TEKS UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM OLEH KAUNSELOR HJ. MASBAH DATO’ HJ. MOHD TAHA TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI 9 JULAI 2003 Terimakasih Puan Pengerusi majlis, Yang Berbahagia Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh, Dan salam sejahtera 1. Bagi pehak semua warga Bahagian Perkhidmatan Psikologi khususnya dan warga JPA amnya saya terlebih dahulu ingin mengalu-ngalukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri ke Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada kali ini yang dihostkan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi walaupun Tan Sri sendiri sarat dengan program-program lainnya. 1
21
Embed
UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TEKS UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
OLEH KAUNSELOR HJ. MASBAH DATO’ HJ. MOHD TAHA
TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI
9 JULAI 2003
Terimakasih
Puan Pengerusi majlis,
Yang Berbahagia
Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia,
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh,
Dan salam sejahtera
1. Bagi pehak semua warga Bahagian Perkhidmatan Psikologi
khususnya dan warga JPA amnya saya terlebih dahulu ingin
mengalu-ngalukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri ke
Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada kali ini yang dihostkan
oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi walaupun Tan Sri
sendiri sarat dengan program-program lainnya.
1
2. Sesungguhnya kesudian Y.Bhg Tan Sri hadir di majlis
perhimpunan ini akan menjadi pencetus kepada semangat dan
motivasi semua warga JPA untuk terus menjadi warga
cemerlang.
3. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri
berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk
berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini.
Sesungguhnya kesempatan ini adalah amat bererti kepada
saya khususnya dan Bahagian Perkhidmatan Psikologi amnya
untuk berkongsi idea dan pengalaman dan adalah didoakan
agar kita semua mendapat menafaat darinya.
4. Yang Berbahagia Tan Sri,
Tajuk atau tema yang saya pilih untuk diucapkan pada
perhimpunan kali ini ialah PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL: KE ARAH WARGA JPA CEMERLANG. Untuk
tujuan itu saya dengan penuh hormat dan takzim memohon izin
untuk berucap kepada hadirin dan hadirat yang lainnya. Mohon
saya Tan Sri!!
2
Yang Berbahagia
Dato’ Ismail bin Adam Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan)
Yang Berbahagia
Dato’ Hj. Zakaria bin Mohd Taib Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin,
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Timbalan-Timbalan Pengarah,
Pegawai-Pegawai yang baru melapor diri,
Serta semua warga JPA yang dihormati sekelian,
11. Sekali lagi saya ingin merakamkan rasa besar hati
dan terimakasih kami di atas kesudian Dato’-Dato’ dan
sekelian hadirin memenuhi auditorium ini untuk sama-
sama berkumpul menyertai perhimpunan bulanan yang
dihostkan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi.
12. Tema yang dipilih bersempena dengan
perhimpunan bulan Julai ini adalah menyentuh aspek-
aspek psikologikal mengenai Penjagaan Kesihatan Mental, yang mencangkupi elemen-elemen mental sakit, mental celaru, mental sehat dan yang terbaru
dikatakan “tiada mental.” Di kesempatan yang terbatas
3
ini, saya juga akan menyentuh aspek-aspek kaedah
menjaga kesihatan mental, dari perspektif psikologi dan
Agama Islam sendiri.
Hadirin yang dihormati
13. Selaras dengan perkembangan semasa, kita semua
perlu berbangga dan bersyukur kepada Allah kerana
Malaysia mempunyai sebuah organisasi Perkhidmatan
Awam seperti JPA yang mempunyai Pengurusan Sumber
Manusia yang terbaik dalam mengharungi kepesatan
tanpa mengabaikan elemen-elemen psikologikal dan
keinsanan.
14. Sepertimana yang kita semua maklum, tuntutan dan
harapan stake-holder dan pengurusan tertinggi terhadap
perlunya kita semua menjadi warga cemerlang adalah
tinggi sekali. Kita bukan sahaja dituntut menjadi
cemerlang, warga gemilang, warga serba boleh, multi skilling, berdisiplin, menghadapi dan mengadaptasi nilai murni, malah selaras dengan pelaksanaan Sistem
Saraan Malaysia, kita juga akan dinilaikan sama ada
cukup berkompetensi atau sebaliknya.
15. Saya rasa tuan-tuan bersetuju dengan saya
bahawa semua tuntutan berkenaan dengan mudah dapat
4
dilaksanakan jika mental kita sihat. Bagaimanapun jelas
kepada kami, bahawa ramai diantara kita yang
mengabaikan kesihatan mental dan jika adapun sign atau symptom gejala berkenaan, ianya dibiarkan begitu
sahaja kerana mengganggapnya sebagai remeh temeh
dan tidak penting. Justeru, sebagai pengamal ilmu
psikologi dan kaunseling kami dapat meramalkan dan
merasakan ramai diantara kita mengalami gejala simptom
kesihatan mental seperti cepat marah, murung, stress, memencil diri, menyombong diri, bersikap angkuh, malas, tidak berdisiplin, melanggar peraturan, datang lewat bekerja, ponteng kerja, merokok di tempat yang dilarang, prestasi kerja rendah, tidak boleh ditegor, cepat melenting, lembab, lembam dan 1001 macam lagi gejala kesihatan mental.
16. Dalam disiplin ilmu psikologi kaunseling mahupun
bidang perubatan moden, tidak ada istilah orang gila, crazy people ataupun mad people. Yang ada ialah
orang yang berpenyakit mental atau cacat akal.
Kaunselor dan ahli psikologi mampu dan memang tugas
mereka merawat dan membantu pesakit atau individu
yang bermasalah tetapi bukan berelemenkan
psikopatologi. Makna yang mudah ialah mereka masih
waras dan masih siuman. Manakala tugas psikiatrist ialah
merawat dan membantu pesakit-pesakit yang dikenali
sebagai pesakit mental atau mental illness patients.
5
17. Kita semua sedia maklum bahawa perkembangan
teknologi yang pesat telah banyak membantu pengurusan
organisasi dalam mengurus sumber manusia. Namun
demikian, masih terdapat elemen tertentu yang tidak
petah ditangani oleh teknologi terkini. Elemen yang
dimaksudkan adalah Penjagaan Kesihatan mental bagi
setiap individu.
18. Justeru itu, disinilah dilihat betapa pentingya konsep
“Penjagaan Kesihatan Mental: Ke Arah Warga JPA Yang
Cemerlang” perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh
semua warga JPA. Ini adalah kerana kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah organisasi itu bergantung
kepada usaha dan komintmen yang menyeluruh dari
setiap warga kerjanya tidak kira dari pegawai sokongan
ataupun atasan yanag mentalnya sehat.
Hadirin yang dihormati 19. Dari segi psikologi, definisi Kesihatan Mental
adalah ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai
tahap kestabilan emosi yang sempurna, yang ditandai
dengan kemampuan memberikan respons dan
tindakbalas yang positif terhadap rangsangan
persekitaran. Jelas di sini bahawa kesihatan mental itu
mempunyai kaitan yang rapat dengan keupayaan
6
seseorang individu di dalam menangani aspek-aspek
pengurusan emosi, kognitif dan tinglakunya.
10. Sebut sahaja emosi, terbayang di kepala kita
perasaan seperti gembira, riang, suka dan seronok. Itu
adalah sekadar contoh beberapa emosi berbentuk positif.
Emosi yang berbentuk negatif berkait rapat dengan
fenomena tekanan hidup antaranya ialah bimbang, takut, cemas, sedih,gementar dan marah.
11. Secara amnya, kesejahteraan yang seimbang
merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
a. Emosi
b. Fizikal
c. Sosial
d. Intelektual
e. Persekitaran
f. Budaya dan
g. Spiritual-
Penjagaan kesihatan mental dari aspek Spiritual atau
kerohanian disini bermaksud menghayati konsep
ketaqwaan kepada Allah SWT. Ini termasuklah redho,
sabar, syukur, kenal Allah dengan yakin dan
mengharapkan rahmatNya. Kita berdoa sepanjang
7
masa untuk dihindarkan dugaan, kerana kita memang
tidak mampu diduga. Berdoalah.
Sebagai insan kerdil, kita dituntut oleh agama untuk
bersifat sabar, bersyukur, bersifat taat, bersifat benar,