ISI KANDUNGAN
TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING ( TGFU )
ISI KANDUNGANBILTOPIKMUKASURAT
1.0Pengenalan3 - 4
2.0Definisi4 - 5
3.0Kepentingan5 - 6
4.0Komponen TGFU6 - 10
5.0Perkembangan TGFU11 - 14
6.0 Kepentingan Menggunakan Kaedah TGFU15 - 16
7.0Membandingkan & Membezakan Antara Pengajaran Secara
Tradisional Dengan Kaedah TGFU17 - 18
8.0 Kesimpulan19
9.0 Rujukan20
10.0Lampiran21
1.0 Pengenalan
Teaching Games For Understanding(TGfU) ialahsatu
pendekatanbergunauntuk semuakomuniti guru dan pelatihyang
mementingkan kemahiran dan teknik dan
memindahkansituasi-situasipertandingan dan persaingan dalam amalan
latihan. TGfUpada asalnyadibangunkan oleh RodThorpeandDavidBunker
dantelah dikaji,disuaikan, dan diterbitkan sebagainama lain(iaitu,
Game Sense and Play Practice).Walaupun secara
keseluruhannyamempunyaisedikit perbezaan, tetapi prinsip-prinsip
pembelajaran melalui
permainan-permainan bermaknaadalahasasbagi semuapendekatan
melalui kaedah TGFU. Ia merupakan suatu pengajaran permainan untuk
kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di
dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa
bosan.Kaedah TGFU ini adalah lebih memfokus terhadap pemahaman yang
menyeluruh terhadap setiap permainan yang terlibat. Pelajar-pelajar
dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep permainan tertentu. TGFU
juga memberi penekanan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.
Oleh yang demikian , semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan guru dan pelatih cuba reka permainan yang seakan
pertandingan sebenar supaya pelajar-pelajar dapat keseronokan dalam
aktiviti fizikal dan mempelajari permainan dalam konteks
pertandingan. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai
tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta
bersukaria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan
dengan sihat serta dapat mengeratkan hubungan persahatan dan
kerjasama yang erat dikalangan pelajar.Melalui TGFU, penglibatan
aktif pelajar bukan sahaja mendapat pencapaian cemerlang maka juga
adalah penting untuk pelajar membuat keputusan yang tepat dan
sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan.TGFU
adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.
Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran
yang seronok.2.0 DEFINISI
Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang
atlet Amerika Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik
pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih
seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak
menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun
meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model
kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia
ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru
atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak
malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan
mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya
menghasilkan faedah yang baik.
Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak
haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu
kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam
sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi
respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu
teknik atau kemahiran harus dilakukan.
Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah.
Antaranya ialah ia dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka
permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap
pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah
pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu
diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai
permainan yang diubahsuai secara berperingkat.
Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai
kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahannya ialah kanak-kanak
mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin
akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang
digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan
tersebut.
Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum
yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan
dan memfokuskan kemahiran asas (theoritical base) dan peringkat
jangka masa singkat ( temporal sequence ) dalam pengajaran sesuatu
permainan sebelum permaianan tersebut dikuasai dengan lebih baik
dan mantap.3.0 KEPENTINGAN TGFUMenekankan konsep apresiasi dalam
permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat
keputusan semasa bermain, selain menggalakkan pelajar melibatkan
diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang
meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam
lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk
belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain.
TGFU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan
bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik
kemahiran untuk meningkatkan permainan.Menyediakan persekitaran
pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi
menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras
domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan
taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend)
pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar
bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya
dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk
membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan
pelbagai.TGFU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain
untuk membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran
yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam
sukan tertentu.TGFU juga menyediakan pelajar dengan peluang memikul
tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri
sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan
nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui
alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam
bidang perkembangan pergerakan kognitif. 4.0 Komponen TGFUBerikut
dihuraikan komponen yang terdapat dalam model TGfU.1. Bentuk
PermainanBentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe
(1982) ialah permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya.
Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan,
bilangan pemain dll. Pelajar- pelajar perlu memahami bentuk
permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.
sesuai untuk semua peringkat umur. Mengandungi kategori permainan
yang berbeza tetapi mempunyai kurikulumyang sama. membantu pelajar
untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian masalah.
memberi tunjuk ajar yang betul situasi permainan yang sesuai telah
di tetapkan, pola permainan mini yang dimainkan
oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi
permainan orang dewasa2. Hargai PermainanPelajar diperlukan
memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan
asal. Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian
peraturan akan mengubah taktik yang akan digunakan. Misalnya,
apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka penjagaan
gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubah.
memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah.
penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk
permainan tersebut. Menambah dan mengrangkan intensiti adalah
penting dalam sesuatu permainan bagi menambah keseronokan dalam
sesuatu sesuatu permainan itu atau menambah kesukaran terhadap
kesukaran permainan tersebut.
Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh
juga menceriakan suasana permainan.
3. Kesedaran TaktikalPelajar menggunakan peraturan permainan
untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri sambil mengurangkan
prinsip-prinsip permainan seperti:
mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak
lawan. bertindakbalas terhadap kekuatan / kelemahan pasukan diri /
lawan Menggunakan tektik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.
membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik. Asas
tektik yang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu
diubahuntuk memenuhi kehendak permainan tersebut. Penambahan kepada
kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihaklawan tetapi
penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan.
4. Membuat keputusan.Semasa permainan dijalankan,
pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan dan
membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi
tentang:
apa yang perlu dilakukan
bila melakukannya
bagaimana melakukannya Cara membuat keputusan dalam masa yang
singkat secara tepat dan pantas adalah sukar. Dalam pendekatan ini
perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkanapa yang hendak
dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.a)Whattodo? Ini jelas
didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan
dibuat. Ia sentiasa ada dalam setiap permainan, sesuatu aspek
sentiasa berubah. Dalam membuat keputusan, setiap situasi
perludiambil kira seperti kemampuan untuk mengenal pasti
petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih
perkara-perkara yangpenting.b)Howtodoit? Masih ada lagi keputusan
bahawa apakah jalan yang terbaik untukmelakukannya dan pilihan yang
menepati kehendak keadaan pada saatyang kritikal.5. Perlaksanaan
KemahiranSetelah pelajar-pelajar mengenal pasti apa yang perlu
dibuat dan bila perlu membuatnya, mereka adalah rela dan bersedia
untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan. Semua
kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks
permainan. -Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk
menunjukkan hasilyang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan
seperti yang diajar oleh guru. -Konteks mengajar dan dapat
mengenali kebolehan guru tersebut. -Ianya berbeza dengan apa yang
dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti dan persembahan
keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut keadaan
permainan.
6. Prestasi
Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam
aspek-aspek: kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan
respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam
permainan.
-Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan
sebelum ini. -Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh
mengetahui pelajar tersebutmerupakan atlit yang berpotensi atau
tidak samada diperingkat sekolah atauantarabangsa. -Melalui
pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur
terhadapteknik yang berkesan.7. Kesimpulan -Aspek berturutan bagi
model itu adalah kritikal.
-Berlainan dengan kaedah pengajaran tradisional, kaedah atau
cara ini bermula dengan permainan dan peraturan bagi persamaan itu
telah ditetapkan untuk perkembangan kesedaran tektikal dan membuat
keputusan dimana telah mendahului faktor respon bagi perlaksanaan
kemahiran dan pencapaian.
-Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi
memerlukan pengubah-suaian bagi permainan dan terus ke penilaian
semula bagi memenuh isyarat permainan baru tersebut
5.0 Perkembangan TGFUFalsafah TGFU masih diubahsuai dan
diperkembangan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea
yang lebih cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah
mengkategorikan permainan kepada 4 kategori utama:
Rujuk kepada :
http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004final.pdf
1 Sasaran (Target)} Penekanan kepada ketepatan dan kawalan.
} Modifikasi cabaran;
Saiz sasaran
Jarak dan peralatan
Sasaran bergerak
1. Perlahan
2. Laju
} Strategi
Menyerang = merancang bagi mengenakan sasaran dengan mudah.
Bertahan = mempertahan/menghalang objek daripada mengenakan
sasaran.
Jenis-jenis sukan permainan sasaran} Archery
} Golf
} Lawn bowls
} Tenpin bowling
} Bocce
} Croquet
} Billiards and
} snookerJaring/Dinding (Net/Wall)} Melibatkan pergerakan,
kawalan dan pukulan ke arah ruang ditetapkan.
} Pemain akan membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau
mengembalikan objek permainan.
} Strategi
a. Menyerang = menghantar objek di tempat yang sukar bagi
pasukan lawan untuk mengembalikannya.
b. Pemboleh ubah seperti ruang, kelajuan, jarak dan ketinggian
laluan objek.
c. Bertahan = sentiasa bersedia dan kawal ruang serangan.
Jenis-jenis sukan permainan Jaring/Dinding} Badminton
} Squash
} Tennis
} Table tennis
} Volleyball
Pukulan/Pemadang (Striking/Fielding)} Melibatkan larian,
pukulan, lontaran, tendangan, dan tangkapan.
} Runners memukul, menendang atau melontar objek dan lari ke
tapak ditetapkan.
} Fielders cuba dapatkan objek dan menghentikan larian
lawan.
} Strategi
Menyerang = arah gerak objek (Placement) bertujuan menyukarkan
fielders .
Bertahan=bertindak balas dan menjangka (anticipate) pergerakan
objek, Sentiasa bersedia dan gerak pantas mendapatkan
objek.Jenis-jenis sukan permainan Pukulan} > Cricket
} > Softball
} > Baseball
Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)} Melibatkan kawalan objek
dan menjauhkannya daripada pihak lawan sambil menyerang.
} Boleh melibatkan tendangan, balingan dan sebagainya.
} Strategi
Menyerang = mengawal objek daripada dirampas pihak lawan. Cuba
buat serangan untuk mendapatkan gol (Kemenangan). Bergerak sambil
membuka ruang serangan
Bertahan = menghalang penyerangan mendapat gol/mata dengan
berada di perantaraan penyerang dengan ruang serangan. Gunakan
tangan, kaki atau kayu atau badan untuk menyekat serangan. Kawalan
gol (Serangan).
Jenis-jenis sukan permainan Serangan/Kawasan} Hockey
} Soccer
} Australian
} rules football
} Rugby league
} Rugby union
} Touch
} Water polo
} Basketball
KATEGORI PERMAINANSASARAN
PUKULAN
JARINGSERANGAN
MEMANAHBESBOLBADMINTONBOLA KERANJANG
BILLARDKRIKETPING PONGBOLA SEPAK
BOWLINGROUNDERSTENISBOLA BALING
BOWLING PDGSOFBOLBOLA TAMPARHOKI
GOLF-BOLA BALINGBOLA JARING
SNOOKER-SKUASY
6.0 Kepentingan Menggunakan Kaedah TGFU
Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk
mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, ia juga adalah
penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat
dan sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan.
TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak
peraturan.Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan
pembelajaran dengan seronok.Menurut, Almy(1984) beliau menyatakan
kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambil-kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka bebas dari
segala peraturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah
laku yang baru.Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara
aktif.Model TGFU membentuk kemahiran secara menyeluruh dan bebas
yang boleh dipindah ke pelbagai sukan.Oleh yang demikian, TGFU amat
sesuai dengan pembentukan pemahaman pengajaran kepada sesuatu
permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak.Kita juga akan
melihat TGFU dari perspektif psikologi, Thorpe menganalisis bahawa
dalam meletakkan psikologi dalam TGFU sebagai kerangka kerja
pendorong.TGFU menekankan pada permainan dan mengarahkan pelajar
untuk menemukan permainan itu, yang merupakan modal dalam cabang
yakni interaksi sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman dengan
berharap pelajar dapat mengembangkan peraturan, dan tantangannya
untuk dapat mencapai bekerja dengan taktik yang tepat.Kemampuan
melatih secara individual atau dalam kelompok kecil, sebagai
pemangkin pelajar dapat bekerjasama dengan yang lain dalam usaha
membantu perkembangan pemikiran.Di dalam TGFU, pelajar dapat
menghalusi dan mengembangkan penampilan mereka sendiri dalam
situasi permainan yang secara berperingkat, di bawah bimbingan
guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.
Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang
memiliki pemahaman yang positif terhadap permasalahan pembelajaran
yang dihadapi.Dalam target games yang terdapat dalam model TGFU,
para pelajar didorong mengembangkan kesadaran taktikal dan
kemampuan pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi
utama dalam pengajaran.Target games merupakan permainan yang
menuntut konsentrasi, ketenangan, fokus, dan ketelitian yang tinggi
dalam permainannya. Apabila aktiviti target games dilakukan maka
akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam target games.
Setelah konsep diri pelajar terbentuk dari aktiviti target games
memberikan kekuatan mental yang mendorong terjadinya proses
pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat.7.0
Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional
dengan
kaedah TGFU.Pendekatan tradisional
Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.
Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan.
Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar
Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan
kemahiran khas.
Ciri-ciri pendekatan tradisional.
Kurikulum yang ditetapkan
Mementingkan pengajaran
Guru menentukan tugas
Tugasan diberikan kepada pelajar
Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru
Mengukur pengajaran mengikut gred.Pendekatan TGFU
1. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainandiadaptasi
daripadapermainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan
pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan
infrastuktur yang bersesuaian.2. Apresiasi permainan seperti aspek
peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi
variasi untuk menarik minat pemain.3. Kesedaran taktikal akan
dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak
lawan.4. Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan
seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan,
mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan
yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.5. Pendekatan ini
berkonsepkan ansur- maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah
dan yang telah dikuasai.Model TradisionalModel TGFU
Perlakuan kemahiran
Lebih mementingkan kepada pemahaman perlakuan dalam sesuatu
aktiviti atau kemahiran yang dipelajari. Ikut Kurikulum yang
disediakan.Permainan
Permainan merupakan fokus utama dalam setiap permainan
Lebih mirip kepada permainan yang mencabar minda.
Permainan
penguasaan hanya pada kemahiran yang terlalu asas selalunya
gagal difahami sepenuhnya oleh pelajar.Appresiasi Permainan
Penggunaan taktik dan boleh diubah suai untuk kemajuan
permainan.
Prestasi
Dinilai setelah selesai pengajaran dan pembelajaranKesedaran
Taktikal
Dikuasai semasa permainan dalam usaha atasi pihak lawan..
Buat Keputusan
Tidak dapat membuat keputusan dan terlalu mengharapkan kepada
guru.Buat Keputusan
Boleh membuat keputusan sendiri.
Kesedaran Taktikal
Dilakukan dalam situasi permainan sebenar.
Tahu hasil pendedahan guruPerlakuan Kemahiran
Berlaku dalam suasana permainan yang direka khas,
Lebih menguasai kerana pemahaman kendiri.
8.0 KESIMPULAN :
Kesimpulannya, guru-guru merupakan medium utama yang terbaik
bagi mendedahkan kepada para pelajar kepada aktiviti-aktiviti
permainan yang variasi yang mereka memahami tentang
pergerakan-pergerakan yang tepat dan organisasi sesebuah permainan
yang dijalankan di sekolah. Selain daripada itu, TGFU dapat dapat
dikaitkan dengan ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam dokumen
standard pembelajaran yang telah disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam mencapai target atau sasara sasaran yang
ingin dicapai. Ini kerana, melalui kaedah permainan, matlamat
pembelajaran lebih mudah dicapai dan difahami oleh pelajar kerana
secara fitrahnya, kanak-kanak suka akan aktiviti-aktiviti yang
berbentuk permainan yang melibatkan pergerakan lokomotor mahu pun
bukan lokomotor.
Melalui permainan kecil guru dapat menyediakan peluang kepada
murid untuk mengasah minda disamping merancang strategi serta
berfikir secara bersama/sepakat. Semasa permainan, murid sentiasa
bekerjasama dalam pasukan bagi mempertahankan pihak masing-masing.
Ini membantu mereka berjuang dengan penuh semangat kesukanan..
Murid juga dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri mereka serta membentuk sahsiah, disiplin
serta jati diri murid. Sebagai guru kita harus merancang dan
menyediakan peluang yang baik untuk murid bermain disamping
membantu dalam perkembangan yang menyeluruh. Badan yang sihat
membantu minda yang cerdas.
9.0 Rujukan :
http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-pendekatan.htmlhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdfhttp://www.tgfu.org/http://www-personal.edfac.usyd.edu.au/staff/lightr/Dr._Richard_Light/TGfU.htmlhttp://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pdfhttp://www.tgfu.info/http://www.ausport.gov.au/sportscoachmag/coaching_processes/teaching_games_for_understandinghttp://thoriqsiap55.blogspot.com/2011/10/tgfu.htmlhttp://www.slideshare.net/Rodzli/ahmad-rodzli-bin-hashimhttp://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.htmlKurikulum
Standard Sekolah Rendah, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani
Tahun 3
( 2012 ), Bahagian Pembangunan Kurikulum.10.0 LAMPIRAN :
2