TUGASAN PROJEK (100% : WAJARAN 50%)Masyarakat Malaysia merupakan
salah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan
etnik dari pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya tersebut telah
mempamerkan keunikannya yang tersendiri. 1. Berdasarkan pernyataan
tersebut pilih satu kaum/etnik dan tulis satu esei tentang keunikan
yang terdapat pada kaum/etnik tersebut. ( kumpulan)2. Tonton klip
video di alamat http : //www.youtube.com/wacth?V=mDWTklyp_Rc yang
bertajuk The Invigilator Kenal pasti isu serta permasalahan yang
dihadapi oleh guru di dalam klip video tersebut dan cadangkan
langkah penyelesaian menyeluruh yang boleh dilaksanakan oleh guru
tersebut untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih
baik. (individu)
3. Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di
atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan pemahaman anda.(
individu)TUGASAN 1:
Berdasarkan pernyataan tersebut pilih satu kaum/etnik dan tulis
satu esei tentang keunikan yang terdapat pada kaum/etnik tersebut.
(Kumpulan)
PENGENALANNegara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan
kepelbagaian dankeunikan bangsa dan etniknya. Walaupun mempunyai
rakyat berlainan bangsa namun Malaysia tidakmenghadapi masalah
berkenaan perbezaan tersebut. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang penuh warna-warni dankeunikan tersendiri. Suku Kaum
Iban merupakan salah satu kaum yang terdapat di Malaysia. Suku Kaum
Iban berasal dari Sarawak dan merupakan suku kaum terbesar di
Sarawak. Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan
dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah
pendudukSarawak. Kaum Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum
contohnya, Balau, Sembayau, Lemanak, dan lain-lain. Pada zaman
dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan
berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan. Suku Kaum Iban
lazimnya tinggal di kawasan pendalaman berbanding kawasan bandar.
Suku Kaum Iban biasanya menduduki lembah Sungai Saribas, Sungai
Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Hal ini demikian
kerana kebanyakan mereka mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional,
seperti bercucuk tanam, menternak binatang, dan memungut hasil
hutan. Suku Kaum Iban mempunyai adat resam yang unik dan mereka
memegang kuat kepada adat tersebut dalam kehidupan mereka. Tradisi
orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil
tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci,
dan dihomati. Darisudut agama, mereka menyembah tuhan yang dikenali
sebagai singalang burung dan tuhan burung peperangan. Namun kini
kebanyakan mereka sudah menganut agama Kristian. Perayaan penting
yang disambut oleh suku Iban adalahHari Gawai Dayakyang dijalankan
antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya,Tarian
Ngajatditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran
dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.
Gambar menunjukkan rumah dan seni budaya Suku Kaum IbanADAT DAN
PANTANG LARANG SUKU KAUM IBAN
Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam
kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam
kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:
Adat membina rumah
Adat kahwin, cerai dan zina
Adat beranak
Adat bertani dan mengguna tanah
Adat ngayau
Adat ngayap
Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan
madu
Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda
duda
Adat begawai dan berupacara
Adat hidup di rumah panjang
Adat bertenun dan mainan masa lapang
Adat menari ngajat dan betaboh
Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
Adat pergi atau mengembara
Kebanyakan adat-adat ini masih boleh diguna pakai sehingga ke
hari ini sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua
rumah adalah penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan
kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan
keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal ehwal para
pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika
sesuatu pertingkaian atau kes dirujuk kepada tuai rumah, beliau
akan cuba membicara dan menyelesaikannya secepat mungkin bersama
dengan ketua bertani, ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam
rumah panjang tersebut dan anggota-anggota masyarakat yang
lain.
PANTANGLARANGSEWAKTU MENGANDUNGKaum Iban amat menekankan pentang
larang sewaktu mengandung dan selepas bersalin. Pantang larang
sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang
mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang contohnya,
mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah
kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu
melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau
atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu, mereka juga
dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi
tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang
minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri
bayi yang akan lahir daripada menanah.ADATSELEPASBERSALINSebaik
sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang
dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi
telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. Namun selaras
arus kemodenan ada keluarga yang menggunakan senapang untuk
menggantikan potong.Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan
dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai
kain pua kumbu atau kain yang di sulam.Si ibu akan diurut oleh
bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin.
Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut
dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit
kayu akan di sapu pada badan si ibu.Sepanjang tempoh berpantang si
ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40
hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan
nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah
pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan
halia bagi memanaskan badan si ibu.Berdiang atau bersalai ialah
duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api
yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian
kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh
40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah
sebagai penanda hari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit
ibu yang baru bersalin.TANGGAL PUSATAdat melihat matahari atau
merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu
ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh
nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk
melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam.
Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi
sentiasa terpelihara.
ADATPEMILIHANNAMAKEPADABAYIPemilihan nama amat penting bagi kaum
Iban. Mereka berpendapat nama yang baikakan memberi kesan yang baik
kepada masa depan bayi tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu
diberikan sebelum nama rasmi. Nama rasmi di berikan berdasarkan
nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa agar kelak bayi
tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara pemilihan nama bagi
kaum Iban merupakan adat yang sangat unik. Dua nama terbaik akan
dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan.
Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor
ayam jantan akan dilepaskan supayamemagut salah satu gumpalan nasi.
Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang
dipagutoleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.MANDI
SUNGAI
Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia
dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini
dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Permulaannya,
jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan
meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji.
Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air
sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut.
Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi
tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti
pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta
supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik
sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan
ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. B agi
bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang
digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula,
benang tersebut digantung padagalah laletan.Selepas bayi
dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu
akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang
diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya
diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman
batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas
upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak
dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi
anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan
yang lebih banyak.
BERKHATAN
Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur
sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak
disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan
digelar sebagai lelakikulupdi kalangan kaum Iban.ADAT DALAM
PERKAHWINAN SUKU KAUM IBANPerkahwinan dalam masyarakat Iban agak
unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum
seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban,
usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini
disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia
untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang
ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah
perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar
mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk
mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari
pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu
besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila
anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan
dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu
keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat
tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,
meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis
perkahwinan.
MERISIK
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh
pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada
seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah
gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali
sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu
syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan
sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan
meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
MEMINANG DAN BERTUNANG
Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang
dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang
tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan
termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan.
Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit
atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda
pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang
tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak
boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau
tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita
pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.MAJLIS
PERKAHWINAN SUKU KAUM IBAN Pelbagai persiapan akan dibuat untuk
majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki
mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus
diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga
membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk
disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu,
kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan
jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul
yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan.
Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan
itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan
meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah
panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap
hari.
Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke
rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang
dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai.
Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di
sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul
gong. Sebaik sahaja sampai dihadapan rumah pengantin perempuan,
tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi
beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai
di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa
menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga
tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala
tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota.
Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka
tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di
hujung rumah.ADAT SEWAKTU KEMATIAN SUKU KAUM IBAN
Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut
adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan
tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian
masyarakat ini merangkumi peringkat- peringkat berikut:Semasa
kematian Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan.
Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai
menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja
mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini
dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat
dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah
panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya,
jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang
roh si mati. KemudiaN mayat diletakkan di tengah-tengah rumah
panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.Semua
barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan.
Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia
keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh
ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir
ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai
dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca
berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan
berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang. Apabila
mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan
menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke
tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras
supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat
daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda
itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif
tradisional.
PAKAIAN SUKU KAUM IBANKeindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak
terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang
menghasilkannya. Ragam hias pakaian membentuk motif-motif etnik
samA ada dari tenunan, jahitan manik dan labuci. Perhiasan diri
dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan
bagi pemakainya.PAKAIAN WANITA SUKU KAUM IBANTerbahagi kepada tiga
jenis iaituBidang, KalambidanBedong.
BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain
sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.
Biasanyabidangdiperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110
cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak
banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh
reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai
ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh
pelbagai reka corak geometri dan diwarnakan dengan warna merah bata
dan kekuning-kuningan. Malah ada di antara bidang tersebut yang
dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan
dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna
merah.KALAMBI
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua ajenis iaitu
kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh
lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan
kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi
empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan
ruang untuk lubang lengan atau sambungan lengan. Panjang kalambi
berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh
hingga kelutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang
indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah
dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya
pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang
dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai
pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan
cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura
manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk
geometri. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan
berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.BEDONG
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.
Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh
reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampIr sama
dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau
diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam
upacara-upacara rasmi.MAREK EMPANG
Marek empang atau hiasan dada yang diperbuat daripada manik dan
bebola kain bertujuan untuk menutup bahagian atas baju kecil atau
kemban. Hiasan diri wanita Iban ini sarat dengan barangan perak
seperti tali pinggang berbentuk duit syiling, rawai dan sugu tinggi
(perhiasan di kepala).PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM IBANPakaian
tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu
KainSiratdanDandong.
KAINSIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat
adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung
kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah.
Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai
hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya
dipinggang dan celah kelangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang
berhias.DANDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang Dandong tidak tetap
kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat
daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.PUAKUMBU
Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka.
Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di
dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam
upacara perkahwinan pula, ibubapa pengantin perempuan menghadiahkan
kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'maskahwin'.
Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap'
untuk mendapat restu daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk
menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai
pakaian.
BAJU BURUNG
Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan
sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai
setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias
syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang. Perhiasan diri
dari perak seperti ringgit gobeng,gelang kelunchong dan sugu
tinggi.Makanan Tradisional Iban
KasamKasam ikanatau "Pekasam" sangatdikenali bagi suku kaum
masyarakatiban.Tidak sah lagi nya kalau suku iban menghidang
makanan tanpa pekasam di sisi.Selalunya, ikannya diperam selama
sebulan sebelum di makan, makin lama makin sedap rasa isinya.
selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan
pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan
apa apa saja jenis ikan sungai. selain daripada itu juga, ramai
masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya yang
tersangat busuk dan bagi sesetengah orang yang biasa sahaja dengan
pekasam dapat menerima makanan ini.
PERAYAANGAWAIKaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai
perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada
1 dan 2 Jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim
menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban
berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai
iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan
pakaian tradisional yang diperbuat daripadamanik-manik yang
diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di
kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka
akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan
tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan,
contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau
dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan.
Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan
arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih
atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut
adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan
seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.
Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan
adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian,
tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan
bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk
padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila
ranyai dibuang.KESIMPULAN
Kaum Iban amat mementingkan adat dan budaya. Hal ini demikian
jelas dilihat setiap upacara berkaitan adat dan budaya disambut
dengan meriah tidak mengira luar bandar mahupun bandar malah dari
segi umur juga tidak mengira tua atau muda. Hasil daripada pegangan
tersebut adat dan budaya kaum Iban masih dapat bertahan sehingga
sekarang dan tidak lapuk ditelan zaman. Kaum lain juga harus
meneruskan adat dan budaya nenek moyang mereka agar generasi akan
datang masih dapat melihat dan merasakan sendiri keunikan adat dan
budaya setiap kaum.Sekiranya adat dan budaya ini tidak diteruskan
besar kemungkinan generasi akan datang akanmengenali adat dan
budaya melalui muzium dan bahan bacaan sahaja. Hal ini bukan sahaja
merugikan anak bangsa malah turut merugikan Negara. Oleh itu semua
pihak harus bergandingan dalam mendekatkan masyarakat dengan adat
dan budaya masing-masing.TUGASAN 2:
Filem The Invigilator ini berkisarkan tentang bidang pendidikan
dan hubungan keguruan dengan murid-murid yang bermasalah. Sebuah
short film yang aku rasa wajib ditonton oleh semua warga guru,
terutamanya guru-guru yang sedang menjalani praktikal dan
(malangnya) ditempatkan di sebuah sekolah yang rata-ratanya
mengalami masalah disiplin
Cerita cikgu Amira adalah pengalaman setiap individu yang pernah
mengalami dunia praktikal dalam bidang perguruan.
Cikgu Khairil adalah mentor yang cuba membawa cikgu Amira
bertatih mempelajari dunia pengajaran.
Ia adalah dunia yang payah, tapi indah. Teknik dan kaedah
pengajaran adalah kunci untuk semua usaha.
Semoga cereka sebegini terus dihidupkan. Singkat namun padat,
dan tentu saja, lebih berkesan.
nice! aku cikgu aku faham apa yang cikgu lelaki tu cuba wat. dia
tak mendidik tuk murid menjadi jahat atau merasuah. budak2 tu
semenangnya baik Dia cuma nak mendidik cikgu praktikal tu mcm mn
nak berhadapan dengan situasi genting..tak kan berhadapan dengan
murid bermasalah terus nak balik mcm tu je..
Mengisahkan tentang dua oang guru lakonan Cheryl Samad dan Tony
eusoff yang menempuh pelabagai cabaran dan dugaan di sepanjang
perjalanan mereka sebagai seorang guru. banyak metafora dalam
perjalanan jalan cerita ini terutamanya sedikit gambaran kekecewaan
terhadap kelemahan sistem pendidikan di negara kita.