PRABACAAN Pengenalan Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Kesediaan membaca adalah himpunan panduan, kebolehan dan kemahiran- kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang kompleks iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan iaitu belajar membaca. Ia juga adalah satu proses yang berterusan. Proses ini perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu. Proses ini sangat penting untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi alam belajar mereka yang seterusnya. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengembangkan proses ini di rumah dan dibantu oleh guru apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Apabila kanak-kanak bersedia untuk membaca, maka mereka bersedia untuk belajar membaca. Prinsip-prinsip asas berhubung kesediaan membaca perlu diambil kira. Di antara prinsip-prinsip tersebut adalah 1. Umur yang berbeza. Kesediaan membaca kanak-kanak berbeza mengikut umur. Kanak-kanak biasanya bersedia pada umur 5 tahun hingga 7 tahun. Namun ada juga kanak-kanak yang tidak bersedia sehingga umur 9 tahun. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak tersebut dimasukkan ke dalam program pemulihan. 2. Kematangan semulajadi Kesediaan membaca kanak-kanak bergantung kepada kematangan yang semulajadi. Mereka berminat membuat sesuatu jika pelajaran yang diberikan sesuai dengan kematangan mereka. Jika mereka dipaksa membaca sebelum kematangan mencukupi, minat mereka akan menjadi semakin kurang. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PRABACAAN
Pengenalan
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru
perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.
Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.Ia perlu bagi membentuk
kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
Kesediaan membaca adalah himpunan panduan, kebolehan dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang kompleks iaitu membaca. Ini adalah satu
proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan iaitu belajar
membaca. Ia juga adalah satu proses yang berterusan. Proses ini perlu diperkembangkan dan
bukan ditunggu-tunggu. Proses ini sangat penting untuk menyediakan kanak-kanak bagi
menghadapi alam belajar mereka yang seterusnya. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa
untuk mengembangkan proses ini di rumah dan dibantu oleh guru apabila kanak-kanak
memasuki alam persekolahan.
Apabila kanak-kanak bersedia untuk membaca, maka mereka bersedia untuk belajar
membaca. Prinsip-prinsip asas berhubung kesediaan membaca perlu diambil kira. Di antara
prinsip-prinsip tersebut adalah
1. Umur yang berbeza.
Kesediaan membaca kanak-kanak berbeza mengikut umur. Kanak-kanak biasanya
bersedia pada umur 5 tahun hingga 7 tahun. Namun ada juga kanak-kanak yang tidak
bersedia sehingga umur 9 tahun. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak tersebut
dimasukkan ke dalam program pemulihan.
2. Kematangan semulajadi
Kesediaan membaca kanak-kanak bergantung kepada kematangan yang semulajadi.
Mereka berminat membuat sesuatu jika pelajaran yang diberikan sesuai dengan
1
kematangan mereka. Jika mereka dipaksa membaca sebelum kematangan mencukupi,
minat mereka akan menjadi semakin kurang.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca iaitu
1. Keadaan Jasmani
Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang. Ada kanak-kanak yang
mempunyai penglihatan yang kurang sempurna seperti rabun. Kanak-kanak tersebut
tidak dapat melihat dengan baik. Keadaan ini akan menyulitkan proses membaca.
Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik. Dalam prabacaan,
pendengaran adalah penting untuk mendengar arahan dan mendengar bacaan yang
perlu dituturkan. Jika pendengaran kanak-kanak kurang baik, ini akan menyulitkan
proses membaca.
Keadaan alat-alat pertuturan yang tidak terganggu. Kanak-kanak yang menghadapi
masalah pertuturan seperti pelat dan gagap akan menghadapi kesukaran untuk
menyebut atau membaca dengan betul.
Peringkat umur yang berbeza. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 8 tahun biasanya
boleh membaca jika diberi bimbingan oleh ibu bapa.
Jantina. Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca
kerana biasanya kanak-kanak perempuan lebih cepat matang berbanding kanak-kanak
lelaki.
Kemampuan urat saraf. Otot-otot tangan dan mata khususnya dapat berfungsi dengan
baik.
Perkembangan fizikal. Perkembangan fizikal yang normal dan kesihatan yang baik
membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.
2
2. Pengalaman dan Persekitaran
Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman. Contohnya kanak-kanak
yang didedahkan dengan bahan bacaan di rumah akan cepat menguasai kemahiran
membaca apabila masuk ke sekolah.
3. Emosi, motivasi dan sahsiah.
Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan
emosi. Keluarga yang harmoni mempengaruhi sikap suka membaca. Keluarga yang
bermasalah akan mengganggu emosi kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan kanak-
kanak menjadi nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain.
4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif.
Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza. Kebolehan
mental kanak-kanak untuk mengingati dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu
adalah berbeza.
5. Daya diskriminasi.
Keupayaan kanak-kanak membezakan perkataan, gambar, bantuk, saiz bentuk, jarak
dan bunyi.
6. Penguasaan Bahasa.
Keupayaan kanak-kanak menguasai bahasa ibunda dan membezakan sebutan dialek
dan sebutan baku.
3
Prabacaan
Membaca adalah proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan cetak dan bahan
elektronik. Membaca memerlukan satu kemahiran berfikir yang tinggi. Ia juga
merupakan satu komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca
melibatkan penglihatan dan pendengaran Kanak-kanak yang dapat membaca akan
mula berminat untuk membaca buku-buku. Biasanya kanak-kanak berminat membaca
buku cerita yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. Oleh itu prabacaan juga
perlu dijalankan dengan menggunakan gambar dan juga bunyi.
Prabacaan adalah tahap penyediaan kanak-kanak untuk membaca. Kanak-
kanak didedahkan dengan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf.
Aktiviti-aktiviti yang sesuai boleh mendorong kanak-kanak untuk mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran. Kanak-kanak tertarik kepada gambar dan
suka mendengar bunyi-bunyi seperti bunyi haiwan, bunyi kereta, bunyi alat-alat muzik
bunyi nyanyian lagu dan lain-lain. Ketajaman penglihatan dapat diasah dengan
kemahiran melihat dan mengenalpasti bentuk-bentuk yang berbeza dan sama.
Terdapat tiga bentuk prabacaan iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan
pendengaran dan pergerakan tangan dan mata.
Pengamatan Penglihatan
Pengamatan penglihatan adalah proses bertindakbalas apabila menerima
rangsangan melalui deria penglihatan. Tindakbalas ini melibatkan proses kognitif iaitu
berfikir. Apabila kanak-kanak menerima rangsangan, otak mereka akan merakam
maklumat dan memproses maklumat. Hasilnya tindakbalas yang berlaku adalah
berdasarkan maklumat yang diproses, bukannya tindakbalas berdasarkan reflek
semata-mata. Proses pengamatan juga adalah proses memberi makna kepada perkara
yang dilihat.
4
Terdapat empat belas jenis aktiviti yang dapat digunakan untuk melatih
pengamatan penglihatan, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi
kedudukan, turutan menyudahkan atau melengkapkan, rajah atau latar bertindih,
koordinasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapan bentuk atau kedudukan
dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar dan benda
tersembunyi.
Diskriminasi Penglihatan
Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara
visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk,
gambar-gambar, huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-
kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara ‘ m ‘ dan ‘ n ‘ atau pun “lari”
dan “lori”.
Cadangan Aktiviti :
a. Mencari gambar yang sama
b. Mencari simbol yang sama.
c. Mencari huruf yang sama.
F E R E K
d. Mencari gambar yang berbeza
5
e. Mencari simbol yang berbeza.
f. Mencari huruf yang berbeza.
E E F E E EAktiviti-aktiviti lain adalah memadankan huruf-huruf dengan perkataan, menekap
corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.
Ingat Kembali
Ingat kembali memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk
membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf
dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.
Cadangan Aktivitinya
a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan
benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang
dilihatnya.
b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan
suruh murid melukisnya.
6
Orientasi Kedudukan
Orientasi kedudukan adalah membezakan kedudukan sesuatu gambar atau bentuk.
Contoh aktiviti
a. Meletakkan empat bentuk yang sama di atas meja. Satu daripada bentuk tersebut
diletakkan berlainan kedudukan.
b. Tunjukkan sebaris gambar yang sama. Salah satu daripada gambar tersebut mestilah
berlainan kedudukan.
Turutan Menyudah
Turutan menyudah adalah melengkapkan gambar dengan cara mencantumkan
bahagian-bahagian gambar menjadi gambar yang lengkap.
Contoh aktiviti adalah memadankan bahagian badan haiwan.
7
Rajah Bertindih
Rajah bertindih adalah mencari pelbagai objek dalam gambarajah yang bertindih.
Contoh gambarajah adalah seperti berikut:
Koordinasi Mata dan Tangan
Koordinasi mata dan tangan adalah membuat gerakan tangan yang diselaraskan
dengan pergerakan mata. Contohnya menggerakan tangan atau jari mengikut laluan
dalam rajah yang diberikan.
8
9
Pertalian Jarak
Pertalian Jarak adalah menganggar saiz atau jarak sesuatu objek. Jarak dari kiri
ke kanan secara hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Contohnya adlah
seperti berikut:
Ketetapan Bentuk atau Kedudukan Dalam Rajah
Kebolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf atau nombor yang mempunyai bentuk
yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.
Gambar Bersiri
Gambar bersiri adalah aktiviti mengikuti cerita dari satu babak ke babak yang
lain. Contoh aktivitinya adalah menyusun gambar mengikut cerita yang disampaikan.
10
Pembalikan
Membezakan bentuk asal sesuatu huruf, nombor, perkataan dan gambar dengan
bentuk yang terbalik.
Mencari Jalan Keluar
Kebolehan menyelesaikan masalah dengan cara mengikut laluan yang sesuai
daripada banyak laluan. Contohnya semut mencari jalan keluar untuk mendapat
makanan.
Benda Tersembunyi
Mencari huruf, nombor, perkataan dan benda yang tersembunyi dalam gambar.
Aktiviti ini adalah untuk melatih kanak-kanak melihat sesuatu yang abstrak.
11
Pengamatan Pendengaran
Pengamatan pendengaran adalah proses bertindakbalas apabila menerima rangsangan
melalui deria pendengaran. Sepertimana proses pengamatan pendengaran, proses
pengamatan pendengaran juga adalah proses memberi makna kepada perkara yang
didengar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan pendengaran
1. Fizikal
Manusia dikurniakan deria yang semula jadi sejak lahir dan berbeza antara
setiap individu. Ada manusia yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada
yang sebaliknya.
2. Jantina
Pengamatan pendengaran berbeza antara jantina. Misalnya kanak-kanak lelaki
7-9 tahun lebih lemah berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang
sebaya.
3. Status ekonomi
Pengamatan pendengaran berbeza mengikut latar belakang keluarga, interaksi
keluarga dan kemudahan di rumah.
4. Gangguan bunyi
Pengamatan pendengaran dipengaruhi oleh gangguan bunyi iaitu pelbagai
gangguan yang diterima semasa proses mendengar berlaku. Jika banyak
gangguan seperti bising, maka proses pengamatan akan menjadi lemah.
5. Mental
Tahap pendengar kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar dan
proses tindak balas pendengar berlaku.
12
Jenis-jenis pengamatan pendengaran
Terdapat 6 jenis pengamatan pendengaran iaitu diskriminasi pendengaran,