Top Banner
1 KAJIAN TINDAKAN WHOLE BRAIN TEACHING TAJUK KAJIAN PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN TEACHING BAGI MENARIK DAN MENGEKALKAN PERHATIAN PELAJAR DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN TIGA OLEH: LING MEI TENG MARCH 2012
20

Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

Dec 03, 2015

Download

Documents

Iman Jaya

Whole Brain Teaching
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

1

KAJIAN TINDAKAN

WHOLE BRAIN TEACHING

TAJUK KAJIAN

PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN TEACHING BAGI MENARIK DAN

MENGEKALKAN PERHATIAN PELAJAR DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN TIGA

OLEH:

LING MEI TENG

MARCH 2012

Page 2: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

2

ABSTRAK

Kajian tindakan yang guru jalankan ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan mengekalkan perhatian pelajar serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P & P. Seramai 43 orang pelajar yang telah terlibat dalam kajian ini. Whole Brain Teaching telah menggunakan enam elemen yang penting untuk mengurus bilik darjah, antaranya ialah 5 peraturan dalam kelas, scoreboard, Teach-Okay, hands-eyes, Class-Yes dan Switch. Pemerhatian pelajar dalam bilik darjah menunjukkan bahawa perhatian pelajar dapat ditarik dengan cepat dan berkesan. Seterusnya, perhatian mereka dapat dikekalkan dengan lama. Melalui pemerhatian juga, tiada pelajar yang termenung dan mengantuk sepanjang P & P dijalankan kerana mereka terlibat secara aktif dalam pelajaran. Ini merupakan satu kaedah yang berkesan untuk mengurus bilik darjah yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Walau bagaimanapun, oleh kerana pendedahan kaedah ini masih dalam peringkat awal, pelaksanaannya masih boleh ditingkatkan lagi seperti penggunaan carta tahap suara untuk mengawal suara pelajar dalam bilik darjah.

Page 3: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

3

ISI KANDUNGAN

Muka surat Abstrak 2

Isi Kandungan 3

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4 2. Fokus Kajian 6 3. Objektif Kajian 6 4. Kumpulan Sasaran 6 5. Pelaksanaan Kajian 6

5.1 Tinjauan Masalah 8 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 8 5.3 Merancang Tindakan 9 5.3.1 Mendefinisikan konteks Whole Brain Teaching

5.3.2 Mendefinisikan objektif 5.3.3 Mendefinisikan bidang kurikulum 5.3.4 Memilih sasaran pelajar 5.3.5 Menentukan teknik Whole Brain Teaching 5.3.6 Memilih bahan pentutoran 5.4 Melaksanakan Tindakan 12 5.4.1 Sebelum Tindakan 5.4.2 Semasa Tindakan 5.4.3 Selepas Tindakan 5.5 Pemerhatian dan refleksi 16 5.5.1 Mendapatkan Perhatian Pelajar melalui Class-Yes 5.5.2 Mengekalkan Perhatian Pelajar melalui Hands and Eyes dan

Follow Teacher 5.5.3 Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach

Back Teacher 6. Cadangan dan Kesimpulan 17 7. Bibliografi 18

Lampiran Senarai Semak Pemerhatian Tingkah laku Pelajar dalam Kelas Ujian Pra dan Ujian Pos 2 (10 min) CD & MODUL

Page 4: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

4

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang membosankan selalunya menyebabkan

pelajar kurang berminat untuk terus belajar subjek tersebut. Guru telah diberi mandat untuk

mengajar 3 kelas tingkatan tiga iaitu kelas 3 Wawasan, 3 Bestari dan 3 Dedikasi pada tahun

2012. Ketiga-tiga kelas ini mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Guru menghadapi masalah

yang paling besar apabila mengajar kelas 3 Bestari yang terdiri daripada ramai pelajar dan

bising sepanjang masa. Penglibatan pelajar dalam aktiviti juga kurang kerana pelajar sibuk

membuat kerja sendiri, berbisik, mengganggu rakan, mengantuk dan termenung. Perhatian

pelajar sukar dikekalkan selepas 10 minit walaupun set induksi yang menarik telah

diperkenalkan pada awal P & P.

Walaupun pelajar dalam kelas ini tidak menghadapi masalah 3M, tetapi mereka masih

menganggap Sains merupakan satu subjek yang amat susah bagi mereka. Guru telah

menggunakan banyak cara untuk menarik perhatian mereka, tetapi selalunya berakhir dengan

perasaan kecewa. Terdapat cara seperti penggunaan multimedia yang berjaya menarik

perhatian mereka pada peringkat awal tetapi hanya bertahan selama 15 minit, selepas itu kelas

kembali bising dan tidak terurus.

Ramai guru yang turut mengadu yang pelajar dalam kelas tersebut sukar untuk dibentuk

semula kerana pelajar tidak mempunyai kesedaran untuk mengubah diri. Guru tidak ingin

melihat pelajar-pelajar dalam kelas ini membuang masa tanpa mendapat apa-apa dalam kelas.

Guru telah cuba memberi motivasi kepada pelajar-pelajar kelas ini tetapi ada antara mereka

yang telah menunjuk perasaan mereka bahawa mereka tidak suka ditegur. Guru telah berfikir

lama untuk membantu mereka, dan akhirnya selepas guru menghadiri satu kursus, guru

mendapati Kaedah Whole Brain Teaching mungkin boleh membantu mereka dan membantu

guru untuk menarik dan mengekalkan perhatian mereka dalam kelas. Selain daripada itu,

pelajar turut melibatkan diri dengan aktif dalam P & P. Dengan cara ini, pelajar lebih seronok

belajar dalam kelas dan ini secara langsung boleh membantu mereka mengingati fakta yang

telah dibelajar.

Page 5: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

5

2. FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, satu modul telah dibangunkan. Modul tersebut akan membincangkan tentang

Teori Whole Brain Teaching dan langkah pelaksanaannya. Dalam modul ini juga, satu topik

Sains Tingkatan Tiga iaitu respirasi telah dipilih untuk menjadi satu topik yang ditekankan bagi

menguji keberkesanan kaedah ini.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar dengan pembelajaran aktif melalui Kaedah

Whole Brain Teaching dalam subjek Sains bagi pelajar tingkatan 3 Bestari.

Objektif Khusus

i Menarik perhatian pelajar dalam P & P.

ii Mengekalkan perhatian pelajar dalam P & P.

iii Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam P & P.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 43 orang pelajar Tingkatan 3 Bestari. Pelajar dalam kelas ini

berpencapaian sederhana.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian.

Guru memerhati tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa di dalam kelas

semasa guru mengajar. Guru mengenalpasti sama ada mereka memberikan perhatian

dalam kelas ataupun tidur dalam kelas. Satu senarai semak (Lampiran 1) akan disediakan

untuk mencatat semua pemerhatian sebelum kajian dijalankan. Pemerhatian turut dibuat

semasa aktiviti dalam kelas dijalankan dalam kelas.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Guru telah membuat pemerhatian selama satu bulan ke atas tingkah laku pelajar 3 Bestari

semasa proses P & P berlangsung sebelum kajian. Berikut merupakan tempat duduk

pelajar 3 Bestari dalam kelas. Nama yang digunakan di sini merupakan nama samaran.

Page 6: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

6

Rajah 5.1 Pelan Lantai 3 Bestari

Brandon Kenny Ridzuan

Manuel Rayner Aadam Soo Christer Wilson Rosman Waltruda

Thien Syahriel Malvin Clifford Affin Meyer Cayren Ruthlena

Slyvester Mulky Nazry Ainie Oswella Herina Chong Lydia

Lukmanan Hizwan Jessel Alziera Marcella Eva Syelah Hidayah

Wylesa Alycia Emelda Roslyn Brenda Jennyfer Johan Nur Alis

Meja guru Papan tulis

Pemerhatian telah dilakukan oleh guru dan guru telah berbincang dengan beberapa orang

guru subjek yang lain tentang tingkah laku pelajar dalam kelas semasa P & P. Jadual 5.1

manunjukkan komen dan pemerhatian yang telah dicatatkan oleh guru sebagai rujukan

awal dalam kajian ini.

Wylesa : Termenung, marah apabila rakan dalam kelas membuat bising.

Alysia, Emelda, : Pendiam, seolah-olah mendengar penjelasan guru tetapi tidak boleh menjawab

soalan apabila guru bersoal semula.

Luksmanan : Pelajar yang tidak berkeyakinan diri, selalu diusik kawan kerana dipindahkan

dari kelas 3 Dedikasi (kelas berpencapaian rendah). Lemah dan tidak suka

melibatkan diri dalam aktiviti kerana tiada rakan yang ingin sama kumpulan

dengannya.

Hizwan : Berbisik dengan rakan dan suka meminjam alat tulis dari rakan menyebabkan

keadaan kelas kelam kabut.

Jessel : Memberi perhatian, tetapi suka melontarkan soalan yang agak mengganggu

kelancaran P & P.

Sylverster : Pendiam, dan sering diusik oleh rakan sebelah. Suka melihat ke luar tingkap

dan termenung.

Mulky, Nazry, Malvin : Suka bercakap dengan kuat, mencabar kesabaran guru.

Ridzuan : Menyendiri, tidak suka diusik, termenung, dan mengantuk semasa mendengar

penerangan.

Thien, : Termenung dan kadang-kadang tidur semasa P & P.

Kenny, Brandon, Aadam : Termenung dan melihat ke luar tingkap berulang-ulang kali.

Manuel, Rayner, Syahriel : Berbisik-bisik dan kadang-kadang ketawa dengan kuat. Dengar rakan mereka

memberitahu guru yang mereka selalu berbincang tentang permainan internet.

Roslyn, Brenda, Jennyfer : berbisik-bisik dalam kelas semasa guru mengajar, bercerita berpanjangan

apabila ada topik yang menarik minat mereka.

Alziera : Pendiam dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti.

Marcella, Soo : Aktif menjawab soalan guru tetapi selalu menjawab soalan sebelum guru habis

menyoal. Mengganggu kelancaran P & P.

Eva, Cayren, Ruthlena : Termenung dan suka menyimpan buku di dalam laci semasa penerangan guru.

Kadang-kadang berbisik dengan rakan sebelahnya dan bercerita berpanjangan.

Ainie, Oswella, Herina : Pendiam dalam kelas tetapi termenung dan tidak suka terlibat dalam aktiviti P

& P.

Clifford, Affin, Meyer : Termenung dan kurang memberi perhatian. Selalu mengantuk.

Christer, Wilson : Memberi perhatian dan kadang-kala berbisik-bisik.

Rosman, Waltruda, Nur

Alis, Hidayah

: Melihat keluar tingkap berulang-ulang kali, termenung dan tidak berminat

dalam Sains.

Chong, Lydia, Syelah : Memberi perhatian semasa guru mengajar dan kadang-kala tidur sekiranya

topik tidak diminati.

Johan : Tidur dalam kelas dan kurang beri perhatian.

Page 7: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

7

5.3 Merancang Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, guru telah cuba banyak

cara untuk menarik dan mengekalkan perhatian pelajar dalam kelas, tetapi semuanya

kurang berkesan. Selepas menyertai kursus, guru telah diperkenalkan dengan satu

kaedah yang boleh menarik perhatian pelajar dan membolehkan pelajar melibatkan diri

secara aktif dalam P & P. Kaedah tersebut ialah Kaedah Whole Brain Teaching ataupun

lebih dikenali sebagai Power Teaching yang diperkenalkan oleh Chris Briffle pada tahun

2007.

Dalam membuat perancangan untuk kajian ini, beberapa perkara perlu dilakukan, iaitu

mendefinisikan konteks Whole Brain Teaching, mendefinisikan objektif kajian,

mendefinisikan bidang kurikulum, memilih pelajar sasaran, menentukan teknik

pelaksanaan Whole Brain Teaching, memilih bahan dalam modul.

5.3.1 Mendefinisikan konteks Whole Brain Teaching

Sebelum melaksanakan program ini, beberapa konteks perlu dikenalpasti dan

didefinisikan. Whole Brain Teaching merupakan satu pendekatan pengajaran yang

diperolehi daripada penerangan neurolinguistik tentang fungsi hemisfera kiri dan kanan

otak manusia. Dapatan kajian neurolinguistik tentang fungsi bahasa otak menunjukkan

dalam otak, fungsi satu hemisfera tersedia untuk satu hemisfera yang lain, untuk

menghasilkan penggunaan bahasa yang lebih seimbang. Oleh itu, Whole Brain Teaching

menekankan pembelajaran secara aktif iaitu pelajar mampu membuat perhubungan di

antara dua hemisfera otak.

Selain itu, aspek Whole Brain Teaching yang dititikberatkan adalah mengurus iklim

emosi untuk mengurangkan downshifting atau fikiran yang negatif semasa menghadapi

halangan. Untuk melegakan pelajar, guru boleh menawarkan ramalan halangan (seperti,

"Kemajuan mungkin sekali-sekala") dan progres (seperti, "Lambat-laun, ini akan menjadi

lebih mudah") yang jelas dan realistik. Tambahan lagi. Guru boleh cuba

mempertingkatkan pengalaman belajar dengan musik atau warna yang menenangkan.

Dalam Whole Brain Teaching, imej dilihat sebagai asas untuk kefahaman. Atas

sebab ini, pelajar digalakkan untuk menggambarkan, melukis, dan menggunakan drama

untuk membangunkan idea baru, dan mengekalkan idea tersebut. Misalnya, seorang guru

membaca dengan membentangkan perkataan perbendaharaan kata baru dengan

membina cerita atau gurauan. Guru itu mungkin bermain muzik sambil membaca definisi,

meninggalkan masa untuk pendengar untuk menarik imej perkataan. Guru seterusnya

Page 8: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

8

mungkin menggunakan meditasi berpandu untuk membina keadaan rehat yang

mengandungi kenangan kejayaan sebelum pendengar mendengar definisi sekali lagi.

Dalam kajian ini, guru akan menggunakan aksi atau bahasa isyarat bagi

membolehkan pelajar mengekalkan idea mereka terhadap topik Sains yang ingin diajar.

Menurut Briffle (2008), iaitu orang yang memperkenalkan kaedah ini telah menggunakan

satu teknik untuk menjayakan lagi kaedah Whole Brain Teaching. Teknik tersebut

dinamakan Power Teaching. Rajah 5.2 menunjukkan otak manusia dalam Power

Teaching.

Rajah 5.2: Otak Manusia Dalam Power Teaching.

Terdapat enam elemen yang penting dalam Power Teaching. Jadual 5.2 menunjukkan

fungsi elemen kepada otak manusia.

Page 9: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

9

Jadual 5.2 Enam elemen dalam Power Teaching dan hubungannya dengan Otak.

Elemen Bahagian Otak Fungsi

Class-Yes Mengaktifkan Pre-Frontal Cortex

Pusat pemberi sebab otak. Kawasan ini seperti suis lampu yang mesti dibuka, dengan mengulangi Class-yes, untuk bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.

Lima Peraturan Kelas

Pre-Frontal Cortex, Penarik perhatian

Kawasan Broca Mendengar

Kawasan Wernicke, Bercakap

Visual Cortex. Melihat

Motor Cortex sistem motor tangan

The Limbic System, membuat isyarat

Hippocampus Ingatan jangka masa panjang.

Teach-Okay Sama seperti lima peraturan kelas

Satu aktiviti kelas yang mampu melibatkan semua pelajar dalam kelas.

Scoreboard Keys

Limbic System’s Emotions membuat isyarat

Amygdala (Mighty Oh Yeah, Mighty Groan!)

Mendaftarkan perasaan gembira (ada ganjaran) dan tidak gembira (ada hukuman).

Hands And Eyes

Pre-Frontal Cortex Fokus semua aktiviti mental dengan melihat dan mendengar penerangan guru.

Switch Kawasan Broca Membolehkan pelajar membangunkan keupayaan mendengar

Kawasan Wernicke Memboleh pelajar membangunakan keupayaan bercakap.

5.3.2 Mendefinisikan objektif

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kaedah ini, iaitu:

1. Menarik perhatian pelajar dalam P & P.

2. Mengekalkan perhatian pelajar dalam P & P.

3. Membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti P & P.

5.3.3 Mendefinisikan bidang kurikulum

Selepas menentukan objektif yang ingin dicapai, guru telah mendefinisikan bidang

kurikulum yang ingin didalami. Dalam kajian ini, subjek Sains telah dipilih dan topik yang

ditekankan adalah Bab 1 respirasi.

5.3.4 Memilih sasaran pelajar

43 pelajar dalam kelas 3 Bestari telah dijadikan sampel kajian. Kelas ini merupakan kelas

yang sukar mengekalkan perhatian semasa P & P kerana terlalu ramai pelajar dalam

kelas.

Page 10: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

10

5.3.5 Menentukan teknik Whole Brain Teaching

Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah pembelajaran berpasangan. Teknik ini

digunakan semasa P & P dan melibatkan semua pelajar dalam kelas. Urutan P & P

ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3 Urutan P & P Dengan Menggunakan Elemen Power Teaching

5.3.6 Memilih bahan pentutoran

Beberapa bahan perlu disediakan dalam program ini. Antaranya adalah latihan dalam

bentuk lembaran kerja (rujuk lampiran 2), modul power teaching (rujuk lampiran), borang

pemerhatian (rujuk lampiran 1).

5.4 Melaksanakan Tindakan

Dalam bahagian ini, guru menerangkan peringkat pelaksanaan tindakan yang melibatkan

enam langkah Power Teaching.

Class-Yes

Hands and Eyes Class, Follow Teacher

Class-Teach- OK and clap 3 times

Class, Switch

Class!-Yes!

Class, teach back teacher – OK and Clap

Mighty Oh yes / Mighty Groan / Clap / Woo!

Page 11: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

11

5.4.1 Sebelum Tindakan

a. Penilaian Tingkah laku kelas melalui 5 Peraturan kelas

Sebelum guru memulakan Power Teaching, guru telah menetapkan 5 peraturan

kelas seperti yang diperkenalkan oleh Chris Briffle dalam kajiannya. Peraturan

tersebut ditunjukkan dalam Jadual 5.4.

Rule Peraturan Rational

Rule 1: Follow instruction quickly.

Peraturan 1: Ikut arahan dengan cepat.

Sekiranya pelajar tidak mengikut arahan dengan cepat, mereka telah membazir masa untuk aktiviti bukan pendidikan. Selain itu, tingkah laku yang perlahan dalam penyerahan kertas, pembukaan buku, pengasahan pensel dan sebagainya akan mengganggu kelancaran P & P.

Rule 2: Raise up your hand if you want to speak

Peraturan 2: Angkat tangan jika hendak bercakap

Dalam kelas, terdapat segelintir pelajar yang suka bercakap, menyampuk kata-kata guru serta mewujudkan huru-hara dalam kelas. Oleh itu, dengan peraturan ini, guru tidak akan sekali-kali memberi respon kepada pelajar yang tidak angkat tangan apabila hendak bercakap. Ini dapat mengurangkan gangguan semasa P & P.

Rule 3: Raise up your hand if you want to leave your seat.

Peraturan 3: Angkat tangan bila hendak meninggalkan tempat duduk.

Rasional untuk kaedah ini adalah sama seperti peraturan 2. Suasana pengajaran akan lebih teratur dan mengelakkan pelajar merayau-rayau dalam kelas serta mengganggu rakannya. Tetapi peraturan ini tidak perlu dipatuhi sekiranya kad kuning telah dipaparkan atas papan putih (untuk aktiviti kelas yang perlukan pergerakan pelajar).

Rule 4: Make smart choices.

Peraturan 4: Membuat pilihan yang bijak.

Terdapat pelajar dalam kelas yang suka bertanya tentang sesuatu perkara yang luar daripada tajuk dan hanya mahu mencabar kesabaran guru. Kadang-kadang, mereka juga melakukan tingkah laku yang di luar jangkaan seperti mengusik rakan sehingga rakan menangis atau pergaduhan berlaku dalam kelas. Dengan peraturan ini, guru memberi input kepada pelajar bahawa perlu berfikir sebelum bertindak.

Rule 5: Keep your teacher happy.

Peraturan 5: Membuat guru gembira

Terdapat pelajar yang kadang-kadang memberikan jawapan yang mungkin benar tetapi bukan jawapan yang tepat. Peraturan ini dapat menangai masalah pelajar yang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, kurang sopan, menyindir dan tidak menghormati guru. Guru menerangkan bahawa guru gembira kerana pelajar dapat belajar dengan lebih seronok.

Setiap peraturan ini disampaikan dengan sebutan dan bahasa isyarat

(gestures). Pelajar mengikut isyarat guru dan menyebut peraturan tersebut dengan

suara yang lantang. Selepas pelajar mengikut isyarat guru, dan mereka akan

mengajar rakan di sebelah mereka. Satu raptai dibuat untuk mengkategorikan

pelajar dalam kumpulan tertentu. Pelajar dalam kelas dikategorikan dalam empat

kumpulan:

Page 12: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

12

Alfa: Pelajar yang menjadi menjadi role model. Mereka angkat tangan

bila hendak bercakap, mengikut arahan dengan cepat, tidak lari

dari tugasan dan menghantar tugasan dengan kemas. Guru

memberikan empat markah untuk seorang alfa.

Beta: Pelajar yang biasanya mengikut arahan, tetapi kadang-kadang

melakukan kesilapan. Pelajar yang biasanya, tetapi bukan

selalunya angkat tangan bila hendak bercakap, mengikut arahan

dengan cepat, tidak lari dari tugasan dan menghantar tugasan

dengan kemas. Guru memberikan tiga markah untuk seorang beta.

Gamma: Pelajar yang tidak stabil dalam mengikut arahan. Kadang-kadang

boleh bertindak seperti pelajar alfa, tetapi kadang-kadang guru

pun hairan apa yang terjadi kepada mereka. Mereka jarang

mengangkat tangan bila hendak bercakap, selalunya tidak dapat

kekalkan perhatian dalam tugasan serta tidak ikut arahan dengan

cepat. Guru memberikan dua markah untuk seorang gamma.

Pelajar baru akan dikategorikan dalam kumpulan ini kerana

tingkah laku pelajar tersebut belum dikenalpasti.

Pencabar: Pelajar yang menguji kemahiran dan kesabaran guru. Pelajar-

pelajar ini jarang atau tidak pernah angkat tangan bila hendak

bercakap, tidak mengikut arah dan tidak mahu buat tugasan. Guru

memberikan dua markah untuk seorang pencabar.

Sebenarnya, penilaian ini merupakan satu skala untuk menilai kemajuan P & P

guru. Guru berharap dalam purata markah dapat meningkat dalam masa satu

bulan selepas kajian ini. Sekiranya markah tingkah laku kelas semakin tinggi, ini

bermaksud semakin sedikit pencabar dalam kelas tersebut. Ini menunjukkan

Power Teaching telah berjaya menarik dan mengekalkan perhatian mereka serta

membolehkan mereka mematuhi peraturan dalam kelas. Dengan itu, ilmu

pengetahuan dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan.

b. Menetapkan Syarat Di Scoreboard

Skoreboard merupakan satu permainan di antara guru dan pelajar. Apabila

pelajar mematuhi peraturan dalam kelas dan belajar dengan bersungguh-

sungguh dalam kelas, mereka akan dapat ganjaran atau hukuman yang

Page 13: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

13

setimpalnya. Dalam kajian ini, scoreboard yang guru gunakan adalah skoreboard

guru dan pelajar. Guru telah menetapkan kerja rumah untuk hari tersebut,

contohnya lima muka surat modul Sains. Sekiranya pelajar melakukan sesuatu

yang melanggar peraturan, kerja rumah mereka akan bertambah menjadi enam

muka surat dan sebaliknya sekiranya mematuhi peraturan dengan baik setiap

kali aktiviti, guru akan mengurangkan kerja rumah. Selain itu, sekiranya pelajar

respon dengan lambat atau tidak memberi respon, guru akan menolak markah

dalam scoreboard dan kerja rumah mereka bertambah dan sebaliknya.

5.4.2 Semasa Tindakan

a. Mendapatkan Perhatian Pelajar melalui Class-Yes

Guru memulakan kelas dengan mendapatkan perhatian pelajar dengan

menyebut “Class”, dan mereka akan menjawab “Yes”. Ini merupakan perkara

yang perlu diberitahu kepada pelajar sebelum kelas bermula dan akan

digunakan sepanjang P & P. Untuk kepelbagaian, guru akan menyebut dengan

nada yang berlainan seperti suara robot, suara bisikan, suara marah dan

sebagainya untuk menarik perhatian pelajar. Selain itu, guru turut akan

mengulangi perkataan kelas beberapa kali dan pelajar perlu menyahut mengikut

bilangan guru. Contohnya, “Class, Class, Class”, “Yes, Yes, Yes.”.

b. Mengekalkan Perhatian Pelajar melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher

Bagi mengekalkan perhatian pelajar, guru telah menggunakan Hands and Eyes.

Apabila guru menyebut “ Hands and Eyes”, pelajar perlu meletakkan tangan atas

meja, tanpa memegang apa-apa di tangan dan mata memandang guru.

c. Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back

Teacher

Teach!-Okay! Merupakan satu teknik yang asas dan penting dalam Power

Teaching. Ini merupakan satu cara yang baik untuk membangunkan kemahiran

bahasa pelajar dan meningkatkan penguasaan kandungan pengajaran yang

disampaikan oleh guru. Apabila guru menyebut “Teach!”, pelajar akan menjawap

“Okay” dan diteruskan dengan tiga kali tepukan. Selepas itu, mereka akan duduk

dalam pasangan dan pelajar 1 mengajar pelajar 2 di sebelahnya dengan

Page 14: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

14

mengulang pengajaran guru. Apabila guru menyebut “ Switch”, pelajar 2 akan

mengajar pelajar 1.

Apabila pelajar saling mengajar, guru perlu memantau dan mendengar

pengajaran mereka, sekiranya terdapat pelajar yang tidak dapat menerangkan

semula apa yang diajar oleh guru, guru perlu sentiasa membantu dan

mengulangi pengajaran tersebut. Masa yang diambil untuk pengajaran antara

pelajar adalah singkat, antara 1-2 minit sahaja bagi pelajar 1 mengajar pelajar 2.

Ini untuk mengelakkan pelajar menyeleweng daripada kandungan pengajaran

yang ingin disampaikan. Oleh itu, kandungan yang diajar dalam satu masa

hendaklah singkat, padat dan teratur.

Perhatian pelajar ditarik semula dengan menyebut “Class!” dan pelajar

menjawab “Yes!”.

d. Pengekalan kandungan pengajaran dalam ingatan melalui Teach back

Teacher

Apabila guru menyebut “Teach back Teacher”, pelajar mengulangi kandungan

pengajaran kepada guru. Ini dapat mengekalkan ilmu pengetahuan yang telah

dipelajari dalam memori dengan lebih kukuh. Dengan mengulangi aksi kepada

guru, guru dapat mengenalpasti pelajar yang tertinggal dalam P & P dan perlu

bimbingan dalam kelas.

5.4.2 Selepas Tindakan

Selepas pengajaran selesai, guru menyemak semula markah yang ada pada

skoreboard. Sekiranya pelajar bekerjasama dalam kelas dan mematuhi

peraturan, guru menyebut, “Class, you done very well today. You are trying your

best to keep your teacher happy. So, now give yourselve a clap.” Dengan itu,

pelajar akan menjawap, “Oh Yes!” dan bertepuk tangan mengikut cara guru.

Sekiranya pelajar kurang memberi kerjasama dan tidak mematuhi peraturan,

guru menyebut, “Class, today you are not really do a good job. You failed to keep

your teacher happy, so now give yourselve a groan, so that you can try again in

next lesson to keep your teacher happy. Groan!”. Pelajar akan menjawab “Woo!

It Cools!” dan bertepuk tangan mengikut cara guru.

Page 15: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

15

5.5 Pemerhatian dan refleksi

Selepas tindakan diambil, pemerhatian telah dicatatkan dan seterusnya refleksi telah

dibuat untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

5.5.1 Mendapatkan Perhatian Pelajar melalui Class-Yes

Pelajar kelihatan lebih bersedia dan memberi perhatian kepada guru melalui cara ini.

Pelajar yang tertidur, termenung dan membuat kerja lain dalam kelas sebelum guru mula

mengajar dapat menghentikan segala aktiviti mereka dan menumpukan perhatian kepada

guru.

Sebelum ini guru perlu meninggikan nada suara untuk mendapatkan perhatian setiap

pelajar dalam kelas sebelum P & P. Kadang-kala, hukuman perlu diberikan kepada

pelajar yang selalu mencabar guru dan membuat bising dalam kelas untuk

mententeramkan semula suasana kelas.

Selepas memperkenalkan Class-Yes, guru boleh mendapat perhatian pelajar dalam

masa yang singkat. Dengan itu, masa pengawalan kelas dapat dipendekkan dan P & P

dapat diteruskan dengan lebih lancar.

5.5.2 Mengekalkan Perhatian Pelajar melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher

Selalunya guru sukar untuk mengekalkan perhatian pelajar dalam masa yang panjang.

Pada pertengahan P & P selalunya pelajar mula bercakap, mengantuk dan termenung

dan membuat kerja-kerja lain. Ada kalanya, terdapat pelajar yang mula berbisik atau

bercakap sehingga mengganggu kelancaran P & P.

Melalui kaedah ini, guru mampu memanggil semula pelajar dengan serta merta. Dengan

memberi arahan Hands and Eyes, pelajar meletakkan tangan atas meja dan mata

tertumpu kepada guru.

Selain itu, guru telah menggunakan gerakan tubuh badan untuk mengajar. Dengan

menggunakan aksi, pelajar akan lebih tertarik. Di samping itu, pelajar melakukan gerakan

tersebut bersama-sama dengan guru. Pada masa yang sama, mereka telah memberi

perhatian untuk mengingati gerakan. Oleh kerana setiap pelajar perlu melakukan gerakan

tersebut pada masa yang sama, maka masalah pelajar bercakap, membuat kerja lain,

termenung dan tertidur tidak wujud dalam kelas tersebut.

Page 16: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

16

5.5.3 Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back Teacher

Sebelum ini, pelajar kurang terlibat dalam aktiviti dalam kelas. Cuma segelintir pelajar

yang selalunya aktif dan mendapat perhatian guru. Terdapat pelajar yang suka

menyembunyikan diri, pendiam dan tidak ingin bergaul dengan rakan lain dalam kelas.

Melalui kaedah ini, pelajar duduk dalam pasangan. Selepas mengikut gerakan guru

melalui Follow Teacher!, mereka perlu saling mengajar rakan dalam pasangan. Ini telah

meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti. Pelajar yang pemalu dan pendiam mula

mengikut rakan mereka melakukan gerakan. Pelajar yang selalunya mengganggu rakan

serta membuat bising turut melibatkan diri dalam melakukan gerakan. Walaupun keadaan

kelas menjadi bising dalam masa 2 minit, tetapi guru mendapati kesemua pelajar

melakukan gerakan yang sama, iaitu menuju ke objektif pengajaran.

Selepas aktiviti tersebut, kesemua pelajar melakukan gerakan semula bersama-sama

selepas arahan teach back teacher diberikan. Pemerhatian daripada guru menunjukkan

pelajar lebih yakin dan boleh mengingati gerakan serta fakta dalam masa yang begitu

singkat sahaja.

6.0 Cadangan dan Kesimpulan

Whole brain teaching merupakan satu stategi yang baik untuk membantu guru dalam

pengawalan kelas. Perhatian pelajar dapat dikekalkan dan pelajar terlibat dengan lebih aktif

dalam aktiviti P & P. Walau bagaimanapun, oleh kerana persediaan yang belum cukup rapi,

kaedah ini tidak dapat diteruskan kepada topik yang lain. Selain daripada itu, scoreboard pelajar

tidak digunakan dengan baik oleh guru dan terdapat segelintir pelajar yang berasa bosan

apabila kaedah ini digunakan pada kedua kalinya.

Interaksi antara rakan dapat ditingkatkan. Ini bukan sahaja membolehkan guru melibatkan

pelajar yang pemalu serta pendiam dalam kelas, tetapi juga berjaya mengawal pelajar yang

terlalu aktif sehingga mengganggu aktiviti dalam kelas. Oleh kerana topik yang disentuh dalam

kajian ini adalah topik satu sahaja, dicadangkan masa depan, modul tentang topik yang lain

dalam Sains dapat dibuat dengan strategi whole brain teaching.

Page 17: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

17

Bibliografi

Briffle, C (2008). Power Teachers Training Manual. Retrived from

http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html

Briffle, C (2007). Power Teaching Challenging Teens (and the rest of your class, too!). Yucaipa,

CA: Chairperson, Philosophy and Religious Studies Crafton Hills College.

Briffle, C (2007). Designing your Whole Brain Teaching Model Classroom 2.0!. Retrived from

http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html

Vanderfin, J (2009). Practice Cards: A Powerful Addition to Whole Brain Teaching’s Classroom

Management System. Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and Religious Studies

Crafton Hills College.

Briffle, C (2008). Case Studies: Go Power Teaching. Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and

Religious Studies Crafton Hills College.

Page 18: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

18

Lampiran 1

Senarai Semak Pemerhatian Tingkah laku Pelajar dalam Kelas

Arahan: Tandakan (/) bagi tingkah laku yang wujud dan (x) bagi tingkah laku yang tidak wujud

Tingkah laku (/) atau (x) Catatan

1. Pelajar tidak mengantuk dalam kelas.

2. Pelajar tidak membuat bising dalam kelas.

3. Pelajar memberi perhatian semasa guru

mengajar.

4. Pelajar memberi respon kepada guru semasa

guru mengajukan soalan.

5. Pelajar berani mencuba latihan yang

diberikan.

6. Pelajar sering memberi jawapan yang tepat.

7. Pelajar berasa bosan dalam kelas.

8. Pelajar memberi kerjasama kepada guru.

9. Pelajar tidak menunggu jawapan dari guru.

10. Pelajar bermotivasi untuk belajar Sains.

Tingkah laku lain yang tidak tersenarai dalam jadual di atas, sila tuliskan.

1. ______________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________

3. ______________________________________________________________________

4. ______________________________________________________________________

Page 19: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

19

Lampiran 2

Ujian Pra dan Ujian Pos 2 (10 min)

Bahagian A: Melabel

1.

Figure 1 / Rajah 1

(a) On Figure 1, label X, Y and Z with the following words.

Pada Rajah 1, labelkan X,Y dan Z dengan perkataan-perkataan berikut

Diaphragm / Diafragm Trachea / Trakea Rib/ Tulang rusuk

[3 marks]

(b) Draw lines to show the correct match between the structures and their function. Draw the

lines as shown below.

Lukis garisan untuk padanan struktur dan fungsi yang betul seperti dalam contoh yang diberikan.

(2 marks)

Page 20: Tindakan Kajian-Whole Brain Teaching

20