BPPDP BIL. (09) 2017, EDISI SEPTEMBER ____________________ Sekolah tahfiz: Kementerian Pendidikan sedia kerjasama dengan kerajaan negeri YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan Malaysia bersedia memberi kerjasama dan berkolaborasi dengan kerajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz, kata Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Cuma saya nak tegaskan di sini bahawa sekolah tahfiz ini berada di bawah kerajaan negeri malah dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri ada menyebut Sultan dan Raja-raja Melayu yang mengetuai agama Islam dalam negeri masing- masing. Jadi kita perlu ada satu cara kerjasama yang harmoni dan tertib berkaitan hal ini. Masalah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan bagi mendapatkan keputusan terbaik. Sumber : Berita Harian, 16 September 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Tragedi tahfiz: Cadang pinda Akta 550 - TPM YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian tertakluk di bawah akta itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri memandangkan hal-hal berkaitan agama dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. "Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana kita perlu menghormati perkongsian kuasa di mana hal-hal berkaitan agama di bawah pemantauan kerajaan negeri.” Sumber : Berita Harian, 20 September 2017 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1
12
Embed
Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BPPDP BIL. (09) 2017, EDISI SEPTEMBER
Disember 2016
____________________
Sekolah tahfiz: Kementerian Pendidikan sedia kerjasama dengan kerajaan negeri
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan
Malaysia bersedia memberi kerjasama dan berkolaborasi dengan kerajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz, kata Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid.
Cuma saya nak tegaskan di sini bahawa sekolah tahfiz ini berada di bawah kerajaan negeri malah dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri ada menyebut Sultan dan Raja-raja Melayu yang mengetuai agama Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu cara kerjasama yang harmoni dan tertib berkaitan hal ini. Masalah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan bagi mendapatkan keputusan terbaik.
Sumber : Berita Harian, 16 September 2017
Maklumat dan Pertanyaan
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
Tragedi tahfiz: Cadang pinda Akta 550 - TPM
YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi
membolehkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian tertakluk di bawah akta itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri memandangkan hal-hal berkaitan agama dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana kita perlu menghormati perkongsian kuasa di mana hal-hal berkaitan agama di bawah pemantauan kerajaan negeri.”
Sumber : Berita Harian, 20 September 2017
"Demi kepentingan bersama, saya berharap mereka (kerajaan negeri) bersetuju," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempegerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz di sini, hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 7 Ogos 2017
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2
Kata Kunci Kejayaan
“ Bila orang bermula dengan kepastian, dia akan berakhir dengan keraguan. Jika
orang bermula dengan keraguan, dia akan berakhir dengan kepastian.”
(Francis Bacon)
443,794 calon menduduki peperiksaan UPSR
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta. Sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara, melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan.
Sumber : Berita Harian, 11 September 2017 _________________________________________________________
Bangunan sementara atau kekal, piawaian keselamatan perlu dipatuhi - TPM Zahid
Semua Maahad Tahfiz, sekolah dan Sekolah Agama
Rakyat perlu mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat walaupun bangunan yang didirikan bersifat sementara.
Sumber : Berita Harian, 21 September 2017
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkata sama ada bangunan itu sementara atau kekal, peraturan
keselamatan sudah termaktub dalam dasar pendidikan Maahad
Tahfiz.
"Kita dapati tidak terdapat ciri keselamatan yang sepatutnya
dipatuhi. Kami faham bahawa tempat penginapan dan pengajian
ini adalah sementara sahaja kerana mereka sedang melakukan
pengubahsuaian bagi Maahad Tahfiz yang kekal bentuknya.
'Pusher' boleh sampai kepada murid dengan cepat - Mahdzir
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid
mengakui pihaknya menghadapi cabaran dalam memerangi dadah dalam kalangan murid sekolah.
Katanya, murid sekolah kini bukan sahaja terdedah kepada pengaruh rakan sebaya tetapi juga pengaruh luar yang datang dalam pelbagai bentuk. Masalah sekarang ini dadah datang dalam pelbagai jenis pil dan susah kita nak kesan apa yang dia ambil.
“Pusher boleh sampai ke murid dengan cepat,” katanya dalam sidang media selepas menyampikan sumbangan Yayasan Guru Malaysia (YGMB) kepada waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, hari ini. Bagi cadangan Pindaan Akta Pelajaran 1996 (Akta 550) pula, Mahdzir memberitahu, satu jawatankuasa rundingan dengan kerajaan negeri akan diwujudkan dalam masa terdekat.
Sumber : Berita Harian, 20 September 2017
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi September 2017
Maklumat bahan rujukan dan peminjaman
koleksi layari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4
1,798 calon duduki UPSR di Putrajaya
Murid mendengar taklimat dan nasihat daripada guru sebelum
peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya
Sebanyak 1,798 calon di sini menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) pada hari pertama kelmarin
membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu kertas Pemahaman
dan Penulisan. Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan
(SK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini mendapati sebanyak 132 calon
hadir dan sesi peperiksaan berjalan dengan lancar.
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Putrajaya, Roaini
Jaafar dan ibu bapa turut hadir untuk memberi sokongan kepada
calon sebelum peperiksaan bermula. Calon UPSR turut membaca
doa sebelum masing-masing mula menjawab soalan peperiksaan
malah, ibu bapa juga turut berkumpul bersama-sama dengan guru
membaca surah Yasin dan mengadakan solat hajat.
Sementara itu, seorang guru tahun enam, Fatimah Zainal Abidin
berkata, pihak sekolah menyediakan roti dan air kepada setiap
calon sebelum memasuki dewan peperiksaan.
“Ia bagi memastikan mereka bertenaga untuk
menjawab kertas soalan. Alhamdulillah, setiap
murid sudah bersedia untuk menduduki
peperiksaan selama empat hari itu.”
Sumber: Utusan Malaysia, 13 September 2017
-
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan
cuti umum
KEAHLIAN
Keahlian adalah percuma
Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Bilik Tayangan
Informatif, Tepat &
Mesra
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5
Informasi
Swasta bantu lahir murid berkualiti
Tan Sri KPPM di Majlis Perasmian Portal Pendidikan Percuma freeschool.com.my
Tanggungjawab melahirkan generasi berkemahiran
tinggi bukan peranan kerajaan saja tetapi memerlukan pembabitan masyarakat termasuk badan korporat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, berkata dunia teknologi komunikasi maklumat (ICT) bergerak pantas dan ini memerlukan komitmen daripada pihak swasta untuk sama-sama membantu agensi awam.
Beliau berkata, semua pihak harus memandang ke hadapan dan meningkatkan usaha untuk membantu membina masyarakat yang terdidik. Sebagai contoh, katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ditaja sepenuhnya oleh Brickfield Asia College (BAC) membantu dalam melonjakkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Pembangunan portal pendidikan percuma, www.freeschool.my satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) BAC yang menyediakan sokongan kemudahan pendidikan dengan pendekatan lebih interaktif secara dalam talian, khususnya kepada murid Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sumber: Berita Harian, 10 September 2017
"Dengan platform ini, pelbagai kemudahan boleh dicapai sekaligus dapat dimanfaatkan pelajar melalui
sistem pengurusan pembelajaran
TAJUK ISU & INFO SEMASA
1,000 pelajar tingkatan empat sertai Petronas All About Youth
Zambry agih tablet guru di Perak
Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - Ahmad Zahid
Jaguh F1 In School
Lawat sekolah: KM, MB perlu dapat kebenaran menteri
443,794 calon ambil UPSR 2017
Pengetua berkuasa merotan pelajar
Pengetua mempunyai kuasa untuk merotan dan boleh melantik mana-mana guru sesuai untuk merotan murid yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peraturan-peraturan dan pekeliling sebelum ini sudah menjelaskan kuasa merotan terletak di bawah kuasa pengetua dan guru besar sekolah bagi menghukum murid yang melakukan kesalahan disiplin.
Kes pukul pelajar tidak pernah ditutup – Exco
PM umum lima lonjakan TVET
Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, September 2017
1,000 murid tingkatan empat sertai Petronas All About Youth
Seramai 1,000 murid tingkatan empat dari seluruh negara
mengambil bahagian dalam program Petronas All About Youth (AAY) 2017 yang dijalankan buat kali keempat bagi merebut hadiah utama bernilai RM50,000.
Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petrolium Nasional Bhd. (Petronas), Zahariah Abdul Rahman berkata, AAY merupakan program pelaburan sosial korporat (CSI) Petronas yang bermatlamat untuk menyuburkan golongan belia yang serba boleh dalam bidang pembangunan sosial, kesejahteraan komuniti dan alam sekitar.
Katanya, program ini dibangunkan untuk memperkasa golongan belia dan pelaksanaannya adalah di sekitar kawasan pengoperasian Petronas.
Program ini juga mendapat perakuan daripada Kementerian Pendidikan yang mendukung falsafah pendidikan negara. Petronas AAY 2017 menerima penyertaan 50 buah sekolah termasuk penyertaan pasukan baharu dari Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Sumber : Utusan Malaysia, 13 September 2017
Penyelidik cilik ditaja Unimap bertanding di Jakarta
Tiga beradik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dan seorang
murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau merupakan penyelidik cilik yang bertuah apabila ditaja Universiti Malaysia Perlis (Unimap) untuk bertanding di Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ke-Empat (IYIA) di Jakarta dari 22 hingga 24 September.
Ketiga-tiga beradik itu terdiri daripada Najihah Humairah Mohd. Najmuddin, 12: Najidah Humaira, 10, dan Najmuilmi Hakim, 8, selain seorang lagi, Muhamad Idham Yustialmy, 13 tahun. Ketiga-tiga beradik itu akan mempertaruhkan ciptaan mereka iaitu produk 'A Novel Mint & Marigold Ant Repellent (MM-ARI Shooh!)' dan 'Vegi Compost Bucket'. Ciptaan produk semburan penghalau semut itu menggunakan sepenuhnya bahan semula jadi supaya selamat digunakan manakala produk keduanya pula untuk dua kegunaan iaitu menanam sayur-sayuran dan penghasilan baja kompos di ruang kecil seperti pangsapuri.
Sumber : Utusan Malaysia, 13 September 2017
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5
INFO PERISTIWA
SEMASA SEPTEMBER
Hari Keputeraan Duli Yang Amat
Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di Pertuan Agong 9 September 2017
Sukan Para Asia
Kuala Lumpur 16-21 September 2017
SELAMAT HARI MALAYSIA 16 September 2017
SALAM TAHUN
BARU 1439 HIJRAH
22 SEPTEMBER 2017
Ikhlas daripada
Warga BPPDP
NOTA
Perkasakan pendidikan alam
sekitar di sekolah
UMNO Sabah mahu kerajaan
memperkasakan pendidikan penjagaan alam
bermula di peringkat sekolah dalam usaha
mewujudkan kesedaran mengenai alam
sekitar.
Wakilnya, Datuk Sairin Karno, berkata
penjagaan alam sekitar amat penting kerana ia
sebahagian daripada warisan negara selain
menjadi tumpuan pelancong yang datang ke
negara ini.
"Sudah sampai masanya murid sama ada di
sekolah rendah mahupun menengah diberi
pendidikan awal mengenai penjagaan alam
sekitar kerana ia akan menjadi liabiliti kepada
negara sekiranya tidak diberi perhatian serius.
"Tidak dinafikan ada institusi pengajian
tinggi seperti di Universiti Malaysia
Sabah (UMS) yang menawarkan
pengajian dalam bidang berkaitan,
namun tidak secara menyeluruh di
peringkat sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan
usul pendidikan sempena Perhimpunan
Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala
Lumpur.
Sumber : Berita Harian, 12 September 2017
KURIKULUM
Sukatan mata pelajaran
Alam Sekitar dilaksana 2019
Sukatan mata pelajaran Alam Sekitar dijangka
dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut beliau, kertas cadangan itu sedang dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan sebelum dibawa ke Kabinet, awal tahun depan.
“Sebenarnya kita rancang dari peringkat tadika lagi, kita mungkin buat buku pamplet untuk kanak-kanak melihat binatang-binatang umpamanya, bagaimana menyintai binatang, alam sekitar, jadi kita perkenalkan dari awal lagi,” katanya.
Sukatan pelajaran itu diperkenalkan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan setiap individu, termasuk kanak-kanak.
KPM mengambil maklum dan sedang mengkaji keperluan cadangan Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah secara terperinci sebelum boleh dilaksanakan serta kaedah terbaik dalam menangani isu alam sekitar.
Pendapat Umum
Namun begitu dalam mendidik dan menghargai
alam sekitar perlu dipupuk oleh ibu bapa ketika anak-anak mereka berada di rumah dan persekitaran mereka. Persekitaran rumah yang bersih dengan pemeliharaan pokok dan kaedah pembuangan sampah dengan baik merupakan contoh pendidikan asas alam sekitar. Murid ini akan membawa contoh itu dalam kehidupan mereka walau di mana jua mereka berada.
Sumber : Berita Harian, 12 September 2017
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6
Maklumat Peranca ngan Pendidikan
PM umum lima lonjakan TVET
Transformasi Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan lima lonjakan bagi mentransformasikan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar benar-benar berupaya menjadi agen perubahan dalam meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara. Serentak dengan itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem TVET kepada pelajar tahfiz bagi memastikan mereka bukan sahaja berkebolehan dalam menghafaz al-Quran tetapi turut berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang. Jelasnya, melalui lonjakan pertama, kerajaan akan melatih serta meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan daripada 28 peratus ketika ini kepada 35 peratus menjelang 2020 agar mereka menjadi kompetitif, berpeluang memiliki pekerjaan dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Pada masa yang sama jelas beliau, di bawah lonjakan itu, kerajaan juga merancang untuk melatih sehingga 300,000 rakyat Malaysia daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) mulai sekarang hingga 2025 di bawah sistem TVET sebagai lonjakan kedua transformasi.
“Menjelang 2030, kita menyasarkan peratusan pekerja mahir mencapai 45 peratus, memiliki 20,000 tenaga pengajar vokasional dan 4,000 tenaga pakar TVET menjelang 2025,” katanya ketika berucap merasmikan penjenamaan semula TVET kepada TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari
7 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017
Dalam pada itu, bagi lonjakan kedua pula iaitu memperkukuh dan memperhebatkan lagi kerjasama strategik awam dan industri, beliau berkata, menerusi langkah tersebut ia akan membentuk sinergi dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran. “Kerjasama strategik sebegini boleh direalisasikan melalui pelbagai bentuk antaranya seperti industri, menyumbang kepakaran atau mesin dan peralatan dalam melatih tenaga kerja mahir dalam bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh pasaran industri,” ujarnya. Perdana Menteri menambah, bagi lonjakan ketiga pula kerajaan memberi fokus melahirkan lulusan TVET dalam bidang perniagaan dan teknousahawan
agar mereka bukan sahaja mampu mewujudkan
peluang pekerjaan tetapi menjadi ikon kepada tenaga kerja tempatan selain berkebolehan bersaing di pentas antarabangsa. Selain itu, jelas beliau, bagi lonjakan keempat pula iaitu melaksanakan program geran padanan, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2017, di mana peruntukan kewangan diberikan pada nilai yang setara dengan nilai sumbangan diterima daripada pihak industri melibatkan program-program TVET berimpak tinggi. “Lonjakan kelima menjenamakan institusi TVET melalui TVET Malaysia yang mana menyaksikan ke semua institusi TVET di bawah pelbagai kementerian akan bersatu dan bergabung tenaga sebagai kerjasama unggul lagi bersepadu bagi melatih anak-anak muda untuk menjadi tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi,” katanya. Selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. yang kian pesat berkembang di seluruh dunia. Maka Malaysia juga perlu melahirkan ramai pereka bentuk industri dalam bidang-bidang tertentu bagi menghasilkan ciptaan inovasi baharu khasnya teknologi berkaitan TVET.
Sumber : Utusan Maysia, 27 September 2017
Hasil ciptaan seperti penggunaan superkomputer dan robot pintar jika dilaksanakan boleh menjadi pemangkin kepada ekonomi negara masa hadapan.
Lawat sekolah: KM, MB perlu dapat kebenaran menteri
Seseorang ketua menteri atau menteri besar
yang mahu melawat sekolah perlu mendapat
kebenaran daripada menteri pendidikan
terlebih dahulu, kata Pengarah Pendidikan
Pulau Pinang Shaari Osman.
Beliau berkata perkara itu adalah satu
kebiasaan dan turut merangkumi orang awam
yang perlu mendapat kebenaran daripada
jabatan pendidikan negeri.
"Sudah menjadi kebiasaan seperti itu
sebab kita nak jaga kepentingan
sekolah,"
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua
Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa
dihalang daripada melawat sebuah sekolah
Cina di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
Lim yang mahu mengadakan lawatan ke SJKC
Kampung Sungai Lembu pada 8 Sept lepas
bagi menyerahkan sumbangan cek kepada
anggota lembaga pengelola sekolah itu
dilaporkan berkata beliau menerima sepucuk
surat daripada Jabatan Pendidikan Pulau
Pinang yang memaklumkan permohonannnya
untuk melawat sekolah berkenaan ditolak dan
beliau perlu mendapat kebenaran daripada
menteri pendidikan.
Sumber : Berita Harian, 11 September 2017
Mengulas lanjut, Shaari berkata beliau
menganggap perkara itu tidak lagi menjadi isu.
KEBAJIKAN MURID
Wujudkan kolaborasi antara kementerian dan agensi bagi menanggani isu disiplin murid dan sosial remaja
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disarankan
untuk mewujudkan satu ‘task force’ bagi menanggani isu murid yang telah diambil tindakan disiplin buang sekolah. Usaha murni ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan perancangan strategik dan misi membantu golongan ini tercapai. Inisiatif ini selari dengan hala tuju Pelan Transformasi Nasional atau TN50 bagi memastikan pewaris negara terdiri daripada modal insan yang berilmu, berkemahiran, intelektual, kreatif dan mempunyai bakat kepimpinan serta bersahsiah mulia.
CADANGAN UMUM
Oleh itu, pelbagai agensi boleh bergabung idea bagi bersama-sama KPM membantu mereka ini.
Contoh perbanyakan program kemahiran kepada murid
Kerajaan dicadangkan menyediakan satu pusat latihan bagi golongan ini mendapat ilmu dan kemahiran seperti remaja lain. Kebanyakan mereka adalah insan yang terdiri daripada keluarga yang bermasalah dan isu sara hidup yang membebankan. Dipusat latihan ini kita jadikan satu industri atau perladangan yang memberi pulangan pekerjaan kepada mereka serta membina masa depan yang lebih selesa.
Sumber : Utusan Malaysia, 26 September 2017
Program
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 10
1
Jangan abaikan murid dibuang sekolah
Pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian
Pendidikan perlu mengambil langkah yang lebih holistik dan menyeluruh bagi mengatasi masalah berkaitan murid yang telah dibuang sekolah.
Ini susulan pendedahan yang dibuat oleh pihak Menteri Pendidikan sendiri baru-baru ini yang menyatakan bahawa tujuh suspek yang terlibat di dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur terdiri daripada mereka yang telah dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin.
Ibu bapa khususnya perlu memandang serius isu ini kerana melibatkan masa depan anak-anak iaitu waris mereka sendiri. Seseorang kanak-kanak atau remaja yang telah dibuang sekolah akan menghadapi tekanan hebat dari segi mental dan emosi kerana menganggap diri mereka sudah tiada nilai, tiada masa depan lagi serta dibuang masyarakat sekeliling.
Sekiranya isu ini tidak diatasi dengan baik, semua tanggapan negatif yang wujud di minda kanak-kanak dan golongan remaja ini akan menyebabkan mereka berasa putus asa, kecewa, marah dan lebih teruk lagi akan menyebabkan mereka memberontak dan mudah terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti dadah dan dunia jenayah.
Sekiranya dibiarkan berlaku, sudah pasti akan menjejaskan kehidupan remaja terbabit malah tempiasnya turut memberi kesan kepada kehidupan orang sekeliling seperti dalam kes kebakaran pusat tahfiz tersebut.
Oleh itu, langkah proaktif mesti diambil bagi memastikan setiap murid yang dibuang sekolah tidak dibiarkan hanyut dan tercicir sendirian jauh dari arus kehidupan bermasyarakat. Ibu bapa mereka perlu duduk berbincang dengan anak-anak yang menghadapi masalah ini serta mengenal pasti punca yang menyebabkan mereka dibuang dari sekolah.
Sekiranya masalah terbabit tidak dapat diselesaikan dalam keluarga mereka, libatkan pihak ketiga seperti kaunselor. Setelah masalah terbabit berjaya diselesaikan, ibu bapa mesti berusaha memastikan anak-anak mereka sambung kembali belajar. Mereka boleh menghubungi pihak sekolah asal untuk pertimbangkan mengambil kembali remaja tersebut.
Sekiranya tidak berjaya, mereka boleh menghubungi
pihak jabatan pendidikan bagi mendapatkan khidmat
nasihat mengenai perkara ini.
Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017