Ujian Penurunan Konkrit
Ujian penurunan (Slump test) ialah untuk memastikan ketekalan
(consistency) bancuhan konkrit di samping mengawal kekuatannya. Ini
merupakan satu ujian kasar yang dilakukan pada sample bancuhan
konkrit yang dibancuhkan pada masa yang belainan Untuk menentukan
bahawa bancuhan itu mengandungi jumlah air yang lebih kurang sama,
tidak terlalu cair atau terlalu kering. Ujian ini dilakukan di
tapak bina, tempat bancuhan konkrit dibuat. Sample hendaklah
diambil daripada bancuhan yang baru dibuat. Alat-alat yang
digunakan Untuk menjalankan ujian ini ialah sebuah acuan (slump
cone) yang diperbuat daripada kepingan logam, alat getar atau
sebatang besi bulat ber diameter 16mm.
Memasukkan bancuhan konkrit kedalam corong ujian penurunan.
Langkah bagi menjalankan ujian penurunan (slump test)
Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada
cetak/trustrum berbentuk kon dengan 100mm garispusat bahagian atas.
200mm garispusat bahagian bawah dan 300mm tingginya serta dipasang
dengan dua pemegang pada bahagian sisi. Langkah ujikaji adalah
seperti berikut :-1. Pastikah cetak kon sentiasa bersih di dalamnya
sebelum ujian dan diletakkan di atas yang keras dan rata serta
kedap.2. Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan3.
Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25
kali dengan rod keluli bergarispusat 5/8.4. Permukaan atas
diratakan dengan rod pemampat atau sudip5. Kon diangkat tegak
keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan runtuh6.
Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris.7. Runtuhan boleh berlaku
dalam 3 keadaan, iaitu runtuhan benar, runtuhan ricih dan runtuhan
roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara
hingga 4(1/2).8. Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia
menunjukkan konkrit itu kekurangan sifat lekit atau terlalu
basah.
Antara ujian penurunan yang dilakukan, 3 runtuhan iaitu runtuhan
benar, runtuhan roboh dan runtuhan ricih
Membuat ujian penurunan konkrit dan mengambil kira penurunan
yang berlaku. Hasil ujian menunjukkan bahawa penurunan benar
Ujian Kiub KonkritCube Testatau dikenali ujian kiub konkrit
ialah salah satu ujian yang dijalankan ke atas bancuhan konkrit
apabila tiba di tapak bina. Tujuannya ialah untuk menentukan
kekuatan konkrit mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sama
sepertiSlump Test.Prosedur Cube Test1. Kiub konkrit dibuat dengan
menggunakan acuan besi yang berukuran 150mm x 150mm.2. Bancuhan
konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan dipadatkan sebanyak 35
kali.3. Permukaan atas konkrit dirataan dan dilabelkan mengikut
tarikh ianya dibuat.4. Acuan tersebut disimpan ditempat terlindung
dari kelembapan selama 24jam.5. Selepas acuan tersebut dibuka, kiub
konkrit akan diawet dengan menrendamkannya ke dalam tangki berisi
air sebelum diuji.6. Ujian dibuat keatas kiub konkrit pada hari
ke-7 dan ke-28 dari tarikh kiub tersebut dibuat.
Memasukkan konkrit kedalam acuan kiub untuk membuat ujian
kiub
Memecahkan simen yang sediaada untuk mendapatkan permukaan kasar
bagi mengelakkan berlaku penurunan konkrit.
Meletakkan konkrit pada permukaan bawah terlebih dahulu.
Memasukkan konkrit dan ratakan sehingga membentuk ramp dan
mengikut kotak acuan yang telah dipasang
Ramp yang telah siap dibuat dan kerja kemasan dilaksanakan
Analisis Data Ujian Kiub
Data yang lengkap mengenai ujian kiub, balak dan teras konkrit
ada dinyatakan di dalam bahagian 4 BS 1881. Contoh-contoh biasanya
dihantar ke makmal untuk diperiksa dan diuji tetapi biasanya di
tapak ada menyediakan kemudahan ujian. Rujukan mestilah mengikut
piawai yang ditetapkan bagi mesin-mesin dan langkah-langkah ujian.
Kiub mestilah disimpan di dalam air dan diuji sebaik sahaja
dikeluarkan. Air di permukaan, kekisi dan lain-lain bahagian
hendaklah dibersihkan, seterusnya kiub ditandakan, berat dan
ukurannya direkodkan
Berat kiub ditimbang dan direkodkanPermukaan alas mesin penguji
mestilah bersih dan kiub diletakkan di tempat yang betul supaya
beban dapat jatuh sekata. Pastikan kiub betul-betul di
tengah-tengah piring penolak. Beban mestilah dikenakan tanpa
kejutan dan peningkatannya sekata di antara 0.2 N/mm2 hingga 0.4
N/mm2 sehinggalah nilai terbesarnya tercapai. Beban maksima
hendaklah direkodkan. Kekuatan mampatan yang direkodkan mestilah 05
N/mm2. Adalah mustahak segala radas yang digunakan diselenggarakan
dan sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan. Ujian mampatan ke
atas kiub konkritSelepas semua konkrit kiub telah diuji dalam ujian
mampatan, catatan semua keputusan beban maksima yang diperolehi ke
dalam borang yang telah disediakan. Kekuatan mampatan konkrit = (
N/mm2). Dimana, P = Beban (Newton), A = Luas permukaan (mm2).
KESIMPULAN
Hasil daripada projek ramp yang telah kami laksanakan, kami
dapat mengikut proses-proses pelaksanaan kerja dengan teratur dan
sistematik. Setiap pelajar telah membuat tugasan mereka berdasarkan
agihan tugas yang telah diberikan oleh ketua kumpulan, antara kerja
yang telah kami laksanakan ialah membuat kotak acuan, membuat blok
spacer, membancuh konkrit dan kerja-kerja memasang ramp iaitu kerja
mamasukkan konkrit ke permukaan tanah. Sepanjang melaksanakan kerja
ramp ini, kami dapat mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk
membuat kotak bentuk bagi ramp, bagaimana untuk menyediakan spacer
dan mengetahui bancuhan konkrit yang sesuai untuk pembikinan ramp.
Di samping itu, kerja ramp ini dibuat adalah untuk memudahkan
kepada orang kurang upaya (OKU) dan kepada pensyarah yang menyorong
troli naik ke pejabat. Malahan, sepanjang melaksanakan projek ini
terdapat ramai pensyarah fakulti pendidikan teknik dan vokasional
yang memuji dengan hasil usaha kami kerana telah memudahkan kepada
individu yang melalui kawasan tersebut.Selain daripada itu, projek
ini dilaksanakan bagi memenuhi sukatan kurikulum yang merupakan
sebahagian daripada projek besar untuk subjek asas binaan bata.
Seperti yang telah sedia maklum kerja amali asas binaan bata sangat
berkait rapat dengan kerja konkrit iaitu bancuhan konkrit.
Sepanjang melaksanakan projek ramp ini, kami telah menyediakan
bancuhan konkrit yang baik dengan ujian penurunan benar, hal ini
menunjukkan bahawa bancuhan konkrit yang telah dibuat adalah sangat
baik dan sesuai untuk kerja ramp. Akhir sekali, projek-projek
sebegini baik untuk dilaksanakan apatah lagi ia adalah untuk
kebaikan semua orang. Ucapan terima kasih kepada En. Wong Kah Leong
selaku pensyarah yang telah membimbing dalam menjayakan projek ramp
ini.
4