-
1 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Kata- kata menarik
Masalah pancaroba Syarat entiti elemen Kantung pendapatan Sukma-
sanubari jiwa benak Mengawetkan survival Hubungan simbiosis
Rekayasa- pembentukan Kebaikan signifikan
Bangunan pencakar langit yang utuh lagi kukuh dating daripada
sekepal pasir. Pokok yang tinggi melampai tumbuh dan bercambah
daripada biji benih yang kecil
Beraja di mata, bersultan di hati , dek bertatahkan nafsu dan
alpa yang secara diam mampu bertahtakan si petualang pembangunan
pertiwi
Kata2 pemimpin
Ahli falsafah China
~ Confucius: Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah
pertama. Maka apakah langkah pertama
~ Bei Tju : Rakyat itu akar bangsa. Kalau sihat akarnya, nescaya
pokoknya hidup subur
~ Fei Tzu : Hanya undang2 yang tegas mampu mengawal tingkah laku
manusia
~ Sun Zi : Kemenangan sesuatu pasukan bukan terletak pada
bilangan anggotanya tetapi strategi pasukan tersebut.
Negarawan/ Mantan Presiden / Mantan PM
~ Tun Dr. Mahathir Mohammad rakyat Msia mempunyai infrastruktur
kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga
~ Soekarno Berikan aku sepuluh orang remaja. Nesaya aku akan
gegarkan dunia
~ JF. Kennedy (Amerika) Jangan Tanya apakah sumbangan negara
terhadap kamu tetapi Tanya apakah sumbangan kamu kepada negara.
-
2 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Arab
~ Ar- rumi Manusia diciptakan dengan kemampuan untuk terbang.
Mengapakah mereka memilih untuk merangkak sepanjang hidup??
~ Imam Syafie ( Bila ditanya bagaimana beliau menuntut ilmu ,
jawabnya) Bagai seorang ibu tunggal yang kehilangan anak
perempuannya
~ Imam Ghazali Rajin itu penawar paling mujarab tetapi mala situ
racun paling berbisa
-
3 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
TIPS
PENULISAN KARANGAN
SPM/PMR (BM)
Oleh:
Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin
5SN/TunMutahir
2011
-
4 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
~>Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah
diberikan dalam bentuk grafik atau bahan ransangan.
Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis
antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250
patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca.
Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu
perenggan jadi jumlah 180. 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk
penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah
kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat
penting. Pemerenggan sangat penting.
Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti
menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan
markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.
Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan
sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat
dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik
kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen
lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.
Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan
kematangan calon.
Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi
250 patah perkataan.
~>Untuk bahagian B pula isi boleh dihafal sebelum
peperiksaan.
~> Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK
SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS):
~Isu pendidikan
~Pelancongan ( Inap Desa)
~Pemeliharaan bangunan bersejarah
~Pelaburan dan tabungan
~Kenaikan harga barang-barang
~Pendatang tanpa izin
~Penggunaan bahasa Inggeris
~Masalah sosial dalam kalangan remaja
~Pencemaran alam
~Keselamatan kanak-kanak
~Memartabatkan Bahasa Melayu
~Kemalangan jalan raya
~Perkembangan perhubungan dan
komunikasi
~Bioteknologi
~Semangat kejiranan
~Gaya hidup sihat
~Hubungan kasih sayang ( Keluarga)
~Membaca
-
5 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Aspek-aspek Yang Dinilai
a. Karangan menepati tema bahan rangsangan. b. Pengolahan isi,
gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi
dikembangkan. c. Ejaan dan struktur ayat.
d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat. e.
Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
f. Pendahuluan atau pengenalan. g. Penutup atau kesimpulan
karangan.
h. Tulisan yang jelas. i. Pemerengganan.
j. Kesantunan bahasa.
Kelemahan Calon
a. Pengenalan tidak menarik. b. Isi tidak menepati tema.
c. Isi tidak dihuraikan. d. Huraian yang tidak bertepatan dengan
isi pokok.
e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna. f. Banyak kesalahan
ejaan.
g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca. h. Bahasa yang
berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. j. Isi yang
diulang-ulang.
k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja. l. Kesalahan
tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.
-
6 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI PANDUAN: Dua elemen yang perlu
diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan
isi ialah A. PERENGGAN EMPAT UNSUR iaitu Setiap perenggan isi
hendaklah
mempunyai 4 unsur: 1. Unsur 1 (ayat utama) 2. Unsur 2 (ayat
huraian) 3. Unsur 3 (ayat contoh) 4. Unsur 4 (ayat penegas)
B. AKSESORI KARANGAN 1. Kosa Kata Menarik 2. Penanda Wacana
Menarik 3. Ungkapan Menarik 4. Frasa Menari
PERENGGAN 4 UNSUR: 1. Ayat Utama:
Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
Gunakan ayat mudah. 2. Ayat Huraian:
Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di
mana)
Menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik 3. Ayat Contoh:
Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:
Data statistik Pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati Penemuan atau kajian sains. Contoh
langsung
4. Ayat Penegas: Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang
dikemukakan
Penutup kepada perenggan Menegaskan semula isi utama
CONTOH:
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan
remaja ialah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi
keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan
remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat
isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga
mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi
keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah
merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK).
Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya,
ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang
membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan
bersama (AYAT HURAIAN). Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah
Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi
mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH).
Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka,
adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang
utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung.
Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan
-
7 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah
sosial remaja (AYAT PENEGAS).
~> Frasa2 menarik yang boleh dihafal:
PERIBAHASA DALAM KARANGAN 1. menimbulkan perasaan ingin membantu
antara satu dengan yang lain seperti yang
terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni.
2. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu
ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat
sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.
3. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri
dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti
yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.
4. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan
kedudukan dalam masyarakat.
5. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa
berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan
anak-anak.
6. Maka, di mana ada gula, di situ ada semut.
7. Cendekiawan berpendapat bahawa, konsep ingat sebelum kena,
jimat sebelum habis gagal diaplikasikan dalam kalangan
8. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya.
9. Dengan itu, tepuk dada, tanya selera.
10. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan
melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam
sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.
11. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur
di hujung tanduk.
11. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih.
12. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap
ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri
berjalan senget.
13. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada
menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini
memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.
14. Maka, ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi.
Janganlah diikut resmi lalang makin tinggi makin tiada berisi
15. Oleh itu, anak-anak yang mulia akhlaknya ibarat benih yang
baik, kalau dibaling ke laut menjadi pulau, dilontar ke langit
menjadi bintang jatuh ke bumi menjadi lembah.
-
8 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
1. . kita perlu mengorak langkah 2. . kita tidak wajar hanya
akur dengan arus yang songsang ini 3. .. komitmen menyeluruh agensi
yang terlibat 4. .. kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
5. Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela
dikritik 6. .. makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai
kekeluargaan 7. .. mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang
cukup padu 8. ..manifestasi kesanggupan bangsa 9. ..manusia
bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa 10.
..masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan 11. ..masalah
putusnya komunikasi dan jurang generasi 12. ..masalah sosial dan
susila yang meruncing 13. ..masih terbelenggu dengan cara berfikir
yang sempit 14. ..masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang
melalaikan 15. ..melangkah dengan seribu kekuatan 16. ..melontarkan
soalan yang cukup penting 17. ..melupakan cita-cita yang lebih
luhur 18. ..membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah
mulia dan berilmu 19. ..membebaskan mereka daripada belenggu
kejahilan dan kegelapan 20. ..membenam budaya hedonistik yang tidak
berfaedah 21. ..membetulkan ketidaktepatan fakta 22. ..membimbing
mereka memenuhi impian 23. ..membina impian masa depan yang lebih
gemilang 24. ..membongkar kepincangan 25. ..membuktikan
sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka 26. ..mempengaruhi
minda generasi muda 27. ..mempertahankan perasaan saling
bersefahaman 28. ..mempertingkat dan memperteguh kefahaman 29.
..mempraktikkan elemen tolak ansur 30. ..memudaratkan kesejahteraan
rakyat 32. ..menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung 33.
..menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama 34. ..menagih
komitmen dan pengertian serius semua pihak 35. ..menampilkan wajah
baru yang disulami tekad 36. ..menangkis tuduhan yang tidak berasas
37. ..mencapai tahap yang mencemaskan 38. ..mencerminkan dengan
jelas akan hakikat ini 39. ..mencerminkan generasi yang muflis dan
tercabut daripada akar tradisinya 40. ..mendapat perhatian dan
liputan media massa 41. ..mendepani masa depan yang tidak menentu
42. ..mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan
berkembang 43. ..mendukung kebenaran yang kita sepakati 44.
..mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni 45. ..mengambil
langkah sederap 46. ..menghirup udara hasil kemerdekaan 47.
..mengikut acuan sendiri 48. ..mengundang kontroversi 49. ..menjadi
cerucuk utama pembangunan 50. ..menjulang negara ke puncak jagat
51. ..menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi 52.
..menyambut gamitan menara impian
-
9 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
53. ..menyebabkan imej negara tercalar 54. ..menyediakan kursus
dan latihan yang relevan 55. ..menyembunyikan masalah utama
masyarakat 56. ..mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan
berpeleseran 57. ..mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan
berpengetahuan 58. ..milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan
muatan cabaran reformasi 59. ..muafakat merupakan inti kepada
perpaduan 60. ..negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang
tidak sihat 61. ..nilai keinsanan yang syumul 62. ..nilai-nilai
material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat 63.
..pandangan pro dan kontra yang dipaparkan kita sering tersentak
oleh pelbagai polemik
yang beronal yang dicetus oleh rakyat kita sendiri 64.
..pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara
kita dapat ditepis 65. ..dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains
dan teknologi 66. ..pelbagai cabaran yang bakal menghambat 67.
..pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat 68.
..pembentukan masyarakat sakinah 69. ..pembudayaan ilmu perlu
dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini 70. ..pendedahan
oleh pihak media massa menghangatkan senario ini 71. ..perlu dibaja
kembali 72. ..perubahan yang diharap masih belum menjelma 73.
..petanda kehancuran generasi 74. ..seakan- akan yang sinar itu
yakni makin sirna 75. ..didiklah anak- anak semulia Ali B. Abi
Talib serta Fatimah az- Zahra Kata-kata Pujangga: Andai kau pernah
menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu
masa nanti mungkin semua itu akan sirna. Kata-kata Pujangga: Mereka
mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam
ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika
berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan
anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah
orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu? Kata-kata Pujangga:
Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak
mampu untuk dia mendidik orang lain. Kata-kata Pujangga: Manusia
gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh. Kata-kata Pujangga: Orang yang bijak tidak akan
melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini
untuk esok hari! Kata-kata Pujangga: Jika kail panjang sejengkal,
usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora.
Kata-kata Pujangga: Manusia yang berakal sentiasa memikirkan
perkara yang berfaedah. Kata-kata Pujangga: Mereka yang
menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama
menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?
-
10 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Kata-kata Pujangga: Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak
mahu melakukan perubahan. Kata-kata Pujangga: Rumah yang kecil
kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat Kata-kata Pujangga:
Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.
Kata-kata Pujangga: Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan
yang mereka miliki. Kata-kata Pujangga: Tangisan seorang bayi
adalah serungkai kata yang penuh makna. Kata-kata Pujangga: Manusia
mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya. Imam
al-Ghazali berkata: RAJIN adalah penawar yang paling mujarab,
sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa.
Kata-kata Pujangga: Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya
untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada
Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?
Berkata Ar-Rumi: Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk
terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang
hayat.
Kata-kata Pujangga: Kemenangan bermula dari dalam diri. Ibnu
Mutaz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih
hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati.
Kata-kata Pujangga: Angan-angan tidak akan mengubah kita walau
seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah
kita.
Kata-kata Pujangga: Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi
seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa
terjadi.
-
11 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
-
12 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
-
13 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
-
14 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
CONTOH PENDAHULUAN YANG MENARIK. Soalan Contoh 1 Kerajaan telah
berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar
umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda,
mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan
Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan
nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan
swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan
kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi
seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan
masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai
menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan
undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.
Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala
rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat
dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu
dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati
sesuatu penyakit. Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan
penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai
nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah
tersebut. Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Bangunan bersejarah
tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di
negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan
yang tinggi. Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang
menarik pelancong asing ke negara kita. Oleh itu, Pulau Pinang dan
Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh
UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah
seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di
Melaka. Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah
mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu
perisyhtiharan itu ditarik balik. Oleh itu, langkah yang diambil
oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal pasti meningkatkan imej
negara. Soalan Contoh 3 Bincangkan usaha- usaha bagi membudayakan
Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. ( Bahagian A) Perenggan
Pendahuluan Contoh 3 Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi
yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar makin,
menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan
paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini
temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat;
Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi
-
15 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak
dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan
masyarakat 1 Malaysia ? CONTOH PENUTUP YANG MENARIK. ( Gunakan :
Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam,
Kesimpulannya, Tuntasnya, Intihanya dan Konklusinya ) Perenggan
Penutup Contoh 1 Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah
ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat.
(Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara
besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat.
(Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika
masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan
merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian Apa kesannya) Jadi,
sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat
ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius.
(Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah
masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah.
(Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 2 Oleh hal yang demikian,
pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah
negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat
untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan
pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian Apa yang perlu dibuat)
Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara
sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang.
(Huraian Apa kesannya) Hal ini demikian kerana, negara-negara
tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan
negara mereka. (Huraian Apa kesannya) Jadi, pihak yang
bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan
(Peribahasa) bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat
pelaburan. (Kepentingan) Soalan Contoh 3 Bincangkan usaha- usaha
bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. (
Bahagian A) Perenggan Penutup Contoh 3 Intihanya, semua pihak perlu
bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi
dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat
air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat .
Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan
sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi
kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning
warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan
aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat
dengan negara- negara maju yang lain.
-
16 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
PENDAHULUAN DAN PENUTUP YANG MENARIK ISU: SEJARAH TANAH AIR
Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari makin
menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka.
Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya,
jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke
arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan
hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau
ditanya sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang
diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan
perdana. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan
Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia
muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani
cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat
memahami sejarah tanah air? Sebagai menggulung segala yang telah
dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal
membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati
serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat
ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah
luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak
perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air
terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju
yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020
dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.
ISU: GEJALA SOSIAL Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran
terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani
kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala
sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari
mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks
pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas
hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian
dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti
dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau
dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama
sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai
impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah
strategi-strategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat
serta dilaksanakan ? Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad,
mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia
mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki
minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak
perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku
dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah
serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat,
tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi
menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat
kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi
realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak
pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain
mampu digamit dan direalisasi.
-
17 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
CONTOH KARANGAN PERBINCANGAN
PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga
semakin hangat menjadi
bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda.
Walaupun berbagai-bagai
prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan
keharmonian keluarga, namun
hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan
yang dimainkan oleh
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup
bersepadu untuk membawa
paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan
yang digerakkan oleh
institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung
keharmonian gagal. Hal ini
mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak
yang tidak cukup mapan
untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga
mereka. Oleh itu, sudah
menjadi amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub
terbaik untuk sama-sama
memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
supaya usaha membentuk
keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya.
Jadi, hendak seribu daya
tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah
dimulakan dari sekarang kerana kita
Isiyangsinonimbagi(Faktor/Usaha/Kesan)Diri~Jatidiri/KesedaranKeluarga~Didikankepadaanak~Ibubapacaknaakantindaktandukanakanak
Masyarakat~Sikapjagatepikainorang~SahutseruankempenkesedaranyangdijalankanSekolah~Melaluipendidikan~Kempen/Minggu/BulanNegara/Mediamassa/NGO~Kolaberasidenganpihak(Negara/Mediamassa/NGO)mengadakankempen~Tindakanundangundang~Insentif
~ RUJUK MUKA SURAT YANG TERAKHIR BAGI PENJELASAN YANG LEBIH
IZHAR
-
18 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak
hendaklah menggerakkan kembali
jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu bapa dan
sekali gus membentuk
keluarga yang bahagia.
Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak
untuk
membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan
kejayaan dan
kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban
tahun apabila
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang
berduka dan bergembira. Tetapi
tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu
bapa pasti akan
mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan
cemerlang yang diraih oleh anak-
anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri
ibu bapa kerana keperitan
dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah
terbalas dengan kejayaan anak-
anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar
bersungguh-sungguh dan membesar
mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang
tua-tua ada menyatakan
bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa
mengenal erti putus asa akan
membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan
anak-anak semata-mata untuk
mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan
dapat direalisasikan
sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke
tingkap globalisasi
kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan
kecemerlangan dalam
pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan
ibu bapa.
Sedasarwasa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi
pekerti mulia juga
merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan
kepada orang tua
mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan
kata-kata hikmat yang
acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak
melampaukah jika semua orang
mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga,
jantung hati, permata
bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini
dipandang sinis tetapi itulah realiti
sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam
memacu ke arah
kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik
dengan kebanyakan ibu bapa
yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya
dan hasilnya, anak-anak
telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis
segala hedonisme serta
panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana
yang tidak sejuk melihat anak
yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh
itu, anak-anak seharusnya
berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di
mana-mana mereka berada
-
19 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka
malah itulah juga yang
menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.
Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak
mereka menghormati
mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi,
intelektual dan sosial yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi
platform utama untuk anak-
anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini,
aspek jasmani yang boleh
dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua
mereka sama ada dalam bentuk
perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat
ketara dengan semua
pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa
mereka sebelum pergi ke
mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila
berjalan di hadapan
orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga
perasaan ibu bapa mereka
dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati
mereka. Dalam menghayati
peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah
terhantuk baru nak tengadah,
anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka
supaya perkataan yang
diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam
memperincikan aspek
intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang
diberikan ibu bapa bagi
membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar.
Hal ini sekali gus
membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan
mudah tidak seperti masuk
telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang
benarlah bahawa sifat hormat
seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu
membahagiakan mereka.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan
peribahasa yang sering
berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian
rakyat Malaysia. Jadi, dalam
mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap
ringan tulang dengan
membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini
bukan sahaja memudahkan
urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah
kekeluargaan yang
tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat
membawa berkat boleh diamalkan
oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu mengemaskan
rumah. Bertitik tolak
daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan
sahaja cantik malah dapat
menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak
mengutamakan kebersihan
persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh
ibu bapa akan menjadi ringan
malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian
keluarga tersebut.
Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah
institusi keluarga seperti
-
20 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
Kuala Lumpur pada tahun 2007
hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh
pasangan di Malaysia bercerai
setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anak-anak
dalam membantu
meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah
amat signifikan untuk
mewujudkan kebahagiaan buat mereka.
Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk
membahagiakan ibu bapa adalah
mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini,
semua orang dapat menyaksikan
bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu
bapa dan anak-anak
menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes
pembuangan ibu bapa atau
pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba
kita renungkan kembali
peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian
Metro bertajuk, Trajedi pilu 9
anak membuang ibu mereka yang sudah tua. Wajarkah 9 orang anak
bertindak sedemikian
rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan
berlaku jika seorang anak tidak
mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan
mendengar nasihat. Anak-anak
yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu
bapa mereka terutama ketika
umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu
bapa mereka umpama
mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak
lebih untuk kebahagiaan anak-anak
itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak
mendengar nasihat ibu
bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada
ibu bapa mereka.
Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah
antara prakarsa yang
boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati
hal ini, boleh dilihat dari
dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan
kesejahteraan ibu bapa ketika
mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan
mereka setelah mereka
meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak
hendaklah menjadikan doa sebagai
budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal
ini, kekerapan berdoa
kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin
selepas solat kerana alah bisa tegal
biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan
diaplikasikan dalam kehidupan
seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi,
anak-anak hendaklah
mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan
rezeki untuk pihak ibu bapa
mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa
mereka di akhirat kelak
malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai
kehidupan selepas mati, ibu
bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam
barzakh berkat doa seorang
-
21 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan
bahawa doa merupakan senjata
yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.
Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh
dimainkan oleh
anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak
hendaklah selalu berusaha
membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam
mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga
mampu membawa
kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah
anak-anak dalam meniti
kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya,
anak-anak akan menjadi insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding
bahu, selangkah sederap
dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi
besar-besaran untuk memastikan
keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu
membawa evolusi bermakna
dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan
aspirasi kerajaan dalam mencapai
visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak
membahagiakan ibu bapa mereka
sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa
dan bangsa.
-
22 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama
Darsawarsa, sama ada secara sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan sains dan
teknologi persada kita telah dilanda kemelut kemalangan jalan
raya yang meniti hari makin
ruwet tatkala watan melayari bahtera di arus modenisasi dan
globalisasi yang menerpa tanpa
diduga. Berdasarkan Rang Undang- Undang Pengangkutan Jalan
(PINDAAN) 2010, negara
kita telah merangkul kedudukan ke-46 daripada 172 buah negara
dari indeks kematian bagi
setiap 10 000 kenderaan yang berdaftar. Seyogia, tidak hairanlah
masyarakat Malaysia
mendepani 18 kematian akibat kemalangan jalan raya bagi sehari.
Menjelang musim perayaan
pula, graf kemalangan jalan raya pasti akan memaparkan
peningkatan apatah lagi jumlah
kematian. Persoalannya, apakah mangkin-mangkin yang menjurus ke
arah kemalangan?
Justeru, apakah strategi-strategi yang perlu digarap bagi
membendung kepincangan ini?
Jawapannya, tepuk dada tanyalah selera.
Akar umbi berlakunya kemalangan jalan raya sebenarnya ialah
sikap individu atau
pengguna jalan raya itu sendiri. Hal ini demikian kerana
terdapat segelintir pemandu yang suka
memandu melebihi daripada had yang telah ditetapkan kerajaan.
Had laju yang ditetapkan di
lebuh raya ialah 110km sejam, tetapi pemandu memandu melebihi
110km sejam seolah-olah
jalan raya itu litar lumba bagi mereka menonjolkan kehandalan
masing-masing. Bagi jalan-jalan
persekutuan pula pula, had laju yang ditetapkan ialah 90km
sejam. Adakah pemandu-pemandu
di negara kita mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh
kerajaan? Jawapannya tentulah
tidak kerana jumlah kemalangan maut di jalan raya di negara kita
meningkat setiap tahun.
Paparan di dada akhbar pada musim-musim perayaan amat menyayat
hati. Sebagai contoh,
dalam perayaan Aidil Fitri yang lalu, orang ramai terpaksa
menyaksikan seorang penumpang
yang kemalangan tersepit dalam kenderaan tidak dapat dikeluarkan
dan mati kerana kenderaan
tersebut meletup tiba-tiba selepas terbabas. Apakah perasaan
kita, jika kita sendiri yang
mengalami keadaan seperti itu? Pendek kata, ibarat enau dalam
belukar melepaskan pucuk
masing-masing, mereka sememangnya mementingkan diri sendiri
kononya mereka berada
dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengambil kira situasi
pemandu-pemandu lain dan
seterusnya menyebabkan kemalangan.
Selain itu, faktor persekitaran luaran turut mengundang bahana
kemalangan.
Sesetengah tempat pula dihantui dengan infrastruktur perhubungan
dan pengangkutan yang
tidak diselenggara dengan baik. Ada jalan yang berlubang-
lubang. Ada yang berliku-liku
macam ular kena palu. Kendatipun begitu, ada juga yang dibaik
pulih. Namun, sesetengah
-
23 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
projek tersebut seperti di Jalan Pasir Panjang ke Port Dickson
memperlihatkan suatu gajah
putih yang terbengkalai dan memakan masa bagi menyiapkannya
ibarat menunggu kucing
bertanduk. Elemen- elemen seperti ini jika digembleng sememangya
mampu menyebabkan
hilang kawalan ke atas kenderaan dan Boom!!!, kemalangan jalan
raya. Sudah tentu rawan
kita rasakan sekiranya berita-berita yang hangat dipaparkan di
dada-dada akhbar dan skrin
televisyen serta polemik yang meniti dari bibir ke bibir
masyarakat berkait rapat dengan sikap
pihak peneraju kemajuan jalan raya yang tidak bertanggungjawab
bagai melepaskan batuk di
tangga yang hanya menunggu disuapkan laba bagai orang lain yang
makan nangka, orang lain
yang terkena getahnya. Justeru, keadaan jalan raya yang hambar
mampu mencetuskan
kemalangan.
Madah pujangga Arab ada menyebut setiap penyakit ada penawarnya.
Petikan hadis
daripada riwayat Imam al- Hakim dan al- Baihaqi dari Ibnu Abbas
RA , sabda Rasulullah ;
manfaatkankah lima masa sebelum datang lima masa; masa hidup
sebelum datang saat
mati kamu, masa sihat sebelum masa sakit kamu, masa lapang
sebelum masa sibuk kamu,
masa muda sebelum datang masa tua kamu, jelas menggambarkan
bahawa kita perlu
bersedia untuk sebarang kemungkinan ibarat sediakan payung
sebelum hujan.
Antara resepi atau langkah yang perlu diorak bagi meminimumkan
masalah ini adalah
melalui peranan individu . Marcapada kini, setiap pengguna perlu
ada kesedaran agar lebih
cakna akan persekitaran. Sikap merancang jadual perjalanan tidak
dapat disangkal perlu dibaja
apatah lagi bagi perjalanan jarak jauh. Begitulah saranan Ketua
Program Pengurusan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM),
Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor. Ingat sebelum kena jimat sebelum
habis, dengan adanya suatu
atur masa yang efisien, masalah mengantuk dan penat ketika
memandu dapat dielakkan.
Seterusnya, jumlah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
Maka, jelaslah seorang insan
mampu mengubah nasib negara.
Di samping itu, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen
termasuklah kempen
Ingatlah Orang Tersayang serta baru- baru ini Tunggang Jangan
Tunggang Langgang bagi
membendung masalah samseng jalanan yang selalu dikaitkan dengan
kepincangan
kemalangan jaln raya yang makin obes, parah dan menjadi barah
serta duri dalam daging
watan. Dengan pelancaran kempen-kempen tersebut, masyarakat akan
didedahkan dengan
impak kemelut tersebut serta peranan masyarakat. Media massa
melalui media elektronik serta
media cetak yang berpengaruh luas mampu menyebarkan informasi
dengan efektif kerana
-
24 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
setiap hari 23 juta penduduk Malaysia menonton televisyen
tiap-tiap hari. Penguatkuasaan
undang-undang seperti Penubuhan SPAD, pelaksanaan Sistem
Penguatkuasaan Secara
Automatik serta Pengemaskinian peruntukan-peruntukan tertentu
Akta 333 turut memainkan
peranan. Lantas, sekiranya pihak kerajaan berganding bahu dan
menggembleng tenaga
dengan pihak media massa ibarat aur dan tebing, suatu fenomena
dalam menjamin
keselamatan jalan raya dapat diwujudkan.
Intihanya, kemalangan jalan raya boleh dielakkan seandainya
semua pihak
bekerjasama kerana bulat air kerana pembentung bulat masyarakat
kerana muafakat serta
sesungguhnya keselamatan jalanraya tanggungjawab bersama.
Kecuaian dan kelalaian sikap
manusia ialah kunci utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Mantan Perdana Menteri
keempat pernah berkata, rakyat Malaysia mempunyai kemudahan
infrasrtuktur kelas pertama
tetapi memiliki minda kelas ketiga.. Fahamilah kata-kata Tun Dr.
Mahathir Mohamad kerana
nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan kaum
tersebut berusaha mengubahnya.
Malang tidak berbau, maka dengan adanya keringat bagi membendung
kemelut pelapis
masyarakat madani yang yang memiliki nilai-nilai syumul dapat
direalisasikan sejajar dengan
hasrat dan aspirasi negara untuk diri sama tinggi duduk sama
rendah dengan negara-negara
maju..
(783 patah perkataan)
-
25 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
CONTOH KARANGAN BERFORMAT- PIDATO
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wh.wb.
Terima kasih buat peraju majlis nan budiman. Yang dihormati
panel juri penjunjung
kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik-detik perjalanan dan
kulasentana dewan yang
ceria di hati, lagi tinggi budi pekerti.
Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia , Salam Pidato.
Kulasentana dewan yang saya muliakan serangkap pantun yang saya
perdengarkan
pada awal perkenalan kita jelas menggambarkan tajuk pidato saya
pada kali ini. Arena Pidato
Piala Diraja ini saya warnai dengan berpaksikan mauduk Budi
Bahasa Budaya Kita.
Sebelum jauh kita melangkah, izinkan saya mengungkaikan tajuk
pidato saya pada hari
ini. Berdasarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang
telah dilancarkan oleh mantan
Perdana Menteri kita yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
di Istana Budaya pada
tahun 2008 dengan jelas menakrifkan budi bahasa merupakan budi
pekerti yang luhur, memiliki
etika yang unggul serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang
tinggi. Manakala budaya itu
dikatakan cara hidup yang diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi.
Warga dewan yang saya hormati, akan saya jana dan kupas
hujah-hujah berdasarkan
atas 3 gagasan utama bagi mengulas pidato saya pada hari ini.
Pertama atas tonggak budi itu
sebagai wadah perpaduan apatah lagi dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara ini.
Keduanya, budi bahasa itu menjadi tonggak dalam melahirkan
masyarakat yang berdaya saing
dan akhir sekali, budi bahasa itu amat dititikberatkan dalam
melestarikan keamanan serantau.
Pertama, budi bahasa itu dikatakan sebagai wadah menyemai
perpaduan. Keluarga
menjadi tonggak utama dalam nilai-nilai kesopanan dan kesantunan
dalam jiwa anak-anak.
-
26 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Apatah lagi kita sebagai masyarakat timur, amalan budi bahasa
sudah menjadi sinonim dalam
kehidupan. Institusi keluarga bertanggungjawab mendidik setiap
ahli keluarga mengenai cara
bertutur yang sopan, jujur, amanah, bersyukur dan seumpamanya
lagi. Secara tidak langsung
amalan-amalan murni ini menjadi darah daging masyarakat kita.
Lantas, masyarakat majmuk di
negara ini sememangnya menuntut penyuburan dan amalan
nilai-nilai murni bagi menjamin
keharmonian dan perpaduan rakyat akan terus utuh dan kukuh
kerana sendi bahasa itu ialah
budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.
Kulawarga dewan penggerak wawasan,
Saya tarik perhatian kulasentana dewan kepada idea kedua
kepentingan budi bahasa,
iaitu berpegangkan kepada budi bahasa itu dalam melahirkan
masyarakat yang berdaya saing.
Malaysia hari ini, semakin maju dan membangun dengan kepesatan
dalam pelbagai bidang.
Namun di sebalik pembangunan fizikal, kita perlu ingat
masyarakat kita perlu ada agenda
tersendiri agar tidak semata-mata hanya mempunyai infrastruktur
kelas pertama bahkan juga
memiliki mentaliti kelas pertama juga. Sehubungan itu,
nilai-nilai murni dan aspek budi bahasa
yang kukuh dan mantap mampu melahirkan modal insan cemerlang
buat negara. Tun Abdullah
Ahmad Badawi juga pernah menggambarkan bahawa budaya dan sistem
nilai itulah menjadi
kayu ukur sebuah negara maju. Peranan budi bahasa dan
nilai-nilai murni menjadi amat penting
dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berdaya saing
mengikut acuan kita sendiri .
Budi bahasa itu menjadi nadi melestarikan keamanan serantau
menjadi sentuhan saya
yang ketiga. Nilai diplomasi, hormat-menghormati, dan saling
bertolak-ansur menjadi antara
intipati utama dalam melestarikan hubungan negara kita dengan
negara-negara serantau.
Adanya nilai-nilai tersebut menjadi tunjang kepada negara kita
mengekalkan hubungan baik
dengan negara-negara jiran dan seterusnya kemajuan serantau
terus dijana. Kita lihat kembali
lipatan sejarah hamper 5 dekad yang lalu, tanggal 20 Januari
1963 Konfrantasi antara Malaysia
dengan Indonesia, melihat dua buah negara ini duduk di meja
bulat mengamalkan nilai
diplomasi menolak sekali-kali penggunaan senjata telah mencapai
kesepakatan berdamai demi
kepentingan bersama. Sehingga sekarang, Malaysia sering
mengamalkan sikap berhemah
dalam menjalinkan dan menjaga hubungan diplomatik dengan
negara-negara jiran terutamanya
Indonesia. Ibarat kata pepatah, Menarik rambut di dalam tepung,
rambut tidak putus, tepung
tidak berselerak, .
-
27 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Konklusinya, mauduk Budi Bahasa Budaya Kita. Sewajarnya kita
hayati dan menjadi amalan
kita semua.
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Sekian, pemidato bestari mohon undur diri.
Assalamualaikum wh.wb.
-
28 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Bunga melati tepian perigi,
Wanginya hilang di waktu petang,
Andainya tinggi nilai pekerti,
Masyarakat cemerlang, negara terbilang.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wh.wb.
Terima kasih buat teraju perdana majlis nan budiman. Yang
dihormati panel juri penjunjung
kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik-detik perjalanan dan
kulasentana dewan yang
ceria di hati, lagi tinggi budi pekerti.
Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia , Salam Pidato.
Kulasentana dewan yang saya muliakan serangkap pantun yang saya
perdengarkan
pada awal perkenalan kita, jelas menggambarkan tajuk pidato saya
pada kali ini. Arena Pidato
Piala Ketua Menteri ini saya warnai dengan berpaksikan mauduk
Nilai- nilai Murni
Pemangkin Budaya Masyarakat Cemerlang.
Sebelum jauh kita melangkah, izinkan saya mengungkaikan tajuk
pidato saya pada hari
ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke- 4; Nilai
murni dapat didefinisikan
sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu
manusia dalam hubungannya
sesama manusia, alam dan tuhan. Pemangkin pula bermaksud faktor
yang mempercepat se-
suatu perubahan manakala budaya memberi makna tamadun, dan
peradapan cara
berkelakuan. Masyarakat pula memberi konteks kumpulan manusia
yang hidup bersama serta
cemerlang bermaksud bersinar dengan terang sekali, berkilauan,
dan gilang- gemilang.
Warga dewan sekalian, akan saya jana dan kupas hujah- hujah saya
berdasarkan atas
tiga gagasan perdana. Pertama, peranan ibu bapa dalam membentuk
generasi penyayang.
Kedua penerapan nilai- nilai murni melalui pendidikan di sekolah
dan akhir sekali kolaborasi
antara pihak media massa dan pihak kerajaan.
-
29 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Modus operandi utama bagi memangkin masyarakat cemerlang adalah
melalui peranan
ibu bapa menyemai dan menyuburkan nilai-nilai murni dalam jiwa
anak-anak mereka. Ibu bapa
ialah individu-individu yang paling rapat dan penting dalam
pendidikan anak-anak. Hubungan
yang rapat ini memberi ruang untuk anak-anak ini sentiasa diasuh
dan diterapkan dengan
sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Mereka dididik supaya
sentiasa hormat-
menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah
diri, jujur dan amanah dan
berbagai lagi Justeru itulah, bak kata bijak pujangga anak-anak
diibaratkan kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkannya. Naluri mereka yang suka memberontak
dapat dikawal melalui
nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin. Didikan diberikan
oleh ibu bapa terhadap anak-
anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya... Pepatah Melayu seperti
bapak borek anak rintik dan manakan tumpahnya kuah kalau tak ke
nasi menekankan bahawa
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka.
Secara tidak langsung,
amalan-amalan murni ini menjadi darah daging masyarakat kita dan
menjamin keharmonian
serta perpaduan rakyat.
Saya tarik perhatian kulasentana dewan kepada idea kedua
pembentukan mayarakat
cemerlang iaitu penerapan nilai- nilai murni melalui pendidikan
di sekolah. Sekolah merupakan
institusi pendidikan yang tidak dinafikan amat penting dalam
membina diri generasi muda minda
kelas pertama. Falsafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada
1987 dengan izhar
menegaskan betapa sistem pendidikan negara amat menitikberatkan
penyemaian nilai-nilai
murni seperti percaya dan patuh kepada Tuhan serta memiliki
sahsiah yang seimbang.
Pengajaran mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan
serta Pendidikan Moral menerapkan nilai- nilai murni ke dalam
minda pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara ini. Lantas, dengan adanya jati diri yang
teguh, para remaja sukar dibolosi
anasir- anasir yang mampu menjurus ke kancah kepincangan sosial.
Pendek kata, peranan
budi nilai-nilai murni menjadi amat penting dalam pembentukan
masyarakat yang maju dan
berdaya saing mengikut acuan kita sendiri.
Kulawarga dewan penggerak wawasan,
Koleberasi antara pihak media massa dan pihak kerajaan memangkin
masyarakat
cemerlang menjadi titik sentuhan saya yang terakhir. Setiap hari
sebanyak 23 juta rakyat
Malaysia menonton televisyen. Justeru, media massa mampu menjadi
platform yang efektif
bagi menyebarkan maklumat dan mempengaruhi audiens. Belakangan
ini, pihak kerajaan
-
30 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
sering mengadakan pelbagai kempen seperti Kempen Tunggang Jangan
Tunggang Langgang,
Skim Rondaan Sukarela serta Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai
murni bagi membendung
kepincangan sosial yang makin parah dan menjadi barah serta duri
dalam daging watan.
Selain itu, kempen-kempen yang dilancarkan bertujuan untuk
menerap serta menanam
keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi serta
perlakuan rakyat Malaysia di semua
peringkat dan lapisan masyarakat. Usaha ini mampu mewujudkan
masyarakat yang berdisiplin,
hormat-menghormati, saling membantu, di samping mengeratkan
siratulrahim serta
menyemarakkan lagi semangat muhibah dalam kalangan rakyat.
Masyarakat cemerlang,
negara makmur!
Intihanya, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang
cemerlang,
gemilang dan terbilang bukannya bangsa yang kecundang, pincang
dan terbuang. Jangan
biarkan padi di tangan menjadi lalang. Ayam di reban disambar
helang. Marilah ke bukit kita
daki, ke lurah kita turuni sama- sama kita bangkit dan berjuang,
ke arah negara yang semakin
gemilang menerusi penerapan nilai-nilai murni selaras dengan
hasrat dan aspirasi negara untuk
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara
maju yang lain.
Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum wbrkth.
RUJUKAN:
1.Laman sesawang:
http://www.bmspm.net
http://bmpmrspm.blogspot.com
http://cikguanda.blogspot.com
http://zaizak69.blogspot.com
http://khirkassim.blogspot.com
2. Guru2 dan pelajar cemerlang SMK Tun Mutahir
-
31 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011
Terima kasih diucapkan
*jika ada sebarang kesalahan dari segi pembikinan hasil ini atau
yang menyinggung sebarang pihak harap dapat dimaafkan~~~
TUNTAS KARANGAN
ImbassemuasoalankarangandanSENARAIKANUNGKAPANMENARIKDANPERIBAHASAdahulusebelummulamenulis
1. Individu2. Keluarga
Contohisu:~Gejalasosial~Amalangayahidupsihat
1. Masyarakat2. Sekolah3. Negara(danmediamassa)
Contohisu:(selalunyasoalanpadaarastinggidanseringdinombor4BahagianBkertas1)~Bioteknologi~Bahasadankomsas
1.BiasakanpenggunaanteknikDiKeMaSeNbagimenjanaisi:Faktor/Usaha/Peranan/ImpakDiDiriKeKeluargaMaMasyarakatSeSekolahNNegara2.GunakanteknikItikMakBedahKenaKebasbagimengembangkanisiItikIsiMakMengapa(isuberlaku/usahaatauperanantersebutmenyumbang)BedahBagaimana(isuberlaku/usahaatauperanantersebutmenyumbang)KenaKesan(terhadapterhadappihakdalamisi)KebasKesimpulan(gunakanperkataanseperti;Kesimpulannya,Pendekkata,Eksplisitnya(secaralangsung),Implisitnya(secaratidaklangsung))