Kingdom : PlantaeOrder : PandanalesFamily : PandanaceaeGenus :
PandanusSpecies : Pandanus odorus
PandanPandan wangi adalah sejenis tumbuhan berumpun dan mencapai
ketinggian antara satu hingga dua meter.Ia membiak melalui pecahan
rumpun dan anak yang terhasil daripada akarnya.Pandan digunakan
sebagai perisa dan pewarna makanan di semua Negara Asean.Daunnya
juga digunakan untuk membungkus ikan dan ayam sebelum dibakar.Dalam
perubatan tradisional Melayu, pandan dijadikan the menghilangkan
masalah angina dan masalah pencernaan.Air perahan daun pandan
dicampur dengan santan bagi melebat dan mengilatkan rambut.
Kingdom : PlantaeGenus : CymbopogonSpecies : Cymbopogon
nardusLemongrass ( Serai wangi)Serai wangi sering ditanam di
halaman rumah.Mempunyai bau yang berbeza dengan serai biasa.
Mencapai ketinggian antara 1 hingga 1.5 meter. Daunnya licin dan
bewarna hijau yang lebih gelap.Daun Serai Wangi digunakan bagi
memulihkan kesihatan wanita dalam pantang selepas melahirkan
anak.Daunnya yang dibalut pada besi atau batu panas digunakan bagi
dituam pada kawasan urat saraf yang lemah, bias-bisa otot, sendi,
mengecutkan rahim yang bengkak serta memecahkan lendir, darah dan
angin.Akhir-akhir ini Serai Wangi banyak digunakan dalam industri
kosmetik seperti pembuatan syampu, bedak dan minyak wangi.minyak
patinya digunakan dalam perubatan aroma terapi bagi menghilangkan
tekanan.
Kingdom : PlantaeOrder : SapindalesFamily : RutaceaeGenus :
MurrayaSpecies : Murraya koenigii
Curry Tree (Pokok Kari)Berasal dari India dan Sri Lanka dan
hidup subur di zon tropika.Bunganya kecil bewarna putih kekuningan
dan buahnya juga kecil bewarna hijau semasa muda dan ungu selepas
matang.Khasiatnya, ia dijadikan tonik herba bagi menguatkan perut
dan meningkatkan keupayaannya bagi mengatasi masalah
penghadaman.Digunakan juga sebagai julap.Amalan memakan sepuluh
helai daun kari setiap hari selama tiga bulan dikatakan dapat
mencegah kencing manis.
Nama Tempatan: Gandarusa Nama Saintifik: Justicia Gendarussa
linn Nama Lain: Daun rusa(melayu), bo gu
dan(cina),gendarussa(english) Famili: Acanthaceaekegunaan: Ia biasa
digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah,
rheumatik dan bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya
yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk
ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada
pada kedudukannya yang betul.Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang
segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.Untuk lebam pula
daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian
yang lebam.Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan,
menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor
stroke),sakit kepala, mata dan telinga.
Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.
Nama Tempatan: Misai kucingNama Saintifik: Orthosiphon aristatus
/stamineus benthNama Lain: Kumis kucing, cat whisker, kabling
gubat, rumujung,LamiaceaeFamili: Lamiaceae
kegunaan:Bahagian yang digunakan ialah Keseluruhan pokok kecuali
akarnya Kandungan kimia: cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon,
pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid,
minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan
terpenoid.Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana
dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.
daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan sajak
dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan.Ia juga dapat
membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya
dari sendi.Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk
menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air
kencing.Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang
seperti kebanyakan ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat
merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit
batu karang.
Nama Tempatan: pegagaNama Saintifik: centella
asiatica/hydrocotyle asiaticaNama Lain: tapak
kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kolaFamili:
Apiaceae/Umbelliferae
kegunaan:Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat
mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan
simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas
menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah
mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan
kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga
dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk,
melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan
toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga
pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih
kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak
digunakan sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan
ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk
mengatasi masalah kulit. Kajian terbaru menunjukkan pegaga
menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan
menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang
memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak
kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Nama Tempatan: PatawaliNama Saintifik: Tinospora
crispa(miers)Nama Lain: Akar seruntun, brotowali,batang waliFamili:
Menispermaceae
kegunaan:untuk perubatan, batangnya yang berkerutu adalah
bahagian utama yang mengandungi khasiat.Batang Patawali digunakan
untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing
manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Tumbuhan
ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak
dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari.
Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan
mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian
saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu
mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang
dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain
daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan
meningkatkan selera makan.
Nama Tempatan: Lidah buayaNama Saintifik: Aloe Vera linn.Nama
Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol)
dan lu hui (cina) Famili: Liliaceaekegunaan:Pengamal perubatan
moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian
yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat
colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan
yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga
untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan
hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang
berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang
beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan
dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar
menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan
salur makanan(salur penghadaman). Satu bahan yang baru ditemui
dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana
potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi
badan, bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang
membantu sistem pertahanan badan. Untuk kegunaan dirumah pula, gel
yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian
badan melecur.