Top Banner
Soalan 1 : Bincangkan Mabadi Hifzil Quran Beserta Dalil Dan Contoh Yang Jelas dan Bawa Pandangan Dari Beberapa Ulama dan Sumber Yang Muktabar 1.1 IHKLAS NIAT DAN DOA HAFAZAN Bacalah al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf daripada bacaanmu dengan 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif 1 | Mabadi Hifzil Quran ASAS HAFAZAN AL-QURAN IKHLAS NIAT MOTIVASI DALAMAN KETEKALA N RASM DAN MUSHAF SEBUTAN MEMILIH KAEDAH HAFAZAN MEMILIH TEMPAT & WAKTU
30

tugasan-PQE-3104

Dec 21, 2015

Download

Documents

tt8181

pqe
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: tugasan-PQE-3104

Soalan 1 : Bincangkan Mabadi Hifzil Quran Beserta Dalil Dan Contoh Yang

Jelas dan Bawa Pandangan Dari Beberapa Ulama dan Sumber Yang

Muktabar

1.1 IHKLAS NIAT DAN DOA HAFAZAN

Bacalah al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap

huruf daripada bacaanmu dengan 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan

kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu

huruf dan Mim satu huruf." (RiwayatAl-Hakim)

Untuk memahami al-Quran (bagi yang tidak faham bahasa Arab

disarankan membaca terjemahan tafsirnya). Ada dua cara:

1 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

ASAS HAFAZAN AL-QURAN

IKHLAS NIAT

MOTIVASI DALAMAN

KETEKALAN RASM DAN

MUSHAF

SEBUTAN

MEMILIH KAEDAH

HAFAZAN

MEMILIH TEMPAT &

WAKTU

Page 2: tugasan-PQE-3104

o Pertama, pembaca hendaklah menerima baik (husnal-zan)

terhadap nas al-Quran dan mahu menerimanya sebagai panduan

kehidupan. Persoalan ini amat berkait rapat dengan adab pembaca

ketika membacanya. sebelum mulai membacanya ;

o Berhenti sejenak di depan ayat yang dibaca dan

o Merenungi maknanya; dan cuba menjadikan bahawa pembaca

sendirilah yang sedang diajak bercakap dengan ayat-ayatnya.

o Kedua, pembaca hendaklah mengetahui disiplin berinteraksi

dengannya iaitu :

1. memandang al-Quran dengan pandangan yang lengkap dan

menyeluruh;

2. memerhatikan matlamat utama al-Quran iaitu; memberi

hidayah, mewujudkan peribadi muslim dan masyarakat yang

Islamik berasakan tugas dakwahnya iaitu melahirkan situasi

solehah yang berpaksikan amar makruf nahi mungkar;

3. berusaha memasuki nas al-Quran secara mutlak dan

menundukkan realiti yang menyalahi kepadanya;

4. membebaskan nas al-Quran dari sebarang ikatan tempat dan

masa nuzul;

2 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Antara Adabnya Ialah: Memilih waktu sesuai untuk membacanya; memilih tempat yang boleh menjernihkan fikiran pembaca dari hiruk pikuk ganguan; memilih posisi duduk yang sesuai dan kondisi yang sopan menggambarkan kehambaannya di sisi Allah; mensucikan diri dari kotoran lahiriah; menumpukan perhatian kepada ayat-ayat yang dibaca; tidak mengejar semua ayat dan mahu memperoleh semua perkara dalam satu masa; mengosongkan jiwa dari kesibukan menunaikan hajat dan memenuhi permintaan

Page 3: tugasan-PQE-3104

5. dan sering mengulang semula ayat-ayat yang pernah dibaca

dan berusaha menambahkan pengetahuan terhadap makna-

maknanya. (Zulkifli Hj Mohd Yusoff, Al-Quran : Antara

Tuntutan Kefahaman).

Membentuk Keikhlasan dalam Membaca menghafaz Al-Quran :

3 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Fahami maksud ikhlas dalam beramal, iaitu membersihkan segala amalan dengan matlamat dan tujuan selain dari Allah. Membulatkan setiap perkara dan amalan hanya ditujukan kepada Allah semata-mata, melakukannya untuk mencapai reda Allah.

Memohon doa supaya Allah sentiasa membantu membentuk keikhlasan dalam diri. Sentiasa membaca doa berikut : اللهم أعني على ذكرك وشكركوحسن عبادتك

Sentiasa beristighfar dan membersih diri dari segala penyakit-penyakit hati seperti sifat takabbur, riya, ujub dan lain-lain penyakit yang boleh mengganggu pembentukan .keikhlasan dalam diri

Lakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain adalah riya. Dan sifat riya adalah merupakan salah satu cabang syirik (syirik yang tersembunyi). orang yang mensyirikkan Allah (menyengutukan Allah di dalam amalan) tidak akan diterima amalan mereka di sisi Allah kelak dan mereka disuruh supaya memohon pahala dan keredaan dari orang yang ditunjuk-tunjukkan itu: ketika di dunia. Di dalam hadis qudsi, Allah s.w.t menyebutkan.."

,ه* ... ك ر- *ه* و,ش. -ت ك ,ر, -ر.ي، ت ك, ف.يه. م,ع.ي غ,ي ر, ,ش- م,ن- ع,م.ل, ع,م,ال7 أ" رواه مسلم

Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dan didapati ada niat pada yang selain Aku dengan sesuatu, aku tinggalkannya (diakhirat kelak) bersama dengan orang

.yang dikongsikan (bersama dengan Aku) itu

Page 4: tugasan-PQE-3104

Doa al-Quran ( 1 )

اللهم ارحمنا بالقرآن واجعله لنا إماما ونورا وهدى

ورحمه, اللهم ذكرنا منهما نسينا وعلمنا منهما جهلنا

وارزقنا تالوته آناء الليل وأطراف النهار , واجعله لنا

حجة يا رب العا لمين. اللهم زينا بزينة القرآن وأكرمنا

بكرامة القرآن وشرفنا بشرافة القرآن وأدخلنا الجنة

بشفاعة القرآن, اللهم اجعل القرآن لنا في الدنيا قرينا

وفي القبر مؤنسا وفي القيامة شفيعا

وعلى الصراط نورا والى الجنة رفيقا ومن النار سترا

وحجابا

Doa al-Quran ( 2 )

ستعملااللهم نور بكتا بك بصري واشرح به صدري و

به بدني واطلق به لساني وقو به جناني واسرع به

فهمي وقو به عزمي بحولك وقوتك فإنه ال حوال وال

قوة إال بك يا أرحم الراحمين. “Ya Allah, pancarkanlah cahaya KitabMu kepada pandanganku dan

lapangkanlah dengannya dadaku gunakanlah dengannya badanku

mudahkanlah sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah

dengannya kefahamanku dan kuatkanlah dengannya azamku dengan

daya dan kekuatanMu,bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan

dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. “

4 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 5: tugasan-PQE-3104

1.2 MOTIVASI DALAMAN (AD-DAFIYYAH AZ-ZATIYYAH)

Firman Allah swt :

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan

menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang

menggembirakan, bagi orang-orang Islam.“

(Surah an-Nahl : 89)

 

Sabda Rasulullah S.A.W :

خيركم من تعلم القرءان وعلمهyang bermaksud :

Yang terbaik dari kalangan kamu ialah

mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.

(Bukhari dan Muslim)

Pandangan Terhadap al-Quran :

1. Imam al-Ghazali:

Ajarkan kepada anak-anak al-Quran, hadis-hadis, kisah orang-orang

soleh, dan hukum-hukum agama.

2. Ibnu Khaldun:

Pengajaran al-Quran menjadi dasar pengajaran bagi seluruh

negara-negara Islam kerana al-Quran merupakan salah satu syiar

ad-din yang menguatkan aqidah dan meresapkan keimanan.

5 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 6: tugasan-PQE-3104

3. Ibnu Sina;

Mula ajarkan anak-anak dengan pengajaran al-quran, untuk

melengkapkan anak-anak dengan kecerdasan fizikal dan mental.

4. Gladstone [PM:1864-1894]:

Selama al-Quran ini berada di tangan orang-orang Islam, maka

Eropah sama sekali tidak akan dapat menguasai dunia Timur,

bahkan Eropah itu sendiri akan terancam

5. William Jeford Balcrof ;

Jika al-Quran dapat disisihkan dan kota Mekah dapat diputuskan

hubungannya dengan negara-negara Arab, maka sangat

memungkinkan bagi kita melihat seorang Arab secara bertahap

mengikut kemajuan barat, terjauh dari ajaran Muhammad dan

sekitarnya.

Kekaguman Barat Terhadap al-Quran;

1. Henry de Costrie:

Bahawasanya al-Quran menawan fikiran dan lubuk hati manusia, dan

ianya telah diturunkan kepada Muhammad yang membuktikan

kebenaran risalahnya.

2. Gothe [penyair Barat];

Bahawa pengajaran-pengajaran al-Quran adalah praktikal dan selaras

dengan keperluan-keperluan pemikiran

Bagaimana Kita Belajar?

(kata bijak konfusius yang didimodifikasi dan diperluas oleh: Melvin L.

Silberman)

Yang saya dengar, saya lupa.

Yang saya dengar dan lihat, saya sedikit ingat.

6 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 7: tugasan-PQE-3104

Yang saya dengar, lihat, dan pertanyakan atau diskusikan dengan

orang lain, saya mulai fahami.

Dari yang saya dengar, lihat, bahas, dan terapkan, saya dapatkan

pengetahuan dan ketrampilan.

Yang saya ajarkan kepada orang lain, saya kuasai.

Wasiat Imam Ghazali :

“Orang yang menghafal Al-Quran dianggap sebagai keluarga Allah. Oleh

itu, perbanyakkanlah menghafal Al-Quran kerana ia cahaya di dalam

kubur.”

1.3 KETEKALAN RASM DAN MASHAF

Definisi Ketekalan

Ketekalan bermaksud kebolehpercayaan, keteguhan tentang rasm

uthmani. Oleh itu ketekalan bolehlah dikaitkan dengan kebolehpercayaan

dengan al-Quran rasm uthmani.

Rasm Uthmani

Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al-Quran yang ditulis semula

di zaman pemerintahan khalifah Uthaman atas arahan beliau sendiri oleh

kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau dan di atas

arahan beliau maka disandarkan kepada nama beliau.

Kelebihan Rasm Uthmani

AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Mengikut tulisan al-Quran yang asal.

Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar

daripada maksud yang sebenar.

7 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 8: tugasan-PQE-3104

Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).

Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.

Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.

Salah satu dari mukjizat al-Quran.

Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.

Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.

Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang

jelas.

Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).

Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

Pembahagian Rasm

Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Rasm Qiasi/Imla'i.

Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/ pertuturan.

ii. Rasm Istilahi/ Uthmani.

Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak

sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan

ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang,

menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan

huruf dan penulisan Hamzah. Kebanyakan mushaf ditulis

mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan mushaf

Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah

(penetapan/penentuan Nabi), maka penggunaan tulisan Imla'i

atau Qiasi tidaklah diharuskan.

8 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 9: tugasan-PQE-3104

Perbezaan Rasm Qiasi/Imla'I dan Rasm Istilahi/ Uthmani.

Perbezaan ini hanya pada kedudukan sesuatu huruf, hazaf dan ziadah.

Perbezaan ini berkaitan dengan istilah bahasa sesuatu perkataan dalam

bahasa arab. Selain itu, perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam

ilmu bahasa dan ilmu qiraat.

Contoh perbezaan :

Rasm Imla’i Rasm Uthmani

الصالة الصلوة

الزكاة الزكوة

Contohnya :

مالك

Dalam tulisan Rasm Uthmani :

Dalam bacaan mengikut qiraat hafs daripada Asim kita membaca kalimat

() dengan panjang 2 harakat, manakala Qiraat lain membaca dengan

pendek (tanpa mad) seperti (). Jadi sekiranya ditulis dengan (مالك)

maka tidak boleh dibacaa dengan pendek kerana huruf (ا) adalah

berhukum mad asli. Sedangkan dalam qiraat lain ia dibaca pendek.

Inilah keunikkan rasm Uhtmani berbanding Rasm Imla’I yang meraikkan

bacaan-bacaan mengikut Qiraat mutawatirah.

1.4 MENGELOKKAN SEBUTAN

Zaid B Thabit meriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w :

”ان الله تعالى يحب ان يقراء كما انزل““Sesungguhnya Allah menyukai seseorang membacakan

9 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 10: tugasan-PQE-3104

Al Quran itu sebagaimana ia diturunkan”.

1. Makhraj Huruf

10 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Mengelokkan sebutan

Makhraj huruf

Sifat huruf

Hukum tajwid

Cara bacaan

الحلقوم

اللسان

الجوف

Page 11: tugasan-PQE-3104

2. Sifat Huruf

11 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

اللسان

BERLAWANAN

استفال استعالء

رخاوة شدة

SهمسجهرIFAT

اصمات اذالق

انفتاحاطباق

Page 12: tugasan-PQE-3104

3. Hukum tajwid

”Quran wajib dibaca secara bertajwid Berdosalah pembaca yang

tidak bertajwid Kerana secara itulah ia diturunkan Dan begitulah

kepada kita ia diturunkan”.

( Imam Asy Syams B al Jazari )

Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al

Quran. Oleh kerana membaca al Quran dengan bertajwid itu ialah

suatu kewajiban bagi setiap muslim, maka melakukan kesalahan

bacaan hukumnya adalah HARAM sementara mencacatkannya

merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan terbahagi kepada

dua:

Kesalahan Nyata “Lahn Jaliy” bermaksud kesalahan yang

dilakukan pada struktur perkataan samada kesalahan itu

mencacatkan makna perkataan atau tidak. “ Jaliy ” di sini

bermaksud suatu kesalahan yang dapat disedari dengan nyata dan

terang-terangan. Ia dapat disedari oleh semua orang tak kira orang

biasa ataupun orang yang mahir dalam tajwid.

Contoh : Kesalahan yang mengubah makna perkataan, kesalahan

yang tidak mengubah makna perkataan serta kesalahan mengubah

huruf.

Hukumnya : HARAM secara ijma’ ulama’ samada disengajakan

ataupun tidak. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

12 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 13: tugasan-PQE-3104

ii. Kesalahan Tersembunyi “ Lahn Khofiy “ bermaksud kesalahan

atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, dimana kesalahan itu

menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu

perkataan atau ayat al Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh

orang yang mahir dalam tajwid ataupun para Qurra’ sahaja, dan

tidak pada orang awam.

Contoh : Meninggalkan izhar,ikhfa’, idgham, iqlab, ghunnah, kadar

panjang yang sepatutnya, tafkhim, tahqiq dan sebagainya. Dengan

kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.

Hukumnya : HARAM dilakukan secara sengaja ataupun

mempermudah-mudahkannya. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi

mereka.

2. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al Quran yang betul.

Dengan mempelajari ilmu tajwid, seseorang itu akan merasa yakin

dengan ketepatan bacaannya. Tidak merasa ragu dengan apa jua

bentuk ayat dan hukum bacaan yang ditemui pada mana-mana

tempat dalam al Quran.

3. Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak ayat al

Quran dan Hadis Rasulullah saw yang menerangkan kelebihan

membaca al Quran serta jaminan kebahagiaan baginya.

Dalam al Quran Allah swt berfirman maksudnya :

“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan

tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang

Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terang-

13 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 14: tugasan-PQE-3104

terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan

mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala

mereka dan menambahkan mereka limpah kurniaNya.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , lagi sentiasa membalas

dengan sebaik-baiknya” ( al Fathir 29-30 )

Hadis riwayat Uthman bin Affan r.a dimana Rasulullah saw

bersabda maksudnya :

“ Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al Quran dan

mengajarkannya” ( Sahih Al Bukhari 4639 )

Hadis riwayat Abu Umamah al Bahili r.a dimana Rasulullah saw

bersabda maksudnya :

“ Bacalah al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat

sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya..” Sahih Muslim 1338

Hadis riwayat Imam ‘Asim r.h dimana Rasulullah saw bersabda

maksudnya

“ Dikatakan kepada alhi al Quran (di akhirat), bacalah al Quran,

meningkat (darjat) kamu dan elokkanlah bacaan kamu sepertimana

kamu mengelokkan bacaan di dunia, sesungguhnya kedudukan

kamu (di akhirat) adalah pada ayat terakhir yang kamu baca itu”

Jami’ at Tirmizi 2838

4. Cara Bacaan

14 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Sabda nabi muhammad s.a.w:“Siapa membaca Quran menurut

sebutan Arab(terang & fasih) adalah dia memperoleh 20

kebajikan dengan setiap huruf

ورتل القرءانترتيال

Mengikut lahjahMengikut lahjah ArabArab

Bacaan secara tartil

Page 15: tugasan-PQE-3104

1.5 MEMILIH KAEDAH HAFAZAN

Antara kaedah hafazan al-Quran yang sistematik ialah:

i. Kaedah Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)

• Memisahkan al-Qur’an kepada juzuk, kumpulan surah dan sebagainya.

• Membahagikan juzuk kepada hizb, rubuc dan sebagainya.

15 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Sabda nabi muhammad s.a.w:“Siapa membaca Quran menurut

sebutan Arab(terang & fasih) adalah dia memperoleh 20

kebajikan dengan setiap huruf

Mengikut lahjahMengikut lahjah ArabArab

Page 16: tugasan-PQE-3104

• Kemudian rubuc dibahagikan kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang

kepada beberapa bilangan ayat atau bahagian ayat mengikut kemampuan

penghafaz.

.

ii. Kaedah Memahami Ayat-Ayat Yang Akan Dihafaz

• Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik,

kerana ayat ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi

memudahkan seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan

lebih pantas.

• Memahami ayat al-Qur’an dengan melihat terjemahan daripada tafsir al-

Qur’an.Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu dilakukan berulang-

ulang kali sehingga dapat mengingatinya.

iii. Mengulang-Ulang Bacaan Sebelum Menghafaz

• Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu, penghafaz perlu membuat bacaan

ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang-ulang sekurang-kurangnya

sepuluh kali atau lebih mengikut kemampuan.

• Setiap ayat yang telah dihafaz, penghafaz perlu mengulang beberapa kali

sebelum menghafaz ayat baru, kaedah ini praktikal kepada mereka yang

mempunyai ingatan yang lemah.

iv. Kaedah Mendengar Kaset

• Memilih kaset bacaan qari-qari yang baik bacaannya dan diakui

kesahihannya, kemudian mendengar bacaan ayat yang ingin dihafaz.

• Selepas mendengar dengan teliti, penghafaz boleh memulakan hafazan.

v. Kaedah Merakam Suara

16 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 17: tugasan-PQE-3104

• Rakamkan bacaan ayat yang telah dihafaz ke dalam kaset.

• Dengarkan kembali bagi memastikan hafazan betul dan tepat.

vi. Kaedah Menghafaz Berpasangan

• Pilih seorang rakan yang sama-sama menghafaz al-Qur’an. Saling

memperdengarkan dan menyemak bacaan yang telah dihafaz serta

membetulkan jika terdapat kesalahan.

vii. Kaedah Menulis Sebelum Dan Selepas Menghafaz

• Ulama terdahulu sering menggunakan kaedah ini, iaitu menulis dahulu ayat

yang ingin dihafaz.

• Selepas menulis ayat, mula menghafaz ayat yang telah ditulis, kemudiannya

menulis kembali ayat yang telah dihafaz. Setiap ayat yang ditulis selepas

menghafaz perlu disemak dengan mashaf bagi memastikan ketepatan ayat

yang dihafaz.

viii. Kaedah Gundalan

• Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan. Seterusnya

membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama. Kemudian gundalkan ayat

pertama dan kedua sebanyak 10 kali. Selepas menggundal ayat pertama dan

kedua, baca ayat ketiga sebanyak ayat pertama dan kedua kemudian

gundalkan ayat pertama hingga ketiga dan demikianlah yang seterusnya.

BANDING BEZA KEBAIKAN DAN KEKURANGAN KAEDAH HAFAZAN

KAEDAH KEBAIKAN KEKURANGAN

Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)

• Murid-murid dapat menghafaz surah pendek dengan cara yang lebih efektif.

• Murid merasa mudah dan tidak membebankan apabila menghafaz.

• Memakan masa yang lama untuk mencapai objektif hafalan.

17 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 18: tugasan-PQE-3104

Memahami Ayat-Ayat Yang Akan Dihafaz

• Pembelajaran dua perkara dalam satu masa.

• Penambahan ilmu dan pengajaran dari ayat AlQuran.

• Kurang berkesan bagi murid-murid yang tidak mempunyai asas bahasa arab.

Mengulang-Ulang Bacaan Sebelum Menghafaz

• Murid-murid dapat memperelokkan bacaan surah dari segi mahraj, tajwid dan sebagainya.

• Dapat memperkasakan ingatan murid-murid terhadap ayat yang telah dihafaz.

• Memakan masa yang panjang.

Merakam Suara • Murid-murid dapat mendengar kesahihan bacaan sesuatu surah.

• Murid dapat meneliti kaedah bacaan yang mudah dan betul dari segi tajwidnya.

• Murid kurang memberi tumpuan kerana persembahan kurang jelas dan tidak dapat menangkap apa yang didengari.

Menulis Sebelum Dan Selepas Menghafaz

• Murid-murid dapat belajar menghafaz sendiri dengan bantuan rakan

• Dapat memupuk semangat saling bantu-membantu antara satu sama lain.

• Murid-murid kurang bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam menghafaz.

• Kecetekan ilmu dan fahaman mengenai al-Quran sesama rakan.

Gundalan • Dapat menajamkan dan memperelokkan hafazan surah.

• Dapat menghafaz mengikut ayat dan turutan yang betul

Berikut dinyatakan teknik menghafaz Al-Quran yang boleh membantu para pelajar

menghafaz mengikut kaedah dan taeknik yang betul.

1.  Membaca ayat-ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan

     lambat-lambat (Tartil).  Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya 

     sahaja.

2.  Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.

3.  Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). 

4.  Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-

18 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 19: tugasan-PQE-3104

     betul lancar.

5.  Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan.  Iaitu baca tanpa

     melihat kepada mushaf.  Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat

     mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat

     mushaf.

6.  Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat

     mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti

     langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.

7.  Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari

     awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,

    melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.

8.  Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.

9.  Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di

     dalam solat.

10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.

Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat

dipaparkan. 

1.6 MEMILIH WAKTU DAN TEMPAT MENGHAFAZ

Cubalah 1 hari hafaz 5 hingga 10 ayat. Cuba dengan yang sedikit

dahulu atau terus konsisten pun tidak mengapa iaitu paling biasa sebanyak 5

ayat. Maka 90 hari atau 3 bulan kemudiannya akan berhasil hampir 5 juz

daripada Al Quran. Apa pun kira-kiranya, usaha dengan 5 ayat itu perlu

dimulakan. Bimbang jika bilangan ayat terlalu banyak dihafaz akan

memberatkan otak untuk aktiviti storan maklumat.

19 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 20: tugasan-PQE-3104

Berkenaan masa yang dicadangkan pula adalah:

Sebelum Subuh: Hebat waktu ni, tinggal mahu dan mampu isunya –

5.00am hingga 5.30am.

Pagi: Selepas solat Subuh – 6.00 am hingga 6.30 am – sesuai sebelum

ke tempat kerja.

Tengahari: Selesai solat Zohor atau sebelumnya jika menunggu waktu –

12.30 pm hingga 1.00 pm/adjust nanti.

Petang: Selesai solat ‘Asar – 5.00pm hingga 5.30 – lepas tu boleh

riadhah 

Malam: Selesai solat Maghrib – 7.45pm hingga 8.15pm

Sebelum Tidur: Antara 12.00am hingga 12.30am jika tidur awal begini.

Semua di atas boleh disesuaikan dengan peribadi. Ada pula yang berkata

pada saya masa tidur dan makan juga perlu diawasi serta menu makanan harus

dilihat teliti. Pelbagai teknik menghafaz Quran disarankan antaranya teknik

‘chunking‘ iaitu teknik memisahkan hafazan ayat panjang kepada beberapa

bahagian yang sesuai mengikut kesesuaian makna ayat, selembar mukasurat

kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai, surah kepada

beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita, juz kepada beberapa

bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya dan pisahkan Al-

Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

Teknik ‘keyword‘ juga bagus sebab saya turut ingat surah ayat yang

panjang dengan mengingati ayat atau kata istimewa dalam satu-satu surah.

Teknik -tasmi’- penting sebab ianya adalah teknik bersama penyemak bacaan

tentang apa yang telah kita hafazkan. Penyemak bacaan kita akan betulkan tajwid

dan makhraj bacaan kita. Elok juga jika ada teman yang bersama menghafaz

untuk konsisten usaha menghafaz dan beramal bersama.

Teknik ‘writing‘ atau menulis semula apa yang telah dihafaz juga agak

menarik.Tidak tertinggal juga teknik ‘mindmapping‘. Saya kurang arif teknik ini.

Berkenaan mengekalkan hafazan, berikut sebahagian langkah:

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.

20 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 21: tugasan-PQE-3104

2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika

berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.

3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.

4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.

5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar,

setengah juz, 1 juz dan sebagainya.

6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.

7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.

8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.

Tempat Menghafaz al-Quran:

Tempat yang Digalakkan menghafaz ialah :

• Masjid

• /Surau

• Tempat yang Aman

• Tempat yang bersih

Tempat yang tidak sesuai Untuk Menghafaz ialah :

• Tempat yang bising

• Tempat Awam

• Tempat yang kotor

• Tempat maksiat

Dalam usaha seseorang untuk menghafaz al-Qur’an, banyak perkara-perkara dan

amalan-amalan yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas proses

menghafaz tersebut. Banyak adab-adab dan akhlak terhadap al-Qur’an, diri

sendiri, mu’allim, cara dan teknik menghafaz, memilih waktu yang sesuai untuk

menghafaz, memilih tempat yang sesuai dan lain-lain lagi.

21 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 22: tugasan-PQE-3104

Pemilihan waktu menghafaz yang sesuai sangat perlu dititikberatkan bagi

seseorang penghafaz al-Qur’an agar dapat membantu memudahkan ingatan

terhadap ayat-ayat hafazan serta membantu dalam pengekalan ayat tersebut

dalam ingatan para penghafaz.

Antara waktu-waktu yang sesuai untuk menghafaz ayat-ayat suci al-Qur’an

adalah pada waktu-waktu yang tenang dan juga pada waktu fikiran kosong.

Waktu yang tenang dan fikiran kosong ini sangat membantu dalam memudahkan

hafazan seseorang penghafaz al-Qur’an kerana al-Qur’an mudah diresapi oleh

hati-hati yang tenang. Fikiran yang kosong pula akan memudahkan lagi untuk

ayat-ayat al-Qur’an terus melekat dalam hati dan juga jiwa seseorang penghafaz

al-Qur’an kerana pada masa tersebut, fikiran hanya berfokus kepada satu perkara

iaitu ayat-ayat yang dihafaz tanpa memikirkan akan perkara-perkara lain yang

boleh mengganggu hafazan.

Selain itu, waktu yang sesuai untuk menghafaz juga ialah pada waktu

sebelum tidur. Para penghafaz al-Qur’an boleh membaca dan menghafaz

beberapa potong ayat al-Qur’an sebelum tidur. Sebelum melelapkan mata,

dengarlah kaset atau pun audio bacaan ayat-ayat tersebut dan tanamkannya di

dalam minda. Kemudian, dengar kembali daripada awal surah, juz atau hizib, atau

mana-mana ayat yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafaz. Bayangan ayat-

ayat yang dihafaz sebelum tidur akan bermain-main di minda dan berkekalan

hingga keesokan harinya dengan izin Allah.

Di samping itu, waktu lain yang sesuai bagi menghafaz ayat-ayat al-Qur’an

ialah pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Amalan menghafaz

al-Qur’an pada waktu pagi amat membantu dalam mengekalkan ingatan terhadap

22 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 23: tugasan-PQE-3104

ayat yang dihafaz kerana keadaan suasana pagi yang tenang dan damai. Ayat-

ayat yang dihafaz pada waktu pagi diulang kembali pada waktu malam untuk

melancarkan lagi hafazan ayat-ayat berkenaan.

Para penghafaz al-Qur’an juga digalakkan menghafaz ayat-ayat al-Qur’an

di dalam setiap solat yang dilakukan sama ada solat sunat atau pun solat fardhu.

Sentiasa mengamalkan solat sunat dan membaca ayat-ayat yang dihafaz di

dalamnya merupaka satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang

telah dihafaz. Hal ini juga bertujuan untuk membiasakan ayat-ayat yang dihafaz

dengan amalan seharian kita.

Waktu yang baik untuk menghafaz juga adalah pada sebelum atau selepas

waktu-waktu solat. Antaranya ialah mengamalkan menghafaz ayat-ayat al-Qur’an

setiap kali selepas solat fardhu terutamanya selepas solat Subuh. Kita juga

sangat digalakkan untuk menghafaz al-Qur’an sebelum fardhu Subuh kerana

keadaan pada waktu ini sangat tenang dan damai serta tanpa sebarang

gangguan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk mengulangi bacaan ayat-ayat

hafazan sebanyak tiga kali tiap kali sebelum dan selepas solat fardhu Subuh.

RUJUKAN

Abdullah al-Qari bin Hj. Salleh ( 1995 ), Cara baru mengajar tajwid dan

menghafal al-Quran, Kuala Lumpur : DarulNu’man

Abu Mazaayaa al-Hafiz, ( 1996 ), Panduan menghafal al-Quran. Kuala Lumpur :

Darul Nu’man

Abu Najihat al-Hafiz ( 2001 ), Panduan bagi hafiz-hafizah & qari-qariah.

Selangor : Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd.

23 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n

Page 24: tugasan-PQE-3104

Ahamad Mohd. Salleh, ( 1997 ), Pendidikan Islam : Falsafah, pedagogi dan

metodologi. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.,

Noor Lizza Mohamed Said dan Zamro Muda, ( 2012 ), HBIS1203 Pengajian

Asuhan Tilawah Al-Quran 1, Kuala Lumpur : Open University Malaysia

24 | M a b a d i H i f z i l Q u r a n