PSZ 19:16
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN PERSEPSI
MASYARAKAT TERHADAP KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJALSESI PENGAJIAN :
2006/2007
Saya
FAZLINA BT MD AKHIR(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)*
disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah
hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini
sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. **
Sila tandakan ()
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TERHAD
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO 66 JLN AU5C/2, LEMBAH
KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF. DR MOHD RAZMAN BIN SALIM Nama Penyelia
Tarikh :
30 APRIL 2007
Tarikh : 30 APRIL 2007
CATATAN :
* **
Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD,
sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai
tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya, tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
Tandatangan
:
...........................................................
Nama Penyelia : PROF. DR. MOHD RAZMAN BIN SALIM
.........................................................................
APRIL 2007 :
............................................................
Tarikh
KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KAEDAH PELUPUSAN SISA
PEPEJAL
FAZLINA BT MD AKHIR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
ii
Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan :
........................................................... FAZLINA
BT MD AKHIR :
............................................................ APRIL
2007 :
............................................................
Nama
Tarikh
iii
Buat keluarga tersayang, abah dan mama, Md Akhir Ibrahim Halimah
Ahmad
Serta abang dan adik-adik, Mohd Fahmi Fazrena Nadia
Farahanna
Turut membantu Mohd Noridzwan Omar
dan rakan-rakan Siti Nurul Huda Wan Najihah Farhanah Norazuree
Draman
Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberi
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikanNya
dapat saya menyiapkan projek akhir ini dengan sempurna. Sekalung
penghargaan diucapkan kepada penyelia saya Prof Dr Mohd Razman
Salim atas panduan dan kesudian beliau meluangkan masa membimbing
dan memberikan tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan.a
Penghargaan turut disampaikan kepada penduduk kawasan perumahan
Taman Pulai Utama atas kerjasama yang diberikan untuk ditemubual
dan kesudian mereka mengisi borang soal selidik yang disediakan.
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang membantu dan memberikan
komen dan teguran yang membina. Terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan kajian
ini.
v
ABSTRAK
Penerimaan penduduk adalah penting apabila sesuatu kaedah
pelupusan ingin dibina dan dilaksanakan berhampiran kawasan
kediaman. Dalam kajian ini, kebimbangan terhadap kesan pembinaan
tapak pelupusan sampah dan insinerator dinilai dan dianalisa
melalui borang soal selidik. Ekoran masalah kekurangan tanah dan
kadar penjanaan sisa pepejal yang tinggi menyebabkan perletakan dan
pembinaan insinerator dianggap sebagai satu cabaran yang besar di
negara kita. Kajian ini memberi tumpuan terhadap tahap kesedaran
dan kefahaman penduduk berkaitan kaedah pelupusan sisa pepejal
seterusnya menilai penerimaan penduduk sama ada wajar atau tidak ia
dilaksanakan. Borang soal selidik diedarkan kepada penduduk di
Taman Pulai Utama dimana soalan-soalannya merangkumi pandangan
penduduk terhadap pelbagai isu berkaitan pembinaan insinerator,
tahap pengetahuan dan kebimbangan penduduk yang menjurus kepada
persoalan tersebut. Berdasarkan analisis yang dibuat, pencemaran
dan ancaman terhadap kesihatan adalah perkara yang paling
dibimbangi diikuti dengan kesan kemusnahan alam semulajadi dan
pembiayaan kos yang diperlukan untuk mengendalikan teknik pelupusan
tersebut. Pendek kata, penduduk berperanan penting dalam menentukan
pembinaan sesebuah tapak pelupusan berhampiran kediaman mereka.
vi
ABSTRACT
Public acceptance is crucial when a solid waste management
option is constructed in Malaysia where the site is usually not far
from a residential area. In this study, peoples concerns about
various impacts related to SWM facilities were analyzed by
performing a questionnaire survey and analysis. Because of limited
space and high capacity of garbages, the siting and construction of
a new waste incinerator is a big challenge in our country. This
study aims to investigate peoples concerns about solid waste
management option i.e. incinerator and their attitudes towards such
options. A questionnaire was designed based on literature reviews
and was sent to residents in Taman Pulai Utama. The questions
covered publics views on a number of broad environmental issues
related to the facility siting, and attitudes towards construction
of a waste incinerator. Of the many concerns, pollution and health
effect had the highest rating, followed by damage to nature and
cost. In a number of ways, the public has been given an
increasingly important role in determining whether or not a
facility will be sited in their backyard.
KANDUNGAN
BAB
PERKARA PENGESAHAN PENYELIA TAJUK PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN
ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI
LAMPIRAN
MUKA SURAT
i ii iii iv v vi vii xi xii xiii
BAB I
PENDAHULUAN
1
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6
Pengenalan Objektif Skop Kajian Kawasan Kajian Soal Selidik
Kepentingan Kajian Penyataan Masalah
1 5 5 5 6 7
BAB II
KAJIAN LITERATUR
9
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6
Definisi Sisa Pepejal Pengelasan Sisa Pepejal Penjanaan Sisa
Pepejal Komposisi Sisa Pepejal Pengurusan Sisa Pepejal Kaedah
Pelupusan Sisa Pepejal 2.6.1 2.6.2 Kaedah Timbusan Tanah Pembuangan
Sisa Pepejal Terbuka 2.6.3 2.6.4 Pengkomposan Penunuan
9 10 10 12 12 13 14
15 15 16 17 19 20
2.7 2.8 2.9 2.10
Kitar Semula Pengurangan Sisa Pengasingan Sisa Fenomena
Penutupan Tapak Pelupusan Sampah
21
2.11
Konsep Pengurusan Sisa Pepejal Secara Bersepadu (IWMS) 23
2.12
Alternatif Menggantikan Kaedah Timbusan Tanah 25 26 29 29 30 30
31
2.13
Proses Penunuan 2.13.1 Pengasingan Sisa Pepejal 2.13.2
Pembekalan Tenaga elektrik 2.13.3 Penghasilan Gas dan Abu
2.14 2.15 2.16
Jenis-jenis Penunu Peraturan yang Perlu Dipatuhi Keperluan
Insinerator Pada Masa Akan Datang 2.16.1 Pengurangan Isipadu Sisa
Pepejal 2.16.2 Penyahtoksikan
32 32
2.16.3 Pemulihan Tenaga 2.17 2.18 Kesan Ekonomi Ancaman
Kesihatan Menerusi Dioxin
33 33 34
BAB III
METODOLOGI
37
3.1 3.2
Pengenalan Perancangan Kajian 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Kajian Awal
Penentuan Lokasi Kajian Golongan Sasaran
37
39 39 40 40 40 41 41 42
3.3 3.4
Borang soal selidik Pengumpulan dan Analisis Data 3.4.1 3.4.2
Data-data primer Data-data sekunder
3.5
Penganalisaan Data 3.5.1 Kaedah Penganalisaan Data dan
Maklumat
42 44
3.6
Rumusan dan cadangan
BAB IV
ANALISIS DAN KEPUTUSAN
45
4.1 4.2 4.3 4.4
Pengenalan Analisis Data Analisis Soal Selidik Analisis Latar
Belakang Penduduk 4.4.1 Kajian Terhadap Responden Yang Berbeza
Jantina
45 45 42 47
47
4.4.2
Kajian Terhadap Tahap Umur Responden 48
4.4.3
Kajian Terhadap Taraf Pendidikan Responden 50 51
4.5 4.6
Tahap Kesedaran Masyarakat Tahap Kefahaman Responden Mengenai
Proses Pembakaran Terkawal (Insinerator)
52 53 55
4.7 4.8 4.9
Tahap Pengetahuan Masyarakat Tahap Sokongan Responden Keutamaan
Pemilihan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal
56
4.10
Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa
Pepejal 57
BAB V
KESIMPULAN DAN CADANGAN
58
5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6
Pengenalan Kesimpulan Batasan Kajian Reaksi Penduduk Cadangan
Rumusan
58 59 60 61 61 62
RUJUKAN
64
LAMPIRAN
66
SENARAI JADUAL
NO
PERKARA
MUKA SURAT
2.1 4.1 4.2
Komposisi Sisa Pepejal Pembahagian Soalan Dalam Borang Soal
Selidik Perbandingan Peratusan Terhadap Responden yang Berbeza
Jantina
12 46
47
4.3
Perbandingan terhadap peratusan responden mengikut Umur 49
50
4.4 4.5
Tahap Pencapaian Pendidikan Responden Perbandingan Peratusan
Terhadap Bilangan Responden yang Mengetahui Tentang Isu
Insinerator
51
4.6
Perbandingan Peratusan terhadap Tahap Kefahaman Responden
Mengenai Proses Insinerator 52 54 55 56
4.7 4.8 4.9 4.10
Tahap Pengetahuan Masyarakat Tahap Sokongan Masyarakat
Perbandingan Keutamaan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal Perbandingan
Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal
57
SENARAI RAJAH
NO
PERKARA
MUKA SURAT
2.1 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5
Sistem Konfigurasi Peleburan Sampah (Insinerator) Carta Aliran
Kajian Peratus Responden Mengikut Jantina Peratus Penduduk yang
Disoal Selidik Mengikut Umur Peratusan Mengikut Tahap Pendidikan
Responden Peratus Responden yang Mengetahui Isu Insinerator
Peratusan terhadap Tahap Kefahaman Responden mengenai Proses
Insinerator
28 38 48 49 50 53
49 56
4.6 4.7
Peratusan Keutamaan bagi Melupuskan Sisa Pepejal Perbandingan
Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal
57
SENARAI LAMPIRAN
NO
PERKARA
MUKA SURAT
1 2
Borang Soal Selidik Gambar Kawasan Kajian
66 70
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Penghasilan 2,500 tan sampah sehari dengan hampir 1.5 kilogram
dikeluarkan setiap individu di bandar, memungkinkan negara ini
ditimbuni sampah sarap satu hari nanti berikutan tempat atau
kawasan pelupusan semakin terhad. Jumlah itu meningkat berbanding
laporan yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan pada 2001 menunjukkan seorang penduduk di negara ini
menghasilkan 0.8 kilogram sisa pepejal sehari, menjadikan kira-kira
15,000 tan bahan itu dihasilkan di seluruh negara setiap hari
(Berita Harian, 2004).
Berdasarkan kajian itu, jumlah berkenaan membimbangkan kerana
pembuangan tidak sempurna dan terkawal boleh mencemarkan alam
sekitar, menyebabkan longkang tersumbat, banjir kilat, mewujudkan
keadaan tidak selesa seterusnya menjejaskan kesihatan orang ramai.
Bagaimanapun, keadaan itu boleh diatasi dengan mengitar semula
bahan buangan pepejal atau melupuskannya melalui penggunaan
insinerator. Kini, kaedah insinerator menjadi antara pilihan utama
kerana ia mampu mengatasi masalah pencemaran, selain memastikan
ekosistem terus terjaga.
2 Perancangan dan pengurusan sisa pepejal merupakan satu tugas
penting yang perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam
menyediakan perkhidmatan yang berkesan, selesa dan tidak
mencemarkan alam sekitar. Sebanyak 161 tapak pelupusan sisa pepejal
telah dibina di Semenanjung Malaysia di mana sebanyak 54 peratus
tapak pembuangan mengamalkan pembakaran secara terbuka, 31 peratus
mengamalkan penimbusan terkawal dan kurang daripada 1 peratus
membuang ke dalam sungai dan selebihnya adalah melalui kaedah
pembakaran terbuka Bilangan ini merupakan satu jumlah yang banyak
namun ia tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang
dihasilkan. Kini kira-kira 240 tempat pelupusan sampah yang menjadi
penyelesaian masalah itu, selain pembakaran terbuka dan tempat
pembuangan (Utusan Malaysia, 2006). Namun dengan jumlah sampah yang
semakin meningkat setiap tahun, cara pelupusan konvensional di
tapak pelupusan sampah bukan lagi jalan penyelesaian.
Masalah pelupusan sampah bukanlah perkara baru di Malaysia.
Penghasilan sampah oleh rakyat negara ini pada kadar yang
membimbangkan dan jika tiada sebarang usaha dilakukan oleh
kerajaan, sampah akan menjadi masalah utama. Penghasilan sampah
sarap oleh rakyat negara ini bukan saja semakin bertambah, malah
kuantitinya lebih tinggi berbanding negara lain.
Pihak berkuasa tempatan membelanjakan sehingga 60 peratus
daripada belanjawan tahunan mereka untuk pengurusan sisa, Malaysia
menanggung kos antara RM110 dan RM130 untuk mengutip dan
memusnahkan satu tan metrik sampah. Ia mencapai jumlah antara
RM1.98 juta dan RM2.34 juta sehari atau RM854 juta setahun untuk
memusnahkan 18,000 tan metrik sisa pepejal sehari (Utusan Malaysia,
2006). Lebih 30 peratus daripada sampah kita boleh dikitar semula,
dan bahan-bahan ini boleh dielakkan daripada berakhir dengan
ditanam atau dibakar. Pengambilan tanah yang kian meningkat untuk
digunakan sebagai penimbusan dilihat bukan sebagai penyelesaian
berkekalan kepada masalah yang sememangnya semakin bertambah.
3 Selain itu, tanah yang terhad serta nilai pasaran tanah yang
tinggi juga memberi tekanan terhadap penyediaan tapak pelupusan.
Masalah dari segi pengambilan tanah dan peruntukan projek perlu
diatasi dalam memperuntukkan kawasan pelupusan sisa pepejal yang
baru. Ini adalah kerana pusat pelupusan sisa pepejal secara terbuka
ini memerlukan kawasan yang luas tetapi jangka hayat penggunaannya
adalah dalam tempoh 20 tahun sahaja. Pembangunan yang semakin pesat
juga menyebabkan wujudnya masalah ruang yang semakin terhad untuk
tapak pelupusan sisa pepejal secara terbuka (Nur Shahida Zulkefli,
2006)
Telah banyak kajian yang dijalankan ke atas sistem ini
menunjukkan penggunaan kaedah ini mempunyai banyak masalah,
terutamanya bagi tapak-tapak yang tidak direka bentuk dengan baik.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menyarankan supaya sistem
yang sedia ada dikaji semula. Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Secara
Bersepadu (Integrated Waste Management System - IWMS) wajar
diperkenalkan bagi memungkinkan pengurusan sampah yang lebih
sistematik dan selamat dapat dilakukan. Perimbangan alam sekitar
dan kos adalah menjadi titik pertimbangan bagi pengurusan sisa
pepejal.
IWMS merupakan satu sistem yang menguruskan sisa pepejal secara
bersepadu dengan mengambilkira aspek persekitaran, ekonomi dan
kepentingan sosial. Sistem pengurusan ini termasuklah mengumpul,
mengitar semula serta melupuskan sisa pepejal yang dijana oleh
pelbagai komponen pembangunan iaitu perumahan, perindustrian,
komersil dan institusi. Suatu pendekatan yang efektif dari aspek
kos, cekap, efisyen, mampan serta boleh diintegrasikan di dalam
suatu kerangka bagi keseluruhan strategi pengurusan perancangan
bandar mampu mengubah persepsi dan pemikiran masyarakat mengenai
pendekatan pengurusan sisa pepejal.
4 Maka, kerajaan telah membuat perancangan strategik dengan
mengambil kira IWMS dalam membuat keputusan bagi pengurusan sisa
pepejal. Satu sistem yang boleh diterima pakai mengikut kandungan
sampah di negara ini akan diperkenalkan dan ia bersesuaian dengan
kaedah penggunaannya di negara ini. Salah satu resolusi bagi
mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan sistem penunuan
iaitu kaedah pembakaran terkawal (insinerator). Insinerator
merupakan salah satu daripada contoh penggunaan komponen bagi
kaedah ini. Namun, kaedah penentuan tapak yang sesuai bagi
perletakan insinerator ini perlu dijalankan secara teliti dengan
mengambilkira kepentingan sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Antara teknologi insinerator moden yang dimajukan adalah
menggunakan teknologi gasifikasi dan peleburan abu. Teknologi ini
dibangunkan dalam mengambil kira kepentingan alam sekitar.
Teknologi ini mampu merawat sampah tanpa perlu mengorbankan alam
sekitar dan selamat kepada orang awam. Ini terbukti dengan adanya
67 loji yang menggunakan teknologi sedemikian beroperasi di
Jepun.
Selain menyelesaikan masalah pelupusan sampah, teknologi
insinerator juga mampu menjana tenaga yang dapat memenuhi keperluan
untuk kegunaan loji berkenaan, dan jika tenaga berlebihan
dihasilkan,ia boleh dijual kepada syarikat utiliti. Menangguhkan
sepuluh tahun lagi untuk membina insinerator bukan saja melibatkan
kos yang berganda tingginya malah menyebabkan masalah yang lebih
besar iaitu isu kualiti air yang membahayakan nyawa manusia pada
masa akan datang.
5 1.2 Objektif Kajian
Secara amnya kajian ini menilai kefahaman dan kesedaran individu
terhadap kaedah pengurusan sisa pepejal yang diamalkan di Malaysia.
Matlamat ini dicapai melalui objektif-objektif berikut: i. ii. ii.
Mengumpul data-data responden mengenai kitar semula Menilai
perspektif dan kebimbangan responden terhadap pembinaan insinerator
Membuat perbandingan terhadap keperluan dan keberkesanan tapak
pelupusan sisa pepejal dan insinerator sebagai alternatif pelupusan
sisa.
1.3
Skop Kajian
Sisa pepejal merangkumi sisa industri, pembinaan, perbandaran
dan sisa berbahaya. Untuk mencapai objektif kajian ini, skop telah
dihadkan kepada sisa perbandaran termasuk sisa domestik dan
komersial. Skop kajian meliputi pengumpulan maklumat tentang tahap
pengetahuan dan kesedaran penduduk terhadap pelaksanaan insinerator
dan tidak termasuk aspek-aspek teknikal pengurusan pelupusan sisa
pepejal.
1.4
Kawasan Kajian Soal Selidik
Kajian telah dijalankan di Taman Pulai Utama Johor Bharu.
Pemilihan tapak kajian berdasarkan kepadatan penduduk yang tinggi
dan lokasinya yang tidak jauh dari
6 pusat bandar. Borang soal selidik disediakan untuk melihat
penerimaan masyarakat terhadap perletakan insinerator berhampiran
kawasan perumahan. Justeru, sebanyak 40 orang responden dipilih
secara rawak dari kawasan tersebut dimana melibatkan responden
berumur 16 tahun ke atas.
1.5
Kepentingan Kajian
Sisa pepejal yang dihasilkan untuk setiap kapital telah
meningkat dari 0.5kg/capital/hari pada tahun 1980 sehingga
1kg/capital/hari. Ini menunjukkan peningkatan 200% dalam tempoh 20
tahun (Agamuthu,1997). Lonjakan sisa pepejal perbandaran disebabkan
proses urbanisasi, pertambahan penduduk, peningkatan pendapatan dan
perubahan corak penggunaan. Faktor-faktor tersebut bukan sahaja
meningkatkan isipadu kapasiti sampah malah mengubah ciri-ciri sisa
pepejal menjadi lebih kompleks untuk diuruskan.
Penutupan sebilangan tapak timbusan tanah di negara ini menggesa
kerajaan mencari inisiatif baru untuk menangani masalah pengurusan
sampah yang daif di negara kita. Pihak kerajaan telah membelanjakan
lebih RM40 juta di antara tahun 2001-2003 untuk usaha dan kempen
kitar semula (Utusan Malaysia, 2006). Tidak dapat dinafikan
kesedaran masyarakat telah meningkat berbanding dahulu, namun
peratus bahan yang dapat dikitar semula masih rendah berbanding
kejayaan di negara lain. Ini bermakna sebahagian besar sisa kita
berakhir ditapak kambus tanah. Kesannya, jangka hayat tapak menjadi
singkat. Justeru pembinaan sistem pelupusan sampah secara
pembakaran terkawal merupakan keperluan bagi menyelesaikan masalah
yang meruncing ini
7 1.6 Penyataan Masalah
Masalah pembuangan sisa-sisa pepejal kian ketara sejak
kebelakangan ini. Statistik terbaru menunjukkan purata penghasilan
sisa pepejal setiap penduduk di Malaysia adalah sebanyak 250 kg
setahun. Dari jumlah tersebut hanya kira-kira 2% digunakan semula
manakala selebihnya ditanam di tapak pelupusan atau dibuang secara
haram.
Pada masa ini, kaedah yang dilaksanakan iaitu menimbus sampah di
tapak pelupusan terbuka hanyalah berfungsi sebagai tempat
pembuangan. Menurut Pengarah Bahagian Teknikal, Institut
Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (Malaysia Institute Nuclear
Technology - MINT), Dr. Ir. Muhd. Noor Muhd. Yunus, satu
penyelidikan sejak 2001 telah dijalankan dan mendapati cara
penimbusan di tapak pelupusan masih tidak begitu berkesan. Kaedah
ini tidak menepati piawaian alam sekitar, keselamatan dan
kesihatan. Sistem ini menghasilkan cecair reputan sampah berwarna
hitam pekat dan berbau busuk serta mengandungi pencemar yang boleh
memudaratkan sumber air bawah tanah (Utusan Malaysia, 2003)
Salah satu resolusi bagi mengatasi masalah ini ialah dengan
menggunakan sistem penunuan iaitu kaedah pembakaran terkawal
(insinerator). Namun, kaedah penentuan tapak yang sesuai bagi
perletakan insinerator ini perlu dijalankan secara teliti dengan
mengambilkira kepentingan sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Penentuan potensi dan halangan pembinaan tapak insinerator perlu
dikaji dalam mengenalpasti lokasi perletakan yang terbaik.
Penyediaan pusat pembakaran terkawal (insinerator) merupakan
satu kaedah yang mesra alam dan memberi kesan yang minimum kepada
alam sekitar. Ini merujuk
8 kepada kejayaan Singapura mengendalikan insinerator tanpa
menghadapi sebarang masalah yang boleh mengancam alam sekitar dan
masyarakat di sekelilingnya. Di Singapura, penggunaan insinerator
adalah yang terbaik dan selamat bagi pelupusan sampah malah
menguntungkan kerana sisa pelupusan boleh digunakan untuk menambak
pulau selain menghasilkan tenaga elektrik tambahan.
Penduduk memainkan peranan yang penting dalam menentukan sama
ada insinerator dibina atau tidak di kawasan petempatan mereka. Hal
ini memberi kesan kepada keputusan untuk meletakkan pusat yang
berpotensi membahayakan penduduk dimana reaksi penduduk merupakan
salah satu cara untuk menunjukkan kepercayaan penduduk dalam
program tersebut demi menjamin keselamatan dan kesihatan penduduk
yang tinggal berhampiran.
Justeru satu soal selidik dijalankan untuk mengenal pasti tahap
kebimbangan dan pengetahuan masyarakat selain mengumpul pandangan
penduduk terhadap isu ini. Penerimaan dan pandangan masyarakat
terhadap cadangan membina insinerator di kawasan kajian akan
diambil kira untuk mengkaji tahap pemahaman dan pendedahan
masyarakat terhadap cadangan pelaksanaan insinerator di kawasan
yang terlibat memandangkan proses pelupusan meggunakan insinerator
mampu memanjangkan jangka hayat tapak timbusan tanah untuk satu
tempoh yang panjang.
9
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1
Definisi Sisa Pepejal
Sisa pepejal didefinisikan sebagai bahan berbentuk cecair atau
gas yang boleh dianggap oleh pemiliknya tidak lagi mempunyai nilai
dan dibuang. Ianya dihasilkan oleh hampir semua aktiviti dan
bergantung kepada sumber,musim, keadaan geografi dan masa (Robert,
1999).
Selain itu sisa pepejal ditakrifkan sebagai sampah sarap,
buangan, mendakan dari loji rawatan air,sisa dari kemudahan rawatan
udara tercemar dan sisa lain yang tidak diperlukan serta mendakan
dalam bentuk pepejal, separa pepejal, cecair atau gas yang terhasil
daripada perindustrian, komersial, perlombongan dan operasi
pertanian dan daripada aktiviti-aktiviti dalam sesebuah komuniti
(Robert, 1999).
10 2.2 Pengelasan Sisa Pepejal
Secara umumnya sisa pepejal dikategorikan kepada tiga kategori
utama iaitu sisa perbandaran, sisa industri dan sisa berbahaya.
Sisa pepejal juga dikenali sebagai sisa perbandaran dimana ia
dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu refuse yang merangkumi
sampah yang dihasilkan oleh setiap isi rumah, garbage pula terdiri
daripada tin, bahan mineral, kaca, kertas, bahan logam dan abu.
Manakala trash ialah sampah yang bersaiz besar seperti batang
pokok, barang-barang lama yang biasanya tidak dibuang ke dalam tong
sampah. Sisa industri merupakan sisa yang terhasil daripada
aktiviti perindustrian dan meliputi sampah sarap, abu, sisa
pemusnahan dan pembinaan, sisa khas dan sisa berbahaya.
2.3
Penjanaan Sisa Pepejal
Di Malaysia, dianggarkan setiap isi rumah menghasilkan lebih
dari satu kilogram sampah domestik setiap hari, meliputi 30 peratus
bahan organik seperti sisa makanan, 20 peratus kertas dan plastik
manakala bakinya tin, kaca dan bahan-bahan lain. Setiap individu di
negara ini menghasilkan purata 0.76kg sampah sehari atau menyumbang
sejumlah 277 kg sampah domestik setahun. Jika dihitung secara
fizikal, Malaysia pasti tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk
menempatkan sampahsampah tersebut suatu hari nanti. Sebanyak 45
peratus daripada 19,100 tan sisa pepejal yang dibuang setiap hari
di Semenanjung sepanjang tahun lepas terdiri daripada bahan makanan
(Mohd Zaki Othman, 2003). Peratusan bahan organik mudah reput
seperti perut ikan dan sisa makanan yang agak banyak menyebabkan
sampah domestik di negara ini antara yang terbusuk di dunia
(Agamuthu,1997).
11 Cuaca panas dan lembap yang dialami sepanjang tahun di negara
ini akan mempercepatkan lagi proses pembusukan bahan berkenaan.
Masyarakat tidak menyedari bahawa usaha melupuskan sampah
sebenarnya cukup sukar kerana kandungan bahan tidak mudah terbakar
yang tinggi di samping kelembapannya melebihi 70 peratus (Utusan
Malaysia, 2006). Keadaan ini menyukarkan proses pembakaran
menggunakan insinerator kerana bahan pembakar seperti diesel perlu
ditambah untuk menggalakkan proses pembakaran.
Secara amnya, pengeluaran sisa pepejal berpunca daripada kawasan
perumahan dan komersil, institusi, kawsan pembinaan dan pemusnahan,
perkhidmatan perbandaran, tapak loji rawatan, kawasan perindustrian
dan kawsan pertanian. Perbezaan penghasilan sampah jelas ketara di
antara kawasan bandar dan luar bandar kerana rakyat negara ini
lebih ramai tinggal di bandar daripada desa.
Kandungan sisa pepejal turut dipengaruhi oleh faktor
sosioekonomi, kebudayaan, atau adat resam, iklim, politik, gaya
hidup, kaum, dan pendidikan. Budaya hidup yang berbeza, taraf hidup
yang semakin meningkat, agama dan kepercayaan yang berlainan,
kawasan aktiviti pembangunan dan peningkatan bilangan penduduk
turut mempengaruhi peningkatan sisa pepejal di negara kita.
Sampah perbandaran negara-negara membangun di Asia mengandungi
bahanbahan mudah reput yang banyak iaitu merangkumi 75 peratus dari
berat keseluruhan. Namun secara perbandingan, individu di
negara-negara maju menghasilkan lebih banyak sampah setiap hari
berbanding negara membangun. Tetapi yang membezakannnya sampah
mereka ialah komposisi sisa pepejal yang dibuang dimana sampah
tersebut lebih banyak mengandungi bahan-bahan kering seperti
kertas, kaca dan plastik yang mudah dikitar semula.
12 2.4 Komposisi Sisa Pepejal
Satu kajian telah dijalankan oleh Japan External Trade
Organization (JETRO) bagi mengenalpasti ciri-ciri komposisi sissa
pepejal di Johor Bharu pada tahun 2002. Kajian tersebut dijalankan
bagi menyediakan kajian awal penswastaan sisa pepejal di kawasan
selatan Semenanjung Malaysia. Komposisi sisa pepejal ditunjukkan
dalam jadual 2.1 di bawah.
Jadual 2.1 : Komposisi Sisa Pepejal Komposisi Sisa Pepejal Berat
(%) Kertas Sisa Domestik Plastik Kaca Seramik Besi Kain Kayu/
Buluh/Getah/ Kulit Tempurung Kelapa Lain-lain Jumlah 23.3 19.0 34.8
2.8 1.5 10.2 4.1 0.0 4.3 100
2.5
Pengurusan Sisa Pepejal
Kerajaan sedang merumuskan satu sistem pengurusan sisa pepejal
secara bersepadu dan menyeluruh bagi menjamin perkhidmatan yang
lebih berkesan dan pada masa yang sama menjaga kepentingan rakyat
sebagai pengguna. Satu sistem pelupusan
13 sampah baru akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat melalui
penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal yang akan mengkaji dengan
mengambil kira kesemua jenis pelupusan sampah yang ada di negara
ini termasuklah penggunaan insinerator. Kerajaan mewujudkan
Jawatankuasa Kecil Alam Sekitar untuk melihat isu ini menunjukkan
keseriusan kerajaan.
Pengurusan sisa pepejal di negara kita terletak di bawah bidang
kuasa 156 buah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang juga
mengendalikan kesemua tapak pelupusan yang digazetkan di bawah PBT
masing-masing. Banyak tapak yang bersaiz kecil dan mengendalikan
sisa di antara 100-200 tan metrik sehari. Konsep penswastaan juga
dilaksanakan oleh sebahagian PBT dalam mengurus sisa pepejal
ini.
2.6
Kaedah Pelupusan Sampah
Sisa pepejal yang tidak boleh dikitar atau diguna semula akan
dilupuskan di tempat pelupusan sisa pepejal. Kaedah-kaedah dan
peraturan pelupusan sisa hendaklah dipatuhi seperti yang ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Alam Sekitar(JAS).
Sistem pengurusan sisa pepejal yang hendak dilupuskan perlu
mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Antara kaedah-kaedah
yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal di Malaysia ialah:
14 2.6.1 Kaedah Timbusan Tanah
Kaedah tambak tanah merupakan satu kaedah pengurusan sisa
pepejal yang paling konvensional dan sering digunakan bagi tujuan
melupuskan sisa pepejal. Di kebanyakan tapak pelupusan tanah,
aktiviti pengasingan seperti kadbod, plastik, botol dan besi
dilakukan oleh scvangers dan selebihnya sisa pepejal akan ditimbus
dengan lapisan tanah dan diratakan untuk mengelakkan kesan-kesan
sampingan seperti pembiakan tikus, serangga dan pencemaran bau
serta mengelakkan kebakaran berlaku di tapak pelupusan sampah.
Selain menggunakan modal dan kepakaran yang rendah berbanding
kaedah pelupusan yang lain, kaedah ini juga dapat menerima pelbagai
jenis sisa. Namun begitu permintaan untuk kerja menempatkan tapak
pelupusan sampah ini semakin meningkat. Sesetengah daripada pihak
berkuasa tempatan menghadapi masalah untuk mendapatkan lokasi yang
sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sampah disebabkan bantahan
daripada masyarakat dan kos tanah yang kian meningkat. Isu tapak
pelupusan yang sering menimbulkan pencemaran air bumi dan bau yang
kurang menyenangkan sudah sinonim dengan tapak pelupusan di
Malaysia.
Rekabentuk tapak pelupusan perlu mengikut aspek-aspek yang telah
ditetapkan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Mempunyai sistem
saliran dan perparitan yang sempurna. Memberi pengaliran angin dan
udara yang baik pada persekitaran semasa. Jarak dari tempat
pemungutan sisa ke tempat pelupusan perlu ditentukan. Kedudukan
lokasi tapak yang sesuai Keluasan tapak pelupusan Kaedah pelupusan
yang digunakan
15 2.6.2 Pembuangan Terbuka Sisa Pepejal
Kaedah ini memerlukan kawasan yang luas dimana sisa pepejal akan
dipunggah dan dikumpul sehingga mencapai kuantiiti yang telah
ditetapkan. Seterusnya sisa pepejal ini akan dibakar secara terbuka
untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal. Kaedah ini menyebabkan
persekitaran terdedah kepada risiko gas beracun yang berbahaya dan
berbau. Malah air larian permukaan akan membawa air sampah ini ke
dalam sungai atau tasik.
2.6.3
Pengkomposan
Kaedah pengkomposan sangat popular di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat da Jepun. Pengawalan proses pereputan bagi
membolehkan bakteria aerobik, anaerobik dan mikroorganisma lain
menguraikan bahan-bahan organik seperti daundaun, rumput dan
kertas. Orang ramai boleh membuang sampah melalui proses
pengkomposan di rumah dan pengitaran semula. Pengkomposan boleh
dilakukan dengan mencampurkan sampah dapur organik bersama sedikit
tanah dan najis lembu dalam lubang yang dikorek di halaman atau di
belakang rumah. Campuran bahan itu yang ditimbus dengan sedikit
tanah dan pasir untuk mengelakkan bau busuk akan bertukar menjadi
baja kompos dalam tempoh sembilan hingga 21 hari. Secara ringkasnya
sisa pepejal dibiarkan mereput dengan sendiri sehingga terhasilnua
kompos. Kaedah ini juga menimbulkan masalah seperti pembiakan lalat
dan tidak semua sisa pepejal sesuai untuk dijadikan kompos.
16 2.6.4 Penunuan
Kaedah penunuan melibatkan pembakaran sisa pepejal pada suhu
tinggi. Bahan pembakaran terdiri daripada sisa makanan, kertas,
plastik, kaca, tin dan lain-lain. Kuantiti bahan sisa pepejal yang
tidak terbakar pada suhu tinggi akan menjadikan kuantiti akhir
lebih kurang satu per empat daripada kuantiti asal sisa pepejal
Di Malaysia terdapat tujuh loji pembakaran beroperasi secara
aktif dimana empat daripadanya beroperasi di Pulau Langkawi, Pulau
Pangkor, Tioman dan Labuan. Kerajaan memperuntukkan RM179 juta,
termasuk untuk kerja pembaikan loji mini insinerator, di samping
menaik taraf tapak pelupusan sedia ada supaya pelupusan sisa
pepejal diuruskan secara lebih teratur dan terkawal. Loji
pembakaran ini berharga RM 17 million lebih mahal jika dibandingkan
dengan kaedah konvensional iaitu sistem timbusan tanah (Utusan
Malaysia, 2006). Kaedah pelupusan ini semakin popular disebabkan
kekurangan tapak pelupusan sampah serta adanya kemajuan teknologi.
Melalui kaedah pelupusan ini, isipadu sisa pepejal berkurang
sebanyak 80-90% dan baki abu akan dibuang ke tapak pelupusan.
Lazimnya sampah akan dimasukkan ke dalam satu relau bulat melalui
satu pintu dengan suhu 2800 hingga 3000 Farenheit. Gas panas yang
dikeluarkan akan digunakan untuk mengurangkan turbin penjana kuasa
elektrik.
Proses pembakaran tidak menyelesaikan masalah sisa domestik
dengan sepenuhnya. Abu yang tertinggal akan dibuang dan ia mungkin
mengandungi bahan pencemar yang berbahaya. Sebagai contoh,
pembakaran tidak dapat memusnahkan logam berat di dalam bateri.
Risiko tentang gas yang dibebaskan dari pembakaran mungkin membawa
bahan pencemar yang wujud.
17 Masalah penggunaan insinerator menggantikan tapak kambus
tanah telah lama dibicarakan. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan
keburukan. Meskipun di beberapa negara seperti Jepun dan
Switzerland mempunyai kadar penggunaan insinerator yang tinggi
sebanyak 74% dan 80% masing-masing mereka masih memerlukan tapak
pelupusan sebagai kaedah pelupusan terakhir (Agamuthu, 1997).
2.7
Kitar Semula
Rakyat
Malaysia
menghasilkan
produk
sisa
pada
kadar
yang
agak
membimbangkan dan lebih cepat daripada proses mendegradasi
semulajadi, dan menggunakan sumber-sumber pada kadar yang lebih
cepat daripada kadar bahan berkenaan boleh diganti semula. Kitar
semula hampir mendapat penerimaan sejagat sebagai satu bentuk
pemusnahan sisa namun kadar kitar semula dalam negara masih cuma
sekitar lima peratus. Statistik menunjukkan cuma antara tiga dan
lima peratus daripada sisa pepejal negara dikitar semula manakala
selebihnya berakhir dalam longkang, rumah tinggal atau ditanam.
Mendidik orang ramai mengenai pembuangan dan kitar semula sisa
sememangnya agak sukar kerana kebanyakan mereka tidak selesa atau
tidak dilatih untuk berbuat demikian. Maka pendekatan terbaik untuk
mengurus pembuangan sampah ialah mengelak daripada menambah
sisa.
Kitar semula amat berfaedah kerana ia dapat menyelamatkan wang
ringgit Malaysia. Memandangkan bahan kitar semula dalam pasaran
tempatan tidak mencukupi, penggerak industri memilih untuk
mengimport bahan-bahan ini dimana pada asasnya bahan-bahan yang
tidak lagi dikehendaki oleh mereka dari negara luar.
18 Dengan menekankan kepentingan mengasingkan sampah dari
peringkat sumber, beliau berkata pengguna hendaklah membuat pilihan
bijak bila membeli, mengurangkan penggunaan dan pembungkusan,
bertukar kepada penggunaan botol yang boleh diisi semula dan tidak
menggunakan beg yang diperbuat daripada plastik.
Teknologi canggih sahaja tidak mencukupi untuk menguruskan
sampah yang bertambah dengan kadar dua peratus atau 131,000 tan
setiap tahun. Rakyat negara ini perlu mengambil langkah
mengurangkan penghasilan bahan buangan setiap hari ke tahap paling
minimum kerana kos pengurusannya amat tinggi. Dianggarkan RM200
juta terpaksa dibelanjakan setiap tahun bagi mengurus kira-kira 2.5
juta tan sampah di Semenanjung Malaysia. Bahan-bahan seperti
kertas, plastik dan kaca pula boleh dikitar semula sama ada
dilakukan sendiri ataupun diserahkan kepada pusat pengumpulan yang
disediakan oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan di negara ini.
Dalam hal ini, Denmark menjadi contoh terbaik. Selain sampah
diangkut oleh pihak berwajib, warganya sendiri mengangkut lebihan
sampah seperti dahan pokok, botol dan plastik ke pusat pengumpulan
khas dengan kereta tarik yang dipasang di bahagian belakang kereta.
Hampir setiap rumah mempunyai kereta tarik ini
Pembakaran sampah tidak boleh menyelesaikan kesemua masalah
pelupusan ketika ini, sekiranya operasi pengendalian sisa kita
tidak berubah. Masalah utama operasi pelupusan sisa yang diamalkan
ketika ini ialah di mana sisa yang kita buang adalah bercampur di
antara bahan organik, plastik, kertas, logam dan sebagainya. Ia
diburukkan lagi oleh reka bentuk serta operasi tapak yang kurang
sempurna. Di negara kita, kandungan plastik, kertas, kaca dan logam
mewakili lebih kurang 50 peratus dari sisa yang dilupuskan.
19 2.8 Pengurangan Sisa
Pengurangan sisa dan kitar semula bukan lagi merupakan satu
pilihan sebaliknya satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam
sekitar dan kualiti kehidupan kita. Strategi untuk pengurangan
sisa, dilaksanakan misalnya, menggunakan sisa sebagai bahan mentah
untuk pembinaan rumah, menjana tenaga atau baja. Tumpuan hendaklah
diberikan kepada penjanaan sisa berkenaan daripada pelupusannya,
memandangkan tabiat rakyat Malaysia pada masa kini yang suka
membuang dan budaya berbelanja lebih, tidak banyak membantu
memperbaiki keadaan.
Pihak berkuasa tempatan membelanjakan sehingga 60 peratus
daripada belanjawan tahunan mereka untuk pengurusan sisa, Malaysia
menanggung kos antara RM110 dan RM130 untuk mengutip dan
memusnahkan satu tan metrik sampah. Ia mencapai jumlah antara
RM1.98 juta dan RM2.34 juta sehari atau RM854 juta setahun untuk
memusnahkan 18,000 tan metrik sisa pepejal sehari. Lebih 30 peratus
daripada sampah kita boleh dikitar semula, dan bahan-bahan ini
boleh dielakkan daripada berakhir dengan ditanam atau dibakar
(Berita Harian, 2006)
Satu program pengurusan sisa yang berkesan boleh yang didapati
di Copenhagen, Denmark, yang telah membangunkan satu program
komprehensif untuk menguruskan sisa bandar. Sebanyak 58 peratus
daripada sisa isi rumah, komersial dan industri di bandar raya
perlu dikitar semula, 24 peratus dibakar dan 18 peratus ditanam.
Untuk meningkatkan kesan sistem pengurusan sisa, Majlis Bandaraya
Copenhagen memperkenalkan peraturan baru pada 1991, yang
mengkehendaki sampah diasingkan mengikut jenisnya sebelum dibuang.
Kini, lebih 50 peratus daripada sisa komersial, industri dan
runtuhan di bandar berkenaan dikitar semula. Lagipun, kira-kira
50,000 metrik tan sisa yang dibakar, sebelum ini ditanam, kini
dibakar untuk dijadikan sisa tenaga.
20 Dengan menekankan kepentingan mengasingkan sampah dari
peringkat sumber, beliau berkata pengguna hendaklah membuat pilihan
bijak bila membeli, mengurangkan penggunaan dan pembungkusan,
bertukar kepada penggunaan botol yang boleh diisi semula dan tidak
menggunakan beg yang diperbuat daripada plastik.
2.9
Pengasingan Sisa
Kebanyakan masyarakat tidak tahu betapa kesan sisa berbahaya dan
tidak berbahaya terhadap alam sekitar dan kesihatan. Sebagai
panduan, beliau berkata orang ramai boleh mula dengan mengasingkan
sisa basah daripada sisa kering (barang kitar semula),
mengeringkannya bagi mengurangkan masalah larut resap,
meletakkannya ke dalam beg plastik, ikat dan masukkan dalam tong
sampah bertutup.
Untuk sisa bahan binaan dan yang bersaiz besar, orang ramai
boleh menghubungi Alam Flora, syarikat pengurusan sisa pejal
terbesar, sebelum menghapuskan bahan berkenaan. Sebuah roro bin
akan dihantar ke tempat pelanggan untuk memusnahkan sisa binaan
pada bayaran minimum. Bagi sisa kebun, daun-daun hendaklah
dimasukkan dalam beg plastik, ranting pula dipotong pendek dan
diikat. Ia boleh dibuang semasa hari kutipan (Alam Flora) sahaja.
Sisa berbahaya seperti cat, asbestos, karton susu, kertas lap dan
piring serta lampin pakai buang adalah tidak selamat dibuang dalam
tong sampah dan mereka yang hendak melupuskannya boleh menghubungi
Kualiti Alam.
21 2.10 Fenomena Penutupan Tapak Pelupusan Sampah
Cara penimbusan di tapak pelupusan masih tidak begitu berkesan
dan kaedah ini tidak menepati piawaian alam sekitar, keselamatan
dan kesihatan. Sistem ini menghasilkan cecair reputan sampah
berwarna hitam pekat dan berbau busuk serta mengandungi pencemar
yang boleh memudaratkan sumber air bawah tanah.Ini kerana tidak ada
sistem rawatan dan takungan yang direka secara kejuruteraan. Ia
juga menghasilkan gas rumah hijau yang terdiri dari gas karbon
dioksida dan metana tanpa kawalan dan terlepas bebas ke alam
sekitar.
Sebilangan besar daripada 280 tapak pelupusan sampah di negara
ini hanya sesuai dipanggil tempat pembuangan sampah kerana tidak
mempunyai infrastruktur sewajarnya seperti kolam oksidasi untuk
mengumpul sisa cecair yang keluar dan paip yang boleh menyalur
keluar gas-gas yang terhasil. Satu kajian menunjukkan lebih 90
peratus peratus sampah ditimbus di tapak pelupusan yang sedia ada
tanpa dirawat dan tidak menggunakan kaedah sanitari disebabkan
masalah kos yang tinggi dan kurangnya infrastruktur, sedangkan
sampah saban hari tetap perlu dilupuskan. Limpahan air kotor larut
resap dari tapak pelupusan sampah dalam tanah ke dalam sungai
berpunca daripada sistem pelupusan sampah konvensional yang tidak
dapat menampung pungutan sampah terlalu banyak. Kawasan pelupusan
sampah yang menghasilkan mendapan mengandungi ammonia perlu dikawal
dan dirawat sebelum kesan pencemaran boleh memudaratkan alam
sekitar dan penduduk berhampiran dengan tapak pelupusan.
Kerajaan menganggarkan belanja sebanyak RM160 juta diperlukan
bagi menutup 16 tapak pembuangan sampah terbuka yang tidak selamat
di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun. Setiap tapak berkenaan
memerlukan anggaran RM1 juta
22 setahun bagi tujuan kos operasi penutupan itu ekoran
kedudukan tapak pembuangan sampah itu berdekatan dengan kawasan
pengambilan air .
Lebih dua juta penduduk di empat daerah di Selangor, terputus
bekalan air selama 24 jam ekoran berlaku pencemaran air busuk
ammonia di Sungai Semenyih akibat pencemaran dari tapak pembuangan
sampah terbuka. Operasi Loji Rawatan Air Semenyih yang menerima
bekalan air dari sungai tersebut terpaksa dihentikan berikutan
kandungan ammonia yang dikesan mencapai tahap berbahaya (Mingguan
Malaysia, 2006)
Kawasan tanah yang semakin terhad di bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak memungkinkan lebih banyak
kawasan terpaksa `dikorbankan' untuk `menempatkan' sampah yang
tidak dirawat. Sampah yang bertimbun dan bertambah-tambah melonggok
telah disetujui di seluruh dunia akan mendatangkan masalah besar
bukan saja bagi negara ini tetapi juga bagi dunia.
Krisis kualiti bekalan air yang tidak mencapai tahap kepuasan
pengguna telah mula mengisi dimensi pengurusan air di Malaysia.
Masalah air busuk daripada sumber air sungai dikatakan berpunca
dari kawasan pelupusan sampah berdekatan. Air sungaisungai ini
bukan sahaja busuk malah tidak selamat digunakan kerana mengandungi
paras ammonia yang tinggi.
Merujuk kepada satu kenyataan, Jabatan Alam Sekitar (JAS)
menjelaskan masalah air berbau disebabkan oleh tahap kandungan
ammonia dalam air sungai yang tinggi telah bertindak balas dengan
klorin. Dalam satu fenomena yang berlaku di Selangor, air larut
resap dari pusat pelupusan Kampung Sungai Kembong kepunyaan Majlis
Perbandaran Kajang (MPKJ) menjadi punca pencemaran air busuk di
Sungai
23 Semenyih hingga menyebabkan lebih dua juta penduduk di daerah
Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Sepang terputus
bekalan air. Dan ini mungkin merupakan satu lembaran baru ke arah
masa depan dalam menangani masalah pencemaran air.
Disebabkan kelemahan perancangan bagi mengurus bahan buangan
tersebut, kerajaan telah mengarahkan 16 lagi tapak pelupusan sampah
terbuka di seluruh negara ditutup. Manakala 33 buah tapak yang
telah ditutup akan diambil tindakan bagi menentukan ia ditutup
secara selamat. Meskipun pusat pelupusan sampah yang menerima 500
tan sampah sehari itu ditutup, air larut resap (leachate) masih
perlu dirawat untuk tempoh 20 tahun lagi. Semua larut lesapan perlu
diolah sebelum dilepaskan ke persekitaran.
2.11
Konsep Pengurusan Sisa Pepejal Secara Bersepadu (IWMS)
Isu lokasi tempat pembuangan sampah juga menjadi isu kontroversi
dan sensitif yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Menjurus
kepada persoalan ini satu sistem yang boleh diterima pakai mengikut
kandungan sampah di negara ini akan diperkenalkan dan ia
bersesuaian dengan kaedah penggunaannya di negara ini. Cetusan idea
oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk
mewujudkan suatu sistem pelupusan sampah yang moden yang merangkumi
kombinasi pelupusan konvensional dan teknologi tinggi seperti
incinerator thermal treatment atau rawatan haba merupakan
penyelesaian yang pragmatik bagi isu ini.
Konsep
Pengurusan
Sisa
Pepejal
Secara
Bersepadu
(IWMS)
wajar
diperkenalkan bagi memungkinkan pengurusan sampah yang lebih
sistematik dan
24 selamat dapat dilakukan. Perimbangan alam sekitar dan kos
adalah menjadi titik pertimbangan pengurusan. Kaedah ini
mengamalkan pelbagai peringkat pengurusan sampah, mengikut
keutamaan, iaitu bermula dengan kaedah 3R meliputi: Mengurangkan
(Reduce), Kitar Semula (Recycle) dan Guna Semula (Reuse).
Mengurangkan bermaksud setiap isi rumah perlu mengurangkan jumlah
sampah yang dihasilkan setiap hari (Utusan Melayu, 2006).
Walau apa jua kaedah yang terdahulu masih tinggal sebahagian
sampah yang perlu dirawat secara termal atau rawatan haba
termasuklah proses pembakaran. Proses ini membolehkan tenaga
dihasilkan daripada sampah di samping menjadikannya inert dalam isi
padu yang lebih kecil sebelum dilupuskan melalui kaedah keempat,
iaitu timbus tanah sanitari.
IWMS merangkumi keseluruhan pendekatan tersebut dan tidak hanya
menjuruskan kepada satu kaedah. Penggunaan insinerator merupakan
salah satu daripada contoh penggunaan komponen kaedah ini dan
kerajaan melalui perancangan strategik pengurusan sisa pepejal
mengambil kira IWMS dalam keputusan pengurusan sisa pepejal.
Sistem rawatan terma pada masa kini boleh diperolehi dengan
menggunakan kepakaran luar negara atau tempatan dengan
mengenalpasti kapasiti dan proses yang sesuai dengan ciri-ciri sisa
pepejal di Malaysia. Teknologi rawatan terma yang berjaya digunakan
di Jepun ini akan dijadikan contoh untuk merawat sisa pepejal di
Malaysia. Kaedah ini menghasilkan persekitaran loji yang bersih
berbanding kawasan pembuangan sampah yang sedia ada, malah masalah
pencemaran air juga tidak timbul. Ini kerana air yang dihasilkan
melalui loji rawatan terma adalah bersih. Proses rawatan air yang
moden adalah sebahagian daripada fungsi loji moden tersebut.
25 2.12 Alternatif Menggantikan Kaedah Timbusan Tanah
Penunuan merupakan satu kaedah melupuskan sisa pepejal secara
pembakaran dalam keadaan terkawal. Sisa akan dihantar terus ke
relau bagas untuk memastikan pembakaran lengkap berlaku. Ia dapat
dicapai dengan kawalan sempurna terhadap suhu, lebihan udara,
pergolakan gas, masa dalam zon paras dan jumlah pembakaran debu
sebelum dibuang (Norzaina Harun, 2003)
Kajian mendalam sedang dilakukan dalam dua aspek iaitu
kesesuaian dari segi teknikal dan kemampuan untuk membina serta
menyelenggara insinerator tersebut. Penduduk perlu bersedia untuk
berkongsi menanggung kos pelupusan sampah menggunakan sistem yang
lebih berkesan termasuk insinerator bagi memastikan pengurusan sisa
pepejal dilakukan dengan lebih berkesan. Walaupun menyedari kos
penyelenggaraan dan pengurusannya agak tinggi, kita perlu menerima
hakikat kita tidak boleh mengelak menggunakan sistem itu.
Antara implikasi yang besar yang akan wujud sekiranya cadangan
tersebut dilaksanakan adalah apabila majlis daerah dan majlis
perbandaran perlu mengenakan caj kepada orang ramai bagi menampung
kos penyelenggaraan. Pelbagai cadangan yang dikemukakan dalam
menguruskan sisa pepejal dengan lebih berkesan perlu diteliti
kerana langkah yang akan diambil itu melibatkan kepentingan
rakyat.
26 2.13 Proses Penunuan
Institut
Penyelidikan
Teknologi
Nuklear
(Mint)
mengambil
inisiatif
menjalankan penyelidikan terhadap rawatan sisa pepejal
menggunakan insenirator yang dapat membantu memudahkan proses
pelupusan sisa pepejal tanpa mendatangkan kesan buruk terhadap alam
sekitar dan juga kepada masyarakat. Hasil penyelidikan yang bermula
sejak tiga tahun lalu itu menunjukkan insenarator yang berjaya
dibangunkan menggunakan kaedah penggasan, iaitu membakar sampah
dengan menggunakan gas dan kemudian menukar gas yang terhasil
menjadi lebih bersih sebelum dilepaskan di udara. Penggunaan
Teknologi Terma Untuk Merawat Sisa Pepejal Perbandaran itu
menggunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) sebagai bahan api utamanya
(Berita Harian,2004). Teknologi insenarasi yang digunakan dalam
kaedah pelupusan sisa pepejal terbahagi kepada tiga jenis iaitu
pembakaran menggunakan udara atau oksigen secara berlebihan,
pembakaran menggunakan udara/oksigen terhad dan kaedah pembakaran
udara/oksigen sifar. Dalam aplikasi proses penggasan atau bantuan
udara terhad ini, sistem insinerator dibangunkan dengan menggunakan
dua kebuk pembakaran, iaitu kebuk prima dan sekunder (Berita
Harian,2006).
Kebuk prima atau kebuk pertama membakar pada suhu rendah di
bawah 600 darjah Selsius, manakala kebuk sekunder membakar pada
tahap sehingga 1,000 darjah celcius. Dalam kebuk prima, sampah yang
dimasukkan akan dibakar menggunakan gas LPG pada tahap 600 darjah
celsius selama lima hingga lapan jam, yang mana dalam proses itu
bahan organik ringan akan meruap dan terbakar bersama bahan bukan
organik sehingga menjadi abu, termasuk bahan toksik dan logam
berat. Sepanjang berlaku pembakaran dalam kebuk prima itu, proses
berkenaan turut menghasilkan gas pencemar seperti karbon monoksida
hasil daripada pembakaran separa lengkap. Gas
27 yang terhasil pula akan disalur dan dibakar secara sempurna
dalam kebuk sekunder pada tahap 1,000 darjah Selsius (Berita
Harian,2006).
Dalam kebuk sekunder ini, segala bahan toksid dan gas pencemar
akan musnah kerana suhu pembakarannya yang tinggi. Gas pencemar
seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan ammonia yang terhasil
akan dikawal pelepasannya ke udara menggunakan kaedah peresapan air
bagi mengelak pencemaran. setiap pelepasan asap ke udara selepas
proses itu akan diambil bagi memastikan kandungan bahan pencemarnya
mematuhi piawaian. Keseluruhan proses itu mengambil masa antara 14
hingga 18 jam merangkumi fasa pengeringan, pembakaran, penyejukan
dan pembuangan abu, termasuk pengawalan secara automatik ketika
pembakaran (Berita Harian, 2006). Rujuk rajah 2.1.
28
Rajah 2.1 : Sistem Konfigurasi Peleburan Sampah (Insinerator)
Sumber : Berita Harian 2006
29 Secara ringkasnya, proses penunuan ini melibatkan empat
peringkat iaitu: pengasingan sisa pepejal pembekalan tenaga
elektrik penghasilan gas dan abu.
2.13.1Pengasingan Sisa Pepejal
Insinerator direkabentuk berdasarkan ciri-ciri sampah di sesuatu
tempat dan kerana itu pencirian sampah perlu dilakukan dulu sebelum
membangunkan mesin mengikut kesesuaiannya. Apabila sampah tiba di
loji, ia diasingkan terlebih dahulu sebelum pembakaran untuk
mengeluarkan bahan yang tidak boleh dibakar. Bahanbahan ini terdiri
daripada kaca, logam-logam dan besi yang kemudiannya dihantar sama
ada ke tapak penimbusan atau dikumpulkan untuk dikitar semula.
2.13.2 Pembekalan Tenaga elektrik
Haba yang dihasilkan melalui pembakaran digunakan oleh
sesetengah loji untuk menjana elektrik bagi kawasan setempat.
Komuniti tempatan boleh mengunakan tenaga ini selain dapat
menjimatkan bekalan arang batu, minyak dan gas. Tetapi tidak semua
sistem penunuan direkabentuk untuk menghasilkan sumber tenaga.
30 2.13.3 Penghasilan Gas dan Abu
Insinerator merupakan proses pelupusan separa dengan membakar
sampah yang boleh terbakar dan meninggalkan baki yang perlu
dilupuskan (10-30 peratus daripada sisa yang dibakar). Gas terhasil
dalam sistem ini ketika proses pembakaran dilakukan. Sistem
penunuan yang moden dapat membersihkan gas dengan cekap. Proses
pembakaran dilakukan dengan menggunakan diesel sebagai bahan bakar
selama lapan jam sebelum proses pembakaran (combustion) mampu
mengurangkan isipadu sisa pepejal dalam bentuk abu untuk
dilupuskan.
Hasil daripada proses penunuan : Gas dan wap selepas menjalani
proses pembersihan boleh dilepaskan ke udara. Debu tak organik
samada digunasemula atau dilepaskan. Effluen berair yang terhasil
daripada pemadaman debu dan penyejukan gas. Haba yang terhasil
boleh digunakan untuk penjanaan elektrik.
2.14 Jenis-jenis Penunu
Penunu digunakan untuk menghapuskan sisa pelbagai bentuk samaada
pepejal, lumpur, cecair dan tar. Pemilihan rekabentuk penunu
insinerator bergantung kepada keadaan fizikal, sifat kimia sisa dan
pengendalian yang diperlukan. Antara jenis-jenis penunu ialah
Rotary Kiln, Fluidized Bed, liquid Injectin, Multiple Hearth,
Catalytic Combustion, Waste-Gas Flare dan Direcy-Flame. Daripada
jenis-jenis ini hanya Rotary Kiln, Fluidized Bed, Liquid Injection
sahaja yang sesuai digunakan untuk
31 industri kerana kebolehannya dalam skala yang besar dan sifat
serba bolehnya. Rotary Kiln dan Multiple Hearth akan melupuskan
sisa pepejal,cecair dan tar. Di kebanyakan loji yang terdiri
daripada cecair sebagai sisa utama, memerlukan Liquid Injection
(Robert, 1999). Namun begitu model penunu luar negara tidak
semestinya boleh diterima pakai terus di negara kita kerana
komposisi dan ciri-ciri sisa kita berlainan.
2.15 Peraturan yang Perlu Dipatuhi
Antara peraturan yang ditetapkan itu ialah mewajibkan pembinaan
zon penampan seluas 1,500 meter di sekeliling sempadan tapaknya.
Syarat untuk menepati keperluan Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 itu turut melarang pembinaan bangunan penempatan
untuk penduduk dalam zon penampan berkenaan.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut menetapkan syarat ketinggian
minimum cerobong ialah 1,500 meter sementara teknologi yang
diluluskan ke atas projek itu ialah gastification (fluidized-bed
type) dan ash-melting. Lazimnya bahan kompaun kimia termasuk karbon
dioksida yang dilepaskan dalam proses pembakaran adalah berbentuk
wasap dan amat berbahaya sekiranya terlepas ke atmosfera. Maka
peraturan alam sekitar menetapkan bahan-bahan ini perlulah
dihapuskan sekurang-kurangnya 99.9999% sebelum ianya dilepasan ke
atmosfera. Pengawalan pelepasan partikel melalui penggunaan sistem
rawatan kebuk enapan, siklon, beg turas, pengumpul basah atau
pemendak elektrosatik haruslah dilengkap bersama dengan sistem
insinerasi.
32
2.16 Keperluan Insinerator Pada Masa Akan Datang
2.16.1Pengurangan Isipadu Sisa Pepejal
Kaedah insinerator telah lama dipraktikkan di negara-negara yang
mempunyai keluasan tanah yang terhad seperti Jepun kesan daripada
kadar penjanaan sisa pepejal yang kian meningkat dan sebagai
alternatif terhadap isu longgokan sisa pepejal di tapak pelupusan
sampah. Kaedah ini mampu mengurangkan isipadu sisa sehingga 90% dan
sisa yang tertinggal akan dibuang di tapak pelupusan. Hal ini akan
memanjangkan jangka hayat tapak timbusan tanah untuk satu tempoh
yang panjang.
2.16.2 Penyahtoksikan
Insinerator dapat menghapuskan kandungan toksik yang terdapat di
dalam sisa pepejal terutamanya dalam pelupusan sisa pepejal bahaya,
industri dan perbandaran. Kandungan utama sisa pepejal merupakan
bahan organik yang hanya boleh dineutralkan melalui proses
penurunan haba. Sistem ini berfungsi dalam memusnahkan dan juga
membunuh kuman pada bahan pepejal itu secara berkesan.
33
2.16.3 Pemulihan Tenaga
Sekiranya dahulu tapak pelupusan sampah hanya
dilihat sebagai destinasi
terakhir sisa domestik, kini ianya menjadi satu daripada sumber
tenaga yang boleh dibangunkan bagi penjanaan tenaga melalui
penghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui digunakan di negara ini
serta memenuhi Dasar Tenaga Negara yang kelima.
Di Denmark misalnya sistem pelupusan sampah menggunakan
insinerator membuktikan loji itu dapat melupuskan 402,000 tan
sampah tahun lalu, selain menghasilkan tenaga elektrik dan haba
yang dibekalkan semula kepada 140,000penduduk. Penjualan elektrik
dan haba ini memberi pendapatan kira-kira 160 juta kroner (RM105
juta) kepada pihak berkuasa tempatan yang mengendalikan loji
berkenaan. Bukan saja loji ini mampu mengatasi masalah pelupusan
sampah, malah dapat membekalkan tenaga elektrik kepada
penduduk.
2.17 Kesan Ekonomi
Menangguhkan sepuluh tahun lagi untuk membina insinerator
melibatkan kos yang berganda tingginya. Mengendalikan dan mengurus
operasi loji rawatan terma memerlukan penglibatan tenaga mahir,
separuh mahir dan perbelanjaan yang tinggi bagi menjalankan operasi
dan penyelenggaraan.
34
Kebimbangan terhadap pembinaan insinerator dimana ia melibatkan
kos pembinaan dan pengendalian insinerator, kos pengangkutan dan
penyimpanan sisa dan kos pelupusan abu dan bahan-bahan yang tidak
terbakar. Antara perkara lain yang perlu dipertmbangkan ialah kos
pembinaan infrastruktur jalan ke pedalaman pembinaan jalan masuk,
masalah air dan kumbahan, pengubahsuaian topografi, masalah tanah,
pemeliharaan nilai estitika dan pemberian pampasan akibat
pencemaran yang dikeluarkan oleh insinerator. Selain isu
pengendalian, ada penduduk yang khuatir bahawa projek itu boleh
menurunkan nilai hartanah di kawasan lingkungan 10 kilometer dari
Broga. Memandangkan sebegitu banyak projek perumahan baru tumbuh di
sekitar Semenyih dan Beranang, persoalan berhubung isu susut nilai
hartanah itu sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi penduduk yang
berada di `atas pagar'.
2.18 Ancaman Kesihatan Menerusi Dioxin
Cadangan pembinaan insinerator di Malaysia menimbulkan isu
hangat. Selain kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi, ia
juga akan mencemarkan udara dalam bentuk pencemaran udara bentuk
baru. Pembinaan loji gasifikasi yang pertama dicadangkan di negara
ini adalah dari jenis yang kedua namun telah menjadi isu kerana
mencetuskan kebimbangan penduduk.
Insinerasi merupakan salah satu teknologi rawatan sisa pepejal
yang melibatkan pembakaran sisa pada suhu tinggi. Namun begitu, abu
yang telah terbakar yang mengandungi tahap kandungan logam berat
yang tinggi berpotensi untuk meningkatkan kadar resapan. Kaedah ini
dikatakan boleh menghasilkan gas berbahaya seperti dioksin, furan
dan nitrogen oksida. Penghasilan bahan kimia berbahaya ini mampu
merencat
35 atau menganggu sistem imunisasi atau endokrin dan diikuti
dengan kemunculan pelbagai penyakit lain.
Dioxin dikelaskan sebagai racun kelas pertama kerana ia sangat
karsinogenik iaitu menyebab dan mencepatkan proses tubuh diracuni
kanser. la juga sangat stabil iaitu sukar terurai menjadi bahan
yang kurang berbahaya. Insinerator menyumbang 95 peratus daripada
racun dioxin dalam persekitaran, manakala selebihnya terhasil dalam
kuantiti yang kecil melalui industri pembuatan bahan kimia, racun
perosak (herbisid, insek- tisid dan pestisid) dan proses pemutihan
(bleaching) semasa pembuatan kertas dan kayu. Keracunan dioxin
bukan saja menyukarkan pasangan mendapat anak, bahkan
mempercepatkan kematian akibat kanser.
Bahaya dioxin digandakan lagi dengan hakikat bahan kimia ini
bersifat stabil. Sifat ini menimbulkan kesan bioakumulasi yang
berbahaya kepada manusia dan haiwan walaupun ia dikatakan berada
pada paras yang sangat selamat. Racun ini akan terkumpul dan
jumlahnya bertambah banyak di setiap peringkat rantai makanan.
Pengguna di peringkat yang terakhir iaitu manusia dan haiwan
karnivor adalah yang paling teruk terjejas. Ini menjelaskan betapa
bahayanya bahan kimia ini memandangkan ia masuk ke badan manusia
bukan sahaja melalui udara tetapi melalui makanan yang tercemar
dengan bahan ini terutama ikan, daging dan produk tenusu.
Masyarakat masih tidak menyedari bahawa dioksin yang sedia ada
dalam sampah tetap wujud dan tidak dapat dimusnahkan dengan apa
kaedah pengurusan yang lain kecuali melalui proses suhu tinggi yang
selalunya terdapat melalui rawatan termal. Berdasarkan perawatan
menggunakan teknologi insinerator terkini dan loji gasifikasi,
penghasilan paras dioksin dapat dikawal, malah jauh lebih rendah
berbanding dengan paras dioksin yang sedia ada di dalam sampah
kita.
36 Teknologi moden perawatan sisa menggunakan teknik gasifikasi
dan peleburan abu telah mengurangkan pengeluaran dioksin ke tahap
yang memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk yang ditetapkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Teknologi ini telah direkabentuk
dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Insinerator moden
adalah pemusnah dioksin berbanding dengan insinerator lama yang
menghasilkan dioksin melebihi 150 mikrogram setiap tan sampah.
Dalam erti kata lain teknologi baru termasuk yang akan digunakan di
Broga menghasilkan dioksin yang amat rendah malah bertindak sebagai
pemusnah dioxin dalam sampah.
37
BAB III
METADOLOGI
3.1
Pengenalan
Kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan
matlamat kajian ialah melalui temubual dengan penduduk menggunakan
borang kaji selidik tentang penerimaan responden mengenai cadangan
membina insinerator di kawasan kajian. Kedua dengan menyediakan
strategi pengumpulan data yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
menerusi tesis-tesis pelajar lain dan kunjungan ke perpustakaan dan
pusat sumber. Kaedah yang digunakan merangkumi perkara-perkara
berikut: i. ii. iii. iv. Kajian Awal Penyediaan borang soal selidik
Pengumpulan dan penganalisaan data Rumusan dan cadangan
Ringkasan bagi metodologi kajian ini adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah 3.1 di mukasurat sebelah.
38
Peringkat 1: Peringkat Permulaan
Mengenal pasti kenyataan masalah Tajuk Kajian Mengenal pasti
objektif dan skop kajian
Perbincangan mengenai tajuk yang dipilih
Kajian Literatur
Hipotesis
Peringkat 3: Analisa Mendapatkan data primer Menganalisa data
yang diperolehi menggunakan perisian komputer dan kiraan manual
Peringkat 2: Pengumpulan Data
Keputusan kajian Peringkat 4: Ringkasan dan Kesimpulan
Membandingkan keputusan dengan hipotesis
Kesimpulan, cadangan penyelesaian dan ringkasan
Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi
39 3.2 Perancangan Kajian
3.2.1
Kajian Awal
Kajian
awal
merupakan
kerja-kerja
awalan
sebelum
sesuatu
proses
pengumpulan data dilakukan. Bermula dengan perbincangan dengan
penyelia untuk mendapat penjelasan untuk mengenalpasti skop kajian,
objektif kajian, kawasan kajian, data yang diperlukan dan
metodologi untuk menjalankan kajian. Dalam peringkat ini, pembacaan
dan pemerhatian memberikan gambaran awal mengenai kajian yang ingin
dilaksanakan. Keratan-keratan akhbar dan maklumat dalam internet
juga banyak membantu dalam membuat kajian ini.
3.2.2 Penentuan Lokasi Kajian
Penentuan lokasi kajian adalah penting sebelum sesuatu kajian
dapat dilakukan. Pemilihan lokasi ditentukan agar keputusan yang
akan diperoleh mencapai objektif sebenar. Tinjauan ini dilakukan di
kawasan perumahan di Taman Pulai Utama, Johor yang merupakan
kawasan yang padat penduduknya dan dianggarkan penduduk yang
tinggal di kawasan tersebut sekitar 500 orang.
40 3.2.3 Golongan Sasaran
Di dalam kajian ini golongan sasaran terdiri daripada semua
peringkat golongan. Ia meliputi golongan kecil sehingga peringkat
dewasa. Penglibatan golongan-golongan ini banyak membantu
pemerolehan data tentang tahap kefahaman dan pengetahuan mereka
terhadap pengurusan sisa pepejal melalui kaedah soal selidik yang
dijalankan.
3.3
Borang Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan untuk menilai dan mengkaji tahap
kesedaran dan kefahaman responden terhadap kaedah pelupusan sisa
pepejal. Borang ini disediakan sebanyak 50 set soalan tetapi
bilangan borang yang diserahkan kembali hanyalah 40 set.
3.4
Pengumpulan dan Analisis Data
Pengumpulan data dikategorikan kepada dua jenis iaitu data-data
primer dan data-data sekunder.
41 3.4.1 Data-data primer
Data-data primer melibatkan data-data penting dalam kajian ini.
Proses pengumpulan data dilakukan melalui temubual berdasarkan
borang soal selidik yang telah disediakan.
Temubual dijalankan kepada penduduk di kawasan kajian dimana
soalan-soalan yang ditanyakan adalah berdasarkan kepada setiap
butiran yang terkandung dalam borang soal selidik. Borang soal
selidik diedarkan kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Pulai
Utama. Soalan yang diajukan kepada responden adalan berkaitan
tentang penerimaan terhadap kaedah pelupusan sisa pepejal sekiranya
dibina berhampiran kediaman mereka. Oleh itu, 40 orang responden
telah dipilih secara rawak dari kawasan kajian dimana responden
berumur 16 tahun keatas dipilih.
3.4.2
Data-data sekuder
Data-data sekunder terdiri daripada kajian literatur dan
sumber-sumber lain seperti kajian tesis, akhbar tempatan, journal
dan lain-lain penerbitan yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan. Bahan bacaan ini menjadi asas rujukan terhadap kajian
ini.
42 3.5 Penganalisaan Data
Proses ini merupakan proses yang penting dalam membuat
penyelidikan. Ia memerlukan penelitian yang tinggi bagi memastikan
setiap soalan yang dianalisis akan menghasilkan keputusan yang
tepat dan memenuhi objektif kajian yang telah ditetapkan pada awal
kajian. Di dalam peringkat ini, data yang telah dikumpul akan
dianalisis menggunakan beberapa kaedah iaitu menggunakan perisian
komputer dan kaedah indeks purata.
3.5.1
Kaedah Penganalisaan Data dan Maklumat
Menganalisa data melalui kaedah ini kebanyakan melibatkan data
yang dipungut untuk diperbandingkan. Antaranya ialah untuk melihat
perbandingan pendapat dan penerimaan responden melalui carta pai.
Perisian yang akan digunakan ialah Microsoft Excel.
Selain perisian komputer, data tersebut boleh dianalisis dengan
menggunakan kaedah indeks purata yang mempersembahkan peratus hasil
dalam bentuk jadual. Ini lebih mudah kerana terdapat soalan dalam
soal selidik berbentuk kadaran yang berdasarkan kepada lima skala
yang telah ditetapkan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju,
sederhana, setuju dan sangat setuju. Nilai kadaran ini dianalisis
bagi mendapatkan indeks min yang menggambarkan kesimpulan
kepentingan sesuatu permasalahan berdasarkan indeks julat min.
43 Al-Hammad et al (1996) menyatakan bahawa indeks purata adalah
berdasarkan kepada rumus berikut Indeks min = ( ai xi ) / xi Di
mana, ai xi i = Pemalar pemberat bagi i = pemboleh ubah frekuensi
maklum balas bagi i = 1, 2, 3, 4,seperti yang diterangkan
berikut
x1 = frekuensi bagi maklum balas yang sangat tidak setuju untuk
: x2 = frekuensi bagi maklum balas yang tidak setuju untuk : x3 =
frekuensi bagi maklum balas yang setuju untuk : x4 = frekuensi bagi
maklum balas yang sangat setuju untuk :
a1 = 1 a2 = 2 a4 = 3 a5 = 4
Klasifikasi untuk skala indeks ditentukan seperti berikut: i.
ii. iii. iv. Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju
: 0.00Indeks Min 1.50 : 1.50Indeks Min 2.50 : 2.50Indeks Min 3.50 :
3.50Indeks Min 4.50
44 3.6 Rumusan dan Cadangan
Rumusan dan cadangan dibuat setelah data-data diperoleh dan
dianalisis. Rumusan ini mestilah memenuhi objektif kajian dan
cadangan berkaitan kajian disertakan untuk melengkapkan kajian.
45
BAB IV
ANALISIS DAN KEPUTUSAN
4.1
Pengenalan
Bab ini membincangkan data-data yang dikumpul di kawasan kajian.
Bahagian pertama menilai latar belakang dan peratusan responden
yang terlibat dalam sesi soal selidik. Bahagian seterusnya
membincangkan tahap kefahaman dan kesedaran responden terhadap
alternatif pelupusan sisa pepejal. Secara tidak langsung
perbincangan meliputi penerimaan dan sokongan responden terhadap
pembinaan alternatif-alternatif tersebut.
4.2
Analisis Data
Tujuan utama analisis data dijalankan ialah untuk mengetahui
tahap sebenar kesedaran, pelaksanaan dan sokongan populasi setempat
terhadap perlaksanaan sistem
46 pembakaran secara terkawal (insinerator) untuk melupuskan
sisa pepejal. Analisis data untuk teori dilakukan dengan kajian
soal selidik.
4.3
Analisis Soal Selidik
Kajian soal selidik telah dijalankan dengan mengedarkan borang
soal selidik kepada populasi penduduk kawasan perumahan di Taman
Pulai Utama. Borang soal selidik adalah seperti yang telah
disertakan di bahagian lampiran. Borang soal selidik ini
dibahagikan kepada 3 bahagian utama. Borang ini mengandungi 20
soalan beserta dengan 4 pilihan jawapan. Jenis soalan yang diajukan
ditunjukkan dalam jadual 4.1
Jadual 4.1 : Pembahagian Soalan Dalam Borang Soal Selidik
Bahagian A B C Kategori Soalan Latar belakang penduduk Tahap
kefahaman dan kesedaran responden mengenai isu insinerator Tahap
sokongan dan penerimaan responden terhadap alternatif pelupusan
sisa pepejal
47 4.4 Analisis Latar belakang Penduduk
Analisis latar belakang responden bertujuan untuk mengetahui
umur, jantina, bangsa, status pekerjaan dan taraf pendidikan.
Kesemua perkara ini adalah untuk mendapatkan jawapan yang lebih
tepat untuk latarbelakang responden.
4.4.1
Kajian Terhadap Responden yang Berbeza Jantina
Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jantina. Seramai 66 peratus responden terdiri daripada
responden lelaki dan responden perempuan seramai 44 peratus. Nilai
responden lelaki adalah lebih ramai berbanding responden perempuan.
Responden lelaki lebih mudah memberikan kerjasama dalam mengisi
borang soal selidik. Namun begitu pemilihan jumlah responden lelaki
dan perempuan agak seimbang untuk menggambarkan situasi sebenar
tahap pemahaman penduduk perumahan Taman Pulai Utama.
Jadual 4.2 : Perbandingan peratusan terhadap responden yang
berbeza jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan Responden
23 17 40 Peratusan (%) 57.5 42.5 100
48Peratus Responden Mengikut Jantina70 60 % Responden 50 40 30
20 10 0 Lelaki Perempuan
Rajah 4.1 : Peratus Responden Mengikut Jantina
4.4.2 Kajian Terhadap Tahap Umur Responden
Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan umur. Berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi,
menunjukkan responden yang paling ramai telah diterima adalah
adalah dalam lingkungan umur 25 tahun hingga 34 tahun iaitu
sebanyak 42.5 peratus. Responden yang diterima dalam lingkungan 35
tahun ke atas adalah seramai 14 peratus sahaja. Manakala responden
dalam lingkungan 16 tahun hingga 24 tahun adalah seramai sembilan
peratus sahaja. Tiada responden 16 tahun ke bawah yang menerima
borang soal selidik.
Semasa kajian yang dibuat, responden yang berumur dalam
lingkungan 25 tahun hingga 34 tahun adalah lebih mudah didekati dan
memahami soal selidik yang dilakukan. Manakala responden yang
berumur dalam lingkungan 35 tahun keatas pula perlu diberi
penerangan yang lebih teliti untuk memberi kefahaman tentang soal
selidik yang dijalankan. Sementara itu responden lingkungan umur 16
tahun hingga 24 tahun
49 pula kurang diberi penekanan kerana mereka lebih bersikap
kurang mengambil perhatian.
Jadual 4.3 : Perbandingan terhadap peratusan responden mengikut
umur Umur (tahun) 16-24 25-34 35-44 45-54 55-64 65 ke atas Jumlah
Bilangan Responden 9 17 6 6 2 40 Peratusan (%) 22.5 42.5 15.0 15.0
5.0 100
Peratus Penduduk yang Disoal Selidik Mengikut Umur
15%
5%
23%
16-24 25-34 35-44
15% 42%
45-54 55-64
Rajah 4.2 : Peratus Penduduk yang Disoal Selidik Mengikut
Umur
50 4.4.3 Kajian Terhadap Taraf Pendidikan Responden
Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan taraf pendidikan. Taraf pendidikan paling tinggi adalah
adalah di peringkat unversiti iaitu seramai 27.5 peratus diikuti
diploma seramai 25 peratus. Manakala 30 peratus hanya di peringkat
sekolah menengah. Hanya 17.5 peratus dari responden yang menerima
pendidikan di peringkat rendah. Tiada responden yang tidak pernah
bersekolah. Faktor taraf pendidikan mempengaruhi tahap pengetahuan
seseorang mengenai kepentingan menguruskan sisa pepejal dengan
sempurna.
Jadual 4.4 : Tahap Pencapaian Pendidikan Responden Taraf
pendidikan Sekolah menengah Diploma/kolej Universiti/Ijazah
Peringkat rendah Bilangan yang disoal selidik (%) 30 25 27.5
17.5
Peratusan Mengikut Tahap Pendidikan Responden35 30 % Responden
25 20 15 10 5 0 Sekolah menengah Diploma/kolej Universiti/Ijazah
Lepasan ijazah Lain-lain
Rajah 4.3 : Peratusan Mengikut Tahap Pendidikan Responden
51 4.5 Tahap Kesedaran Masyarakat
Jadual 4.5 menunjukkan hasil keputusan soal selidik untuk
menilai keprihatinan responden tentang isu berkenaan insinerator di
Malaysia. Secara keseluruhannya, isu berkaitan pembinaan
insinerator di negara kita bukanlah suatu isu yang baru. Kebanyakan
responden menyatakan mereka mengetahui hal ini menerusi media
massa, media elektronik mahupun internet. Berdasarkan data-data
soal selidik didapati hampir keseluruhan responden dalam lingkungan
umur 25-44 tahun memberikan jawapan ya. Namun masih ada segelintir
responden yang tidak mengetahui isu tersebut. Hal ini sama ada
responden tidak pernah mendengar atau mengetahui atau tidak
mengambil tahu tentang kewujudan alternatif lain untuk melupuskan
sisa pepejal di Malaysia.
Jadual 4.5 : Perbandingan peratusan terhadap bilangan responden
yang mengetahui tentang isu insinerator Ya/ Tidak Ya Tidak Jumlah
Bilangan Responden 25 15 40 Peratusan (%) 62 38 100
Peratus Responden yang insinerator? Isu mengetahui Anda tahu
tentang isu Insinerator
38% Ya Tidak 62%
Rajah 4.4 : Peratus Responden yang mengetahui Isu
Insinerator
52 4.6 Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Pembakaran
Terkawal (Insinerator)
Jadual 4.6 menunjukkan keputusan hasil daripada kajian soal
selidik ini mendapati bahawa majoriti responden mempunyai kefahaman
yang sederhana tentang konsep dan proses insinerator iaitu sebanyak
57.5%. Manakala responden yang memiliki tahap kefahaman yang
sedikit ialah 20% dan tahap kefahaman yang tinggi adalah 22.5%.
Secara keseluruhannya, tahap kefahaman penduduk di kawasan kajian
ini adalah sederhana kerana kurangnya pendedahan dan penekanan
mengenai proses pelupusan sisa pepejal menggunakan insinerator
dalam sistem pendidikan. Penekanan perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan secara amnya untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh
kepada masyarakat.
Jadual 4.6 : Perbandingan Peratusan terhadap Tahap Kefahaman
Responden Mengenai Proses Insinerator Tahap Kefahaman Banyak
Sederhana Sedikit Tidak tahu langsung Jumlah Bilangan Responden 9
23 8 40 Peratusan (%) 22.5 57.5 20.0 100
53
Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Insinerator60 50 %
Responden 40 30 20 10 0 Banyak Sederhana Sedikit Tidak tahu
langsung
Rajah 4.5 : Peratusan terhadap Tahap Kefahaman Responden
Mengenai Proses Insinerator
4.7
Tahap Pengetahuan Responden
Berdasarkan jadual 4.7 di atas menunjukkan bahawa sebanyak dua
peratus responden mengatakan tidak setuju dengan soalan anda
mengetahui isu insinerator dari media cetak contohnya surat khabar.
Sebanyak lima peratus tidak setuju, majoriti responden sebanyak 68
peratus bersetuju. Sebanyak 25 peratus lagi sangat setuju dengan
pernyataan di atas. Min keseluruhan bagi soalan ialah 3.16
menyatakan bahawa setuju dengan soalan yang telah diberikan.
Suratkhabar memainkan peranan yang penting untuk memberi maklumat
semasa dan pengetahuan kepada orang ramai.
Berdasarkan jadual 4.7 di atas menunjukkan bahawa tiada
responden mengatakan setuju dan sangat setuju untuk soalan anda
mengetahui isu insinerator dari rakan. Majoriti responden sebanyak
52 peratus tidak setuju manakala sebanyak 48 peratus lagi kurang
setuju dengan pernyataan di atas. Min keseluruhan bagi soalan
ialah
54 1.48 menyatakan bahawa tidak setuju dengan soalan yang telah
diberikan. Perkara ini dapat dirumuskan bahawa topik perbualan
semasa penduduk adalah kurang menjurus kepada isu-isu semasa
berkenaan pembinaan insinerator di negara kita. Oleh itu tiada
informasi yang disampaikan kepada rakan-rakan mengenai
insinerator.
Berdasarkan jadual 4.7 di atas menunjukkan bahawa majoriti
responden sebanyak 51 peratus responden mengatakan tidak setuju
dengan soalan anda mengetahui isu insinerator dari internet.
Sebanyak 42 peratus tidak setuju dan sebanyak lima peratus
bersetuju. Sebanyak dua peratus lagi sangat setuju dengan
pernyataan di atas. Min keseluruhan bagi soalan ialah 1.58
menyatakan bahawa tidak setuju dengan soalan yang telah diberikan.
Perkara ini dapat dirumuskan bahawa tidak ramai penduduk yang
menggunakan internet untuk mengetahui isu berkenaan
insinerator.
Jadual 4.7 Tahap Pengetahuan Masyarakat Frekuensi bagi setiap
maklum balas 1 Anda mengetahui isu insinerator dari media cetak
contohnya surat khabar Anda mengetahui isu insinerator dari rakan
Anda mengetahui isu insinerator dari internet 25 2 2 68 5 3 2 48 42
4 5 52 51 3.16 1.48 1.58 setuju sangat tidak setuju tidak setuju
Purata Indeks Skala Indeks
Petunjuk : 1 = Paling Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4
= Paling Setuju
55
4.8
Tahap Sokongan Responden Kebimbangan terhadap kesan pembinaan
insinerator dibandingkan dalam jadual
4.8. Bagi setiap soalan, jawapan dibandingkan antara nilai 4
hingga 1. Secara keseluruhannya, ancaman dioxin dan kemerosotan
terhadap alam sekitar mencatatkan indeks purata yang tertinggi. Hal
ini menunjukkan kebanyakan responden amat bimbang terhadap
pelepasan asap beracun tersebut yang boleh memusnahkan alam
sekitar. Kebisingan dan ancaman haiwan perosak dianggap memberikan
kesan yang sedikit bagi sesetengah responden untuk tidak menyokong
pembinaan insinerator. Walau bagaimanapun perbezaan terhadap
perbandingan impak tersebut tidak begitu ketara. Ini bermakna
kebimbangan responden adalah menyeluruh terhadap pelbagai aspek dan
tidak terhad kepada sesuatu kesan. Jadual 4.8 Tahap Sokongan
Masyarakat Frekuensi bagi setiap maklum balas 1 2 3 4 3 10 15 12 0
Kemusnahan tumbuhan,haiwan dan hutan Bunyi bising dari kenderaan
pemungutan Kesesakan lalulintas Kebisingan dari tapak insinerator
Lalat dan haiwan perosak Kemusnahan alam sekitar Kesan kepada hasil
tanaman 1 6 4 9 13 0 10 3 8 16 17 5 14 3 13 16 24 13 8 14 8 15 8 21
7 5 11 12 5 22 9 Purata Indeks 2.9 3.5 2.9 2.4 2.7 2.7 2.1 3.5 2.4
Skala Indeks Setuju Sangat setuju Setuju Tidak setuju Setuju Setuju
Tidak Setuju Sangat setuju Tidak setuju
Pencemaran udara,air dan tanah Dioxin
Petunjuk : 1 = Paling Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4
= Paling Setuju
56
4.9
Keutamaan Pemilihan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal
Apabila ditanya tentang kaedah yang menjadi keutamaan untuk
melupuskan sisa pepejal, rata-rata responden memberikan jawapan
yang berbeza. Berdasarkan jadual 4.9 di atas menunjukkan bahawa 44%
responden menyatakan tapak pelupusan dan 15% responden memilih
insinerator. Manakala sebanyak 28% responden memberikan jawapan
tidak tahu. Secara keseluruhan, responden yang tidak mempunyai
pandangan yang jelas terhadap pengurusan sisa pepejal adalah mereka
yang kurang mengambil berat terhadap ancaman pencemaran. Sikap
masyarakat banyak bergantung kepada pengetahuan yang mereka ada.
Responden cenderung menunjukkan sikap yang negatif terhadap kaedah
pelupusan yang kurang popular berbanding kaedah konvensional yang
sedia ada.
Jadual 4.9 : Perbandingan Keutamaan Kaedah Pelupusan Sisa
Pepejal Keutamaan Tapak pelupusan Sampah Insinerator Bukan
kedua-dua Tidak tahu Jumlah Bilangan Responden 18 6 5 11 40
Peratusan (%) 44 15 13 28 100
Peratusan Keutamaan Kaedah Melupuskan Sisa Pepejal28% 44%
Tapak Pelupusan Sampah Insinerator Bukan kedua-dua
13% 15%
Tidak Tahu
57 Rajah 4.6 : Peratusan Keutamaan Kaedah Melupuskan Sisa
Pepejal 4.10 Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan
Sisa Pepejal
Berdasarkan rajah 4.7 tapak pelupusan sampah dan insinerator
dinilai berdasarkan kesan fizikal, pencemaran dan kesan terhadap
kesihatan. Tapak pelupusan sampah dikatakan lebih banyak
menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar dan gangguan manakala
insinerator dilihat memerlukan kos operasi yang tinggi dan risiko
ancaman kesihatan yang lebih tinggi dan kurang popular di
Malaysia.
Jadual 4.10 : Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif
Pelupusan Sisa Pepejal Bilangan Responden Landfill Kos operasi yang
murah Risiko kesihatan yang rendah Kemusnahan Alam Sekitar Lebih
banyak Ancaman Kurang Popular 36 16 25 22 3 Insinerator 3 20 14 18
37
Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa
Pepejal40 35 30 25 20 15 10 5 0
landfill Insinerator
Bilangan Responden
Kemusnahan alam sekitar
Kos operasi murah
Lebih banyak ancaman
Rajah 4.7 : Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan
Sisa Pepejal
Risiko kesihatan yang rendah
Kurang popular
58
BAB V
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
Perletakan tapak insinerator merupakan satu isu yang agak
sensitif di mana tapak pelupusan sisa pepejal terma ini perlu
dibina mengikut piawaian yang telah ditetapkan selain mengambilkira
kepentingan masyarakat dan persekitaran. Namun, jumlah sisa pepejal
yang dihasilkan semakin tinggi dan bakal melebihi jumlah kapisiti
kadar tampungan yang mampu ditampung oleh pusat pelupusan sisa
pepejal konvensional sedia ada. Oleh itu, kajian tentang tahap
kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap pembinaan insinerator
sebagai alternatif sistem pelupusan sisa pepejal adalah
diperlukan.
59
5.2
Kesimpulan
Seramai 40 responden penduduk di Taman Pulai Utama telah dipilih
secara rawak untuk mengisi borang soal selidik dimana 23 responden
lelaki dan 17 responden perempuan memberikan jawapan yang
berbeza-beza. Analisa data tersebut bertujuan untuk mengetahui
tahap kefahaman individu tentang pengurusan sisa pepejal. Merujuk
kepada objektif yang telah digariskan, kajian ini telah mencapai
objektif yang dikehendaki. Berdasarkan analisis data yang telah
dilakukan untuk melihat sejauh manakah tahap pengetahuan dan
kesedaran penduduk terhadap pengurusan pelupusan sisa pepejal di
kawasan kajian didapati bahawa tahap kesedaran responden adalah
sederhana. Kebanyakan responden bersetuju mengatakan media cetak
seperti suratkhabar merupakan perantaraan terbaik untuk memberikan
maklumat tentang pengurusan sisa pepejal.
Malah tahap pendidikan banyak mempengaruhi tahap kesedaran
masyarakat terhadap sistem pengurusan sisa pepejal. Ini menunjukkan
pendedahan dan pengetahuan masyarakat terhadap isu perletakan
insinerator masih lagi cetek di minda sesetengah mereka. Hal ini
secara tidak langsung berpunca daripada ketidakprihatinan dan sikap
sambil lewa masyarakat yang kurang membaca untuk mengetahui isu-isu
semasa serta masalah yang sedang dihadapi oleh negara dalam
menguruskan sisa pepejal yang kian bertambah.
Namun, bagi sesetengah masyarakat yang sedar tentang masalah
yang dihadapi tahap kebimbangan terhadap isu ini jelas kelihatan
apabila mereka menyokong tindakan kerajaan untuk membina
insinerator. Kebimbangan terhadap risiko pelaksanaan sistem baru
pelupusaan sisa pepejal didapati meningkat berikutan maklumat
tentang insinerator yang terhad dan sedikit. Pemerolehan maklumat
yang sedikit mengurangkan kredibiliti
60 pemaju dan menimbulkan bantahan terhadap alternatif tersebut.
Justeru pendedahan maklumat yang tepat dan bersesuaian adalah
penting untuk memperoleh penerimaan masyarakat tanpa sikap
prejudis.
Rata-rata responden masih belum bersedia untuk menerima
pelaksanaan teknologi baru untuk melupuskan sisa yang dijanakan.
Daripada analisis yang dibuat didapati majoriti responden memilih
tapak pelupusan sampah sebagai destinasi terakhir untuk melupuskan
sisa. Kurangnya penglibatan masyarakat terhadap isu ini
mempengaruhi keputusan mereka untuk menyokong mahupun menolak
pelaksanaan kaedah pelupusan sisa pepejal yang ingin
dibangunkan.
5.3
Batasan Kajian
Walaupun hasil kajian telah diperolehi dan matlamat kajian dapat
dicapai, namun terdapat kekurangan dalam kajian yang dijalankan
ini. Kekurangan ini pada dasarnya dipengaruhi oleh faktor batasan
masa yang terhad bagi menjalankan kajian, masalah pemerolehan data
yang terperinci dan penggunaan tenaga kerja yang terhad dalam
menjalankan kajian ini.
Masalah lain yang dihadapi ialah ada juga responden yang tidak
mahu memberi kerjasama dalam menjalankan kajian ini dan ada
segelintir yang salah faham mengenai mesej sebenar yang ingin
disampaikan. Namun begitu, tidak semua responden bersikap
sedemikian. Terdapat beberapa responden yang memberi kerjasama
dengan baik kerana mereka berlatarbelakangkan pendidikan yang
tinggi dan memahami tujuan kajian ini dijalankan.
61
5.4
Reaksi Penduduk
Kajian ini dijalankan dengan memberi kertas soal selidik yang
ingin mengetahui latarbelakang responden, pendapat dan penerimaan
penduduk mengenai tapak pelupusan sampah dan insinerator.
Penerangan secara ringkas sebab dan tujuan ini dijalankan
diterangkan kepada responden terlebih dahulu supaya responden tidak
salah faham terhadap tujuan sebenar soal selidik dibuat. Menerusi
cara tersebut kerjasama lebih mudah diperoleh daripada responden.
Penerangan ringkas tentang kepentingan dan keperluan insinerator
pada masa akan datang turut diberikan agar responden lebih memahami
apakah yang dimaksudkan dengan pembakaran terkawal menggunakan
insinerator. Namun begitu ada juga responden yang tidak mahu sama
sekali meluangkan sedikit masa dengan alasan sibuk, tidak tahu
berbahasa Melayu, dan tidak mahu diganggu.
5.5
Cadangan
Malaysia tidak mempunyai sistem pengurusan sampah teratur dan
cekap berikutan ketiadaan akta berkaitan perkara itu sehingga
menyebabkan masalah pembuangan sampah di negara ini berada pada
tahap serius dan memberi kesan alam sekitar. Ketika ini sistem
pengurusan sampah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak berkemampuan dari segi kepakaran
serta kewangan bagi membina kemudahan operasi pelupusan sampah yang
baik.
62 Kemudahan pelupusan sampah yang baik seperti insinerator atau
pelupusan sanitari secara timbusan, memerlukan peruntukan yang
terlalu tinggi dan kebanyakan PBT tidak mempunyai wang sehingga
beratus juta. Jalan terbaik bagi mereka adalah mewujudkan tapak
pelupusan sampah konvensional dan jika dilihat dengan teliti tapak
ini seolah hanya menjadi tempat pembuangan berikutan pengurusannya
yang tidak teratur sehingga menjejaskan alam sekitar. Semua pihak
wajar memainkan peranan penting bagi memastikan masalah pelupusan
sampah diatasi dan tidak dinafikan terdapat kelemahan ketara dalam
sistem pengurusan sampah.
Penerapan budaya menjaga kebersihan dan motivasi diri harus
dipupuk sejak kecil. Pendekatan menerusi program berunsurkan
pendidikan dan kempen yang memberikan maklumat yang berguna kepada
orang ramai tentang implikasi alam sekitar dan kesihatan haruslah
lebih dilaksanakan dengan lebih efektif dan giat.
5.7
Rumusan
Masalah pengurusan sisa sampah domestik negara adalah isu yang
tidak berkesudahan. Ia menjadi hangat apabila tapak pelupusan
sampah hampir penuh dan menjadi senyap semula apabila tapak baru
dijumpai sehinggalah beberapa tahun kemudian. Penggunaan tapak
pelupusan sampah secara konvensional tidak bersifat mesra alam
kerana sisa bertoksik masih boleh meresap ke sistem air bawah
tanah. Untuk tempoh jangka pendek, loji insinerator amat diperlukan
untuk melupuskan jisim sampah dan boleh digunakan juga untuk
menjana tenaga elektrik. Tetapi bagi tempoh jangka panjang,
teknologi insinerator masih mempunyai kelemahan iaitu pelepasan gas
bertoksik.
63
Dalam kajian ini, tahap kesedaran dan penerimaan penduduk
terhadap pembinaan alternatif baru untuk melupuskan sisa pepejal
(insinerator) dinilai dan dianalisa. Penerimaan penduduk memainkan
peranan penting dalam perletakan insinerator yang berisiko tinggi.
Justeru pemahaman yang tinggi diperlukan agar penduduk mengetahui
risiko yang bakal diterima pada masa akan datang.
64
RUJUKAN
Agamuthu P, Nather Khan, (1997). Effective Solid Waste
Management. Ecotone Management Sdn Bhd Petaling Jaya. Berita
Harian, (17 Mac 2006). Insinerator Kaedah Terbaik. Berita Harian,
(29 November 2004). Kaedah Terbaik Atasi Pelupusan Sampah Perlu
Dicari. Berita Harian, (17 Mac 2006), Pelupusan Selamat Bermula
Dari Rumah. Berita Harian, (12 Ogos 2006), Sistem Insinerator Lupus
Sampah. Mohd Zaki Othman (2003), Kajian Pengurusan Sisa Pepejal
Pulau Peranginan di Malaysia. Tesis Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia. Mingguan Malaysia, (3 Desember 2006).
Insinerator: Jangan bantah lagi. Mingguan Malaysia, (14 Julai
2006). Kaedah Terbaik Pengurusan Sisa Pepejal Bukan Hanya Satu.
Norzaina Harun (2003), Kajian Mengenai Pengurusan S