-
PENGENALAN Fabrik ialah singkatan daripada perkataan 'textile
fabric'. Lazimnya orang akan menggelarkan fabrik sebagai tekstil.
Tetapi tekstil dan fabrik adalah dua benda yang berbeza namun ianya
saling berkait. Perkataan tekstil sebenarnya sering disalahanggap
dan hanya terhad kepada kain, benang dan jahitan sahaja. Tekstil
berasal daripada perkataan Latin texera yang membawa maksud untuk
menenun. Tekstil adalah material fleksibel yang terbuat daripada
tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman,
penjahitan, pengikatan, atau dan cara pressing. Istilah tekstil
dalam penggunaannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah
'kain' (fabrik). Namun ada sedikit perbezaan antara dua istilah
ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang
terbuat daripada tenunan benang, sedangkan 'kain'(fabrik) merupakan
hasil jadinya.
TTooppiikk
22
Mengenali Pembinaan Fabrik
HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya
dapat:
1. Menyatakan maksud pembinaan fabrik; 2. Menyenaraikan
kaedah-kaedah fabrik terbina; 3. Membeza bentuk rupa pembinaan
fabrik; 4. Menerangkan maksud kemasan fabrik; dan 5. Menerangkan
cara kemasan yang dilakukan ke atas fabrik.
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
40
PEMBINAAN FABRIK
Dari gentian dijadikan yarn, dan dari yarn dijadikan fabrik.
Fabrik dibina dengan cara tenun, kait atau tanpa tenun. Setiap cara
ini menghasilkan fabrik yang berlainan rupa dan sifat. Sesuatu
fabrik itu mempunyai tambah nilai jika ianya diberi kemasan.
Kemasan ialah proses yang dilakukan kepada fabrik bagi membaiki
kelemahan gentian fabrik itu. Terdapat 3 cara pembinaan fabrik
iaitu:
Tenun
Kait
Tanpa Tenun Setiap cara pembinaan fabrik itu mempunyai
kepelbagaiannya tersendiri. Kepelbagaian ini menghasilkan fabrik
yang berbeza-beza dari segi rupa, tekstur dan rasa (sentuhan).
Gentian asli diproses untuk dijadikan serat yang panjang yang
dinamakan yyarn. Proses pembinaan fabrik yarn berlaku apabila
selembar serat panjang atau filamen itu boleh ditenun atau dikait.
Serat diperolehi daripada sumber asli manakala filamen ialah
daripada sumber buatan. Serat terdapat dalam pelbagai rupa mengikut
sumber manakala semua filamen berbentuk seperti rod yang panjang
dan licin. Rajah 2.1 menunjukkan beberapa contoh rupa filamen
manakala Rajah 2.2 pula menunjukkan beberapa contoh serat gentian
asli.
Rajah 2.1: Beberapa rupa filamen
2.1
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 41
Rajah 2.2: Serat gentian asli
Sekarang, mari kita lihat bagaimana proses penghasilan fabrik
berlaku. Ini boleh dilihat di dalam Rajah 2.3.
Rajah 2.3: Proses penghasilan fabrik
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
42
FABRIK TENUN
Tenun dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn iaitu yarn
memanjang dan yarn melintang. Yarn memanjang akan menjadi asas
kepada benang lungsin atau benang memanjang pada fabrik yang
ditenun. Benang ini selari dengan tepi fabrik. Yarn melintang
adalah yarn pengisi dalam fabrik tenun. Terdapat 3 jenis tenun:
Biasa
Kelarai
Satin
2.2.1 Tenun Biasa
Rajah 2.4 menunjukkan bahawa fabrik tenun biasa mempunyai tiga
jenis bentuk seperti berikut:
Rajah 2.4: Tenun biasa
Ciri fabrik tenun biasa:
Mudah renyuk,
Kurang daya drep
Legap
Poros
Kurang daya serap Contoh fabrik tenun biasa adalah:
Kain kasa
Kain belacu
Gingham
2.2
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 43
Organdy
Oxford
Shantung
(a) Tenun biasa 1/1 Yaran pakan akan menyusup di atas dan di
bawah yarn longsin secara berselang-seli. Tenun ini dikenali
sebagai tenun biasa 1/1. Lihat Rajah 2.5.
Rajah 2.5: Rupa yarn tenunan biasa (b) TTenun Raga Tenun ini
mempunyai 2 lembar benang yang diselang-seli seperti tenun
biasa 1/1. Lihat Rajah 2.6.
Rajah 2.6: Rupa yarn Tenunan Raga
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
44
(c) TTenun Rib Saiz yarn longsin dan yarn pakan tidak sama.
Lihat Rajah 2.7.
Rajah 2.7: Rupa yarn tenunan rib
2.2.2 Tenun Kelarai
Dua lembar yarn pakan menyusup di atas dan di bawah dua lembar
yarn lungsin. Di baris berikutnya pula yarn pakan bergerak/
beransur bertingkat-tingkat ke kiri atau ke kanan Rajah 2.8
Rajah 2.8: Rupa yarn tenunan kelarai
Ciri fabrik tenun kelarai:
Drep dengan baik
Tebal
Legap
Kukuh
Kurang poros
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 45
Contoh fabrik:
Denim
Gaberdine
Korduroi
Dril
2.2.3 Tenun Satin
Yarn pakan menyusup di bawah 4 yarn longsin. Ia menghasilkan
yarn longsing terapung. Di baris kedua dan seterusnya yarn pakan
beralih bertingkat-tingkat secara beransur ke kiri atau ke kanan
seperti tenun kelarai. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.9
Rajah 2.9: Rupa yarn tenunan satin
Ciri fabrik tenun satin:
Fabrik licin dan berkilat efek dari 4 lembar yarn terapung
Daya drep yang baik
Mudah koyak hasil dari benang yang terapung Fabrik satin
contohnya:
Satin
Sateen
Crepe
Broked
Damask
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
46
FABRIK KAIT
Fabrik kait dihasilkan apabila yarn disambung secara berterusan
dalam bentuk gelung. Fabrik kait boleh dibuat dengan cara
tradisional menggunakan jarum kait tangan atau dengan menggunakan
mesin. Rajah 2.10 menunjukkan rupa fabrik kait.
Rajah 2.10: Rupa yarn kait
Ciri fabrik kait adalah seperti berikut:
Daya drep yang sangat baik
Memberi dan mudah mengikut bentuk badan
Tidak renyuk
Peredaran udara yang baik
Contoh fabrik kait adalah:
Velour
Jersey
Net
Renda
2.3
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 47
FABRIK TANPA TENUN
Fabrik ini tidak ditenun atau dikait. Gentian iaitu dalam bentuk
stapel dan filamen dijadikan kepingan struktur sesawang melalui
proses penjaruman, tindakan kimia dan tekanan suhu. Ciri fabrik
tanpa tenun:
Tidak fleksibel
Keras dan kasar
Tidak ada yarn melintang atau menegak
Tidak berburai bila digunting Contoh fabrik tanpa tenun:
Bahan pakai buang seperti lampin, uncang teh, kertas tisu
Lapik dalam
Kain lap
2.4
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
48
Amali 1. Hasilkan sampel pembinaan fabrik berikut:
(i) Tenunan biasa
(ii) Tenun kelarai
(iii) Tenun satin
(iv) Tenun rib
Rajah 2.11: Kedudukan benang pada fabrik
1. Ambil sekeping kain belacu berukuran 20cm x 20cm.
2. Cabut benang memanjang dan benang melintang.
3. Cuba rentap setiap helai benang itu.
4. Ulangi beberapa kali dengan urat benang yang baru.
5. Rasakan benang manakah yang lebih teguh? Benang memanjangatau
melintang?
6. Lakukan aktiviti ini dengan lain-lain jenis fabrik. Adakah
hasilnya sama dengan kain belacu?
AKTIVITI 2.1
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 49
Anda boleh guna pelbagai bahan yang anda fikirkan sesuai untuk
tenunan ini seperti reben, kertas, pita dan lain-lain.
2. Masukkan sampel ini ke dalam buku skrap KAJIAN FABRIK yang
anda
telah mulakan semasa topik Mengenali Sumber Gentian. 3.
Seterusnya, letakkan contoh fabrik mengikut tenunan itu di sebelah
sampel
tenunan berkenaan. 4 Dapatkan sekeping sampel fabrik
berikut:
(i) Fabrik kait
(ii) Fabrik tanpa tenun
Letakkan sampel ini di dalam buku skrap KAJIAN FABRIK.
Kriteria
Tenunan
Betul Bersih Kesesuaian Bahan
Contoh fabrik adalah
betul Jumlah Catatan
12 3 2.5 5
Tenun Biasa
Tenun kelarai
Tenun Satin
Tenun Rib
Kait
Tanpa Tenun
Jumlah markah
Rajah 2.12: Kaedah pemarkahan untuk pembinaan fabrik
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
50
2.4.1 Kemasan Fabrik
Kemasan fabrik boleh dilakukan sebelum, semasa atau selepas
proses pembinaan. Tujuan kemasan ini dilakukan dibahagikan kepada 4
sebab iaitu untuk:
keselesaan
kendalian
keselamatan
hiasan
2.4.2 Keselesaan
(a) Antistatik Terdapat fabrik yang apabila dipakai akan melekat
ke badan atau berbunyi.
Biasanya, kelemahan ini berlaku pada fabrik buatan seperti
nilon, akrilik dan poliester. Fabrik sebegini diberikan kemasan
antistatik supaya kelemahan itu tidak lagi terjadi.
(b) KKalis Air Atas sebab keperluan penggunaannya, ada fabrik
yang perlu diberi
kemasan kalis air. Fabrik yang diberi kemasan ini tidak akan
menyerap air dalam jangka masa yang pendek. Fabrik sebegini dibuat
baju hujan, payung, khemah dan pakaian sukan.
2.4.3 Kendalian
(a) Tahan Renyuk Fabrik yang mudah berkedut atau renyuk seperti
kapas dan rayon
diberikan kemasan tahan renyuk supaya ia tidak lagi renyuk
semasa dipakai.
Kemasan fabrik ialah kaedah merawat fabrik untuk memperbaiki
rupa dan meningkatkan kualiti fabrik tersebut.
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 51
(b) RRintang Kecut Kemasan ini akan menjadikan fabrik tidak
mengecut. Kebiasaannya, fabrik
kapas diberi kemasan rintang kecut kerana salah satu kelemahan
kapas ialah ia mudah mengecut. Fabrik yang berlabel sanforized
menandakan ia telah diberikan kemasan rintang kecut.
Ujian Rintang Kecut
1. Gunting 2 keping kain kapas yang sama, setiap keping
berukuran 5cm x 5cm.
2. Di atas kertas, lukiskan 2 kotak berukuran 5cm x 5cm
bersebelahan.
3. Letakkan sekeping daripada fabrik itu di atas kotak yang
pertama. Lekatkan dengan gam.
4. Rendam kepingan fabrik kedua, perah dan keringkan dengan
menjemur/ sidai di ampaian.
5. Apabila kering, letakkan di dalam kotak yang kedua.
6. Adakah ukuran fabrik masih sama dengan kotak itu atau fabrik
sudah mengecut dan terdapat ruang di sekeliling kotak?
7. Lakukan aktiviti yang sama dengan fabrik lain.
Rajah 2.13: Sebelum cucian RRajah 2.14: Selepas cucian
AKTIVITI 2.2
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
52
2.4.4 Untuk Keselamatan
(a) Perencat Nyala Kemasan perencat nyala diberikan kepada
fabrik yang mudah terbakar
seperti kapas, linen dan viskosa. Dengan kemasan ini, fabrik
tersebut tidak akan mudah terbakar.
(b) Antiseptik Fabrik ini telah dirawat dengan menyalutkan
fabrik dengan satu lapisan
steril dan menjadikannya tidak menyerap peluh atau bau badan.
Contohnya untuk membuat gauze dan bandage.
2.4.5 Hiasan
Kilat Fabrik diberi rawatan kilat dengan menggunakan lilin,
kanji atau resin untuk mencantikkan dan menguatkan fabrik.
Pembinaan fabrik dikategorikan kepada 3 kaedah iaitu tenun, kait
dan tanpa
tenun. Terdapat 3 jenis tenun dan setiap jenis menghasilkan ciri
fabrik yang
berbeza-beza. Fabrik kait menghasilkan fabrik yang memberi, daya
drep yang baik dan
tidak mudah renyuk. Fabrik tanpa tenun terhasil dengan menyusun
stapel dan filamen gentian
bersama. Kemasan ialah kaedah untuk memperbaiki kelemahan fabrik
dan dengan itu
kualiti fabrik bertambah baik.
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 53
Felt Braid
Kait
Kait Lungsin
Kait pakan
Tanpa Tenun
Tenun
Tenun biasa
Tenun Kelarai
Tenun Satin
1. Apakah maksud pembinaan fabrik?
A. Bagaimana fabrik ditenun B. Menghasilkan pakaian dari fabrik
C. Dari yarn dihasilkan menjadi fabrik D. Kaedah yang digunakan
untuk menghasilkan fabrik
2. Di antara berikut yang manakah sifat fabrik tenun?
I. Legap II. Berkilau III. Mudah renyuk IV. Kurang daya drep A.
I, II dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
3. Daripada senarai di bawah, mana satukah fabrik kait?
I. Jersey II. Kurduroi III. Satin IV. Net A. I dan II sahaja B.
II dan III sahaja C. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja
-
TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK
54
4. Apakah kelemahan fabrik tanpa tenun? A. Susah didapati B.
Keras dan tidak drep baik C. Susah mengendalikan D. Tepi mudah
berburas
5. Apakah maksud kemasan fabrik kalis air?
A. Fabrik tidak akan basah B. Fabrik tidak akan menyerap air C.
Fabrik boleh direndam dalam air D. Fabrik tidak boleh direndam
dalam air
Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd. Noor & Lamah Abdul
Ghani.
(2002). Pengurusan pakaian tingkatan 4: Bahan sumber pengajaran.
Kuala Lumpur: Edu System.
Colton, V. (Eds.). (1979). Readers Digest complete guide to
needlework. New York, NY: Readers Digest Association.
Kandolph, S. J., Longford, A. L., Hellen, N. & Saddler, J.
(1988). Textiles. New York, NY: Macmillan.
Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan membuat pakaian, panduan
lengkap langkah demi langkah teknik menjahit. Petaling Jaya: Alaf
21.
Neal, M. M. (1961). Needlework for school. Glasgow: Blackie
& Son.
Noorhababiah Osman Etl. (2002). Pengajian pakaian tingkatan 5:
Kuala Lumpur: Edusystem.