A). MENGANALISIS KONSEP, MATLAMAT DAN STRATEGI
PELAKSANAANKOKURIKULUM UNITBERUNIFORM
Konsep Sebenarnya, kegiatan kokurikulum ditakrifkan sebagai
segala kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum). Ianya juga
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalambilik
darjah supaya terus berkembang seiring dengan kadar pertumbuhan
mereka." Pada asasnya gerakerja ko-kurikulum adalah sebahagian
daripada kurikulum sekolah. Sebagai salah satu dalam bidang
pendidikan, setiap murid harus melibatkan diri dalam setiap
aktiviti kokurikulum disekolah ini. Gerak kerja ini boleh
dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian
sesuatu gerak kerja itu. Gerakkerja ko-kurikulum yang mantap &
rapi bolehmenyediakanpengalaman-pengalamantertentubagiperkembangan
mental, minat, bakat, sosialserta rohani para peajar yang berada
disekolah ini. Sebagaisatubidangpendidikan,penglibatansemuamuriddan
ahli masyarakat dalam ko-kurikulum ini adalah perlu berasaskan
kepada anggapan bahawa, Semua
muridharusmempunyaikeseimbanganantaraperkembanganmental yakni
dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani mereka. Semua murid
mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan. Semua murid boleh
dididik dan boleh mendidik diri sendiri. Melalui pendekatan
kokurikulum inilah segala potensi murid dapat dikembangkan dengan
lebih menyeluruh. Selain para pelajar dapat berseronok, mereka juga
dapat melepaskan tekanan pelajaran semasa mereka melaksanakan
aktiviti kokurikulum ini.
Definisi Unit Beruniform
Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan
mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan
beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang wajib
disertai oleh murid-murid sekolah. Matlamat Kokurikulum adalah
penglibatan maksimun semua murid, warga guru/IPG serta anggota
masyarakat dan berhasrat mencapai matlamat seperti berikut : i.
Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, intergrasi nasional di
kalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar.ii.
Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan
pendidikan formaliii. Menyemai nilai pendidikaniv. Memupuk dan
memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan
kemasyarakatan di kalangan pelajar.v. Menyumbang usaha membina
masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar yang menarik dan
menyeronokkan. vi. Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS. vii.
Mengisi masa lapang dengan berfaedah.
C). STRUKTUR ORAGANISASI JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM SK
TANJUNG KAPOR 2013TIMBALAN PENGERUSIPn. Atiah Hj AlbaniMERAHEn.
Mohd Fitri Mad TahirBIRUEn. Mohd Hairudin SamianKUNINGEn. Jasmi
AskalahaPENYELARAS SUKAN/RUMAH SUKANEn. Hussin Hj SaraiPENYELARAS
KELAB PERSATUANPn. Faridah ChuaPENYELARAS UNIT BERUNIFORMEncik
Jasmi AskalahaSETIAUSAHA RUMHAH SUKANPn Hamasyah Abdul GaniPn
Azlinah IsmailSETIAUSAHA KOKURIKULUMPn Hamasyah Abdul GaniPn
Azlinah IsmailPENGERUSITn. Hj Husni Hj. Mastarasan
D). Fungsi Majlis Kokurikulum dan Unit Beruniform
Fungsi Majlis Kokurikulum
Di sekolah, sememangya kewujudan majlis kokurikulum dan unit
beruniform disedari semua oleh warga sekolah. Jika kita teliti dan
selidiki, apakah sebenarnya fungsi majlis kokurikulum ini. Yang
pertama sekali adalah untuk merancang, menyedia, serta melaksana
dan menilai semua aktiviti kokurikulum. Yang kedua pula adalah
untuk menentukan peraturan kokurikulum sekolah dan mengadakan
mesyuarat yang ingn dilaksanakan. Yang ketiga pula untuk menentukan
takwim dan jadual aktiviti kokurikulum sekolah dan membuat laporan
tahunan. Laporan tersebut akan digunakan sebagai rekod masa hadapan
dan sebagai bukti bahawa aktiviti tersebut telah dilaksakan.
Tambahan itu, fungsi majlis kukurikulum juga adalah untuk memberi
pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar supaya aspek
untuk menggapai kecermerlangan dalam individu itu
dipertingkatkan.
Fungsi Unit Beruniform
Manakala unit beruniform pula berfungsi untuk merancang strategi
penglibatan unit beruniform di sekolah. Unit ini akan memastikan
segala rancangan dan strategi yang telah dihasilkan itu
dilaksanakan oleh pihak yang berwajib. Unit beruniform juga
berfungsi sebagai penyelaras perlaksanaan program unit beruniform
disekolah berjalan mengikut jadual dan takwim yang telah
direncanakan. Fungsi unit beruniform sebenarnya sangat penting
didalam sesebuah sekolah itu. Jika pihak penyelaras unit beruniform
tidak melaksanakan tugas yang seharusnya mereka laksanakan, ini
akan menyebabkan kesan yang negatif kepada diri pelajar didalam
sesebuah sekolah itu.
Tugas-tugas Guru PenasihatPersatuan/ Kelab/ BadanUniform
Membentukjawatan kuasa persatuan/kelab/ badan beruniform
Memastikan segala aktiviti selarasdengan objektif sekolah
Memastikanadanyaperaturan/perlembagaan
Memastikanadanyaperaturan/perlembagaan
Merancangaktivititahunandengankerjasamapelajardanmenyerahkannya
kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk simpananrekod Memastikan
aktiviti berjalanmengikut jadual yangditetapkan Merancang strategi
untuk peningkatan persatuan/ kelab/ badan beruniformdengan yang
sesuai Membuatanggaranpendapatandan perbelanjaan Menguruskan
kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/ kelab/
unitberuniform Memastikan minit mesyuaratdan laporan
kegiatandisediakan difailkan Melaporkan kepadaPenolong KananHEM/
PenolongKanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/ kelab/
badan beruniform Bekerjasama dengan pihaksekolah untuk menjayakan
aktivitiseperti hari Guru, Hari Sukan dan lain-lain Menguruskan
suratmenyurat dansegala keperluanuntuk kegiatanluarsekolah
Menentukan papankenyataan digunakansepenuhnya
E.) Senarai Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform 2013
Pengakap
En Awang Mad Basari (Ketua)En Abd Aziz Mohd HidupEn Jasmi
AskalahaEn Perisiben Bin JamaluddinPn Haslina Hj IdirsPn Hailen
Philip AbdullahEn Mohamad Fitri Bin TahirEn Ali Muda Mohd SallehEn.
Abdul Basit Rabbani
Kadet Remaja Sekolah (KRS)
En Zafri Mamat (Ketua)En Mohd Hairudin SamianCik Susan Tsen Kian
MoiEn Sudin SabaaniEn Mohd Hussien Bin SaraiCik Permata Hj GalbiPn
Hasmayah Abd Ghani
Persatuan Puteri Islam (PPIM)
Cik Mariani Mohamad (Ketua)Pn Norsiah TaisanPn Salina Hj
MaraksaPn Rujita Hj HurubamaPn Aznlinah IsmailPn Razhata TaipPn Nor
Hartini MohamadSenarai Nama Pelajar Unit Beriform
F.) Prinsip-Prinsip Asas pertubuhan, Perlembagaan Pertubuhan,
Lambang, Cogan Kata, Lagu Dan Bendera Pertubuhan Kadet Remaja
Sekolah (KRS)
Logo:
Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejalayang
tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai
agama rasmi negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang
melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta
matang dan rasional dalam semua tindakan Buku yang terbuka danrehal
melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi
ilmu untuk semua tanpamengira keturunan dan kaum dan latar belakang
budaya ke arah Melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
PendidikanNegara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan kepewiraan da sedia berjuangmempertahankan
negara tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang
menjadi tonggakkedaulatan negara. Warna putih melambangkan
keikhlasan serta kesucian
Bendera
Warna hijau melambangkan Tunas muda/remaja yang masih boleh
dibentuk Laluan hidup yang jelas untuk masa depan Alam sekitar
merupakan sebahagian daripada kurikulum TKRS
Cogan Kata TKRS
ILMU AMAN AMAL
ILMU: Asas keintelektualan dan keterampilan ahli TKRS.
AMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidupsihat yang
berterusandan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan
disiplin diri
LAGU KRSRemaja, sambutlah cabaranMenjadi bangsa MalaysiaMaju dan
cemerlangRemaja berwawasanJangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayati budayaIlmu, Iman dan AmalKekalkan di hati dan
jiwamuWawasan Kadet Remaja Sekolah
Kadet Remaja SekolahMenuju satu ikatan bersaudaraBersatu
menjulang keamana negaraMenjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadiMembentuk insan yang kreatifKe arah
kecemerlangan diriSepanjang masa yang berterusan
G.) Kegiatan Unit Beruniform Yang Pernah Dikelolakan Sekolah
Kadet Remaja Sekolah(KRS)-Pertandingan Perkhemahan-Pertandingan
Kawad Kaki-Larian Komando Di Bukit Tengkorak Semporna Puteri
Islam-Pertandingan Jahitan-Pertandingan Memasak-Pertandingan Khemah
TercantikPengakap-Pertandingan Kawad Kaki-Perkhemahan Peringkat
Daerah- Pertandingan Ikatan Tali
H) . Merekod Aktiviti Yang Dijalankan Sepanjang Tempoh
Pemerhatian Anda
Melaksanakan Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform Di Kawasan
Padang SekolaH
I). Berikan Saranan Anda Untuk Tindakan Penambahbaikan.
Semasa melaksankan PBS 3 ini, terdapat banyak penambah-baikan
yang boleh dilakukan oleh Unit Kokurikulum sekolah ini. Dari segi
aspek peminjaman bahan dan alatan, pihak unit penyimpanan
seharusnya menyimpan dan menulis sebarang rekod keluar masuk
peminjaman alatan. Jika tidak, hal ini akan mennyebabkan kehilangan
seperti yang telah berlaku semasa saya melaksanakan pemerhatian
disekolah ini. Apabila berlaku kehilangan, maka kumpulan lain tidak
dapat menggunakan alatan itu untuk meneruskan aktiviti. Selain itu,
melalui sepanjang satu minggu saya berada di sekolah SK Tanjung
Kapor Semporna Sabah, saya ada beberapa cadangan untuk tindakan
penambahbaikan dalam perlaksanaan dan pengelolaan kegiatan Unit
Kokurikulum di sekolah ini. Sekolah ini harus memperbanyakkan jenis
kegiatan badan beruniform. Saya mendapati sekolah ini hanya 3 jenis
badan beruniform, iaitu Kadet Remaja (TKRS), Bulan Sabit Merah, Dan
Puteri Islam. Jika diperbanyakkan unit beruniform yang lain,
pelajar secara tidak langsung mempunyai banyak pilihan untuk
melaksanakan program unit beruniform ini. Selain potensi dapat
dikembangkan, mereka juga dapat merasakan pengalaman yang berbeza.
Tambahan itu, Sekolah ini juga melaksanakan perjumpaan badan unit
beruniform selama 3 kali seminggu. Bukankah keadaan ini akan
memenatkan segelintir pelajar. Setelah pelajar penat berada
disekolah, maka disambung pula dengan kegiatan kokurikulum. Jika
keadaan ini berterusan, ianya akan mengakibatkan kesan yang negatif
kepada pelajar.