KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menerangkan konsep rangkaian 2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar 3. Menyatakan kegunaan rangkaian 4. Membuat ilustrasi model rangkaian B. Kandungan Pengajaran 1.1 Perkembangan Rangkaian 1.2 Maksud Rangkaian 1.3 Kegunaan Rangkaian 1.4 Jenis Rangkaian 1.5 Jenis Senibina Rangkaian 1.6 Jenis Topologi 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menerangkan konsep rangkaian
2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar
3. Menyatakan kegunaan rangkaian
4. Membuat ilustrasi model rangkaian
B. Kandungan Pengajaran
1.1 Perkembangan Rangkaian
1.2 Maksud Rangkaian
1.3 Kegunaan Rangkaian
1.4 Jenis Rangkaian
1.5 Jenis Senibina Rangkaian
1.6 Jenis Topologi
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN
1.1 Perkembangan Rangkaian
Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu
ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.
Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan
Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan
mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga
membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance
Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah
dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian.
Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik
(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada
ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari
emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai
dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London
merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada
tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan
sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian
antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama
kalinya di Sussex University.
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah
emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari
100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian
atau Network.
Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups
pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom
telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling
berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)).
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi
yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan
Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian
saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda,
Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup
USENET.
Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai
Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan
semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang
bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987,
bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan
menjadi 10000 buah lebih komputer.
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan
memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih
pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting).
Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah
komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana
Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser)
yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau
World WideWeb.
Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000
buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah).
Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat
3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam
pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang
pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994.
Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan.