This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
1.0) Pengakuan ………………………………………………….. 2
2.0) Penghargaan ………………………………………………….. 3
3.0) Pengenalan …………………………………………………. 4
4.0) Esei ………………………………………………….. 5-42
4.1) Soalan 1 …………………………………………………. 5-18
4.2) Soalan 2 …………………………………………………. 19-27
4.3) Soalan 3 …………………………………………………. 28-42
5.0) Refleksi …………………………………………………. 43-45
6.0) Lampiran …………………………………………………. 46-54
7.0) Rujukan …………………………………………………. 55
1
1.0) Pengakuan
“Saya mengakui bahawa karya ini adaah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan bagi tiap-tiap satunya telah saya jeaskan sumbernya”
Nur Syafawani Binti A.B Yassin
921031-12-6308
……………………………….
2
2.0) Penghargaan
Akhirnya saya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Bersyukur
saya ke hadrat Ilahi kerana rezeki kesihatan, kecerdasan dan lain-lain yang telah
menjadi faktor utama kejayaan saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun
Islam dan Tamadun Asia.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing
Ustazah Saidah Khadijah Bt Ahmad, rakan-rakan dan tidak lupa kepada keluarga saya
terutama sekali ibubapa yang sering menjadi pendorong bagi diri saya.
Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada sesiapa yang telah membantu
saya dalam menyempurnakan tugasan secara langsung ataupun tidak langsung. Pulau
Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang juga.
3
3.0) Pendahuluan
Tamadun Melayu yang muncul di Asia bangkit dan membangun hasil daripada
pengaruh-pengaruh dari tamadun-tamadun yang lain seperti tamadun China, India, dan
lain-lain, Pengaruh ketamadunan daripada pelbaga aspek merupakan hasil interaksi
yang positif antara tamadun yang ada.
Kemunculan tamadun Islam telah menyebabkan beberapa perubahan telah
berlaku dalam tamadun Melayu yang mana sehingga kini diterapkan daam kehidupan
seharian. Pengaruh tamadun Islam kini menjadi sebahagian daripada cara hidup
penduduk di Asia.
Terdapat juga banyak tokoh-tokoh Isam yang lahir dalam tamadun Islam di Asia.
Setiap dari mereka mempunyai kemahiran yang berbeza dan mempunyai sumbangan
dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
4
4.0) Esei
4.1) Menghuraikan interaksi antara pelbagai tamadun seperti Melayu,
Cina, India, dan Jepun dan Islam dalam Tamadun melayu.
Interaksi antara pebagai tamadun seperti Melayu, China, India, Jepun dan Islam
dalam Tamadun melayu teah berlangsung sejak berabad lamanya. Setiap tamadun
mempunyai perbezaan serta keunikan yang tersendiri. Kewujudan interaksi antara
tamadun lahir disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling hormat-
menghormati antara tamadun.
Sebelum kita pergi jauh, adalah lebih baik kita mengupas serta meneliti apakah
yang dimaksudkan dengan perkataan ‘interaksi’. Maksud umum bagi perkataan
‘interaksi’ adalah pertemuan, perhubungan dan komunikasi antara individu bersama
individu yang lain, individu bersama masyarakat dan masyarakat bersama masyarakat
yang lain. Menurut Kamus Dewan, perkataan interaksi ialah, tindakan atau
perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
Proses interaksi bermula dengan prose pembudayaan yang mengintegrasikan
masyarakat berbilang kaum dan etnik. Contoh yang terdekat adalah seperti Malaysia,
masyarakat yang berbilang kaum namun mampu untuk berinteraksi antara mereka
seperti kaum Dusun, Bajau, Murut dan lain-lain. Apabila proses interaksi antara budaya
sudah terhasil maka ianya akan membentuk interaksi peringkat tamadun. Perdagangan
merupakan kunci kepada interaksi antara tamadun di dunia khususnya bagi Asia.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi interaksi antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain. Faktor yang pertama adaah kepimpinan. Peranan
pemimpin sangat penting bagi melaksanakan misi dan visi untuk memajukan bangsa
dengan cara berinteraksi bersama tamadun lain. Oleh itu, pemimpin atau raja haruslah
bersikap toleransi terhadap rakyat serta mengelakkan sifat pemerintahan kuku besi.
Nabi Muhammad SAW merupakan contoh pemimpin yang terbaik. Orang Yahudi serta
Kristian tidak dilayan dengan buruk semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW di
Madinah malahan mereka diberikan tempat tinggal serta dilindungi oleh undang-undang
di Madinah ataupun lebih dikenali sebagai ‘Piagam Madinah’. Faktor seterusnya adalah
5
peranan golongan agamawan. Peranan agamawan ini dipegang oleh orang yang
berbeza dalam setiap tamadun seperti contoh, bagi Tamadun Islam peranan ini dimiiki
oleh para ulama’, bagi Tamadun India ianya lebih dikenali sebagai Brahmin, Tamadun
China pula dipegang oleh sami dah golongan agama daam fahaman Kristian pula
didokong oleh Paderi.
Faktor yang ketiga adalah faktor geografi. Kedudukan yang strategik
memungkinkan terhasilnya interaksi bersama tamadun lain. Sejarah membuktikan
bahawa kedudukan geografi memainkan peranan penting sebagai pembentuk interaksi
antara tamadun. Pelabuhan Melaka adalah salah satu contoh yang membuktikan
kepentingan kedudukan geografi. Melaka mempunyai kedudukan geografi yang
strategic dan terlindung daripada angina monsun. Ha ini menyebabkan ianya menjadi
tumpuan serta tempat persinggahan para pedagang. Bukan itu sahaja, para pedagang
juga menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka sehingga akhirnya Melaka
diangkat sebagai salah satu pelabuhan entrepot pada masa itu. Faktor seterusnya
adalah perdagangan. Hubungan perdagangan antara Tamadun Melayu dengan
tamadun lain telah terjalin sejak dahulu lagi. Rekod rasmi China bertarikh 658M
mencatatkan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatic dengan China dan para
pedagang Kedah berdagang sehingga ke China. Perkahwinan juga memainkan
peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun. Contoh yang boleh
dilihat adalah interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun China melalui
perkahwinan antara Sultan Mahmud dan juga Puteri Hang Li Po. Antara contoh lain
adalah perkahwinan antara Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Faktor terakhir
adalah misi politik. Berdasarkan catatan sejarah Melaka, hubungan diplomatic antara
Melaka dan China telah terjalin sejak tahun 1404M. Hubungan antara Meaka dan China
terjalin kerana Melaka ingin mendapatkan perlindungan daripada ancaman Siam.
Atas dasar faktor-faktor interaksi antara Tamadun Melayu bersama tamadun-
tamadun lain melahirkan banyak kesan terhadap Tamadun Melayu. Antara beberapa
tamadun yang pernah menjalinkan interaksi bersama Tamadun Melayu adalah
Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Islam dan Tamadun Jepun.. Saya akan
6
memberikan kesan-kesan hasil daripada interaksi Tamadun Melayu bersama tamadun-
tamadun ini.
Interaksi antara Tamadun CIna – Tamadun Melayu
Pertama sekali, kita akan melihat kepada hubungan diantara Tamadun
China dan juga Tamadun Melayu.Rekod rasmi China bertarikh 638M mencatatkan
Kedah pernah mnejainkan hubungan diplomatik dengan China dan para Pedagang
daripada Kedah berdagang ke China. Kedah menjadi pusat perhentian utama bagi sami
Buddha dari china yang belayar melalui Selat Melaka untuk ke India sekItar tahun
250M. Berdasarkan catatan sejarah negeri Melaka ada menyebutkan mengenai
interaksi antara China dan juga Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching pada
masa itu sedang berada dala misi perdagangan dan telah singgah di Melaka dan sekali
menjalinkan hubungan diplomatik sekaligus perdagangan antara China-Melaka. Dua
tahun kemudian, pemerintah Melaka pada waktu itu, Parameswara telah menghantar
utusannya ke China bagi mengukuhkan hubungan diplomatik yang telah terjalin.
Hubungan yang telah sedia ada itu tidak hanya terhenti disitu, pada tahun 1409,
Laksamana Cheng Ho (Zheng He) ketua armada perdagangan China dan para
pembesar mengunjungi Melaka sekali lagi lalu Parameswara membalas lawatan kali itu.
Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan sebanyak 540 orang serta
ditemani Laksamana Cheng Ho teah belayar ke China bagi melawat Chung Ho,
Maharaja Dinasti Ming di China.
Setelah 38 tahun berlalu, walaupun pun pemerintah Melaka semakin berubah
mengikut peredaran masa namun, hubungan yang telah terjalin antara China dan
Melaka tetap berjalan dengan lancar, buktinya Pada tahun 1458, sewaktu Sultan
Mansur Shah menaiki takhta menggantikan Sutan sebelumnya, Maharaja China telah
menghantar Laksamana Cheong Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan
dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh
Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringi Puteri Hang Li
Po.
7
Sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, masyarakat Cina telah
wujud di Tanah Melayu kesan daripada penghijrahan secaara beramai-beramai. Orang
Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem kangchu. Namun, interaksi antara orang
Cina dan orang Melayu mempunyai jurang yang amat jauh kerana kawasan
penempatan yang berbeza.
Terdapat banyak kesan yang terhasil antara interaksi Tamadun China dan juga
Tamadun Melayu. Antaranya adalah daripada segi penyebaran Agama. Terdapat teori
mengatakan bahawa Islam datang ke Tanah Melayu daripada Tanah Besar China.
Dikatakan bahawa Islam datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada
kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Champa bertarikh 1039, di
Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082). Dikhahabarkan bahawa Laksamana Cheng Ho
yang datang ke Melaka juga merupakan salah seorang muslim dan beliau juga disebut
sebagai tokoh pelayar Islam yang unggul. Kesan berikutnya adalah wujudnya Cina
Peranakan. Golongan Cina Peranakan ini lebih dikenali ataupun disebut sebagai Baba
dan Nyonya. Golongan Baba dan Nyonya ini mudah ditemui di Melaka.
Terdapat sumber mengatakan bahawa Golongan Baba dan Nyonya ini adalah
hasil waris daripada pengiring-pengiring yang datang ke Melaka mengiringi Puteri
Hang Li Po pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Kebanyakkan pendatang Ciba
yang terawal berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu,
kebanyakkan golongan Baba dan Nyonya ini menggunakan Bahasa Melayu namun
mengandungi banyak perkataan Hokkien meskipun terdapat beberapa orang yang tidak
pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Kebudayaan mereka juga dipengaruhi serta
mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Seperti contoh, pakaian Nyonya
sipengaruhi oleh budaya Melayu, mereka memakai baju kebaya serta Kain Sarung.
Bukan hanya dari segi pakaian namun ianya juga boleh dilihat dari segi masakan.Cara
masakan golongan Baba dan nyonya dipengaruhi cara masakan Melayu. Mereka juga
menggunakan rempah masakan Melayu seperti contoh kari dan telah menjadi
kebiasaan bagi mereka juga untuk memakan menggunakan tangan. Selain daripada
golongan Baba dan Nyonya, terdapat juga Cina peranakan atau Cina Kampung seperti
yang wujud di Kelantan.
8
Seterusnya hasil daripada hubungan diplomatik yang terjalin antara negeri-
negeri Melayu bersama Tamadun China juga menyebabkan tektstil dari Negara China
seperti kain sutera dain kain kapas diperkenalkan. Makanan seperti kicap, taugeh, dan
tauhu juga merupakan barangan China yang diperkenalkan di Tanah Melayu.
Barangan Porselin, tembikar serta logam juga didapati daripada Tanah Besar China.
Bukan itu sahaja, interaksi antara Tamadun China dan Tamadun Melayu juga
banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi dan juga kebendaan.
Elemen kesenian Cina telah dimasukkan ke dalam seni bina di Malaysia. Seperti contoh
seni bina China yang ada dalam pembinaan Masjid Tanjung Kling, Masjid Tengkera dan
lain-lain Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang
menyerupai seni bina Pagoda. Malah reka bentuk masjid pada zaman dahulu sebelum
Maaysia merdeka adalah berbumbung bertingkat-tingkat yang diilhamkan dari
bangunan pagoda.. Bukan itu sahaja, kini kita juga mengaplikasikan seni kaligrafi dan
lukisan minyak yang diambil daripada Tamadun China dahulu. Teknologi
perlombongan, pertanian dan pertukangan juga menjadi semakin maju. Semasa
pemerintahan British, kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu melalui sistem
Kangchu membantu sistem perlombongan malah mereka membawa teknologi China ke
Tanah Melayu. Selain daripada itu, teknologi baru seperti penghasilan beberapa
barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan lilin. Teknologi membuat
gula yang dibawa oleh China merupakan teknologi yang dipelajari oleh mereka
daripada Tamadun India. Tidak lupa juga akan seni bina diri yang kini turut
diaplikasikan dalam masyarakat Melayu seperti contoh Kung Fu. Kung Fu ataupun
dikenali sebagai Wushu adalah seni bela diri yang berkembang di China sejak ribuan
tahun lalu. Ianya mempunyai banyak gaya seperti, Jurus Panjang, Tombak, Pedang
dan lain-lain. Kini ramai belia Melayu mempelajari seni bela ini malahan seni bela diri
Wushu dipertandingkan sehingga taraf Antarabangsa seperti di Sukan Sea, Olimpik dan
lain-lain.
Seterusnya saya akan teruskan dengan kesan interaksi Tamadun Melayu
bersama Tamadun China dari segi kesusasteraan. Dalam tidak sedar sebenarnya
banyak perkataan yang digunakan oleh masyarakat kita masa kini diambil daripada
9
perkataan Cina. Berikut adalah beberapa contoh pertalian antara bahasa Cina dengan
bahasa Melayu:
Tauke kongsi Jong kongsi Gua
Tauhu Ampau Beca Mi Lu
Teh Laici Sampan Nyonya Pangkin
Taugeh Cincau Cuak Tokong Sempua
Apek Cawan Bangsal Tangsi Samsing
Budaya masyarakat Cina memberi ‘Ang Pau’ ataupun sampul merah juga turut
diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu muslim pada hari ini. Pemberian
‘Ang Pau’ kepada kanak-kanak dan golongan belum berkahwin semasa Tahun Baru
Cina kini dijadikan kebiasaan bagi masyarakat Melayu untuk memberikan ‘Duit Raya’
semasa sambutan Hari Raya Puasa. Ini juga merupakan salah satu kesan interaksi
antara Masyarakat Cina dan juga Masyarakat Melayu. Dari segi pendidikan pula,
memandangkan pada zaman pra-kemerdekaan segala kemudahan untuk belajar
dibawa masuk ke Tanah Melayu samada dari segi sukatan peajaran dan juga buku teks
daripada China. Malahan guru untuk mengajar juga dibawakan khas daripada China.
Kesannya yang kita boleh lihat pada hari ini adalah kemunculan Sekolah rendah Jenis
Kebangsaan Cina (SRJKC).
Interaksi antara Tamadun India – Tamadun Melayu
Seterusnya kita beralih pula kepada interaksi diantara Tamadun Melayu dan
Tamadun India. Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam bukunya yang bertajuk
‘Some Contributions of India to the Ancient Civilization of Indonesia and Malaysia’,
interaksi Tamadun India dan Tamadun-tamadun Asia bermua kira-kira 2000 tahun lalu
(Amran, 1995:120). Hal ini kerana, pedagang-pedagang dari India selalu menggunakan
laluan Selat Melaka untuk melaksanakan aktiviti perdagangan. Hal ini membuktikan
bahawa perdagangan memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan
10
interaksi antara tamadun. Funan merupakan Negara yang terawa sekali mendapat
pengaruh India pada sekitar kurun ke-2 Masihi yang mana ianya bertapak di muara
Sungai Mekong. Terdapat juga beberapa buah negeri lain yang menerima pengaruh
dari India. Antaranya adalah Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah merah di
semenanjung, Kam-to’-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo.
Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang dari India merupakan
antara pedagang utama yang datang dari pesisir Koromandel, Kalingga, Benggaa dan
Gujerat. Tujuan utama pedagang India datang berdagang ke Tanah Melayu adalah
untuk mendapatkan emas. Terdapat bahan bertulis dari India yangmenyebut tentang
‘Malayadvipa’ iaitu merujuk kepada Semenanjung Melayu. Pedagang dari India juga
menggelar Tanah Melayu sebagai’Suvarnabhumi’. ‘Suvarnabhumi’ disini membawa
maksud ‘Tanah Emas’ yang mana merujuk kepada hasil bumi di Tanah Melayu. Pada
masa itu juga, terdapat sebilangan pendagang-pendagang India yang mengambil
keputusan untuk tinggal di Melaka serta berkahwin dengan wanita dari golongan
bangsawan Melayu. Setelah menetap di Melaka, golongan pedagang India tadi diterima
dalam kelompok masyarakt Melayu dan juga pembesar Melaka. Tun Ali yang
merupakan anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim telah berkahwin
dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah telah dilantik
menjadi Sri Nara Diraja bagi menggantikan datuknya. Daripada Tun Ali terlahirnya
pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Antara
contoh-contoh pemerintah Melaka yang berasa dari keturuan Melayu Tamil adalah,
Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir, Temenggung Tun Husain, Raja
Mendaliar, dan Khoja Hassan.
Namun semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, kedatangan kaum India
ke Tanah Melayu sangat berbeza berbanding kedatangan Kaum India sewaktu
Kesultanan Melaka. Hal ini kerana, semasa pemerintahan Kesultanan Melaka,
golongan India yang datang terdiri daripada golongan bangsawan dan termasuk dalam
golongan kelas tinggi. Oleh sebab itu terdapat golongan mereka yang diserap masuk ke
institusi istana dan institusi negeri yang lain. Namun, golongan India yang datang
sewaktu pemerintahan British adalah daripada golongan kelas rendah. Semasa mereka
11
datang ke Tanah Melayu juga, mereka tinggal di kawasan estet, ladang dan kawasan-
kawasan yang mempunyai kawasan Geografi yang kurang strategik. Hal ini
menyebabkan pergaulan antara masyarakat India dan Melayu sangat minimum, tidak
meluas dan tidak berkembang.
Kini saya akan meneruskan pula mengenai kesan interaksi antara Tamadun
India dan Tamadun Melayu. Pertama segala adalah daripada aspek penyebaran
Agama. Sebelum ini, masyarakat Melayu di beberapa buah Negara Asia mengamalkan
kepercayaan animism. Namun, agama Hindu-Buddha akhirnya diterima dan dijadikan
pegangan penduduk tempatan selepas didatangi pengaruh daripada India. Terdapat
beberapa bukti yang menunjukkan mengenai agama hindu-buddha yang diamalkan di
Alam Melayu. Contohnya seperti Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang yang
merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika mereka menguasai
Kedah pada zaman dahulu. Contoh lain yang boleh didapati adalah Candi Borobudur
yang terletak di desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah Indonesia. Apakah itu
candi? Candi merupakan tempat sembahyang ataupun kuil bagi penganut agama
Hindu-Buddha. Seterusnya saya akan menceritakan sedikit mengenai kesan interaksi
antara tamadun India dan tamadun Melayu dari aspek sistem pemerintahan. Jika kita
ihat pada sejarah pemerintahan dalam Tamadun melayu pada masa dulu, kita boleh
lihat bahawa mereka mengamalkan sistem beraja serta mempraktikkan konsep
‘Dewaraja’. Konsep ‘Dewaraja’ ini diambil darpada perkataan Sanskrit yang membawa
erti ‘God King’. Ia adalah satu konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan
keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status raja yang
dianggap sebagai suci dan bertindak sebagai jelmaan Tuhan. Upacara pertabalan
seperti yang masyarakat Melayu praktikkan sehingga hari ini juga merupakan hasil
interaksi antara Tamadun India dan Tamadun Melayu. Upacara pertabalan ini diadakan
bagi mengekalkan status tinggi raja.. Biasanya istana-istana diraja juga dibina diatas
tempat yang tinggi. Selain itu sistem penggunaan pembesar dan hulubalang 4,16,32
juga yang dipanggil sebagai pembesar empat lipatan adalah sebahagian dari Tamadun
India. Tamadun Melayu menggunakan sistem pembesar empat lipatan semenjak
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang mana sebenarnya diambil daripada
Tamadun India.
12
Tidak hanya tertumpu dalam sistem pemerintahan malahan penggunaan gelaran
seperti Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Seri Nara Diraja iaitu seseorang
yang bertugas mengisytiharkan pelantikan raja), Bendahara yang mana memegang
jawatan sebagai ketua menteri dan Laksamana ataupun lebih diketahui sebagai ketua
tentera.Kemudian kita beralih pula kepada hasil kesenian yang kita dapati daripada
Tamadun India. Antara kesan interaksi antara Tamadun India dan Tmaadun Melayu
adalah, lahirnya seni taman. Bukan hanya itu, seni binaan juga mempunyai unsur India
seperti contoh Masjid India. Semua binaan mempunyai kubah ke atas merujuk kepada
Tuhan yang esa. Tamadun India terkenal dengan struktur masyarakat mereka yang
mana mengamalkan sistem kasta. Akibat daripada sistem kasta itu, terdapat jurang
yang amat jelas dan ketara diantara golongan atasan dan golongan bawahan. Hal ini
kerana mereka menganggap bahawa golongan atasan mempunyai kedudukan yang
lebih mulia daripada golongan bawahan yang hanya dianggap layak untuk menjadi
hamba sahaja. Pengaruh daripada budaya ini telah membawa kemunculan masyarakat
‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini.
Daam segi kesusasteraan pua, Terdapatnya hasil kesusasteraan Sanskrit
seperti Epik Ramayana dan Mahabrata. Hikayat Seri Rama dapat inspirasi dariapda E.
Ramayana. Terdapat juga beberapa Epik Mahabrata diberi wajah tempatan seperti
Hiikayat Pendawa Lima,Hikayat Sang Boma dan juga Hikayat Panda Delima. Hasil
daripada hasil kesusasteraan India menyebabkan karya Melayu juga terpengaruh.
Biasanya karya sastera melayu tradisional sangat mementingkan aspek kesenian,
keromantisan, keagungan raja-raja, dan tidak lupa juga menyelitkan unsur-unsur epik
dan mitos seperti karya sastera India. Terdapat juga percampuran bahasa antara
bahasa Sanskrit dengan bahasa Meayu. Terdapat beberapa perkataan melayu masa
kini diinspirasikan oleh bahasa Sanskrit. Hal ini dibuktikan dengan penemuan Batu
bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683M, Batu Bersurat Talang Tuwo bertarikh 684M,
Batu bersurat Kota Kapur bertarikh 686M dan Batu bersurat Karang Berahi bertarikh
692M. Semua ini menunjukkan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa melayu kuno
yang digunakan dahulu. Daripada Batu bersurat Terengganu juga ditemui 29 perkataan
dari bahasa Sanskrit seain daripada perkataan Arab. Berikut saya sertakan beberapa
percampuran perkataan antara bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu:
13
Amma Maharaja Mahaguru Mantra Kaca
Appa Pancaindera Pura Kepala Cinta
Seterusnya, saya berikan juga beberapa contoh perkataan yang dipengaruhi oeh
bahasa Sanskrit. Antaranya:
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
Bhakti Bakti
Bhumi Bumi
Dosa Dosa
Drohaka Derhaka
Maharddhika Merdeka
Prakara Perkara
Rupa Rupa
Samicra Mesra
Tathapi Tetapi
Vela Bila
Terdapat juga beberapa adat resam dan budaya Hindu yang telah
mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat Meayu. Contoh yang paling hampir dan
dekat sekali adaah amalan jampi dan mantera yang kini dipraktikkan dalam kehidupan
masyarakat Melayu terutama sekali sesuatu yang melibatkan kepercayaan seperti
pawang dan bomoh. Bukan itu sahaja, masyarakat melayu juga selalu mengamalkan
budaya bersanding dan berinai terutama sekali di dalam perkahwinan. Oleh itu
sehingga kini, masyarakat Meayu pasti mengadakan majlis persandingan serta
14
memakai inai sebelum perkahwinan kerana ianya sudah menjadi kebiasaan dan
budaya. Upacara melenggang perut juga adalah salah satu kesan daripada interaksi
bersama tamadun india. Melenggang perut adalah satu upacara yang dijalankan ke
atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan inaya dibuat bertujuan untuk
meetakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya iaitu di bahagian
kepala bayi berada di pintu rahim. Begitu juga dengna budaya bertindik. Budaya
bertindik teinga sebenarnya berasal daripada tamadun India. Namun kini, masyarakat
Melayu juga gemar bertindik di telinga sebagai tujuan untuk memperhiaskan diri.
Dari segi pendidikan pula, ianya hampir sama dengan interaksi tamadun China
dan tamadun Melayu yang mana semasa zaman pra-kemerdekaan, kesemua sukatan
pelajaran dan buku teks dibawa dari India. Begitu juga dengan guru-guru. Kini, wujud
Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) yang mana menawarkan mata
pelajaran Bahasa Tamil. Dari segi seni mempertahankan diri pula, salah satu seni
mempertahankan diri dari India yang popular dikenali sebagai ‘Silambam’. ‘Silambam’
ataupun ‘Cilambam’ adalah satu seni bela diri tradisi Dravidian berasaskan
pertempuran tongkat. Selepas seni ini tersebar ke dunia Melayu, ‘Silambam’ merujuk
kepada seni tersebut termasuk senjatanya. Beberapa seni bela Melayu seperti ‘Silat’
didakwa menyerap ‘Silambam’
Interaksi antara Tamadun Arab (Islam) – Tamadun Melayu.
Kini selesai dengan tamadun India dan saya akan meneruskan sedikit mengenai
kesan interaksi antara tamadun Arab bersama tamadun Melayu. Pertembungan antara
tamadun Melayu dan juga tamadun Arab telah berlangsung sejak beberapa abad lalu.
Sewaktu zaman kesultanan Melaka, pedagang Arab biasanya akan singgah di
pelabuhan Meaka bagi berlindung daripada angin monsun dan menetap disitu untuk
berdagang dan menyebarkan ajaran agama Islam. Terdapat beberapa kelompok dari
mereka yang mengambil keputusan untuk menetap di situ dan membina perkampungan
Arab yang mana juga turut dijadikan tapak untuk berdagang seterusnya berkahwin
bersama wanita tempatan. Menurut catatan China wujud petempatan Arab di Sumatera
Utara iaitu di Ta Shih.
15
Hasil daripada interaksi antara tamadun Arab dan islam dengan tamadun Melayu
menghasilkan beberapa buku-buku sastera Arab seperti ‘Kisah Seribu Satu Malam’ dan
‘Pahlawan Islam’. Menurut Syed Muhammad Naqui Al-Attas, banyak karya tempatan
menceritakan tentang pengislaman raja tempatan oleh Syeikh dari Tanah Arab
contohnya hikayat Raja-raja Pasai mengatakan Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari
Ara iaitu Syeikh Ismail yang juga merupakan mubaligh ataupun pendakwah pertama
yang tiba di Pasai. Manakala Raja Pattani, Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh
Said. Kebanyakkan kitab agama dalam bahasa Melayu juga menggunakan bahasa dan
juga gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab seperti contohh ‘Hikayat Nabi
Bercukur’. Malahan tulisan jawi yang pernah digunakan oleh masyarakat Melayu pada
masa dahulu diambil daripada tulisan Arab.
Masyarakat Melayu kini juga sering menggunakan nama-nama Nabi dan juga
para sahabat seperti ‘Muhammad’ kepada bayi-bayi yang baru lahir. Selain itu,
makanan Arab seperti nasi Bukhara dan nasi Arab menjadi makanan seharian
masyarakat Melayu, begitu juga dengan kebab yang menjadi kegemaran dan pilihan
orang Melayu. Dari segi pakaian juga terdapat eemen budaya Arab di dalam kalangan
masyarakat Melayu. Seperti contoh pemakaian jubah dan juga serban. Adat resam dan
kebudayaan melayu juga banyak dipengaruhi oleh budaya arab seperti contoh amalan
menghormati tetamu. Ianya juga mempengaruhi dalam seni muzik melayu seperti
dabus dan tarian zapin yang dikhabarkan datang daripada budaya Arab.Dalam bidang
pendidikan pula, pada hari ini, subjek bahasa Arab boleh diambil bermula dari sekolah
rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Muncul juga beberapa jenis sekolah
agama yang diuruskan oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan induk.
Interaksi antara Tamadun Jepun – Tamadun Melayu
Tamadun Jepun juga pernah datang ke Tanah Melayu dan hal itu menyebabkan
berlakunya interaksi antar dua tamadun ini. Antara kesan pertembungan dua tamadun
ini adalah dari segi ekonomi. Semasa perang dunia ke-2 yang membabitkan Jepun di
pihak Axis menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik dan melumpuhkan ekonomi.
Akibat bekalan sumber keperluan yang berkurangan menyebabkan pihak Jepun
16
mengambil keputusan untuk mengamalkan dasar ‘Self Sufficient’. Dasar ini
menyebabkan rakyat bergantung pada kegiatan dalam Negara bagi tujuan memenuhi
keperluan masing-masing. Oleh itu, bidang pertanian ebh diberikan perhatian terutama
sekali dalam sector tanaman ubi kayu dan juga sawah padi. Pentadbiran Jepun juga
menggalakkan pertumbuhan industri tempatan bagi tujuan menghasilkan tali melalui
sabut kelapa sawit, menggantikan minyak pelincir dan minyak gris dengan minyak
kelapa sawit dan sebagainya.. Dalam sistem pendidikan sejak pemerintahan Jepun,
penduduk diberikan peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Ramai golongan
guru sekolah yang dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa.
Malahan Jepun menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar kursus kejuruteraan
mekanik, Jurutera Major dan pembinaan kapal. Hal ini membantu masyarakat di Tanah
Meay untuk menambah kemahiran mereka. Selain itu, Jepun juga mengajar Tamadun
melayu untuk mempunyai sifat cintakan tanah air dyang tinggi. Dari segi seni bela diri,
terdapat banyak jenis seni bela diri yang berasal daripada Jepun. Antaranya adalah
Judo. Judo yang menggunakan kekuatan lawan untuk melawan dirinya sendiri. Selain
itu, Jepun juga terkenal dengan seni bela diri Karate dan kendo. Karate ini digambarkan
dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Kini, seni
bela diri yang berasal daripada tamadun Jepun diajarkan di sekolah malahan
mempunyai kelab mahupun persatuan tersendiri.
Interaksi antara Tamadun Peribumi – Tamadun Melayu.
Terdapat juga interaksi yang berlaku antara tamadun Melayu dengan tamadun
Peribumi. Contohnya seperti di Semenanjung Malaysia adalah seperti orang asli
manakala Sabah dan Sarawak pula dengan etnik masing-masing contohnya Kadazan,
Bajau, Iban dan Melanau. Biasanya ia merangkumi aspek bahasa dan juga perubatan
tradisional.
Pertembungan ataupun interaksi antara dua tamadun memberikan impak dan
kesan kepada kedua-dua negara ataupun tamadun yang terlibat. Namun, ianya
terbahagi kepada dua aspek iaitu samada ianya memberikan kesan yang positif
ataupun negatif. Kita akan mulakan dengan contoh-contoh kesan positif akibat daripada
17
pertembungan dua tamadun. Pertama sekali adalah mendapat perlindungan,
keamanan dan kestabilan. Seperti contoh adalah dalam tamadun Islam sewaktu
pemerintahan Nabi Muhammad SAW, empayar Umaiyah dan Abbasiyah yang mana
memberikan perlindungan kepada semua rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa dan
budaya. Seterusnya adalah dapat meluaskan penyebaran agama seperti contoh dalam
tamadun India dan tamadun China. Agama Buddha tersebar sehingga ke China. Bukan
hanya itu, interaksi antara tamadun China dan India juga menyebabkan penyebaran
seni mempertahankan diri, teknologi seperti pengeluaran gula dan astronomi dapat
dipelajari di Negara China dan pengetahuan membuat kertas, penggunaan kompas dari
tamadun China juga dapat dipelajari oleh tamadun India.Inerraksi antara China dan
Melayu juga menyebabkan berlakunya kmajuan dalam teknologi dan kebendaan.
Jika ada wujudnya kesan positif pasti wujud juga kesan negatif bagi
pertembungan dua tamadun yang berbeza. Antara contoh kesan negative yang wujud
adaah berlakunya pembunuhan dan peperangan seperti terjadi diantara orang Islam
dan juga orang Kristian yang menambil masa lebih kurang 200 tahun juga dipanggi
sebagai ‘Perang Salib’. Kesan lain adalah hubungan antara tamadun India dan juga
Tamadun China yang mana pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di
Negara China, ia mendapat tentangan hebat daripada penganut Confucius. Sami- sami
Buddha telah ditangkap dan dipenjarakan malahan kuil-kuil Buddha telah dibakar.
Interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti hidup bersama ataupun
hidup berjiran dan ianya boleh berlaku atas banyak faktor seperti faktor perdagangan,
peperangan, lawatan, penjajahan dan sebagainya. Hasil daripada kesemua interaksi ini
maka berlakulah proses assimiliasi dalam sesuatu budaya.Walau apapun bentuk
interaksi yang berlaku, setiap tamadun harus menerima serta menyerap unsur-unsur
tamadun yang membawa kepada kebaikan dan mengelakkan pengaruh yang
membawa keburukan.
18
4.2) Menganalisis pengaruh Tamadun Islam di Asia.
Sebelum kita pergi dengan lebih jauh adalah lebih baik jika kita mendapatkan
definisi bagi Tamadun dan Islam. Pengertian Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan
patuh manakala dari segi istilah pula adalah penyerahan diri kepad Aah yang maha esa
dengan penuh keikhlasan hati dengan mentaati serta melaksanakan seluruh
perintahNya serta menjauhi dan meninggalkan segala laranganNya. Antara definisi
Islam dari sudut istilah yang diberikan oleh ulama lain adalah ‘Pengakuan bahawa tiada
tuhan meainkan Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah,
mendirikan slat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan
haji ke baitullah sekiranya mampu. Manakala definisi tamadun menurut Syed
Muhammad naquib al-Attas adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusia dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakatnya. Tamadun boleh disimpulkan sebagai satu pencapaian gemilang
manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di Bandar-bandar
yang terhasil daripada bidang seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi,
kepercayaan, undang-undang, pentadbiran dan politik.
Sebelum kedatangan Islam, budaya dan agama Hindu-Buddha telah lama
bertapak dan diamalkan dalam aspek kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Agama
dan budaya Hindu-Buddha ini mempengaruhi sistem politik, sosial, ekonomi, dan
pemikiran masyarakat Melayu kerana ianya telah bertapak sejak berabad-abad yang
lalu. Kepercayaan Hindu-Buddha ini biasanay dianuti oleh golongan atasan seperti
contoh golongan atasan manakala bagi golongan bawahan, biasanya mereka akan
menganut dan berpegang kepada kepercayaan Animisme. Kedatangan islam ke Asia
khususnya Alam melayu telah memabawa banyak perubahan. Islam telah banyak
mencorakkan suasana masyarakat dalam tamadun Melayu. Seara umumnya
kedatangan Islam dan perkembangaannya di Asia telah berlaku sejak abad ke 12M
atau ke 13M. Pertama sekali, ianya tersebar di kawasan Sumatera, kemudian beralih ke
Melaka pada abad ke 15M dan seterusnya ke Pulau Jawa. Pada abad ke-16M ianya
tersebar sehingga ke Borneo dan Filipina. Ajaran Islam membawa ajaran dan tamadun
yang lebih tinggi, lengkap, lebih rasional dan logic berbanding daripada agama Hindu-
19
Budhha dan juga Animisme. Setelah beberapa abad berlalu akhirnya Tamadun Islam
telah diterima dalam kalangan masyarakat di Asia khususnya masyarakat Melayu dan
berjaya melunturkan kepercayaan Hindu-Buddha yang diamalkan oleh masyarakat Asia
sebelum ini.
Pertama sekali kita akan melihat pengaruh agama Islam di Asia dari segi akidah.
Takrif akidah dari segi bahasa adalah berasaa dariapda perkataan ‘aqada’ yang
bermakna ‘menyimpulkan’ atau dari perkataan “ya’qidu” yang bermakna ‘mempercayai.
Manakan perkataan ‘aqidah’ adalah mufrad dan jamaknya ialah ‘aqaid’ yang membawa
maksuh simpulan. Maksud akidah dari segi bahasa pula adalah ‘kepercayaan atau
keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal,
yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti diwajibkan oleh Islam, iaitu
kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam
apa jua keadaan dan suasana. Akidah dalam kalangan masyarakat Melayu boleh
dibahagikan kepada 3 tahap iaitu sebelum kedatangan Hindu-Buddha, Selepas
kedatangan Hindu-Buddha dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Hindu-
Buddha, masyarakat Melayu berpegang pada kepercayaan Animisme. Masyarakat
Melayu percaya bahawa setiap benda seperti batu besar, pokok dan lain-ain
mempunyai jiwa, roh, ataupun semangat yang mempunyai perwatakan sendiri sama
ada dapat membawa kesan baik ataupun kesan buruk. Selepas kedatangan Hindu-
Buddha, masyarakat Melayu mula menganuti agama Hindu-Buddha, Pada masa itu,
mereka telah menjadikan upacara agam menjadi lebih formal dan tersusun. Menurut
pendapat Syed Naquib al-Attas, kedatangn agama Hindu tidak mengubah pandangan
semua masyarakat Melayu secara mutlak. Hal ini kerana, kesan pengaruh hindu-
Buddha hanya terlihat pada lapisan atasan sahaja iaitu golongan bangsawan dan ianya
tidak tersebar dalam kalangan semua lapisan masyarakat Melayu. Namun, setelah
kedatangan Islam pada abad ke-15, masyarakat Melayu boleh dikatakan menempuhi
suatu era yang baru. Isam telah mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup, dan
pandangan kehidupan mereka. Sebelum ini mereka percaya akan dewa dan Anismisme
namun setelah kedatangan Islam, mereka mula menukarkan kepercayaan mereka
kepada kuasa Allah. Berikut adalah contoh elemen asas dalam pandangan tmadun
Melayu-Islam:
20
i) Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir, dan
Pemelihara alam semesta.
ii) Konsep perhitungan dan pembalasan di hari kiamat.
iii) Keyakinan terhadap pembalasan yang baik bagi perbuatan yang baik dan
juga sebaliknya.
iv) Menghormati maruah dan martabat manusia. Keadian, kebebasan dan
kesaksamaan.
v) Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani,
emosi dan akal.
Masyarakat Melayu mula berpegang kepada konsep berasaskan ‘hablum
minallah’ yang bermaksud berbuat baik kepada Allah yang mana dengan cara
mengamalkan segala suruhanNya serta meninggalkan semua laranganNya dan juga
‘hablum minannas’ yang mana membawa maksud berbuat baik kepada semua manusia
kerana perpaduan itu amat penting bagi membina sesebuah masyarakat yang hebat
dan unggul. Kedatangan Islam ke Asia terbukti membawa satu impak yang amat besar
dalam Akidah kehidupan masyarakat Melayu. Masyarakat melayu menerima dan
mengamalkan agama Islam berasaskan pendekatan Ahli Sunnah Waljamaah.
Kedatangan Islam ke Asia khususnya Asia Tenggara juga telah mewujudkan
banyak kerajaan Islam. Pada zaman Hindu-Buddha, masyarakat mengamalkan konsep
‘Dewaraja’ diaman raja dianggap suci dan mutlak kerana mereka adaah jelmaan dewa-
dewa. Undang-undang juga digubal mengikut pegangan atau tahap yang sesuai kerana
ianya hanya mengikut cita-rasa raja dan pemerintah tertinggi pada masa itu. Raja juga
berhak untuk memutuskan hukuman dan barangsiapa yang menentang akan ditimpa
daulat. Raja juga mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh
sesiapapun walaupun sekiranya berlaku ketidakadilan dalam keputusan yang dibuat
oleh raja. Namun setelah kedatangan Islam ke Asia, cara pemerintahan telah bertukar
dan ianaya berpandukan daripada sistem politik kerajaan Islam di Madinah. Kuasa-
kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman diambil dariapda Piagam madinah.
Piagam Madinah adalah piagam bertulis pertama yang wujud di dunia ini. Piagam ini
diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengikat perjanjian dan
21
persefahaman antara golongan umat sesama Islam dan juga golongan islam dan bukan
islam untuk menjaga hak dan tanggungjawab bersama bagi emnjamin keutuhan dan
kestabilan Negara Madinah. Berikut saya berikan beberapa contoh kerajaan Isam yang
pernah wujud di Alam Melayu:
Ta-Shih Abad ke-7
Sribuza Islam 718
Perlak 840-986
Samudera-Pasai 1042-1450
Acheh Darussalam 1205-1675
Demak 1475-1550
Pajang 1568-1586
Mataram II 1586-1775
Negara seperti Brunei, Sulu, Pattani, dan juga Tanah Melayu juga terdapat kerajaan
Islam seperti contoh di Tanah Melayu. Terdapat beberapa buah kerajan Islam di Tanah
Melayu seperti:
- Kelantan - Kedah - Johor
- Terenganu - Beruas - Melaka
Apablla Islam datang ke Asia, undang-undang Melayu telah diubah suai mengikut
undang-undang Islam. Sebelum kedatangan Islam undang-undang yang dilaksanakan
adalah berat sebelah dan tidak adil. Bagi golongan bangsawan yang disabitkan
kesalahan akan menerima hukuman yang lebih ringan berbanding golongan rakyat
biasa yang membuat kesalahan biasa. Bukan itu sahaja, rakyat biasa juga tidak
dibenarkan untuk meniru gaya hidup golongan bangsawan seperti contoh memakai
pakaian berwarna kuning. Selepas kedatangan Islam, undang-undang Melayu diubah
22
suai mengikut undang-undang Islam seperti wujudnya undang-undang muamalah,
jenayah, kekeluargaan dan lain-lain. Undang-undang Islam bermula apabila Raja
Melaka memeluk Islam pada abad ke-15. Antara contoh undang-undang yang
mempunyai unsur serta pengaruh agama Islam adalah Hukum Kanun Melaka, Undang-
undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, dan lain-lain.
Walaupun Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam namun tidak semua
undang-undang atau peraturan Islam sepenuhnya. Dalam undang-undang adat hanya
mempunyai pengaruh Islam didalamnya. Buktinya seperti yang terdapat dalam Undang-
undang Laut Melaka yang hanya mempunyai 25 fasal, dan hanya 1 fasal sahaja yang
menghuraikan tentang zina yang mengikut hokum Islam sebenar. Dalam Hukum Kanun
Melaka, lebih kurang 40.95 peratus iaitu 18 fasal sahaja yang menurut undang-undang
Islam. Biasanya undang-undang Isam lebih banyak mempengaruhi bahagian-bahagian
akhir Undang-undang Melaka. Ianya lebih kepada aspek kekeluargaan, urusan
perniagaan dan sedikit sebanyak mengenai undang-undang jenayah. Terdapat
beberapa istilah-istilah yang digunakan seperti ‘mengikut hukum Allah’ atau ‘mengikut
dalil Allah’. Hukum Kanun Melaka amat dipengaruhi oleh hukum Syarak. Terdapat 18
fasal yang diterjamahkan daripada undang-undang Islam. Dalam Undang-undang
Pahang, terdapat peruntukan berdasarkan undang-undang Islam tentang Qisas,
denda, zina, sodomi, fitnah, minuman yang memabukkan, mencuri, merompak, tidak
sembahyang, murtad, jihad, saksi, sumpah dan peruntukkan mengenai perdagangan,
Sheikh Tahir Jalaluddintelah pualgn ke Sumatera sewaktu beliau berumur 24 tahun dan
selepas meluangkan masa 4 tahun disitu, sekali lagi beliau berangkat ke Timur Tengah
iaitu di Negara Mesir.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh beberapa individu, Syeikh Tahir Jalaluddin
merupakan anak Melayu yang terawal dan pertama di Nusantara yang belajar di Mesir
serta menamatkan pengajian seterusnya mendapatkan ‘Shahadat al-‘Alamiyah’ iaitu
anugerah tertinggi dari Universiti al-Azhar. Walaupun beliau dilahirkan di Sumatera,
Indonesia namun selepas menamatkan pengajian di Timur tengah, beliau memilih untuk
menghabiskan sebahagian besaar hidupnya di tanah Melayu. Sebagai seorang ulama’
dan pejuang agama , Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin telah menjelajah ke banyak
tempat di Alam Melayu. Beliau mempunyai semangat anti penjajah yang kuat,
disamping mempunyai pendirian yang tegas dank eras dalam hal-ha keagamaan.
Beliau pernah menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di taiping kemudiannya
terlantik sebagai Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selama 3 tahun. Namun, fatwa-
fatwa Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin tidak diterima oleh ‘kaum tua’. Beliau juga
pernah berkhidmat sebagai pendidik dan Nazir sekoah-sekolah di Johor selama lebih
kurang 4 tahun bermula pada tahun 1914. Kemudian sekali lagi beliau telah pergi
berkhidmat selama 3 tahun iaitu pada tahun 1925 sehingga 1928. Beliau juga pernah
berkhidmat sebagai mudir (Guru Besar) di Madrasah Haji Muhammad Taib di Parit
Jamil, Muar. Beliau pergi ke Makkah sekali lagi pada tahun 1928, dan kemudiannya
bersara di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1929.
33
Kini saya akan membicarakan pula tentang sumbangan yang telah diberikan oleh
Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin di Nusantara khususnya Alam Melayu. Syeikh
Muhammad Tahir Jalaluddin telah melakukan berbagai-bagai usaha untuk
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umat Islam untuk membebaskan diri
dariapda kongkongan kepercayaan khurrafat serta taklid secara membabi buta. Bukan
itu sahaja, malahan beliau juga meniup semangat perjuangan untuk kemerdekaan
kepada masyarakat Melayu. Beliau bersikap anti penjajah dan melalui gerakan
pemaharuan yang dilakukan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau telah
membantu menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu.
Pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau juga telah meninggalkan kesan
terhadap kemajuan pendidikan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat
pengajian tinggi. Beliau telah memasukkan sukatan pelajaran bagi ilmu pengetahuan
ayng mana sebelum ini tidak ada dibuat.
Bukan itu sahaja, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin telah melahirkan banyak
karya namun yang paling epnting sekali adalah dari sudut falak Syari’I ialah kitab
‘Natijul’Umur’ yang mana telah diterbitkan pada tahun 1936M. Dalam kitab itu
mengandungi perkara tentang Taqwim Hijrah dan persamaannya dengan Taqwim
Miladi (masihi), hala kiblat, dan waktu soat speanjang zaman. Seterusnya, Kitab jadual
Pati kiraan iaitu panduan untuk menentukan waktu solat dan arah kiblat yang disertakan
juga mengenai logarithms untuk mengiranya yang aman diterbitkan pada tahun 1941M.
Beliau juga memberikan sumbangan yang besar dalam bidang penulisan. Kitab-
kitab ayng ditulis oeh beliau bukan sahaja dicetak di Tanah Melayu dan Singapura
malahan juga di Timur Tengah iaitu di Mesir. Bukan itu sahaja, malahan artikel-artikel
yang ditulis oleh beliau juga sering tersiar dalam majalah dan juga surat khabar seperti
al-Imam (1906-1908), al-Ikhwan (1926-1931), Semangat Islam (1929-1931), Saudara
(1928-1941), Bumiputera (1933-1936), Pengasuh (1918-1937) dan lain-lain. Beliau juga
mula dikenali ramai apabila beliau menjadi editor kepada majalah al-Imam yang
diterbitkan bersama rakan-rakannnya di Singapura pada tahun 1906. Karya-karya
penulisan Syeikh Muhammad Tahir jalaluddin dalam bidang fiqh sebenarnya melibatkan
7 buah kitab utama iaitu:
34
Tadhkirat al-Nasik fi al-Manasik 1897
Irshad al-Kha’id fi ‘Ilm al-Fara’id 1929
Huraian yang Membakar:Taman Persuraian Haji 1932
Ta’yid Tadhkirat a-Muttabi’ a-Sunnat fi al-Rad ‘Ala al-Qa’il bi al-
Sunniyat Rak’atain Qabl al-Jumu’at
1932
alQiblat fi Nusus ‘Ulama’ al-Shafi‘iyyah fima Yata‘allaq Bi Istiqbal
al-Qiblat al-Shar‘iyyat 1951Manqulat min Ummahat Kutub al-
Mazhab
1951
Tatimah Irshad al-Kha’id li ‘Ilm al-Fara’id 1952
Risalah Penebas Bidaah-bidaah di Kepala Batas 1953
Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin merupaka seorang ulama’ yang mahir dan
dapat mengaplikasikan kajian ilmu falak moden dan tradisional dalam penulisan fiqh.
Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan tokoh
terawal di nusantara yang memperkenalkan penulisan fiqh bentuk baru dan berbeza
dariapda penulis-penulis sebelum ini. Syeikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26
Oktober pada tahun 1956 selepas selesai menunaikan solat subuh. Biarpun jasadnya
tean hancur dimamah bumi namun sumbangan yang diberikan dalam bidang ilmu falak
dan penulisan menjadi inspirasi dan contoh bagi masyarakat kini untuk mempelajari
tentang ilmu-ilmu tersebut.
- Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
Nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah yeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu bakar bin Saiyid
Abdullah al-‘Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf
bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al ‘Aidrus. Beliau dilahirkan pada 15 Safar
1122 Hijrah bersamaan dengan 17 Mac 1710M di kampung Lok Gabang, Martapura,
35
Banjarmasin. Sejak kecil lagi beliau adalah seorang kanak-kanak yang cerdas dan
mempunyai akhlak yang baik. Kehebatan beliau sejak kecil lagi adalah dalam bidang
seni lukis, dan seni tulis. Semasa Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berumur 7
tahun, baginda Sultan telah datang melawat ke kampung Lok Gabang dan
berkesempatan melihat hasil karya lukisan Syeikh Arshad dan baginda berhajat untuk
memelihara beliau. Syeikh Arsyad berpindah ke istana serta mempelajari imu agama
secara mendalam. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap ilmu makan
mudahlah bagi Syeikh Arsyad untuk mempelajari ilmu al-Quran serta ilmu-ilmu yang
lain. Beliau mendapatkan pendidikan penuh di istana sehingga umur beliau mencecah
30 tahun kemudian beliau meneruskan pengembaraan ilmunya ke Makkah dan juga
Madinah. Di Makkah dan Madinah, beliau sering bermuzakarah bersama sahabat-
sahabatnya yang lain antaranya adalah Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani. Kerana
kehebatannya, beliau telah diberi penghormatan untuk mengajar di Masjidil Haram.
Setelah berada di Makkah selama 30 tahun dan di Madinah 5 tahun, akhirnya Syeikh
Arsyad al-anjari kembali ke tanah air untuk menyebarkan Islam.
Antara sumbangan beliau adalah,beliau telah membuka pusat-pusat pengajian
untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan. Pusat pengajiannya
itu dinamakan sebagai ‘Dalam pagar’ dan beliau mengajar selama 20 tahun. Murid-
muridnya datang dariapda seluruh pelosok Banjar dan setelah tamat pengajian mereka
akan kembali ke kampung halaman masing-masing dan menyebarkan ilmu yang
mereka dapat sehingga Islam berkembang dengan pesat di ajjahan kerajaan Banjar.
Beliau juga turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada
rakyat biasa hinggalah kepada golongan pembesar dan juga bangsawan. Beliau
menggunakan pelbagai jenis kaedah pendekatan antaranya iaitu ‘Dakwah bil Hal’ iaitu
dakwah menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau,
seterusnya adalah kaedah Dakwah bil Lisan iaitu dakwah menggunakan pendekatan
lidah iaitu emngajak dan menyeru dan terakhir sekali adalah Dakwah bi Kitabah iaitu
berdakwah menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah.
Antara hasil karya beliau yang paling terkenal adalah Kitab Sabil Al-Muhtadin.
Kitab ini merupakan Kitab Fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh Alam Melayu.
36
Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Jilid pertama terdiri dariapda 252 halaman dan jilid
kedua mempnyai 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini adalah persoalan ibadah
yang merangkumi isu taharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang
halal serta haram dan sembelihan. Kitab ini sangat mashyur sehinggakan ia menjadi
khazanah bagi perpustakaan-perpustakaan besar seperti Makkah, Mesir, Turki, dan
Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Negara Indonesia,
Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, dan Brunei. Kitab ini ditulis dalam bahasa
Melayu dalam tulisan Jawi dan ianya mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.
Kitab ni pertama sekali dicetak di Istanbul pada tahun 1882M kemudiannya diulang
cetak di Kaherah dan Makkah. Antara contoh masaah ayng dikemukan adalah,:
Masalah membuat binaan atas kubur.Katanya:
“haram memperbuat sesuatu seperti kubah atau rumah atau pagar di atas
kubur bumi yang diwakafkan akan tempat kubur segala Islam maka wajib
mearang dia dan memerintahkan barang yang sudah diperbuat
daripadanya”
Berikut adalah contoh kitab-kitab lain hasil tulisan beliau:
Kitab Usuluddin Ditulis pada 1188H (1774 M), ditulis dalam
bahasa Melayu, yang memuatkan
masalah tauhid dan keimanan. Risalah ini
belum pernah dicetak.
Luqthatul 'AjIan fi Bayan Haid wa
istihadhati wa nifas al-Niswan
Iaitu kitab yang mengupas mengenai
masalah haid, istihadhah, dan nifas. Isi
kitab ini terdiri daripada muqaddimah, 15
fasal, dan penutup. Dicetak pada tahun
1992 di Indonesia. Dalam kitab ini
dinyatakan bahawa wajib hukumnya bagi
perempuan belajar masalah haid,
istihadhah, dan nifas. Jika suami orang
berilmu, dia wajib mengajar isterinya; jika
sebaliknya, dia wajib memberi keizinan
37
kepada isterinya untuk belajar
mengenainya.
Kitab Tuhfat al-Raghibin Ditulis pada 1188H (1774M). Pernah
diterbitkan di Mesir pada 1353H. Kitab ini
membincangkan masalah tauhid iaitu
penjelasan tentang hakikat iman, perkara-
perkara yang boleh merosakkan iman,
tanda seseorang menjadi murtad, dan
sebagainya. Kitab ini terdiri daripada
muqaddimah, tiga fasal, dan penutup.
Kitab al-Qawl al-Mukhtasar fi 'Alamat al-
Mahdi al-Muntazar
Kitab ini mula dikarang pada tahun 1196H.
Mengandungi perbahasan tentang
tanda-tanda kiamat seperti Imam Mahdi,
Dajjal, turunnya Nabi Isa, terbit matahari
sebelah barat. Ditulis dalarn tulisan jawi
dan pernah dicetak di Singapura tahun
1356H (1937M).
Kitab Ilmu Falak Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab.
Penulisannya mernuatkan kaedah bila
terjadinya gerhana matahari dan bulan.
Walau bagaimanapun kitab ini belum
sempat dicetak.
Kitab al-Nikah Kitab ini menerangkan tentang pengertian
wali dan kaedah melaksanakan akad
nikah berdasarkan apa yang telah diajar
oleh Rasulullah s.a.w. Kitab ini pernah
diterbitkan di Istanbul pada 1304H.
Kitab Kanzul Ma'rifah Kitab ini berkaitan dengan ilmu tasawuf
serta penjelasan mengenai hakikat
mengenal diri untuk mencapai makrifat
38
kepada Allah. Isi kandungannya ditulis
dalam bahasa Melayu dan belum dicetak.
Beliau meninggal dunia pada malam selasa iaitu di antara waktu maghrib dan
Isyak pada 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan dengan 13 Oktober 1812 Masihi. Beliau
meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar
terhadap masyarakat Islam di Nusantara. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau,
beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau. Antaranya
ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al-Banjari dan Masjid Raya
Sabilal Muhtadin.
- HAMKA
Tokoh berikutnya adalah Hamka. Nama sebenar bagi Hamka ialah Doktor haji Abd.
Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Beliau dilahirkan di desa
Tanah Sirah, Sungai Batang Maninjau, Minangkabau, sumatera Barat Indonesia pada
16 Februari 1908 bersamaan dengan 13 muharan tahun 1362 Hijrah. Ayah beliau
merupakan seorang ulama Islam yang terkenal dan telah membawa pembaharuan
Islam di Minangkabau. Hamka merupakan seorang yang pintar dan bijak sejak dari kecil
lagi. Hamka merupakan seorang manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan
petah berpidato sehinggakan beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam
satu rencana radio Arab Saudi.Selain itu, Hamka juga mempunyai bakat penulisan dan
berjiwa seni. Ini terbukti melalui gaya bahasa dalam penghasilan karya agungnya yang
indah dan sering diselitkan rangkap-rangkap pantun dan syair dalam penulisannya
Tambahan itu, beliau merupakan seorang yang berani menegakkan kebenaran semasa
revolusi penjajahan Belanda di Sumatera, beliau telah mengatur siri pidato untuk
membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda. Hamka mendapat
pendidkan awal daripada bapanya, beliau memplejari ilmu-ilmu asas agama serta
belajar al-Quran sehingga khatam. Pada tahun 1915, beliau memasuki sekoah desa di
Padang Panjang seawall umur 7 tahun dan kemudiannya pada tahun 1918, beliau
meneruskan pelajaran di sekoah datuknya Muhammad Amirullah. Pada tahun 1924,
39
Hamka berpeluang untuk mendalami ilmu tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di
Tanah Jawa dan berpeluang mengkuti pengajaran daripada ulama-ulama yang terkenal
seperi Syeikh Ibrahim Musa dan lain-lain. Beliau amat suka menghabiskan masa
lapang di perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah, kesusateraan, sejarah dan
politik.
Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkanl dalam idang
falsafah dan tasawuf. Ketika Hamka berumur 17 tahun lagi, beliau telah berdakwah dengan
menerbitkan majalah Khatibul Ummah. Tambahan itu, semasa berada di Mekah pada 1927M,
beliau telah menubuhkan sebuah persatuan Hindia Timur yang bertujuan untuk memberi
pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia. Setelah itu, Hamka juga melibatkan diri dengan
pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. Beliau juga pada
tahun 1935M, telah mengasaskan Kolej Al-Muballighin yang mana telah melahirkan banyak
tokoh-tohoh yang terkenal. Setahun kemudian juga, beliau menerbitkan majalah Pedoman bagi
memberi kefahaman kepada masyarakat Islam pada masa itu dan semenjak itu beliau telah
menerbitkan majalah berunsurkan dakwah seperti Menara, Merdeka, Pemandangan, Panji
Masyarakat dan Gema Islam. Hamka mula mengarang dalam akhbar ‘Pembea Islam” pada
tahun 1930. Pada tahun 1953M, Hamka dilantik menjadi anggota pimpinan pusat
Muhammadiah. Hamka telah membawa pembaharuan kepada umat Islam dengan karya-karya
agama, kesusateraan dan falsafah yang menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam.
Eliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia sehinggakan
beliau mendapat gelaran ‘Hamzah Fansuri Zaman baharu”. Hamka juga tidak mengehadkan
penulisan dalam bidang agama malahan dalam bidang falsafah dan sastera juga. Antara hasil-
hasil karya Hamka ialah:
AGAMA FALSAFAH SASTERA
Tafsir al-Azhar Falsafah Hidup Tenggelamnya kapal Van
Der Wijck
Tasawuf Moden Lembaga Hidup Dibawah Lindungan Kaabah
Panduan Mubaligh Islam Falsafah Ideologi Islam Laila Majnun
40
Sejarah Umat Islam Pandangan Hidup Muslim Mandi Cahaya di Tanah Suci
Revolusi Agama Ekspensi Ideologi Arkan Islam
Hamka menggunakan dua jenis medium untuk menyebarkan ajaran islam iaitu yang
pertama dari segi penulisan menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk mengajak
umat Isam mengkaji sebahagian kefahaman yang bertentangan dengan al-Quran dan As-
Sunnah. Terdapat juga karya beliau yang telah membuka minda masyarakat Indonesia
malahan masyarakat antarabangsa amnya seperti contoh ‘Tafsir al-Azhar’. Keduanya adalah
dari segi percakapan melalui pidato.
Beliau telah menerima beberapa anugerah bagi menghargai ketokohannya. Antara
anugerah yang pernah diterima oleh beliau adalah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Azhar dan
dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981
pada usia 73 tahun di Jakarta. Beliau merupakan saah seorang tokoh pendakwah yang
disegani dan dihormati di rantau Nusantara. Beliau adalah seorang pujangga dan juga ahli fikir
Islam yang tersohor.
- Syeikh Daud Al-Fatani
Tokoh terakhir yang manjadi pilihan saya ialah Syeikh Daud Al-Fatani. Syeikh Daud Al-
Fatani merupakan seorang tokoh dalam bdang fiqh yang diperakui oleh semua ulama di Asia
Tenggara yang memahami dan mengkaji sejarah Islam di rantau ini. Nama penuh beliau ialah
al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan
Idris al-Fatani. Namun beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh. Syeikh Daud al-
Fatani dilahirkan di Kampung Parit Marhum Kerisek, Patani. Kampung ini terkenal dengan
sejara kerana salah seorang wali songo pernah tinggal dan menagajar disitu sebelum
berpindah ke Jawa Timur. Terdapat perselisihan yang berlaku anda penyelidik mengenai tahun
kelahirannya, oleh itu tahun kelahiran Syeikh Daud Al-Fatani tidak dapat dipastikan. Terdapat
sumber mengatakan bahawa ianya lahir pada tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H. Beliau
mendapatkan pendidikan awal mengenai dasar keislaman adalah daripada kalangan keluarga
beliau sendiri. Ayah dan datuknya merupakan ulama besar yang bertanggungjawab. Pada
waktu itu Acheh dan juga Patani amat terkenal sebagai pusat pendidikan Islam tradisional yang
terkenal di ranatu ini. Syeikh Daud al-Fatani juga belajar dariapda uama setempat. Beliau juga
41
dikatakan belajar di Acheh selama 2 tahun sebelum menyambung pelajaran beliau ke Hijaz.
Dikatakan bahawa beliau teah menetap disana untuk suatu jangka masa yang amat panjang.
Syeikh Daud al-Fatani telah mendekati para ulama yang bermastautin di Mekah sewaktu belajar
disana. Beliau juga banyak memperoeh ilmu dari Syeikh Muhammad Shaleh bin Abdur Rahman
terutamanya imu kesufian.
Kita akan mula melihat akan sumbangan Syeikh Daud al-Fatani. Selain daripada
menguasai ilmu agama, beliau juga telah menguasai ilmu kedoktoran walaupun begitu, beliau
tidak menjadi seorang doktor.Beliau juga telah mendalami ilmu hisab dan ilmu falak. Syeikh
Daut al-Fatani memang telah belajar dengan banyak guru. Berbagai-bagai jenis aliran mazhad
dan iktikad yang dipelajarinya. Namun, pegangaannya tetap tidak berubah dan tetap menurut
Mazhab Shafi’e dalam fiqh dan mengikut ahli Sunnah Wal Jamaah dalam iktikad. Dengan kata
lain, ilmu pengetahuannya tidak hanya tertumpu dalam bidang Islam sahaja, tetapi termasuk
pengetahuan umum dan juga pengetahuan duniawi. Berikut adalah beberapa hasil karya beliau:
Bughyat al-Tullab
Al-Saidu wa al-Zabaih
Al-Bahjat al-Saniyat
Wasaya Al-Abrar Wa Mawaiz al-Akhyar
Manhalush Shafi
Munyat al-Mushalli
Bahjat al-Mardiyat
Hidayat al-Muta’allim
Karya lain yang dihasilkan oleh beliau adalah, Kitab al-Durr al- Thamin fi Aqa’id al-
Mu’minin:Kitab ini selesai ditulis pada 17 Syawal 1232H bersamaan 1819-17M. Ia mengandungi
103 halaman. Ia memuatkan perbicaraan mengenai asas-asas akidah Islam mengikut aliran
Ahli Sunnah wal Jama’ah. Cetakan terawal ialah versi yang dicetak di Matba’ah al-Miriyyah,
Makkah pada tahun 1323H dan disunting oleh Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zayn al-Fatani.
Syeikh Daud al-Fatani meninggal dunia dan dimakamkan di Taif. Tarikh sebenar kematian
beliau juga tidak dapat dipastikan. Ada yang berpendapat bahawa beliau meninggal dunia
sekitar tahun 1847, da nada juga yang menyebut tahun 1265 H.
42
5.0) Refleksi
Saya mula menerima tugasan bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia
pada bulan Januari lalu. Tugasan ini memerlukan saya untuk membina esei bagi
menjawab soalan-soalan yang diberikan. Terdapat tiga soalan yang terdapat dalam
tugasan dan ianya masing-masing mengenai interaksi antara tamadun Melayu dan
tamadun yang lain, pengaruh agama Islam di Asia dan terakhir sekali adalah
menghuraikan sumbangan tokoh-tokoh Islam di Asia.
Pada awalnya saya berpendapat bahawa tugasan ini amat mudah untuk
dilaksanakan kerana ianya sesuatu yang telah dinyatakan daam buku.
Walaubagaimanapun, semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah berdepan dengan
beberapa masalah. Pertama sekali adalah melibatkan soalan yang pertama. Soalan
tugasan meminta saya untuk menyenaraikan interaksi antara tamadun Meayu dan
tamadun-tamadun lain. Bagi tamadun yang biasa kita dengar seperti tamadun India dan
tamadun China tidak mempunyai terlalu banyak masalah tetapi masalah timbul apabila
saya ingin membicarakan mengenai interaksi antara Tamadun Jepun dan tamadun
Melayu. Saya perlu berfikir dengan lebih kreatif bagi menunjukkan kesan pengaruh
tamadun Jepun dalam tamadun Melayu. Hal ini menyebabkan saya terpaksa membaca
semual sejarah pemerintahan Jepun di Tanah Melayu yang mana akhirnya
membuahkan hasil kerana saya mampu menghasilkan idea setelah membaca dan
berfikir mengenainya.
Masalah seterusnya adalah berkaitan dengan soalan ketiga yang mana kami
perlu untuk mencari serta menghuraikan sumbangan tokoh-tokoh islam di Asia. Biarpun
sebelum ini saya mengenali serta mengetahui mengenaik beberapa orang tokoh Islam
seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi dan lain-lain namun saya mempunyai
pengetahuan yang terhad mengenai tokoh-tokoh Islam yang terdapat di nusantara.
Saya terpaksa melakukan pembacaan tambahan bagi mendapa tahu tentang beberapa
tokoh-tokoh Islam di nusantara ini khasnya kawasan Asia Tenggara.
Saya bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan yang sudi berkongsi
maklumat serta info mengenai tugasan ini. Saya dan juga seorang rakan kelas juga
43
pernah bertanyakan kepada pensyarah pembimbing berkenaan dengan soalan
ketiga.Ha ini berkaitan tentang jumlah tokoh Islam yang perlu dimasukkan kedalam
tugasan kami. Terdapat percanggahan serta kekeliruan mengenai jumlah tokoh Islam
yang perlu disertakan dalam tugasan kerana terdapat rumor mengatakan bahawa kami
perlu memasukkan sekurang-kurangnya 5 tokoh Islam nusantara.
Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan yang telah saya perolehi semasa
dalam proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah, saya dapat mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai sejarah kehidupan masyarakat Melayu pada masa lalu
kerana tugasa ini memerlukan saya untuk melihat kembali peristiwa yang berlaku lebih
kurang pada abad ke-15 malah lebih awal lagi. Bukan itu sahaja, saya juga menyedari
bahasawa terdapat beberapa budaya yang diamalkan dalam budaya Melayu hari ini
adalah hasil asimiliasi bersama tamadun-tamadun lain. Hal ini menyebabkan saya
belajar juga untuk belajar menerima sesuatu dengan hati yang terbuka seperti contoh
peristiwa kedatangan Islam ke Asia Tenggara.Walaupun sebelum kedatangan agama
Islam, masyarakat Melayu kebanyakkannya menganut agama Hindu-Buddha namun
apabila Islam datang mereka dapat menerimanya dengan hati yang terbuka kerana
mereka menyedari akan kebenaran agama Islam itu sendiri. Disamping itu, saya juga
mengakui dan menyedari akan kehebatan ilmu orang Melayu terdahulu. Tokoh-tokoh
Melayu pada waktu dahulu sangat mencintai ilmu sehinggakan mereka sanggup untuk
pergi mengembara sehingga ke Timur Tengah untuk menuntut ilmu keagamaan
berbanding belia pada hari ini yang selalu mensia-siakan peluang mereka untuk
menuntut ilmu. Saya merasa kagum kerana walaupun kemudahan pada masa itu amat
sukar namun mereka sanggup menempuhinya. Hal ini sekaligus dapat menaikkan
semangat saya untuk meneruskan usaha menuntut ilmu dan menjadikan tokoh-tokoh
Islam di nusantara sebagai panduan dan contoh dalam bidang menuntut ilmu.
Bukan itu sahaja, melalui tugasan ini juga saya menyedari bahawa bahasa
Meayu merupakan salah satu bahasa yang terkenal dan digunakan sebagai bahasa
‘Lingua Franca’. Oleh itu, saya berpendapat bahawa masyarakat Melayu pada hari ini
harus berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ayng dulunya dijadikan sebagai
bahasa utama terutamanya dalam urusan perdagangan, politik dan lain-lain. Bukan itu
44
juga, saya juga dapat merasakan bahawa pengaruh Islam pada masa dulu telah
membawa banyak perubahan dalam masyarakat Melayu. Ianya tersebar ke seluruh
pelosok Nusantara hasil dariapda usaha beberapa ilmuwan yang tidak putus-putus
mengembangkan ajaran agama. Selaku seorang Muslim, saya berpendapat bahawa
kita haruslah berpegang teguh pada ajaran Islam dan menghayati semula Islam dari
segala aspek kehidupan. Hanya dengan cara itulah, bangsa Melayu dapat menaikkan
semua martabatnya dan mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Akhir sekali, saya dapat menyimpulkan bahawa menyempurnakan tugasa ini
tidaklah semudah yang disangka namun tidak juga terlalu susah namun apa yang
paling penting sekali adalah, tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk
membaca semula tentang sejarah Asia dan juga sejarah agama Islam bertapak di Asia
dan kembali mengimbas sejarah lalu dan mengambil ikhtibar dari semua kejadian yang
berlaku. Kita harus pandang ke hadapan untuk berjaya namun jangan lupa untuk
menoleh kebelakang untuk mengambil pedoman dan peringatan tentang kesalahan lalu
supaya kegagalan ataupun kekalahan berlaku akibat kesalahan yang sama berulang.
45
6.0) Lampiran
46
47
48
49
50
Masjid Tengkera yang
berada di Melaka.
Terdapat ciri-ciri
senibina pagoda pada
masjid ini.
Golongan Baba Nyonya yang juga
merupakan salah satu kesan interaksi
antara tamadun Cina dan tamadun
Melayu.
51
Kungfu ataupun Wushu yang kini
terkenal juga di Malaysia sebagai saah
satu seni mempertahankan diri.
Budaya memberi duit raya kepada kanak-kanak semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri diambil daripada budaya Cina iaitu memberi ‘Ang Pau’.
52
Budaya berinai dan juga bersanding semasa perkahwinan juga merupakan budaya Hindu. Begitu juga dengan adat melenggang perut.
Silambam yang merupaka seni bela diri bagi masyarakat India.
Dikatakan bahawa silat juga menyerap seni bela
ini.
Pemakaian Jubah dan serban dikatakan
terjadi hasil interaksi antara budaya Arab dan budaya Melayu.
Judo dan Karate yang berasal dari Jepun namun kini di Malaysia terdapat kelab dan
persatuan bagi kedua-dua seni bela diri ini.
53
Hukum Kanun Melaka yang mempunyai unsur-unsur perundangan Islam setelah kedatangan Islam di Asia Tenggara. Terdapat 18
fasal yang menyebut mengenai undang-undang Islam.
54
Dalam Batu Bersurat terengganu terdapat tulisan Melayu dan juga tulisan
Arab. Bukan itu sahaja malahan terdapat catatan mengenai Islam sebagai
agama rasmi dan hukum hakam seperti penzinaan dan penghutang.
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
7.0) Rujukan
Ahmad Zaki Abd. Latiff, A. H. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Azhar Hj. Mad Aros, A. M. (2000). TITAS. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Esa Khalid, M. A. (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, China , India dan Jepun. Johor: UTM Skudai Johor .
Ramlah Adam, S.P, (2010). Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2012, March 12). Interaksi Antara Tamadun. Retrieved on February 1, 2013, from http://titasawesome.blogspot. com/2012/03/kesan-interaksi-antara-tamadun.html.
Wikipedia (2012, Ogos 28). Sheikh Tahir Jalaluddin. Retrieved on Februari 3, 2013 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muhammad_Tahir_Jalaluddin.