BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu, Matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir
secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan
mencabar pemikiran. Dengan sebab itu, Matematik ialah antara bidang yang
terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Matematik merupakan wadah
terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat
penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid
mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan
masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik. Pembelajaran Matematik
menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami
keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru.
1
Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke
semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan
matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan
pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi
pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-
dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak
perubahan telah berlaku dengan pesatnya dan antara yang terpenting ialah
penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang telah mengambil contoh
amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen
yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk
dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai
subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada
pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju
dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi
memenuhi keperluan negara di masa hadapan.
Dalam perubahan dasar tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Ini
adalah kerana, Matematik dianggap sebagai satu subjek yang amat penting dan juga
merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah.
2
Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh murid-
murid. Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana
menghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasi
asas dalam Matematik. Operasi asas tersebut adalah tambah, tolak, darab dan bahagi.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yangmenjadi
fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran tersebut.
Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangat
penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek di
dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjek-
subjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran Matematik tidak hanya diaplikasi dalam
subjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran Matematik diaplikasi di dalam subjek-
subjek dan bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia. Di
kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai murid.
Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah
dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab. Pada
dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid bermasalah dalam menghafal sifir.
Cooper (1994) ada menyatakan bahawa,
“ The number facts of multiplication are more difficult for some
students because the patterns are less obvious and the number are
larger. However, there are students who count the addition facts
but know the multiplication facts. This phenomena occurs because the
students are instruct to memorize the multiplication facts, but are
allowed to count the addition facts”.
3
Melalui ujian “PROTIM” ada analisis yang telah dijalankan kepada murid
tahun 6 oleh Tengku Halim (1998) turut menyatakan bahawa murid-muridnya masih
belum dapat menguasai kemahiran mendarab sebarang nombor dengan nombor dua
digit atau tiga digit di Sekolah Kebangsaan Batu 7, Dungun. Walau bagaimanapun,
beliau telah menggunakan kaedah menggunakan palang yang telah diubahsuai
daripada kemahiran sempoa.
Kenapa murid menghadapi masalah mendarab? Menurut kajian tindakan
yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gedangsa (2009), pada kebiasaannya
murid menghadapi masalah dalam menghafal sifir serta murid juga selalu membuat
kesilapan dalam menyusun nombor mengikut nilai tempat yang betul terutamanya
jika ia melibatkan masalah mendarab lebih dua digit.
Selain daripada itu, keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru
perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi
membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang
dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan
berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan
guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu
pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran.
4
Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran
yang tersendiri. Guru seharusnya mengetahui setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan dan oleh kerana itu tiada satu kaedah mengajar yang
boleh dikatakan keadah mengajar yang terbaik untuk semua murid. Pada asasnya
terdapat tiga gaya pembelajaran yang berbeza dan gaya-gaya ini memberikan kesan
di dalam penerimaan pembelajaran. Peranan guru dalam menampilkan kaedah dan
aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan anjakan penting menjamin keberkesanan
pembelajaran.
Terdapat pelbagai gaya pembelajaran dan pada asasnya terdapat tiga jenis
gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran pelajar visual yang gemar belajar dengan
huruf, perkataan, benda, gambar atau gambarajah, demontrasi, tindakan atau lakonan.
Pelajar audio pula gemar belajar dengan mendengar cerita, penerangan, syarahan
atau huraian, berbual dan memberi pendapat manakala pelajar kinestetik gemar
belajar dengan menulis, melukis, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan,
simulasi atau projek.
5
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Kajian saya bermula apabila saya mendapati empat orang murid daripada
Tahun 5 Abu Daud tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul
terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada
murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab,
mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang
dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu
tamparan yang hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan penyampaian
saya dalam pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan kepada mereka. Apabila
murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara tiadak langsung
murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan
oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan.
Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan
berserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah
sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila
mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya.
Daripada masalah yang saya hadapi ini, persoalannya ialah empat orang
murid ini mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit
yang melibatkan pengumpulan semula. Mereka juga selalu mengulangi kesilapan
dalam meletakkan jawapan hasil darab di nilai tempat yang salah dan ini akan
menyebabkan mereka mendapat jawapan yang salah.
6
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini. Persoalan yang diberi
perhatian dalam penyelidikan ini ialah :
1.4.1 Sejauh manakah penggunaan alatan Pistol dan Tukul ini akan dapat
membantu empat orang murid tahun 5 Abu Daud untuk memperbaiki
tahap penguasaan mereka di dalam operasi darab yang melibatkan
nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan
semula?
1.4.2 Sejauh manakah persepsi murid dengan kaedah Pistol dan Tukul ini di
dalam menyelesaikan masalah operasi darab yang melibatkan nombor
tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula?
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
1.5.1 Objektif Umum
1.5.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.
1.5.2 Objektif Khusus
1.5.2.1 Mengkaji peningkatan penguasaan empat orang murid
dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula.
1.5.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran
Matematik dan kemahiran mendarab.
1.5.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
ceria dan harmonis.
7
1.6 BATASAN KAJIAN
Batasan kajian dalam penyelidikan ini ialah :
1.6.1 Kajian hanya terbatas kepada empat orang murid dari tahun 5 Abu
Daud, Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. Sekolah ini
mempunyai seramai 104 orang murid tahun 5.
1.6.2 Dapatan kajian ini bergantung kepada kejujuran maklum balas
responden terhadap semua soalan dan pernyataan yang dikemukakan
dalam boring soal selidik.
1.6.3 Pemilihan responden untuk kajian ini adalah seramai 4 orang murid
yang diharap dapat memberikan gambaran tentang tahap penguasaan
dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula.
1.6.4 Penyelidik mendapat sedikit kesukaran dalam memperolehi maklumat
yang jitu dan jujur serta dipercayai dalam beberapa item kerana para
responden bimbang maklumat yang diberi akan mendedahkan
kelemahan mereka.
1.7 DEFINISI ISTILAH
Bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan pembaca,
definisi istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini disediakan dan
diterangkan dalam bahagian ini. Antara definisi istilah-istilah tersebut adalah seperti
di bawah :
8
1.7.1 Penguasaan
Menurut Kamus Dewan (1989:663,664), penguasaan membawa
maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada
kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya
atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka,
perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk
menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai pendaraban
nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan
semula.
1.7.2 Murid
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), murid membawa
maksud pelajar, penuntut, anak atau orang yang sedang belajar atau
berguru sama ada secara formal atau tidak. Murid dalam konteks
kajian ini ialah empat orang murid tahun 5 Abu Daud, Sekolah
Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi yang telah dipilih oleh responden.
1.7.3 Darab
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), darab bermaksud
menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau
bilangan. Ia juga bermaksud kira-kira iaitu cara atau kaedah
menghitung untuk menggandakan sesuatu angka seperti 2 x 4 = 8.
9
1.7.4 Digit
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), digit didefinisikan
sebagai sebarang angka dari sifar hingga sembilan. Dalam konteks
kajian ini, ia hanya melibatkan operasi darab nombor tiga digit
dengan dua digit.
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, penggubal
kurikulum dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran
seperti Kaedah Pistol dan Tukul supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang
belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat
digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam
mata pelajaran Matematik. Dengan adanya maklumat ini juga, dapatlah guru
mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat
mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna.
Adalah diharapkan penemuan awal kajian ini dapat dijadikan asas
perancangan pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan
pendidikan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabat-pejabat
Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah.
10
Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat
menyambung usaha ini dengan bekerjasama untuk membantu pihak Jabatan
Pelajaran Peringkat Negeri Johor dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran
Matematik, terutamanya bagi sekolah-sekolah di luar Bandar yang serba kekurangan
dan lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan
untuk memulakan sesuatu usaha bagi memahami factor dalaman diri murid seperti
factor sikap. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) pula dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan
menilai kurikulum Matematik yang sedia ada.
Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat
dilakukan terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan profisiensi
murid-murid dalam mata pelajaran ini.
Adalah menjadi tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum untuk
merangka satu sukatan pelajaran dan modul-modul pembelajaran yang lebih menarik
dan dinamik sifatnya serta bersesuaian selaras dengan prinsip-prinsip psikologi
pembelajaran supaya dapat membentuk sikap yang positif dan meningkatkan
motivasi murid-murid dan guru terhadap pengajaran Matematik pada masa kini dan
akan datang.
11
Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian
daripada sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran,
khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Hakikatnya bahawa mata pelajaran
Matematik di sekolah merupakan antara mata pelajaran yang kurang diminati dan
menimbulkan kebosanan. Ianya bukanlah lagi satu rahsia khususnya murid-murid di
luar bandar. Tambahan pula apabila Matematik diajar dengan menggunakan bahasa
kedua iaitu Bahasa Inggeris. Ini sudah tentu akan membebankan lagi murid-murid.
Jika fenomena ini dibiarkan berterusan, murid-murid semakin tidak bermotivasi dan
akan membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran
Matematik.
Dapatan kajian ini akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini, guru dapat
menumpukan aspek metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap
yang positif dan meningkatkan motivasi murid-murid terhadap mata pelajaran
Matematik.
12
1.9 RUMUSAN
Bab ini telah menghuraikan tentang latar belakang penyelidikan dalam aspek
permasalahan yang ingin dikaji oleh penyelidik. Antara elemen yang dikupas adalah
berkaitan dengan pernyataan masalah bagi kajian, persoalan kajian, objektif kajian,
batasan kajian, definisi istilah dan juga kepentingan kajian ini dijalankan. Adalah
diharapkan dengan huraian-huraian dan maklumat-maklumat yang dibentangkan di
dalam beberapa subtopik di atas akan memberikan gambaran yang sangat jelas dan
memacu tepat kajian ini dijalankan dan hala tujunya.
13
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan menghuraikan beberapa pendapat para penulis tentang
matematik di dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kajian tersebut
merupakan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu dengan
bertujuan untuk melihat beberapa pembolehubah yang mempengaruhi murid-murid
dalam menguasai kemahiran mendarab. Kajian-kajian lepas yang disenaraikan di
bawah adalah berkaitan dengan kepentingan matematik, masalah murid dalam
pendaraban, pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik,
pendekatan Konstruktivisme, teori Konstruktivisme dan pengajaran berpusatkan
murid.
14
2.2 KEPENTINGAN MATEMATIK
Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara
usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan
matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah
dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat
keputusan dengan berkesan. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada
pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu,
penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi
menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan
membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah
negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran
penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat
sekolah.
Di Malaysia dan di seluruh dunia, matematik telah dikenal pasti sebagai satu
mata pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat
pendidikan. Namun, matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik,
kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain
seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman,
1995) dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati
berpunca salah satunya, daripada cara pelajar melihat matematik.
15
Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan
secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan
tentang mata pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap
asing, seolah-olah ia berada di satu dunia yang lain.
Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, ramai
penyelidik masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson,
dan Zanna, 1996; Taplin, 2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan
diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik
membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman
tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan
matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989;
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan
murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan
masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya
mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah
rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk
mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan
kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk
masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003).
16
Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan
matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak
perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka
terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah
dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik.
Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan
inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah
matematik.
Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar
ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai
faktor yang menjadikan mereka demikian. Faktor lain yang menyebabkan kanak-
kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah
disebabkan pengajaran guru yang sangat biasa.
Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam
pengajaran Matematik ialah:
I. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar
dihasratkan meniru apa-apa yang disampaikan.
II. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam
pengajaran di bilik darjah.
III. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan.
IV. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan.
V. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi
dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan
tetap.
17
2.3 MASALAH MURID DALAM PENDARABAN
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang
yang sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang pendidik harus
memahami cara mengajar yang berkesan. Guru mesti belajar cara mengajar. Proses
pengajaran dan pembelajaran dalam matematikagak berbeza dengan subjek-subjek
lain. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan
kemahiran dan penyelesaian masalah (Souviney, 1990; NCTM, 1989; Skemp, 1987;
Carta 4.3.1: Peratus Analisis Item Soal Selidik Tentang Sikap Dan Minat Pelajar
Data menunjukkan bahawa 2 orang pelajar yang mewakili 50% tidak
meminati mata pelajaran Matematik dan 2 orang lagi pelajar iaitu 50% memilih
kurang meminati mata pelajaran Matematik bagi item 1. Min skor bagi item 1 adalah
2.50 iaitu pada tahap sederhana. Bagi item 2, 1 orang pelajar yang mewakili 25%
juga mendapati bahawa mata pelajaran Matematik menggalakkannya untuk berfikir.
1 orang pelajar iaitu 25% tidak setuju dan 2 orang iaitu 50% kurang setuju tentang
pernyataan ini. Min skor item 2 adalah 3.00 iaitu pada tahap sederhana.
Berdasarkan analisis item 3, 2 orang pelajar iaitu 50% tidak setuju tentang
pembelajaran mata pelajaran Matematik memberi kesan dalam kehidupan mereka. 1
orang (25%) kurang setuju dan 1 orang pelajar (25%) setuju tentang pernyataan ini.
Min skor bagi item 3 adalah 2.75 iaitu pada tahap sederhana.
51
2 orang pelajar (50%) kurang setuju tentang penggunaan alat bantu mengajar
dapat menarik minat mereka untuk menjawab soalan pendaraban yang melibatkan
pengumpulan semula bagi item 4. 2 orang pelajar iaitu 50% pula berminat untuk
menjawab soalan pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula dengan
menggunakan alat bantu mengajar (Pistol dan Tukul) yang disediakan oleh guru. Min
skor bagi item 4 adalah 3.50 iaitu pada tahap tinggi.
Bagi item 5 pula, 1 orang pelajar iaitu 25% kurang setuju untuk menjalankan
aktiviti individu atau berkumpulan semasa proses pembelajaran Matematik
dijalankan. 1 orang pelajar (25%) pula setuju dan 2 orang pelajar iaitu 50% sangat
bersetuju untuk menjalankan aktiviti individu dan berkumpulan semasa proses
pembelajaran Matematik dijalankan. Min skor bagi item 5 ialah 4.13 iaitu pada tahap
tinggi.
1 orang pelajar iaitu 25% kurang berminat menjawab soalan darab secara
kumpulan atau individu bagi item 6. 2 orang pelajar (50%) pula berminat dan 1 orang
pelajar (25%) lagi sangat setuju yang mereka berminat untuk menjawab soalan darab
secara kumpulan atau individu. Nilai min bagi item 6 ialah 3.94 iaitu pada tahap
tinggi.
Berdasarkan kepada item 7 pula, 2 orang pelajar iaitu 50% kurang setuju
mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar. 1 orang pelajar (25%) setuju
dan 2 orang pelajar iaitu 50% pula sangat setuju bahawa mata pelajaran Matematik
adalah subjek yang sukar. Nilai minnya adalah 3.69 dan berada pada tahap tinggi.
Jika dilihat pada keseluruhannya, purata skor min bagi minat pelajar adalah
3.36. ini menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan minat pada mata pelajaran
Matematik pada tahap yang sederhana terutamanya pada kemahiran mendarab.
52
4.3.2 Analisis Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(Pistol Dan Tukul) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Tajuk Pendaraban.
No Item Soal SelidikSkala
Min1 2 3 4 5
1 Saya tahu menggunakan alatan
(Pistol dan Tukul) dalam operasi
darab.
-
-
-
-
-
-
3
75%
1
25%4.19
2 Penggunaan alatan (Pistol dan
Tukul) membantu saya
meningkatkan kefahaman dalam
operasi darab.
-
-
-
-
-
-
2
50%
2
50%3.38
3 Penggunaan alatan (Pistol dan
Tukul) menjadikan saya lebih
berminat dalam sesi
pembelajaran.
-
-
-
-
-
-
1
25%
3
75%4.56
4 Penggunaan alatan (Pistol dan
Tukul) membolehkan saya
mengingat konsep operasi darab.
-
-
-
-
-
-
3
75%
1
25%4.19
5 Guru mata pelajaran Matematik
saya berjaya menghidupkan
suasana pembelajaran melalui
kaedah ini.
-
-
-
-
-
-
3
75%
1
25%4.19
6 Pemahaman dalam konsep darab
ini akan menjadikan saya lebih
berkeyakinan dan rajin.
-
-
-
-
-
-
-
-
4
100%4.75
7 Kaedah ini mampu melahirkan
pelajar yang kreatif dalam
mencari ilmu.
-
-
-
-
-
-
-
-
4
100%4.75
53
No Item Soal SelidikSkala
Min1 2 3 4 5
8 Kaedah ini sesuai dilaksanakan
dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik.
-
-
-
-
-
-
4
100%
-
-4.00
Purata 4.25
Jadual 4.3.2: Analisis Skor Min Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Alat Bantu
Mengajar (Pistol Dan Tukul) Terhadap Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Tajuk Pendaraban.
Jadual 4.3.2 menunjukkan analisis skor min item soal selidik tentang
penggunaan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah Pistol dan Tukul
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk pendaraban. Daripada
jadual ini, menunjukkan bahawa min skor bagi item 1 adalah 4.19 iaitu berada pada
tahap baik. Seramai 3 orang pelajar yang mewakili 75% bersetuju dan 1 orang
pelajar (25%) sangat setuju yang mereka tahu menggunakan alatan (Pistol dan
Tukul) dalam operasi darab.
Bagi item 2, seramai 2 orang pelajar iaitu 50% setuju dan 2 orang lagi pelajar
(50%) sangat bersetuju bahawa penggunaan alatan (Pistol dan Tukul) membantu
saya meningkatkan kefahaman dalam operasi darab. Min skor bagi item 2 ini adalah
3.38 iaitu pada tahap sederhana. Item 3 pula menyenaraikan 1 orang pelajar (25%)
bersetuju dan 3 orang pelajar iaitu 75% yang sangat setuju bahawa penggunaan
alatan (Pistol dan Tukul) menjadikan mereka lebih berminat dalam sesi
pembelajaran. Min skornya adalah 4.56 dan berada pada tahap sangat baik.
54
Item 4 dan 5 pula mempunyai bilangan pelajar yang sama iaitu 3 orang
pelajar (75%) yang bersetuju dan 1 orang pelajar (25%) yang sangat setuju bahawa
penggunaan alatan (Pistol dan Tukul) membolehkan mereka mengingat konsep
operasi darab dan guru mata pelajaran Matematik berjaya menghidupkan suasana
pembelajaran melalui kaedah ini. Min skor bagi item 4 dan 5 adalah 4.19 iaitu pada
tahap yang baik.
Bagi item 6 dan 7, juga mempunyai bilangan pelajar yang sama iaitu masing-
masing 4 orang pelajar yang mewakili 100% sangat setuju bahawa pemahaman
dalam konsep darab ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan rajin dan
mereka juga sangat setuju bahawa kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif
dalam mencari ilmu. Min skor item 6 dan 7 adalah 4.75 iaitu pada tahap yang sangat
baik.
Item 8 pula menyenaraikan 4 orang pelajar yang mewakili 100% yang
bersetuju bahawa kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Min skor item 8 adalah 4.00 iaitu pada tahap yang baik.
Pada keseluruhannya purata skor min bagi item soal selidik bagi menganalisis
tahap penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
dalam tajuk Pendaraban ialah 4.25 iaitu pada tahap yang baik.
55
4.3.3 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Pelajar
Ujian Pra Ujian PosPeratus
PeningkatanMarkah
( /10)
Peratus
(%)
Markah
( /10)
Peratus
(%)
1 A 3 30% 8 80% 50%
2 B 4 40% 9 90% 50%
3 C 4 40% 10 100% 60%
4 D 3 30% 8 80% 50%
Jadual 4.3.3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar
Pelajar APelajar B
Pelajar CPelajar D
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
30%40%
40%
30%
80%90%
100%
80%
Ujian Pra Ujian Pos
Carta 4.3.3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar
56
Responden merupakan empat orang pelajar-pelajar yang terpilih bagi
menjalani ujian pra yang telah dijalankan. Dalan ujian pra yang dijalankan, pelajar-
pelajar ini memperolehi markah antara 30% hingga 40% berdasarkan Jadual 4.3.3.
pelajar A dan pelajar D telah menjawab 3 soalan dengan betul dan mendapat markah
30%. Namun setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pelajar A dan
pelajar D meningkat kepada 80% kerana berjaya menjawab 8 soalan dengan betul.
Peningkatan markah yang berjaya diperolehi adalah 50% dalam Ujian Pos.
Pelajar B dan C telah menjawab 4 soalan daripada 10 soalan Ujian Pra
dengan betul dan mendapat markah 40%. Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, pelajar B telah berjaya menjawab 9 daripada 10 soalan dengan betul dan
mendapat markah 90% dalam Ujian Pos. Ini membawa peningkatan markah
sebanyak 50%. Bagi pelajar C pula, pelajar ini berjaya menjawab semua soalan
dengan betul iaitu membawa markah 100%. Peningkatan markah bagi pelajar ini
ialah 60%.
Daripada analisis ini, ia dapat menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu
mengajar seperti Tukul dan Pistol amat membantu dalam pemahaman dan
perkembangan murid dalam menjawab soalan darab antara nombor 3 digit dengan 2
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Ia juga dapat menyediakan satu asas
yang kuat untuk sesuatu konsep yang diajar. Alat bantu mengajar ini juga akan
menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang lebih kekal. Selain itu, ia juga dapat memberi pengalaman
sebenar yang boleh merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Ia juga
mempunyai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.
57
4.3.4 Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
GredUjian Pra Ujian Pos
Jumlah Peratus (%) Jumlah Peratus (%)
A 0 0% 4 100%
B 0 0% 0 0%
C 2 50% 0 0%
D 2 50% 0 0%
E 0 0% 0 0%
Jadual 4.3.4: Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar
Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
0% 0%
50% 50%
0%
100%
0% 0% 0% 0%
Ujian Pra Ujian Pos
Carta 4.3.4: Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Pelajar
58
Berdasarkan Jadual 4.3.4, daripada analisis keputusan Ujian Pra dan Ujian
Pos, ia menunjukkan peningkatan dari segi gred kelulusan pelajar setelah sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.
Daripada Ujian Pra, didapati hanya 50% iaitu 2 orang pelajar sahaja yang lulus
dengan gred C dan 50% lagi pelajar telah gagal iaitu dengan gred D dengan bilangan
pelajar yang sama. Daripada Ujian Pra, didapati kefahaman pelajar-pelajar ini sangat
lemah dalam menjawab soalan darab diantara nombor 3 digit dengan 2 digit yang
melibatkan pengumpulan semula.
Dalam Ujian Pos pula, semua pelajar iaitu 4 orang telah lulus dan
menunjukkan peningkatan kefahaman dalam operasi darab setelah sesi pengajaran
dan pembelajaran dan bimbingan dijalankan dalam masa satu minggu dengan
menggunakan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah “Pistol dan Tukul”.
Pelajar-pelajar ini telah lulus dengan semua pelajar (100%) mendapat gred A. Ini
menunjukkan semua murid telah menguasai kemahiran mendarab bagi nombor 3
digit dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula.
59
4.4 RUMUSAN
Berdasarkan carta dan jadual analisis yang ditunjukkan, pengkaji telah
berjaya mendapati bahawa penggunaan kaedah “Pistol dan Tukul” dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini dapat dibuktikan dengan
peningkatan dalam peratusan ujian yang telah dijalankan di antara dua ujian iaitu
Ujian Pra dan Ujian Pos. Daripada analisis ini, didapati bahawa penggunaan kaedah
“Pistol dan Tukul” bagi operasi darab 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan
pengumpulan semula di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amat berkesan.
Pengkaji juga mendapat maklumbalas daripada pelajar melalui borang soal selidik
yang diedarkan dan dikumpul semula oleh pengkaji setelah diisi oleh responden yang
dipilih tentang keberkesanan kaedah ini. Perbincangan lanjut mengenai keputusan
dan dapatan yang diperolehi dalam kajian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut
dalam bab yang seterusnya.
60
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, pengkaji telah membuat interpretasi terhadap hasil yang
didapati daripada data yang telah dianalisis. Susulan daripada itu, pengkaji akan
membuat perbincangan, rumusan dan cadangan yang sesuai. Ianya merangkumi
rumusan hasil kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan
cadangan kajian lanjutan.
61
5.2 RINGKASAN KAJIAN
Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi adalah tempat kajian ini telah
dijalankan. Seramai 4 orang pelajar yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 1 orang
perempuan telah dipilih oleh pengkaji sebagai responden dalam kajian ini. Pelajar-
pelajar ini dipilih daripada kelas Tahun 5 Abu Daud yang mempunyai tahap
kefahaman yang lemah dalam operasi darab. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat
peningkatan penguasaan murid dalam operasi darab nombor tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan kaedah “Pistol dan Tukul”.
Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini, pelajar ini
diberikan borang soal selidik untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah ini. Data-
data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis.
Menurut Mok Soon Sang (2001), penggunaan alat bantu mengajar adalah
baik dan ia lebih baik jika dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar
pengajaran yang dijalankan, berjalan dengan berkesan, dapat menarik perhatian
pelajar, menjimatkan masa dan tenaga serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
lebih menarik dan menyeronokkan.
Selain daripada itu, ia juga dapat membantu guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar ini juga dapat memainkan
peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran menurut
Pusat Perkembangan Kurikulum (1990).
62
5.3 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
5.3.1 Perbincangan Analisis Item Soal Selidik Tentang Sikap Dan Minat
Pelajar Terhadap Matematik
Setelah analisis item dilakukan kepada 7 item soal selidik, dapatan kajian
menunjukkan purata skor min bagi sikap dan minat pelajar terhadap Matematik
adalah pada tahap sederhana iaitu 3.36 (Rujuk Jadual 4.3.1). Ia menunjukkan bahawa
pelajar mungkin mempunyai sikap dan minat yang agak kurang terhadap mata
pelajaran Matematik disebabkan tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep
atau kemahiran adalah pada tahap yang rendah atau lemah. Dalam hal ini, ianya
menyokong kajian Omardin Ashaari (1999) yang menyatakan bahawa biasanya
murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap,
kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran pelajar
mengikuti pengajaran guru.
Hasil dapatan kajian bagi item ini juga disokong dengan kajian Abu Zahari
(1988 dalam Rohani Kasmani, 1999, m/s 5) yang mengatakan minat dan
kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Ia
dapat membantu pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan hasil pembelajaran
yang dipelajari oleh mereka. Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dan
mampu menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
63
Tugas guru juga amat penting kerana ia juga amat mementingkan kreativiti
guru untuk menarik minat pelajar agar terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan penuh semangat. Kreativiti merupakan mauduk dan agenda
penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Menurut kajian Siti
Hasmah (2008) juga melihat dari perspektif guru yang mana ianya melibatkan empat
faktor utama. Faktor tersebut terdiri daripada pengetahuan, minat, sikap dan
kurikulum. Kajian yang dilakukan oleh Siti Hasmah (2008) adalah seiring dengan
kajian Tamby Subahan (1995), Reece dan Walker (1997) dan Norasmah (2001) yang
mengatakan bahawa faktor utama untuk membudayakan pelajaran dalam kalangan
pelajar ialah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru.
Guru perlulah bijak dalam menentukan strategi dan kaedah yang perlu
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat
murid. Menurut Omardin Ashaari (1999), kebiasaannya, tumpuan dan minat para
pelajar terhadap pengajaran guru dapat bertahan dalam masa yang terhad sahaja.
Oleh itu, para guru perlu memainkan peranan untuk sentiasa menarik minat pelajar
terhadap pengajarannya.
64
5.3.2 Analisis Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(Pistol Dan Tukul) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Tajuk Pendaraban.
Berdasarkan kepada analisis dapatan kajian bagi 8 item tentang penggunaan
alat bantu mengajar (Pistol dan Tukul) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
dalam tajuk pendaraban mendapati skor purata minnya adalah 4.25 iaitu pada tahap
yang baik (Rujuk Jadual 4.3.2). penggunaan alat bantu mengajar juga dapat
membantu guru serta mendatangkan minat dan kefahaman kepada murid untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan ini disokong oleh Lester
B.Bands (1956) menjelaskan bahan bantuan mengajar amat penting kerana
penggunaannya dapat menggalakkan penguasaan bahan pengajaran guru. Dengan
adanya bahan bantu mengajar, ia dapat menarik minat pelajar untuk lebih memahami
isi pengajaran guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) yang menekankan penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta
mengutamakan penggunaan alat bantu mengajar untuk menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran tersebut berkesan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga
telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar di sekolah-sekolah di negara ini
untuk memudahkan guru-guru menggunakannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
65
Para guru perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan alat
bantu mengajar supaya pelajar berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Pernyataan ini disokong oleh Krulik dan Weise (1975) yang
menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih efektif apabila pelajar berminat
terhadap apa yang dilakukan dan ini akan memotivasikan pelajar supaya bersungguh-
sungguh untuk mencapai sesuatu dengan sendirinya.
Penggunaan alat bantu mengajar yang dipelbagaikan dengan kaedah dan
teknik maka pengajaran yang dijalankan akan lebih berkesan, menarik perhatian,
menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik
dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001).
Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara
interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin
tahu yang mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat
bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa
yang diajari. Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami
oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya.
Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan
terhadap pembelajaran, tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh
memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang
mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat
mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami
perbezaan individu. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas
dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan
perkara yang abstrak.
66
Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak
terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif
pelajar dan memberi rangsangan, mempersamakan pengalaman dan membangkitkan
persepsi di kalangan pelajar.
5.3.3 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Pelbagai instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji disepanjang tempoh
kajian untuk melihat keberkesanan dan tahap kefahaman pelajar setelah
menggunakan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah “Pistol dan Tukul”.
Ujian Pra diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk
mengumpul maklumat. Ujian Pos pula diberikan setelah sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan
pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru tentang penggunaan
alat bantu mengajar dengan kaedah “Pistol dan Tukul”.
Daripada Ujian Pos, peningkatan kefahaman pelajar dalam operasi darab
telah dapat dikenalpasti melalui peratus kelulusan pelajar yang telah meningkat
daripada 50% kepada 100%. Peningkatan yang ketara ini telah membuktikan
keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dengan kaedah “Pistol dan Tukul” ini
dalam operasi darab antara nombor 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan
pengumpulan semula.
67
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting untuk membantu
pelajar-pelajar yang menghadapi masalah untuk memahami sesuatu konsep. Seorang
guru yang berkebolehan menjadi aset penting kepada sekolah terutamanya bagi
pencapaian kecemerlangan para pelajar. Guru berkebolehan ini juga dapat
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang tentunya akan menghasilkan
pencapaian cemerlang akademik para pelajar.
Guru juga perlu kreatif kerana kebolehan guru dalam mengatur strategi serta
alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya. Kreativiti
guru dalam menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai adalah perlu agar
penyampaian lebih berkesan, boleh menarik perhatian pelajar dan pelajar dengan
mudah dapat memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan.
5.4 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Hasil analisis instrumen soal selidik, Ujian Pra dan Ujian Pos mendapati
pengaplikasian alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah “Pistol dan Tukul”
ini dalam mempelajari kemahiran mendarab 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan
pengumpulan semula memberikan kesan yang positif kepada responden di mana
kaedah tersebut berkesan dalam membantu responden yang menghadapi masalah
dalam konsep ini.
Daripada hasil soal selidik tersebut, didapati bahawa 4 orang pelajar tersebut
menyatakan bahawa kaedah “Pistol dan Tukul” yang diperkenalkan dalam kajian ini
mudah untuk difahami, dapat memberi lebih keyakinan dalam menjawab soalan
pendaraban dan dapat membantu menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi
darab.
68
Mereka dapat memahami dan suka menggunakan kaedah tersebut dan lebih
berminat dengan subjek Matematik setelah mempelajari kaedah ini.
Implikasi kepada guru yang menggunakan alat bantu mengajar dengan
kaedah “Pistol dan Tukul” adalah guru dapat memperbaiki kelemahan pelajar,
mengaktifkan daya pemikiran pelajar-pelajar mereka, membimbing pelajar dan juga
dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, dengan
daya usaha dan kreativiti guru, akan dapat memperkasakan prestasi pengajaran dan
pembelajaran.
5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan boleh
dikemukakan untuk melihat keberkesanan penggunaannya di semua peringkat
pelajar. Sekiranya keberkesanan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah
“Pistol dan Tukul” ini terbukti dapat meningkatkan tahap penguasaan dan
pemahaman murid untuk menyelesaikan operasi darab, maka ianya boleh
dicadangkan kepada semua guru-guru atau bakal-bakal guru yang akan mengajar
mata pelajaran Matematik, terutamanya kepada pelajar yang berada pada tahap yang
sederhana atau yang lemah. Antara cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji ialah:
5.5.1 Cadangan Kepada Fakulti Pendidikan
(i) Mengadakan program atau seminar pengukuhan dan peningkatan tentang
pembinaan alat bantu mengajar kepada bakal-bakal guru.
69
(ii) Mengadakan kursus atau latihan dalaman kepada bakal-bakal guru yang
kurang kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan alat bantu mengajar.
(iii) Menyediakan sumber kewangan kepada guru pelatih agar mereka dapat
menyediakan alat bantu mengajar yang lebih menarik.
5.5.2 Cadangan Kepada Pihak Guru
(i) Bersedia memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada guru-guru lain dalam
menggunakan alat bantu mengajar secara berkesan.
(ii) Selalu mengadakan perbincangan dengan guru-guru untuk menyelesaikan
masalah yang timbul daripada penggunaan alat bantu mengajar.
(iii) Kaedah ini boleh dilanjutkan kepada bilangan digit yang lebih besar.
5.6 RUMUSAN
Guru yang berjaya adalah guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-
bagai teknik pengajaran. Mereka perlu mengetahui teknik kemahiran membuat
perancangan pengajaran dan menentukan objektif kerana mereka perlu memastikan
hala tuju pelajar pada hujung tiap-tiap pelajaran. Guru juga perlu membuat rumusan
dan penilaian terhadap pengajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah dapat
menguasai kemahiran asas dan membina tapak yang kukuh dalam pengajarannya.
Pelajar juga harus diberi persediaan untuk menghadapi pengajaran guru.
Minat pelajar perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dengan mengubah strategi dan
menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran, contohnya dengan
menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai dan kreatif.
70
Melalui kajian ini, pelajar sedar dengan penggunaan alat bantu mengajar, ia
dapat menarik minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dalam
operasi darab. Penggunaan alat bantu mengajar juga menjadikan pembelajaran tidak
membosankan. Ia juga dapat membentuk keyakinan diri pelajar, bersikap positif dan
pelajar lebih berdisiplin. Pelajar juga dapat memahami langkah kerja pengiraan
dalam operasi darab dengan baik.
Penggunaan alat bantu mengajar mestilah dianggap sebagai suatu bahan yang
padu. Ia bertujuan untuk menambahkan kelancaran proses pengajaran dan
memudahkan kefahaman pelajar untuk lebih memahami sesuatu pembelajaran
dengan lebih jelas dan berkesan. Ia juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar
dengan lebih baik dan dapat membantu guru untuk menyampaikan mesej dengan
jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Ia juga dapat mengukuhkan pemahaman
pelajar dan membolehkannya untuk mengaplikasikannya nanti.
71
RUJUKAN
Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Allchin, D. (1999). Values in Science: An Educational Perspective. Science and Education. 8: 1-12.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, Selangor.
Benjamin S.Bloom dalam Abdullah Yunus (1989). “ Taksonomi ObjektifPendidikan ”. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)
Chien Chin & Fou Lai Lin (2001). Values In Teaching and Learning of Mathematics : A Case Study from Mathematical Induction. Mathematics Education Research Journal.
Clements, M. A. & Ellerton, N. F. (1993). The Centrality Of Language Factors In Mathematics Teaching And Learning. Paper Presented At The International Seminar On The Mathematical Sciences, MARA Institute, Kuching, Sarawak.
Cooper, K.H. (1994). Antioxidant Revolution. Thomas Nelson Publisherd, Nashville-Atlanta-London-Vancouver.
Davis, F.B. (1966). Item Selection Technique, Educational Measurement (ed. E.F.Linquist). Washington, DC : American Council on Education.
72
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.
Ford, Le Roy (1982). Administering Educational Media : Instructional Technology and Library Service. New York : Mc Graw Hill Company.
Garger, S. dan Guild, P. (1985). Learning Style: The Crucial Differences. CuriculumReview, 23(1), 9-12.
Kamaluddin bin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah : Pengajaran Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. (Jurnal tidak diterbitkan). Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kamus dewan edisi ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee, M. J., dan M. Cockman (1995). Values in Children’s Sport: Spontaneously Expressed Values AmongYoung Athletes. International Review for the Sociology of Sport. 30: 337-349.
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2001). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. Reston VA: The Council.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
73
Norasmah binti Haji Othman, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani Ahmad Tarmizi (2001). Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja. Jurnal Teknologi Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Noor Azlan (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal Pendidikan Dalam Pendidikan Matematik, 14, 19-38.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ong, S.L. & Yoong, S. (2003). Membanding Dimensionaliti Ujian Masalah Berayat Matematik. Second International Conference on Measurement and Evaluation in Education (ICMEE), 341-353. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Proctor. R. (1991). Value-free Science: Purity and Power in Modern Knowledge. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise.
Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Rumelhart, D. & Norman, D. (1978). Accretion, tuning and restructuring: Three modes of learning. In. J.W. Cotton & R. Klatzky (eds.), Semantic Factors in Cognition. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Skemp.R. (1987). The Psychology of Learning Mathematics. Mahwah,NJ : Lawrence Erlbaum.
Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Prestasi Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia