BAB 1PENGENALAN1.0 PendahuluanDewasa ini kurikulum bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia telah pun beberapa kali
dikemaskini dan diperbaiki bagi tujuan memenuhi kehendak semasa
dunia yang semakin mencabar. Pelbagai pendekatan diperkenalkan bagi
memurnikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan
sekolah. Namun begitu masih terdapat beberapa masalah yang timbul
ekoran kurikulum dan sukatan pelajaran yang baru ini. Proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak dapat memenuhi
kehendak sukatan pelajaran dan kurikulum yang ditetapkan. Hal ini
timbul ekoran perubahan sikap pelajar dan perubahan persekitaran
masyarakat ketika ini. Antara masalah yang timbul dalam pengajaran
mata pelajaran Pendidikan Islam ialah berkenaan minat pelajar di
dalam kelas. Minat pelajar yang kurang terhadap pengajaran
menyebabkan masalah seperti ponteng kelas, kelas tidak terkawal,
kelas bising dan sebagainya. Tambahan lagi dalam topik sirah ada
yang mengatakan topik yang membosankan dan sukar dikuasai oleh
pelajar.
Secara amnya, pendekatan pelajaran dalam setiap bahagian dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam tidak terikat atau tertumpu kepada
satu kaedah pengajaran sahaja. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan
mengikut pengkhususan tajuk-tajuk tertentu. Memandangkan pelajaran
sirah ini amat penting dalam menanam sifat kecintaan para pelajar
terhadap Rasulullah s.a.w dan para sahabat maka perkara ini tidak
boleh dianggap remeh oleh guru dalam mengajar pelajaran sirah.
Pelajaran sirah juga boleh menerapkan akhlak para tokoh dan ilmuan
Islam yang boleh dicontohi oleh umat Islam. Oleh itu, kajian
tindakan ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah tersebut serta
mengemukakan cadangan dan penambahbaikkan bagi mencapai matlamat
pengajaran sirah ini iaitu meningkatkan kemahiran mengingat murid
terutamanya dalam mengingati susunan nama-nama rasul. Kebanyakan
murid sekolah pada hari ini masih lemah dalam mengingat fakta asas
ini.
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang laluPengkaji telah
mengajar di Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah, Kelantan.
Sepanjang mengajar, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar
bidang Pendidikan Islam untuk murid-murid tahun 2. Murid di dalam
kelas ini seramai 27 orang murid yang terdiri daripada 7 orang
murid lelaki dan 20 orang murid perempuan.
Latar belakang yang pelbagai menyebabkan wujud pelbagai tahap
kecerdasan di dalam kelas pengkaji sepertimana yang dikaji oleh
Gardner (1983) di dalam teorinya yang mengatakan bahawa manusia
mempunyai lapan tahap kecerdasan. Hal ini menyebabkan proses
penerimaan ilmu maklumat kepada setiap murrid itu berbeza tahap
penerimaannya. Pengkaji sudah lama memerhatikan situasi ini di mana
kebanyakan murid masih lambat dan perlahan dalam menerima satu
persatu maklumat yang disampaikan oleh guru-guru terutamanya bagi
bidang Sirah. Oleh itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab sebagai
seorang guru, ingin memilih bidang ini dalam usaha mengatasi
permasalahan ini dalam kalangan murid dengan mencari punca sebenar
dan modus operandinya.
41
Pengkaji mendapati bahawa murid-murid ini sukar untuk menguasai
kemahiran mengingat dengan baik khususnya Sirah yang mana
melibatkan peristiwa-peristiwa Islam walaupun telah beberapa kali
dipelajari dan disoal oleh pengkaji. Antara kekangan yang dapat
diperoleh secara tidak langsung ialah murid-murid begitu bosan dan
tidak berminat untuk fokus dan menghayati sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Maka, natijahnya murid sukar untuk mengingat
fakta-fakta sirah.
Semasa pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
berkaitan nama-nama 25 rasul, terdapat beberapa murid sukar
mengingat nama-nama 25 rasul dengan betul. Soalan-soalan secara
lisan telah diajukan kepada mereka, dan mereka tidak dapat menjawab
dengan betul. Semasa menjawab soalan, murid cuba berfikir dan
mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan serta meminta
bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan.
Keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti
lembaran kerja berkenaan yang diedarkan oleh pengkaji. Murid-murid
dilihat termenung dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang
diajar kepada mereka. Murid cuba berbincang dengan rakan untuk
mendapatkan jawapan. Melalui pemerhatian yang dibuat pengkaji,
murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul.
Murid tidak menulis nama-nama rasul dengan betul. Disamping itu
juga, murid-murid kelihatan keliru antara nama malaikat dan
nama-nama rasul yang wajib diimani. Situasi yang berlaku semasa
sesi soal jawab dan aktiviti lembaran kerja berulang juga pada sesi
pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
Apabila melihat situasi sebegini, pengkaji bertanggungjawab
untuk memperbaiki kemahiran mengingat murid berkenaan tajuk ini.
Ini kerana susunan nama-nam 25 rasul ini merupakan salah satu isi
pelajaran yang penting dalam sirah Islam. Bagi meningkatkan
keupayaan mengingat murid-murid, pengkaji telah membandingbeza
beberapa bentuk kaedah yang sesuai dengan tahap kecerdasan
murid-murid.
Maka, disinilah pengkaji beranggapan bahawa masalah ini harus
diselesaikan dengan menggunakan penyerapan unsur muzik dalam
menghafal nama-nama 25 rasul iaitu melalui pendekatan nyanyian. Ini
kerana ianya dilihat lebih dekat dengan diri murid-murid.
Pembelajaran melalui nyanyian juga sesuai diterapkan kerana ia
lebih berpusatkan murid kerana murid akan menyanyi secara
berkumpulan dan individu berdasarkan lirik dengan bantuan guru.
Kemudian mereka akan menghafal lagu berkenaan supaya memori ingatan
mereka berkekalan dalam jangka masa yang lama.
1.2 Latarbelakang kajianKajian ini merupakan satu kajian
tindakan bagi mengatasi masalah mengingat murid dalam pengajaran
sirah. Kajian ini merupakan kajian secara langsung semasa pengkaji
mengajar di Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah, Kelantan.
Sepanjang pengajaran, pengkaji diberi kelas tahun 2. Ketika sesi
pengajaran, didapati pelajar-pelajar tidak memberi fokus dan
tumpuan terutamanya semasa pengajaran bab sirah . Ini secara
langsung menyebabkan tahap kemahiran mengingat murid menjadi rendah
Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengkaji cuba
mencari kaedah-kaedah pengajaran yang lebih bersistematik dan lebih
menarik minat pelajar untuk belajar untuk mengingat fakta-fakta
sirah dengan cepat dan efisien.
Dalam isi pelajaran ini,, murid-murid perlu memahami dan
menguasai kemahiran mengingat nama-nama 25 rasul. Setiap individu
mempunyai tahap keupayaan berfikir dan mengingat sesuatu perkara
mengikut kemampuan masing-masing. Murid- murid tahun 2 ini iaitu
pada umur 8 tahun di mana masih berada di tahap awal perkembangan
kognitif. Jean Piaget (1959) menegaskan pemikiran sebagai satu
proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat.
Beliau berpendapat bahawa perkembangan motor kanak-kanak adalah
lebih baik. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh pakar
psikologi, terhadap keupayaan menghafal diantara dua jantina yang
berbeza. Hasil kajian membuktikan bahawa lelaki dan perempuan
mempunyai keupayaan yang sama untuk menghafal sesuatu perkara.
Perbezaannya bergantung kepada individu tersebut untuk menghafal
fakta yang diberi.
Barangsiapa yang ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat, kitab-
kitab, rasul-rasul dan hari kiamat, maka orang itu telah tersesat
sejauh- jauhnya, (Surah al-Nisa: 136)
1.3 Pernyataan masalahMasalah-masalah yang timbul dalam kalangan
murid ini dapat dikenal pasti hasil daripada refleksi pengajaran
dan pembelajaran yang berterusan. Ini menunjukkan bahawa refleksi
memainkan peranan yang penting kepada pengkaji khususnya dalam
memperoleh maklumat yang sahih dan tepat.
Antara masalah utama yang dapat dikenal pasti ialah murid tidak
dapat mengingat susunan nama-nama 25 rasul dengan mengikut
urutannya apabila pengkaji menggunakan kaedah tradisional. Hal ini
disebabkan oleh murid bosan dan tidak berminat untuk mengikuti
kelas Sirah dengan baik. Responden yang dipilih pula berdasarkan
markah lembaran kerja yang rendah dan tidak dapat menjawab soalan
yang diutarakan kepada mereka.
Menurut Robert M.Gagne (1970) seorang profesor dan ahli
psikologi di dalam Model Pemprosesan Maklumat beliau mengemukakan
sebanyak 8 jenis fasa dan fasa yang kelima adalah mengingat
kembali. Fasa mengingat kembali ini merupakan tindakan mencari
maklumat atau pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka
panjang. Isyarat daripada rangsangan luaran atau motif dalaman yang
menggerakkan seseorang individu itu untuk cuba mengingat kembali
maklumat.
1.4 Soalan kajianKajian ini akan menfokuskan kepada permasalahan
berikut:1.4.1 Apakah tahap penguasaan murid dalam susunan nama-nama
25 rasul ?1.4.2Apakah punca murid lemah dalam menguasai nama-nama
25 rasul dengan mengikut tertibnya yang betul? 1.4.3Adakah
kemahiran mengingat murid dalam susunan nama-nama 25 rasul dapat
ditingkatkan dengan menggunakan kaedah nyanyian?
1.5 Objektif kajianMelalui kajian ini, pengkaji dapat
:1.5.1Mengetahui tahap penguasaan murid dalam susunan nama-nama 25
rasul1.5.2Mengenalpasti punca murid lemah dalam menguasai nama-nama
25 rasul dengan mengikut tertibnya yang betul1.5.3Mengenalpasti
kemahiran mengingat murid dalam susunan nama-nama 25 rasul dapat
ditingkatkan dengan menggunakan kaedah nyanyian
1.6 Kepentingan kajianHasil dapatan kajian ini adalah diharap
dapat:1.6.1 MuridKajian ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman
dan kemahiran mengingat murid terhadap susunan nama-nama 25 rasul.
Ini kerana murid keliru dengan susunan tersebut.
1.6.2 GuruGuru Pendidikan Islam dapat menjadikan kajian ini
sebagai panduan untuk mengenal pasti punca murid tidak dapat
menguasai kemahiran mengingat dengan baik. Disamping itu, kajian
ini amat berguna untuk guru dalam memilih kaedah dan teknik yang
bersesuaian dan berkesan bagi meningkatkan kemahiran mengingat.
1.6.3 Pusat Perkembangan KurikulumDisamping itu, kajian ini akan
memberi maklum balas kepada pusat perkembangan kurikulum mengenai
keberkesanan aktiviti nyanyian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi bidang Sirah.
1.7 Batasan KajianKajian ini dijalankan berdasarkan batasan
berikut: 1.7.1 Responden terbatas kepada 7 orang murid tahun 2.
Kajian ini tidak melibatkan murid lain dari sekolah lain.1.7.2
Kajian ini hanya tertumpu nama-nama 25 rasul di dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam tahun 2.1.7.3 Kajian ini hanya
menfokuskan kaedah nyanyian bagi menguji keberkesanan kemahiran
mengingat murid-murid.
1.8 Rumusan Bab ini menghuraikan penyataan masalah, objektif dan
kepentingan kajian. Antara lain bab ini merumuskan bahawa murid
yang hanya menerima segala pengajaran Sirah yang diajar oleh guru
secara teori akan menyebabkan murid tidak mempunyai pemikiran yang
kreatif dan kritis. Dengan adanya kaedah nyanyian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan berupaya memberikan peningkatan
kemahiran mengingat dan membantu murid meningkatkan motivasi untuk
meneroka lebih lanjut ilmu Sirah serta memberi pengalaman
pembelajaran secara langsung kepada murid dan menggalakkan
pemikiran yang kritis dan kreatif.
BAB 2KAJIAN LITERATUR2.0 KAJIAN LITERATURNyanyian merupakan
salah satu dari cabang muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam
kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1983).
Abdullah al-Amin al-Namiy (1994) di dalam bukunya menyatakan
bahawa Ibnu Khaldun telah mengisyaratkan sesungguhnya muzik adalah
suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu sesuatu
perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa
melagukan sesuatu lagu.
Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), menyanyi adalah
aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan
aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan
lisan yang menarik. Kanak kanak suka menyanyi dan bagi kanak-kanak
yang masih belajar, menganggap menyanyi lebih sebagai satu bentuk
bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan
menenangkan fikiran.
Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan
satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut.
Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi
dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan
mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Guru boleh
menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang
dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan antaranya
ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja
kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid
mempelajari bahasa. Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang
lazim dalam bilik darjah.
Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat
berguna dan boleh mebantu murid-murid menguasai perbendaharaan
kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk
ayat. Lagu juga membantu dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran
dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne
Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di
sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti
nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari
bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai
perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.
Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ayat al-
Quran ini sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang individu.
Setiap individu dikurniakan Allah kemampuan dan kecerdasan minda
yang berbeza- beza. Jadi, bagi mengingati sesuatu perkara,
seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya
ingatan itu berkekalan.
Menurut model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di
bawah mazhab humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia
itu bergantung kepada emosi dan perasaannya dan setiap individu
mempunyai cara belajar yang berbeza. Dalam proses mengingat, emosi
memainkan peranan penting. Emosi mempengaruhi keupayaan seseorang
itu mengingat dan menghafal sesuatu fakta dengan jelas. Jika
berlakunya gangguan emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan
terjejas.
Murugiah Velayutham (1997) melihat pembelajaran ialah suatu
proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke arah
matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong
pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat,
soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua
prosedur yang digunakan untuk membangkitkan dan kegiatan
belajar.
Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik
atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku
setelah beberapa lama. Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang
sangat penting dan mustahak kepada pemikiran dan tindakan.
Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan
kejadian-kejadian yang penting, aktiviti-aktiviti harian tidak
dapat berjalan dengan baik, teratur atau sistematik. Jika seseorang
itu lupa ingatan, sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca,
mengenal benda atau rakan-rakannya yang lain.
Hanafi Ismail dan Sadali Othman (2001), berpendapat bahawa
faktor-faktor yang mempengaruhi daya ingatan seorang murid ialah
sikap murid itu sendiri. Selain itu juga, teknik mengingat dan
bahan yang ada. Bahan pembelajaran yang hendak diingat hendaklah
dalam bentuk yang padat, ringkas, mudah dibaca dan difahami serta
dapat menarik minat murid tersebut.
BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.0 METODOLOGI KAJIANMetodologi kajian
menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian. Bab ini
membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini.
Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan
sasaran dan prosedur kajian. Kajian ini menggunakan kaedah
penyelidikan kualitatif.
3.1 Kumpulan sasaranKumpulan sasaran pengkaji dalam kajian ini
ialah terdiri daripada murid tahun dua. Terdapat 27 orang murid
dalam kelas ini, masing-masing mempunyai tahap pemikiran dan
kemampuan fizikal yang berbeza disebabkan oleh perbezaan individu.
Pemilihan ini dilakukan secara rawak. Hanya 7 orang sahaja terdiri
daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Mereka dipilih
berdasar kepada keputusan lembaran kerja iaitu murid-murid yang
memperolehi keputusan kurang daripada 50% iaitu dari kalangan murid
yang memperolehi markah kurang cemerlang dalam mata pelajaran
pendidikan islam. Pengkaji memfokuskan kepada mereka yang mempunyai
tahap pemikiran yang sama berdasarkan kepada keputusan lembaran
kerja agar hasil kajian yang akan pengkaji lakukan adalah sah
kerana kaedah pemilihan kumpulan sasaran akan mempengaruhi
keputusan hasil kajian kelak, contohnya mereka dipilih berdasar
kepada keputusan lembaran kerja yang telah dilakukan dan murid yang
memperoleh markah 50% sahaja dipilih dalam kajian tersebut.
3.2Prosedur KajianPengkaji telah mengaplikasikan model Kemmis
dan Mc Taggart dalam kajian tindakan ini. Model ini mempunyai 4
tahap dan proses kitarannya:Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis
dan Mc Taggart (1988)
Pengkaji mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah
kesukaran mengingat fakta dan lupa dengan isi pelajaran yang
dipelajari oleh mereka berdasarkan refleksi pengajaran dan
pembelajaran lalu. Murid sukar untuk mengingat kembali isi
pelajaran apabila soalan lisan dan bertulis diajukan kepada mereka.
Disamping itu juga murid kurang berminat dalam mengingat nama-nama
25 rasul. Selepas itu, pengkaji membuat tinjauan awal iaitu untuk
menghimpun fakta berdasarkan pemerhatian, temubual, dan lembaran
kerja.3.3Rekabentuk Kajian3.3.1 MerancangPengkaji telah merancang
tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul
tersebut. Objektif utama perancangan ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran mengingat murid mengenai susunan nama-nama
25 rasul dengan betul. Pengkaji merancang untuk menyelesaikan
masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah nyanyian . Lirik
lagu 25 rasul telah digubah mengikut melodi lagu kanak-kanak Bapaku
Pulang Dari Kota.
3.3.2 BertindakKaedah nyanyian telah diperkenalkan kepada
responden seramai 7 orang dari tahun2 semasa proses rawatan
berlangsung. Kaedah ini dilaksanakan bagi tajuk Rasul Pemimpin
Ummah dan berfokus kepada mengingat nama-nama 25 rasul dengan
betul. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan yang
dirancang oleh pengkaji. Pengkaji hanya menggunakan sekali kitaran
sahaja bagi kajian ini. Pelaksanaan kajian ini dilakukan di serambi
surau Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah , Kelantan selama
sebulan. Langkah-langkah pelaksanaan kaedah nyanyian telah
diringkaskan dan terkandung di dalam jadual 1.
MingguLangkahPerkara
Minggu 1Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3Pengkaji memberi rangsangan awal denganmemperdengarkan
lagu Bapaku pulang dari Kota Murid diminta untuk mendengar dengan
teliti kedua-dua lagu tersebut.Pengkaji memaparkan nama-nama 25
rasul dantugasnya di papan putih dengan menggunakanbahan bantu
mengajar yang sesuai.Pengkaji menyanyi lagu sambil diperhatikan
oleh murid.
Minggu 2Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3Murid menyanyi lagu secara berkumpulanberpandukan
lirik. Pengkaji memerhatitingkahlaku murid secara terkawal.Murid
menyanyi lagu secara melihat lirik dancuba menghafal.Pengkaji
membantu murid mengingat liriknyanyian.
Minggu 3Langkah 1Langkah 2
Langkah 3Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.Pengkaji
menunjukkan gaya semasamenyanyikan lagu dan diikuti oleh
murid.Murid menyanyi sambil membuat gaya secarakumpulan.
Minggu 4Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3Murid diberi peluang untuk mengingat kembalilirik dan
gaya secara terkawal.Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa
melihatlirik secara berkumpulan.Setiap murid dikehendaki menyanyi
secaraindividu dihadapan guru dengan mengingat lirikdan membuat
gaya.Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadapmurid secara
individu.
Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 bulan
3.3.3 MemerhatiSemasa proses pelaksanaan berlangsung, pengkaji
membuat pengawasan terhadap kajian yang dilakukan melalui
pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji direkodkan
bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap
kaedah yang diperkenalkan.
3.4 Cara Mengumpul DataInstrumen kajian yang digunakan
ialah:3.4.1 Ujian Pra dan PascaSebagai pengukuran terhadap tahap
kemahiran responden, pengkaji menjalankan ujian pra dan pasca.
Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap
responden. Ujian ini telah diagihkan oleh pengkaji kepada seluruh
murid tahun 2 untuk mengetahui pengetahuan responden yang terlibat.
Murid-murid dikehendaki untuk mengisi borang. Ujian pra yang
dirangka pengkaji ini mengandungi satu bentuk soalan sahaja.
Ujian pasca pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian
dibuat. Ujian pasca ini dijalankan bertujuan untuk menilai
sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka
panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pasca
yang dibentuk ini sama sahaja dengan ujian pra bagi memastikan
kesahan ujian dan berlaku peningkatan keputusan. Rujuk lampiran A
untuk melihat soalan ujian pra dan pasca.3.4.2 Soal SelidikDalam
kajian ini, soal selidik diberikan kepada responden yang berjumlah
7 orang yang telah dipilih oleh pengkaji. Dalam kajian ini soal
selidik berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah digunakan oleh
pengkaji. Soal selidik berskala ini mempunyai hanya dua pilihan
jawapan sahaja sama ada YA atau TIDAK. Responden perlu memilih
jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka
3.4.3 PemerhatianMuhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa
pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati
tingkah laku subjek kajian secara langsung. Pemerhatian dilakukan
dengan merekod butiran catatan melalui nota atau sebagainya tentang
situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Pemerhatian dibahagi kepada dua jenis iaitu pemerhatian
berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian
berstruktur ialah pemerhatian yang terdapat item-item dikenalpasti
terlebih dahulu. Manakala pemerhatian tidak berstruktur ialah
pemerhatian yang memerhati suatu keadaan secara menyeluruh tentang
situasi yang berlaku. Pengkaji telah memilih untuk melakukan
pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan menyediakan suatu
jadual pemerhatian tingkah laku dan lisan.
BAB 4ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
4.0 PengenalanBab ini membincangkan mengenai hasil analisis dan
interpretasi data berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada
7 orang murid tahun 2.
4.1 Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pascaBerdasarkan
objektif di atas, pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pasca ke
atas responden menggunakan set soalan sedikit berbeza. Pelaksanaan
ujian pra dan pasca untuk menilai sejauhmana peningkatan kemahiran
mengingat responden bagi nama-nama 25 rasul. Hasil pencapaian ujian
pra dan pasca adalah seperti di bawah:
BILRESPONDENUJIAN PRA (%)UJIAN PASCA (%)
1Responden 14686
2Responden 23678
3Responden 32094
4Responden 43290
5Responden 548100
6Responden 63290
7Responden 72486
Min3489.1
Jadual 2: Taburan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Dapatan kajian pada jadual 2 ini adalah pemerolehan data
berdasarkan kajian yang dibuat ke atas tujuh orang responden.
Taburan markah responden pada ujian pra didapati kurang memuaskan.
Hal ini kerana kesemua responden memperolehi markah di bawah
50%.
Ujian pasca ini dilakukan oleh pengkaji setelah rawatan
dijalankan terhadap ketujuh-tujuh orang responden yang dipilih oleh
pengkaji. Ujian pasca ini dilakukan bagi melihat samada terhadap
sebarang peningkatan pencapaian responden dan perbezaan min di
antara ujian pra dan pasca.
Rajah 2 : Graf Perbandingan Peratusan antara Ujian Pra dan Ujian
Pasca
Rajah 2 menunjukkan peningkatan pencapaian setiap responden yang
telah berlaku setelah rawatan melalui kaedah nyanyian yang
dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
yang tinggi antara ujian pra dan ujian pasca bagi setiap responden.
Responden 1 mengalami peningkatan sebanyak 40%, responden 2
mencatatkan peningkatan sebanyak 42%, responden 3 pula menunjukkan
peningkatan sebanyak 74% dan responden 4 meningkat sebanyak 58%.
Manakala responden 5 meningkat sebanyak 52%, responden 6
mencatatkan peningkatan 58% dan responden 7 pula mengalami
peningkatan sebanyak 62%.
Peningkatan tertinggi yang dicatatkan antara ketujuh-tujuh
responden ialah dari responden 3. Keputusan ujian pra bagi
responden 3 agak mengecewakan iaitu hanya mencatat 20%. Tetapi
setelah rawatan melalui kaedah nyanyian, responden 3 telah
menunjukkan anjakan sebanyak 74% iaitu telah mencatat keputusan
sebanyak 94% semasa ujian pasca.
Secara keseluruhan, pengkaji telah menyimpulkan bahawa penilaian
peningkatan peratus responden dinilai melalui min. Jika dilihat
pada rajah 2, min markah ujian pra ialah 34% dan ujian pasca pula
ialah sebanyak 89.1%. Ini bermaksud telah berlaku peningkatan min
sebanyak 55.1% setelah rawatan melalui kaedah nyanyian dilaksanakan
terhadap responden.Rajah 3: Graf Perbezaan Min Markah Ujian Pra dan
Ujian Pasca4.2 Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama
25 rasul melalui kaedah nyanyian4.2.1 Soal SelidikBerdasarkan
objektif yang telah dinyatakan di atas, pengkaji telah mengedarkan
borang soal selidik kepada responden untuk mengetahui minat
responden dalam mengingat nama-nama 25 rasul melalui kaedah
nyanyian sebelum dan selepas rawatan dilaksanakan. Soalan yang
dibina adalah mengikut aras kefahaman responden iaitu soalan yang
mudah difahami bagi peringkat umur responden. Soalan yang dibina
mengandungi sembilan soalan yang menjurus kepada minat responden
terhadap kajian yang dijalankan terhadap mereka. Pilihan jawapan
diberi adalah berdasarkan Ya atau Tidak.
Data daripada soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji telah
dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan
pemahaman dan pentafsiran data. Jadual 3 menunjukkan taburan
kekerapan dan peratusan analisis soal selidik selepas
rawatan.ITEMPERNYATAANYABil (%)TIDAKBil (%)
1Saya minat pada subjek Pendidikan Islam6 ( 85.7 )1 (14.3 )
2Saya suka mendengar lagu6 ( 85.7 )1 (14.3 )
3Saya suka menyanyi lagu6 ( 85.7 )1(14.3 )
4Saya suka belajar melalui kaedah nyanyian6 ( 85.7 )1 (14.3
)
5Nyanyian memberi keseronokan kepada saya7 (100)-
6Saya suka mengingat sesuatu perkara6 ( 85.7 )1 (14.3 )
7Nama-nama rasul dan susunannya susah untuk diingingati 2
(28.6)5 (71.4 )
8Saya dapat mengingat nama-nama rasul melalui kaedah nyanyian.7
(100 )-
9Saya gembira dapat mengingat nama-nama rasul dengan betul 7
(100 )-
Jadual 3 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Analisis Soal
Selidik
Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan data soal
selidik untuk mengetahui minat responden terhadap kaedah nyanyian
yang diperkenalkan oleh pengkaji. Analisis soal selidik ini
dilakukan terhadap responden setelah melalui proses rawatan melalui
kaedah nyanyian bagi mengingat nama-nama 25 rasul.
Bagi item 1 iaitu merujuk pernyataan Saya minat pada subjek
Pendidikan Islam, seramai 6 orang responden menyatakan Ya dan hanya
seorang menyatakan Tidak. Item ini disoal bertujuan untuk
mengetahui bilangan responden yang meminati bidang Pendidikan
Islam.
Item 2 pula merujuk kepada pernyataan Saya suka mendengar lagu,
6 orang responden suka mendengar lagu dengan menjawab Ya dan
seorang responden tidak suka mendengar lagu dengan menjawab Tidak.
Pengkaji ingin mengetahui sama ada responden berminat mendengar
lagu ataupun tidak melalui item yang dinyatakan ini.
Item 3 pula lebih menjurus kepada ingin mengetahui minat
responden dalam nyanyian. Ini kerana ianya sebagai rujukan kepada
pengkaji adakah nyanyian ini merangsang minat murid dalam sesi
mengingat fakta. Seramai 6 orang responden menjawab Ya bagi item
ketiga ini. Manakala hanya seorang responden menjawab Tidak bagi
item ini.
Saya suka belajar melalui kaedah nyanyian adalah pernyataan bagi
item 4. Item ini pula bertujuan untuk mengetahui sama ada murid
suka belajar melalui kaedah nyanyian ataupun tidak. Seramai 6 orang
responden menjawab Ya bagi pernyataan ini dan hanya seorang
menjawab Tidak bagi pernyataan ini.
Item 5 mengandungi pernyataan nyanyian memberi keseronokan
kepada saya. Kesemua responden iaitu seramai 7 orang menyatakan Ya
bagi item kelima ini. Maka tiada seorang pon responden menyatakan
Tidak bagi item ini. Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada
responden berasa seronok sepanjang aktiviti berlangsung.
Manakala item 6 menyatakan Saya suka mengingat sesuatu perkara.
Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudnya minat
responden untuk mengingat sesuatu perkara. Seramai 6 orang
responden menyatakan Ya dan hanya seorang menyatakan Tidak.
Nama-nama rasul dan susunannya susah untuk diingati adalah item
ke-7 dari senarai item-item pernyataan dalam borang soal selidik.
Seramai 2 orang responden menyatakan Ya bagi pernyataan ini dan 5
orang responden menyatakan Tidak. Item ini dirangka bertujuan untuk
mengetahui adakah selepas rawatan terdapat perubahan yang berlaku
bagi mengingat nama-nama 25 rasul.
Seterusnya, item 8 pula lebih kepada ingin mengetahui adakah
responden dapat mengingat nama-nama 25 rasul secara tersusun
setelah aktiviti nyanyian dijalankan ke atas mereka. Seramai 7
orang menyatakan Ya bagi pernyataan item ini dan tiada mana-mana
responden menjawab Tidak bagi pernyataan ini.
Item 9 iaitu Saya gembira dapat mengingat nama-nama 25 rasul
dengan tersusun. Kesemua responden menyatakan Ya bagi pernyataan
item ini iaitu seramai 7 orang responden dan tiada seorang reponden
pun menyatakan Tidak bagi pernyataan item ini. Item ini bertujuan
untuk mengetahui sama ada murid gembira atau tidak setelah mampu
mengingat nama-nama 25 rasul dengan betul. Dapatan-dapatan ini
disokong oleh pemerhatian yang tidak direkod oleh pengkaji semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4.2.2 PemerhatianDalam menjawab persoalan objektif kedua, iaitu
membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul
melalui kaedah nyanyian, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian
bagi melihat peningkatan ingatan dan minat serta tingkahlaku
responden semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pemerhatian yang dilakukan adalah secara berstruktur iaitu dengan
menggunakan borang senarai semak pemerhatian bagi merekod bilangan
kekerapan bagi setiap fokus pemerhatian yang diperhatikan.
Pemerhatian ini dilaksanakan semasa minggu keempat kajian.
Jadual 4 dibawah menunjukkan analisis data borang senarai semak
pemerhatian. Manakala jadual 5 menunjukkan analisis data
pemerhatian melalui aspek tingkahlaku dan lisan responden.
KodFokus PemerhatianKekerapanPeratusan Kekerapan ( %)
1Beri perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung685.7
2Melibatkan diri semasa menyanyi7100
3Menunjukkan minat dengan kaedah nyanyian7100
4Berjaya mengingat lirik nyanyian571.4
5Dapat menyatakan bilangan dan nama-nama rasul7100
6Dapat menyenarai nama-nama 25 rasul dengan secara
tersusun457.1
Jadual 4: Analisis Data Borang Senarai Semak Pemerhatian
KodAspekKekerapanPeratusan kekerapan (%)
1,2,3Tingkah laku20/2195.2
4,5,6Lisan16/2176.2
Jadual 5: Analisis Data Pemerhatian Aspek Tingkahlaku dan
LisanBerdasarkan jadual 4, seramai 6 orang responden memberi
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
iaitu peratus kekerapan sebanyak 85.7%. Seorang lagi responden
kurang memberi tumpuan. Seterusnya, semua responden iaitu sebanyak
100% telah memberi kerjasama yang baik iaitu melibatkan diri dalam
aktiviti nyanyian dan kesemuanya menunjukkan minat melalui
tingkahlaku iaitu berasa seronok dengan nyanyian yang dinyanyikan
oleh mereka. Walaupun begitu, 5 daripada 7 orang responden berjaya
mengingat lirik nyanyian dengan baik. Di mana peratusan ialah
71.4%. 2 orang responden kelihatan sukar untuk mengingat dengan
baik keseluruhan lirik lagu. Kesemua responden berjaya menyatakan
nama-nama 25 rasul dengan betul akan tetapi hanya 4 orang responden
berjaya menyatakan nama-nama 25 rasul dengan tersusun.
4.3 RumusanSetelah dirumuskan 6 faktor tersebut kepada dua aspek
iaitu tingkahlaku dan lisan, pengkaji mendapati aspek tingkahlaku
mempunyai sebanyak 20 kekerapan daripada 7 orang responden iaitu
mencatat sebanyak 95.2%. Manakala aspek pemerhatian dari segi lisan
pula mencatatkan peratusan kekerapan sebanyak 76.2% iaitu sebanyak
16 kekerapan. Ini bermakna responden menunjukkan minat melalui
tingkahlaku lebih tinggi berbanding secara lisan iaitu perbezaan
sebanyak 19%.
BAB 5DAPATAN KAJIAN5.0 DAPATAN KAJIANDapatan kajian ini dapat
melihat sejauhmana kemahiran mengingat murid mengenai nama-nama 25
rasul dapat dipertingkatkan melalui kaedah nyanyian.
5.1 Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pascaBerdasarkan
kepada analisis dan interprestasi data, perbezaan min ujian pra dan
pasca menunjukkan banyak perubahan yang ketara. Kesemua responden
menunjukkan peningkatan yang ketara ketika ujian pasca berbanding
ujian pra. Perbezaan min antara ujian pra dan pasca bagi
keseluruhan responden adalah sebanyak 55.1%. Min skor bagi ujian
pra responden ialah 34% dan min skor bagi ujian pasca responden
ialah 89.1%.
Pengkaji mendapati wujud perubahan peningkatan yang
memberangsangkan setelah kaedah nyanyian diperkenalkan kepada
responden. Ini menunjukkan bahawa objektif pertama telah terjawab.
Sebelum kaedah nyanyian diperkenalkan kepada responden, responden
sukar untuk menyatakan nama-nama 25 rasul dengan tersusun. Semasa
menjawab soalan bagi ujian pasca, responden menjawab soalan sambil
menyanyikan lagu yang dipelajari secara perlahan dan cuba untuk
mengingat kembali lirik lagu yang dihafal oleh mereka. Setelah
aktiviti nyanyian ini dijalankan terhadap mereka, ternyata wujud
peningkatkan dari segi prestasi dan minat terhadap tajuk yang
dipelajari. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian daripada
pengkaji lain di mana kaedah nyanyian ini mampu meningkatkan
prestasi murid.
Hasil kajian Salcedo (2002) mendapati bahawa penggunaan lagu
dalam bilik darjah bahasa asing mungkin mampu membantu mengingat
sesuatu teks. Justeru itu, nyanyian sangat membantu individu untuk
mengingat kembali fakta dan membantu dari segi prestasi
pendidikan.
Hansen dan Bernstrof (2002), menegaskan dalam laporan mereka
bahawa hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian
murid meningkat dengan menggunakan muzik dalam program membaca. Ini
membuktikan bahawa nyanyian juga merupakan salah satu dari cabang
muzik adalah faktor peningkatan tahap pencapaian murid dalam
ujian.
Edith Indek dan Kamariati Hussin (t.t) di dalam kajian mereka,
lebih kurang 90% daripada kumpulan sasaran menunjukkan prestasi
yang baik dan hanya 10% sahaja daripada responden kumpulan sasaran
yang masih lemah dalam lembaran kerja yang diberi kepada kumpulan
sasaran setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan dalam mata pelajaran
sains.
5.2 Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul
dengan tersusunnya melalui kaedah nyanyian.Instrumen soal selidik
dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat murid
dalam mengingat nama-nama 25 rasul melalui kaedah nyanyian. Dapatan
daripada data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa kesemua
responden menunjukkan minat dan keseronokan belajar apabila
menggunakan kaedah nyanyian dalam mengingat nama-nama 25 rasul.
Melalui data soal selidik yang telah dianlisis, pengkaji memperoleh
respon yang positif setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan kepada
mereka. Aktiviti nyanyian ini ternyata memberi keseronokan terhadap
mereka.
Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid-murid
menunjukkan respon tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam
aktiviti nyanyian. Pemerhatian melalui lisan, didapati hampir
kesemua murid dapat mengingat lirik nyanyian dengan baik walaupun
terdapat dua orang murid yang masih tidak yakin dengan lirik yang
dihafal oleh mereka.
Responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali
aktiviti nyanyian berlangsung. Mereka bersungguh-sungguh untuk
mengingat lirik dan melodi yang diadaptasi dari lagu kanak-kanak
bahasa Melayu iaitu Bapaku Pulang Dari Kota. Lagu yang diadaptasi
dan diubahsuai inilah salah satu faktor yang mendorong mereka
belajar dengan penuh minat.Data ini kemudiannya disokong oleh
Hanisah Shaari (2010) dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa
aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada murid untuk melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran dan dalam menarik minat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berpendapat, nyanyian
mampu meredakan tekanan mental dan fizikal murid-murid.
Hadiah Senin (1999), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah yang dilakukan terhadap 250 pelajar termasuk pelajar
Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di daerah Batu Pahat
Johor mendapati pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya dalam
bidang sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata
pelajaran tersebut. Justeru itu, berdasarkan kajian inilah faktor
yang mendorong peningkatan murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul
dengan tersusun kerana wujudnya minat dalam diri setiap murid.
Tan Siew Tee dan Shi Soi Fah (2005) dalam kajian mereka, muzik
dan lagu adalah suatu perkara yang hampir dengan murid. Mereka juga
menambah, tindakan memainakan muzik dan lagu dapat memotivasikan
murid untuk menghadiri kelas dan menumpukan perhatian sepenuhnya di
dalam bilik darjah. Maka dengan itu, aktiviti nyanyian melodi ria
ini secara tuntasnya dapat meningkatkan minat murid dari segi
tingkahlaku dan lisan murid.
Robiah Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009), dalam kajiannya,
peningkatan minat pelajar dapat dibantu dalam Pendidikan Islam
dengan gubahan lagu. Lagu atau muzik amat penting dalam membantu
murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil
dapatan kajian mereka mendapati bahawa pelajar lebih aktif dan
bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran lebih fokus dan dapat
mengingat fakta dengan cepat dan mudah.
5.3 RumusanMelalui dapatan-dapatan kajian yang diperoleh,
pengkaji mendapati bahawa objektif-objektif kajian telah tercapai
melalui kaedah nyanyian iaitu untuk melihat perbezaan min ujian pra
dan pasca dan juga untuk membangkitkan minat murid dalam mengingat
nama-nama 25 rasul secara tersusun.
BAB 6CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYASetelah memperoleh hasil yang
memuaskan dari dapatan-dapatan yang telah dibincangkan, pengkaji
berpendapat bahawa kajian ini perlu diteruskan untuk kepentingan
pendidikan pada masa akan datang. Ini kerana kaedah nyanyian ini
amat sesuai dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi merentasi mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, beberapa
cadangan bagi kajian lanjutan telah dicadangkan oleh pengkaji iaitu
menggunakan kaedah nyanyian ini untuk pelbagai bidang dan mata
pelajaran.Selain itu juga, pengkaji mencadangkan agar kajian ini
diaplikasikan secara meluas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini. Murid-murid kini lebih berminat
terhadap unsur-unsur hiburan dan guru harus mengetengahkan hiburan
mendidik jiwa seperti nyanyian dalam pembelajaran agar dapat
meningkatkan minat terhadap akademik.Pengkaji juga mencadangkan
agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan mengkombinasikan
nyanyian dan gaya secara bersama agar murid-murid mudah mengingati
isi pelajaran dengan lebih efektif dan efesien. Selain itu,
pengkaji juga mencadangkan agar penggunaan perkusi sebagai
instrumen tambahan semasa aktiviti nyanyian dilakukan bagi
mencorakkan keseronokan dalam proses pembelajaran murid. Tambahan
itu, pengkaji juga bercadang agar kajian seterusnya menggunakan
sesi karaoke berpandukan video yang mempunyai lirik lagu. Nyanyian
berbentuk karaoke ini akan menarik minat murid untuk meningkatkan
minat mereka dalam pembelajaran mereka. Sesi ini harus mempunyai
pemerhatian dan kawalan daripada guru agar responden dapat
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara terkawal.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan 7 orang responden dari
murid tahun 2 dan pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya
dilaksanakan dengan menggunakan sampel kajian yang lebih besar dan
terbuka untuk semua tahun dari tahun satu sehingga tahun enam. Ini
bertujuan untuk menguji sejauhmana kaedah nyanyian ini membantu
meningkatkan kemahiran mengingat pada situasi murid yang ramai.
6.1 RumusanSecara rumusnya, kaedah nyanyian ini memberi
kepentingan kepada murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan
kaedah berpusatkan murid iaitu kajian ini menumpukan 80% kepada
murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui kaedah
nyanyian ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang
minat murid untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran
tidak berlangsung dalam keadaan tertekan. Akhir sekali, diharap
dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti
guru-guru, murid-murid dan pusat perkembangan kurikulum.
RUJUKANAL-Quran al-Karim(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdullah al-Amin al-Namiy. (1994).
Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun Dan Al-Qabisi.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Annuar Ayub, Christopher Bowring carr, John West Burnham (1999).
Pembelajaran Berkesan di Sekolah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Edith Indek, Kamariati Hussin, (t.t) Keberkesanan Lagu Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Diperoleh Julai 2011, dari
http://www.docstoc.com/docs/33520737/keberkesanan-lagu-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran.
Carl R Rogers, (2003). Client-Centered Therapy: its Current
Practice, Imlications and Theory, London, Consrable.
Hadiah Senin, (19977). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Prestasi
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah, Projek Penyelidikan Sarjana
Pendidikan Universiti Kebangsaaan Malaysia, Bangi.
Hanafi Ismail, Sadali Othman (2001) Mencari Permasalahan
Pelajar, Kuala Lumpur, Al- hidayah Publishers.
Hanisah Shaari, (2010). Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta
Dalam Tajuk Israk dan Mikraj Tahun lima Melalui Kaedah Cerna. Kuala
Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail
.
Hansen, D. Bernstorf, E, & Stuber, G.M. (2004). Linking
Music Learning to Reading Instruction, Music Educators Journal,
88(5).17-21
Jean Piaget. (1959), Piaget: The Languange and Thought of the
Child, London. Taylor and Francis Group.
Kamrudin Hj Husin, Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Penguasaaan
Kemahiran Membaca: Kaedah dan Teknik Membaca, Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mohd Daud Hamzah (1990). Emosi Dalam Pembelajaran, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.