TOPIK 14
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
TOPIK 14PENGENALAN
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
Isyarat yang melalui media penghantaran ada berbagai bentuk
iaitu sama ada dalam bentuk denyutan elektrik, denyutan cahaya atau
mikro gelombang. Isyarat bergerak dari satu media ke media yang
lain dan ini memerlukan perkakasan atau peranti komunikasi untuk
menukar dari satu bentuk isyarat ke bentuk isyarat lain. Isyarat
juga bergerak dari satu protokol rangkaian ke protokol rangkaian
yang lain. Keadaan ini juga memerlukan peranti rangkaian untuk
membolehkan isyarat melalui satu protokol ke protokol yang lain.
Begitu juga peranti diperlukan untuk menukarkan isyarat analog ke
isyarat digital. Topik ini akan membincangkan peranti komunikasi
yang digunakan untuk menukarkan dari satu bentuk ke bentuk isyarat
lain dan juga untuk membolehkan isyarat bergerak lebih jauh dalam
sesuatu media penghantaran.
OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
mengenalpasti berbagai peranti komunikasi dan rangkaian yang
digunakan; 2. mengetahui 3 jenis peranti yang berkaitan dengan
isyarat; dan 3. mengetahui 7 jenis peranti yang berkaitan dengan
protokol.
14.1
MODEM
Modem ialah peranti untuk mentransformasi isyarat digital ke
isyarat analog untuk membolehkan isyarat analog bergerak dalam
talian analog (lazimnya talian telefon analog) dan kemudian
menukarkan kembali dari isyarat analog ke isyarat digital apabila
sampai ke komputer penerima seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
14.1. Modem adalah peranti yang popular terutamanya dengan
perkembangan Internet dan peranti ini selalu dipasang di rumah
kerana kebanyakan rumah mencapai Internet melalui talian telefon
analog. Modem ialah kependekan daripada modulator demodulator yang
bermaksud modulasi nyahmodulasi.
OUM
193
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
TOPIK 14
Rajah 14.1: Peranan modem
Proses modulasi ialah proses menukar isyarat digital ke isyarat
analog. Modulasi frekuensi mewakilkan frekuensi tinggi untuk
digital 1 dan frekuensi rendah untuk digital 0. Proses nyahmodulasi
ialah proses menukarkan isyarat analog ke isyarat digital. Kelajuan
modem pada hari ini ialah 33600bps dan 56000 bps. Ada berbagai
jenis modem iaitu modem dalaman, modem luaran, modem kad PC, dan
modem faks seperti ditunjukkan dalam Rajah 14.2.
Rajah 14.2: Jenis-jenis modem
194
OUM
TOPIK 14
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
Modem dalaman dicetak di papan litar dan dipasang pada satu slot
papan induk komputer. Modem luaran ialah modem yang berada di luar
PC dan dihubungkan dengan PC melalui port siri. Modem kad PC adalah
modem yang dimuatkan dalam kad PC yang dimasukkan melalui slot kad
PC. Modem kad PC selalu digunakan untuk komputer riba atau komputer
nota. Modem faks ialah modem yang digabungkan dengan faks dan
selalunya dipasang secara dalaman ataupun luaran. Modem faks
berfungsi sebagai modem dan mesin faks di mana faks yang diterima
akan disimpan dalam bentuk elektronik (dalam cakera). Piawaian
modem telah ditetapkan oleh ISO dan ITU-T(ITU-telecomunication).
Kelajuan piawaian yang dikeluarkan oleh ITU-T ialah V.90 yang
membenarkan data diterima sehingga 56kbps dan menghantar data
sehingga 33.3 kbps. Kelajuan menerima data untuk modem lebih tinggi
jika dibandingkan dengan kelajuan menghantar data. Jadual 14.1
menunjukkan sebahagian piawaian modem.Jadual 14.1: Sebahagian
Piawaian Modem
Latihan 14.1Apakah tugas modem?
14.2
CODEC
Peranti codec berperanan untuk menukarkan data analog kepada
strim bit digital (isyarat digital) dan sebaliknya seperti yang
telah ditunjukkan dalam Rajah 14.3. Codec adalah kependekan
daripada coder-decoder, iaitu pengekod-penyahkod. Pengekod ialah
proses menukarkan data analog, lazimnya dari peranti analog, kepada
strim bit digital (isyarat digital), lazimnya ke talian
penghantaran digital. Penyahkod ialah proses menukar strim bit
digital (isyarat digital) ke data analog. Penukaran dari data
analog yang mewakili suara dan data ke bentuk isyarat digital
membolehkan penggunaan peralatan penghantaran digital dan pensuisan
baru. Misalkan, Codec diperlukan jika talian penghantaran ialah
ISDN atau DSL dan peranti sumber isyarat ialah peranti analog
(telefon).
OUM
195
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
TOPIK 14
Rajah 14.3: Fungsi Codec
14.3
DSU
DSU ialah unit khidmat data (digital service unit). DSU
diperlukan untuk membolehkan komunikasi dari peranti digital ke
talian penghantaran digital, walaupun kedua isyarat sumber dan
talian penghantaran digital adalah isyarat digital. Kedua-dua
mungkin menggunakan format digital yang berbeza seperti perbezaan
kadar isyarat, bilangan bit per baud, paras voltan dan lain-lain
seperti ditunjukkan dalam Rajah 14.4. Misalnya DSU akan
mentransformasi isyarat digital dari PC melalui port selari kepada
format isyarat penghantaran digital yang digunakan untuk talian
digital ISDN.
Rajah 14.4: Fungsi DSU
14.4
PEMULTIPLEKS (MULTIPLEXER)
Pemultipleks berfungsi sebagai pengabung berbilang isyarat dari
berbilang peranti ke satu gabungan isyarat untuk dihantar melalui
satu talian dan kemudiannya pemultipleks ini menukarkan kembali
gabungan tersebut kepada berbilang isyarat seperti yang dihantar
sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 14.5. Peranti pemultipleks
adalah sejenis peranti yang mempunyai satu saluran komunikasi untuk
membawa semua data yang dihantar daripada banyak peranti. Peranti
ini akan mengumpul semua mesej yang hendak dihantar dan diterima
sebelum dihantar kepada peranti yang berkaitan. Kaedah ini
menjimatkan kos, misalnya menyewa satu talian lebih untung
berbanding dengan 14 talian jika tanpa pemultipleks.
196
OUM
TOPIK 14
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
Rajah 14.5: Pemultipleksan
14.5
PENGULANG (REPEATER)
Peranti ini digunakan untuk mengatasi kekangan panjang kabel
atau jarak perjalanan gelombang. Contohnya piawaian IEEE802.3 hanya
membenarkan panjang kabel atau gelombang sehingga 500 meter.
Pengulang digunakan untuk menerima isyarat dari satu kabel, menjana
semula (regenerate) dan dihantar semula ke kabel yang seterusnya.
Penguatan isyarat begitu penting supaya isyarat itu sungguh kuat
untuk didengari oleh semua komputer yang berkait dengan kabel
tersebut. Isyarat atau paket yang dihantar tidak dikenali atau cuba
difahami oleh pengulang. Pengulang hanya memberikan laluan isyarat
tersebut dan menghantarnya ke segmen talian yang berikutnya seperti
di dalam Rajah 14.6. Pengulang adalah antaramuka paras lapisan
fizikal model OSI.
Rajah 14.6: Pengulang
Latihan 14.21. 2. Apakah tugas pengulang? Apakah keadaan
pengulang boleh digunakan? Kenapakah pemultipeks dikatakan kaedah
yang menjimatkan?
14.6
TITI (BRIDGE)
Titi menghubungkan dua rangkaian setempat (LAN) yang menggunakan
protokol yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.7. Titi
mentafsir bahagian pautan paket data dan menentukan sama ada perlu
dihantar ke LAN yang terkait. Dengan perkataan lain, titi akan
membaca semua paket data dan hanya menerima paket yang perlu
dihantar ke LAN lain. Titi tidak mengubah sebarang maklumat, titi
hanya menyalin paket
OUM
197
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
TOPIK 14
dari satu LAN dan mengulangnya dalam LAN yang lain. Titi
mengendali pada lapisan pautan data Model OSI. Ada dua jenis titi
iaitu titi luaran dan titi dalaman. Titi dalaman adalah kad
pengubahsuai rangkaian kedua yang diletak dalam pelayan fail. Titi
luaran mengandungi PC berasingan yang mempunyai kad antaramuka yang
digunakan apabila pelayan fail terlalu banyak aktiviti untuk
menyokong fungsi titian atau port tidak ada untuk mengendali kad
antaramuka. Lebih dari dua LAN boleh dihubungkan dengan titi. Titi
adalah antara kaitan yang dikendali pada lapisan pautan data model
OSI.
Rajah 14.7: Pengendalian titi
14.7
PENGHALA (ROUTER)
Penghala berfungsi seperti titi. Penghala beroperasi pada
lapisan rangkaian, iaitu lapisan yang bertanggungjawab kepada
penghalaan paket dan pengumpulan maklumat perakaunan. Khidmat
penghala juga menyediakan khidmat memilih lintasan terbaik untuk
data, sama ada termurah atau terpantas, khidmat mengurangkan
kesesakan rangkaian yang melengahkan penghantaran paket, dan
khidmat mengendali paket berbagai saiz. Kos penghala agak mahal dan
juga kelajuan penghala juga lambat. Oleh kerana mahal, penghala
telah digantikan dengan hab atau suis dan seterusnya menolak
kedudukan penghala lebih jauh dari PC rangkaian seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 14.8. Penghala juga boleh digunakan untuk
memencilkan sebahagian LAN daripada LAN yang lain dan justeru itu
digunakan unuk melaksana sekuriti LAN. Penghala boleh digunakan
untuk menghubung berbagai jenis rangkaian.
198
OUM
TOPIK 14
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
Rajah 14.8: Peranan penghala
Latihan 14.3Jelaskan fungsi dalam sistem rangkaian: (i) Titi
(ii) Penghala
14.8
HAB
Hab digunakan untuk menggabungkan semua talian dalam sesuatu
rangkaian dan hanya sesuai dan khas untuk satu jenis rangkaian,
iaitu hab LAN bintang berbeza dengan hab LAN yang lain. Hab akan
menghantar atau menyiar (broadcast) semua paket ke port lain pada
hab yang sama seperti ditunjukkan dalam Rajah 14.9. Jika satu PC
sedang menghantar data, PC lain dalam hab yang sama perlu menunggu
hingga PC tersebut selesai menghantar. Keadaan ini menjadikan hab
perlahan dan boleh menyetopikkan kesesakan dan paket tidak dapat
bergerak terutamanya bilangan stesen terlalu banyak. Biasanya satu
hab mengandungi 8, 12 atau 16 port. Hab selalunya digunakan untuk
topologi bintang.
Rajah 14.9: Pengendalian hab
OUM
199
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
TOPIK 14
14.9
SUIS
Suis sama seperti hab tetapi lebih bijak dari segi penghantaran
data ke semua stesen. Suis tidak menghantar data ke semua stesen,
tetapi hanya menghantar data ke port atau stesen destinasi sahaja.
Pada masa yang sama, lebih banyak stesen dapat menghantar dan
menerima data serentak seperti di dalam Rajah 14.10. Kebanyakan
suis beroperasi pada lapisan ke dua, iaitu lapisan pautan data.
Bagaimanapun, kini terdapat suis lapisan ke tiga dan ke empat,
iaitu suis lapisan rangkaian dan suis lapisan pengangkutan (bagi
model OSI).
Rajah 14.10: Pengendalian suis
Kadangkala suis juga disebut hab suis. Suis memberi kemudahan
untuk berkongsi lebar jalur dan juga lebar jalur terdedikasi,
menyokong teknologi baru dan menjamin pelaburan pemasangan
rangkaian yang telah dibuat.
14.10
GET LALUAN (GATEWAY)
Get laluan digunakan untuk menghubungkan dua rangkaian yang
berlainan protokol seperti menghubungkan LAN dan WAN. Get laluan
beroperasi pada lapisan rangkaian dan ke atas dalam model OSI.
Jadi, get laluan bertindak sebagai penukar protokol dengan
menyatukan perbezaan antara rangkaian, iaitu menukar kepala dan
ekor paket supaya konsisten dengan protokol rangkaian atau pautan
data mesej yang hendak dihantar.
Latihan 14.41. 2. 3. Apakah tugas get laluan? Apakah keadaan
yang membolehkan get laluan digunakan? Senaraikan 2 peranti
komunikasi dan rangkaian yang berkaitan dengan isyarat. Apakah
perbezaan yang terdapat di antara hab dan suis? Sila nyatakan.
200
OUM
TOPIK 14
PERANTI KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
RUMUSANAnda telah membincangkan berbagai peranti komunikasi dan
rangkaian di dalam topik ini. Secara umumnya peranti di atas boleh
dikelaskan kepada dua iaitu yang berkaitan isyarat dan satu lagi
yang berkaitan protokol. Kelas yang berkaitan isyarat ialah
penghantaran isyarat analog atau digital pada talian analog atau
digital. Peranti yang berkaitan ialah modem, codec dan DSU. Kelas
yang berkaitan protokol ialah pengulang, titi, penghala, hab, suis
dan get laluan. Yang mana menjadi pilihan sebagai antaramuka dalam
rangkaian, adalah dari paras lapisan yang terbawah. Justeru pilih
pengulang dari titi, pilih titi dari penghala/hab/suis. Titi boleh
menggantikan pengulang, penghala/hab/suis boleh menggantikan titi.
Pemultipleks pula digunakan sebagai pemproses depan dan untuk
berkongsi talian hubungan dengan rangkaian lain.
OUM
201