajaran
Islam melarang umatnya seperti membentuk, membuat dan meniru motif
yang bernyawaatau makhluk hidup dalam sebarang motif ukiran mereka.
Motif itik pulang petang, naga, badak mudik, ayam berlaga serta
lain-lain telah diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran
Islam.
Seni Khat(kaligrafi) merupakan pengaruh Islam di alam Melayu dan
ia merupakan pengaruh kesenian Islam yang kuat. Kegemilangan Seni
Khat di ukir pada dinding serta bangunan tempat kediaman. Tulisan
dan khalimah yang diukir dan ditulis dengan tulisan khat menghiasi
penjuru dan tempat tertentu. Kalimah-kalimah syahadat seperti
Allah, Muhammad, Basmallah dan petikan surah ayat-ayat dari
Al-Quran diilhamkan dalam bentuk Kufi, Farsi,Daiwani(Diwani),
Tuluth, Naskhi ( Naskh), Andalusia, Qairawani dan sebagainya.
Tulisan khat Diwani dan tuluth merupakan tulisan khat yang sangat
termashyur dalam masyarakat Melayu. Selain daripada tulisan dan
kesusateraan, unsur gabungan motif flora dan kaligrafi juga
digabungkan.
Masyarakat Melayu mula member sentuhan kepada fungsi hiasan
motif gabungan tersebut. Pada ketika itu ukiran kaligrafi dalam
pelbagai jenis menghias masjid dan rumah-rumah kediaman dan juga
istana raja-raja Melayu. Kaligrafi ini juga diukir pada pintu,
jendela dan pada tempat tertentu bagi mempamerkan khalimah-khalimah
Al-Quran. Ukiran khat yang digabungkan dengan motif flora atau
tulisan kaligrafi dapat dilihat seperti di Mimbar Masjid Kampung
Laut Kelantan, Istana Balai Besar,Kelantan, Komplek Makam Banggul,
Kelantan, Mimbar Masjid Lama Paloh, Ipoh,Mimbar Masjid
Sebatu,Melaka. Terdapat juga di beberapa istana raja Melayu lama,
seperti Istana Sri Menanti, Istana Kenangan Perak juga di rumah
temoat kediaman di semenanjung Malaysia.Menurut (Abdul Halim
Nasir:34) kesan dari pengaruh agama Islam ini telah mengubah bentuk
dan konsep kraftangan di Malaysia. Secara konseptual, nilai-nilai
keislaman diterapkan dalam hasil kraftangan. Motif-motif fauna
digantikan dengan motif-motif tumbuh-tumbuhan atau stilisasi serta
ukiran kaligrafi Islam. Sejak dari itu hasil karya yang dikaitkan
dengan Islam dan kepercayaan mendapat tempat yang istimewa.
Kebanyakan seniman kraf mula mencurahkan kemahiran krafnya pada
istana, masjid dan surau dalam bentuk ibadat. 4.1.4 Zaman
Kesultanan
Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur
Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477.
Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana
Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal
lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan
mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah
Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni
ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat
di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan
Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah
negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa
kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran
negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah
pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf,
istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir
negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir
di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu
Patani.4.1.5 Zaman Penjajahan Sejak kemunculan awal penjajahan
Inggeris mula terjejas. Ramai seniman kraf istana meninggalkan
pekerjaannya karena tidak mendapat jaminan ekonomi dari institusi
istana. Akhirnya tidak ada perkembangan yang bermakna dalam
perkembangan kraf di Malaysia. Perkembangan kraf di Malaysia
terjejas kerana hadirnya perkembangan pengaruh penjajahan khususnya
Inggeris dalam pola kehidupan masyarakat Melayu. Permintaan
terhadap hasil kraftangan mula berkurangan,akibatnya seniman kraf
di Malaysia lebih berhasrat meninggalkan pekerjaan sebagai seniman
kraf. Kini hidup mereka cenderung untuk kembali bertani atau
menjadi nelayan. Terdapat juga di kalangan mereka berhijrah ke kota
untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan untuk menyara
hidup.Pada tahun 1916 R.O. Winsted memperkenalkan kursus baru dalam
sekolah vernakular Melayu. Kursus tersebut adalah kursus pertanian
dan pertukangan yang juga melibatkan seni kraf. Sasaran dari
sekolah vernakular Melayu ini untuk memenuhi asas sosial masyarakat
Melayu di desa. Pada ma situ peranan pentadbiran Inggeris telah
memainkan peranan penting dalam perkembangan seni kraf di Malaysia
sangat besar sekali setelah kursus pertanian dan pertukangan di
pusat pengajian tinggi dibuka. Peranan pemerintah Inggeris dapat
dikatakan sebagai tunas ke arah perkembangan baru dalam seni kraf
di Malaysia untuk jangka masa yang panjang. Namun demikian kesan
fizikal dari peranan tersebut tidak dapat dilihat dalam jangka masa
yang singkat. 4.1.6 Zaman Selepas Merdeka
Kraftangan di Malaysia semakin menunjukkan perkembangan yang
positif setelah kemerdekaan.Kaum Melayu mula mempunyai kesedaran
tentang semangat nasionalisma dan jatidiri bangsa Melayu. Kesenian
mereka mula berunsurkan kebangsaan dan menunjukkan perkembangan
yang menggalakkan. Pengaruh budaya popular walaupun pada peringkat
awal kemerdekaan masih lagi mempangaruhi masyrakat Malaysia, namun
usaha-usaha positif telah mula dilakukan oleh pentadbiran baru
kerajaan Malaysia untuk mengekalkan warisan dan budaya masyarakat
Melayu.Seni kraf mula dimartabatkan dan diangkat sebagai warisan
yang berharga.Usaha kerajaan untuk memajukan dan merealisasikan
seni kraf ukiran sebagai sebuah industry.Rural and Industrial
Development Authority atau RIDA pada tahun 1958 telah membangunkan
seni kraf di Malaysia termasuklah seni ukiran kayu. Rancangan
Malaysia Pertama dilancarkan pada tahun 1966 iaitu Majelis Amanah
Rakyat atau MARA telah mengambil alih tugas RIDA. Konsep MARA sama
dengan RIDA bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu ikut
serta dalam bidang perusahaan kraf .Setelah usaha tersebut bidang
seni kraf telah dipilih untuk dijadikan industri moden.Kebanyakkan
seniman kraf di Malaysia terdiri dari masyarakat Melayu itu
sendiri. Bagi menjaga standard kualiti kraf dan juga kebajikan
seniman kraf, Handicraft Development Centre telah ditubuhkan pada
tahun 1967.Tujuan tersebut adalah untuk memberikan khidmat nasihat
berbentuk latihan, teknikal, dan kewangan kepada pengusaha dan
seniman kraf. Hasil daripada usaha tersebut maka akhirnya seni kraf
di Malaysia berubah status dari cottage industry menjadi industri
moden.
Seni kraf Melayu mulai beroperasi kembali oleh masyarakat
Melayu.Seni ukiran salah satu seni kraf yang mula dibangunkan dan
diberikan nafas baru. Seni kraf mula dianggap bermakna dan boleh
mendatangkan keuntungan. Kini seni kraf tidak lagi dipandang
sebagai kegiatan waktu lapang atau sebagai kegiatan yang berkaitan
dengan minat malah ia dapat membina masa depan negara.
Demi memartabatkan seni kraf pihak kerajaan juga telah
menubuhkan Lembaga Kraftangan Malaysia atau LKM yang sepenuhnya
bergerak dalam usaha memajukan seni kraf di Malaysia. Pada tahun
1979 LKM diganti dengan nama baru sebagai Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia atau PKKM untuk memperkukuh kedudukan industri
kraf di Malaysia.Pada tahun 1973 kerajaan Malaysia menubuhkan
Lembaga Kraftangan Malaysia atau LKM yang sepenuhnya bergerak dalam
usaha memajukan seni kraf di Malaysia. Pada tahun 1979 LKM diganti
dengan nama baru dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia atau PKKM. Pengurusan PKKM tersebut sepenuhnya dikelola
oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. Matlamat PKKM
bertujuan untuk membangun dan mempromosikan industri seni kraf di
Malaysia. PKKM pada awalnya telah berpusat di Kuala Lumpur, setelah
itu PKKM terus berkembang menjadi cawangan-cawangan kecil di setiap
negeri di Malaysia.
Hasrat PKKM Kementerian Pembangunan Usahawan untuk mencapai
impianya, ia juga telah mengantar pelatihnya untuk mendalami
bidang-bidang seni kraf yang berkaitan keluar negeri.
Pelatih-pelati ini akan dihantar ke negara-negara yang menjadi
pilihan seperti Jepun, Indonesia, Thailand dan Korea. Setelah tamat
pengajian pelatih ini akan dilantik sebagai tenaga pengajar di
cawangan PKKM di tiap negeri. Gabungan dari ciri tersebut
menjadikan kraf di Malaysia dapat dikategorikan dalam dua kelompok
makna yang berbeza yaitu seni kraf dan kraf seni. Kelompok seni
kraf lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan
keindahan dalam aspek formal manakala kelompok kraf seni lebih
berorientasikan pada seni murni yang mengarah ada aspek content
dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan sebagainya. Sebagai
contoh dalam ukiran kayu ada istilah ukiran kayu dan ukiran kayu
halus. Ukiran kayu adalah karya ukiran yang lebih berorientasikan
pada produk dan nilai estetiknya lebih bersifat formal, manakala
ukiran kayu halus lebih berorientasikan pada perasaan yang mengarah
pada emosi dan ekspresi.Sehingga kini ukiran kayu masih lagi
dipertahankan dan ia masih beroperasi. Nilai dan estetikanya sangat
tinggi dan kini ia dipandang sebagai nilai yang sangat komersial di
mata dunia.ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang
terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam
catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana
dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500
tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi
perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti
istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu
memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan
suasana seni ukiran.Hingga kini peninggalan istana-istana lama
memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang
diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia,
kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan
rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri
yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa
kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran
negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah
pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf,
istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir
negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir
di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu
Patani.4.1.7 Zaman Moden
Perubahan sosio budaya masyarakat Melayu sangat mempengaruhi
perkembangan karekter seni unkiran kayu Melayu terutama dari segi
mototifnya. Menurut Norzehan (2009), motif ukiran bleh
dikelompokkan kepada dua kumpulan utama iaitu Motif Kraf
Tradisional dan Motif Kraf Kontemporari yang merupakan gabungan
elemen-elemen baru dalam rekaan seni ukiran Melayu yang bersifat
semasa dan setempat. Motif kontemparari (Bebas), menonjol pada
tahun 1970 yang banyak menggunakan elemen bebas dan pelbagai serta
tidak terhad pada tradisional sahaja.
Percampuran dunia luar banyak memberi perubahan budaya kepada
masyarakat. Pengaruh luar ini juga telah berlaku pada seni ukiran
kayu Melayu yang turut mengalami evolusi seiring dengan peredaran
zaman. Semenanjung Malaysia telah mengalami pengaruh luar secara
meluas dan berkesan. Seni bina tempatan telah diresapi unsur-unsur
luar dan disesuaikan dengan elemen-elemen tempatan. Peralihan tahap
kefahaman dan kepercayaan animism kepada Islam telah menunjukkan
satu peralihan motif yang jelas. Motif-motif lebih kepada
unsur-unsur keislaman dan gaya motif ini tersebar meluas juga
menjadi ikutan di seluruh Malaysia. Teknik pengaplikasian ukiran
kayu Melayu juga didapati turut berubah dan mengikut kehendak
budaya dan agama penduduk setempat.5 CIRI-CIRI UKIRAN KAYU MENGIKUT
ZAMAN5.1 Zaman Awal
Fungsi Fizikal lebih berorientasikan pada keperluan untuk
meneruskan kehidupan (untuk memerdekakan diri). Fungsi Non Fizikal
Lebih berorientasikan kekekaguman dan kepercayaan (animisma).
Identiti masih kabur serta lebih cenderung berorientasikan pada
teori fungsi.5.2 Zaman Pengaruh Hindu Fungsi Fizikal masih
berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan kehidupan.
Fungsi Non Fizikal Nilai estetik lebih berorientasikan pada
konsep ketuanan (konsep Dewaraja) dan ajaran agama Hindu. Identiti
kraf mula dapat dikategorikan pada dua kelompok iaitu kraf yang
berorientasikan pada fungsi fizikal dan kraf yang berorientasikan
pada kepercayaan agama Hindu (falsafah dan pemikiran Melayu).
Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama lebih halus
dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal.5.3 Zaman
Pengaruh Islam Fungsi Fizikal masih berorientasikan pada keperluan
untuk meneruskan kehidupan.
Fungsi Non Fizikal Nilai estetik lebih berorintasikan pada
konsep kepercayaan agama islam dan konsep ketuanan (konsep
Dewaraja) dan sedikit kepercayaan agama Hindu. Identiti kraf mula
berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang
berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada
ajaran Islam dan kraf yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam.
(Falsafah dan Pemikiran agama Hindu makin berkurangan setelah dan
diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan budaya melayu
setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan masyarakat
Melayu). Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan
Hindu Islam lebih halus dibandingkan kraf yang berorientasikan
fungsi fizikal seperti seni ukiran Khat( Kaligrafi) pada ayat-ayat
Al-Quran atau khalimah-khalimah suci.5.4 Zaman Penjajahan Fungsi
Fizikal masih berorientasikan pada keperluan untuk meneruskan
kehidupan.
Fungsi Non Fizikal Nilai estetik lebih berorintasikan pada
konsep kepercayaan agama islam dan konsep ketuanan (konsep
Dewaraja) dan sedikit kepercayaan agama Hindu. Identiti kraf mula
berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga kelompok iaitu kraf yang
berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf yang berorientasikan pada
ajaran Islam dan kraf yang berorientasikan pada ajaran Hindu Islam.
(Falsafah dan Pemikiran agama Hindu makin berkurangan setelah dan
diganti dengan Falsafah dan Pemikiran Islam dan budaya melayu
setelah agama Islam semakin mengambil tempat di kalangan masyarakat
Melayu). Kraf yang berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan
Hindu Islam lebih halus dibandingkan kraf yang berorientasikan
fungsi fizikal.5.5 Zaman Selepas Kemerdekaan
Fungsi Fizikal masih berorientasikan pada keperluan untuk
meneruskan kehidupan juga sebagai nilai komersial.
Fungsi Non Fizikal Nilai estetik lebih berorintasikan pada
konsep kepercayaan agama islam dan konsep ketuanan (konsep
Dewaraja),sedikit kepercayaan agama Hindu juga berkonsepkan idea
bebas. Identiti kraf mula berbaur dan dapat dikategorikan pada tiga
kelompok iaitu kraf yang berorientasikan pada fungsi fizikal, kraf
yang berorientasikan pada ajaran Islam dan kraf yang
berorientasikan pada ajaran Hindu Islam. (Falsafah dan Pemikiran
agama Hindu makin berkurangan setelah dan diganti dengan Falsafah
dan Pemikiran Islam dan budaya melayu setelah agama Islam semakin
mengambil tempat di kalangan masyarakat Melayu). Kraf yang
berorientasikan pada kepercayaan agama Islam dan Hindu Islam lebih
halus dibandingkan kraf yang berorientasikan fungsi fizikal.
Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf di Malaysia dapat
dikategorikan dalam dua kelompok makna yang berbeza yaitu seni kraf
dan kraf seni. Kelompok seni kraf lebih berorientasikan pada aspek
craftsmanship, gunaan dan keindahan dalam aspek formal manakala
kelompok kraf seni lebih berorientasikan pada seni murni yang
mengarah ada aspek content dalam seni seperti makna, estetik,
ekspresi dan sebagainya. Sebagai contoh dalam ukiran kayu ada
istilah ukiran kayu dan ukiran kayu halus. Ukiran kayu adalah karya
ukiran yang lebih berorientasikan pada produk dan nilai estetiknya
lebih bersifat formal, manakala ukiran kayu halus lebih
berorientasikan pada perasaan yang mengarah pada emosi dan
ekspresi5.6 Zaman Moden Fungsi Fizikal masih berorientasikan pada
keperluan untuk meneruskan kehidupan juga sebagai nilai
komersial.
Fungsi Non Fizikal Nilai estetik lebih berorintasikan pada
konsep gabungan nilai kepecayaan dan berunsur bebas .. Identititi
asal juga masih dikekalkan sedikit seperti unsur agama dan
kepercayaan.
Identiti kraf berkonepkan moden dan kontemporari
(bebas).Pengaruh luar ini juga telah berlaku pada seni ukiran kayu
Melayu yang turut mengalami evolusi seiring dengan peredaran zaman.
Seni ukiran mempunyai berkonsepkan moden dan kontemporari (Bebas)
dan tidak terhahad kepada unsur tradisional.6 NILAI INTELEKTUAL DI
SEBALIK KRAF UKIRANMalaysia telah mengalamami beberapa tahap
kefhaman dan kepercayaan agama. Setiap kefahaman ini meresapi dalam
seluruh aspek kehidupan masyarakat Melayu. Menurut Abdul Halim
Nasir (1986), terdapat tiga tahap fahaman dan kepercayaan agama
iaitu,animism, Hindhu-Budha dan Islam.6.1 Fahaman AnimismeMenurut
amalan fahaman ini iaitu acara mennyembah arca ukiran selainpatung.
Seni ukiran kayu mula diterapkan dalam budaya masyarkat Melayu.
Berdasarkan kefahaman tersebut juga beranggapan ukiran kayu yang
diciptakan dapat mewakili sejenis roh atau semnagat. Pemahaman ini
diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum kehadiran agama Islam di
rantau ini suatu ketika dahulu.Menurut Hassan (1981), semua aspek
kehidupan masyarakat Melayu pada zaman tersebut ditentukan oleh
kuasa ghaib. Anthony Ratos (1976) berpendapat, masyarakat Orang
Asli Melayu di Malaysia masih lagi mengamalkan amalan animism
manakala masyarakat orang asli yang terlibat dengan ukiran kayu
Cuma terdapat dua kumpulan kaum sahaja iaitu Jahut di Pahang Tengah
dan Mah Meri di persisiran pantai neger Selangor. Kebanyakan ukiran
kayu yang dihasilkan oleh dua kaum masyarakat tersebut berkait
rapat dengan semangat, roh atau ilmu ghaib. Terdapat juga ukiran
yang dibuat semata-mata khas untuk digunakan ketika upacara
berubat.6.2 Fahaman Hindhu-Budha
Amalan dan pegangan Hindhu-Budha mempengaruhi masyarakat Melayu
selama 14 abad mulai kurun 1 sehingga 14 Masihi. Pengaruh tersebut
sangat kuat di rantau ini suatu ketika dahulu.Pengaruh tersebut
tersebut telah jauh meresap dalam kehidupan masyarakat Melayu dan
terbukti ia boleh dilihat melalui bahasa, kesusasteraan, agama,
adat istiadat, senibina, pertukangan, tekapan, anyaman, kepercayaan
dan sebagainya. Pada zaman itu seni ukiran kayu diamalkan dlam
bentuk wayang yang banyak menceritakan tentang epik agama
Hindhu-Buddha. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Othman Yatim
(2000), motif-motif seni ukir di zaman Hindhu-Buddha lebih
cenderung kepada object figure. Siti Zainon Ismail (1985) pula
berpendapat, menyatakan pengaruh kepercyaan Hindhu sangat kuat
dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu.Haiwan-haiwan tertentu
dianggap suci malah ada yang dianggap sebagai Tuhan atau pelindung.
Motif seperti angkuk berbentuk burung dan ikan banyak diketengahkan
kerana haiwan ini dianggap sebagai pensuruh yang setia, kuat dan
tinggi martabatnya sebagai perantaraan Tuhan dengan manusia.Seni
ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini telah diterapkan pada
bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat,
pintu gerbang serta alat-alat perkakasan. Berdasarkan daripada
pengaruh tersebut, masyarakat Melayu telah menerima motif haiwan
dalam kesenian mereka. Imej-imej haiwan yang telah diterapkan ke
dalam ukiran Melayu biasanya bermotifkan burung,ikan dan ayam.
Menurut Muhammad Afandi (1995) motif-motif itu diambil berdasarkan
kepercayaan dalam kehidupan seharian yang telah banyak memberikan
inspirasi kepada masyarakat Melayu. Perkara ini juga terjadi kerana
terdapat anggapan bahawa penerapan motif ukiran yang melambangkan
permainan rakyat seperti belaga ayam, beradu burung dan belaga ikan
boleh membawakan tuah dan rezeki. Di samping itu penggunaan motif
tersebut dianggap sebagai tanda pegabdian terhadap binatang belaan
kesayangan mereka. Pengaruh Hindhu-Buddha yang kuat juga telah
mempengaruhi sistem pemerintahan pada masa itu da telah menerapkan
unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan harian. Hashim Haji Wan Teh
(1996), dalam bukunya Malay Handicraft Industries-Origins and
Development unsur-unsur tersebut telah meningkatkan perkembangan
seni ukiran pada bangunan. Ismail dan Ahmad (2001) pula
berpendapat, dalam kepercayaan penganut agama Hindhu-Buddha kerja
mengukir tuhannya adalah suatu kerja yang dianggap paling mulia.6.3
Fahaman Islam
Sejak kemunculan Islam di alam Melayu yang berasal dari Arab,
Parsi dan India dalam kurun ke 14 Masihi, masyarakat Melayu telah
memeluk agama Islam. Menutut Othman Yatim (2000), fahaman
fundamental Islam telah mendorong penerapan seni ukiran kayu Melayu
dalam bangunan dengan melahirkan motif baru yang berasaskan
unsur-unsur seperti bentuk geometri, bunga-bungaan, pucuk tumbuhan
dan dedaun.Motif haiwan ketika itu ditukar secara beransur-ansur,
contohnya motif itik bertukar menjadi motif itik pulang petang dan
motif badar bertukar menjadi badar mudik. Terdapat motif haiwan
lain juga seperti beruk bergayut,motif kuda menyepak, motif ayam
berlaga di jerejak tangga, jerejak anjung dan jerejak tingkap
(Othman Yatim, 2000).
Menurut Ismail dan Ahmad (2001), seni ukiran kayu Melayu adalah
sebahagian dari seni budaya masyarakat Melayu mempengaruhi tiga
aspek penting kehidupan bangsa Melayu iaitu status kepercayaan dan
kebudayaan. Ketiga-tiga aspek ini dihuraikan di setiap ukiran kayu
melalui, falsafah,makna dan fungsi yang berbeza bagi setiap
penggunaannya. Status seseorang ditunjukkan melalui penerapan seni
ukiran kayu Melayu ke dalam seni bina Melayu seperti istana, rumah
dan masjid di samping perlatan dan perhiasan. Norazit (2001),
bertambah banyak ukiran kayu sesebuah rumah semakin tinggi status
tuannya.Aspek kepercayaan bangsa Melayu dapat ditemui pada
sesetengah peralatan yang dicipta malah ia mempunyai hubungan
dengan kepercayaan atau kuasa tertentu. 7 MOTIF & IDENTITI KRAF
NUSANTARA7.1 Jenis- jenis Ukiran7.1.1 Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal bermaksusd sekeping papan atau beberapa
keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji
(gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.
Terdapat dua jenis ukiran tebuk iaitu ukiran tebuk tidak silat dan
ukiran tebuk silat. Ukiran tebuk tidak silat banyak boleh dijumpai
di rumah-rumah lama iaitu pada bahagian selasar, lambur, dinding,
pintu, perabot dan mimbar masjid. Motif bunga ukiran ini seperti
awan larat, siling, kaligrafi dan simetri.Ukiran tebuk silat
bermaksud bahagian yang menindih serta melengkung keluar
ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang
tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang
menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk
disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat,
silang dan simetri.
7.1.2 Ukiran Bunga Timbul
Bentuk ukiran ini tidak tembus. Konsepnya mengandungi bunga ukir
yang disilatkan dan tidak silat. Kebiasaanya terdapat pada perabot,
mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu
serta sampir senjata. Motif bunga ukiranya sama seperti ukiran
tebuk.7.1.3 Ukiran Arca
Ukiran tersebut banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu
keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya.
Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan
kecil.7.1.4 Larik
Teknik melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir
kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang
dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada
ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan
sebagainya.
7.1.5 Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh
Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan
semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian
tertentu dan dibentuk menyerupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu
induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam
sungai.7.2 Alatan & Motif7.2.1 Alatan Alat-alat yang digunakan
untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan
paling penting pahat. 7.2.2 Motif
Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis
;7.2.2.1 Motif makhluk halus contonya ayam, badak dan itik
Motif Itik Pulang Petang
Motif Ayam Belaga
Motif Badak Mudik
7.2.2.2 Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan
larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau
Motif Awan Larat7.2.2.3 Motif Geometri menampilkan bentuk
bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala
bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya,
motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris,
tepak sirih dan barang-barang tembaga.
Motif Gabungan Segi Tiga Gabungan Sulur Tumbuhan7.2.2.4 Motif
seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya
petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang
pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan
seperti rehal.
Seni Khat (Kaligrafi)7.3 Pengertian silatReka bentuk ukiran
timbul yang menonjolkan motif bunga ukir pada ukiran kayu.
Jenis bentuk silat ukiran kayu:i. silat belah rotan - bahagian
tepu tebukan ukiran kayu silat ini dibulatkan separuh.
ii. silat dada tuma - terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan
lengkungan pada silat ini kelihatan lebih hidup dan bergaya.
iii. silat leper - silatnya hampir sama dengan silat belah rotan
tetapi lebih lebar dan rendah.
iv. silat serong - terdapat juring atau penjuru tajam pada tepi
silat kerana silatnya serong.
v. silat minangkabau -bahagian tengah silat tinggi dan tajam
manakala kedua-dua bahagian tepi silat ini direndahkan.8 IDENTITI
MOTIF AWAN LARAT
8.1 Awan Larat
Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila
ditiup angin. Ada pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena
nama seorang anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga
melarat-larat menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang
diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir
mencipta daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat
ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu
Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan
larat terbahagi kepada dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan
Larat Jawa.Dalam ukiran Melayu Melayu iaitu dalam motif Awan Larat
terdapat dua konsep falsafah ialah Falsafah Ketuhanan dan Falsafah
Kemasyarakatan. Dalam falsafah tersebut ia memberikan maksud yang
tersurat dan tersirat dalam nilai kepercayaan.Falsfah
KetuhananFalsafah Kemasyarakatan
Awan Larat dimulakan dengan kepala kala.
Awan Larat Beribu.
Awan Larat dengan Punca Rahsia.
Awan Larat dengan Punca Pasu.
Awan Larat dengan Punca Tanah.
Awan Larat dengan Punca Air. Bahagian tumbuhan yang tajam tidak
menikam bahagian lain tumbuhan. Batang muda perlu tumbuh di bawah
atau dibelakang batang tua.
Sibardayang.
Ruang
Lilit tidak memaut kawan
Setiap motif yang diukir mempunyai maksud dan nilainya yang
tersendiri. Motif yang terdapat dalam Awan Larat iaitu motif daun,
bunga dan buah menggambarkan kejayaan hidup. Dalam kehidupan juga
mempunyai rahsia dan ia digambarkan sebagai sesuatu yang berhasil.
Daun-daun yang hijau, bunga yang kembang dan buah yang lazat
membantu makhluk menjalani kehidupannya menurut kepercayaan dahulu
kala. Menurut Wan Mustapha (2009), konsep falsafah reka corak Awan
Larat pada ukiran kayu Melayu perlu diamalkan menurut peraturan
iaitu :
Awan Larat boleh dibuat daripada semua benda yang tidak mati
seperti daun, sirip ikan, rambut, api, ombak, awan, air, bulu
binatang, ekor dan sebagainya. Melibatkan tumbuhan sahaja
disebabkan pengaruh Islam.
Elemen-elemenya mesti dibentuk dalam bentuk yang indah, lembut
dan terkawal bentuknya supaya dapat melahirkan keindahan dan
kelembutan.
Ruang-ruang kosong mesti hampir sama luas.
Awan Larat juga merupakan corak yang paling dimuliakan dalam
apresiasi seni ukir Melayu klasik. Ukiran Awan Larat kebiasaannya
jarang diletakkan di bawah daripada paras pusat malah biasanya di
atas paras kepala.8.1.1 Awan Larat Melayu Asli
Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya
mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu
tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar
dan bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.
Motif Awan Larat Melayu Asli8.1.2 Awan Larat Jawa
Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan
bunganya rapat-rapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling
bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.
Motif Awan Larat Jawa8.1.3 Silang / Kerawang
Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok.
Garisan bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak
ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.
Motif Awan Larat Kerawang8.1.4 Awan Bentuk Huruf Larik dan
Simetri
Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf
dalam al- Quran. Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid.
Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat.
Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan
tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang
ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua jenis
larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri
Islam, misalnya corak swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di
masjid atau mimbar.
Motif Awan Larat Simetri9 KESIMPULANSeni ukiran kayu merupakan
khazanah dan warisan yang paling berharga.Karya ukiran juga
merupakan lambang dan jatidiri bangsa. Ilmu ukiran kayu merupakan
harta dan warisan yang perlu dipelihara dan dikembangka supaya
tidak luput di telan zaman.Nilai dan estetikanya sangat tinggi
kerana ia melambangkan identiti negara. Falsafah ukiran yang
tersirat adalah pedoman yang baik bagi hidupan dan
masyarakat.Rekabentuknya yang unik bermotifkan flora, fauna atau
kaligrafi keunikan yang tersendiri dengan mempunyai maksud yang
tersurat dan tersirat. Unsur alam semulajadi ini merupakan nilai
kepercayaan yang memberi semangat dan inspirasi dalam kehidupan
seharian.Keseian ukiran Melayu juga berteras dan bertunjangkan
nilai-nilai agama Islam. Ini juga bermaksud insane dan alam
disatukan dengan harmoni tanpa konflik. Dalam ukiran Melayu juga
unsur kefahaman, penghayatan dan amalan holistik(fizikal, mental
dan spiritual) penting dalam pencerminan ukiran Melayu tradisi.10
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ukiran_kayuhttp://zali-mrj.blogspot.com/2008/03/nota-ukiran-kayu.htmlhttp://ukirankayuklasik.blogspot.com/http://zali-mrj.blogspot.com/2008/03/nota-ukiran-kayu.htmlhttp://perak.uitm.edu.my/kutai/images/present_paper/awan%20larat-dr.%20sabrizaa.pdfPEMARKAHAN1TUGASAN
12E FORUMJUMLAH
TAJUK : UKIRAN KAYU
1. Pengenalan kraf dan identiti
2. Sejarah Kraf Nusantara
3. Ciri-ciri kraf nusantara mengikut zaman
5. Nilai intelektual di sebalik kraf tradisional
5 Motif dan identiti kraf nusantara
21