-
PENGENALAN Topik pertama ini akan menyentuh tentang definisi
kognitif dan mengenali beberapa tokoh yang mempelopori perkembangan
kognitif. Perbincangan juga akan menumpukan aspek teori
perkembangan dan teori kecerdasan yang dikemukakan oleh beberapa
tokoh. Kita juga akan membincangkan peringkat perkembangan
kognitif, fungsi kognitif dan bagaimana persekitaran boleh
mempengaruhi perkembangan ini. Selain itu, tajuk ini juga akan
menyentuh tentang otak dan kognisi, yang akan menumpukan aspek
fungsi hemisfera kanan dan hemisfera kiri, daya ingatan serta
potensi pembelajaran.
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori
perkembangan kognitif;
2. Menjelaskan teori kecerdasan dan teori perkembangan
kognitif;
3. Menghuraikan fungsi kognitif dan perkembangannya dari empat
aspek yang berbeza; dan
4. Menghuraikan tentang otak dan kognisinya meliputi fungsi
hemisfera, daya ingatan dan potensi pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
Perkembangan Kognitif
TTooppiikk
11
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 2
KOGNITIF
Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di
mana pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif sebagai
pengalaman baru. Kognitif melibatkan proses pembelajaran, persepsi,
mengingat dan berfikir.
1.1.1 Definisi
Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan
dan pengalaman melalui proses berfikir, penggunaan deria atau
kesedaran mental. Perkembangan kognitif pula merupakan proses
peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan
seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam
pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa dan
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang
dilaluinya.
Rajah 1.1: Jean Piaget
1.1
AKTIVITI 1.1
Sebelum anda meneruskan bacaan, nyatakan apa yang anda faham
tentang kognitif.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 3
Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses
tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat
penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan
seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan
dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif
melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir,
kemahiran berbahasa dan cara individu memperoleh pengetahuan
daripada lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan
mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soalan
matematik dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif
dalam perkembangan kanak-kanak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh
lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang
diutamakan oleh Jean Piaget (lihat Rajah 1.1). Beliau berpendapat
pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara
berperingkat-peringkat. Walaupun pandangan Piaget mendapat
kritikan, namun beliau berjaya mengemukakan konsep tentang
perkembangan kanak-kanak, melalui pemerhatian terperinci ke atas
kanak-kanak pada tahap umur dan tahap perkembangan yang berbeza.
Secara umum, perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada
proses perkembangan yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses
ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa
depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan
dengan proses perkembangan intelek seseorang. Perkembangan intelek
merupakan proses perkembangan pemikiran, kemampuan berfikir dan
menggunakan akal budi, memahami, menganalisa dan membentuk
pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui
di persekitarannya, sama ada dengan manusia ataupun objek.
1.1.2 Tokoh-tokoh Perkembangan Kognitif
Para pengkaji Barat telah memberi pendapat dan pandangan yang
berbeza-beza tentang perkembangan kognitif. Ada yang melihat bidang
kognitif dari sudut tingkah laku, sesetengahnya membicarakannya
dari sudut bahasa, emosi, sosial dan intelek itu sendiri. Mereka
mempunyai prinsip dan pendirian tersendiri apabila membicarakan
aspek-aspek perkembangan kognitif ini. Antara tokoh yang telah
menyumbang kepada aspek-aspek perkembangan kognitif ialah:
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 4
(a) Jean Piaget (18961980);
(b) Lev Vygotsky (18961934);
(c) Albert Bandura (lahir 1925);
(d) Howard Gardner (lahir 1943);
(e) Robert Sternberg (lahir 1949);
(f) Charles Spearman (1863-1945); dan
(g) Urie Bronfenbrenner (19172005). Walau bagaimanapun,
perbincangan kita hanya akan menumpukan kepada tiga tokoh yang
memberi sumbangan yang dominan dalam perkembangan kognitif ini.
Perbincangan selanjutnya mengenai tokoh ini dapat kita lihat
melalui teori atau aliran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh
tersebut di bawah. Ini akan memudahkan perbincangan kita dan dapat
mengenali tokoh dan sumbangan mereka kepada bidang kognitif dengan
lebih baik lagi.
(a) Jean Piaget (18961980) Piaget berasal dari Switzerland dan
memulakan profesionnya dalam
bidang biologi. Beliau mendapat ijazah PhD pada umur 21 tahun.
Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan
analisis bilangan kecil kanak-kanak. Beliau menumpukan perhatian
kepada 3 anaknya sendiri yang dilahirkan antara 1925 dan 1931.
Bagaimanapun pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi
lain terutamanya ahli-ahli psikologi behavioris apabila beliau
menerangkan peristiwa-peristiwa mental (mental events). Piaget
sungguh tertarik dengan cara siput atau mollusks menyesuaikan diri
dengan keadaan persekitaran. Dengan menggunakan idea daripada
biologi, beliau mengemukakan pendapat bahawa pembelajaran adalah
hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi.
Organisasi adalah satu kebolehan mengklasifikasi dan menyusun
pengalaman dan maklumat (skema), manakala adaptasi ialah keupayaan
menyesuaikan maklumat dengan kehendak-kehendak persekitaran.
1. Apakah yang anda faham tentang definisi kognitif?
2. Ceritakan pengalaman menarik yang pernah anda lalui bersama
kanak-kanak dari aspek pemerolehan ilmu.
AKTIVITI 1.2
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 5
Menurut beliau, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-
kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara
aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui
pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran
fizikalnya.
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana kedua-dua proses
ini berlaku, Piaget memperkenalkan empat konsep utama:
(i) Skema Piaget yakin bahawa minda manusia adalah seperti tubuh
manusia
yang mengandungi perut yang bertanggungjawab terhadap proses
penghadaman atau buah pinggang yang bertanggungjawab terhadap
penapisan bahan buangan daripada darah.
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran.
Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak
fail
dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi
dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar,
skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin
diperhalusi.
Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat
perubahan,
menyusun dan mengurus pengetahuan kita. Satu analogi bagi
memahami skema ini adalah sebuah fail yang
mempunyai kategori. Setiap kategori diwakili oleh satu warna.
Setiap warna yang berbeza-beza mewakili kategori yang berbeza.
Contohnya, warna biru untuk satu kategori dan warna merah untuk
satu kategori yang lain pula. Apabila seorang bayi dilahirkan,
skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam.
Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya,
seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum
dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu dan
sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Lama kelamaan, bayi berkenaan memperoleh pengalaman baru dan dapat
membezakan benda yang boleh mengeluarkan susu dan sebaliknya. Pada
peringkat ini, bayi berkenaan telah memperoleh dua skema.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 6
Rajah 1.2: Seorang bayi menghisap alat permainannya kerana pada
peringkat ini bayi tersebut hanya mempunyai satu skema sahaja.
Piaget berpendapat bayi berkenaan
sedang mengasimilasikan alat permainan tersebut ke dalam skema
menghisap dan menggenggam
(ii) Asimilasi Apa yang dimaksudkan dengan asimilasi adalah:
Asimilasi akan berlaku apabila pengalaman yang dilaluinya
mencapai tahap skema (sesuatu yang bermakna);
Satu proses yang sangat aktif, hanya maklumat-maklumat tertentu
sahaja yang disimpan dalam skema; dan
Ia boleh mengubah maklumat sedia ada. Contoh: apabila saya
mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang baju
itu berwarna biru gelap atau biru cair.
Ringkasnya asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang
menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru
ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyesuaian maklumat baru ke
dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana
manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
1. Apakah yang anda faham tentang skema?
2. Bagaimanakah skema berfungsi, memperkaya dan memantapkan
pemahaman kita?
SEMAK KENDIRI 1.1
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 7
Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan
yang berlaku adalah secara kuantitatif dan bukan kualitatif.
(iii) Akomodasi Apabila individu menemui pengalaman baru, dia
cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak
berjaya kerana tidak ada skema yang sedia ada yang sesuai. Oleh itu
terdapat dua pilihan:
Mengubah suai skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru;
dan
Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman
baru.
Kedua-dua proses ini dikenali sebagai akomodasi dan menghasilkan
perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Jika maklumat yang
diterima secocok dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke
dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak secocok, maka
maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubah suai. Oleh itu,
proses akomodasi berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai
untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau
pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara
berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang
stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Kesimpulannya,
akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema
yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan hasilnya meningkatlah
skema yang sedia ada.
1. Huraikan perbezaan antara asimilasi dengan akomodasi.
2. Bagaimanakah tahap keseimbangan menurut Piaget tercapai?
SEMAK KENDIRI 1.2
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 8
(iv) Keseimbangan Bayangkan sekiranya seorang kanak-kanak hanya
semata-mata menambah maklumat dan tidak membuat akomodasi atau
sebaliknya. Sudah tentu akan berlaku kerosakan dalam skema.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses asimilasi dan akomodasi. Contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap
maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya, proses
keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat
diserap, maka maklumat itu akan diubah suai melalui akomodasi skema
atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat
disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini
berlaku secara berterusan bermula dari peringkat bayi sehingga
dewasa. Contoh: individu yang hanya mengasimilasikan dan tidak
mengakomodasi akan menghasilkan beberapa skema besar sahaja. Dalam
keadaan seperti ini, kebanyakan yang diperhatikan adalah sama dan
dia melihat keadaan secara umum sahaja. Contoh: individu yang hanya
mengakomodasi mempunyai banyak skema kecil. Dia tidak dapat membuat
generalisasi kerana setiap pengalaman adalah skema berlainan dan
dia tidak dapat menentukan persamaan dan kelainan antara skema
berkenaan. Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa cuba mewujudkan
keadaan keseimbangan antara kedua-dua proses kognitif
berkenaan.
Berdasarkan teori kognitif Piaget, bagaimanakah tahap
keseimbangan boleh dicapai?
SEMAK KENDIRI 1.3
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 9
(b) Lev Vygotsky (18961934)
Vygotsky (lihat Rajah 1.3) merupakan ahli psikologi Rusia yang
bekerja bersama kanak-kanak kurang upaya. Kajiannya telah
menimbulkan minat yang mendalam tentang isu itu sebagai satu cabang
perkembangan manusia. Teori beliau ini adalah berdasarkan kepada
keupayaan kanak-kanak menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor
dan peta bagi perkembangan pemikiran mereka. Beliau amat menekankan
pengaruh interaksi sosial dalam perkembangan kanak-kanak.
Rajah 1.3: Lev Vygotsky
Menurut beliau, kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui
bimbingan orang yang lebih dewasa seperti kakak dan abang, serta
ibu dan bapa, atau saudara yang lebih tua, yang menjadi model dan
menstrukturkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Proses
bimbingan seperti ini kemudiannya dikenali sebagai scaffolding.
Pembelajaran ini menurut beliau akan berlaku dalam zone of proximal
development (ZPD) atau zon pembangunan kedekatan. Pada peringkat
ini, sangat sukar bagi seorang kanak-kanak melakukan kemahiran
kognitif dengan sendiri tanpa bimbingan dan bantuan sesiapa.
Lama-kelamaan tahap ZPD ini akan meningkat.
1. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya
seseorang itu hanya mengasimilasi atau mengakomodasi?
2. Jelaskan mengapa kanak-kanak yang melihat seorang bayi
menganggapnya sebagai sebuah anak patung?
AKTIVITI 1.3
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 10
Vygotsky berpendapat bahasa merupakan kunci untuk mencapai
keadaan itu. Walau bagaimanapun, beliau bersetuju dengan pendapat
Piaget bahawa kepentingan memberi peluang untuk meneroka dan
terlibat secara aktif bagi kanak-kanak. Namun bagi Vygotsky, beliau
lebih menekankan kepada perlunya bimbingan orang yang lebih dewasa.
Bimbingan yang boleh diberikan contohnya mengemukakan
soalan-soalan, tunjuk cara, penerangan dalam lingkungan ZPD agar
kanak-kanak lebih mudah meneroka maklumat baru sekalipun
kanak-kanak itu datang daripada pelbagai latar belakang. Zon
perkembangan kedekatan menurut Vygotsky adalah jarak antara
kemampuan kanak-kanak melakukan sesuatu tanpa pembantu dan apakah
yang mereka dapat lakukan bagi berinteraksi secara terus dengan
pembantu. Pendedahan kanak-kanak dengan manusia di sekelilingnya
sangat bermakna kepada perkembangan kognitif, sosial dan kemahiran
mengawal perasaan.
(c) Albert Bandura (Lahir 1925)
Bandura sangat terkenal dengan Teori Pembelajaran Sosial, salah
satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen
kognitif, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura (Rajah 1.4)
menjadi ketua American Psychological Association (APA) pada tahun
1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist
Award pada tahun 1972.
Rajah 1.4: Albert Bandura
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 11
Beliau mengambil pendekatan mengkaji tingkah laku sebagaimana ia
berlaku dalam keadaan sosial yang sebenarnya. Beliau menerima
pendapat bahawa pembelajaran adalah hasil daripada proses
peneguhan, namun Bandura menegaskan bahawa tingkah laku boleh
dipelajari tanpa kehadiran sesuatu yang berfungsi sebagai
peneguhan. Bandura percaya bahawa kognitif atau proses pemikiran
boleh mempengaruhi pembelajaran melalui pemerhatian. Individu tidak
meniru sepenuhnya tingkah laku orang lain, sebaliknya membuat
penilaian terhadap tingkah laku berkenaan sama ada ingin
melakukannya dengan cara yang sama atau tidak. Beliau berpendapat
individu boleh mengawal tingkah lakunya dengan membayangkan kesan
dan akibat perbuatan berkenaan walaupun belum mengalaminya. Ia
melibatkan proses kognitif. Maka, teori Bandura dikenali sebagai
teori sosial-kognitif. Fokus beliau ialah peranan proses
pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain sebagai proses
pembelajaran yang melibatkan kognitif.
1.1.3 Ujian Kecerdasan
Menurut Piaget, kecerdasan terdiri daripada:
(a) Kandungan Tingkah laku yang boleh diperhatikan; seperti
seorang kanak-kanak yang
melihat dirinya sebagai penyebab semua aktiviti (egocentric).
Kandungan kecerdasan berbeza mengikut umur dan antara individu.
(b) Fungsi Merujuk kepada proses asimilasi dan akomodasi dan
berlaku sepanjang
perkembangan intelektual.
1. Apakah aspek penekanan Vygotsky dan Bandura dalam teori
kognitif mereka masing-masing?
2. Pada pendapat anda, adakah pendapat mereka sesuai dalam
konteks Malaysia? Berikan ulasan anda.
AKTIVITI 1.4
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 12
(c) Struktur Merujuk kepada skema. Seorang kanak-kanak yang
mengatakan barisan 8
biji guli lebih banyak berbanding dengan barisan 9 biji guli,
kita boleh membuat kesimpulan bahawa dia tidak mempunyai skema
nombor yang lengkap.
Kebanyakan ujian kecerdasan mengukur kandungan dan bukan
struktur atau skema. Ujian kecerdasan adalah pengukuran kuantitatif
dan bukan pengukuran kualitatif. Piaget mencadangkan bahawa ujian
kecerdasan harus mengukur struktur dan kandungan, sekiranya
perkembangan kognitif hendak diukur dengan tepat.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Howard Gardner berpendapat, kaedah lama untuk mengukur tahap
kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian intelligence quotient
(IQ) adalah terlalu terhad. Justeru, beliau telah mengemukakan
teori kecerdasan pelbagai untuk mengukur potensi kecerdasan
manusia. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan
masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa dan kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special
population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah
semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai
bodoh mengikut ukuran IQ, tidak semestinya anak-anak mereka
bersifat begitu dan sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak
istimewa mendapati ada antara murid yang lemah daya ingatannya
adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah
profesional. Beliau mengemukakan lapan (pada awalnya tujuh)
perbezaan kecerdasan seperti berikut:
1.2
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 13
Rajah 1.5: Teori kercerdasan pelbagai Gardner
Sumber: htpp://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul_psv/04
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 14
(a) Kecerdasan Verbal Linguistik (Bijak Perkataan Penulis)
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara
lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasi ayat, gaya
bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal,
penulisan
kreatif, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. Kerjaya:
Sasterawan, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang
sastera. Contoh: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William
Shakespeare. (b) Kecerdasan Logik Matematik (Bijak
Nombor/Penaakulan Saintis)
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola
abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran
saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan
deduktif, membuat inferens, mengkategorikan, generalisasi,
perhitungan dan pengujian hipotesis.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola
abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah,
pengurusan grafik dan pengiraan.
Kerjaya: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan. Contoh:
Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton. (c) Kecerdasan
Fizikal Kinestatik (Bijak Badan Penari)
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota
badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian
kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal,
pemain sukan dan seni pertahanan diri. Kerjaya: Atlet sukan, pemain
bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis. Contoh:
Nicole David, Rosyam Noor, David Beckham, Shazlin Zulkifli,
Muhammad Ali, Jackie Chan.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 15
(d) Kecerdasan Visual Spatial (Bijak Gambar Ahli Seni Reka)
Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Peka
terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual
secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk dan
ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda,
menvisual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks
ruang. Kerjaya: Pelukis, pengukir, arkitek. Contoh: Hijjaz Kasturi,
Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci.
(e) Kecerdasan Muzikal Ritma (Bijak Muzik Ahli Muzik) Kemampuan
untuk menggemari, mendiskriminasikan dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan
terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, nyanyian dan
drama lagu. Kerjaya: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain
muzik. Contoh: M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, P. Ramlee, Siti
Nurhaliza. (f) Kecerdasan Intrapersonal (Bijak Kendiri Terapis)
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri
sendiri.
Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran
terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan
kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, proses emosi, taakulan
tahap tinggi,
disiplin diri dan amalan pemusatan. Kerjaya: Pengarang,
Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar
Kaunseling, Ahli Psikologi. Contoh: H.M Tuah Iskandar, Dato Dr.
Fadzilah Kamsah, Howard Gardner,
Jean Piaget. (g) Kecerdasan Interpersonal (Bijak Menghadapi
Manusia Usahawan) Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai
petanda interpersonal
dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara
pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan
kolaboratif, memberi
maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sedia
bekerjasama.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 16
Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan. Contoh:
Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi.
(h) Kecerdasan Naturalis (Bijak Semula Jadi Naturalis)
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan
fauna, sayang terhadap alam sekitar dan peka terhadap sistem
ekologi. Contoh aktiviti: Mengklasifikasikan bentuk-bentuk
semulajadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan, pengetahuan yang
diperolehi digunakan dalam aktiviti perladangan, perlombongan dan
lain-lain kerjaya. Kerjaya: Petani, Ahli botani, Ahli biologi,
Perancang bandar, Ahli geologi. Contoh: Louis Agassiz, David Starr
Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin.
1.2.1 Perkembangan Kognitif
Apabila kita membincangkan tentang peringkat perkembangan
kognitif, kita tidak boleh mengetepikan pandangan Jean Piaget dalam
soal ini. Beliau percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang
dalam satu siri peringkat yang kompleks dan setiap satunya berkait
rapat antara satu sama lain. Peringkat Perkembangan Berikut
merupakan peringkat perkembangan kognitif Piaget:
(a) Tahap sensori motor (0 2 tahun);
(b) Tahap praoperasi (2 7 tahun);
(c) Tahap operasi konkrit (7 11 tahun); dan
(d) Tahap operasi formal (11 tahun ke atas).
1. Apakah yang anda faham tentang teori kecerdasan pelbagai
Gardner?
2. Bagaimanakah teori ini dapat membantu melonjakkan potensi
kanak-kanak?
SEMAK KENDIRI 1.4
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 17
Rajah 1.6: Kanak-kanak telah mula mengenali logik dan abstrak
dengan bimbingan guru
pada umur 48 tahun. Kanak-kanak mampu menyusun secara bersiri
iaitu satu keupayaan menyusun objek-objek dalam satu siri yang
dikehendaki seperti mengikut
panjang atau saiz objek Sekarang mari kita lihat keterangan
setiap peringkat perkembangan kognitif piaget dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Umur Peringkat Keterangan
02 tahun
Sensori motor Menggunakan pancaindera seperti memerhati,
mendengar dan aktiviti motor untuk meneroka persekitaran.
Pergerakannya banyak bergantung kepada gerak balas spontan.
Persepsi pada peringkat ini bahawa objek hadir pada masa itu
sahaja. Contoh: menangis apabila tidak nampak ibunya.
26 tahun
Praoperasi Kanak-kanak mula menggunakan simbol untuk mewakili
pemahamannya sendiri bagi sesuatu objek. Lama kelamaan kanak-kanak
mula memahami perspektif orang lain, membuat klasifikasi dan
menggunakan logik mudah. Pada peringkat ini kanak-kanak bersikap
egosentrik.
612 tahun
Operasi konkrit
Perkembangan logik kanak-kanak menjangkau jauh ke hadapan selari
dengan perkembangan dalaman operasi mental seperti penambahan dan
penolakan. Kanak-kanak masih terikat dengan pengalaman-pengalaman
spesifik, namun boleh melakukan aktiviti-aktiviti manipulasi mental
dan fizikal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak hanya boleh melakukan
operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata atau konkrit
sahaja dan bukan perkara-perkara yang abstrak seperti erti
kebebasan.
12 tahun
ke atas
Operasi formal
Pada tahap ini, mereka telah memahami aspek-aspek yang abstrak
dan logik. Mereka boleh membayangkan perkara- perkara yang tidak
pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan mampu menyusun idea
secara sistematik, berfikir secara deduktif dan menjangka
akibat.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 18
FUNGSI KOGNITIF
Dalam bahagian pertama kita telah membincangkan tentang definisi
dan perkembangan kognitif mengikut beberapa teori barat.
Berdasarkan definisi tersebut, perkembangan kognitif sangat penting
bagi tumbesaran kanak-kanak. Kepentingan kognitif boleh dilihat
melalui beberapa aspek perkembangan seperti berikut: (a) Aspek
Sosial Kanak-kanak melalui pengalaman bersosial apabila mereka
bersama-sama
ahli keluarga dan rakan-rakan sebaya. Mereka berinteraksi dengan
bahasa yang hanya mereka sendiri fahami dan memperoleh ilmu dan
pengalaman melaluinya. Proses sosial ini berlaku secara berterusan
dan semakin hari semakin meningkat kemahiran sosialnya.
Berdasarkan teori sosial kognitif Bandura, kanak-kanak
memperoleh
kemahiran melalui pemerhatian apa yang terdapat di
sekelilingnya. Maklumat untuk menjadi seorang dermawan misalnya,
diperolehnya melalui perlakuan ibu bapanya yang sering memberi
sedekah, atau sifat sayang kepada haiwan diperolehnya melalui
pemerhatian terhadap bagaimana orang di sekelilingnya menyayangi
haiwan. Dalam konteks ini, beliau menyebut pembelajaran ini sebagai
pembelajaran secara pemerhatian atau pemodelan.
1.3
Cuba imbas kembali orientasi pembelajaran anda semasa zaman
kanak-kanak dahulu. Adakah anda diberi peluang meneroka sebagaimana
teori Piaget?
SEMAK KENDIRI 1.5
1. Jelaskan bagaimanakah teori Gardner dapat membantu kanak-
kanak bersifat dinamik?
2. Sekiranya anda sebagai Guru Besar, apakah yang anda akan
lakukan jika terdapat anak murid di sekolah anda yang cenderung
kepada subjek matematik dan sains semata-mata dan tidak
bersungguh-sungguh dalam subjek seni?
AKTIVITI 1.5
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 19
Persekitaran sosial yang pelbagai akan memperkaya pengalaman dan
kemahiran sedia ada. Menurut Bandura, kanak-kanak yang sentiasa
dikelilingi oleh persekitaran sosial yang positif akan memberi
makna dan pengalaman yang positif kepadanya.
(b) Aspek Fizikal Perkembangan fizikal meliputi perkembangan
motor kasar dan motor
halus. Perkembangan ini diperoleh melalui pelbagai aktiviti
pergerakan semasa kanak-kanak bermain, berjalan, melompat, berlari
dan melakukan kerja-kerja konstruktif. Skemanya akan terus
berkembang dan pemahamannya akan bertambah mantap. Ini membuktikan
bahawa kanak-kanak berkenaan telah berjaya mengasimilasi, membuat
akomodasi dan mencapai keseimbangan. Oleh itu, proses
mengorganisasikan maklumat-maklumat yang ada dan mengadaptasinya
mengikut keadaan persekitaran menunjukkan skemanya berkembang.
(c) Aspek Bahasa Bahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan
setiap individu. Ia
merupakan alat komunikasi mustahak yang menghubungkan setiap
individu. Pemerolehan bahasa bermula sejak bayi dalam kandungan
ibunya. Apabila ibu bapanya berkomunikasi dan memperdengarkan bayi
berkenaan dengan bahan-bahan rangsangan, sebenarnya bayi berkenaan
sedang memperoleh kemahiran bahasa pertamanya. Apabila dilahirkan,
bayi berkenaan akan mengingat kembali bahasa-bahasa yang pernah
diperdengarkan semasa dalam kandungan. Keadaan ini berlaku apabila
adanya aktiviti berkomunikasi antara ibu bapa dengan bayi berkenaan
dan persekitarannya. Proses yang berterusan ini akan menjadikan
bayi berkenaan memperolehi kemahiran berbahasa. Semakin bayi
berkenaan membesar, pelbagai keadaan akan mempengaruhi pengayaan
bahasanya. Interaksi dengan orang yang ada di persekitarannya juga
akan menjadikan kemahiran bahasanya meningkat hari demi hari.
(d) Persekitaran Aspek persekitaran tidak dinafikan mempengaruhi
perkembangan kognitif
kanak-kanak. Persekitaran yang memberangsangkan mampu
meningkatkan daya pemikiran, sebaliknya pula persekitaran yang
tidak kondusif tidak akan menggalakkan pemikiran. Menurut Essa
(2001), persekitaran di mana keperluan asas mereka dipenuhi, mesti
kaya dengan rangsangan yang sesuai dan pengalaman sensori melalui
pancaindera yang membantu mereka untuk meneroka dan belajar tentang
dunia mereka m.s. 285.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 20
Persekitaran yang berkualiti memberi impak kepada tingkah laku
kanak-kanak. Antara faktor persekitaran yang perlu diberi penekanan
ialah:
(i) Susunan peralatan seperti kerusi-meja, alat permainan, rak
buku, rak beg dan rak kasut dan rak alat permainan perlu disusun
dengan teratur bagi memudahkan kanak-kanak untuk mengambil dan
menyimpannya semula.
(ii) Organisasi organisasi dalaman secara keseluruhannya perlu
mematuhi tahap keselamatan yang ditetapkan. Ini akan memudahkan dan
lebih praktikal bagi kanak-kanak untuk menjalankan pelbagai
aktiviti pembelajaran.
(iii) Saiz sesuaikan dengan bilangan yang akan diambil supaya
mudah bagi kanak-kanak melakukan aktiviti sama ada secara individu
mahupun secara berkumpulan
(iv) Kepadatan (bilangan kanak-kanak mengikut saiz ruang) sesuai
dengan bilangan kanak-kanak dan saiz atau ruang bilik.
(v) Tahap kebisingan jauh dari pencemaran bunyi sama ada
kenderaan dan sebagainya.
(vi) Warna yang terang dan ceria tetapi tidak menyilaukan mata
dan pandangan.
Kesemua empat aspek tersebut jika dipatuhi akan mewujudkan
persekitaran yang kondusif dan kompeten yang akan meningkatkan
keyakinan diri kanak-kanak. Ruang yang dapat memenuhi keperluan
mereka, perkembangan minda, berpeluang melakukan aktiviti dengan
selamat dan selesa serta terdapat elemen yang lembut seperti
beanbag chairs dan permaidani sangat penting bagi memastikan
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Jika anda ingin menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak, apakah
kriteria yang akan anda tentukan untuk memenuhi keperluan kognitif
mereka?
AKTIVITI 1.6
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 21
OTAK DAN KOGNISI
Dalam subtopik ini kita akan melihat fungsi hemisfera, dan
potensi pembelajaran. Kita akan melihat fungsi hemisfera kiri dan
kanan. Selain itu, kita juga akan meneliti empat faktor yang boleh
dikaitkan dengan potensi pembelajaran kanak-kanak.
1.4.1 Fungsi Hemisfera
Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat
sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa. Pertumbuhan neuron
dan myelination dengan pesat membolehkan maklumat dipindahkan
dengan lebih cekap antara sel otak serebrum adalah pembahagian
utama otak yang menjalankan peranan kritikal dalam proses
diskriminasi membuat keputusan, pembelajaran dan pemikiran. Otak
terdiri daripada dua hemisfera yang diselaputi lapisan luar korteks
cerebral; otak sebelah kiri memainkan peranan dalam bahasa,
manakala hemisfera kanan pula berperanan dalam pemikiran dan
penyatuan emosi.
Rajah 1.4: Fungsi-fungsi otak kiri dan otak kanan
1.4
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 22
1.4.2 Daya Ingatan
Pada usia awal dua tahun, bayi mengalami perubahan pada sistem
motor dan penglihatan. Keadaan ini membantu mereka mempelajari
sesuatu dan sentiasa mencari peluang apabila sudah mula berjalan.
Perkembangan sistem saraf memberi peluang kepada bayi untuk
menggambar dan menyimpannya dalam unit memori mereka. Kail (1998),
menyatakan bahawa sebarang maklumat perlu disimpan dalam memori
jangka panjang (long-term memory); jika tidak, ia akan hilang.
Beberapa kaedah untuk meningkatkan daya ingatan, ibu bapa atau
pengasuh kanak-kanak perlu menunjukkan atau memperkatakan sesuatu
secara berulang-ulang supaya mereka dapat menerima pembelajaran itu
dengan baik. Ini kerana memori bayi masih lemah. Satu aspek yang
membezakannya dengan orang dewasa ialah metamemori iaitu keupayaan
memikirkan apa yang orang lain fikir. Daya ingatan kita bergantung
pada bagaimana strategi individu melakukan aktiviti memori.
Beberapa kaedah yang disarankan oleh para pengkaji adalah seperti
melakukannya secara berulang (rehearsal), menyusun mengikut
kategori, mencatatkan isi-isi penting bagi individu yang lebih
dewasa, membuat perkaitan dengan sesuatu yang lain yang telah
menjadi skema kita. Bagaimanapun, daya ingatan kanak-kanak masih
rendah kerana skema mereka masih sedikit. Contoh pembelajaran yang
baik harus diajar kepada bayi supaya direkodkan dalam memori jangka
panjangnya, terutama semasa dia mula bertatih. Penyakit pelupa pada
bayi berkemungkinan terjadi apabila orang dewasa tidak atau jarang
bersama semasa proses pengingatan atau pembelajaran mereka. Pada
masa kini, kanak-kanak lebih digalakkan melakukan aktiviti sendiri
dan meneroka pengalamannya. Dengan cara ini, kita membantu
meningkatkan daya ingatannya.
Terangkan kepentingan hemisfera kiri dan hemisfera kanan dalam
kehidupan seseorang. Mengapa keseimbangan antara hemisfera kiri dan
hemisfera kanan perlu dilakukan oleh individu?
SEMAK KENDIRI 1.6
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 23
1.4.3 Potensi Pembelajaran
Kanak-kanak yang mengalami tumbesaran sihat dan hidup dalam
suasana ceria, penuh dengan kasih sayang daripada ibu bapa dan
mereka yang ada di sekelilingnya akan cenderung menjadi kanak-kanak
yang cemerlang. Biasanya kanak-kanak begini akan menunjukkan
potensi pembelajaran yang baik sejak pada peringkat awal lagi.
Antara faktor yang boleh dikaitkan dengan potensi pembelajaran
kanak-kanak ialah: (a) Bimbingan dan Galakan Sewaktu Kanak-kanak
Membuat Penerokaan Apabila kanak-kanak mencari peluang dan meneroka
maklumat atau
pengalaman, kehadiran ibu bapa atau orang yang lebih tua
daripadanya amat perlu supaya tunjuk ajar dan sokongan dari segi
moral dapat disalurkan secara segera apabila kanak-kanak
memerlukannya. Keadaan ini dapat mengekalkan minat dan semangat
inkuiri yang ada dalam dirinya waktu itu.
(b) Penggunaan Kedua-dua Hemisfera Kiri dan Kanan Secara
Seimbang Otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera
kiri dan hemisfera
kanan. Kedua-dua bahagian ini mempunyai tugas dan peranan
masing-masing. Bahagian kiri lebih kepada pencapaian IQ dan
bahagian kanan pula lebih kepada emotional quotient (EQ). Sekiranya
kedua-dua bahagian ini digunakan secara seimbang, maka potensi
pembelajaran kanak-kanak akan meningkat.
(c) Persekitaran yang Memotivasikan dan Menarik Minat
Persekitaran yang selesa, selamat penuh dengan ciri-ciri kasih
sayang,
ruang yang terang dan luas, sesuai untuk aktiviti-aktiviti
secara individu dan berkumpulan. Susunan perabot, rak-rak yang
teratur dan kemas, menggalakkan kanak-kanak sentiasa menjaga
kebersihan diri dan sekitarnya. Pemupukan sikap sebegini perlu
diberi sejak awal lagi. Semua bahan bacaan dan permainan diletakkan
di tempat yang sesuai dan rendah supaya mudah dicapai oleh
kanak-kanak sewaktu menggunakannya dan memulangkannya semula
selepas menjalankan aktiviti.
(d) Peluang yang Diberi oleh Orang di Sekelilingnya Kanak-kanak
yang sentiasa diberi peluang meneroka dan mencuba akan
menjadikannya seorang yang berani, yakin dan sentiasa ke
hadapan. Perasaan inkuirinya turut meningkat dan oleh itu akan
melonjakkan potensi pembelajarannya.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 24
Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan
dan
pengalaman melalui proses berfikir dan penggunaan deria atau
kesedaran mental.
Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di
mana pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif melibatkan
proses pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfikir.
Antara tokoh-tokoh perkembangan kognitif ialah Jean Piaget, Lev
Vygotsky, Albert Bandura, Howard Gardner, Robert Starnberg, Charles
Spearman dan Urie Bronfenbrenner.
Terdapat empat konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru
mengikut teori Piaget iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan
keseimbangan.
Kognitif berfungsi bagi perkembangan fizikal, sosial, emosi dan
bahasa kanak-kanak. Persekitaran yang selamat, kondusif, sihat, dan
selesa mampu meninggalkan impak yang besar kepada perkembangan
kognitif kanak-kanak secara keseluruhannya.
SEMAK KENDIRI 1.7
Bayangkan bagaimana potensi pembelajaran anda dicungkil. Adakah
faktor persekitaran menyumbang kepada potensi itu?
Rancang satu pelan tindakan yang dapat anda kemukakan kepada
pihak pengurusan agar dapat mengaplikasikan satu strategi
pembelajaran kanak-kanak yang menitikberatkan keseimbangan fungsi
otak kiri dan otak kanan.
AKTIVITI 1.7
AKTIVITI 1.8
Bila saya dengar, saya lupa. Bila saya buat, saya ingat.
Berdasarkan kata-kata hikmat di atas, buat ulasan anda tentang
daya ingatan.
-
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 25
Otak manusia terbahagi kepada hemisfera kiri (lebih kepada
akademik dan IQ) dan hemisfera kanan (lebih kepada kreatif dan
EQ).
Daya ingatan kita bergantung pada bagaimana strategi individu
melakukan aktiviti.
Potensi pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor
bimbingan dan galakan, peluang yang diberi, fungsi otak kiri dan
kanan dan persekitaran.
Akomodasi
Aktiviti mental
Asimilasi
Egosentrik
Hemisfera kiri dan kanan
Kepelbagaian kecerdasan
Kesedaran mental
Keseimbangan
Metakognisi
Metamemori
Operasi formal
Operasi konkrit
Pengukuran kualitatif
Pengukuran kuantitatif
Perkembangan kognitif
Praoperasi
Scaffolding
Sensori motor
Skema
Essa, E. L. (2001). Introduction to early childhood education.
(3rd ed.).
USA: Delmar. Kail, R. V. (1998). Children and their development.
USA: Merill Prentice.