1.0 PengenalanBerkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di
hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah
bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap
pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara
individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi
perlu anda utamakan.2.1 TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM
Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat
seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman
globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada
berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang
sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun
lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat
menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama,
bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu
aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa
menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin
didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini
sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk
terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan
mencabarJenis-jeniskhemahKhemahterdapatdalampelbagaibentuk,
saizdankegunaaniaitu: Rigde tent Frame tent Dome tent Bell
tentRidge tent Mempunyaitiang yang melintang di sepanjangbumbung.
Diperbuatdaripada material nylon yang
ringansupayamudahdibawadandilipat
Dome tent Berbentukgelembungdanmenggunakan material yang
sesuaidanfleksibel. Ringan,
mudahdibawadansesuaidigunakanuntukperkhemahanseperti di
sekolahdansebagainya
.
Frame tent Khemahjenisbesar yang
biasadigunakanuntukperkhemahankeluarga.
Rangkakhemahakandipasangdahuludankanvasdipasangkemudian.
Bell tent Mempunyaisatutiangtinggi di puncakkhemah.
Khemahjenisinisudahjarangdigunakandandigantikandengankhemahjenis
DOME.
Shelter Shelter sukaruntukdibinadanmemerlukankemahiran yang
tinggi Bolehmelindungidaripadaserangga,panas, hujan, angin,
saljidansuhusejuk.
BolehmenyembunyikandiridaripadamusuhbahayaJenis-jenis
Shelter1.Phonco-Lean-ToMudahdancepatdibina.DiikatpadaduabatangpokokShelter
tertutuppadasatubahagiansahajaPastikan shelter
tidakmenghalaarahangin
2.Phonco Tent Mudahdibina. Diikatdiantaraduapokok Shelter
tertutuppadaduabahagian,kiridankanan.
3.One man Shelter Mudahdibinadanterhalangdaririntanganangin.
Saiz yang kecilmenjadikanialebihsejukdannyaman.
3.1 PEMILIHAN TEMPAT
Banyak tempat yang menarik di negara kita yang boleh dijadikan
kawasan untuk berkhemah bagi sesebuah kumpulan. Tempat yang biasa
menjadi pilihan ialah seperti di tepi pantai, tepi sungai, tepi
tasik, kawasan pergunungan dan kawasan hutan. Pemilihan tempat
adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi faktor utama
keselesaan sesuatu aktiviti perkhemahan itu. Antara yang perlu
diteliti semasa memilih tempat ialah :
1. Keselamatan peserta dan harta benda
Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek yang
terpenting yang perlu diambil kira. Keselamatan diri daripada
bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang
buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana
ia melibatkan nyawa peserta. Kawasan tapak perkhemahan haruslah
mempunyai ruang yang cukup untuk bermain, bergerak, berehat, serta
kawasan yang lapang untuk tapak perhimpunan. Kawasan yang sempit
boleh mengundang kepada kecelakaan dan kemalangan. Antara lain yang
perlu diambil perhatian ialah seperti memikirkan kemungkinan
berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan
sebagainya. Keselamatan peserta semasa perjalanan ke tempat tapak
perkhemahan juga dianggap penting. Oleh itu, taklimat perlu
diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak
semasa berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di dalam
hutan atau di tapak perkhemahan tersebut.2. Kemudahan asas
Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya
mempunyai kemudahan asas. Kemudahan asas ini ialah seperti bekalan
air bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai
contohnya ialah daripada aliran sungai, danau, telaga, air terjun
dan daripada sumber pili atau paip. Tujuannya adalah supaya senang
untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber minuman. Selain
daripada bekalan air, kawasan perkhemahan juga mestilah terletak
dekat dengan kawasan yang mudah untuk mendapatkan bekalan kayu dan
bahan api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada ialah seperti
jalan perhubungan dan sebagainya3. Tempat menarik dan
selesaKeseronokan merupakan salah satu daripada matlamat pekhemah
Sehubungan itu, pemimpin seharusnya meneliti semasa memilih sesuatu
tempat supaya matlamat itu tercapai. Biasanya kawasan seperti di
tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan
menjadi pilihan utama untuk diadakan perkhemahan.
4. KawasanKawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah
kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi. Jangan berkhemah
di tempat yang mempunyai tanda-tanda pertumbuhan rumput. Ini
sedikit sebanyak akan menyukarkan peserta untuk mendirikan khemah
dan untuk beraktiviti di kawasan tersebut. Kawasan perkhemahan juga
haruslah berdekatan dengan kawasan bandar kerana mempunyai sistem
pengangkutan yang
baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak
sesuai untuk berkhemah. Selain itu juga, kawasan tapak perkhemahan
haruslah diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada
serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah. Seorang
ahli perkhemahanyang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan
perkhemahanterlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti
perkhemahan.
3.2.1 Mendapatkan kebenaranSeharusnya beberapa kebenaran perlu
diperoleh sebelum diadakan sesuatu perkhemahan. Antaranya ialah
seperti surat-surat permohonan kebenaran yang perlu dihantar
sekurang-kurangnya 2 bulan daripada tarikh perkhemahan. Pemimpin
boleh menelefon pihak tertentu terlebih dahulu untuk memohon
kebenaran menggunakan tapak perkhemahan. Selepas itu, surat
permohonan rasmi perlu dihantar kepada pihak berkenaan. Antara
kebenaran lain yang perlu ialah seperti kebenaran pengetua atau
penganjur, kebenaran pemilik tapak perkhemahan, kebenaran ibubapa
penjaga dan lain-lain kebenaran jika perlu.3.2.3 Perancangan
aktiviti3.2.3.1 JadualPemimpin atau pihak penganjur seharusnya
menetapkan aktiviti yang hendak dijalankan dalam sesuatu
perkhemahan. Penganjur seharusnya menyenaraikan aktiviti
tersebut supaya sesuai dengan objektif perkhemahan tersebut.
Aturcara serta aktiviti yang dirancang dengan teliti dapat
menghasilkan perkhemahan yang menyeronokkan serta dapat dijalankan
dengan lancar dan teratur. Antara contoh jadual aturcara yboleh
digunakan ialah seperti berikut3.2.3.2 Aktiviti
Kebiasaannya aktiviti untuk setiap perkhemahan dirancang sebelum
perkhemahan itu diadakan. Pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk
memastikan setiap perkhemahan itu menyeronokkan. Sebagai
contoh:
1.0 Aktiviti terancang a)Flying foxb) Abscelingc) Repelingd)
Jungle trackinge) Night walkf) Lain-lain aktiviti yang telah
dirancang oleh pihak berkenaan.
2.0 Aktiviti bebas
a) Permainan yang dirangka b) Aktiviti kebudayaanc) Aktiviti
aird) Senamane) Aktiviti berhalangan
3.2.4 Persiapan akhir sebelum berkhemah
Lebih kurang tujuh hari sebelum diadakan sesuatu perkhemahan,
ketua atau jawatankuasa tertinggi haruslah menyelesaikan persiapan
terakhir. Persiapan terakhir ini sangat perlu bagi memastikan semua
perancangan yang dilakukan sebelum ini dapat dijalankan dengan
lancar. Di antara perancangan akhir termasuklah menyemak persiapan
awal, mesyuarat akhir, taklimat kepada peserta, dan persiapan
alatan.
1.0 Mesyuarat
Mesyuarat dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara seperti
pembahagian tugas, menyemak kembali alatan yang hendak dibawa dan
seterusnya menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin timbul
sepanjang persediaan yang dilakukan.
2.0 Taklimat kepada peserta
Satu taklimat khas tentang perkhemahan harus diadakan. Semua
peserta diwajibkan hadir dalam taklimat tersebut. Taklimat ini juga
harus merangkumi taklimat keselamatan, taklimat aktiviti dan
lain-lain. Peserta juga haruslah didedahkan dengan gambaran sebenar
perkhemahan secara ringkas seperti tempat, tujuan perkhemahan,
aktiviti yang akan dijalankan, penyertaan, dan program secara
menyeluruh. Dalam taklimat keselamatan pula, langkah-langkah
keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh peserta harus
diterangkan. Ini untuk memberi persediaan mental dan emosi kepada
semua peserta. Peraturan-peraturan perkhemahan juga harus
diterangkan secara terperinci walaupun peserta sudah kerap
menghadiri perkhemahan.
3.0 Peralatan perkhemahan
Peralatan untuk berkhemah seperti khemah, peralatan kerja dan
memasak seharusnya disediakan terlebih awal. Bilangan, kepadatan
dan berat peralatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan
peralatan yang mustahak dan serbaguna diutamakan. Peralatan serta
barang yang hendak dibawa haruslah disenaraikan setelah kawasan
perkhemahan itu ditetapkan. Setiap peserta seharusnya membawa
peralatan masing-masing. Bilangan bagi setiap jenis peralatan yang
dibawa bergantung kepada jumlah hari berkhemah dan kemudahan
tertentu.
Antara peralatan yang boleh dibawa oleh individu ialah :
a) Pakaian seperti baju, seluar tuala dan kelengkapan diri yang
mencukupi.b) Peralatan mandic) Kompasd) Wisele) Lampu suluhf)
Mancis dan pisaug) Pinggan dan mangkukh) Pen dan buku catatani)
Lain-lain peralatan
Bagi peralatan kumpulan pula ialah seperti :
a) Khemahb) Skop dan cangkulc) Parangd) Talie) Kotak pertolongan
cemas
f) Lampu gasling) Baldih) Alatan untuk aktivitii) Lain-lain
peralatanPeralatan untuk memasak juga sangat penting untuk
perkhemahan. Pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna perlu
diteliti. Bekas makanan yang paling sesuai untuk dibawa semasa
perkhemahan ialah yang diperbuat daripada aluminium. Ini kerana ia
sangat ringan dan memudahkan seseorang untuk membawanya. Di antara
peralatan memasak serbaguna yang boleh digunakan ialah seperti mess
tin, periuk, kuali dan bekas air.
Pack yang juga dikenali sebagai beg galas merupakan sejenis alat
khusus yang digunakan bagi membungkus dan membawa pakaian, makanan
dan peralatan semasa berkhemah dan mengembara. Pack diperbuat
daripada kain tebal atau nilon. Ia mempunyai banyak jenis, model
dan saiz. Pack sangat diperlukan untuk membawa bebanan yang banyak
dan merupakan cara yang paling selamat untuk bahu.
Lampiran D
CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
Nama dan Alamat Ibu Bapa / Penjaga
--------------------------------------------------
--------------------------------------------------Tarikh
------------------
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sementa ,Jalan Kapar,41400
Klang,Selangor Darul Ehsan.
Tuan / Puan,
KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM SEKOLAH 2000
Saya .. No K/P
Ibu / Bapa / Penjaga kepada
Tingkatan . memberi kebenaran kepada anak / anak jagaan saya
mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas.
2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak Sekolah
Kebangsaan Sementa akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun
demikian saya mengaku tidak akan mengambil tindakan undang-undang
atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan
apa-apa kehilangan harta,kemalangan,kecacatan anggota atau sebarang
kecederaan lain terhadap anak / anak jagaan saya yang berlaku dalam
perjalanan pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut.
3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah / pengelola
wakilnya memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan
kepada anak / anak jagaan saya jika di dapati perlu.
Pengakuan dibuat oleh:Saksi:
.. Tandatangan TandatanganNama: Nama:No. K/Pengenalan: No.
K/Pengenalan:Tarikh: Tarikh:
Lampiran H
SURAT PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Rujukan Kami :Rujukan Tuan :Kepada,
Rujuk Lampiran
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas
adalah dirujuk
2.Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan
Perkhemahan Tahunan seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir
mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1Tajuk :Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat
Sekolah 2000.2.2Tarikh :21 Julai 2000 Hingga 23 Julai 2000.2.3Masa
:Sepenuh masa.2.4Tempat :Kawasan padang sekolah Sekolah Kebangsaan
Sementa.2.5Sasaran :Pelajar Tahap 2 Sekolah Kebangsaan
Sementa.2.6Penyertaan :200 pelajar dan guru.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARAKLANG CEMERLANG KLANG BOLEH
Saya yang menurut perintah,
( Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan
Sementa,Klang.
Lampiran I
Contoh surat pelantikan dalaman
_________________________________
_________________________________
_________________________________
Tuan / Puan,
Surat Pelantikan
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan itu tuan / puan dengan ini dilantik sebagai
____________________________________________________
dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat
Sekolah 2000 yang akan diadakan pada ketetapan berikut: -
Tarikh: 21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.Masa: Sepenuh
masa.Tempat: Kawasan Padang Sekolah Sekolah Kebangsaan Sementa.
3. Bersama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta
tindakan tuan
Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan
ribuan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARAKLANG CEMERLANG KLANG BOLEH
Saya yang menurut perintah,
(Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan
Sementa.
Lampiran J
Contoh surat memohon kebenaran mengadakan perkhemahan daripada
Guru Besar
Setiausaha,Rujukan Kami :Jawatankuasa Pelaksana,Rujukan Tuan :
Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam, Tarikh :Sekolah Kebangsaan
Sementa.
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sementa,Jalan Kapar,41400
Klang.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan
perkhemahan tersebut pada ketetapan berikut :
2.1 Tarikh :21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.2.2 Hari :Jumaat
hingga Ahad.2.3 Masa :Sepenuh masa.2.4 Tempat :Kawasan padang
Sekolah Kebangsaan Sementa.
3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan
untuk maklumandan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(Abdul Ghaffar bin Abdul Karim)Penolong Kanan
Kokurikulum,Sekolah Kebangsaan Sementa,MerangkapSetiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam.