TUDINGAN TINGKATAN EMPAT 1 PELAJARAN 1 : Konsep Ketuhanan Jawapan 1. Maksud tuhan ialah : Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna, tiada cacat celanya dan dapat diakui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamai dan menandingi kuasa Allah SWT 2. Manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka kerana: Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa yang Maha Agung Hanya kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna dan selamat. Kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan manusia sentiasa menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif dalam kehidupan. 3. Pengertian uluhiyyah ialah : Uluhiyyah ialah mengakui Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, dipatuhi dan ditaati secara mutlak. 4. Konsep Uluhiyyah Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati Paksi utamanya ialah kalimah syahadah Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah dianggap sesat
45
Embed
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT - spi.jpnns.gov.my Gemilang 2012/Gemilang Tasawwur Isl… · Contoh nama-nama Allah SWT yang mulia. ... 4 Jumlah nabi 124,000 orang Jumlah rasul 313 orang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
1
PELAJARAN 1 : Konsep Ketuhanan
Jawapan
1. Maksud tuhan ialah :
Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna, tiada cacat celanya
dan dapat diakui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain
yang dapat menyamai dan menandingi kuasa Allah SWT
2. Manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka kerana:
Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa
yang Maha Agung
Hanya kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih
sempurna dan selamat.
Kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan manusia sentiasa menjauhkan diri
daripada perkara-perkara negatif dalam kehidupan.
3. Pengertian uluhiyyah ialah :
Uluhiyyah ialah mengakui Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, dipatuhi
dan ditaati secara mutlak.
4. Konsep Uluhiyyah
Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati
Paksi utamanya ialah kalimah syahadah
Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah dianggap sesat
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
2
5. Pengertian Rububiyyah
Rububiyyah ialah keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT memiliki,
mentadbir dan mencipta seluruh alam.
6. Konsep Rububiyyah
Allah SWT adalah pencipta, pemilik dan pentadbir alam.
Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi
Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya
7. Perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid uluhiyyah
Tauhid Rububiyyah Tauhid Uluhiyyah
Keyakinan dalam hati secara mutlak
Allah SWT sebagai pentadbir alam
Keyakinan dalam hati bahawa Allah SWT
yang Maha Esa yang layak disembah
dan dipatuhi
Diimani / dipercayai oleh semua manusia Diimani / dipercayai oleh orang Islam
sahaja
8. Pengertian Asma’ wa Sifat ialah :
Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia
9. Contoh nama-nama Allah SWT yang mulia.
Al-Hakim
Al-Khabir
Al-Azim
Al-Ghafur
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
3
Al-Alim
10. Maksud fitrah beragama ialah :
• Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.
11. Bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia :
• Manusia terdorong memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa
ghaib yang boleh membantu melindungi dan menunaikan sesuatu hajat mereka.
Contohnya masyarakat primatif memuja sungai, semangat dan sebagainya.
• Secara fitrah manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha
mencarinya. Contohnya usaha Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan yang sebenar untuk
di sembah.
• Manusia akan kembali mengingati tuhan apabila di timpa bencana dan musibah
untuk memohon pertolongan. Kerana mereka yakin hanya kuasa ghaib sahaja yang
mampu menolong mereka, iaitu tuhan.
12 Peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang :
Islam menghendaki umatnya berfikir secara kreatif dan inovatif
Islam mewajibkan umatnya menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan
Islam mengatur peradaban dan akhlak yang terpuji untuk memastikan manusia
dapat hidup dengan aman dan bahagia di dunia dan akhirat
Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan
negara
13 Ciri orang yang beragama :
Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
4
Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dengan cara memanfaatkan kejalan Allah
SWT
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT
Memiliki jiwa yang mantap dan teguh atas prinsip kebenaran
Memiliki kesempurnaan akhlak, menghormati rakan, jiran dan tidak mencintai
dunia
14 Cara manusia mencintai Allah SWT
Mematuhi perintahNya, contohnya menunaikan solat lima waktu
Menjauhi laranganNya, contohnya menjauhi daripada zina
Sentiasa mengingatiNya, contohnya berdoa dan sentiasa bertahmid
Bertawakal kepada Allah SWT dan tidak hanya berserah kepadaNya contohnya
sentiasa berdoa dan berusaha
Redha dengan ketentuanNya; contohnya sentiasa sabar dengan musibah yang
menimpa
Bersyukur atas nikmat kurniaanNya; contohnya melakukan syujud syukur apabila
mendapat nikmat daripada Allah SWT
Melakukan amalan kebajikan; contohnya bersedekah kepada fakir miskin
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
5
PELAJARAN 2 : Konsep Kerasulan
1. Maksud nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu
untuk dirinya dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain.
2. Pengertian rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu
untuk dirinya dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain
3. Maksud rasul Ulul Azmi ialah gelaran yang diberikan kepada rasul yang
memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi cabaran semasa
berdakwah kepada kaumnya
4. Sebab diberi gelaran Ulul Azmi:
- Sebagai pengiktirafan Allah SWT di atas usaha dakwah yang telah
dijalankan
- Kerana mereka sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum
mereka tidak diturunkan azab
- Kerana mereka sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum
mereka tidak diturunkan azab
- Kerana mereka sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memberi
hidayah kepada kaum mereka
- Kerana mereka memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah
5. Perbezaan antara nabi dan rasul
Nabi Rasul
1 Menerima wahyu untuk dirinya
sahaja dan tidak wajib
disampaikan kepada orang lain
Menerima wahyu untuk dirinya
dan wajib menyampaikannya
kepada orang lain
2 Kitab tidak diturunkan kepada para
nabi
Menerima kitab dan suhuf
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
6
3 Bilangan nabi tidak wajib diketahui Wajib mengetahui bilangan serta
nama 25 orang rasul
4 Jumlah nabi 124,000 orang Jumlah rasul 313 orang
6. Peranan rasul ialah:
- Membimbing mmanusia ke jalan yang diredai oleh Allah SWT
- Menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT sahaja
- Menerangkan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib seperti
syurga dan neraka
- Menyampaikan berita gembira dan berita buruk sebagai peringatan kepada
manusia
- Menyampaikan segala perintah Allah SWT kepada manusia
- Mengajar manusia cara beribadat yang betul
- Menunjukkan akhlak yang mulia
7. Cara beradab kepada rasul:
- Sentiasa bersalawat kepada rasul
- Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul
- Mengasihi dan menyintai mereka melebihi makhluk lain
- Mengamalkan sunnah rasul dalam kehidupan seharian
- Mentaati ajaran yang disampaikan oleh para rasul dengan hati yang ikhlas
8. Senaraikan sifat-sifat wajib,mustahil dan harus bagi rasul ialah:
i.Sifat wajib:
- As-Sidq (benar)
-Al-Amanah (Jujur)
-At-Tabligh(menyampaikan)
-Al-Fatanah(Bijaksana)
ii.Sifat mustahil:
-Al-Kizb (Pendusta)
-Al-Khiyanah(Pecah amanah)
-Al-Kitman (Menyembunyikan)
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
7
-Al-Baladah (Bodoh)
iii.Sifat Harus
-Bersifat seperti manusia biasa yang tidak menjejaskan martabatnya sebagai
utusan Allah SWT seperti lapar,dahaga dan sebagainya
9. Pengertian maksum dan mukjizat ialah:
i.Maksum : rasul-rasul terpelihara daripada melakukan perkara kejahatan,dosa
dan perkara kurang sopan yang boleh merosakkan kehormatannya,juga
terpelihara daripada sebarang kecatatan yang mengurangkan kemuliaan
seseorang seperti buta,tuli bisu, gila atau lain-lain penyakit yang boleh
merosakkan darjat kemuliaan seorang rasul
ii.Mukjizat :Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada
para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran,kenabian dan kerasulan
serta melemahkan musuh-musuh mereka contohnya keluar air dari celah jari
Nabi Muhammad SAW.
9. Peranan mukjizat kepada para rasul:
-Untuk membuktikan kebenaran para nabidan rasul sebagai utusan Allah SWT
-Untuk mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap ajaran yang dibawa
olrh para rasul
-Untuk membantu para nabi dan rasul menjalankan tugas dakwah kepada
manusia.
-Untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT ke atas hamba-hanmaNya
11. i- Maksud maunah: Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa
diusahakan untuk dipelajarinya, seperti seseorang yang terlibat dalam
kemalangan yang dahsyat tetapi beliau tidak mengalami kecederaan yang teruk.
ii.- Maksud Istidraj: Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak
taat atau derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi.Contohnya
Qarun yangb beroleh kekayaan yang luar biasa telah menjadi sombong dan kufur
12. Sebab nabi Muhammad SAW DIPILIH SEBAGAI RASUL YANG TERAKHIR:
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
8
- Syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW telah lengkap dan sempurna
-Syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW kekal hingga hari akhirat.
-Syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW telah
memansuhkan/membatalkan semua syariat nabi yang terdahulu
-Nabi Muhammad SAW merupakan penutup kepada sekalian nabi-nabi
13. a)Sebab manusia wajib beriman kepada rasul:
-Allah SWT telah melantik rasul untuk menyampaikan ajaran yang benar
-Rasul adalah pembimbing manusia kea rah kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat
- Rasul diberi tugas untuk menyelesaikan masalah manusia secara adil dan
benar.
b)Akibat menentang ajaran rasul:
- Allah SWT membinasakan kaum-kaum tersebut dengan menurunkan bala
bencana dan memusnahkan segala harta benda mereka.
- Manusia tersebut akan terus berasda dalam kesesatan dan kerugian di
dunia dan di akhirat
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
9
PELAJARAN 4 : KONSEP ALAM
Jawapan
1. Maksud alam :
Alam ialah makhluk ciptaan Allah SWT.
2. Jenis-jenis alam :
Alam terbahagi kepada dua iaitu :
1. Alam musyahadah :
Ialah alam yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancaindera manusia
contohnya haiwan, tumbuhan sungai dan sebagainya.
2. Alam Ghaib :
Iaitu alam yang tidak dapat ditanggapi dan dilihat oleh pancaindera
manusia, contohnya syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.
3. Perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadah :
Bil Perbezaan
Alam Ghaib Alam Musyahadah
1 Pancaindera manusia tidak mampu
memikir dan menanggapi alam ghaib Dapat ditanggapi oleh pancaindera
2 Untuk menguji keimanan manusia Boleh dimanfaatkan manusia untuk
membina tamadun
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
10
3 Akal tidak mampu memikirkan
hakikat sebenar alam ghaib
Akal mampu mentafsir, mengkaji
dan menyelidik.
4 Manusia yang telah mati berada di
alam ghaib
Manusia yang hidup dapat
menyaksikan alam musyahadah.
5 Kenikmatan yang dikecapi kekal buat
selama-lamanya
Kenikmatan yang diperolehi tidak
kekal
4. Bukti alam merupakan tanda kekuasaan Allah :
• Keunikkan alam ini menunjukkan kekuasaan penciptaannya.
• Kesempurnaan Alam ini melambangkan kesempurnaan Allah SWT.
• Tiada sebarang mahkluk pun yang dapat menandingi kekuasaan dan
ciptaan Allah SWT.
5. Cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini :
• Menyakini bahawa semua yang ada dalam alam ini adalah milik Allah
SWT.
• Menyakini alam ini adalah sementara dan akan musnah.
• Menyakini bahawa penciptaan alam ini tidaklah sia-sia.
6. Cara menanam keimanan kepada syurga dan neraka :
• Sentiasa mengikuti ceramah tentang nikmat syurga dan azab neraka.
• Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak
daripada kecil.
• Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak
daripada pengaruh negetif.
• Memantau pergaulan anak-anak dan rakan sebaya agar terkawal.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
11
7. Sebab Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia :
• Menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
• Menguji keimanan manusia kepada perkara ghaib.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia.
• Menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT.
• Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
8. Kesan beriman dengan perkara ghaib :
• Menjadikan manusia taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah
SWT.
• Menjadikan manusia takut melakukan maksiat dan kemungkaran
kerana menyedari bahawa malaikat sentiasa memerhati perbuatan
mereka.
• Menjadikan manusia sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT.
• Menjadikan manusia melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah SWT.
• Menjadikan manusia sentiasa istiqamah dalam melakukan pekerjaan.
• Menjadikan manusia mempunyai motivasi yang tinggi dalam kehidupan
seharian.
9. Alam ghaib yang dilalui oleh setiap manusia :
• Alam roh
• Mati
• Alam kubur
• Kiamat
• Hari Kebangkitan
• Padang masyhar
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
12
• Hisab
• Mizan
• Titian sirat
• Syurga atau neraka
10. Hujah akal tanpa wahyu tidak dapat memikirkan perkara ghaib :
• Akal manusia terbatas dan hanya boleh memikirkan perkara yang nyata
sahaja.
• Akal sering berubah-ubah mengikut perubahan manusia.
• Akal mudah dipengaruhi oleh nafsu dan keadaan semasa.
• Kebenaran wahyu adalah mutlak dan tidak berubah sehingga ke hari
kiamat.
TUDINGAN TINGKATAN EMPAT
13
PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN
MUSLIM
Jawapan
1. Maksudkan fahaman mulhid ialah :
Fahaman, ajaran dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan
membawa kepada kesesatan dengan menganggap Tuhan itu tiada / tidak