Top Banner
TUGASAN 3 (10 HALAMAN) 20% TAJUK: ULASAN BUKU SECARA INDIVIDU Buat satu ulasan buku dalam bidang falsafah bahasa atau falsafah pendidikan bahasa sediakan satu contoh proposal dan penyelidikan dalam bidang falsafah bahasa atau falsafah pendidikan bahasa. A. Judul : FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA B. Nama Penulis : I. MOHD RASHID MD IDRIS II. ABU HASSAN ABDUL C. Pengenalan – Huraian Tajuk Dalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa, pengarang telah berjaya mempertengahkan beberapa persoalan yang berkisarkan konsep, pelaksanaan dan persepsi guru berhubung falsafah pendidikan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan di Malaysia dengan mengemukakan tiga penyelidikan ringkas untuk memperkukuhkan perbincangan secara menyeruluh terhadap falsafah pendidikan bahasa. Pada awal perbincangan, pengarang cuba untuk mengenegahkan konsep-konsep penting dalam memahami bahasa, falsafah, pendidikan, falsafah bahasa dan falsafah pendidikan bahasa. Dalam penyelidikan pertama berhubung dengan pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan. Penyelidikan kedua menjurus kepada aplikasi dan penilaian falsafah pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan manakala penyelidikan yang ketiga menghala kepada pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa di sekolah menengah kebangsaan melalui persepsi guru dengan berfokuskan pendekatan bersepadu, termasuk perancangan
22

TUGASAN 3 BMP 6014

Jan 22, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: TUGASAN 3 BMP 6014

TUGASAN 3 (10 HALAMAN) 20%TAJUK: ULASAN BUKU SECARA INDIVIDUBuat satu ulasan buku dalam bidang falsafah bahasa ataufalsafah pendidikan bahasa sediakan satu contoh proposal danpenyelidikan dalam bidang falsafah bahasa atau falsafahpendidikan bahasa.

A. Judul : FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASAB. Nama Penulis :

I. MOHD RASHID MD IDRISII. ABU HASSAN ABDUL

C. Pengenalan – Huraian Tajuk

Dalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa, pengarang telah

berjaya mempertengahkan beberapa persoalan yang

berkisarkan konsep, pelaksanaan dan persepsi guru

berhubung falsafah pendidikan bahasa Melayu dalam konteks

pendidikan di Malaysia dengan mengemukakan tiga

penyelidikan ringkas untuk memperkukuhkan perbincangan

secara menyeruluh terhadap falsafah pendidikan bahasa.

Pada awal perbincangan, pengarang cuba untuk

mengenegahkan konsep-konsep penting dalam memahami

bahasa, falsafah, pendidikan, falsafah bahasa dan

falsafah pendidikan bahasa. Dalam penyelidikan pertama

berhubung dengan pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa

Melayu di sekolah menengah kebangsaan. Penyelidikan kedua

menjurus kepada aplikasi dan penilaian falsafah

pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan

manakala penyelidikan yang ketiga menghala kepada

pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa di sekolah

menengah kebangsaan melalui persepsi guru dengan

berfokuskan pendekatan bersepadu, termasuk perancangan

Page 2: TUGASAN 3 BMP 6014

pengajaran dan perlaksanaan pengajaran berhubung

pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu.

Akhirnya, disertakan pengalaman guru merancang dan

melaksanakan falsafah pendidikan bahasa dalam pengajaran

bahasa Melayu dengan menggunakan Model Falsafah Bahasa

untuk mencapai tujuan tersebut. Pengarang berharap usaha-

usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilaksanakan segera

agar pendidikan bahasa Melayu di Negara ini terus maju

dan menjadi pemangkin kepada pengeluaran modal insane

yang cemerlang dari segi nebtak dan rohani hasil adunan

falsafah pendidikan bahasa Melayu yang khusus.

D. Penyataan masalah

i. Bab 2: Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Bahasa Melayu

Di Malaysia (Penyelidikan Pertama)

Penyataan masalah yang telah ditengahkan dalam buku

menerusi tiga penyelidikan yang telah dibuat oleh

pengarang. Dalam penyelidikan yang pertama iaitu Falsafah

Bahasa dalam Konteks Pendidikan Bahasa Melayu di

Malaysia, pengarang ingin membuat perbandingan dengan

kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Awang Sariyan.

Pengkaji berusaha untuk membandingbezakan pelaksanaan

falsafah bahasa dengan memfokuskan pengisian sukatan

pelajaran Bahasa Melayu serta strategi pengajaran dan

pembelajarannya. Permasalahan ini dipilih oleh pengkaji

bertujuan untuk melihat sebarang perubahan atau

penambahbaikan dalam aspek pelaksanaan atau amalan

pendidikan Bahasa Melayu yang sudah semestinya memerlukan

reformasi bersesuaian dengan falsafah yang mendasarinya.

Page 3: TUGASAN 3 BMP 6014

ii. Bab 3: Pelaksanaan Dan Penilaian Falsafah Pendidikan

Bahasa Melayu (Penyelidikan Kedua)

Dalam penyelidikan yang kedua pengarang berpendapat

bahawa bahasa Melayu berpotensi dan berupaya dijadikan

sebagai suatu medium untuk menyampaikan ilmu pengetahuan

dan nilai murni agar matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan tersebut tercapai sepenuhnya. Namun begitu,

pengarang juga berpendapat bahawa wujud sesuatu falsafah

pendidikan bahasa Melayu yang khusus dan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat mengisi usaha

untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu dari sudur bahasa. Selain itu, aspek

pelaksanaan atau amalan pendidikan bahasa Melayu yang

semestinya memerlukan reformasi untuk mengisi falsafah

tersebut. Kedua-dua aspek ini pernyataan masalah tersebut

juga dipersetujui oleh Awang Sariyan. (1997:35)

Oleh yang demikian, pengarang berpendapat bahawa guru-

guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu

sendiri sebenarnya kurang terdedah dengan ilmu falsafah

bahasa ini. Hal demikian mungkin disebabkan tidak semua

guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu memiliki

kelayakan ikhtisas yang khusus dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu. Ini menyebabkan berlakunya sebuah

pengajaran dan pembelajaran yang bersifat akademik

semata-mata sehingga mengabaikan keperluan untuk

menerapkan nilai-nilai murni dan rohani. Dengan itu,

Page 4: TUGASAN 3 BMP 6014

sememang wajar pengkaji menjalankan kajian ini bagi

mencari jawapan bagi masalah-masalah yang timbul dalam

bidang falsafah bahasa khususnya dari aspek pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.

iii. Bab 4: Pelaksanaan Dan Persepsi Guru Terhadap

Falsafah Pendidikan Bahasa Melayu. (Penyelidikan

Ketiga)

Dalam penyelidikan yang ketiga, pengarang mendapati masih

ramai guru yang belum jelas tentang konsep falsafah

pendidikan bahasa ini dan bagaimana falsafah ini

diaplikasikan di dalam dunia pendidikan, terutamanya

dalam bidang pendidikan bahasa. Konsep berkaitan dengan

pendekatan bersepadu ini juga mungkin masih kabur pada

sesetengah guru terutamanya guru-guru baharu di mana

ianya berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Jika guru-guru Bahasa Melayu itu sendiri

tidak jelas dan faham tentang falsafah pendidikan bahasa

yang patut diaplikasikan, maka timbul masalah dalam

pendidikan bahasa di Malaysia seterusnya akan menjatuhkan

kualiti pendidikan Negara.

Selain itu, kebanyakan guru bahasa sering menghadapi

masalah berhubung dengan pengajaran terutamanya berkaitan

pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu ini.

Masalah yang timbul juga mungkin meliputi pelbagai aspek

dan perkara. Hal ini demikian kerana, kebanyakan guru

mungkin kurang arif berhubung cara untuk mengatasi

masalah yang dihadapi seterusnya boleh menyebabkan

Page 5: TUGASAN 3 BMP 6014

masalah menjadi berlarutan dan menjejaskan prestasi

mereka sebagai seorang guru bahasa. Oleh yang demikian,

pengkaji meneruskan kajiannya untuk meninjau pelaksanaan

dan persepsi guru terhadap falsafah pendidikan bahasa

Melayu dalam penyelidikan yang ketiganya.

E. Objektif kajian

Dalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa pengarang

mengenengahkan beberapa objektif kajian berdasarkan

tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat seperti berikut:-

i. Penyelidikan Pertama

1. Pengkaji berharap agar dapat mengetahui makna dan

huraian terperinci mengenai falsafah bahasa.

2. Pengkaji juga berharap dapat member pendedahan

kepada guru-guru lain khususnya guru Bahasa Melayu

dalam memahami dan menghayati falsafah bahasa di

sebalik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

di sekolah. Hal ini demikian kerana, pengkaji

berpendapat seseorang guru itu akan lebih

bersemangat dan bersungguh-sungguh mengajar jika

mereka faham dan tahu intipati yang menjadi akar

kepada ilmu yang mereka curahkan.

3. Pengkaji turut berharap dapat menterjemahkan

gagasan murni yang terdapat dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan mengenai potensi Bahasa

Melayu sepanjang zaman melalui pelbagai reformasi

yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran sekolah

menengah.

Page 6: TUGASAN 3 BMP 6014

ii. Penyelidikan Kedua

1. Untuk menerokai bidang falsafah bahasa dan

menunjukkan perkaitan pentingnya diwujudkan suatu

falsafah pendidikan bahasa Melayu yang khusus.

2. Untuk mendalami teori-teori falsafah bahasa iaitu

falsafah Barat dan falsafah Islam dan

mengaitkannya dengan reality pendidikan bahasa

Melayu masa kini.

3. Meninjau sejauh mana pengaplikasian falsafah

pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah

terutamanya dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

4. Menyarankan strategi bagi meningkatkan falsafah

pendidikan bahasa dalam konteks reformasi

pendidikan Negara.

iii. Penyelidikan Ketiga

1. Menghuraikan secara terperinci konsep-konsep dan

pengertian falsafah pendidikan bahasa.

2. Mengenal pasti persepsi guru tentang konsep

pendekatan bersepadu perancangan pengajaran dan

pelaksanaan pengajaran berhubung pendekatan

bersepadu dalam pendidikan Bahasa Melayu

3. Menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh guru

dalam pelaksanaan pendekatan bersepadu pendidikan

Bahasa Melayu dan mengemukakan cadangan

penyelesaiannya.

F. Persoalan Kajian

Page 7: TUGASAN 3 BMP 6014

Dalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa pengarang

mengetengahkan beberapa persoalan kajian berdasarkan

tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat. Namun begitu

pengarang tidak menyatakan persoalan kajian dalam

kajiannya yang pertama. Pengkaji seharusnya menyatakan

persoalan kajian dalam kajiannya yang pertama agar

persoalan yang dipersoalkan dapat dikaji dengan lebih

mantap. Dalam kajian yang kedua, pengkaji menjalankan

kajian dengan mengambil kira pendapat tokoh-tokoh bahasa

yang telah membuat kajian dalam bidang tersebut melalui

pembacaan. Hasil daripada pembacaan, pengkaji mendapati

bidang falsafah mempunyai cirri-ciri kesamaan teori-teori

falsafah bahasa yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh

bahasa sama ada di dalam atau di luar Negara. Namun

begitu, kajian mengenai bidang falsafah bahasa Melayu ini

masih jarang diterokai oleh tokoh-tokoh bahasa tempatan.

Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa

sememangnya wajar tajuk ini dibuat kajian bagi mendalami

bidang falsafah bahasa Melayu.

Dalam penyelidikan ketiga, pengkaji telah berjaya

mengetengahkan tiga(3) persoalan kajian seperti berikut:-

1. Apakah persepsi guru tentang konsep atau gagasan

pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu?

2. Apakah para guru merancang pendekatan bersepadu dalam

persediaan mengajar dan mengaplikasikannya dalam

pengajaran?

Page 8: TUGASAN 3 BMP 6014

3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru

dalam melaksanakan pendekatan bersepadu dan langkah

yang diambil untuk mengatasinya?

G. Kepentingan KajianDalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa pengarang

mengenengahkan beberapa kepentingan kajian berdasarkan

tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat seperti berikut:-

i. Penyelidikan Pertama

1. Kajian ini penting dan mampu member manfaat kepada

diri pengkaji sendiri, para guru subjek Bahasa

Melayu khususnya, dan juga kepada sesiapa sahaja

yang mencintai bahasa Melayu.

2. Kajian ini dapat member kesan kepada pembacanya

melalui penghayatan mengenai falsafah murni bahasa

Melayu yang tunjang kepada pendidkan subjek Bahasa

Melayu di sekolah.

3. Kajian ini dapat membantu guru memahami falsafah

bahasa dan pelaksanaannya dalam sistem pendidikan

di Malaysia.

4. Kajian ini juga penting dan merupakan salah satu

usaha kecil pengkaji bagi memperkenal dan

mengangkat martabat bahasa Melayu di mata penutur

asing atau penutur yang menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa kedua.

ii. Penyelidikan Kedua

1. Pembinaan suatu kerangka falsafah pendidikan

bahasa bagi bahasa Melayu sebagai bahasa

Page 9: TUGASAN 3 BMP 6014

kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu di

Negara ini, khususnya bagi bahasa Melayu dalam

konteks yang lebih luas.

2. Mengisi gerakan pengislaman ilmu merupakan jihad

umat Islam di seluruh dunia bagi mengetengahkan

epistemology atau teori ilmu yang berpaksikan

tauhid dan syariah dalam semua bidang, termasuk

dalam bidang pendidikan bahasa.

3. Kajian ini diharapkan dapat menterjemahkan

gagasan-gagasan murid yang terungkap dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khususnya yang

berkaitan dengan pendidikan bersepadu, dengan

pertimbangan khusus dari sudut peranan bahasa

Melayu dalam proses pengilmuan generasi muda.

4. Kajian ini diharapkan dapat membantu mengisi

kekurangan kajian tentang beberapa aspek

linguistik Melayu yang belum mendapat perhatian

yang mendalam, termasuk bidang falsafah bahasa.

5. Kajian ini diharapka dapat melengkapkan diri

pengkaji dan rakan-rakan seperjuangan yang lain,

mengenai ilmu falsafah pendidikan bahasa Melayu,

sebelum menjejakkan kaki ke sekolah sebagai guru

Bahasa Melayu kelak.

iii. Penyelidikan Ketiga

1. Memberi pendedahan dan huraian terperinci

berkaitan konsep falsafah bahasa dan falsafah

pendidikan bahasa dapat dihurai dan diperdalam

Page 10: TUGASAN 3 BMP 6014

supaya pembaca dapat memahami bidang ini dengan

jelas.

2. Melihat sejauh manakah pelaksanaan falsafah

pendidikan bahasa di sekolah di samping mengenal

pasti persepsi, perancangan dan pelaksanaan guru

berkaitan pendekatan bersepadu dalam pendidikan

Bahasa Melayu.

3. Menyenaraikan masalah-masalah yang mungkin timbul

dalam melaksanakan pendekatan bersepadu pendidikan

bahasa Melayu ini dapat dikesan dan dikaji

seterusnya mencari penyelesaian terhadap masalah-

masalah tersebut.

H. Metodologi

i. Penyelidikan Pertama

Pengkaji memilih untuk melaksanakan kaedah

kualitatif iaitu dengan memfokuskan kajian

perpustkaan untuk menganalisis dan menyiapkan kertas

projek ini. Kaedah pengumpulan data secara

kualitatif ini melibatkan kerja-kerja dalam bidang

bukan nombor, yang mungkin juga dalam bentuk

pernyataan akau penceritaan. Pengkaji banyak

mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku, buku

teks pelajar, jurnal, kertas seminar, internet dan

bahan utamanya adalah Sukatan pelajaran Bahasa

Melayu KBSM 2002. Bahan-bahan rujukan ini tidak

hanya diperolehi di perpustkaaan Universiti

Pendidikan Sultan Idris sahaja. Pengkaji juga turut

mencari bahan-bahan maklumat di perpustkaan

Page 11: TUGASAN 3 BMP 6014

university lain terutamanya Perpustakaan Utama

Universiti Malaya dan juga di Perpustakaan Negara.

ii. Penyelidikan Kedua

Kajian ini dijalankan berdasarkan dua reka bentuk

kajian iaitu Kaedah Tinjauan (survey) dan Kajian

Keppustakaan. Kaedah-kaedah tersebut digunakan untuk

mengetahui persepsi guru mata pelajaran Bahasa

Malayu peringkat sekolah menengah tentang pendekatan

bersepadu pendidikan bahasa Melayu, perancangan dan

pelaksanaan dalam pengajaran. Banyak maklumat

seperti buku-buku dan jurnal-jurnal bagi mendapatkan

sumber kajian diperolehi dari perpustakaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan

Negara dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Tempat

kajian dijalankan di SMK Perempuan Bukit Kuda Perak

dan SMK Abdul Samad Kelantan. Sampel kajian dalam

penyelidikan ini ialah guru-guru sekolah menengah

yang mengajar Bahasa Melayub di kedua-dua sekolah

berkenaan. Sempel kajian dan responden kajian yang

digunakan sebanyak 50 sempel, iaitu 25 sempel

daripada SMK Perepuan Bukit Kuda dan 25 sempel lagi

daripada SMK Andul Samad Kelantan. Kajian ini

dilaksanakan dengan menggunakan borang selidik yang

terdiri daripada dua jenis iaitu Borang soal-selidik

maklumat latar belakang guru dan Borang soal-selidik

persepsi guru. Borang soal-selidik ini telah

diedarkan kepada 50 orang responden di kedua-dua

Page 12: TUGASAN 3 BMP 6014

buah sekolah tersebut. Responden telah diberi masa

selama dua minggu untuk mengisi borang soal-selidik

tersebut. Penganalisisan data dilakukan setelah

maklumat yang diperolehi daripada borang soal-

selidik yang telah diisi oleh responden. Pengkaji

menggunakan program SPSS untuk menganalisis

kekerapan bagi setiap bahagian yang diisi oleh guru-

guru yang dikaji. Analisis tersebut dilakukan bagi

memenuhi tuntutan tujuan kajian dan soalan kajian

yang telah ditetapkan.

iii. Dalam kajian ini, pengkaji juga menggunakan kaedah

tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 25

orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah dalam

daerah Kuala Selangor. Persepsi guru dipilih sebagai

tumpuan kajian kerana pemahaman, penghayatan,

perencanaan dan pelaksanaan pengajaran guru adalah

amat bergantung terhadap persepsi seseorang guru itu

sendiri. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian

ini ialah SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor dan

SMK Seri Desa Tanjung Karang Selangor. Instrument

kajian yang digunakan adalah borang soal-selidk.

Kaedah pengumpulan dan penganalisian data yang

digunakan pula ialah pengumpulan data jenis

kuantitatif. Dalam kajian ini program SPSS juga

digunakan bagi menganalisis data mentah yang

diperolehi untuk dianalisis.

Page 13: TUGASAN 3 BMP 6014

I. Kerangka Teoretikal –konsep teori

Berdasarkan perbincangan mengenai padanan Teori Relatif

dengan Teori Kenuranian Bahasa, maka Mohd Rashid Md Idris

dalam tesisnya Ph.D beliau (2007) telah mengemukakan

sebuah model yang diberi nama “Model Falsafah Bahasa”.

Ringkasan dapatan Teori Relatif yang dikemukakan oleh

Edward Sapir (1884 – 1939) dan Benjamin Whorf (1897 –

1941) ialah bahasa berperanan dalam mempengaruhi

pemikiran dan cara hidup individu dan masyarakat

penuturnya. Dapatan teori ini menjadi asas kepada Model

Falsafah Bahasa. Model ini diperkemaskan dengan kemasukan

dapatan Teori Kenuranian Bahasa. Ringkasan dapatan

daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah kurnia

Allah. Antara tokoh yang banyak membicarakannya ialah

S.M. Naquib al-Attas (1991;1978), Hashim Hj. Musa

(1980;1991), Mangantar Simanjuntak (1987). Awang Sariyan

(1997;2007), dan Noriah Mohamed (1999), termasuk juga

kitab al-Quran.

J. Tinjauan literatur

i. Penyelidikan Pertama

Bahagian ini membincangkan tinjauan literature atau

kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan falsafah

pendidikan bahasa Melayu dan sejarah perkembangannya

dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dengan melihat

kajian-kajian terdahulu, pengkaji akan lebih mudah

memahami isu yang bakal pengkaji analisis. Namun

begitu, dalam penyelidikan pertama pengkaji banyak

merujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh tokoh-

Page 14: TUGASAN 3 BMP 6014

tokoh terdahulu yang cuba membincangkan falsafah bahasa

secara terperinci walaupun bidang ini merupakan sebuah

bidang yang belum ramai tokoh bahasa yang mengkaji

bidang ini.

Hashim Hj. Musa (1994:10) menjelaskan bahawa falsafah

sebagai kajian secara renungan dan spekulatif terhadap

punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan yang

menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan

manusia. Belaiu turut menjelaskan konsep falsafah yang

paling luas dan serba merangkumi, mencakupi keseluruhan

pengetahuan konsepsi manusia tentang semua bidang,

cadangan dan menjadikannya satu keseluruhan, satu

gemblengan pengetahuan konsepsi manusia.

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003: 24),

mazhab falsafah idealism dan realism tergolong dalam

kategori falsafah tradisional, manakala mazhab falsafah

pragmatism dan eksistensialisme ula tergolong dalam

kategori falsafah moden. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan

Othman dalam bukunya bertajuk Falsafah pendidikan

Kurikulum (2003: 29), menyatakan falsafah adalah tidak

bercanggah dengan kehendak atau prinsip yang terdapat

dalam ajaran Islam. Jika sains adalah mencari

kebenaran, falsafah adalah mendekati kebenaran,

manakala agama pula adalah kebenarannya.

Page 15: TUGASAN 3 BMP 6014

Menurut Asmah Hj. Omar (1983: 1), tidak terdapat satu

makna khusus mengenai bahasa kerana ada yang melihatnya

sebagai lambing atau kod, dan ada pula yang

mendefinisikannya sebagai sistem atau alat sahaja,

iaitu sebagai alat komunikasi, alat pemikiran, alat

penglihatan dunia dan berbagai-bagai lagi.

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985: 42), pula

menjelaskan bahasa sebagai suatu sistem lambing yang

terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh

alat-alat pertuturan atau alat artrikulasi manusia yang

terdiri daripada alat-alat seperti lidah, anak tekak,

lelangit, bibir, gusi dan sebagainya.

Hashim Hj. Musa (1994: 1) mengatakan bahawa falsafah

bahasa adalah gabungan daripada kajian falsafah dan

kajian bahasa atau linguistik. Falsafah bahasa secara

umumnya meneliti hubungan antara bahasa dengan ilmu

pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan dunia,

reality kewujudan manusia dalam erti kata menilai

bahasa sebagai pembawa makna. Satu alat perhubungan,

perakaman, penimbunan, pewarisan dan sebagai lambing

atau simbolik.

Awang Sariyan (2004: 2), menyentuh falsafah bahasa

daripada aspek perspektif Islam dengan menjelaskan

bahawa pembicaraan aspek ini berkait rapat dengan

gagasan pengislaman ilmu yang melibatkan keupayaan

Page 16: TUGASAN 3 BMP 6014

meletakkan segala ilmu termasuk linguistic, dalam

orientasi, objektif, dan focus yang berasaskan tasawur

sudut pandangan sarwa Islam .

Menurut Kaelan M.S, falsafah bahasa merupakan salah

satu cabang falsafah yang mula dikenali dan berkembang

sekitar abad ke-20 ketika ahli falsafah menyedari

bahawa terdapat banyak masalah dan konsep falsafah baru

yang dijelaskan melalui analisis bahasa kerana bahasa

merupakan sarana yang vital dalam falsafah (1998: 5)

ii. Penyelidikan Kedua

Dalam buku “Penghantar Falsafah Bahasa”, Hashim Hj.

Musa (2006: 7) mentakrifkan falsafah sebagai ilmu yang

mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logical

yang merupakan hakikat benda-benda dan kejadian dalam

alam semesta ini yang dilihat dan dihuraikan secara

holistic atau menyeluruh berdasarkan paradigm berfikir

secara logic melalui kaedah renungan, penaakulan dan

hujahan yang logical dan rasional dengan nilai

kebenarannya diukur berasaskan akal yang rasional.

Hasim Hj. Musa (1994: 57) dalam bukunya “Falsafah

Bahasa Melayu Beberapa Aspek Kajian”, membuat ksimpulan

bahawa matlamat utama dalam pembelajaran bahasa bukan

setakat mennetahui selok belok binaan bahasa, bunyi dan

ejaannya, perkataan dan kosa katanya dan binaan ayat,

kalusa fan frasanya, tetapi melebihi itu semua ialah

mempelajari bagaimana hendak mengguna bahasa supaya

Page 17: TUGASAN 3 BMP 6014

tercapai ilmu sebenar yang boleh membimbing manusia

kepada pengenalan, pengecaman, dan pengesahan kedudukan

yang tepat dan benar bagi segala benda dalam pentarafan

ciptaan alam semesta (kosmos) yang dengan itu membawa

kepada pengenalan, pengecaman, dan pengesahan kepada

kedudukan yang tepat dan benar bagi Tuhan di dalam

pentarafan kewujudan.

Hashim Hj. Musa dalam artikelnya yang bertajuk “ Bahasa

Melayu Dalam Pendidikan Negara “ dalam pelita Bahasa

bulan Januari 2005 menegaskan bahawa pendidikan dan

penyemaian aspek moral, etika, dan kerohanian

seharusnya tidak diabaikan, iaitu menyampaikan ilmu

fardu ‘ain kepada semua anak bangsa Melayu lebih-lebih

lagi kereka yang di bangku sekolah, kolej, institusi

pengajian tinggi dan sebagainya.

Awang Sariyan dalam bukunya “Perkembangan Falsafah

Bahasa dan Pemikiran Dalam Linguistik” terbitan tahun

1997 telah berkongsi ilmu mengenai perkembangan

falsafah dan pemikiran tentang bahasa menurut

perspektif Islam.

iii. Penyelidikan Ketiga

Kajian berkiatan falsafah pendidikan bahasa sebelum ini

pernah dilakukan oleh Awang Sariyan dalam tesis

kedoktorannya (Ph.D) yang bertajuk “Falsafah Pendidikan

Bahasa: Kajian tentang Konsep dan Pelaksanaannya di

Page 18: TUGASAN 3 BMP 6014

Malaysia dengan Rujukan Khusus kepada Pendidikan Bahasa

melayu di Sekolah Menengah”. Dalam tesisnya, beliau

telah menghuraikan persoalan-persoalan berhubung

konsep-konsep yang berkaitan serta pelaksanaan falsafah

pendidikan bahasa di sekolah-sekolah di Malaysia.

K. Hipotesis

i. Penyelidikan Pertama

Kajian terhadap pelaksanaan falsafah bahasa dalam

sistem pendidikan bahasa Melayu melalui analisis yang

dilakukan terhadap kurikulum mata pelajaran Bahasa

Melayu itu sendiri. Fokusnya adalah dengan membuat

perbandingan terhadap Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa

Melaysia 1988 dengan Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa

Melayu 2002. Hasil dapatan ini juga sebenarnya

merupakan satu sorotan semula terhadap kajian terdahulu

yang dilakukan oleh Awang Sariyan terhadap Sukatan

Pelajaran KBSM Bahasa Malaysia 1988.Ringkasnya, telah

dilakukan banding beza pelaksanaan falsafah bahasa

melalui penyerapan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa

Malaysia KBSM 1988 dengan Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu KBSM 2002. Terdapat pelbagai perubahan dan

penambahbaikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

KBSM 2002 seperti perubahan terbesarnya ialah

pengelompokan bidang bahasa kepada tiga bahagian iaitu

bidng maklumat, interpersonal dan estetik. Para guru

juga diberikan kebebasan untuk mengabungjalin dan

penyerapkan kemahiran bahasa atau ilmu-ilmu lain

bergantung kepada kesesuaian huraian hasil pembelajaran

Page 19: TUGASAN 3 BMP 6014

bahasa pada setiap kali sesi pengajaran. Hal ini

membolehkan guru-guru lebih berkreativiti dalam

mempelbagaikan teknik pengajaran, sekaligus menjadikan

pengajaran subjek Bahasa Melayu lebih berkesan lagi.

ii. Penyelidikan Kedua

Bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang

dikemukakan sebelum ini, dapat dinyatakan bahawa

kebanyakan daripada guru-guru tersebut member persepsi

yang positif terhadap gagasan pendekatan bersepadu

dalam pendidikan bahasa Melayu. Guru-guru tersebut juga

dilihat mengaplikasikan konsep kesepaduan tersebut. Hal

ini demikian, dalam perancangan bahasa, guru-guru

tersebut memberikan persepsi yang positif terhadap

perancangan pengajaran harian dengan memastikan adanya

pengabungjalinan, penyerapan ilmu dan nilai, serta

kemahiran berfikir. Selain itu, guru-guru tersebut juga

positif terhadap penyediaan bahan ransangan mengajar.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru

itu ada menghadapi masalah semasa dalam proses

perancangan mengajar terutama daripada segi merancang

pembelajaran yang seimbang daripada sudut bahasa,

kemahiran berbahasa, dan penyerapan. Guru-guru juga

berhadapan dengan masalah untuk menggabungjalinkan

sistem bahasa dengan kemahiran bahasa dan

menggabungjalinkan satu kemahiran bahasa dengan

kemahiran bahasa yang lain dalam satu pengajaran. Oleh

itu, konsep pendidikan bersepadu dalam pendidikan

Page 20: TUGASAN 3 BMP 6014

bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru di sekolah

menengah memang wujud dan dipraktikkan.

iii. Penyelidikan Ketiga

Kesimpulan hasil daripada penyelidikan yang dibuat

majority daripada mereka berkelulusan Ijazah Sarjana

Muda dalam bidang pendidikan, manakala sebilang

kecilnya memiliki kelulusan ikhtisas yang lain iaitu

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan juga Sijil

Perguruan dari institusi pengajian tinggi dalam negara.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka semenangnya

mempunyai latar belakang dan ilmu pendidikan. Persepsi

guru tentang aspek-aspek pelaksanaan pengajaran menurut

pendekatan bersepadu bagi sebahagian pernyataan dapat

dikatakan positif, tetapi masih ada aspek-aspek yang

menunjukkan persepsi guru yang kurang jelas tentang

pelaksanaan pengajaran menurut pendekatan bersepadu.

L. Kesimpulan

Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap

bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya

mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada

kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh

kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang

berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi

falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama

dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai

minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan

juga mempunyai pengaruh yang sama daripada falsafah.

Page 21: TUGASAN 3 BMP 6014

Ketika berfalsafah, seseorang itu tidak digalakkan

untuk merujuk kepasda sumber kewibawaan dalam

menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, ia

digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan

akal sendiri. Aspek pemikiran rasional, logik dan

holistik duduknya lebih tinggi daripada teori sempit

Barat. Secara mudahnya kita dituntut supaya berfikir

menggunakan akal fikiran daripada asyik menurut dan

mengikut secara membuta tuli. Akal fikiran pula

mestilah tunduk kepada tuntutan syariat dan peraturan

yang hakiki supaya arah akal fikir itu terpandu ke arah

kebenaran yang hakiki dan mutlak yang sesuai dengan

fitrah kejadian akal yang telah ditetapkan batasannya.

M. Bibliografi

Mohd Rashid Md Idris&Abu Hassan Abdul (2010). Falsafah Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn Bhd.

Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim,Perak.

KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA DALAM KALANGANGURU SEKOLAH RENDAH

OLEHWONG POH TIENM20131000275

Page 22: TUGASAN 3 BMP 6014