ISI KANDUNGAN
m/sPendahaluan .. 1Definasi ... 1Kepentingan e-dagang dalam
peniagaan . 3Kelebihan-kelebihan kepada usahawan .. 4Tahap
penggunaan e-dagang di Malaysia ... 5Penggunaan e-dagang ....
7Jadual 1.. 8Jadual 2 ... 10Jadual 3 ... 11Jadual 4 ...
12Cabaran/halangan penggunaan e-dagang 15Kelemahan dari sudut
peniaga .. 16Kelemahan dari sudut pembeli .. 17Faktor pendorong
penggunaan e-dagang 18Kesimpulan ... 20Rujukan .. 22
Pendahaluan
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat
terutaman dalam perkembangan internet telah membawa kepada
penggunaan menyeluruh eletronik(e) dalam bidang urusan harian
seperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang. Komponen
penting dalam perniagaan secara e-dagang ialah e-mail dan dalam
internet laman web. Perkembangan dan sambutan kepada bentuk
perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan
menggalakan. Ini dapat melihat melalui kajian yang dibuat
dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke
tahun.
Definisi e-dagange-dagang didefinasikan sebagai kegiatan menjual
barang dagangan atau jasa melalui internet. Seluruh komponen yang
terlibat dalam bisnes digunakan disini seperti customer servis,
produk yang tersedia, cara pembayaran, jaminan atas produk yang
dijual, cara promosi dan sebagainya. Definasi yang dijelaskan
diatas pada dasarnya memiliki kesamaan yang mencakup komponen
transaksi (pembeli, penjual, barang, jasa dan informasi) serta
media yang digunakan.
e-dagang adalah mengeksploitasi dan aplikasi untuk gabungan
sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan,
pekerja, dan pembekal melalui internet, extranet, dan WWW, tak kira
saiz, dan lokasi dan jenis perniagaan. Antara syarat e-dagang
memerlukan pengemaskini maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran
dan perniagaan.
Perdagangan elektronik juga dipanggil e-dagang atau bahasa
inggerisnya Eletronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan
dan jual beli yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat
terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan
memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual,
pembeli, dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat
kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital
dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan
internet khususnya web untuk mengadakan satu rangkaian yang
menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu
persekitaran eletronIk yang selamat untuk semua pihak dan boleh
dipercayai.
Kepentingan e-dagang dalam perniagaan
e-dagang mula berkembang kepada perniagaan atau perkhidmatan
dengan pesatnya. Diantara perkhidmatan dan barangan yang
mempengaruhi perniagaan e-dagang ialah ubatan, pakaian, hadiah
harijadi, tempah tiket, muzik, laman web, buku dan juga gambar.
Menurut Wong Fan Nay Pengarah Eksekutif PDX Inforld Scln Bhds
E-commerce is still in its infancy in Malaysia. This has to do with
the state of regulatory framework, Government incentive, consumer
education and awarenessin Malaysia.
Kemajuan teknologi dalam beberapa dekat yang lalu telah banyak
meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh
dunia. Kebanyakkan syarikat telah menggunakan perisian, komputer
dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran
tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan
untuk fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan
teknologi yang semakin yang semakin maju ini.Kelebihan-kelebihan
teknologi kepada usahawan:
1. Teknologi ialah antara kelebihan kepada usahawan yang
progresif dan mahu sentiasa membangun.2. Boleh manaikkan imej dan
kredibiliti usahawan.3. Mengembangkan perniaga ke negara-negara
lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan
e-dagang.4. Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti
syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk
media.5. Meningkatkan produktiviti usahawan: para usahawan dapat
berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan
tepat melalui email, SMS, dan pelbagai medium lain.6. berkongsi,
menyimpan dan menyebarkan maklumat: pembentangan produk boleh
dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi
yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC. maklumat stok
serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk
dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan perniagaan
berjalan dengan lancar. menyimpan maklumat pengguna dan produk
belian mereka dengan efisien dan pantas.7. Bersedia untuk
pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan
maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes
masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan
perkembangan dunia perniagaan.8. Penggunaan masa yang lebih efisien
serta mencipta pekerjaan yang baru.
9. Memperbaiki mobiliti perniagaan. Teknologi telah memperbaiki
jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat
elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar
pesanan dan maklumat pelanggan kepejabat dengan cepat. Alat-alat
elektronik ini telah memendekkan masa yang diperluakn oleh syarikat
untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan
seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.10.
Komunikasi Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah
menjadi lebih murah, cepat dan efisien.11. Kebersanan kos.
Teknologi membolehkan proses perniagaan disimpan dimana perniagaan
akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan
yang berteknologi.12. Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan
perhubungan yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini
menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung.
Tahap penggunaan e-dagang di malaysiaDi Malaysia, mengikut
kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam
urusniaga melalui e-dagang dimana terdapat peningkatan yang
mendadak dari tahun 1998 yang hanya berjumlah RM76 juta kepada RM
361 juta pada tahun 1999, jangkaan yang dibuat pada tahun 2000
dianggarkan akan meningkat kepada RM 1.14juta (berita harian 21
Julai 2000).
Gaya hidup perbelanjaan mengunakan kad kredit telah lama
mendapat tempat dimalaysia. Keadaan ini adalah bersesuaian dan
menjadi faktor penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi
kaedah pembayaran.
Perkembangan penggunaan internet juga meningkat di Malaysia
daripada tahun 1995 yang berjumlah 42,000 pengguna kepada 60,000
pengguna pada awal tahun 1999. Sesungguhpun begitu masih ramai lagi
penduduk belum memiliki komputer pada tahun itu. Jumlah penduduk
Malaysia pada tahun 2000 ialah seramai 23.26 juta orang (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2000). Sementara mengikut laporan penggunaan
internet sebagaimana berikut:Jumlah Hasil Perdagangan Internet
(1997-2004)Tahunjumlah hasil1997 6.311998 18.011999 58.892000
164.152001 426.722002 933.682003 2066.42004 3469.85
Penggunaan Internet di Malaysia 1997-2004Tahun jumlah
Pengguna(million)1997 .441998
.5819991.2720001.8920012.7220023.2320033.6320043.91
Penggunaan e-dagang
Tahap pengunaan e-dagang dalam kajian ini akan memberi penekanan
terhadap taburan kekerapan bagi penggunaan jenis e-dagang, jangka
masa telah menggunakan e-dagang, waktu menggunakan e-dagang, dan
lokasi responden menggunakan e-dagang (Jadual 1). Hasil kajian ini
mendapati bahawa lebih separuh daripada responden pernah
menggunakan jenis e-dagang iaitu terdiri daripada Consumerto-
Government (C2G) (63.3%) dan Consumer-to-Consumer (C2C) (61.3%).
Bagi jangka masa menggunakan e-dagang pula majoriti adalah di
sekitar satu hingga dua tahun yang mewakili sebanyak 24.7 peratus.
Waktu yang dipilih oleh responden untuk melakukan e-dagang pula
adalah pada waktu malam iaitu sebanyak 54.7 peratus diikuti oleh
waktu pagi sebanyak 40.7 peratus. Seterusnya jenis lokasi yang
menjadi pilihan responden dalam melakukan e-dagang adalah di rumah
(76.7%) dan di pejabat (70.7%). Jenis kategori bagi jenis e-dagang,
waktu, dan lokasi menggunakan e-dagang tidak boleh dicampurkan dari
segi peratusannya kerana jawapan adalah lebih daripada satu.
Jadual 1:Penggunaan E-dagang dalam kalangan Pengguna Internet
(n=150)
Kategori penggunaan Kekerapan () Peratusan (%)Jenis
e-dagangBusiness-to-Business (B2B) 13 8.7Business-to-Consumer (B2C)
39 26.0Consumer-to-Business (C2B) 38 25.3Consumer-to-Consumer (C2C)
92 61.3Consumer-to-Government (C2G) 95 63.3Peer-to-Peer (P2P) 30
20.0Mobile Commerce (M-Commerce) 30 20.0Lain-lain 1 0.7* Peratusan
tidak boleh dicampurkan kerana jawapan lebih daripada satu.
Jangka masa telah menggunakan e-dagangKurang dari 1 tahun 22
14.71-2 tahun 37 24.72-3 tahun 31 20.73-4 tahun 2114.04-5 tahun
2114.05 tahun dan ke atas 18 12.0
Waktu menggunakan e-dagangPagi 61 40.7Tengah hari 48 32.0Petang
51 34.0Malam 82 54.7* Peratusan tidak boleh dicampurkan kerana
jawapan lebih daripada satu.
Jenis lokasiRumah 115 76.7Pejabat 106 70.7Kafe Siber 4
2.7Lain-lain 6 4.0* Peratusan tidak boleh dicampurkan kerana
jawapan lebih daripada satu.
Hasil kajian seterusnya melihat kepada jumlah masa yang
diperuntukkan oleh responden kajian terutama dari segi tempat yang
dipilih. Antara tempat yang dipilih untuk melakukan urusan e-dagang
ialah di rumah, pejabat, kafe siber, dan lain-lain (merujuk kepada
jadual 2). Hasil kajian mendapati hampir separuh (46.1%) responden
memperuntukkan jumlah masa kurang dari 59 minit bagi tempat di
rumah, manakala di tempat pejabat pula mendapati majoriti
responden, iaitu seramai 72 orang (67.9%) pula memperuntukkan masa
juga kurang dari 59 minit. Bagi tempat kafe siber dan lain-lain
pula, terdapat sebilangan kecil sahaja responden yang mengakses
e-dagang di tempat tersebut. Ia mewakili sebanyak empat orang
responden bagi tempat kafe siber yang majoriti daripadanya (50%)
memperuntukkan masa kurang daripada 59 minit. Begitu juga untuk
tempat lain-lain yang mendapati majoriti (66.7%) daripada
keseluruhan responden yang menjawab iaitu enam orang memperuntukkan
masa di kawasan tersebut juga kurang dari 59 minit. Tempat
lain-lain yang dinyatakan oleh responden adalah seperti di bank dan
kedai makan yang memiliki akses Internet.
Jadual 2:Masa yang Diperuntukkan Responden Untuk Melakukan
Urusan E-dagang diRumah, Pejabat, Kafe Siber, dan Lain-lain
Tempat Kategori tahap KekerapanPeratusan (Minit)() (%)
Rumah (n=115) < 5953 46.1 60 11940 34.8120 17914 12.2180 2408
7.0
Pejabat (n=106) < 5972 67.9 60 11924 22.6120 1796 5.7180 2404
3.8
Kafe Siber (n=4) < 592 50.0 60 1191 25.0120 1801 25.0
Lain-lain (n=6) < 59 4 66.7 60 119 0 0.0120 180 2 33.3
Jadual 3 pula menerangkan hasil kajian bagi masa mengguna,
jangka masa yang diambil, dan kali terakhir menggunakan e-dagang.
Daripada hasil kajian yang diperoleh mendapati bahawa majoriti
(32%) responden adalah menggunakan e-dagang secaratidak menentu.
Jangkamasa yang diambil untuk menjalankan satu-satu urusan e-dagang
pula hampir separuh daripada keseluruhan responden mengambil masa
kurang dari 30 minit iaitu sebanyak 48 peratus. Sementara itu
tempoh masa terakhir responden melakukan urusan e-dagang kebanyakan
daripada mereka adalah kurang dari sebulan yang lepas, iaitu
sebanyak 67.3 peratus.
Jadual 3:Kekerapan bagi Masa Mengguna, Jangka Masa yang Diambil
dan Kali Terakhir Melakukan E-dagang. (n=150)
Kategori Karektoristik Kekerapan Peratusan () (%) Kekerapan
menggunakan e-dagangSetiap hari 9 6.0Setiap minggu 12 8.0Setiap
bulan 35 23.3Tidak menentu 49 32.7Bila perlu 45 30.0Lain-lain 0
0.0
Jangka masa yang diambil untuk melakukane-dagang bagi setiap
sesiKurang dari 30 minit 72 48.0 jam - 1 jam 59 39.31 jam - 2 jam
18 12.02 jam - 3 jam 0 0.03 jam dan ke atas 1 0.7
Kali terakhir melakukan e-dagangKurang dari sebulan yang lalu
101 67.31 -3 bulan yang lalu 36 24.0 3 - 6 bulan yang lalu 7
4.7Lebih dari 6 bulan yang lalu 6 4.0
Jadual 4 menunjukkan hubungan antara faktor terpilih dengan
keinginan untuk menggunakan e-dagang. Hasil kajian mendapati
kesemua faktor yang terpilih, iaitu faktor kebergunaan, mudah
digunakan,pengaruh sosial, kepercayaan, dan keselamatan memiliki
hubungan yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang.
Jadual 4:Hubungan Antara Faktor Terpilih dengan Keinginan
Menggunakan E-dagang.(n=150)
Pemboleh ubah Keinginan menggunakan e-dagangR pKebergunaan
.667** .000Mudah Digunakan .650** .000Pengaruh Sosial .430**
.000Kepercayaan .559** .000Kos .403** .000Keselamatan .448** .000*
p < 0.05 (Terdapat perkaitan yang signifikan antara kedua-dua
pemboleh ubah)
Faktor kebergunaan didapati memiliki hubungan dengan keinginan
pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti
e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati
hipotesis 1 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan
positif yang signifikan antara faktor Kebergunaan dengan keinginan
pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor kebergunaan
memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan
menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Ia disokong oleh
kajian lepas oleh Tengku Siti Aisha dan rakan-rakan (2008) yang
mendapati bahawa faktor kebergunaan memiliki hubungan signifikan
yang sederhana kuat dengan gelagat keinginan penggunaan dalam
kalangan bukan pengguna laman sesawang. Oleh yang demikian, faktor
kebergunaan adalah memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan
e-dagang seperti yang diperoleh dalam Teori TAM yang terdahulu oleh
Davis (1989).
Faktor Mudah digunakan didapati memiliki hubungan dengan
keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu
seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4)
didapati hipotesis 2 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat
hubungan positif yang signifikan antara faktor mudah digunakan
dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang.
Faktor mudah digunakan memiliki hubungan positif yang signifikan
dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat.
Hasil kajian oleh Lim dan rakan rakan (2008) mendapati bahawa
faktor mudah digunakan memiliki hubungan positif yang signifikan
terhadap penggunaan laman web e-pembelian. Faktor mudah digunakan
telah lama dikenal pasti sebagai keperluan asas terhadap reka
bentuk sesebuah sistem (Chau, 1996). Oleh yang demikian, faktor
mudah digunakan merupakan faktor yang memiliki hubungan dengan
keinginan menggunakan e-dagang. Faktor pengaruh sosial juga
didapati turut memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk
menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang.
Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati hipotesis 3
kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang
signifikan antara faktor pengaruh sosial dengan keinginan pengguna
Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor pengaruh sosial
memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan
menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Hasil kajian oleh
Wei dan rakan-rakan (2009) mendapati bahawa faktor pengaruh social
adalah memiliki hubungan yang signifikan terhadap keinginan untuk
menggunakan m-commerce. Oleh yang demikian, faktor pengaruh sosial
dilihat memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan
e-dagang.
Faktor kepercayaan didapati memiliki hubungan dengan keinginan
pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti
e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati
hipotesis 4 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan
positif yang signifikan antara faktor kepercayaan dengan keinginan
pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor kepercayaan
memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan
menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Ia juga turut
disokong oleh Yoon (2009) yang mendapati bahawa faktor Kepercayaan
memiliki hubungan signifikan yang positif dengan membeli-belah
menerusi online. Justeru, faktor kepercayaan juga merupakan faktor
yang turut memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan
e-dagang.
Faktor kos sememangnya memiliki hubungan dengan keinginan
pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti
e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati
hipotesis 5 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan
positif yang signifikan antara faktor kos dengan keinginan pengguna
Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor kos memiliki hubungan
positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada
tahap sederhana kuat. Hasil kajian oleh Ching dan Hsi (2007) pula
mendapati bahawa faktor kos mempunyai hubungan signifikan yang
negative terhadap keputusan membeli muzik secara online. Ini
membuktikan bahawa semakin tinggi kos sesuatu barangan atau
perkhidmatan tersebut, maka semakin kurang keputusan pengguna untuk
membeli barangan secara online. Venkatesh dan Brown (2001) dalam
kajian mereka mendapati bahawa harga yang tinggi merupakan perencat
utama ke arah keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu
pembelian. Sehubungan dengan itu, faktor Kos merupakan faktor
penyumbang dalam mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan
sesebuah sistem baharu khususnya e-dagang.
Faktor keselamatan didapati turut memiliki hubungan dengan
keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu
seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4)
didapati hipotesis 6 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat
hubungan positif yang signifikan antara factor keselamatan dengan
keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor
keselamatan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan
keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Hasil
kajian oleh Hing (2009) mendapati bahawa faktor Keselamatan adalah
memiliki hubungan positif yang signifikan dengan menerima guna
perbankan Internet. Oleh yang demikian, faktor Keselamatan turut
dilihat memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan aplikasi
e-dagang.
Cabaran/halangan penggunaan e-dagangNamun begitu, e-dagang yang
merupakan sebuah teknologi baru tidak terlepas dari cabaran yang
ditempuh dalam usaha untuk dikembangkan dan digunapakai oleh orang
ramai. Cabaran dan rintangan yang dihadapi ini berlaku diserata
dunia dan termasuk di Malaysia. Tidak semua sesebuah teknologi yang
diperkenalkan disambut baik oleh sesetengah masyarakat. Terdapat
sebahagian yang berminat dan menggunakan perkhidmatan tersebut atas
urusan kerja dan aktiviti seharian. Senario di Malaysia yang
merupakan sebuah Negara yang sedang membangun turut mengalami
perkembangan rendah berhubung dengan system e-dagang ini.
Kebanyakkan organisasi yang menawarkan system ini kepada pelanggan
mereka masih lagi diperingkat awalan dan memerlukan banyak masa
untuk diterimaguna sepenuhnya. Sekiranya pihak organisasi kurang
mengambil inisatif terhadap perkembangan system e-dagang ini, maka
perkembangan dan penggunaan e-dagang juga akan
perlahan.Perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna
menggunakan perkhidmatan e-dagang melalui internet. Akan tetapi,
barang yang ditempah daripada pengusaha tidak akan cepat sampai
kepada para pengguna. Ini menyebabkan para pengguna tidak yakin
dengan e-dagang.
Dari segi kepuasan juga, turut mempengaruhi para pengguna
menggunakan perkhidmatan e-dagang ini. Para pengguna lebih
mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang dibeli. Pengguna
yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran
semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barangan tersebut.
Contohnya, para pengguna hanya dapat melihat katalog yang
diiklankan dalam perniagaan internet. Jelaslah, e-dagang dapat
menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna. Sekiranya
perkhidmatan e-dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan
manfaat kepada pengguna. Akan tetapi sekiranya pengguna yang tidak
bijak menggunakan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka
kerugian.
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan/ cabaran/ halangan
dengan sistem urusniaga menggunakan e-dagang.
1.Kelemahan dari sudut peniaga1.1.Tidak upaya mempamirkan barang
sebenar.Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar
terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara
terperinci dalam web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang
sepatutnya dapat dipamirkan melalui penglihatan dan sentuhan akan
tersembunyi. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat
memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh
pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan.1.2. kesulitan dalam
memberi penerangan dan maklumbalas.Interaksi secara lintas langsung
dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Tidak ramai sasaran akan
memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah
membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka yang belum
mencuba akan beralih ke barangan pengganti yang lain yang bersamaan
jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.
2. kelemahan dari sudut pembeli.2.1. pesanan tidak
diterimaPembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat
kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau
syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah
dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.2.2. barang
yang dipesan tidak menepati seperti yang diiklankan.Tidak semua
pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya
barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklan yang
mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan
tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.
3.isu3.1. keselamatanPerkembangan teknologi internet tidak
menjamin bahawa pesanan dibuat tidak dipintas dan diubah. Kerugian
yang dihadapi oleh pembeli bukan sekadar dipintas dan dibuat
perubahan terhadap pesanan tetapi pembeli akan lebih terdedah
kepada risiko pengubahan alamat penghantaran barangan.
3.2 percukaianSistem percukaian adalah meliputi cukai jualan dan
juga cukai pendapatan. Jika hendak dikenakan bagaimanakah caranya
untuk dikenakan? Jika tidak dikenakan atau dihapuskan akan
merugikan pihak kerajaan yang mana cukai jualan merupakan
penyumbang kepada hasil negara.
3.3. penipuan Dari sudut pembayaran juga merupakan satu
kelemahan dimana 20% pelanggan telah membuat laporan mengenai
kehilangan kad kredit (Pankaj Kamthan, 1999). Kad kredit merupakan
elemen penting dalam pembayaran melalui e-dagang. Perlukan dibuat
penghantaran memastikan kad sebenarnya?Buat masa ini belum lagi ada
pihak yang berani memastikan segala yang dihantar melalui
elektronik adalah selamat 100%. Menurut laporan terdapat bukti yang
membabitkan penipuan urusniaga di internert dunia bernilai AS$3.2
bilion (RM12.16 bilion) pada tahun 1999 (berita harian, iogos
2000).
Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang
Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yan mana segala
aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan
internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merakumi penggunaan
laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada
pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet
dan pengurusan khidmat pelangan secara online. Terdapat dua jenis
perniagaan yang boleh dijalankan melalui medium internet iaitu yang
berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk
perkhidmatan.
faktor utama dalam e-dagang yang digunakan sebagai faktor
pendorong bagi perdagangan konvensional:1. Memiliki liputan yang
luas2. Proses transaksi yang cepat3. Dapat mendorong kretiviti dari
pihak penjual secara cepat dan tepat dan penyampaian maklumat yang
disampaikan secara langsung.4. Dapat mencipta efesien yang
tinggi.5. Murah serta berguna6. Dapat meningkatkan kepuasan
pelanggan dengan penggunaan yang cepat, mudah, dan kebersanan.
Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e-dagang ialah
perangkaian dan integrasi diantara semua syarikat-syarikat yang
berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia
perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan
transaksi perniagaan yang dijalankan dengan sekelip mata serta
tidak dibelenggu dengan karenah pengisian borang-borang dan
birokrasi.
Kebaikan e-dagang yang ketara ialah dari sudut memberi
keselesaan membeli-belah dalam kenteteraman rumah. Keadaan ini
memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang sesama ahli
keluarga sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati keperluan
seisi keluarga adalah menjimatkan. Selain itu e-dagang berupaya
memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Kemesraan ini
terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta
mempunyai penerangan untuk membolehkan pengguna membuat pilihan
dengan betul.
Kesimpulan
Perkembangan e-dagang di Malaysia sememangnya sdah berada pada
tahap yang semakin memingkat dari masa kesemasa. Dengan adanya
inisatif daripada pihak kerajaan dalam memastikan sistem e-dagang
ini diimplimentasikan sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia,
pelbagai kerangka dan pembinaan infrastruktur telah dan bakan
dibangunkan kelak. Ianya adalah sejajar dengan perkembangan pesat
sistem e-dagang yang telah diterapkan oleh beberapa Negara maju dan
yang sedang membangun yang lain bagi memacu ekonomi masing-masing.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan
yang besar dalam memastikan segala kelengkapan dan keperluan dalam
sektor yang berkaitan dengan ICT dan dibangunkan dan seterusnya
dapat memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat di Malaysia
kepada pengguna e-dagang.
Proses perlaksaan sistem e-dagang sememangnya perlu mengharungi
rintangan serta cabaran yang besar sebelum is dapat diaplikasikan
dan diterima guna sepenuhnya. Menerusi perancangan dan peruntukan
yang besar khususnya dalam bidang ICT untuk pembinaan infrastruktur
dan frasarana, pihak kerajaan juga perlu memanfaatkan kepakaran
dalam sistem berkenaan untuk diperluaskan penggunaan serta menyebar
luas pengetahuan berkenaan dengan e-dagang ini melalui medium yang
lain seperti seminar, bengkel, pameran, risalah, dan sebagainya.
Masyarakat umumnya memiliki pengetahuan yang terbatas berkenaan
dengan sistem tersebut serta penggunaannya juga masih lagi pada
paras yang rendah. Ini membuktikan masyarakat di Malaysia khususnya
masih lagi kurang arif berhubung dengan fungsi system berkenaan
yang mana ia amat berfaedah dan transaksi urusniaga secara on
line.
Sehubungan dengan itu, perkembangan e-dagang ini sewajarnya
dipandang serius oleh pihak berwajib dalam melihat kelebihan yang
dimiliki selain mampu menjana ekonomi ke arah yang lebih baik dan
maju pada masa yang akan datang kelak. Kewujudan e-dagang ini bakal
merancakkan lagi urusan yang melibatkan transaksi kewangan dan
perkara yang melibatkan dengan e-dagang ke arah yang lebih positif
dan seterusnya diterimapakai oleh masyarakat setempat. Malaysia
kini berada pada landasan yang tepat apabila pihak kerajaan telah
berusaha dengan gigih bagi menyediakan infrastuktur serta kemudahan
yang lain dalam memastikan salah satu aplikasi perdana dalam MSC
ini tercapai dan seterusnya memacu ke arah ekonomi yang mapan
sehingga menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 kelak.
Rujukan Ab. Aziz Yusof & Zakaria. (2004). Prinsip
Keusahawanan, Edisi Kedua. Kuala LumpurMohd Salleh Hj Din et al
(2004). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur. Thomson Learning.Rosli
Mahmood et al.,(2010). Prinsip-prinsip Keusahawanan: Pendekatan
Gunaan (edisi kedua). Singapore: Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Page | 3
- 17 -