-
171transforming education through the Internet
powered by
3.0 Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang /
Mata
Pelajaran (Pengguna: Pentadbir)
3.0 How the Administrator Shares a Departmental / Subject Site
(Users: Admin)
TUGASAN:Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.
OBJEKTIF: Untuk memahami bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran
dikongsi dengan guru-guru.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.0 Bagaimana Pengguna Pentadbir
Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
Komputer
Papan putih
Pen penanda
Buku nota
Projektor
Kertas & pen
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan konsep umum tentang Laman Bidang / Mata
Pelajaran. Terangkan bahawa adalah penting untuk berkongsi
laman-laman bidang / mata pelajaran ini dengan ketua-ketua bidang /
ketua-ketua panitia sebelum mereka boleh mengedit laman-laman
tersebut. Ini adalah kerana ke semua 4 ruang Laman Bidang / Mata
Pelajaran hanya boleh diedit oleh pengguna Pentadbir Frog. Bagi
memastikan bahawa semua laman-laman ini boleh diedit semasa sesi
latihan, adalah penting bagi pengguna Pentadbir Frog untuk
berkongsi laman-laman ini dengan individu yang sesuai sebelum sesi
latihan bermula. Panduan ini akan menunjukkan anda caranya.
2. VIDEO Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman
Bidang / Mata Pelajaran
Mainkan klip video dan minta para peserta untuk mengikuti arahan
seperti di dalam video.
3. SESI IMBASAN
Mengimbas kembali matlamat sesi. Sesi soal jawab.
Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata
Pelajaran
-
transforming education through the Internet
powered by
172 173transforming education through the Internet
powered by
Panduan Pengguna
Perkongsian Laman Bidang / Mata Pelajaran
Nota: Untuk berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran, anda mesti
log masuk sebagai pentadbir.
Untuk melihat Laman Bidang / Mata Pelajaran, anda mesti klik
ikon Quick Launch pada Frog Bar.
Klik pada ikon Departmental Sites dan anda akan lihat ruang
Laman Web Jabatan.
Klik pada salah satu laman yang telah dihasilkan. Contohnya,
klik pada laman Bahasa
Anda akan lihat halaman utama bagi Bahasa. Klik pada tab
Rangkaian Mata Pelajaran.
Anda akan lihat tetingkap yang memaparkan dua laman mata
pelajaran: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Klik pada laman
Bahasa Melayu.
-
transforming education through the Internet
powered by
174 175transforming education through the Internet
powered by
Bagi membenarkan pengguna yang lain mengedit laman ini, klik
pada butang Share di Frog Bar.
Pada tetingkap Share, taipkan nama pengguna yang anda ingin
tambah ke dalam kotak Who has access.
Selepas menaip beberapa huruf, anda akan dapat melihat senarai
pengguna.
Menu ke bawah memaparkan 3 pilihan:
Can edit and manage Pengguna mempunyai kebenaran untuk mengedit
dan menguruskan laman.
Can contribute Pengguna boleh memberi sumbangan di ruang
interaktif seperti memberi komen di forum, muat naik dan muat turun
fail.
Can view Pengguna boleh melihat laman tersebut sahaja.
Pilih nama yang betul dan klik Add.
Sekarang, anda akan melihat nama pengguna telah didaftarkan
sebagai User. Klik pada menu ke bawah di sebelah kanan untuk
peringkat akses.
Akhirnya, klik pada butang biru Share. Kemudian, pengguna yang
telah didaftarkan boleh mengedit laman.
-
transforming education through the Internet 176
Anda akan kembali ke halaman utama iaitu laman Bahasa
Melayu.
Ulangi latihan ini bagi ke semua laman bidang. Keempat-empat
laman harus dikongsi dengan pengguna yang sesuai.
3.1 Bagaimana Laman Bidang /Mata Pelajaran Digunakan
di Sekolah (Pengguna: Guru)3.1 How Departmental / Subject
Sitesare Used Within a School (User: Staff)
-
transforming education through the Internet 178 179transforming
education through the Internet
powered by
TUGASAN:Menggunakan Laman Bidang / Mata Pelajaran di
sekolah.
OBJEKTIF: Menimbulkan kesedaran ke atas bagaimana sesebuah Laman
Bidang / Mata Pelajaran boleh digunakan secara efektif bagi
meningkatkan komunikasi dan penglibatan pelajar.
TEMPOH MASA: 15 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.1 Bagaimana Laman Bidang / Mata
Pelajaran Digunakan di Sekolah
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan tujuan utama sesi:
Di dalam sesi ini, anda akan diterangkan dengan bagaimana Laman
Bidang / Mata Pelajaran dihasilkan untuk menjadi bantuan komunikasi
di antara jabatan mata pelajaran dan pelajar.
Jurulatih menerangkan tujuan Laman Bidang / Mata Pelajaran:
Laman Bidang / Mata Pelajaran terdiri daripada 4 jabatan utama,
antaranya Bahasa, Teknik dan Vokasional, Matematik dan Sains, dan
juga Kemanusiaan. Laman ini boleh dilihat oleh semua guru dan
pelajar. Ini bermakna, semua pelajar mempunyai satu pusat rujukan
untuk memperolehi maklumat yang berkaitan di dalam sesebuah jabatan
/ panitia dengan mudah.
Dokumen sekolah, tips peperiksaan, soalan peperiksaan tahun lalu
(bank soalan) dan dokumen-dokumen umum dapat disimpan dengan mudah
di sini. Maklumat-maklumat yang menarik dan menyeronokkan juga
boleh dimasukkan ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran untuk
menarik lebih ramai kunjungan daripada guru dan pelajar. Ini akan
menjadikan Laman Bidang / Mata Pelajaran satu medium komunikasi dan
penyiaran bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai sesuatu
subjek di dalam sekolah.
Halaman baru boleh ditambah ke dalam Laman Bidang / Mata
Pelajaran apabila dikehendaki. Ia mungkin diperlukan bagi
menempatkan galeri gambar, video atau kajian. Kebiasaannya, Laman
Bidang / Mata Pelajaran ini akan diuruskan oleh Ketua Bidang /
Panitia atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawabkan untuk
mengemaskinikan laman tersebut.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh cadangan bahan
sumber pembelajaran yang boleh dimasukkan ke dalam Laman Bidang /
Mata Pelajaran:
Bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah
powered by
Tab Kandungan
1. Profil Panitia / Jabatan
2. Dokumen Pelajaran
Sukatan Mata Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Rancangan Pelajaran
Pekeliling
3. Penilaian dan Peperiksaan
Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
Kertas Peperiksaan Tahun Lepas
Tips Peperiksaan
Analisa Keputusan Ujian
/ Peperiksaan
4. Pengkayaan
Senarai Rujukan Tambahan
Informasi Tambahan
Carta Organisasi bagi jabatan / panitia.
Informasi mengenai jabatan / panitia yang perlu disebarkan
kepada komuniti sekolah.
Semua dokumen rasmi yang berkaitan dengan jabatan/ panitia perlu
dimasukkan. Ia akan menjadi bahan rujukan utama bagi guru dan
pelajar untuk mendapatkan maklumat bagi subjek tersebut.
Secara tidak langsung, ini akan membentuk satu suasana kerja
yang telus diantara guru dan pelajar. Kedua-dua pihak boleh
memahami lebih mendalam mengenai sukatan mata pelajaran dan hasil
yang diingini daripada pembelajaran.
Maklumat yang berkaitan mengenai penilaian dan peperiksaan boleh
di masukkan di sini. Maklumat ini sangat berguna bagi guru dan
pelajar.
Contohnya: Garis panduan bagi penilian asas sekolah, bank soalan
termasuklah soalan peperiksaan tahun lalu beserta tip-tip dan
analisis.
Maklumat mengenai acara dan aktiviti yang berkaitan dengan
jabatan juga boleh di masukkan ke dalam Laman Bidang ini. Maklumat
lengkap dan menarik mengenai sesuatu acara juga boleh disertakan.
Ini akan menarik lebih banyak kunjungan daripada guru dan pelajar
ke laman bidang.
2. SESI IMBASAN
Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
-
181transforming education through the Internet
powered by
3.2 Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran
(Pengguna: Guru)3.2 How to Create Departmental / Subject Sites
(User: Staff)
TUGASAN: Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran.
OBJEKTIF: Memastikan pengguna mempunyai kefahaman yang baik
mengenai bagaimana untuk membina Laman Bidang / Mata Pelajaran.
TEMPOH MASA:30 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.2 Bagaimana Membina Laman Bidang
/ Mata Pelajaran
Komputer
Papan Putih
Pen dan Buku Nota
Projektor
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan manfaat menghasilkan Laman Bidang / Mata
Pelajaran dengan menggunakan Frog VLE.
2. VIDEO
Mainkan klip video. Berhenti dan beri penerangan apabila perlu.
Meminta para peserta untuk menonton video dan mengikut arahan
3. SESI IMBASAN
Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.
Panduan Pengguna
Bagaimana membina Laman Bidang / Mata Pelajaran
Kita akan membina laman bidang untuk digunakan di sekolah. Laman
bidang / Mata Pelajaran ini akan terdiri daripada beberapa laman
yang mengandungi teks dan media (gambar atau video) yang ingin
dikongsi bersama warga sekolah yang lain.
Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran
-
transforming education through the Internet
powered by
182 183transforming education through the Internet
powered by
Bagi membina Laman Bidang / Mata Pelajaran, klik pada Quick
Launch yang berada di Frog Bar. Seterusnya klik pada ikon
Departmental Sites.
Laman Web Jabatan yang terdiri daripada 4 bidang utama seperti
Bahasa, Matematik dan Sains, Kemanusiaan dan,Teknik dan Vokasional
akan tertera. Kesemua laman ini adalah untuk tatapan semua warga
sekolah.
Pilih laman bidang Bahasa.
Anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti di bawah.
Terdapat dua pautan di laman ini iaitu pautan Laman Utama dan
Rangkaian Mata pelajaran. Klik pada pautan Rangkaian Mata
pelajaran. Ini akan membawa anda ke laman seterusnya yang
mengandungi pautan kepada subjek-subjek yang dikategorikan di bawah
bidang Bahasa.
Terdapat dua subjek yang diketegorikan di bawah bidang Bahasa
iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kita akan membina laman
untuk subjek Bahasa Melayu, klik pada pautan Bahasa Melayu.
Paparan di bawah menunjukkan laman Bahasa Melayu. Terdapat
beberapa widget yang telah tersedia untuk membantu para guru agar
memudahkan kerja membina laman subjek ini. Walau bagaimanapun, anda
boleh mengubahsuai laman ini mengikut citarasa dan kreativiti
anda.
Bagi mengubahsuai laman subjek anda, klik pada butang Edit pada
sebelah kiri skrin anda.
Sebaik sahaja anda klik, Content Tray akan dipaparkan.
-
transforming education through the Internet
powered by
184 185transforming education through the Internet
powered by
Kita akan mula mengubahsuai laman ini dengan menukar paparan
tajuk utama dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Klik dua
kali pada tajuk utama dan taipkan Bahasa Malaysia pada ruang Name
of Site.
Tajuk utama laman anda akan berubah.
Setelah tamat, klik pada butang Save Changes untuk menyimpan
tetapan yang telah ditukar.
Menukar Teks pada Laman Utama
Klik dua kali pada teks yang bertulis Bahasa Melayu Laman Utama,
ini akan membawa anda ke bahagian tetapan widget tersebut.
Oleh kerana kita akan meletakkan Carta Organisasi Panitia Bahasa
Melayu di bahagian ini, maka kita akan menukarkan teks Bahasa
Melayu Laman Utama kepada Carta Organisasi Panitia.
Taipkan Carta Organisasi Panitia pada panel tetapan. Apabila
anda selesai menaip, anda akan dapat melihat perubahan pada
bahagian laman seperti yang tertera di bawah.
Bagi meletakkan carta organisasi panitia pada halaman ini,
widget teks bertulis Di Laman ini, anda boleh perlu dipadam
terlebih dahulu. Bagi memadamkan widget ini, klik dua kali pada
widget teks tersebut dan klik Remove Widget di panel tetapan.
-
transforming education through the Internet
powered by
186 187transforming education through the Internet
powered by
Sebaik sahaja anda klik pada Remove Widget, satu kotak dialog
akan tertera bagi meminta pengesahan untuk memadam widget tersebut.
Kemudian klik pada butang OK.
Sekali lagi, klik pada tab Widgets. Pilih widget Media dan seret
ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak bertukar biru
sebelum anda melepaskan widget tersebut.
Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi
widget Media tersebut. Kemudian klik pada butang Upload.
Setelah klik pada butang Upload, anda akan melihat paparan File
Uploader.
Klik pada butang biru Choose Files untuk memuat naik fail dari
komputer anda.
Setelah itu File Manager akan muncul bagi membenarkan anda
memilih fail dari komputer peribadi anda.
Cari fail yang ingin dimuat naik. Sebagai contoh, kita akan
memuat naik Carta Organisasi yang akan diberi nama chart
Setelah anda menjumpai fail yang diingini, klik pada fail
tersebut dan klik butang Open.
Setelah fail selesai dimuat naik, butang Done yang berwarna
hijau akan muncul. Kemudian, klik pada kotak Done di sebelah kiri
pada bahagian bawah kotak dialog tersebut.
-
transforming education through the Internet
powered by
188 189transforming education through the Internet
powered by
Imej Carta Organisasi Panitia akan terpapar seperti di
bawah.
Sekarang anda telah mempunyai sebuah carta organisasi pada laman
anda. Anda boleh memilih saiz imej pada tetapan media. Tiga pilihan
tersebut ialah Large, Medium dan Small.
Pilih Large.
Klik pada Save Changes dan tutup tetingkap edit anda dengan
menekan butang X.
Menambah Notis
Untuk membuat penambahan pada notis, klik pada butang Create
Notice.
Anda boleh memasukkan maklumat mengenai carta tersebut di dalam
kotak dialog yang terpapar.
Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.
Taipkan tajuk dan maklumat mengenai notis tersebut di ruangan
Title dan Content.
Nota: Semua notis yang dipaparkan mestilah berkaitan dengan
topik berkenaan.
Klik pada butang Submit setelah selesai.
-
transforming education through the Internet
powered by
190 191transforming education through the Internet
powered by
Menukar Nama Tab
Sekarang kita akan menukar nama tab dari Tingkatan 1 ke Sukatan
Pelajaran. Klik pada butang Edit.
Seterusnya klik pada teks Tingkatan 1 dan taipkan Sukatan
Pelajaran.
Nama tab baru anda akan berubah seperti yang tertera di
bawah.
Menambah Widget Baru (Embed Website Widget)
Anda sekarang akan menambah widget baru, iaitu Embed Website
widget ke Laman Bidang / Mata Pelajaran anda.
Pilih widget tersebut dan seret ke dalam kotak kandungan pada
laman. Pastikan kotak bertukar biru sebelum anda melepaskan widget
tersebut.
Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi
widget Embed Website tersebut.
Masukkan maklumat URL ke dalam ruangan Enter URL:
http://www.ppk.smkdpk.com/sp/bm.html#.
-
transforming education through the Internet 192
Kemudian klik pada butang Save Changes
Klik pada butang X untuk kembali ke Laman Bidang.
Laman Embed Website anda akan terpapar di Laman Bidang / Mata
Pelajaran anda.
3.3 Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
(Pengguna: Guru)3.3 How Departmental / Subject Sites are shared
(User: Staff)
-
transforming education through the Internet
powered by
194 195transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.
OBJEKTIF: Memahami cara berkongsi laman bidang/laman mata
pelajaran.
TEMPOH: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 3.3 - Bagaimana Berkongsi Laman
Bidang / Mata Pelajaran
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan mengapa laman bidang/laman mata pelajaran
perlu dikongsi:
Setelah laman bidang /mata pelajaran dihasilkan oleh guru, guru
perlu menukar peringkat akses bagi semua guru dan pelajar. Terdapat
3 peringkat akses pada tetapan asal laman bidang, iaitu:
Pentadbir: Edit dan Urus (Edit and Manage)
Guru: Edit dan Urus (Edit and Manage)
Pelajar: Papar (View)
Pada tetapan asal peringkat akses, pelajar hanya dibenarkan
untuk melayari laman bidang / mata pelajaran sementara guru dan
pentadbir boleh mengubahsuai laman ini. Oleh yang demikian,
peringkat akses bagi guru dan pelajar perlu diubah supaya mereka
dapat memberi sumbangan pada laman ini.
2. VIDEO Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
Memainkan klip video. Berhenti dan beri penerangan apabila
diperlukan. Minta peserta untuk menonton video dan mengikuti arahan
pada video.
3. SESI IMBASAN
Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.
Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
Panduan Pengguna
Berkongsi Laman Mata Pelajaran
Untuk memulakan proses perkongsian laman mata pelajaran, anda
perlu membuka laman mata pelajaran yang ingin dikongsikan. Bagi
latihan ini, laman mata pelajaran yang telah dihasilkan pada sesi
sebelum ini akan digunakan, iaitu laman Bahasa Malaysia.
Anda akan dibawa ke Laman Web Jabatan. Kemudian klik pada pautan
Bahasa.
Ini akan membawa anda ke halaman umum bagi bidang Bahasa. Klik
pada tab Rangkaian Matapelajaran untuk melihat senarai mata
pelajaran di bawah bidang Bahasa.
Bagi membuka laman mata pelajaran yang diingini, klik pada Quick
Launch pada Frog Bar. Seterusnya, klik pada ikon Departmental
Sites.
-
transforming education through the Internet
powered by
196 197transforming education through the Internet
powered by
Di halaman ini, anda akan lihat 2 laman mata pelajaran di
sebelah kanan halaman. Mata pelajaran tersebut adalah Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Klik Bahasa Malaysia untuk memaparkan
laman mata pelajaran tersebut.
Apabila laman Bahasa Malaysia telah dibuka, klik pada butang
Share untuk berkongsi laman ini. Anda akan dibawa ke tetingkap
Share di mana anda boleh menetapkan peringkat akses laman bagi
pengguna tertentu.
Menu ke bawah di sebelah kanan memaparkan tiga peringkat akses
yang berbeza. Peringkat akses ini menetapkan akses bagi setiap
kumpulan pengguna. Peringkat akses tersebut adalah:
Peringkat akses telah ditetapkan untuk tiga jenis pengguna iaitu
Pentadbir, Guru dan Pelajar
Jangan ubah tetapan bagi Pentadbir Frog.
Anda hanya boleh mengubah tetapan bagi guru dan pelajar.
Can Edit & Manage Peringkat akses ini membenarkan pengguna
mengubahsuai dan kongsi laman ini.
Can Contribute Peringkat akses ini membenarkan pengguna melayari
laman dan menyumbang pada bahagian interaktif laman ini seperti
Forum, File Drop dan lain-lain.
Can View Peringkat akses ini hanya membenarkan pengguna melayari
laman ini. Pengguna tidak dapat mengubah atau menyumbang kepada
pada bahagian interaktif laman ini seperti Forum, File Drop dan
lain-lain
Ini dapat mengawal jumlah pengguna yang boleh mengubahsuai dan
berkongsi laman bidang / mata pelajaran ini.
Laman mata pelajaran ini adalah umum bagi keseluruhan komuniti
sekolah, termasuk pelajar. Pada tetapan asal, pelajar tidak diberi
akses. Jadi, peringkat akses bagi pelajar perlu diubah.
Bagi latihan ini, anda dikehendaki mengubah peringkat akses
pengguna dari Can Edit & Manage kepada Can contribute.
Bagi mengubah peringkat akses pelajar, taipkan nama pelajar dan
pilih daripada menu ke bawah. Kemudian klik pada butang Add.
Anda kini telah menambah pelajar dalam senarai perkongsian.
Peringkat akses pelajar tersebut dipaparkan di sebelah kanan
iaitu Can view.
-
transforming education through the Internet 198
Ubah peringkat akses bagi pelajar tersebut kepada Can Contribute
pada pilihan dari menu ke bawah. Ini akan membolehkan pelajar
menyumbang pada bahagian interaktif laman mata pelajaran
tersebut.
Klik pada butang biru Share.
Laman Bahasa Malaysia kini telah dikongsi bersama
pelajar-pelajar yang berkenaan.
3.4 Menginspirasikan Pelajar (Pengguna: Pelajar)
3.4 Inspiring Students (User: Student)
-
transforming education through the Internet 200
TUGASAN:Menginspirasikan Pelajar
OBJEKTIF: Untuk memotivasi dan menginspirasi pelajar untuk
menerima teknologi baru ke dalam sekolah mereka.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.4 (Link) - Engage Me
www.youtube.com/watch?v=ZokqjjIy77Y
TATACARA:
1. PENGLIBATAN PELAJAR
Jurulatih mendapatkan maklum balas bagi kaedah pengajaran pada
masa kini serta pendapat dari para pelajar mengenainya.
SOALAN:
Apakah mata pelajaran kegemaran anda? Mengapa?
Apakah yang digunakan oleh guru anda untuk mengajar?
Apakah mata pelajaran yang paling tidak anda minati?
Adakah anda berpuas hati dengan teknik-teknik pengajaran yang
digunakan? Mengapa?
Adakah anda ingin guru anda mengubah kaedah mereka? Apakah
cadangan anda?
2. VIDEO - Engage Me
Jurulatih memainkan klip video.
Pelajar menonton video dan mencatat nota.
Jurulatih mengaitkan soalan-soalan yang diajukan dengan mesej
video yang dimainkan. Tanya pelajar sama ada mereka bersetuju
dengan mesej yang disampaikan oleh kandungan video tersebut. Minta
mereka untuk membincangkan pendapat mereka.
RUMUSAN
Terangkan kepada pelajar bagaimana Frog VLE boleh membantu
mereka untuk menjadi pelajar abad ke-21 dengan menyediakan
penyelesaian yang bersepadu.
Menginspirasikan Pelajar
3.5 Berkenalan dengan Frog (Pengguna: Pelajar)
3.5 Meet Frog (User: Student)
-
transforming education through the Internet 202
TUGASAN:Menginspirasikan pelajar.
OBJEKTIF: Untuk memberikan pemahaman umum mengenai projek
ini.
TEMPOH MASA: 10 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.5 - Meet Frog
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menyediakan tempat bagi aktiviti menonton video.
Jurulatih meminta pelajar untuk berfikir mengenai soalan-soalan
berikut sebelum memainkan klip video:
Wujudkah pembelajaran tanpa batasan?
Wujudkah pembelajaran di mana jua dan pada bila-bila masa?
Bolehkah anda melakukannyasekarang? Mengapa? Bagaimana?
2. VIDEO Meet Frog
Jurulatih memainkan video. Pelajar menonton dan membuat
perkaitan dengan soalan-soalan yang diajukan.
Berkenalan dengan Frog
3.6 Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar (Pengguna:
Pelajar)
3.6 Overview of Frog VLE for Students (User: Student)
-
transforming education through the Internet
powered by
204 205transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN: Memberi gambaran keseluruhan Frog VLE untuk
pelajar.
OBJEKTIF: Untuk memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum
mengenai fungsi Frog VLE serta dapat menggunakan Frog VLE dengan
baik.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 3.6 Gambaran Keseluruhan Frog VLE
untuk Pelajar
Komputer
Papan putih
Pen dan buku nota
Projektor
TATACARA:
1. PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog
mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga
sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai
Frog VLE ialan satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang
menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah pembelajaran maya.
Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak
tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan
serta menyemak markah menerusi VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen
penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi
Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan
di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan
cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di sekolah
ataupun di rumah mahupun di mana-mana, 24 jam sehari, 7 hari
seminggu.
2. OBJEKTIF
Untuk memastikan bahawa pengguna memahami fungsi-fungsi utama
pada Frog VLE.
3. LOG MASUK KE DALAM VLE
Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.
Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar 4. VIDEO Gambaran
Keseluruhan Frog VLE untuk PelajarMemainkan video dan berhentikan
video seketika dan beri penerangan jika perlu.
5. SESI IMBASAN
Mengimbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan
faedah penggunaan Frog VLE.
Panduan Pengguna
Antara Muka (Interface) Frog VLE
Klik pada butang Get started untuk log masuk ke dalam Frog VLE.
Masukkan ID Pengguna dan kata laluan apabila diminta.
Penting! Adalah penting untuk log keluar daripada akaun Google
lain sebelum log masuk ke dalam Frog VLE. Jika ini tidak dilakukan,
pengguna baru tidak boleh log masuk ke dalam Frog VLE.
Antara muka (Interface) Frog VLE direka bagi memudahkan
penggunaan Frog. Penerangan bagi fungsi ikon serta kegunaannya
akandiberikan pada bahagian yang seterusnya.
Frog Bar
Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin FrogVLE
yang memberikan akses kepada System Options, Dashboard dan Menu
VLE. Frog Bar tidak boleh dipadam.
-
transforming education through the Internet
powered by
206 207transforming education through the Internet
powered by
Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen seperti
berikut:
Menu Frog Head
Menu Frog Head memberi akses yang pantas untuk melihat ruangan
System Options VLE. Ia mengandungi:
Help Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk
soalan lazim di sini.
Preferences Anda boleh mengubah tetapan asas VLE di sini.
Pilihan-pilihan tersebut terdiri daripada:
Language
Set Background Memberi anda pilihan satu imej daripada senarai
yang ada untuk menetapkan latar belakang Frog VLE anda.
Log Out Membenarkan anda log keluar dari VLE selepas
penggunaan.
Help
Dashboard Switch
Global Search Box
Jika suatu aplikasi sedang aktif, pencarian anda akan bermula di
dalam aplikasi tersebut sebelum merentasi ke seluruh Frog VLE. 15
hasil carian pertama anda akan dipaparkan dengan nama sumber
tersebut. Jika lebih daripada 15 hasil carian ditemui, butang Show
All akan mempamerkan hasil carian selebihnya dalam ruangan Resource
Manager.
Nota: Minimum 3 huruf perlu diisi di dalam kotak carian sebelum
pencarian dapat dijalankan.
Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan
kawasan VLE yang sedang dipaparkan. Jika General Help tidak dapat
memberikan jawapan yang sesuai kepada permasalahan anda, anda boleh
menjalankan satu carian di ruangan Help untuk mendapatkan
dokumen-dokumen bantuan. Pautan ke Community Site yang bersesuaian
akan dipaparkan di samping hasil carian anda.
Dengan menekan butang kursor, anda akan beralih dari laman
Dashboard Peribadi ke Dashboard Sekolah dan sebaliknya.
Home
Quick Launch
Ikon Quick Launch memaparkan menu VLE. Di sini anda boleh
meneroka semua behagian VLE.
Resource Manager
Application Tray
Butang Home membawa anda kembali ke Dashboard anda atau
Dashboard Sekolah. Oleh kerana butang ini sentiasa dipamerkan, anda
sentiasa boleh kembali ke Dashboard anda dengan segera dari
mana-mana ruangan VLE.
Resource Manager membolehkan anda melihat dan menyunting
sebarang sumber yang boleh diakses atau dicipta sendiri.
Sumber-sumber ini mungkin dalam bentuk dokumen, Sites atau
Applications.
Dengan menekan butang Application Tray, aplikasi atau laman yang
sedang aktif akan dipaparkan pada Tray. Jika anda klik pada
mana-mana ikon yang terdapat pada Tray, anda akan dibawa ke halaman
yang telah dipilih. Anda boleh menutup laman atau aplikasi yang
sedang aktif dengan menekan butang [x].
Nota: Aplikasi di dalam menu VLE mungkin berbeza dengan paparan,
bergantung kepada peringkat akses pengguna (Pentadbir, Guru atau
Pelajar).
-
transforming education through the Internet
powered by
208 209transforming education through the Internet
powered by
Ikon Notifications akan memberikan petunjuk bewarna merah
apabila terdapat mesej baru dalam Events Feed anda. Ikon ini akan
menunjukkan jumlah notifikasi yang belum dibaca oleh pengguna. Ikon
ini akan mempamerkan notifikasi dari Sites, Calendars dan
Assignment.
Notifications
Apabila anda klik pada satu-satu mesej dalam Events Feed, anda
akan dibawa ke aplikasi atau laman yang menjana mesej tersebut.
Notifikasi yang dihantar dari sumber yang sama, misalnya dari guru
yang sama atau laman yang sama, akan dikumpulkan dalam Events
Feed.
Nota: Notifikasi dapat dipamerkan di Dashboard dengan
menggunakan Notifications Widget (seperti gambar di atas).
Quick Launch
Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam VLE.
Pautan-pautan ke ruangan ini boleh didapati dalam menu Quick Launch
pada Frog Bar.
Assignments
Calendar
Departmental Sites
Tetingkap Assignments membenarkan anda memberi, menyemak,
mengulas, dan berkongsi tugasan yang diberi kepada para pelajar.
Selepas tugasan dihasilkan, ia dapat dihantar kepada individu atau
kumpulan secara mudah. Tambahan pula, apabila pelajar telah
menyiapkan tugasan, ia dapat dihantar semula dengan cara yang
sama.
Calendar membolehkan anda mengurus semua aktiviti. Jika perlu,
anda boleh berkongsi kalendar dengan guru-guru lain. Informasi
tambahan boleh disertakan pada sesuatu acara/aktiviti seperti
lokasi, jemputan dan nota.
Departmental Sites adalah bahagian di mana laman yang dicipta
oleh setiap bidang boleh diakses. Selepas setiap bidang menghasil
dan berkongsi laman masing-masing, barulah ia boleh diakses oleh
pengguna.
Departmental Sites adalah bahagian di mana laman yang dicipta
oleh setiap bidang boleh diakses. Selepas setiap bidang menghasil
dan berkongsi laman masing-masing, barulah ia boleh diakses oleh
pengguna.
-
transforming education through the Internet
powered by
210 211transforming education through the Internet
powered by
My Dashboard
School Dashboard
My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui selepas
log masuk ke dalam VLE. Halaman ini boleh diubahsuai untuk
memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, atau notifikasi. Anda boleh
menambah kandungan peribadi seperti gambar, video, atau pautan ke
laman kegemaran anda. Gunakan Widgets untuk mengubah rupa dan
kandungan Dashboard mengikut kesesuaian.
School Dashboard boleh diakses dengan mengklik Dashboard Switch
yang diletak di tengah-tengah Frog Bar. Dashboard ini memaparkan
notis dan maklumat yang diurus oleh pihak sekolah. Ia juga
mengandungi MOE RSS feed untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan
mengenai berita pendidikan atau maklumat untuk sekolah dan
guru-guru. School Dashboard hanya boleh diubahsuai oleh
pentadbir.
Forums
Frog Store
Sites
Forums merupakan ruangan yang memaparkan semua forum dalam VLE.
Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan
mengenai topik tertentu berkaitan sekolah. Setiap maklumat
mempunyai tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan
dan mengetahui individu mana yang memberi sumbangan kepada topik
tersebut. Pencipta forum dapat mengawal semua topik, akses dan
tetapan.
Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi
dan sumber untuk digunakan dalam VLE. Pengguna boleh mencari
kandungan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti imej dan video
untuk digunakan dalam Site.
Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE
dengan menggunakan widgets. Laman yang dihasilkan atau dikongsi
akan disenaraikan di sini. Laman yang dihasilkan untuk aktiviti
kokurikulum seperti kelab dan lawatan juga akan dipaparkan di
sini.
Terdapat 2 ruangan umum untuk anda layari. Bahagian Apps
memaparkan aplikasi yang ada untuk anda muat turun. Ini menambahkan
fungsi ke dalam VLE. Bahagian Channels mengandungi kandungan
daripada rakan kongsi pendidikan Frog seperti Khan Academy atau
KPM.
-
transforming education through the Internet
powered by
212 213transforming education through the Internet
powered by
My Documents
Resource Manager
Nota: Tetapan asal Resource Manager memaparkan fail yang terbaru
yang anda telah muat naik ke VLE.
My Documents adalah satu ruangan untuk menyimpan semua fail
peribadi anda dalam VLE. Ruangan ini adalah peribadi dan tidak
boleh diakses oleh pengguna lain.
Resource Manager adalah aplikasi utama untuk mengakses sumber
yang anda telah hasilkan atau yang telah dikongsikan kepada anda.
Ia membolehkan anda menyimpan, melihat, mengubah dan menghasilkan
kandungan di semua bahagian VLE yang dibenarkan
Resource Manager terbahagi kepada dua Personal dan Shared.
Bahagian Personal memberi anda melihat, mengedit dan mencipta
sumber termasuk yang anda telah muat naik berdasarkan peringkat
pengguna. Bahagian Shared mengandungi sumber pengajaran dan
pembelajaran dan dokumen-dokumen sekolah.
School Documents
Pelajar akan mempunyai akses untuk membaca sementara guru
mempunyai akses pentadbir untuk menambah atau memadam maklumat.
The Pond
School Documents adalah tempat di mana dokumen boleh disimpan
dan digunakan oleh semua warga sekolah. Ini merangkumi buku panduan
guru dan pelajar, polisi atau maklumat sekolah. Dokumen boleh
berformat zip, MS Word, MS Excel, PDF, video atau fail audio.
(Akses adalah berdasarkan peringkat pengguna)
The Pond ialah sebuah portal bagi pelajar untuk melayari ke
dalam dunia Frog. Ia membolehkan pelajar menerokai idea berkaitan
penggunaan Frog, mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di
FrogAsia serta lawatan-lawatan sekolah yang telah dianjurkan oleh
pasukan FrogAsia. Pelajar juga boleh menerokai video- video,
artikel-artikel dan bahan-bahan pembelajaran terbaik dari serata
dunia. Portal ini boleh dilayari oleh pelajar dan juga guru.
-
transforming education through the Internet 214
E-mail
E-mail akaun Yes akan dibuka secara automatik apabila anda telah
log masuk ke dalam Frog. E-mel ini memudahkan komunikasi ke dunia
luar.
3.7 Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
3.7 How to Edit Your Dashboard
-
transforming education through the Internet
powered by
216 217transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN: Mengubah suai Dashboard anda.
OBJEKTIF: Untuk memastikan para peserta mengetahui cara untuk
mengedit Dashboard sendiri.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.7 - Bagaimana Mengedit Dashboard
Anda
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara
Dashboard diedit.
2. LOG MASUK KE DALAM VLE
Memberi arahan kepada pelajar untuk log masuk ke VLE.
3. VIDEO Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
Memaparkan video. Berhenti seketika dan beri penjelasan apabila
perlu. Menggalakkan para peserta untuk menonton video dan mengikut
arahan yang diberi menerusi video.
4. SESI IMBASAN
Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.
Panduan Pengguna
Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
Your Dashboard adalah halaman pertama yang terpapar sebaik
sahaja anda log masuk ke dalam VLE. Dashboard boleh diubah suai
untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, ataupun notifikasi.
Anda juga boleh menambah bahan seperti foto, video atau pautan
kepada laman web kegemaran. Susun atur kandungan adalah mengikut
kehendak anda. Gunakan Widgets untuk menukar paparan dan kandungan
Dashboard mengikut kehendak anda.
Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu:
Menukar Tetapan pada Dashboard Anda
Untuk mengedit Dashboard anda, anda perlu klik pada butang Edit
pada sebelah kiri skrin anda. Ini akan memaparkan Content Tray.
Layout Ini akan menukar bilangan dan kedudukan kotak kandungan
dalam halaman anda.
Settings Ini membenarkan anda untuk menukar nama dan tema
Dashboard anda.
Widgets Widget boleh diseret ke dalam lajur pada halaman anda
untuk menambah kandungan seperti teks, video dan gambar.
-
transforming education through the Internet
powered by
218 219transforming education through the Internet
powered by
Ini akan terpapar pada sebelah kiri atas Dashboard seperti yang
ditunjukkan di bawah.
Untuk menukar nama pada Dashboard anda, masukkan nama ke dalam
kotak Name of Site. Ini secara automatik akan mengemaskini nama
Dashboard pada halaman anda. Contohnya: Sharon . G
Untuk menukar tema Dashboard anda, pilih tema baru dengan
mengklik pada menu ke bawah di sebelah kanan.
Apabila anda klik pada menu ke bawah, menu yang mengandungi tema
yang telah disedia ada akan dipaparkan. Skrol menu ke bawah, dan
klik pada tema yang anda inginkan. Ini secara automatik menukar
kepada tema Dashboard yang anda pilih.
Menukar susun atur Dashboard anda
Widgets
Di dalam Content Tray klik pada tab Widgets.
Pastikan anda menyimpan perubahan dengan mengklik butang Save
Changes.
Di dalam Content Tray klik pada tab Layout.
Pilih bilangan kotak kandungan yang anda inginkan berdasarkan
butang bernombor. Anda boleh pilih antara 1 hingga 4 kotak pada
satu halaman.
Klik pada 3 dalam tetapan Boxes. 3 susun atur yang berbeza akan
tersedia.
Di sini, anda boleh memilih bagaimana kotak kandungan akan
dipaparkan pada Dashboard anda. Apabila anda klik pada susun atur
tertentu, halaman anda secara automatik akan dikemaskini dengan
susun atur baru.
Klik pada susun atur kedua pada sebelah kanan.
Dashboard anda sedia untuk diisikan dengan kandungan.
-
transforming education through the Internet
powered by
220 221transforming education through the Internet
powered by
Menambah Widget pada Dashboard anda
Pilih widget Media dan seretkannya pada kotak sebelah kiri atas.
Pastikan kotak berwarna biru sebelum melepaskan widget.
Klik dua kali pada widget Media dalam kotak kandungan tersebut
untuk memaparkan tetapan widget.
Widget adalah aplikasi kecil yang membenarkan kandungan untuk
dipapar kepada pengguna. Ini boleh digunakan dengan menyeret setiap
widget ke dalam kotak kandungan pada halaman dan menetapkan
tetapannya. Pelbagai widget boleh digunapakai dalam satu
halaman.
Nota: Widget hanya boleh memaparkan kandungan apabila diarahkan.
Untuk kebanyakan widget, anda perlu memasukkan maklumat berkaitan
kandungan yang diingini sebelum ia boleh dipaparkan pada
Dashboard.
Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.
Padamkan sebarang widget tersedia ada sebelum mengubah suai
Dashboard anda. Klik dua kali pada widget yang diingini dan klik
pada tanda pangkah kecil berwarna merah untuk memadamnya dari
Dashboard.
Muat naik gambar daripada komputer anda atau daripada storan
USB. Klik pada butang Upload di bahagian Choose Media untuk
melancarkan File Uploader.
Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam
komputer anda. Pilih satu fail untuk dimuat naik.
Sebaik sahaja muat naik sudah lengkap, mesej Done berwarna hijau
akan terpapar. Klik pada butang Done di bawah.
Anda boleh menukar saiz gambar dengan memilih saiz daripada menu
ke bawah Please select media size. Klik pada butang Save Changes
untuk menyimpan perubahan.
-
transforming education through the Internet
powered by
222 223transforming education through the Internet
powered by
Menambah Widget Calendar
Widget Calendar digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti
penting di dalam kalendar pada Dashboard anda.
Pilih widget Calendar dan seretkannya ke dalam kotak kanan atas.
Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget
tersebut.
Terdapat beberapa jenis kalendar yang berbeza dalam Frog VLE
anda seperti peribadi, kokurikulum, akademik dan peperiksaan. Oleh
yang demikian, anda boleh memilih kalendar yang ingin dipaparkan
pada Dashboard. Pilih kalendar peribadi anda.
Pilih bilangan acara / aktiviti yang ingin dipaparkan daripada
senarai menu ke bawah Max Events to Display dan pilih nombor 5.
Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.
Menambah Widget Notes
Pilihkan widget Notes dan seretkannya ke dalam Dashboard seperti
tertera di bawah. Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum
melepaskan widget.
Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save
Changes.
-
transforming education through the Internet
powered by
224 225transforming education through the Internet
powered by
Di dalam tetapan Notes, anda boleh menaipkan peringatan untuk
dipaparkan. Klik dua kali pada My Notes. Anda akan melihat tetapan
My Notes pada sebelah kiri.
Taipkan nota ini di dalam kotak: Beli kotak tisu untuk Jamuan
Kelas
Ikon yang terletak pada bahagian bawah tetingkap teks digunakan
untuk mengubah suai format teks anda. Di samping itu, anda boleh
memilih salah satu daripada pilihan sedia ada daripada menu ke
bawah Font Format.
Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah.
Menambah Pautan Luar
Kini, kita akan menambah pautan luar kepada Dashboard anda untuk
memudahkan akses kepada laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita
akan menghasilkan pautan kepada laman Khan Academy. Pautan ini akan
sedia ada pada Dashboard setiap kali kita log masuk ke dalam Frog
VLE.
Pilih widget External Link dan tarik ke dalam kotak sebelah
kanan bawah widget Calendar.
Masukkan nama laman web dan URL laman web tersebut. Untuk sesi
ini, kita akan menggunakan:
Simpan perubahan dengan klik pada butang Save Changes.
Enter Name for Site: Khan Academy
Enter URL: http://www.khanacademy.org
-
transforming education through the Internet 226 227transforming
education through the Internet
powered by
Klik pada butang Add Icon for Site bagi menukar ikon asal pada
widget External Link.
Pilih logo Khan Academy daripada Frog Store dan klik pada butang
Use. Ini akan menambahkan ikon tersebut kepada pautan anda.
Kemudian, cari logo Khan Academy dari Frog Store. Taipkan Logo
Khan Academy di dalam kotak carian dan klik pada ikon Frog Store di
sebelah ikon carian.
Masukkan deskripsi untuk pautan luar tersebut. Berikan
penerangan berkenaan laman web yang dipaut. Misalnya, deskripsi
untuk pautan ini adalah: Laman Kegemaran ku
Simpan perubahan dengan klik pada butang Save Changes.
powered by
Klik pada butang X untuk menutup Dashboard anda.
Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah. Apabila anda
klik pada pautan, laman web akan terpapar pada tetingkap baru.
Tahniah! Anda telah berjaya mengubah suaikan Dashboard anda.
-
229transforming education through the Internet
powered by
3.8 Langkah Permulaan dengan Frog (Pengguna: Pelajar)
3.8 Starting out with Frog (User: Student)
Langkah Permulaan dengan Frog
TUGASAN: Melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas mengguna VLE
seperti mengguna kalendar, memuat naik fail, menghasilkan folder
dan mengakses e-mel.
OBJEKTIF:
Untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada para pelajar
tentang perlunya kaedah pembelajaran baru melalui Frog VLE.
TEMPOH:
30 minit
SUMBER YANG DIPERLUKAN:
VIDEO 3.8 - Langkah Permulaan dengan Frog
TATACARA:
1. PENGENALAN
Mengajukan soalan kepada peserta tentang cara-cara VLE boleh
digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Menekankan bagaimana Frog menyediakan sistem untuk memudahkan
pembelajaran dan menjimat masa pelajar.
2. VIDEO Langkah Permulaan dengan Frog
Memainkan video Langkah Permulaan dengan Frog
3. RUMUSAN
Refleksi dan sesi soal jawab.
Panduan Pengguna
Bagaimana menggunakan Calendar
Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan kemudian klik pada ikon
Calendar.
-
transforming education through the Internet
powered by
230 231transforming education through the Internet
powered by
Dalam panel New Entry, masukkan nama acara / aktiviti
tersebut.
Sebagai latihan, gunakan aktiviti anda sendiri seperti Ulangkaji
Berkumpulan. Kemudian, masukkan lokasi aktiviti, contohnya
Perpustakaan Sekolah.
Pada panel New Entry, masukkan nota jika terdapat maklumat
tambahan yang berkaitan dengan aktiviti. Sebagai contoh, masukkan
nota: Subjek Bahasa Malaysia. Bab 5.
Hantar jemputan kepada seorang rakan atau kumpulan dengan klik
pada butang Manage Invitations dan mencari individu atau kumpulan
yang berkenaan.
Di dalam kotak carian, taip nama individu atau kumpulan yang
anda ingin jemput ke acara / aktiviti tersebut. Sebagai contoh
taipkan Mar. Jika nama mereka tersimpan di dalam VLE, ia akan
muncul secara automatik di bawah kotak carian. Nama yang tertera
dalam senarai adalah Marina Amath.
Tetingkap Calendar akan dipaparkan seperti di bawah. Anda akan
dapat lihat beberapa acara / aktiviti yang berwarna merah pada
kalendar anda.
Untuk menambah acara / aktiviti pada kalendar, klik pada tarikh
dan masa aktiviti tersebut bermula. Kotak biru akan terbentuk
apabila anda seret kursor anda pada tarikh dan masa tamat yang
dikehendaki.
Apabila anda melepaskan seretan kursor, satu kotak dialog New
Entry akan dipaparkan.
-
transforming education through the Internet
powered by
232 233transforming education through the Internet
powered by
Memadam Acara / Aktiviti
Sekiranya anda ingin memadam acara / aktiviti pada kalendar,
klik pada acara / aktiviti tersebut pada kalendar anda untuk
melihat butirannya. Tetingkap bagi acara / aktiviti tersebut akan
dipaparkan. Klik butang Delete yang berwarna merah untuk memadam
acara / aktiviti tersebut dari kalendar.
Tindakan ini juga akan memadamkan mana-mana jemputan pada
kalendar dan panel Notifications pengguna lain.
Bagaimana Memuat Naik Fail
Sekarang, anda akan diperkenalkan dengan kemahiran memuat naik
fail. Klik pada Quick Launch pada Frog Bar. Kemudian, klik pada
ikon Resource Manager.
Tetingkap Resource Manager akan dipaparkan.
Klik butang Add di sebelah nama individu tersebut untuk
menambahkannya ke dalam senarai Invitees. Jemputan akan dihantar
kepada mereka melalui panel Notifications. Aktiviti tersebut juga
akan muncul di dalam kalendar mereka supaya mereka boleh menerima
atau menolak jemputan tersebut.
Kini acara / aktiviti tersebut telah dimasukkan ke dalam
kalendar anda.
Klik OK untuk menghantar jemputan.
Tetingkap New Entry akan dipaparkan. Sekiranya anda berpuas hati
dengan tetapan yang telah dibuat, klik Create Event untuk menambah
acara / aktiviti pada kalendar anda.
-
transforming education through the Internet
powered by
234 235transforming education through the Internet
powered by
Apabila fail tersebut telah selesai dimuat naik, butang Done di
sebelahnya akan bertukar hijau. Klik pada butang DONE yang terdapat
di sebelah kanan bawah tetingkap. Kini, fail anda telah disimpan di
My Document.
Bagaimana Menghasilkan Folder
Pada tetingkap Resource Manager, klik pada Action. Anda akan
dapat lihat satu menu ke bawah. Klik pada New Folder.
Folder baru akan muncul pada tetingkap Resources. Namakan fail
baru anda.
Klik pada butang biru Add Files pada bar di atas ruangan
penyimpanan My Documents.
Tetingkap File Uploader akan dipaparkan. Klik pada butang biru
Choose Files untuk memulakan pencarian fail di dalam komputer
anda.
Sebaik sahaja anda klik pada butang biru Choose Files, tetingkap
Open akan dipaparkan. Klik pada fail yang ingin dimuat naik dan
kemudian klik butang Open di sebelah kanan bawah tetingkap. Fail
anda akan dimuat naik secara serta-merta.
-
transforming education through the Internet 236 237transforming
education through the Internet
powered bypowered bypowered by
Nota: Jika anda log masuk ke dalam Frog VLE, anda tidak perlu
log masuk ke akaun e-mel anda secara berasingan.
Klik pada butang X yang terdapat di tab pelayar untuk menutup
e-mel anda.
Kini, anda boleh menggunakan folder tersebut untuk menyimpan
fail. Untuk kembali ke Dashboard anda, klik pada tanda X.
Bagaimana Mengakses E-mel
Anda boleh mengakses e-mel anda dengan klik pada butang Quick
Launch yang terdapat di Frog Bar. Kemudian, klik pada ikon
Email.
Satu tetingkap baru akan muncul. E-mel anda akan dipaparkan pada
Inbox.
-
239transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:Menghasilkan dan berkongsi laman kokurikulum dengan
pelajar
OBJEKTIF:Memastikan peserta memahami bagaimana untuk membina
sebuah laman kokurikulum dan berkongsi laman tersebut dengan para
pelajar.
TEMPOH MASA:20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN Video 3.9 - Bagaimana Menghasilkan Sebuah
Laman Kokurikulum
Komputer
Papan Putih
Pen dan buku nota
Projektor
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih mengajukan soalan-soalan berikut:
SOALAN
Apakah jenis aktiviti kokurikulum yang anda rancang untuk
persatuan / kelab / sukan?
Bagaimana anda merekod semua aktiviti yang anda diadakah?
Bagaimanakah anda menyampaikan maklumat penting kepada ahli-ahli
persatuan/kelab/sukan dan seluruh warga sekolah?
Apakah masalah yang anda sering hadapi semasa berkongsi maklumat
berkaitan aktiviti kokurikulum?
2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum
Menonton video Bagaimana untuk Menghasilkan Sebuah Laman
Kokurikulum. Meminta peserta mengikuti arahan pada video.
3. SESI IMBASAN
Mengimbas objektif sesi latihan. Sesi soal jawab.
Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum
3.9 Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum (Pengguna:
Guru)
3.9 How to create an Extra Curricular Site (User: Staff)
-
transforming education through the Internet
powered by
240 241transforming education through the Internet
powered by
Pada tetingkap New Site, taipkan nama laman anda dan masukkan
deskripsi ringkas tentang kandungannya. Sebagai contoh, masukkan
maklumat berikut:
Anda akan dapat lihat nama laman baru disebelah atas iaitu
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH.
Pada Choose a Theme, pilih satu tema dan pada Choose an Icon,
pilih satu ikon untuk laman anda.
Give Your Site a name: Persatuan Bulan Sabit Merah
Write a brief description of your Site: Kami Sedia Membantu
Seterusnya, klik pada butang Next.
Panduan Pengguna
Bagaimana Menghasilkan dan Berkongsi Sebuah Laman
Kokurikulum
Penting! Anda mesti log masuk sebagai Guru untuk menghasilkan
sebuah laman kokurikulum.
Untuk membina sebuah laman kokurikulum, anda perlu ke Frog Bar
dan klik pada ikon Quick Launch.
Untuk menghasilkan sebuah laman baru, klik pada butang biru New
Site.
Kemudian, klik pada ikon Sites.
-
transforming education through the Internet
powered by
242 243transforming education through the Internet
powered by
Disini, anda mempunyai dua pilihan iaitu Share dan Assign.
Pilihan Share akan membenarkan laman dikongsi kepada inidividu
atau kumpulan.
Klik pada pilihan Share untuk berkongsi laman anda. Ini akan
membawa anda ke tetingkap Share.
Di laman Share, anda diberi 2 pilihan iaitu Privacy dan Who has
access.
Privacy mempunyai 2 pilihan iaitu Public dan Private.
Klik butang Private untuk membenarkan pelajar mengedit
laman.
Taipkan nama pelajar yang dikehendaki di dalam kotak Who has
access.
Sebagai latihan, taipkan Student.
Setelah memilih satu tema dan ikon, klik pada Create Site untuk
memaparkan laman kokurikulum tersebut.
Paparan laman anda akan kelihatan seperti di bawah bergantung
kepada tema yang telah dipilih.
Berkongsi Laman Kokurikulum
Setelah berjaya membina sebuah laman kokurikulum, anda boleh
berkongsi laman tersebut dengan ahli-ahli kelab / persatuan anda
untuk tujuan mengedit dan mengemaskini laman tersebut.
Untuk berkongsi laman ini, anda perlu klik butang Share pada
Frog Bar.
-
transforming education through the Internet 244 245transforming
education through the Internet
powered bypowered bypowered by
Seterusnya, klik pada butang Share untuk berkongsi laman ini
dengan pelajar yang dipilih
Laman kokurikulum kini telah sedia untuk diedit oleh pelajar
berkenaan. Setelah log masuk ke dalam Frog VLE, pelajar ini akan
dapat lihat laman kokurikulum ini dalam senarai laman pada
tetingkap Sites. Pelajar tersebut boleh memaparkan dan mengedit
laman untuk menambah imej, video dan forum.
Sekarang, anda akan melihat senarai nama pengguna pelajar yang
telah didaftarkan sebagai User.
Pilih seorang pengguna pelajar yang disenaraikan dan klik pada
butang Add.
Pilih Can edit & manage untuk tujuan latihan.
Klik pada menu ke bawah untuk pilihan akses pelajar. Hanya Ketua
Persatuan / Kelab Kokurikulum atau guru yang boleh memberi
kebenaran untuk akses.
Menu ke bawah akan memaparkan 3 pilihan iaitu:
Can edit and manage Pengguna mempunyai kebenaran untuk mengedit
dan mengurus laman.
Can contribute Pengguna boleh menyumbang kepada kawasan
interaktif seperti forum, muat naik dan muat turun fail.
Can view Pengguna boleh melihat laman tetapi tidak boleh
mengedit, mengurus dan menyumbang.
-
247transforming education through the Internet
powered bypowered bypowered by
TUGASAN:Memperkenalkan pelajar kepada laman The Pond
OBJEKTIF: Memastikan pelajar faham tentang laman The Pond dan
kandungannya.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video3.10 - Pengenalan kepada The
Pond
PowerPoint Pengenalan kepada The Pond
TATACARA:
1. OBJEKTIF
Jurulatih menjelaskan tujuan dan fungsi The Pond dalam Frog
VLE.
The Pond ialah sebuah portal yang membolehkan pelajar turut
serta dalam dunia Frog. The Pond membolehkan pelajar:
meneroka tip-tip dan idea bagaimana untuk menggunakan Frog
dengan lebih berkesan bagi tujuan komunikasi, meningkatkan mutu
pembelajaran dan penganjuran acara / aktiviti.
mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di FrogAsia serta
lawatan-lawatan ke sekolah yang telah dianjurkan oleh pasukan
FrogAsia.
meneroka video, artikel dan bahan pembelajaran terbaik dari
serata dunia.
2. VIDEO Pengenalan kepada The Pond
Membentangkan PowerPoint yang bertajuk : Pengenalan kepada The
Pond.
Kaitkan apa yang diperkatakan dalam video. Tanya peserta soalan
berikut:
Adakah The Pond penting dalam Frog? Berikan hujah anda.
3. RUMUSAN
Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
Pengenalan kepada The Pond
3.10 Pengenalan Kepada The Pond(Pengguna: Pelajar)
3.10 Introduction to The Pond (User: Student)
-
249transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:Penglibatan pelajar.
OBJEKTIF: Semua pelajar memahami peranan dan tanggungjawab
masing-masing dalam proses pelaksanaan Frog, merancang dan
menguruskan Minggu Frog Buzz serta memahami peranan pelajar.
Pelajar-pelajar memahami cara memuat turun Panduan Student
Champion (Student Champion Guide) dan Panduan Frog Buzz.
TEMPOH MASA: 120 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.11 - Frog Student Champions
Komputer
Projektor
Pembesar suara
Mikrofon
Papan putih
Pen Penanda
Pen dan buku nota
Projektor
Kertas mahjong
Krayon berwarna
Fail Pembentangan PowerPoint:
Frog Student Champion Roles English v4
Frog Buzz Presentation for Trainers BM
Frog Idea Pack v5
Frog Student Champion Roles BM v4
TATACARA:
1. PERANAN FROG STUDENT CHAMPION
Menerangkan struktur pasukan Frog di sekolah dan peranan guru
dan pelajar dalam struktur ini.
Memainkan video Frog Student Champions.
Frog Student Champions
3.11 Frog Student Champions (Pengguna: Pelajar)
3.11 Frog Student Champions (User: Students)
-
transforming education through the Internet
powered by
250 251transforming education through the Internet
powered by
Pembentangan idea-idea - Setiap kumpulan akan menghuraikan idea
dengan menunjukkan lakaran dan memberi penerangan.
Pembentangan yang terbaik akan dimasukkan ke dalam Frog Buzz
Idea Pack dan akan diberi kredit.
Meminta pelajar membentuk kumpulan baru terdiri daripada pelajar
dari sekolah berlainan untuk berkongsi pandangan dan maklumbalas
mengenai Frog.
4. SUMBER
Memberitahu pelajar untuk melayari Community Site FrogAsia di
www.frogasia.com/gettingstarted/ untuk memuat turun fail-fail yang
berikut:
Panduan Frog Buzz
Frog Idea Pack
Membentangkan slaid nombor 14.
5. RUMUSAN
Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
Merumuskan peranan pelajar iaitu:
Mempromosi dan memotivasi pelajar lain untuk menggunakan Frog
VLE.
Merancang dan melaksanakan Minggu Frog Buzz sebagai salah satu
cara mempromosi projek Frog.
Membantu Frog Teacher Champion dalam pelaksanaan latihan
platform kepada seluruh warga sekolah.
2. PEMBENTANGAN POWERPOINT MINGGU FROG BUZZ
Memperkenalkan tujuan powerpoint iaitu untuk memberi panduan
penggunaan dokumen.
Mengajukan soalan kepada peserta kursus:
Bagaimana anda memperkenalkan VLE kepada warga sekolah yang
lain?
Menerangkan objektif Minggu Frog Buzz.
Membentangkan slaid PowerPoint Minggu Frog Buzz (nombor
1-5).
SOALAN:
Apakah peranan Frog Student Champions sepanjang Minggu Frog
Buzz?
Siapakah yang terlibat dalam Minggu Frog Buzz?
Apakah aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dianjur pada
Minggu Frog Buzz?
Memaklumkan peserta bahawa slaid-slaid tersebut akan memberi
idea mengenai aktivitiaktiviti yang boleh dianjurkan sepanjang
Minggu Frog Buzz.
Membentangkan slaid Frog Idea Pack (nombor 6-11)
Pilih 5 idea umum dari Frog Buzz Idea Pack yang telah
dibentangkan sebelum ini sebagai contoh aktiviti yang boleh
dianjurkan semasa Minggu Frog Buzz.
Peringatan: Sila lihat dokumen Frog Idea Pack V5 untuk senarai
idea.
Tamatkan sesi ini dengan memainkan video aktiviti Minggu Frog
Buzz dari sekolah-sekolah rintis:
Lagu FrogBomb dari SK Sri Petaling
www.youtube.com/watch?v=avxwl7ZsZQ&feature=youtube
Pengenalan kepada Frog dari SMK Assunta dan Sek. Men. Convent
Bukit Nanas
http://youtu.be/QHRJ5uKwNY0
http://youtu.be/kyXVGFYRPmA
3. PERBINCANGAN MINGGU FROG BUZZ
Meminta pelajar membentuk kumpulan mengikut sekolah.
Arahan:
Bincangkan idea-idea untuk Minggu Frog Buzz sekolah anda.
Lukis idea atas kertas mahjong dengan menggunakan krayon.
Paparkan idea pada kertas mahjong anda di atas meja.
Beralih dari satu meja ke meja lain untuk melihat lakaran
idea.