PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIANREKABENTUK
TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH (RBT)MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIMJOHOR
BAHRUKUMPULAN: PPG RBT KOHOT 2AMBILAN: FEB. 2012PROFIL PELAJAR
1. NamaPenuh: Rohaila binti Jemaat2. No. Kad Pengenalan:
780204-01-70083. Jantina: Perempuan4. Bangsa: Melayu5. Agama:
Islam6. TarikhLahir: 04 hbFeb. 19787. TempatLahir: Bat u Pahat8.
No. Tel.: 013-72677689. AlamatTempatTinggal : No. 40, Jalan SS 23,
Taman Sri Sulong,, 83000 BatuPahat, Johor.10. Alamat e-mail:
[email protected]. KelulusanTertinggi danTahun: Diploma
Perguruan Malaysia / 2002
Tarikh : 11. 04. 2015 T/TanganPelajar, ______________________ (
ROHAILA BINTI JEMAAT)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM
TAJUK :MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU ) PENDIDIKAN MORAL
DAN MENGGUBAL SOALAN BERBENTUK OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
NAMA PELAJAR:ROHAILA BTE JEMAATANGKA GILIRAN:2012121360236NO
K.P:780204-01-7008KUMPULAN / UNIT:PPG RBT AMBILAN FEB. 2012KOD /
NAMA KURSUS:ELM 3033EPENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAHTAJUK TUGASAN PROJEK:1. MEMBINA JADUAL
SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )2. MENGGUBAL SOALAN OBJEKTIF DAN
SUBJEKTIFNAMA PENSYARAH AKADEMIK:DR. MAZLAN BIN ARISTARIKH
HANTAR:11hb APRIL 2015 SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGANHALAMAN PENGAKUANBORANG MAKLUM BALAS KERJA
KURSUSSENARAI KANDUNGAN :1.0 PENGENALAN
2.0 TUGASAN 1MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU ) PENDIDIKAN
MORAL KSSR BAGI SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN3.0 TUGASAN
2MENGGUBAL 20 SOALAN OBJEKTIF PELBAGAI JENIS DAN BENTUK DAN 5
SOALAN SUBJEKTIF ( STRUKTUR )
4.0 REFLEKSI
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
HALAMAN PERAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya .
Tandatangan : Nama Penulis : Rohaila Bte Jemaat
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMBORANG MAKLUM
BALAS KERJA KURSUS (PROJEK / AMALI)
Nama : ROHAILA BINTI JEMA'ATAngka Giliran Pelajar :
2012121360236
Tajuk Tugasan : TUGASAN 1 : MEMBINA JSU TUGASAN 2 : MENGGUBAL
SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
Pensyarah : DR. MAZLAN BIN ARISKursus / Mata Pelajaran : ELM
3033E / PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
DI SEKOLAH
Tarikh Hantar : 11 APRIL 2015Tarikh Diterima ( Diisi oleh
pensyarah)
Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil
kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :___________________
Tarikh : 11.4.2015 ( ROHAILA BINTI JEMAAT )
Perincian Maklum Balas Tugasan PemeriksaModerator (jika
berkaitan)
Kekuatan:
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki:
Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan: Tarikh:
Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan
Pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran merupakan satu proses yang melibatkan pemerolehan
bukti melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan tinjauan dan
digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan segala penemuan
daripada kaedah tersebut ( Tabatha Rayment, 2011:1 ). Menurut
Lembaga Peperiksaan Malaysia ( 2000 ), pentaksiran didefinisikan
sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu. Pentaksiran pembelajaran merujuk kepada tahap
pembelajaran individu, persekitaran dan situasi pembelajaran di
sekolah atau institusi pendidikan.
Pentaksiran sangat berguna untuk murid dan guru serta
pentadbiran pendidikan. Murid dapat mengetahui kelemahannya sama
ada tentang penguasaan kandungan pelajaran atau amalan pedagoginya
yang perlu diubah suai, diperbaiki atau dipelbagaikan. Terdapat
beberapa kepentingan pentaksiran pembelajaran di sekolah seperti
dapat membantu guru dan murid menentukan standard pembelajaran yang
sepatutnya, merancang pengajaran yang berkesan untuk memenuhi
keperluan individu dan memotivasikan murid. Selain itu juga, ia
dapat memastikan penyampaian kurikulum dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya. Ia juga dapat membantu memastikan segala ujian dan
tugasan adalah relevan dan boleh mendorong pencapaian murid. Hasil
pentaksiran akan member maklum balas kepada guru dan murid untuk
lebih erat bekerjasama bagi meningkatkan aspek yang berkaitan
dengan pembelajaran.
Pentaksiran di bilik darjah boleh dikaitkan dengan tiga tujuan
yang utama, iaitu pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran
sebagai pembelajaran dan pentaksiran kepada pembelajaran.
Pemtaksiran dalam Pendidikan Moral dapat menggalakkkan perubahan
tingkah laku dan mengukur kefahaman tentang norma dan nilai
masyarakat yang melihat kemampuan murid memahami dan menguasai
norma serta nilai masyarakat di Malaysia. Murid perlu mengetahui
perkara yang baik dan buruk serta apa yang dibolehkan dan yang
dilarang selaras dengan konteks adat dan agama masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Ia juga dapat mengukur penggunaan nilai murni
yang menjadi asas pertimbangan kehidupan yang melihat sejauh mana
murid telah dan boleh mengaplikasikan nilai murni dalam
kehidupan.Di samping itu, ia juga melihat sejauh mana nilai murni
dapat dijadikan asas dalam kehidupan murid. Selain nilai murni
dapat diamalkan, murid juga dapat mengamalkan tabiat dan perlakuan
bermoral dengan melihat nilai mulia dan peraturan masyarakat
diamalkan dalam kehidupan seperti amalan menjaga kebersihan dan
memberi ucap selamat.
Keberkesanan pelaksanaan roses pentaksiran akan mendatangkan
kebaikan dan kejayaan kepada pembelajaran murid, pengajaran guru
dan seterusnya system pendidikan. Pentaksiran juga merupakan
pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
2.0 TUGASAN 1
Bina satu Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) Pendidikan Moral sama
ada Tahun 1, 2, 3 atau 4 untuk penyediaan satu set soalan
Peperiksaan Pertengahan Tahun.JSU yang dibina perlu menggunakan
aras kognitif Taksonomi Bloom Anderson.Sebanyak 20 item objektif
dan 5 item struktur perlu diagihkan dalam JSU.
Menurut National Council of Measurement in Education ( 1995 ),
pentaksiran ditakrifkan sebagai suatu proses memperoleh maklumat
yang akan digunakan oleh guru atau individu yang berkaitan untuk
membuat keputusan tentang murid, kurikulum atau program dan dasar
pendidikan ( Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009 : 189 ).
Pentaksiran merupakan satu proses membuat keputusan berdasarkan
kepada satu peraturan atau piawaian. Pentaksiran Pendiidkan Moral
di sekolah boleh berlaku secara formal dan tidak formal.
Pentaksiran secara formal merupakan pentaksiran yang dilakukan
secara terancang di bilik darjah dan sekolah dengan menggunakan
alat pengukuran yang sesuai bagi memastikan proses pembelajaran
mencapai objektif yang diharapkan. Ia melibatkan satu prosedur atau
tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh calon dan
merangkumi pentaksiran sumatif dan formatif.
Pentaksiran formatif melibatkan penggunaan ujian untuk
meningkatkan prestasi perkembangan pembelajaransemasa murid dan ia
dilakukan semasa dan setelah murid selesai mengikuti satu unit
pembelajaran. Keputusan yang diperolehi digunakan ungtuk
memperbaiki proses pembelajaran atau pembetulan semula dan bukan
untuk member gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Contoh
pentaksiran formatif adalah seperti soal jawab, kuiz, latihan yang
diberi oleh guru, ujian mingguan dan lain-lain.
Pentaksiran sumatif pula merupakan penilaian yang dijalankan
pada akhir suatu kursus, hujung semester atau hujung tahun.
Pentaksiran ini bertujuan untuk menentukan gred pencapaian murid,
menempatkan murid ke dalam kumpulan yang sesuai, member
pengiktirafan sijil atau memperbaiki kurikulum. Pentaksiran ini
dijalankan secara formal sahaja berbanding dengan pentaksiran
formatif boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Contoh
pentaksiran sumatif adalah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan
percubaan, UPSR dan SPM.
Terdapat beberapa jenis instrument pentaksiran secara formal
yang sesuai digunakan untuk pentaksiran Pendidikan Moral iaitu item
bentuk objektif, item bentuk subjektif, item bentuk esei dan kerja
kursus. Beberapa jenis item bentuk objektif yang sesuai digunakan
adalah seperti jenis betul salah, jenis padanan, aneka pilihan, isi
tempat kososng dan lain-lain lagi manakala beberapa jenis item
bentuk subjektif pula adalah seperti menjawab soalan berdasarkan
cerita bergambar, menulis ayat, teka silang kata dan menjawab
soalan berdasarkan bahan rangsangan.
Pentaksiran secara tidak formal dilakukan secara membuat
pemerhatian dan mendapatkan maklum balas daripada pihak lain
tentang seseorang murid di bilik darjah. Pemerhatian dan penilaian
terhadap murid mungkin berasaskan tingkah laku, emosi dan kognitif.
Matlamat utama penilaian tidak formal adalah untuk memberi gambaran
menyeluruh tentang profil murid dari segi nilai dan sikap.
Pelaporan penghayatan moral murid hendaklah membayangkan ciri-ciri
perkembangan murid dan ianya tidak memberikan gambaran gagal atau
lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan murid.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan
pentaksiran tidak formal dalam Pendidikan Moral, iaitu secara
pemerhatian, senarai semak, rekod anekdot, portfolio, hasil kerja
murid, maklumat daripada ibu bapa, rakan atau guru lain yang
mengetahui tentang murid tersebut. Sebagai contoh, pemerhatian
boleh dilakukan dengan mengumpul maklumat secara memerhati dan
merekod dengan cepat apa yang dilakukan oleh seseorang murid dan
hasil pemerhatian akan direkodkan dalam borang yang direka bentuk
oleh guru atau borang pemerhatian yang telah ditentukan.
Sebelum membina instrumen dan item pentaksiran, seseorang guru
perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam membina item.
Guru perlu merujuk beberapa dokumen tertentu supaya item yang
digubal sah, boleh percaya dan mengikut prinsip yang betul. Membina
Jadual Spesiikasi Ujian ( JSU ) merupakan salah satu persiapan yang
perlu dilakukan oleh guru sebelum membina item pentaksiran.
Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) adalah satu dokumen yang
bersifat member panduan kepada guru tentang bagaimana hendak
membina item. JSU merupakan satu senarai kandungan / standard
kandungan dan aras kognitif yang akan diuji. Ia menjelaskan tentang
aras pencapaian yang akan diukur untuk setiap kandungan dan member
anduan tentang apakah aras dan bentuk item yang akan digubal.
Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk
pengajaran, objektif pengajaran dan bilangan soalan.
JSU dibina bertuuan untuk menetapkan senarai kandungan yang akan
diuji, menghuraikan domain pencapaiana yang akan diukur, memberikan
satu panduan untuk membina item-item mengikut kandungan dan aras
yang dikehendaki, memastikan keesahan isi kandungan dan
keseimbangan serta keselarasan ujian yang dibina.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dalam menyediakan
JSU iaitu dengan membina carta atau jadual dua hala, memilih hasil
pembelajaran atau standard embelajaran yang hendak diuji,
menyenaraikan isi bahan pelajaran, keseimbangan sasaran ujian,
menentukan bentuk ujian seperti objektif, struktur dan esei dan
menetapkan item yang akan dibina mengikut aras kognitif Taksonomi
Bloom Anderson.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN MORAL
SEK. RENDAH ( KSSR )TAHUN:1BILBentuk SoalanOBJEKTIF
KemahiranKognitif
Isi KandunganMengetahui Memahami Mengaplikasi
MenganalisisMenilai Mencipta Jumlah item
1Kepercayaan kepada Tuhan112
2Baik Hati1214
3Bertanggungjawab 11114
4Berterima kasih123
5Hemah tinggi224
6Hormat 11
7Kasih sayang112
Jumlah item56531020
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN MORAL
SEK. RENDAH ( KSSR )TAHUN:1BILBentuk SoalanSUBJEKTIF ( STRUKTUR
)
KemahiranKognitif
Isi KandunganMengetahui Memahami Mengaplikasi
MenganalisisMenilai Mencipta Jumlah item
1Kepercayaan kepada Tuhan0
2Baik Hati11
3Bertanggungjawab 112
4Berterima kasih11
5Hemah tinggi0
6Hormat 0
7Kasih sayang11
Jumlah item1210015
3.0 TUGASAN 2
Menggubal 20 item objektif yang pelbagai jenis dan bentuk dan 5
item subjektif ( struktur ) berdasarkan JSU yang telah disediakan
.
Taburan item objektif : ( i ) 5 item mengetahui( ii ) 6 item
memahami( iii ) 5 item mengaplikasi( iv ) 3 item menganalisis( v )
1 item menilai
Taburan item subjektif ( struktur ) :( I ) 1 item mengetahui( ii
) 2 item memahami( iii ) 1 item mengaplikasi( iv ) 1 item
mencipta
ITEM DAN KERTAS UJIAN
SK SERI TIGA SERANGKAIPARIT SULONG, BATU PAHAT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
NAMA: ..TAHUN : MASA:1 JAM
ITEM OBJEKTIFBulatkan jawapan yang betul..1.Antara berikut, yang
manakah ciptaan Tuhan ?AKereta BHujanCLampu
2.Siapakah murid yang bersikap baik hati ?ARania menjaga adik
ketika ibu memasakBAhmad menyelerakkan barang permainannyaCTian
Hong mengemas katilnya3Apabila rakan membantu saya, saya
mengucapkan _______________ AtahniahBterima kasihCselamat
tinggal
4Apabila berada di perpustakaan, saya akan
_______________Abermain-mainBmakan Csenyap5Selepas makan,, saya
akan _______________Amenjilat tanganBmencuci tanganCmengelap
tangan
6Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja,
kita harus lakukan perkara-perkara berikut kecuali AMembayar ganti
rugi kepada jiranBMengaku kesalahan dan meminta maaf kepada
jiranCMelarikan diri dari tempat kejadian
Warnakan jawapan yang sesuai.
7 ________________ kerana membantu saya menyiapkan kerja
sekolah.
TolonglahTerima kasih
8________________ masuk. Nanti saya panggilkan ibu.
Janganlah Silakan 9Saya memberikan ciuman dan pelukan kepada ibu
sebagai tanda _______________
Hinaan Penghargaan
Pilih jawapan yang paling tepat.
10Ibu membelikan kamu jam tangan baharu.AKenapa ibu beli jam
ini, saya tidak suka dengan bentuknya.BTerima kasih, ibu kerana
membelikan jam ini untuk saya.
11Ayah keletihan kerana baru pulang dari bersenam.AIni saya
ambilkan minuman untuk ayah.BBuat apa ayah susah-susah pergi
bersenam, buat penat sahaja.
12Rakan kamu tidak membawa wang ke sekolah.AKamu mempelawa rakan
makan bersama-sama bekalan makanan kamu.BKamu membiarkan rakan kamu
kelaparan
13Adik Josephine terjatuh dari katil.AJosephine mentertawakan
adiknya yang terjatuh dari katil.BJosephine membantu adiknya dan
memujuknya supaya tidak menangis. 14Aryan seorang pelajar yang
jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu
bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya.
Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh
Aryan.____________________________________________________________________________________________________________________________________15Kamal
bermain bola sepak ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan
kotor. Apabila sampai di rumah, Kamal terus makan kerana keletihan
dan lapar. Nyatakan tiga tindakan yang patut diambil oleh Kamal
jika dia mengamalkan kebersihan diri.( I )
__________________________________________________________________(
ii )
__________________________________________________________________(
iii )
______________________________________________________________16Selepas
bangun tidur, saya akan( I )
__________________________________________________________________(
ii )
__________________________________________________________________
Kategorikan perlakuan moral di bawah sama ada nilai kasih sayang,
baik hati atau hormat.
17Menjaga kehormatan diri dan keluarga.Nilai:
_________________________________
18Suzana memberikan segelas air kepada nenek.Nilai:
_________________________________
19Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.Nilai:
_________________________________
20Beri alasan mengapa murid perlu beratur ketika membeli makanan
di
kantin.____________________________________________________________________________________________________________________________________
ITEM SUBJEKTIF1Beri contoh perlakuan baik hati dengan ibu bapa.( i
) __________________________________________________________( ii )
__________________________________________________________
2Huraikan maksud nilai
bertanggungjawab.____________________________________________________________________________________________________________________________
3Lengkapkan ayat di bawah.Peperiksaan akhir tahun hampir
menjelang, kamu harus
_______________________________________________________________________________
4Senaraikan dua cara untuk memupuk sikap berdisiplin dalam diri
seseorang pelajar.( I )
_________________________________________________________( ii )
_________________________________________________________
5Lengkapkan kad ucapan terima kasih kepada salah seorang guru
anda.
Terima kasih Cikgu ________________________________________
________________________________________________________ Ikhlas
daripada , Ikhlas daripada :
REFLEKSIPertama-tamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya,dapatlah saya
menyiapkan kerja kursus projek bagi kursus ELM 3033E Pentaksiran
dan Pengurusan Mata pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah dengan
jayanya. Semua ini tidak akan berlaku jika rakan-rakan dan
pensyarah, Dr Mazlan bin Aris tidak memberi galakan serta tunjuk
ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Setelah menerima
tugasan ini, saya dapat membayangkan betapa sukarnya untuk
menghasilkan tugasan yang sempurna serta masalah yang bakal
dihadapi sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Walaupun saya berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan, namun terdapat beberapa
masalah yang ditempuhi. Antara masalah yang dihadapi adalah
berkenaan dengan penyediaan soalan yang mengikut aras yang
dikehendaki. Masih terdapat kekeliruan semasa hendak memahami
bentuk-bentuk soalan yang mempunyai aras yang dikehendaki dalam
tugasan, namun dengan membuat rujukan dan bahan bantu yang lain
akhirnya dapatlah saya membezakan soalan yang mempunyai aras
pengetahuan, kefahaman aplikasi, sintesis, analisis dan mencipta.
Berpandukan kepada nota-nota serta bahan rujukan yang lain, saya
dapat membina item / soalan seperti yang dikehendaki dalam
tugasan.Banyak perkara yang dapat saya pelajari semasa melakukan
tugaasan ini. Antara perkara yang dipelajari adalah bagaimana
membina jadual spesifikasi ujian ( JSU ) dengan mengikuti
langkah-langkah yang dipelajari. Saya perlu mengkaji sukatan
pelajaran terlebih dahulu sebelum membina JSU seterusnya membina
item / soalan objektif berbentuk aneka pilihan dan pelbagai bentuk
dan jenis. Hal ini sangat berguna kepada saya kerana di samping
menyiapkan tugasan, saya juga boleh menggunakan pengetahuan ini
semasa menjalankan tugasan di sekolah.Semasa menyiapkan tugasan ini
juga, saya telah mempelajari satu ilmu yang baru iaitu berkenaan
penggunaan beberapa istilah dalam menggubal soalan atau item ujian.
Walaupun menggunakan istilah yang agak mengelirukan dan seakan sama
, namun saya berjaya untuk memahami bagaimana penggunaannya. Dengan
adanya pengetahuan ini, saya dapat mengetahui aras kesukaran
sesuatu item yang telah dibina.Semasa membina item ujian, saya
banyak merujuk kepada beberapa contoh buku kerja yang berkaitan.
Banyak soalan yang dibina menggunakan istilah yang lebih mudah
untuk difahami oleh murid namun ianya tidak menjurus kepada aras
soalan yang dikehendakia. Namun masalah tersebut dapat diatasi
dengan meminta bantuan dari rakan guru yang lain.Setelah menempuhi
pelbagai kekangan bagi menyiapkan tugasan ini, akhirnya saya
berjaya juga menyempurnakannya di atas berkat doa dan pertolongan
dari pelbagai pihak. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada rakan guru, rakan-rakan kuliah dan
semestinya pensyarah pembimbing, Dr Mazlan bin Aris di atas segala
bantuan serta sumbangan ilmu yang dihulurkan sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini.Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh ,Rohaila binti JemaatPPG RBT Ambilan Feb
2012
BIBLIOGRAFI
Buku Abdul Rahman Md Aroff (1999 ), Pendidikan Moral : Teori
Etika Amalan Moral, Serdang : Universiti Putra Malaysia.Abdullah
Zhidi bin Omar dan Mahdi bin Shuid ( 2014 ), Pedagogi dan
Pentaksiran Moral, Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd.Aida Othman dan Intan Mohd Salleh ( 2013 ) , Lembaran Bestari
Mesra, Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi Sdn Bhd.Norazizah Ab.
Rahman ( 2013 ), A Plus PBS Tahun 1, Petaling Jaya, Selangor:
Info-Didik Sdn Bhd.
Internethttp://www.bumigemilang.com/bank-soalan-tahun1http
:///www.slideshare.net/
madzwan50/soalan-pendidikanmoraltahun1http://www.sistemguruonline.my/.../soalan-kssrhttp://www.fadhlah.blogspot.com/.../soalanpendidikanmoraltahun1
LAMPIRAN