1 UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOTABURA KALI KEDUA 25 Februari 2018 (Ahad) Dewan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya
1
UCAPAN PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOTABURA KALI KEDUA
25 Februari 2018 (Ahad)
Dewan Apartment Anggerik,
Taman Bunga Raya
2
Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamulaikum WBT, Salam
Sejahtera dan Salam 1Koperasi
Terima Kasih Pengacara Majlis
3
Yang Berbahagia
Encik Mohd Azmir bin Zambri,
Penolong Pengarah SKM
Cawangan Wilayah Hulu Selangor
Yang Berbahagia
Encik Muhamad Tarmizi bin Hasim,
Pengerusi Koperasi Taman Bunga
4
Raya Hulu Selangor Berhad
(KOTABURA)
Yang Berbahagia
Barisan Anggota Lembaga
KOTABURA
5
Dato’-Dato’, Datin-Datin,Tuan-Tuan
dan Puan-Puan yang dihormati
sekalian.
1. Bersyukur kita ke hadrat Allah
SWT kerana dengan rahmat dan
keizinan-NYA dapat kita bersama-
sama menghadiri Majlis Perasmian
6
Mesyuarat Agung Tahunan
KOTABURA Kali Kedua pada hari ini.
2. Terima kasih kepada
Pengerusi dan ALK KOTABURA yang
menjemput saya menyampaikan
ucapan dan seterusnya
menyempurnakan majlis ini.
7
3. Saya mengucapkan tahniah
dan syabas kepada ALK dan
anggota-anggota koperasi yang
berjaya menjalankan
tanggungjawab menjayakan
mesyuarat agung kali ini. Mesyuarat
agung penting untuk anggota-
anggota meneliti kedudukan
8
kewangan koperasi, memberi
pandangan mengenai akitiviti-
aktiviti yang dijalankan dan memilih
pemimpin koperasi yang
berwibawa.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian.
9
4. KOTABURA merupakan satu
contoh koperasi yang menjadi
penggerak utama kepada usaha-
usaha untuk melonjakkan kegiatan
ekonomi di kawasan perumahan.
Dalam Dasar Koperasi Negara 2011
– 2020 digariskan di bawah sektor
komuniti untuk mempergiatkan dan
10
memperkasakan 7 komuniti – salah
satunya komuniti taman
perumahan. Tujuannya untuk
meningkatkan kesejahteraan rakyat
melalui aktiviti koperasi seperti
penubuhan taska, kedai dobi, kedai
pengguna, spa dan penjagaan diri.
Koperasi juga digalakkan
11
mewujudkan one stop centre/pusat
kegiatan harian masyarakat
setempat.
5. Berdasarkan penelitian saya
mengenai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan KOTABURA didapati
menepati sasaran yang ditetapkan
12
DKN – yang mana KOTABURA yang
saya difahamkan terdiri daripada
usahawan-usahawan yang
menjalankan perniagaan
perkhidmatan, dobi dan katering
ditubuhkan bertujuan membantu
meningkatkan ekonomi ahli-ahli
13
dengan misi menjadi koperasi
terbaik di Selangor.
6. Saya difahamkan juga
bersama-sama dengan 2 ahlinya
KOTABURA terlibat sepenuhnya
dalam operasi perniagaan restoran
dan kafe. Ini bentuk kerjasama
14
strategik yang amat digalakkan
dalam koperasi – koperasi boleh
bekerjasama dengan koperasi lain,
dengan korporat atau ahli dengan
syarat sifat autonomi koperasi
dipelihara seperti terkandung
dalam prinsip-prinsip koperasi.
15
7. Saya dapati juga, KOTABURA
turut menceburi aktiviti-aktiviti yang
berpotensi tinggi seperti
memasarkan air minuman berlabel
sendiri, menjalankan perkhidmatan
van dan kereta sewa serta memberi
khidmat bimbingan kepada
usahawan yang ingin berniaga.
16
Syabas dan tahniah kepada
kepimpinan dan anggota-anggota
KOTABURA.
8. Melihatkan prestasi KOTABURA
yang baik walaupun baru berusia 3
tahun, saya percaya misi dan hasrat
yang ditetapkan pasti tercapai.
17
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
9. Berdasarkan statistik sehingga
Jun 2017 yang dikeluarkan SKM
terdapat 98 buah koperasi taman
perumahan dengan keanggotaan
4,589 orang, syer/yuran berjumlah
lebih RM1 juta (RM1,527 juta), aset
18
lebih RM 17 juta (RM17,268) dan
jumlah perolehan sebanyak RM1.4
juta.
10. Jumlah koperasi komuniti
yang disasarkan bagi tempoh 2015
– 2020 mengikut Kajian Semula
Dasar Koperasi Negara 2011 - 2020
19
adalah sebanyak 1,779 koperasi
iaitu 32 % berbanding jumlah
koperasi komuniti sedia ada.
11. Bagi menjayakan hasrat ini,
ANGKASA melalui sektor komuniti
mengambil pelbagai inisiatif
mengadakan program
20
menggalakkan penubuhan dan
memperkasakan koperasi komuniti
seperti kariah masjid, orang asli
dengan kerjasama srategik dengan
JAKOA telah menganjurkan buat
julung kalinya Konvensyen Hala Tuju
Koperasi Orang Asli, akan datang
bakal menganjurkan Konvensyen
21
Koperasi Orang India dan Tentera.
Tujuannya bagi mengetahui
permasalahan, cabaran dan
peluang-peluang yang boleh
diterokai mereka dalam usaha
mempertingkatkan ekonomi
koperasi dan ahli-ahli.
22
12. Adalah diharapkan
KOTABURA dapat melahirkan
usahawan yang berkaliber dalam
kalangan anggotanya dan dapat
mengeratkan ikatan silaturahim.
Melalui kesepakatan dan
penyatuan yang utuh, KOTABURA
dapat merealisasikan hasrat untuk
23
bersama-sama menjadi pemain
dalam menentukan corak ekonomi
negara menjelang tahun 2020.
13. Akhir kata, saya dengan
lafaz suci bismilahirahmanirrahim
merasmikan MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KOTABURA KALI KE 2.
24
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum w.b.t