Top Banner
T1 T2 T3 TUTORIAL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
31

Tutorial Bahasa Melayu

May 26, 2015

Download

Documents

Bunga Putih
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Tutorial Bahasa Melayu

T1

T2

T3

TUTORIAL PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAH

Page 2: Tutorial Bahasa Melayu

Pengenalan

Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan

seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran,

sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

KATA SERU

Page 3: Tutorial Bahasa Melayu

Contoh Penggunaan Kata Seru

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh

aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan

kagum

1. Aduh, sakitnya tanganku!2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai untuk menyatakan perasaan sedih

Aduhai, malang sungguh nasibku!

ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau

kagum

1. Amboi, mahal betul kereta itu!2. Wah, berani betul budak itu!

Page 4: Tutorial Bahasa Melayu

Aktiviti 1

1. Hang Tuah menuturkan, “ jika kau berani, mari kita berlawan’.

A. AhB. NahC. Cis

2. besarnya rumah itu!A. OhB. WahC. Eh

Pilih jawapan yang betul berdasarkan gambar disebelah.

Page 5: Tutorial Bahasa Melayu

3. , pedih sungguh luka ini!A. AduhB. AmboiC. Cis

4. Perempuan itu berkata “ awak Rozi kan?”

A. OhB. EhC. Amboi

Page 6: Tutorial Bahasa Melayu

Aktiviti 2

Amboi

Nah

Cis

Aduh

Eh

cantiknya jam tangan kamu!

ambillah duit ini!

sakitnya kepala saya!

berani kamu mencabar saya!

bagaimana kamu boleh berada di sini!

Padankan kata seru dengan ayat yang diberikan

Page 7: Tutorial Bahasa Melayu

Penilaian Isi tempat kosong

Page 8: Tutorial Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Kata seru digunakan oleh orang

Melayu sejak turun temurun.http://d20102044364.blogspot.com/2011_11_01_archive.html

Kesimpulan

Page 9: Tutorial Bahasa Melayu

Pengenalan

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua

patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

SIMPULAN BAHASA

Page 10: Tutorial Bahasa Melayu

Perhatikan contoh simpulan bahasa, maksudnya, dan penggunaannya dalam ayat yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

Contoh Penggunaan Simpulan Bahasa

Page 11: Tutorial Bahasa Melayu
Page 12: Tutorial Bahasa Melayu

Aktiviti 1

Latihan Simpulan Bahasa

Jawapan

Page 13: Tutorial Bahasa Melayu

Aktiviti 2

Jawapan

Page 14: Tutorial Bahasa Melayu

Jawapan

Page 15: Tutorial Bahasa Melayu
Page 16: Tutorial Bahasa Melayu
Page 17: Tutorial Bahasa Melayu

Penilaian

1. Pemuda itu tidak disukai jirannya kerana .

2. Pak Zaki sangat kemas dan berkualiti.

3. Aina mendapat yang pertama pagi tadi.

4. Abu yang kepenatan di ruang tamu.

Jawapan

Page 18: Tutorial Bahasa Melayu

Jawapan

1. Panjang Tangan

4. Tidur mati

2. Bekas tangan

3. Cahaya mata

Page 19: Tutorial Bahasa Melayu

Kesimpulan

Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam.

Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

Page 20: Tutorial Bahasa Melayu

PERIBAHASA

• Menurut Za'ba, peribahasa ialah

susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran,

sedap didengar dan bijak perkataannya.• Peribahasa tradisi merujuk kepada

peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara

bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.• Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya

Melayu.

Page 21: Tutorial Bahasa Melayu

Contoh Penggunaan Peribahasa

• Penggunaan peribahasa dalam karangan dapat meningkatkan lagi keyakinan pemeriksa jawapan terhadap tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. • Kebiasaannya, peribahasa boleh wujud dalam ayat tunggal atau digabungkan menjadi satu perkataan baru.

ContohJika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa ini amat bertepatan sekali dengan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan industri batik di negara ini

Page 22: Tutorial Bahasa Melayu

• Ayat di bawah ini pula dicipta berdasarkan peribahasa tepuk dada, tanyalah selera. • Ayat ini menunjukkan kemarahan penulis terhadap suatu isu negatif yang sedang dibincangkannya:

ContohTepuk dada, lihatlah punca! Lihatlah punca segala penyakit berbahaya ini. Puncanya adalah kerana amalan hidup masyarakat.

Page 23: Tutorial Bahasa Melayu

• Adakah para pengiklan juga meminggirkan soal masyarakat yang berpegang pada adat resam yang perlu diikut serta budaya mulia yang perlu dijunjung, seperti kata pepatah "adat dijunjung budaya dikelek"?

Contoh Jika terdapat kekeliruan tentang sesuatu barangan, Persatuan Pengguna perlulah dirujuk bak kata pepatah, "alah membeli menang memakai".

Page 24: Tutorial Bahasa Melayu

Aktiviti 1

Encik Malek dan isterinya menjaga kedua-dua anak mereka dengan penuh kasih sayang.

A bagai mencurah air di daun keladi B bagai menatang minyak yang penuh C bagai itik pulang petang D bagai bulan jatuh ke riba

Page 25: Tutorial Bahasa Melayu

Mekanik yang tidak berpengalaman itu telah menyebabkan kerosakan kereta ayah bertambah teruk.

A bagai kumbang putus tali B bagai murai tercabut ekor C bagai tikus membaiki labu D bagai pinang dibelah dua

Page 26: Tutorial Bahasa Melayu

Aktiviti 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudia isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

a) Haziq tidak pernah membuang masa, setiap waktu terluang dia akan mengulang kaji pelajaran kerana ingin berjaya dengan cemerlang dalam SPM ibarat __________________ .

b) Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tanpa usaha gigih, kita tidak akan berjaya mencapai cita-cita kerana ____________________ .

c) Orang berada tidak suka berkawan dengan orang miskin kerana masyarakat hari ini bersikap materialistik. Mereka bergaul dengan golongan yang setaraf seperti ________ .

JAWAPAN

Page 27: Tutorial Bahasa Melayu

a) Haziq tidak pernah membuang masa, setiap waktu terluang dia akan mengulang kaji pelajaran kerana ingin berjaya dengan cemerlang dalam UPSR ibarat genggam api biar jadi arang.

b) Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tanpa usaha gigih, kita tidak akan berjaya mencapai cita-cita kerana yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tak kan datang melayang .

c) Orang berada tidak suka berkawan dengan orang miskin kerana masyarakat hari ini bersikap materialistik. Mereka bergaul dengan golongan yang setaraf seperti pipit sama pipit, enggang sama enggang, mana boleh terbang sama.

Page 28: Tutorial Bahasa Melayu

Penilaian Berikan maksud peribahasa di bawah.

Ada gula, ada semut

Bagai aur dengan tebing

Sedikit- sedikit lama- lama menjadi bukit

Seperti kacang lupakan kulit

Seperti isi dengan kuku

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Jawapan

Page 29: Tutorial Bahasa Melayu

Ada gula, ada semut Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. Bagai aur dengan tebing Tolong menolong antara satu sama lain. Sedikit- sedikit lama- lama menjadi bukit Sabar melakukan sesuatu lama- lama berhasil juga. Seperti kacang lupakan kulit Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. Seperti isi dengan kuku Persahabatan yang sangat erat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Jawapan

Page 30: Tutorial Bahasa Melayu

Kesimpulan

Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah

untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman

dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal

sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering

menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui

peribahasa.

Page 31: Tutorial Bahasa Melayu

Sekian Terima Kasih