Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. 1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. 2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1) 3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam. 4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa) 5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4) 6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin) 7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar) 8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula) 9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan) 10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat) 11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi) 12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat) 13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat) 14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku) 15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah) 16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir) 17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota) 18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain) 20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain) PENGURUSAN MASA Kepentingan Masa Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya: "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan- pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah
dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
PENGURUSAN MASA
Kepentingan Masa
Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
1. Masa hidup sebelum mati2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah
Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.
Faktor-Faktor Pengurusan masa.
Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
1. keluarga2. rakan-rakan
3. aktiviti yang tidak berfaedah
4. pengaruh media massa
5. sikap
Cara mengurus masa
Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:
1. senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.2. susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
3. elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4. agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5. buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.
Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.
Contoh Jadual aktiviti
Masa Senarai Aktiviti
0500-0530 pagi sembahyang subuh
0530-0630 pagi bersedia untuk ke sekolah
0630-12.30 t/hari belajar di sekolah
12.30-0100 petang sembahyang,makan,rehat
0100-0400 petang menyelesaikan kerja rumah
0400-0530 petang riadah ringan
0530-0630 petang mandi,sembahyang, makan
0700-800 malamulangkaji pelajaran yang baru
dipelajari
0800-0830 malam melihat berita tv
0830-1000 malam ulang kaji
1000-1100 malam persediaan pelajaran esok
1100-0500 pagi tidur
Hari/Masa
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
PENGURUSAN MASA
PENDAHULUANDefinisi Pengurusan masa
Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi istilah masa bermakna tika2 waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASAPengurusan masa penting kepada pelajar kerana penggunaan masa yang baik dapat mendisiplinkan kita dalam melaksanakan aktiviti spt pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian, contohnya;1. Masa membaca buku atau mengulangkaji
2. Waktu bermain atau beribadah
3. Waktu menonton televisyen
4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah
5. Waktu membantu ibu dan ayah
6. Waktu menziarahi rumah kawan
Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Oleh itu,
seharusnya kita harus memberi perhatian kepada kedua-dua perkara itu kuantiti dan kualiti masa yang kita gunakan.
PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA
1. Mengubah tabiat lama yang negatif.
Tabiat lama selalu juga disebut habit. Tabiat yang negatif ini perlu dibuang dalam diri setiap individu. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan ‘last minute’. Tabiat seumpama ini perlu diubah. Oleh itu, kita mesti mengubah tabiat ini supaya lebih awal menyiap tugas2 agar pada waktu yang lain kita dapat memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti yang lain.
2. KomunikasiKomunikasi dapat memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Contohnya, semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan2 tentang hiburan dan perkara yang sia-sia yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran yang amat ketara dan merugikan.
Komunikasi intrapersonal biasanya ada dalam setiap individu. Komunikasi ini mengatakan seolah-olah soalan ini adalah bodoh. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu di lawan dan di tentang. Oleh itu komunikasi intrapersonal ( bertanya guru ) dengan sebaik mungkin. Dengan membuang komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka wujudlah keyakinan dalam diri. 3. PenumpuanSelalunya kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Kita jarang memberi tumpuan terhadap pelajaran yang diberi oleh guru. Namun apabila bercerita tentang hiburan, tumpuan akan diberi sepenuhnya walaupun dalam keletihan. Oleh itu pengubahsuaian suasana perlu diubah supaya kita dapat memberikan konsentrasi dalam pelajaran dan gangguan lain perlulah dielakkan.
4. RehatManusia perlulah berehat dalam setiap perkara. Rehat adalah factor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Contohnya kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari untuk mengembalikan kecergasan. Justeru itu pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.
Oleh itu, berdasarkan kepada perbincangan dapat disimpulkan bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dapat dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu ia akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih berkesan dan bermakna.
TEKNIK PENGURUSAN MASA1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.
2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:A. Kelmarin sudah berlaluB. Esok masih belum berlaluC. Hari ini peluang masih ada3. Penuhkan masa lapangMasa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir. 4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda. 5. Merancang jadual waktu belajar dan harianPerancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna. PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN1. Sikap yang positifPelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka adalah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan. 2. Disiplin masaProses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Seseorang itu tidak mungkin lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan masa yang baik. 3. Merancang Penggunaan MasaPelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari pada waktu yang singkat. Oleh itu, pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yg diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara efisien. 4. Mendahulukan yang utamaMelalui perancangan, pelajar dapat mengimbangan pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Pelajar tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain. 5. Tabiat dalam bilik darjahPelajar yang suka berkhayal dalam bilik darjah dikenali sebagai “ ponteng psikologi “. Dengan itu, persediaan yang cukup harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya ‘kesegaran’ dalam pembelajaran. 6. Bagaimana membuat persediaan pembelajaranPenyelidikan di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan. 7. Gunakan perpustakaan dan pusat sumberRamai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Penggunaan perpustakaan atau pusat sumber ini dengan sebaiknya akan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar. 8. Jaga kesihatan anda
Badan yang lemah dan kesihatan mental yang terganggu tidak dapat membantu untuk mencapai kejayaan. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda:I. Sentiasa bersikap tenangII. Makanan yang berkhasiatIII. Senaman yang berterusanIV. Bersikap positif dan rasionalV. Riangkan hati dan senyumPENGURUSAN MASA MENURUT ISLAMIslam menggesa supaya masa digunakan dengan baik dan sentiasa diawasi kerana dalam setiap masa ada kelebihannya yang tersendiri. Setiap individu hendaklah memperuntukan masa seperti berikut : I. Masa beribadat kepada Allah-sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lainII. Masa bekerja-mengikut bidang pekerjaan masing-masing dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.III. Masa untuk menambahkan intelektual-melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan, pendengaran, pembincangan, menghadiri majlis ilmu.IV. Masa bekeluarga-capai kebahagiaan bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan masaV. Masa bermasyarakat dan bersosial-gotong-royong, bersukan, berpersatuan, kerja amal dan sebagainya.VI. Masa berehat-memulihkan tenaga dan fikiran bagi meneruskan kehidupan.
PENUTUPSecara kesimpulan, sikap menangguh kerja ini dilakukan kerana beberapa factor;
Tidak sukakan kerja yang dipertanggungjawabkan Sikap bosan Sikap malas Takut kerana tidak tahu melakukan kerja berkenaan Takut akan kegagalan Berasa tugas itu sesuatu yang sukar Takut kerana tugas itu sesuatu yang baru baginya
Berasa tugas berkenaan tidak penting.Pernahkah anda terfikir, mengapa ada pelajar yang begitu sibuk dengan aktiviti sekolah masih boleh cemerlang dalam peperiksaan sedangkan pelajar lain yang tidak begitu sibuk tidak cemerlang?
Apakah maksud Teknik Pengurusan Masa?
Teknik Pengurusan Masa tidak hanya merujuk kepada teknik membuat jadual harian. Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada Teknik Pengurusan Masa sahaja.
Secara ringkas, Teknik Pengurusan Masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Dengan Teknik pengurusan
masa yang berkesan, anda dapat capai banyak perkara dalam masa yang singkat.
Mengapa anda perlu pelajari Teknik Pengurusan Masa?
Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik? Tentu mudah untuk menjawab soalan ini.
Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, anda akan habiskan masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Tanpa kemahiran pengurusan masa juga, anda tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.
Contohnya, jika anda belajar selama dua jam, mungkin keberkesanannya hanya selama 10 minit sahaja. Jadi anda telah sia-siakan 1 jam 50 tadi. Inilah sebabnya mengapa anda rasa anda telah luangkan banyak masa belajar tetapi hasilnya tidak kelihatan.
Bagaimanakah program Teknik Pengurusan Masa ini boleh
membantu?
Program Pengurusan Masa SmartStudy akan memberikan anda panduan dan teknik untuk menguruskan masa anda dengan berkesan. Setelah anda menghadiri program ini, anda akan:
Faham mengapa selama ini anda rasa seperti tidak cukup masa.
Sedar mengapa anda rasa sukar untuk mengikuti jadual waktu anda.
Sedar akan kesilapan pengurusan masa anda selama ini.
Kuasai teknik untuk mengawal 'mood' anda untuk belajar.
Mampu menyiapkan kerja anda dalam masa yang ditetapkan.
Program ini juga menerangkan teknik-teknik bagaimana pelajar boleh mengawal emosi dan perasaan mereka dalam melakukan kerja kerana salah satu masalah utama dalam pengurusan masa ialah pelajar ada masa, tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana minda mereka tidak bersedia atau berada di dalam 'mood' yang betul
Bagaimanakah cara program Teknik Memori ini dijalankan?
UIA Gombak
Di dalam program ini, peserta akan diberikan penerangan asas tentang konsep pengurusan masa. Peserta juga akan diajar beberapa teknik asas dalam menguruskan masa mereka menggunakan teknik kuadran masa, Pareto Principle dan juga beberapa petua pengurusan masa berkesan.
Selain daripada itu, program ini juga akan memberikan latihan praktikal untuk menguruskan masa harian, mingguan dan bulanan pelajar. Sesi ini selalunya dijalankan dalam bentuk latihan berkumpulan.
UITM Perak
1.Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur.-Aamalkan teknik belajar secara bayangan.-Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.2.Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)3.Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.4.Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)5.Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)6.Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)7.Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)8.Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)9.Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)10.Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)11.Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)12.Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)13.Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)14.Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)15.Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)16.Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)17.Masa berada dalam bas ( baca kad nota)18.Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)19.Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)20.Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Tips Pengurusan Masa Pelajar CemerlangDalam artikel kali ini, saya akan mendedahkan rahsia pengurusan masa oleh pelajar-pelajar yang telah
mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM. Semoga ianya
bermanfaat untuk adik-adik semua untuk dijadikan panduan.
Motivasi Belajar – 6 Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan (Buat pelajar UPSR, PMR, SPM)Setiap orang yang menghadapi peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR, PMR mahupun
SPM pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi
negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Rasa
gemuruh tersebut biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan persediaan yang rapi. Bak
kata orang, persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan.
Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat Anda tenang sebelum exam bermula.
Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM
yang akan datang
1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.
Kita tak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam
kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi
sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu.
Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.
2. Gunakan mindset berani gagal.
Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-
lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti
berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita
gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform
well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.
3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.
Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam,
hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat
4) Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
5) Bersantailah tapi berhati-hati.
6) Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan
menegak.
7) Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
8) Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandai kata-
kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk
menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catat juga idea-idea
yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagai jawapan
9) Jawab soalan secara strategik.
10) Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah
banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
11) Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan
yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama
jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang kamu lakukan.
12) Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei
dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang
mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
13) Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan
perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-
isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau
media lain jika perlu.
14) Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
15) Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab
semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk
memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan
(misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya
dengan pengiraan ringkas.
16) Analisa jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan
strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan
kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
17) Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa
yang telah anda pelajari.
18) Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda dalam
peperiksaan.
SEMOGA KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK ANDA
Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab SoalanKetika menjawab soalan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, kita tidak terlepas dari
melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips berguna buat renungan
calon-calon yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.
Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua.
• Over Confident
• Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan