8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
1/24
PENGENALAN
Setelah anda mengikuti Topik 1, kini tibalah masanya anda perlu meneruskanpembacaan dalam Topik 2. Diharapkan anda benar-benar faham konseppembelajaran motor dan kawalan motor. Dalam topik kali ini, anda perlu fokuskepada bagaimana pengelasan kemahiran motor ditentukan.
Kemahiran motor dapat diklasifikasikan dengan pelbagai cara. Namun, dalamtopik ini, anda perlu melihat kemahiran dari dua aspek iaitu sebagai:
(a) TugasanSesuatu kemahiran boleh diklasifikasikan dengan berdasarkan kepada
beberapa dimensi atau mengikut pelbagai ciri-ciri utamanya.
(b) Tahap kecekapan perlakuanIa membezakan pelaku yang lebih mahir daripada pelaku yang kurangmahir.
TTooppii
22 Pengelasan
KemahiranMotor
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Membezakan maksud kemahiran, aksi dan pergerakan;
2. Menghuraikan ciri persamaan kemahiran motor untuk setiapsistem pengelasan kemahiran motor;
3. Mengenal pasti klasifikasi kemahiran motor dua dimensiTaksonomi Gentile; dan
4. Membincangkan bagaimana Taksonomi Gentile dapatdiaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani.
HASIL PEMBELAJARAN
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
2/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 33
Untuk memahami lebih lanjut bagaimana pengelasan kemahiran motor dapatdilakukan, terlebih dahulu anda perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengankemahiran motor dan apakah yang membezakannya daripada kemahiran yang
lain.
Dalam topik ini juga anda akan dijelaskan bagaimana pendekatan yang berlainandigunakan untuk mengelaskan kemahiran motor kepada kategori yangmempunyai ciri-ciri yang bersamaan. Pengelasan ini membolehkan anda denganmudah membuat satu generalisasi atau memahami prinsip bagaimana kita dapatmempelajari serta melakukan sesuatu kemahiran motor.
Tambahan pula, ia dapat membantu anda membentuk satu panduan untukmerancang strategi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sesuatu
kemahiran motor serta menjalankan pemulihan sesuatu kemahiran motor.
KEMAHIRAN, AKSI DAN PERGERAKAN
Dalam bidang pengajian kemahiran motor, terdapat beberapa terminologi yangbiasa dikaitkan dengan kemahiran motor. Terminologi sering dikaitkan dalamperbincangan topik pembelajaran sesuatu kemahiran motor adalah seperti:
(a) Kemahiran;
(b) Aksi; dan(c) Pergerakan.
Setiap terminologi ini membawa maksud yang berlainan. Oleh itu, anda perlumemahaminya serta menggunakannya dalam konteks yang betul.
2.1.1 Kemahiran
Apakah maksud kemahiran?
Kemahiran sebagai satu aksi atau tugasan yang mempunyai satu matlamatspesifik untuk dicapai. Ia juga sebagai satu indikator kualiti sesuatuperlakuan.
Magill (2003)
2.1
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
3/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR34
Mari kita lihat pendapat berikut tentang terminologi kemahiran.
Contohnya, kemahiran menanduk dengan berkemahiran tinggi dalamtandukan membawa maksud yang berbeza.
Walau apa pun kemahiran, kemahiran motor itu perlu dipelajari. Contohnya,kemahiran servis dalam permainan badminton memerlukan pergerakan bahagian
jari, pergelangan tangan, lengan, tangan, torso dan kaki untuk mencapai matlamatkemahiran servis tersebut. Servis mempunyai matlamat di mana ia memerlukanpergerakan anggota badan dan tubuh serta ianya adalah dikawal secara sukarela(rujuk Rajah 2.1).
Rajah 2.1:Servis dalam permainan badmintonSumber: http://www.badzone.co.uk
Terminologi kemahiran adalah bergantung kepada konteks penggunaannya.
Kluka (1998)
Oleh itu, kemahiran motor boleh ditakrifkan sebagai satu aksi atau tugasananggota badan atau tubuh yang terkawal secara sukarela yang bermatlamat.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
4/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 35
2.1.2 Aksi
Oleh kerana kawalan motor dan pembelajaran motor merupakan satu proses yang
dinamik, maka ada ketika sukar bagi kita memahami bila tingkah laku motorboleh dianggap sebagai pembelajaran motor dan bila pula ia dianggap sebagaikawalan motor. Satu ciri utama kemahiran dari perspektif pembelajaran motordalam kawalan motor melibatkan aksi. Kemahiran dan aksi boleh saling gunaantara satu sama lain.
Mari kita lihat pendapat tentang aksi seperti berikut:
Kemahiran motor memerlukan pergerakan kepala, anggota badan dan tubuhbadan untuk mencapai matlamat atau tugasannya. Ciri ini penting terutamasekali kerana ia merupakan asas untuk membezakan kemahiran motor dengankemahiran lain. Contohnya, penyelesaian masalah dalam matematik merupakansatu kemahiran.
Namun, ia tidak memerlukan pergerakan anggota tubuh badan untuk mencapai
matlamatnya. Ia merupakan kemahiran kognitif. Satu lagi ciri penting kemahiranmotor adalah ia perlu dipelajari dan dipelajari semula untuk mencapai matlamatkemahiran tersebut. Contohnya, kemahiran menggunakan sempoa jelas perludipelajari seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.2 berikut.
Rajah 2.2:Kemahiran menggunakan sempoaSumber:http://www.antarafoto.com
Aksi merupakan aktiviti yang bermatlamat. Ia melibatkan pergerakankepala anggota badan dan tubuh.
Magill (2003)
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
5/24
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
6/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 37
(b) Menyesuaikan ciri ciri sesuatu pergerakan untuk mencapai satu matlamatyang samaSebagai contoh, ayunan seorang pemain golf yang mempunyai ciri-ciri
pergerakan yang berlainan akan tetapi masih mencapai satu matlamat aksiyang sama (lihat Rajah 2.4).
Rajah 2.4:Ayunan golf
(c) Menilai aksi dan pergerakan dengan cara yang berlainanAksi dinilai dari sudut penghasilan sesuatu aksi. Contohnya, jarak seseorangitu telah berjalan atau masa yang diambil untuk sampai ke sasaran.Pergerakan pula biasanya dinilai berdasarkan beberapa ciri berikut:
(i) Tubuh;
(ii) Kepala;
(iii) Anggota badan; dan
(iv) Aktiviti otot melalui penilaian seperti:
Kinematik;
Kinetik; dan
Elektromiografi (EMG).
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
7/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR38
KLASIFIKASI KEMAHIRAN SISTEM SATUDIMENSI
Tahukah anda kegunaan sistem klasifikasi kemahiran satu dimensi?
Pendekatan yang lazim digunakan adalah dengan mengkategorikan kemahiranmengikut satu ciri yang bersamaan.
Ciri-ciri persamaan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
(a) Kontinum; dan
(b) Dikotomi.
Ciri-ciri persamaan yang mewakili penghujung ekstrem pada satu kontinum dimana ianya lebih baik daripada kategori dikotomi. Pendekatan kontinum ini
membolehkan sesuatu kemahiran diklasifikasikan ke kategori yang mempunyaiciri-ciri kemahiran yang hampir sama. Ia lebih sesuai daripadamengklasifikasikannya kepada kategori yang mempunyai ciri-ciri kemahiran yangsama atau sepadan.
Kita akan menggunakan tiga sistem klasifikasi kemahiran motor denganmenggunakan pendekatan satu dimensi untuk mengkategorikan kemahiran (rujukRajah 2.5).
2.2
Sistem klasifikasi kemahiran satu dimensi mengklasifikasikan kemahiran motoryang mempunyai ciri-ciri kemahiran yang sama dengan ciri-ciri kesamaankemahiran yang lain.
AKTIVITI 2.1
Bincangkan bagaimana aksi dan pergerakan boleh dikaitkan kepadakemahiran motor.
Bagaimana anda membezakan antara tiga terminologi iaitu
kemahiran, aksi dan pergerakan? Justifikasi pandangan anda inidengan mengikuti pembacaan seterusnya.
SEMAK KENDIRI 2.1
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
8/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 39
Rajah 2.5: Tiga sistem klasifikasi kemahiran motor satu dimensiSumber:Magill (2003)
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
9/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR40
Tiga sistem klasifikasi kemahiran motor satu dimensi adalah seperti berikut:
(a) Saiz otot utama yang digunakan;
(b) Penentuan dari mana aksi bermula dan berakhir; dan(c) Kestabilan konteks persekitaran.
Mari kita pelajari setiap satu dengan lebih lanjut lagi dalam subtopik seterusnya.
2.2.1 Saiz Otot Utama yang Terlibat
Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan pergerakan motor yang telitiuntuk mencapai matlamat tugasan halus seperti kemahiran motor yangmemerlukan koordinasi mata dan tangan.
Apakah kemahiran motor halus?
Rajah 2.6:Kemahiran motor halus
Contohnya, individu yang cacat penglihatan boleh menguasai kemahiran motorhalus tanpa melibatkan penglihatan seperti kemahiran bermain alatan muzik(lihat Rajah 2.7). Kemahiran motor halus lain adalah seperti memasukkan benangke jarum. Walaupun otot besar mungkin terlibat dalam aksi kemahiran motorhalus, akan tetapi kumpulan otot kecil merupakan otot utama yang memainkanperanan untuk mencapai matlamat kemahiran tersebut.
Kemahiran motor halussering melibatkan tangan dan mata (lihat Rajah 2.6).Namun, kemahiran ini tidak semestinya memerlukan tangan dan mata.
Payne & Isaacs (1987)
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
10/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 41
Rajah 2.7: Kemahiran motor halus dan individu cacat penglihatan
Kemahiran motor boleh melibatkan kedua-dua kumpulan otot besar dan kecilsebagai otot utama untuk mencapai matlamat sesuatu aksi. Oleh itu, kita tidak
boleh mengkategorikan kemahiran ini sebagai kemahiran motor kasar (lihatRajah 2.8) atau motor halus.
Rajah 2.8: Kemahiran motor kasar
Kemahiran motor seperti ini adalah terletak antara kontinum kategori kemahiranmotor kasar dan motor halus. Contohnya, dalam acara memanah, seorangpemanah memerlukan kehalusan kawalan otot kecil tangan dan jari yangmelibatkan kemahiran motor halus (lihat Rajah 2.9). Begitu juga kemahiranmotor kasar diperlukan untuk kawalan bahagian otot besar pada bahagian bahu.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
11/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR42
Rajah 2.9:Memanah
2.2.2 Permulaan dan Pengakhiran Aksi
Pendekatan kedua untuk mengklasifikasikan kemahiran motor adalahberdasarkan penentuan permulaan dan berakhirnya lokasi sesuatu aksi.
Apakah maksud kemahiran motor diskrit (discrete)?
Jika sesuatu kemahiran memerlukan satu lokasi permulaan dan penamat yangspesifik, maka ianya dikategorikan sebagai kemahiran motor diskrit.
Berikan contoh-contoh lain yang mana kita tidak boleh
mengkategorikan sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus.Bincangkan dengan tutor anda, sama ada contoh-contoh itu sesuai dan
betul atau sebaliknya.
AKTIVITI 2.2
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
12/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 43
Antara kemahiran motor diskrit adalah:
(a) Memetik suis lampu;
(b) Memijak brek kereta;(c) Menekan kunci piano; dan
(d) Menekan butang kalkulator.
Setiap kemahiran di atas memerlukan tempat spesifik untuk aksi bermula dantamat. Pada penghujung kontinum, sistem klasifikasi adalah kemahiran motorselanjar (continuous). Ia merupakan kemahiran yang berasaskan lokasi permulaandan penamat mengikut gerak hati individu.
Apakah maksud kemahiran motor selanjar?
Kemahiran ini pada kebiasaannya mempunyai ulangan pergerakan. Contohnya:
(a) Mengawal stereng kereta;
(b) Mengawal tetikus komputer;
(c) Berenang; dan
(d) Berjalan.
Walaupun setengah kemahiran selanjar seperti berjalan dan berenang mempunyailokasi permulaan tetapi penamatnya adalah tidak tentu dan pergerakannyamelibatkan ulangan aksi.
Adakalanya sesuatu kemahiran memerlukan satu siri atau rangkaian pergerakan
diskrit. Contohnya, menaip satu ayat dengan papan kekunci komputer.Kemahiran ini merupakan kemahiran motor bersiri.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan pergerakan bersiri?
Pergerakan bersiribukannya kemahiran diskrit atau selanjar. Ia adalah terdiridaripada satu siri aksi diskrit.
Schmidt 1998
Kemahiran motor selanjar merupakan pergerakan yang tidak mempunyaipermulaan dan penamat yang spesifik.
Schmidt 1998
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
13/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR44
Tugasan bersiri boleh juga terdiri daripada beberapa tugasan diskrit yangdigabungkan. Oleh itu, kemahiran motor bersiri adalah terletak antara kontinumkemahiran motor selanjar dan diskrit.
2.2.3 Kestabilan Persekitaran
Mari kita pelajari tentang kestabilan persekitaran dalam subtopik ini.
Konteks persekitaran dalam sistem ini adalah merujuk kepada:(a) Permukaan penyokong di mana pelaku melakukan perlakuan;
(b) Objek yang terlibat untuk melakukan kemahiran itu; dan/atau
(c) Orang lain yang terlibat dalam persekitaran perlakuan.
Contohnya, jika anda melakukan lontaran (lihat Rajah 2.10), maka ciri yangberkaitan dalam konteks persekitaran adalah bola. Jika anda berjalan, maka ciriyang berkaitan dalam konteks persekitaran adalah permukaan lantai dan ciri-cirilain dalam persekitaran yang anda berjalan.
Sistem pengklasifikasian kemahiran adalah berdasarkan kepada kestabilanpersekitarandi mana kemahiran itu dilakukan.
Gentile 2000
Jelaskan kemahiran motor jenis berikut:
(a) Diskrit
(b) Selanjar
(c) Bersiri
SEMAK KENDIRI 2.2
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
14/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 45
Rajah 2.10:Kemahiran motor tertutup
Kestabilan pula adalah merujuk kepada sama ada ciri-ciri berkaitan dalam kontekspersekitaran itu dalam keadaan tetap iaitu ia dalam keadaan stabil atau bergerakiaitu tidak stabil. Apabila permukaan penyokong, objek atau orang lain yangterlibat dalam perlakuan sesuatu kemahiran adalah berkedudukan tetap iaitustabil, kemahiran itu merupakan kemahiran motor tertutup.
Contohnya, jika anda mengutip duit syiling yang jatuh dari kedudukan andasedang duduk di atas kerusi, ia adalah merupakan satu kemahiran motor tertutup;
kerusi merupakan permukaan penyokong dan sudu merupakan objek, kedua-duanya tidak akan bergerak semasa anda mengutip duit syiling itu.
Mengikut Gentile, kemahiran motor tertutup adalah apabila terdapat satupersekitaran yang tetap atau stabil dan wujudnya sedikit sahaja perubahansuasana persekitaran dan individu mengawal ruang persekitaran. Permulaan danpenamatan pergerakan adalah di atas pertimbangan individu itu sendiri.Contohnya:
(a) Memukul bola golf dari tee;
(b) Melontar bola boling;(c) Permainan membaling damak (dart); dan
(d) Memanah ke arah papan sasaran.
Kemahiran motor terbuka pula merupakan satu kemahiran yang dilakukan dalamsatu persekitaran di mana objek, orang lain atau permukaan penyokong adalah
bergerak semasa pelaku melakukan kemahiran tersebut. Contoh dipaparkandalam Rajah 2.11.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
15/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR46
Rajah 2.11:Kemahiran motor terbuka pula merupakan satu kemahiran
KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR DUADIMENSI TAKSONOMI GENTILE
Gentile pada tahun 1972 telah mengemukakan satu sistem klasifikasi kemahiranmotor yang pada asalnya dicadangkan oleh Poulton pada tahun 1957.
Gentile telah mengemukakan model dua dimensi dengan mengambil kira duaciri umum semua kemahiran iaitu:
(a) Konteks persekitaran di mana seseorang itu melakukan kemahiran
tersebut; dan
(b) Fungsi aksi.
Beliau kemudiannya membahagikan dua ciri ini untuk membentuk satutaksonomi yang mengandungi 16 kategori kemahiran (lihat Jadual 2.1).
2.3
AKTIVITI 2.3
1. Nyatakan tiga sistem klasifikasi kemahiran motor denganmenggunakan pendekatan satu dimensi untuk mengkategorikankemahiran.
2. Berikan satu contoh kemahiran motor bagi setiap klasifikasi tersebut.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
16/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 47
Jadual 2.1:Taksonomi Kemahiran Motor Gentile
Fungsi Aksi
Kestabilan Badan Pengangkutan Badan
Konteks
Persekitaran
Tiada Manipulasi
Objek
Manipulasi Objek Tiada Manipulasi
Objek
Manipulasi Objek
Keadaan
regulatori tetap
Tiada
perbezaan
antara
percubaan
1A
Kestabilan tubuhbadan
Tiada objek
Keadaan regulatoritetap
Tiada perbezaanantara percubaan
Berdiribersendirian
di dalam bilik
Berlatih bola
keranjang lontaranbebas tanpa bola
1B
Kestabilan tubuhbadan
Objek
Keadaanregulatori tetap
Tiada perbezaanantara perubahan
Memberus gigiberdiribersendirian disingki
Melontar bola
keranjang secarabebas
1C
Peralihantubuh badan
Tiada objek
Keadaanregulatori tetap
Tiadaperbezaanantara
perubahan
Menaikitangga
Berlaribeberapa kalidalampermainan
bola keranjangtanpa bola
1D
Peralihantubuh badan
Objek
Keadaanregulatori tetap
Tidakperbezaanantara
perubahan
Menaiki
tangga
semasamemegang
buku
Berlari
beberapa
kali dalampermainan bolakeranjangdengan bola
Keadaan
regulatori tetap
Perbezaan
antara
percubaan
2A
Kestabilan tubuhbadan
Tiada objek
Keadaanregulatori tetap
Perbezaan antarapercubaan
Berdiri di atas
permukaan yangberlainan
Mengayunkanpemukul besbol dilokasi bola yang
berbeza tanpapemukul besbolatau bola
2B
Kestabilan tubuhbadan
Objek
Keadaanregulatori tetap
Perbezaan antarapercubaan
Berdiri di atas
permukaan yangberlainan semasa
memegang begbarangan runcit
Memukul
pemukul besboldari teepemukul:Lokasi bola
berbeza untuksetiap ayunan
2C
Peralihantubuh badan
Tiada objek
Keadaanregulatori tetap
Perbezaanantarapercubaan
Berjalan di
atas
permukaanyang berlainan
Berlari
dalam
beberapapermainan bolakeranjangtanpa bola
2B
Peralihantubuh badan
Tiada objek
Keadaanregulatori tetap
Perbezaanantarapercubaan
Berjalan di
atas
permukaanyang berlainansambilmembawa beg
baranganruncit
Berlari
beberapa kalisemasa
bermain bolakeranjangdengan bola
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
17/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR48
Keadaan
regulatori
bergerak
Tiada
perbezaan
antara
percubaan
3A
Kestabilan tubuhbadan
Tiada objek Keadaan regulatori
bergerak
Tiada perbezaanantara percubaan
Duduk di kerusiroda yang ditolak disepanjang lorongkosong
Melemparkanbola keranjangkepada pemainyang bergerak yang
berlari dengancorak yang sama
beberapa kali tanpabola
3B
Kestabilan tubuhbadan
Objek Keadaan
regulatoribergerak
Tiada perbezaanantara percubaan
Menolak kerusi
roda di sepanjanglorong kosong
Menangkapsatu siri sofbol
yang dilemparkan
pada kelajuanyang samadengan mesinpembaling(pitchingmachine)
3C
Peralihantubuh badan
Tiada objek Keadaan
regulatoribergerak
Tiadaperbezaanantarapercubaan
Berjalan diatas
treadmil padakelajuan tetap
Berlari dalam
permainan bolakeranjangtanpa bolatetapi denganpemainpertahananyang bergerak
3D
Peralihantubuh badan
Objek Keadaan
regulatoribergerak
Tiadaperbezaanantarapercubaan
Berjalan diatas
treadmil padakelajuan yangtetap semasa
memegangsecawan air
Berlaridalampermainan
bola keranjangdengan boladan pemainpertahananyang bergerak
Keadaan
regulatori
bergerak
Perbezaan
antara
percubaan
4A
Kestabilan tubuh
badan Tiada objek
Keadaan regulatoribergerak
Perbezaan antarapercubaan
Duduk dalam
kereta yangbergerak
Melemparkan
bola keranjangkepada pemain
bergerak yangberlari dengancorak yang berbezatanpa bola
4B
Kestabilan tubuh
badan Objek
Keadaanregulatori
bergerak
Perbezaan antarapercubaan
Duduk dalam
kereta yangbergerak sambilmemegang bayi
Menangkap
sofbol yangdilemparkan padapelbagai kelajuandengan mesinpembaling
4C
Kestabilan
tubuh badan Tiada objek
Keadaanregulatori
bergerak
Perbezaanantarapercubaan
Berjalan di
pusat membeli-belah yangsesak
Berlatih
beberapa
perlawananbola sepaktanpa bolatetapi pemainpertahanan
4D
Kestabilan
tubuh badan Objek
Keadaanregulatori
bergerak
Perbezaanantarapercubaan
Berjalan di
pusat membeli-belah yangsesak denganmembawa bayi
Berlatih
beberapapermainan bolasepak dengan
bola danpemainpertahanan
Sumber:Magill (2003)
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
18/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 49
2.3.1 Konteks Persekitaran
Dimensi pertama dalam taksonomi Gentile adalah dimensi konteks persekitaran di
mana seseorang itu melakukan kemahiran seperti dalam lajur pertama Jadual 2.1.
Terdapat dua ciri dalam dimensi ini iaitu:
(a) Keadaan regulatoriApakah maksud keadaan regulatori?
Contohnya, jika matlamat aksi anda ialah berjalan dari satu tempat ketempat lain, permukaan di mana anda berjalan merupakan keadaanregulatori yang akan menentukan ciri-ciri pergerakan yang anda perlugunakan untuk mencapai matlamat aksi anda di permukaan tersebut.
Keadaan permukaan yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.Perbezaan ini akan menentukan ciri-ciri pergerakan anda. Contohnya,permukaan licin dan kasar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Satu contoh
lain yang boleh kita lihat adalah bagaimana keadaan regulatori dalamkonteks persekitaran apabila anda perlu manipulasi sesuatu objek.
Jika matlamat aksi anda adalah membaling bola kepada rakan anda,keadaan regulatori adalah berkaitan dengan ciri-ciri bola. Ia adalah sepertisaiz, bentuk dan berat bola tersebut. Perbezaan ini menyebabkan andaperlu melakukan aksi tersebut mengikut kesesuaian dengan ciri-ciri yangterdapat pada bola tersebut untuk mencapai matlamat aksi anda.
(b) Perbezaan antara percubaan(intertrial variability)
Tahukah anda maksud perbezaan antara percubaan?
Kita boleh mengenal pasti kemahiran motor mengikut sama ada terdapatperbezaan antara percubaan atau tidak. Contohnya, jika anda masuk ke bilikyang berselerak dengan perabot, wujud perbezaan antara percubaan.
Keadaan regulatori adalah merujuk kepada ciri-ciri dalam kontekspersekitaran yang akan menentukan ciri-ciri pergerakan seseorang ituyang perlu dilakukannya untuk menjayakan aksi tertentu.
Perbezaan antara percubaan merujuk kepada sama ada keadaanregulatori semasa perlakuan adalah sama atau berbeza antara percubaandalam melakukan kemahiran tersebut.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
19/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR50
Ini adalah kerana anda terpaksa melakukan pelbagai pergerakan untukmengelak daripada terlanggar perabot di dalamnya. Sebaliknya pula jikaanda masuk ke bilik yang teratur perabotnya, maka perbezaan antara
percubaan tidak wujud. Ini adalah kerana keadaan regulatori tidak akanberubah setiap kali anda memasuki bilik itu.
2.3.2 Fungsi Aksi
Dimensi yang kedua dalam taksonomi Gentile adalah fungsi aksi. Gentileberpendapat bahawa kita boleh menentukan fungsi sesuatu aksi. Ia dilakukandengan mengambil keputusan sama ada perlu atau tidak untuk melakukansesuatu kemahiran yang melibatkan pergerakan tubuh badan dan sama ada perluatau tidak perlakuan melibatkan pemanipulasian sesuatu objek. Dia melihat kedua
ciri ini sebagai sebahagian daripada dua fungsi aksi yang luas iaitu:
(a) Orientasi tubuh badan
Menurut Gentile (2000), dua peranan orientasi tubuh badan yang pentinguntuk mengklasifikasikan kemahiran motor adalah:
(i) Kestabilan tubuh badanKestabilan tubuh badan merupakan peranan orientasi untukmelakukan kemahiran yang melibatkan keadaan tidak ada perubahankedudukan tubuh badan semasa perlakuan kemahiran tersebut.Contohnya, berdiri dan memanah. Peranan orientasinya adalahperalihan tubuh badan apabila kemahiran itu memerlukan peralihankedudukan tubuh badan dari satu tempat ke tempat lain.
(ii) Peralihan tubuh badan(body transport)Kemahiran seperti ini adalah berjalan, berlari dan berenang yang
mana ia melibatkan peralihan tubuh badan.
Menurut Gentile (2000), adalah penting mengambil kira perananperalihan tubuh badan untuk kemahiran motor yang melibatkanperubahan tubuh badan secara aktif dan pasif. Contohnya, kemahiran
berjalan mungkin melibatkan perubahan kedudukan aktif dan pasif.Misalnya, berdiri dalam bas yang sedang bergerak melibatkanperubahan kedudukan tubuh badan pasif juga merupakansebahagian daripada peranan peralihan tubuh badan.
Orientasi tubuh badan adalah merujuk kepada perubahan ataupengekalan kedudukan tubuh badan.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
20/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 51
(b) Manipulasi objekFungsi aksi yang kedua adalah manipulasi objek. Terdapat kemahiranmotor yang memerlukan kita mengubah atau mengekalkan kedudukan
sesuatu objek seperti contoh, bola, perkakas atau orang lain.
Apabila kita perlu memanipulasikan sesuatu objek, kekompleksan dankesukaran kemahiran itu akan meningkat. Ini adalah kerana kita perlumelakukan dua perkara pada satu masa yang sama iaitu:
(i) Kita perlu memanipulasikan objek dengan betul; dan
(ii) Kita mesti menyesuaikan postur tubuh badan untuk menampungketidakstabilan yang diwujudkan oleh objek tersebut.
KATEGORI KEMAHIRAN
Mari kita pelajari tentang kategori kemahiran dalam subtopik ini.
Beliau mengatakan bahawa setiap kategori kemahiran menunjukkan keperluanyang berbeza dari pelaku. Perbezaan adalah dari segi ciri-ciri dan bilanganpemboleh ubah. Pelaku perlu memberi perhatian kepada perbezaan ini danmengawalnya untuk mencapai matlamat aksinya. Kemahiran yang memerlukan
keperluan minimum daripada pelaku merupakan kemahiran yang mudah.Sebaliknya pula kemahiran yang memerlukan keperluan pelbagai adalah lebihkompleks.
Jadual 2.1 menunjukkan bahawa bermula dari kategori bahagian atas sebelah kiriadalah kemahiran yang mudah dan beransur ke kemahiran yang semakinkompleks di kategori bawah sebelah kanan.
2.4
Mengikut Gentile, interaksi antara empat ciri konteks persekitaran dan empatciri fungsi aksi dapat mewujudkan 16 kategori kemahiran(rujuk Jadual 2.1).
SEMAK KENDIRI 2.3
Nyatakan dua dimensi yang digunakan untuk mengklasifikasikankemahiran dalam taksonomi Gentile.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
21/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR52
Menurut Gentile, setiap kemahiran motor mesti mengambil kira kontekspersekitaran di mana ianya dilakukan dan peranannya dalam perlakuan. Denganitu, kedua dimensi ini menjadi asas pewujudan 16 kategori kemahiran motor.
Dimensi konteks persekitaran merangkumi keadaan regulatori yang manapelaku kemahiran berkenaan perlu mematuhi dan sama ada keadaan ini berubahdari satu percubaan perlakuan ke percubaan perlakuan lainnya. Dimensi fungsiaksi pula menetapkan bahawa semua kemahiran motor adalah dilakukan untukmemenuhi satu tujuan atau fungsi tertentu. Fungsi aksi mungkin memerlukanperubahan atau pengekalan kedudukan tubuh badan pelaku dan/atau mengekalatau mengubah kedudukan objek.
Merujuk kepada Rajah 2.12 berikut, setiap kategori dalam setiap barisan dalamdimensi konteks persekitaran merupakan kategori kemahiran motor tertutup
dan terbuka. Sekiranya kedua-dua kategori ini merangkumi sama ada perbezaanantara percubaan wujud atau tidak dalam situasi perlakuan kemahiran, ia bolehmewujudkan empat kontinum kemahiran (rujuk Rajah 2.12).
Rajah 2.12:Kontinum kategori kemahiran untuk kemahiran motorterbuka dan tertutup
Sebelum anda meneruskan pembacaan anda ke subtopik seterusnya, ujikefahaman anda. Cuba ke laman web berikut:
http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter1/multiple_choice_quiz.html
Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkananda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai.Selain itu, terdapat pautan online laboratory manualdan related readinguntuk memantapkan kefahaman anda.
AKTIVITI 2.4
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
22/24
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
23/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR54
Kemahiran motor sering diklasifikasikan mengikut ciri-ciri persamaannya.Sistem klasifikasi satu dimensi meletakkan kemahiran-kemahiran kepadakategori berdasarkan satu ciri yang bersamaan.
Sistem klasifikasi dua dimensi meletakkan kemahiran dalam kategoriberdasarkan pada dua ciri yang bersamaan.
Tiga sistem klasifikasi satu dimensi yang membezakan kemahiran adalah:
Saiz otot utama yang diperlukan untuk melakukan kemahiran tersebutdiklasifikasikan sebagai kemahiran motor kasar atau halus;
Penentuan dari mana perlakuan kemahiran itu bermula, diklasifikasikansama ada kemahiran diskrit atau selanjar; dan
Kestabilan konteks persekitaran di mana kemahiran dilakukan,diklasifikasikan sebagai kemahiran motor terbuka atau tertutup.
Taksonomi Fentile merupakan sistem klasifikasi kemahiran motor duadimensi yang menghuraikan 16 kategori kemahiran yang dihasilkan dari ciri-ciri berkaitan dengan konteks persekitaran di mana kemahiran itu dilakukandan fungsi aksi berkenaan.
Aksi
Keadaan regulatori
Kemahiran
Kemahiran motor
Kemahiran motor diskrit
Kemahiran motor halus
Kemahiran motor kasar
Kemahiran motor bersiri
Kemahiran motor selanjar
Kemahiran motor terbuka
Kemahiran motor tertutup
Perbezaan antara percubaan
Pergerakan
Gentile, A. M. (2000). Skill acquisition: Action movement and neuromotorprocesses. In Carr, J., and Shepard, (Eds.), Movement science: Foundationsfor physical therapy(2nd ed.). Gaithersburg, MD: Aspen.
8/12/2019 Topik 2 Pengelasan Kemahiran Motor
24/24
TOPIK 2 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR 55
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton.
Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications(7thed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Payne, V. G., & Isaccs, L. D. (1987). Human motor development: A lifespanapproach. California, CA: Mayfield.
Poulton, E. C. (1957). On prediction in skilled movements. Psychological Bulletin,
54, 467478.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropsychological approach.Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nded.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: HumanKinetics.