Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111 Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza. Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, untuk melihat perkaitan antara semantik dengan peristilahan, pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan projek. Dalam pelaksanaan projek ini, pelajar dikehendaki: 1. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama. 2. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran, penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut. Penjelasan perlu disertakan dengan sekurangkurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon. 3. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu: i Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing. 4. Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 – 1,500 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111
Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah
Semantik dan makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian
tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya
mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza.
Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan
betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi
perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-
istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu.
Oleh yang demikian, untuk melihat perkaitan antara semantik dengan peristilahan, pelajar dikehendaki menyediakan
satu tugasan projek. Dalam pelaksanaan projek ini, pelajar dikehendaki:
1. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan
Tatanama.
2. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran,
penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut.
Penjelasan perlu disertakan dengan sekurangkurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon.
3. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu: i Kosa Kata Umum Bahasa
Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing.
4. Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 – 1,500 patah perkataan
dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu
merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.
Tugasan ini berlangsung bermula 27 Julai sehingga 29 Ogos 2011. Klik di sini untuk memuat turun soalan tugasan.
Segala pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah dirujuk kepada pensyarah mata pelajaran; Encik Jalalludin bin
KKBI SEMANTIK DAN PERISTILAHAN (BMM3111)Bil Perkara1 Sekapur sireh2 Halaman pengakuan3 Jadual Perlaksanaan Tugasan4 Soalan Tugasan5 Nota Bidang Semantik Bahasa Melayu
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu
hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan
bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh – contoh seperti:
gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau
bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa
sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa
Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan
sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa
Inggeris.
Contoh – contoh seperti:
Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography
Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi
7.6.3 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
Sesuai maknanya;
Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya
mempunyai banyak sinonim.
7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini
bergantung pada:
Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
Kemudahan belajar bahasa; dan
Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk
jamaknya yang lebih biasa dipakai.
7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan
kekeliruan.
Contoh – contoh seperti :
Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu Campaign Kempen
Custom Dengue Grant Pension
Kastam Denggi Geran Pencen
7.6.3.3 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang
Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah -
istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
(a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAudioconferencingAutosaveBroadcastClient-serverConnection-oriented networkData scramblerDigital cameraDigital certificateDigital purseDigital signature
Sidang audioAutosimpanSiaran;siarPelanggan-pelayanRangkaian berorientasikan sambunganPengarau dataKamera digitalSijil digitalDompet digitalTandatangan digital
(b) Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAdministrative orderCivil disorderCivil rightsDouble jeopardyDiplomatic immunityExtradictionFraudFugitive offenderFundamental rightsJudicial reviewLegitimacyMala fideMandatory procedureNativeNatural justice
Perintah pentadbiranGangguan awamHak sivilPendakwaan dua kaliKekebalan diplomatikEkstradisiFraudPesalah buruanHak asasiKajian semula kehakimanKesahanMala fideTatacara mandatoryAnak negeriKeadilan asasi
a) Istilah Komputer
Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAccessBench markCursorData base
CapaianTanda arasKursorPangkalan data
DownloadEnd userFontHardwareIntegrated circuitLocal area network
Muat turunPengguna akhirFonPerkakasanLitar bersepaduRangkaian kawasan setempat
b) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris Bahasa MelayuBalance sheetBridging loanBuy outBuy-back priceBy-productCapital gainCash flowCertificate of authorizationChief executive officerDeed of trustInvestment climateLong term debtShort-term financingSole agentSteering committee
Bahasa Inggeris Bahasa MelayuBallroomBanquetBudget hotelBuffetBusiness centreCheck-inCheck-outCocktailDay useDeluxe roomDouble roomFunction roomLuncheonTwin bedWaiter (L); waitress (P)
Dewan besarBankuetHotel jimat / hotel kelas ekonomiBufetPusat khidmat urusanDaftar masukDaftar keluarKoktelGuna siangBilik mewahBilik kelaminBilik majlisJamuan tengah hariKatil-kembarPramusaji
d) Fotografi
Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAbstract photography Fotografi abstrak
Between-the-lens shutterCamera angleDaylight filmEffective apertureFlashGround-angle viewHalf-length portraitInvisible lightLatitude of exposureMain lightingOut of focusPeriscopic lensQuartz lensReflect camera
Pengatup antara kantaSudut kameraFilem warna cahaya siangApertur berkesanDengarPandangan sudut bawahPotret separuhCahaya halimunanLatitude dedahanPencahayaan indukLuar fokusPeriskopKanta kuarzaKamera reflex
e) Istilah Matematik dan Statistik
Bahasa Inggeris Bahasa MelayuAerial cableAffineAffine geometryAffine varietyAggregateAggregationAggregativeAggregative indexAggregative model
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang
dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang
memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar.
Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami
keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya
dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai
kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya.
Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka.
Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:
Kepesatan ilmu :i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.
Kepakaran :i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)
7.8 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang
7.8.1 Definisi Singkatan
Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan ,
merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan
(2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan
akronim.
Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan
menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM
(1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :
a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :
lab ( laboratory)
b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:
sin - sinuscm - sentimetercos - konsinushab - habitat
c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:
Mara - Majlis Amanah RakyatPerkim - Pertubuhan Kebajikan Islam MalaysiaBernama - Berita Nasional MalaysiaTadika - taman didikan kanak – kanakCerpen - cerita pendekKugiran - kumpulan gita rancahBerdikari - berdiri dengan kaki sendiriPawagam - Panggung wayang gambarPerkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial
d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:
JKR - Jabatan Kerja Raya
TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia
IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
7.8.2 Definisi Lambang
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili
entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi
fonetik atau sistem tulisan.
Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu
huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf perkataan daripada
abjad sesuatu tulisan (misalanya tulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad
sistem tulisan lain (seperti Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO
untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi
Arab. Contoh :Bismillahirrahmanirrahim muslimin hajah fikir hadithMuslimat ustaz ghaib zakat akad lafaz solat imanTalak imam taubat haji ustazah
8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu
Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang
bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada
umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:
bureau - biro
police - polis
ambulance - ambulans
Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah.
Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa
Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:
Baekelund
Cannizzaro
Aquadag
Dacron
Keops
Dmitri Ivanovic Mendeleev
Anton Chekhov
Mao Tze TungNekad
Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada. Aku hanya tahu alamat tempat kerjanya. Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedang bekerja. Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu. Inilah kalau
komunikasi tiada di antara kami berdua. Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk aku tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota. Aku tahu tindakanku ini amat bodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku. Melihat wajah si kecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan. Apalah anak kecil ini mengerti tentang gelodak dalam hatiku.Dia suamiku telah beberapa bulan tiada berita dan aku harus bertemu dengannya kerana ingin memberitahu tentang masalah rumah yang kami anak beranak tinggal akan di sita.
Perjalananku dua jam mengelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi. Aku nekad sekiranya aku tidak bertemu dengannya kali ini aku sendiri akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Tiba di stesen aku terus mendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya. Memang malang nasibku kerana dia tiada. Airmataku deras mengalir.."Umi,nape nanggis", kata anak kecil berumur 4 tahun yang petah bercakap. "Em..tiada apa-apa nak. Cuma habuk masuk ke mata umi". Begitulah pembohonganku pada si kecil setiap kali nampak aku menangis.
Aku melangkah dengan longlai hanya satu arahku menuju ke rumahnya .Aku menahan teksi terus ke flat tempat tinggl dia. Sekali lagi nasibku amat malang dia tiada. Rumahnya berkunci. Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan. Setelah kufikir-fikir, lebih baik aku pulang saja ke kampung halaman kerana tiada guna lagi aku menanti dan mencari sedangkan dia tahulah ke mana harus mencariku nanti. Aku sendiri harus berusaha untuk menyelesaikan segala masalahku.. Hanya itu saja tekadku. Aku akan pergi dari kehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.Sepanjang perjalanan airmataku sudah kering dan tidak akan menangis lagi. Itulah janjiku. Aku berikrar akan mempastikan kehidupan anak-anakku akan terjamin walau tanpa bantuan dia suamiku. Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.Kami cuba analisis beberapa istilah yang terkandung dalam teks cerpen di atas berdasarkan
bentuk-bentuk istilah.
Akar bebas
berimbuhan gabungan gandaan prototaip paradigma
anak bertekad tempat kerja Cukup-cukup
shift
suamiku mencari Bekerja shif Berjalan-jalan
Komunikasi (communication)
rumah bekerja Jadual kerja Selama-lamanya
Stesen (station)
stesen menyukarkan Kami berdua
Apa-apa Teksi (taxi)
shif berdua pergi balik Fikir-fikirjadual berbekalkan Duit
kecemasanAnak-anak
teksi kecemasan Anak kecilduit mencari Melonjak
keriangantambang membahayakan Tempat
kerjanyakota melihat Anak kecilhabuk melonjak Kampung
halamanflat keriangan Air matapintu bertemukampung terjadi
ANALISIS GOLONGAN KATA DI DALAM CERPEN “NEKAD”Bil Perkataan Golongan kata Catatan1 bertekad Kata kerja Kata kerja terbitan2. dia Kata nama Kata ganti nama diri ketiga3. hanya Kata tugas Kata bantu ragam4. sedang Kata bantu Kata bantu aspek5. Cukup-cukup Kata adjektif Kata adjektif gandaan seluruh6. ke Kata tugas Kata sendi nama7. bodoh Kata adjektif Kata adjektif sifatan8. kerana Kata tugas Kata arah9. dalam Kata tugas Kata arah10. rumah Kata nama Kata nama am konkrit11. dua Kata tugas Kata bilangan tentu13. apa Kata tugas Kata tanya14. sekiranya Kata tugas Kata hubung pancangan keterangan
15. teksi Kata nama Kata nama konkrit
16. memang Kata tugas Kata penegas17. longlai Kata adjektif Kata adjektif sifatan18. sekali Kata tugas Kata penguat belakang19. amat Kata tugas Kata penguat hadapan20. kehidupan Kata nama Kata nama am abstrak21. perjalanan Kata nama Kata nama am abstrak22. sudah Kata tugas Kata bantu aspek23. halaman Kata nama Kata nama am konkrit24. bantuan Kata kerja Kata kerja terbitan25. walau Kata tugas Kata hubung pancangan keterangan
Bil Frasa Jenis Frasa
Kajian Semantik
Keterangan Contoh Ayat
1. walaupun Frasa sendi nama
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.
Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.
2. Alamat : petanda
Frasa nama
Medan makna (sinonim)
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Aku hanya tahu alamattempat kerjanya.
3. sedang Frasa sendi
Kata bantu aspek
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa , iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.
Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia ada di rumah atau sedangbekerja.
4. bekerja Frasa kerja
Kata kerja aktif
Kata kerja aktif tak transitif tanpa
Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu
pelengkap. kerana jadual kerjanya aku tak tahu.
5. Cukup-cukup Frasa adjektif
Kata adjektif ukuran
Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Berbekalkan duit yangcukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia ke kota.
6. Duit : wang Frasa nama
Medan makna (sinonim)
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk tambang pergi balik dan duit kecemasan itu aku pergimencari dia ke kota.
7. bodoh Frasa adjektif
Kata adjektif sifatan atau keadaan
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama
Aku tahu tindakanku ini amatbodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku.
8. dua Frasa sendi nama
Kata bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.
Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi
9. mendapatkan Frasa kerja
Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Tiba di stesen aku terusmendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya.
10. deras Frasa adjektif
Kata adjektif Kata adjektif cara ialah jenis
Air mataku mengalir deras.
perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam , sebagai penerang kata nama.
11. longlai Frasa adjektif
Kata adjektif sifatan atau keadaan
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Aku melangkah denganlonglai hanya satu arahku menuju ke rumahnya.
12. anak kecil Frasa nama
Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)
Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan.
13 dalam Frasa nama
Kata arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untukmenunjukkan hala atau jurusan.
Aku akan pergi darikehidupan dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.
14. segala Frasa sendi
Kata bilangan
Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.
Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.
Berdasarkan teks ini, kami cuba melihat dari sudut peristilahan Bahasa Melayu. Istilah ialah:
(a) Pinjaman terjemah(b) Pinjaman terus
Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:1. Antonim:
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.Menyukarkan - memudahkanBodoh – pandaiSuami – isteriMalang – untungKecil – besarPetah – gagapDeras – perlahanMenangis – ketawaLonglai – gagah
2. Sinonim:Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.Duit – wangBodoh – dunguPergi – bertolak, berangkatKeriangan – kegembiraanMengerti – tahuBerita – khabarBimbang – khuatirBertemu – berjumpaNekad – tabahStesen – perhentianMalang – tidak bernasib baikPetah - gagapNampak – lihatBerkunci – bermanggaPulang – balikMenanti – menungguMenangis – ketawaPengajaran – pedoman
3. Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
4. Homonim:Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau
lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.“Alamat “ dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud alamat rumah.“Alamat” dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai petanda akan berlakunya sesuatu.“Sedang” dalam petikan ini adalah membawa maksud sedang melakukan sesuatu.“Sedang” dalam konteks lain mungkin membawa maksud menceritakan saiz sesuatu yang tidak kecil dan tidak besar.5. Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.Perkataan “berada” di dalam petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat. Dalam situasi lain perkataan “berada” boleh membawa maksud orang kaya.
Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal.1. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kesedihan.
(i) “Memang malang nasibku kerana dia tiada”.Perkataan “malang” dalam ayat di atas membawa maksud berasa kecewa kerana hasrat yang tidak tercapai untuk bertemu dengan suaminya.2. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan.
(i) “Melihat wajah sikecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan.”Perkataan “melonjak keriangan” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen di atas berasa sangat gembira kerana dia berpeluang berjalan-jalan di kota.3. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan.
(i) “Perjalananku dua jam menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi.”Perkataan “bimbang” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa “risau”,.Frasa ini menggambarkan ketakutan seseorang.4. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen.
(i) “Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada.”Frasa “tak pasti di mana dia berada” membawa maksud watak dalam cerita ini tidak tahu lokasi suaminya berada ketika dia ke rumah suaminya dengan menaiki bas.Teks ini mementingkan aspek sebutan, intonasi dan perbendaharaan kata. Cerita ini melambangkan kesedihan seperti di dalam sinopsis di bawah.SINOPSIS CERITACerita ini mengisahkan seorang isteri yang hidup menderita kerana telah ditinggalkan oleh suaminya. Dia tidak pasti di mana suaminya berada sekarang. Demi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya, dia telah nekad membawa anak kecilnya ke kota dengan berbekalkan sedikit wang sebagai perbelanjaan. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama dua jam, dia berasa begitu gelisah kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan suaminya. Dia telah bertekad iaitu jika tidak Berjaya bertemu dengan suaminya, dia akan kembali ke kampong halaman dan tidak akan menemui suaminya lagi. Dia sudah pasrah dan akan menerima apa juga ketentuan. Dia lebih mengutamakan kehidupan anak-anaknya.TEMA
Cerpen ini bertemakan kekecewaan hati seorang isteri yang telah ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita.PERSOALAN
Cerpen ini membawa satu situasi yang dialami oleh seorang isteri yang berkeadaan serba salah disebabkan suaminya bertindak menghilangkan diri. Disebabkan dia menghadapi satu masalah besar iaitu rumahnya hendak disita, maka dia terpaksa menggagahkan diri pergi ke kota untuk mencari suaminya. Sekiranya suaminya gagal ditemui, dia telah mengambil keputusan untuk menetap sahaja di kampung halaman demi untuk kesejahteraan anak-anaknya. Dia tidak lagi memerlukan suaminya.
Kesimpulan
Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau makna pada
setiap perkataan yang diucapkan. Semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari
dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik kita mengenal yang disebut klasifikasi makna,
relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Semantik adalah
subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat.
REFLEKSISaya rasa amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya juga menyiapkan KKBI ini telah menghadapi berbagai jenis halangan. Sebenarnya saya berasa kebingungan ketika proses penyiapan ini sedang dilakukan. Ini adalah kerana soalan yang dikemukakan agak sukar untuk difahami.Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di perpustakaan, modul, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta para pensyarah.Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang sangat berguna untuk diketahui oleh saya . Maklumat ini akan saya gunakan untuk memantapkan lagi mutu pengajaran dan penggunaan bahasa saya dalam kehidupan harian.Tugasan KKBI ini telah mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang pada pendapat saya begitu luas sekali. Sesungguhnya bidang kajian Bahasa Melayu amatlah luas. Terlalu banyak bidang yang perlu diketahui oleh saya selaku seorang pelajar PGSR Bahasa Melayu.Melalui KKBI ini juga, saya berpeluang membuat kajian terhadap analisis cerpen yang bertajuk “Nekad”. Cerpen ini walaupun kelihatan pendek sahaja, tetapi mempunyai banyak aspek bahasa yang boleh dikaji. Bidang kajian pula boleh terdiri daripada berbagai sudut yang terdapat di dalam bidang sintaksis. Analisis teks cerpen ini memerlukan saya banyak membuat rujukan daripada buku “Tatabahasa Dewan”
REFLEKSIAlhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah berdasarkan cerpen pilihan yang bertajuk “Nekad”. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal dan makna grammatikal. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis cerpen bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti.Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian
tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak