Tikus sawah
Rattus argentiventer (Robinson & Kloss)
Tanaman diserang;
Padi, kelapa sawit, kelapa,
jagung, tebu.
Panjang kepala dan badan =
140 - 210 mm. Panjang ekor=
130 - 192 mm. Berat badan =
85-180 gm
Tikus Belukar
Rattus tiomanicus (Miller)
Tanaman diserang; Padi, kelapa sawit
dan koko.
Panjang kepala dan badan =
125-190 mm. Panjang ekor=
125-198 mm. Berat badan =
55 -152 gm
Tikus rumah Rattus rattus diardii (Linnaeus) Tanaman diserang;
Padi, kelapa sawit, kelapa, koko, jagung, tebu, tanaman umbisi.
Panjang kepala dan badan =
125- 205 mm. Panjang ekor=
113 - 246 mm. Berat badan =
85 - 240 gm.
PEMBIAKAN TIKUS DI SAWAH ☺ Tikus boleh hidup lebih daripada 1 hingga 3 tahun
☺ Berupaya beranak 4 kali / tahun
☺ Anak matang selepas 2 hingga 3 bulan
☺ Peringkat padi bunga –biasanya kahwin
☺ Bunting-21 hari ☺ Beranak pertama 10 hingga 14 hari sebelum padi dituai ☺ Purata bilangan anak 6 hingga 7 ekor ☺ Ibu kahwin lagi 7 hingga 14 hari kemudian
Beranak kali kedua kira 5 minggu selepas beranak pertama
Tikus membiak
4 kali setahun
Sepasang tikus boleh membiak menjadi 2,046 ekor dalam masa 13 bulan.
Purata seekor tikus memakan 5 gm padi sehari
Tikus (Rattus sp.) adalah masalah utama bagi tanaman padi. Bagi musim utama 1984/85 sahaja negara kita telah mengalami kerugian sebanyak RM 12.5 juta disebabkan serangan tikus.
1) Batas yang lebar dan sawah yang banyak rumpai.
2) Keadaan sekeliling sawah yang semak/hutan.
3) Tanah sawah berhampiran tidak diusahakan
4) Parit dan kawasan sekeliling sawah tidak dijaga dari segi kebersihan.
Kerugian hasil adalah RM 30.00/ha bagi
setiap 1% kerosakan (bilah padi dipotong
tikus) berdasarkan kepada harga padi RM
666.70/tan dan pengeluaran hasil 4.5
tan/ha. Jika keluasan bertanam padi
Semenanjung Malaysia 250,000 ha maka
kerugian hasil ialah RM 7.5 juta.
Cara Kawalan Tikus
Cara Kultural
Cara Mekanikal
Cara Kimia
Cara Fizikal
Cara biologi
Cara Bersepadu
Cara Kultural
Bersih kawasan tanaman
Menanam Serentak
Musnahkan batas batas yang perlu
Musnahkan lubang lubang tikus
Cara Mekanikal
Gunakan perangkap
Memburu tikus dan membunuh tikus
Cara Kimia
Menggunakan racun kimia paling popular
dan paling berkesan untuk membunuh
tikus
..\
Cara Fizikal
Membina pagar plastik atau zink terutama
kepada tikus yang bermigrasi
Cara Biologi
Menggunakan musuh semula jadi spt
Burung pungguk jelapang (Tyto alba)
Cara Bersepadu
Satu cara kawalan sahaja kurang berkesan
Kombinasi cara cara kawalan adalah lebih
berkesan
Berupaya mengawal populasi tikus kebawah
paras ETL (> 5%)
Cara biologi adalah teras kawalan bersepadu
1. MENGGUNA RACUN TIKUS (KAWALAN SECARA KIMIA)
Penggunaan racun tikus adalah diantara cara-cara
kawalan yang disyorkan. Terdapat tiga jenis racun tikus
yang boleh digunakan untuk kawalan iaitu racun lilin,
racun debu dan racun hitam.
Racun lilin dan racun debu adalah lebih baik jika
dibandingkan dengan racun hitam kerana ianya lebih
mudah digunakan, selamat dan berkesan.
Penggunaan racun hitam tidak digalakkan kerana ianya
sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan ternakan.
Disamping itu racun hitam juga tidak berkesan setelah
digunakan beberapa kali.
Sambung……
Racun lilin mengandungi dua bahagian penting iaitu:-
1. Bahagian jagung dan
2. Bahagian lilin
Bahagian jagung mengandungi racun yang boleh
membunuh tikus dengan berkesan. Bahagian lilin
tidak mengandungi racun. Oleh itu ianya lebih
selamat digunakan berbanding dengan racun hitam.
Racun lilin sangat mudah digunakan. Ianya
bertindak dengan perlahan. Ciri ini amat penting
kerana tikus tidak akan menyedari ianya
termakan racun dan dengan itu akan dapat
menghindarkan jenis racun ini dari dikenali oleh
tikus.
Walaupun tikus lambat mati, tetapi ianya tetap
akan mati. Biasanya tikus akan mati antara 4-7
hari selepas termakan racun dan boleh dijumpai
di dalam lubang-lubang tempat mereka
bersarang.
PENGESYORAN RACUN UNTUK KAWALAN TIKUS
BAHAN AKTIF % KEPEKATAN PENGELUAR NAMA DAGANGAN FORMULASI SYOR / CATATAN
Chlorophacinone 0.29 Agroscience Sdn. Bhd Check Bait Concentrate
(CB)
1 liter drat +50kg padi/hektar
Pengumpanan beracun
1 hektar-18 stesyen /point di
laluan tikus
Brodifacoum 0.003 Sygenta Corporation Sdn. Bhd Matikus Block Bait
(BB)
100 biji umpan (berlilin) dengan
jarak 10 meter seperti di batas,
ban/parit serta di persekitaran
sawah
Warfarin 0.5 Agriculture Chemical (M) Sdn.
Bhd
Tikumin 500 Powder (AP) Meletakkan racun (debu) di tiap-
tiap lubang tikus yang aktif.
KEKERAPAN PENGGUNAAN RACUN
TIKUS (8 PUSINGAN)
PUSINGAN
1
2
3
4
5
6
7
8
PERINGKAT PADI
14 hari sebelum tabur
5 hari sebelum tabur
Semasa menabur
10 hari lepas tabur
20 hari lepas tabur
35 hari lepas tabur
50 hari lepas tabur
70 hari lepas tabur
CONTOH EDARAN TIKUS MENGIKUT PERTUMBUHAN PADI
TEMPOH JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
Padi Tuai Tabur Beranak Bunting Terbit Tuai Tabur Beranak Bunting Terbit
Tikus Beranak
Beranak
Aktif 2
Matang Mengawan Beranak Matang Menga
wan
Beranak
Beranak
Aktif 1
Matang Menga
wan Beranak Matang
Mengaw
an
Rawatan Pembersihan Ladang
Pengumpanan
Wafarin
Cholophacinone
Pengumpanan
umpan berlilin
Pendebuan
lubang
Pembersihan
ladang
Pengumpanan
Warfarin
Chlorophacinone
Pengumpanan
Umpan berlilin
Pendebuan
lubang
Penggunaan racun lilin sangat mudah. Hanya letakkan satu ketul racun bagi setiap 10 langkah ditepi batas dan lorong-lorong laluan tikus. Mulakan membubuh racun lilin seminggu sebelum menabur benih dan teruskan tiap-tiap minggu selama 10 minggu.
Racun debu mempunyai warna merah jambu dan berbahaya jika disedut.Apabila ianya digunakan di tempat-tempat laluan tikus, ianya akan melekat pada bulu-bulu tikus.Tikus yang mempunyai tabiat suka menjilat bulu akan mati bila menjilat bulu yang telah terkena racun.
Apabila padi mula bunting, penggunaan racun lilin tidak akan berkesan kerana tikus akan lebih tertarik kepada buah padi yang keluar. Oleh itu pada peringkat ini racun debu sangat sesuai digunakan. Penggunaan racun debu hendaklah diteruskan sehingga padi masak.
Sambung……
Selain dari penggunaan racun, kawalan secara mekanikal juga perlu dilakukan. Kawalan cara ini termasuklah memburu dan membunuh tikus serta memusnahkan lubang-lubang tempat tikus berlindung.
2. KAWALAN SECARA MEKANIKAL
3. KAWALAN SECARA BIOLOGI
Order: Strigiformes
Famili: Tytonidae
Subfamili: Tytininae
Genus: Tyto
Spesis: alba
Subspesis: javanica
Makanan utamanya (>98%)
adalah tikus (Rattus spp.)
Memburu mangsa (tikus) di waktu malam.
Seekor BPJ memerlukan 90 gm makanan (2 ekor tikus bersaiz sederhana) sehari.
Membiak 4 kali setahun.
Waktu populasi tinggi mengikut musim padi (Ogos-Disember).
Projek kawalan tikus sawah secara biologi menggunakan
burung pungguk jelapang (BPJ) telah dimulakan pada tahun
1988 di Tanjung Karang, Selangor dengan mendirikan 50
kotak sarang buatan. Program ini diperluaskan ke Seberang
Perak, Perak pada tahun 1989 (20 kotak), 1990 (40 kotak)
dan 1991 (40 kotak).
Menjelang tahun 1993 program ini telah meliputi semua
kawasan tanaman padi utama di Semenanjung Malaysia.
Sehingga tahun 2002 sebanyak 3,691 buah kotak telah
dipasang oleh Jabatan Pertanian di seluroh Semenanjung
Malaysia + 86 kotak gentian kaca (fiber glass) + 225 kotak di
KETARA, Terengganu
PROJEK PERINTIS KAWALAN PEROSAK TIKUS SAWAH SECARA BIOLOGI MENGGUNAKAN BPJ (Tyto alba )
1) Dikebanyakan kawasan tanaman padi di Semenanjung
Malaysia, kerosakan tikus menurun daripada 12 %
(1988) kepada kurang daripada 2 % (1990) dan tahun-
tahun seterusnya.
2) Penggunaan racun tikus menurun (Jabatan Pertanian
membekalkan 42.8 ton (1988) menurun kepada 26.7
ton (1989) dan 0 (1994)
3) Sebelum projek, petani perlu mengumpan sebanyak
8 kali racun tikus semusim (RM 68.00/ha.). Selepas
2 tahun projek kawalan secara biologi ini dijalankan,
kebanyakan petani hanya perlu mengumpan 1 kali
semusim (RM 8.50/ha.).
HASIL PROGRAM KAWALAN TIKUS SAWAH SECARA BIOLOGI MENGGUNAKAN BPJ
1) Dapat mengurangkan kos penggunaan racun tikus.
2) Dapat meningkatkan hasil padi.
3) Dapat mengurangkan pencemaran alam dan mesra alam.
-10
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
% Occupancy % Boxes with eggs % Boxes with owlets
1992 1993
KADAR PENGHUNIAN DAN PEMBIAKAN BPJ (Tyto alba) DI SEBERANG PERAK (1992 – 1993)
broadcast harvest broadcast harvest broadcast harvest broadcast harvest
%
Months
Simptom sawah padi yang diserang tikus
Pemeriksaan kotak sarang gentian
kaca bagi menentukan kesesuaian
penghunian BPJ.
Tujuan:
Menentukan peratus kerosakan
padi yang diserang tikus
disesuatu kawasan.
Dijalankan setiap musim padi,
2 minggu sebelum tuai.
Untuk meningkatkan keberkesanan
pemburuan BPJ pemangsa tikus di
sawah padi. Kayu T dipasang di
penjuru-penjuru kotak sarang, pada
jarak 250 meter daripada kotak.
Tujuan:
Pemeriksaan pellet pada kayu T
Penggunaan BPJ (Tyto alba) dapat
mengurangkan peratus kerosakan
serangan tikus ke bawah ETL (5%)
kecuali dibeberapa kawasan terutama
di kawasan sawah yang menanam
satu kali setahun,keadaan sawah yang
semak, banyak rumpai, berhampiran
dengan hutan dan pengurusan air tidak
sistematik menyebabkan penggunaan
BPJ tidak berkesan.
Kotak Kayu Kotak Gentian Kaca (Fiber Glass)
Kotak kayu
Kotak
Gentian
Kaca
(2001)
Kotak
Gentian
Kaca
(2002)
Burung Pungguk Jelapang telah didapati berkesan mengawal populasi tikus di sawah padi. Seekor burung pungguk dewasa boleh memakan 2-3 ekor tikus semalam.
Untuk meningkat populasi burung pungguk, kotak sarang yang dibina daripada kayu disediakan sebagai tempat tinggal dan membiak di kawasan sawah.
Satu inovasi baru iaitu kotak sarang burung pungguk daripada bahan gentian kaca telah diperkenalkan pada tahun 2002 bagi menggantikan kotak sarang daripada kayu. Kebaikan kotak sarang daripada gentian kaca adalah seperti berikut:
Mengurangkan kos.
Kos bahan dan pemasangan kotak sarang gentian kaca dapat dikurangkan sehingga 39 peratus iaitu RM 497.00 satu sarang berbanding RM815.00.
Penjimatan masa dan tenaga kerja
Kerja-kerja pemasangan kotak sarang gentian kaca di ladang hanya mengambil masa 20 peratus daripada masa yang digunakan untuk memasang kotak sarang kayu.
Lebih tahan
Jangka hayat kotak sarang gentian kaca dijangka sekali ganda lebih tahan daripada kotak sarang kayu. Biasanya kotak kayu boleh tahan dalam masa 5 tahun, manakala kotak sarang gentian kaca dijangka boleh tahan sehingga lebih 10 tahun.
Mudah diselenggara
Jika berlaku kerosakan, penyelenggaraan seperti pembaikan atau penggantian kotak sarang gentian kaca mudah dilaksanakan kerana ianya lebih ringan.
v PENGENALAN:
BPJ Malaysia dipercayai berasal dari Jawa (pertama kali
direkod
di Sem. Malaysia pada ytahun 1881).
BPJ (Tyto alba) merupakan antara 10 spesis pungguk yang ada
di Malaysia. Mukanya berbentuk hati Berwarna putih dengan
garisan tepi berwarna coklat Bulu badan bahagian bawah
berwarna putih. Bulu badan bahagian atas berwarna coklat dan
bertompok oren Berat BPJ dewasa 500-600 gm (Betina lebih
berat daripada jantan). Keanehannya – bebola mata tidak
boleh digerakkan Boleh memusingkan kepala 270
darjah. Bunyi suara BPJ dewasa ialah “shriek”.
v
PENYEBARAN:
BPJ dijumpai di Eropah, Utara Amerika dan Selatan Amerika.
Ia tersebar di Afrika, India, Asia Tenggara, Australia dan
Kepulauan Pasifik.
PEMBIAKAN
v Membiak dua (2) kali setahun.
v Musim membiak ialah mengikut musim padi.
v BPJ mula bertelur ketika berumur 8 bulan.
v Bertelur sebiji sehari, sehingga 9 biji.
v BPJ betina mengeram telur selama 32 hari.
v Telur menetas dalam tempoh 30-32 hari.
v Purata bilangan telur yang menetas 4-5 biii.
v Anak BPJ diberi makan oleh ibu dan bapanya.
v Anak mula meninggalkan sarang dan belajar terbang bila berusia 8-9 minggu.
v BPJ tidak suka bertukar pasangan.
v BPJ jantan bersama pasangannya pada musim mengawan dan bertelur.
v BPJ jantan meninggalkan sarang dan balik kesarang dengan membawa makanan.
v BPJ betina tinggal di sarang sehingga anak berumur 5 minggu.
v BPJ betina boleh menghasilkan 8-10 ekor anak setahun.
Jangka hayat BPJ ialah 5 tahun
DIET BPJ:
98% makanan BPJ adalah tikus.
v Memerlukan 3- 4 ekor tikus sawah (90 gm) sehari atau 1,200-1,500 ekor tikus
setahun.
v Menelan makanannya sekaligus.
v Bahagian daging dihadam, sementara bahagian tulang dan bulu dimuntahkan
semula dalam bentuk ketulan (pellet) yang boleh dijumpai di sarang atau di
bawah kayu hinggap.
PEMBIAKAN
Membiak dua (2) kali setahun.
Musim membiak ialah mengikut musim padi.
BPJ mula bertelur ketika berumur 8 bulan.
Bertelur sebiji sehari, sehingga 9 biji.
BPJ betina mengeram telur selama 32 hari.
Telur menetas dalam tempoh 30-32 hari.
Purata bilangan telur yang menetas 4-5 biii.
Anak BPJ diberi makan oleh ibu dan bapanya.
Anak mula meninggalkan sarang dan belajar terbang bila berusia 8-9
minggu.
BPJ tidak suka bertukar pasangan.
BPJ jantan bersama pasangannya pada musim mengawan dan bertelur.
BPJ jantan meninggalkan sarang dan balik kesarang dengan membawa
makanan.
BPJ betina tinggal di sarang sehingga anak berumur 5 minggu.
BPJ betina boleh menghasilkan 8-10 ekor anak setahun.
Jangka hayat BPJ ialah 5 tahun
SARANG BPJ:
v BPJ tidak membuat sarang sendiri. v Tidak membawa bahan asing ke sarang. Sarangnya akan dipenuhi dengan pellet sebagai pelapek telur. v Tidak banyak tempat/sarang semula jadi untuk BPJ dan ini boleh mengurangkan pembiakannya.
SARANG BUATAN:
v Sarang buatan dibuat daripada gentian kaca mengikut ukuran
92.0 cm panjang x 50.0 cm lebar x 45.0 cm tinggi serta
mempunyai 2 pintu dan lubang udara. Lantainya dilapik dengan
guni bagi mengelak bunyi bising bila dipijak BPJ.
v Berat kotak gentian kaca antara 6.5 hingga 8.0 kg.
v Dipasang pada tiang besi setinggi 6.3m (18 kaki). Pintu masuk
menghadap kawasan lapang dan tidak mengadap matahari
terbit.
v Memerlukan bilangan tenaga kerja seramai 3 orang bagi
pemasangan setiap unit sarang.
v Sarang gentian kaca memberikan kebaikan berbanding kotak
kayu dari segi kos pembuatan, kos pemasangan, menjimatkan
masa dan tenaga kerja memasang, lebih tahan lama serta mudah
diselenggarakan kerana ianya ringan.