Top Banner

of 388

Tesis Kulit Tebal Final

Feb 11, 2018

Download

Documents

utrujjah11
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    1/387

    JUDUL

    ANALISIS HADITHAL-KHIYAR MENURUT

    PERSPEKTIFFIQH AL-SHAFIIDANFIQH AL-BUKHARI

    MOHD MURSHIDI BIN MOHD NOOR

    JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2012

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    2/387

    ii

    HALAMAN JUDUL

    ANALISIS HADITHAL-KHIYAR MENURUT

    PERSPEKTIFFIQH AL-SHAFIIDANFIQH AL-BUKHARI

    MOHD MURSHIDI BIN MOHD NOOR

    TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI

    KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

    JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2012

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    3/387

    iii

    ABSTRAK

    Imam al-Bukhari merupakan seorang imam yang dikatakan bermazhab Shafii. Namun

    begitu, terdapat pandangan yang mendakwa bahawa Imam al-Bukhari tidak bermazhab

    Shafii tetapi mempunyai mazhab yang tersendiri. Pada masa yang sama, Imam al-

    Bukhari yang merupakan ahli hadith yang ulung tidak pula memilih tariq Imam al-

    Shafii dalam periwayatan hadith. Oleh yang demikian, kajian ini memfokus kepada

    analisis hadith-hadith al-khiyar dari sudut riwayah dan dirayah untuk melihat

    pandangan Imam al-Shafii dan Imam al-Bukhari dalam permasalahan al-khiyar. Topik

    al-khiyardipilih kerana ianya merupakan perkara penting di dalam muamalah. Objektif

    kajian ialah menganalisis pandangan-pandangan asas fiqh al-Shafii berdasarkan

    perspektif ilmu hadith, mengenalpasti ciri-cirifiqh al-Bukhariserta ketokohan Imam al-

    Bukhari di dalam fiqh, menganalisis sanad dan matan hadith riwayat Imam al-Shafii

    dan Imam al-Bukhari dalam topikal-khiyar, dan menganalisis hadith-hadith al-khiyar

    dalam perspektif fiqh al-Shafii dan fiqh al-Bukhari. Metodologi kajian adalah

    berdasarkan kepada kajian perpustakaan dan temubual. Hasil kajian mendapati

    periwayatan Imam al-Shafii terhadap hadith al-khiyaradalah kuat serta terdapat sanad

    hadith al-khiyarImam al-Shafii lebih kukuh berbanding sanad hadith Imam al-Bukhari.

    Imam al-Bukhari adalah seorang ulama hadith yang berkelayakan untuk berijtihad

    secara mutlak serta mempunyai mazhab yang tersendiri. Dalam membahaskan hadith

    al-khiyardalam perspektiffiqh, terdapat kecenderungan Imam al-Bukhari yang berbeza

    dengan pandangan Imam al-Shafii dari sudut usul dan furu. Mengamalkan jual beli

    berteraskan prinsip al-khiyaradalah adil untuk menjaga hak semua pihak yang terlibat,

    serta mengelakkan daripada gejala penipuan yang berleluasa pada masa kini. Umat

    Islam perlu menguatkuasakan konsep khiyar al-majlis dan al-takhyir dalam transaksi

    jual beli, kerana ianya merupakan pendirian yang tiada khilafdi sisi, Imam al-Shafii,Imam al-Bukhari dan ulama al-Shafiiyyah.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    4/387

    iv

    ABSTRACT

    Imam al-Bukhari is an imam that was said to be Shafiimadhhab. Even so, there was a

    saying that Imam al-Bukhari is not Shafiimadhhab but has his own madhhab. At the

    same time, Imam al-Bukhari is a renownedAhl al-Hadiththat isnt choosing the Imam

    al-Shafiis tariq in his way of narrating hadiths. Therefore, this research is meant to

    focus on the analysis of the al-khiyarhadiths from the riwayah point of view to see how

    Imam al-Shafiis and Imam al-Bukharis view in their way of dealing with the

    problems ofal-khiyar. The topic ofal-khiyaris chosen because of the main part it plays

    in the muamalah. The objective of this research is to investigate about the basic view

    of Imam al-Shafiis fiqhbased on the perspective of the Hadiths Knowledge, to

    identify the characteristics ofal-Bukharis fiqh and also the stature of Imam al-Bukhari

    in the study offiqh, to analysis the sanadand matan in the hadiths narrated by Imam

    al-Shafii and Imam al-Bukhari in the topic ofal-khiyar, and analysing the hadiths ofal-

    khiyar in the perspective of al-Shafiis fiqh and al-Bukharis fiqh. The methodology

    practiced in the research is based on interviews and also by reading materials. Result of

    the research discovers that the narration of Imam al-Shafii in the al-khiyarhadiths is

    strong and there was also the sanad of Imam al-Shafii al-khiyarhadith that is more

    sturdy than the sanad of Imam al-Bukharis hadith. Imam al-Bukhari is a hadiths

    ulama that is qualified to ijtihadwith absolute and also owns his own madhhab. In

    discussing the al-khiyarhadith in the perspective offiqh, there is an inclination of Imamal-Bukhari that is different than the opinion of Imam al-Shafii from the point ofusul

    andfuru. Practising the selling and buying process based on the principle of al-khiyar

    is fair to care for the rights of all the involved parties, and to prevent from the act of

    deception that is becoming quite often this days. The Muslims need to enforce the

    concept of the khiyar al-majlis and al-takhyir in the transaction of selling and buying

    process, since it was a standpoint that exist no khilafin the side, Imam al-Shafii, Imam

    al-Bukhari and the ulamaal-Shafiiyyah.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    5/387

    v

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan

    anugerahNya tesis ini berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Pertamanya

    penulis merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada penyelia tesis

    ini, Prof Madya Dr Ishak Suliaman dan Prof Madya Dr Abdul Karim Ali yang telah

    menyelia dan banyak memberikan pandangan dan dorongan kepada penulis untuk

    menyiapkan kajian ini.

    Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ProfDato DrZulkefli bin Yaakob,

    Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), pensyarah-pensyarah

    di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Dr Faisal Ahmad Shah, ketua Jabatan al-Quran danal-Hadith, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, mantan Dekan Kulliyyah

    Syariah, Kolej Universiti Insaniah, dan rakan-rakan seperjuangan di atas pandangan dan

    komentar bagi mengemaskinikan tesis ini.

    Ucapan terima kasih juga kepada ayahanda Allayarham Hj Mohd Noor bin

    Zakaria, bonda tercinta Hjh Wan Zaharah binti Hj Wan Salleh, serta adik-beradik yang

    dekat dengan penulis iaitu Puan Norihan, Puan Asma, Puan Jawahir, Puan Firdaus,

    Abang Mohd Munir, dan Puan Farihah yang telah banyak memberi dorongan dan

    semangat kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini dengan jayanya, juga sentiasa

    berdoa demi kejayaan penulis. Tidak dilupakan juga kepada kakanda sulong Puan

    Norihan dan suami Dr Muhammad Yamin bin Ismail serta anak-anak terutama Nurul

    Iman yang telah membantu penulis untuk mengemaskini kajian ini. Mudah-mudahan

    segala daya usaha ini dikira sebagai amal saleh, ilmu yang dapat dimanfaatkan dan

    mendapat keredaan Allah SWT.

    Mohd Murshidi Bin Mohd Noor

    Jabatan al-Quran Dan al-Hadith 13 Julai 2012

    Akademi Pengajian Islam (23 Syaaban 1433)

    Universiti Malaya

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    6/387

    vi

    SENARAI TRANSLITERASI

    1. HURUF

    Huruf Arab Huruf Latin Contoh Transliterasi

    Talif

    B Bayrut

    T Talim

    Th Thawrah

    J Jamaah

    H Hadith

    Kh Khaldun

    D Dar

    Dh Dhiyad

    R Risalah

    Z Ziyarah

    S Sirah

    Sh Sharif

    S Saf

    D Dabit

    T Tariq

    Z Zilal

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    7/387

    vii

    Ahd

    Gh Ghayah

    F Fikr

    Q Qusur

    K Kuttab

    L Lisan

    M Masjid

    N Nazariyyah

    W Wasala

    H Hadaf

    Y Yamin

    II. VOKAL PENDEK

    Huruf Arab Huruf Latin Contoh Transliterasi

    ---------- A Qanata

    ---------- I Shariba

    ---------- U Jumia

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    8/387

    viii

    III. VOKAL PANJANG

    Huruf Arab Huruf Latin Contoh Transliterasi

    A Bab/Ihya

    I Tajdid

    U Ulum

    IV. DIFTONG

    Huruf Arab Huruf Latin Contoh Transliterasi

    Aw Qawl

    Ay Ghayr

    iyy /iArabiyy atau

    arabi (di akhirkalimah)

    uww /u Aduww atau adu

    (di akhir kalimah)

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    9/387

    ix

    EJAAN DAN TRANSLITERASI

    Pengecualian daripada menggunakan panduan itu bagi kes-kes berikut:

    i. Bagi akhir perkataan asal yang ditulis dengan ( Ta Marbutah) diejamengikut sebutan .

    ii. Tanwin tidak dieja dengan mengikut sebutan tetapi mengikut tulisan.Contoh: Surah ( ) dan Saah ( ).

    iii. Alif Lam diteransliterasikan sebagai al (sama ada bagi Lam Shamsiyyahatau Qamariyyah) yang dihubungkan dengan kata berikutnya dengan

    tanda sempang. a dalam al tidak menerima hukum huruf besar menurut

    pedoman umum ejaan Bahasa Malaysia. Sebaliknya hukum huruf besar

    terpakai kepada huruf pertama kata berikutnya.

    iv. Istilah sesuatu perkataan yang berasal dari perkataan bahasa Arab tetapitelah menjadi sebutan umum bahasa Malaysia adalah dieja mengikut

    perkataan bahasa Malaysia. Semua perkataan Arab/ Inggeris (Bahasa

    Asing) hendaklah diitalickan kecuali nama khas.

    Ejaan yang digunakan dalam disertasi ini juga adalah mengikut Daftar Ejaan Rumi

    Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia 1998.

    Transliterasi yang diguna pakai ialah berdasarkan rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Kementerian Pendidikan Malaysia, Pedoman Transliterasi huruf Arab ke Huruf Rumi,

    1998.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    10/387

    x

    ISI KANDUNGAN

    PENDAHULUAN ............................................................................................................ 1PENDAHULUAN......................................................................................................... 1LATARBELAKANGPERMASALAHANKAJIAN .................................................. 2PERSOALANKAJIAN ................................................................................................ 4OBJEKTIFKAJIAN ..................................................................................................... 5ULASANKAJIANLEPAS .......................................................................................... 6KEPENTINGANKAJIAN ......................................................................................... 15SKOPKAJIAN ........................................................................................................... 16METODOLOGIKAJIAN ........................................................................................... 17HURAIANISTILAH .................................................................................................. 19SISTEMATIKAKAJIAN ........................................................................................... 22

    BAB SATU:FIQH AL-SHAFIIDALAM PERSPEKTIF ILMU HADITH .......... 251.1 PENDAHULUAN .......................................................................................... 251.2 PENGENALANMENGENAIFIQHAL-SHAFII......................................... 251.3 USULMAZHABIMAMAL-SHAFII .......................................................... 271.4 CIRI-CIRIFIQHAL-SHAFII........................................................................ 291.5 IMAMAL-SHAFIIDALAMPERSPEKTIFILMUHADITH ..................... 30

    1.5.1 HADITH AHAD DI SISI IMAM AL-SHAFII ......................................... 341.5.2 HADITHMURSAL ..................................................................................... 37

    1.6 ULAMAAL-SHAFIIYYAHDALAMPERSPEKTIFILMUHADITH ...... 431.6.1 Pembahagian Hadith ................................................................................... 44

    1.6.1.1 Hadith Sahih........................................................................................ 451.6.1.2 HadithHasan ...................................................................................... 491.6.1.3 HadithDaif........................................................................................ 501.6.1.4 Etika Berinteraksi Dengan Hadith Nabawi ......................................... 68

    1.7 KESIMPULAN ............................................................................................... 70BAB DUA:FIQH AL-BUKHARI DALAM PERSPEKTIF ILMU HADITH ........ 72

    2.1 PENDAHULUAN .......................................................................................... 722.2 PENGENALANMENGENAIFIQHAL-BUKHARI..................................... 722.3 FIQHAL-BUKHARIDALAMPERSPEKTIFILMUHADITHAL-DIRAYAH.

    ......................................................................................................................... 742.3.1 Pengiktirafan Ulama Terhadap Kefaqihan Imam al-Bukhari ..................... 752.3.2 Peringkat Ijtihad Imam al-Bukhari Di Dalam Fiqah ................................... 782.3.3 Mazhab Imam al-Bukhari ........................................................................... 812.3.4

    Sahih al-BukhariMerupakan Karya Utama Imam al-Bukhari Di DalamFiqah ............................................................................................................ 83

    2.3.5 Usul Istinbat Imam al-Bukhari.................................................................... 84

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    11/387

    xi

    2.3.5.1 Al-Quran ............................................................................................. 852.3.5.2 Hadith .................................................................................................. 882.3.5.3 Ijmak ................................................................................................. 1062.3.5.4 Qiyas ................................................................................................. 1122.3.5.5 Qawl Sahabat dan Tabiin .................................................................. 1242.3.5.6

    Amal Ahl al-Madinah Yang Dinukilkan Pada Zaman Nabi SAW .. 127

    2.3.5.7 Syariat Umat Terdahulu .................................................................... 1292.3.5.8 Urf.................................................................................................... 1352.3.5.9 Sadd al-Dharai............................................................................... 138

    2.3.6 Kaedah Usul Imam al-Bukhari.................................................................. 1437.3. Manhaj Imam al-Bukhari Dalam Mengistinbatkan Hukum-Hakam ......... 1522.3.8 Penyebaran Mazhab Imam al-Bukhari...................................................... 153

    7.2 SAHIHAL-BUKHARIDANTARAJIMABWAB ........................................... 1652.4.1 Metodologi Tarajim Bab Dalam Sahih al-Bukhari................................... 166

    2.4.1.1 TarjamahZahirah ............................................................................. 1672.4.1.2 Tarjamah Istinbatiyyah ..................................................................... 1722.4.1.3 Tarjamah Mursalah .......................................................................... 177

    2.5 KESIMPULAN ............................................................................................. 179BAB TIGA:HADITH-HADITH AL-KHIYAR DALAM KARYA MUSNAD AL-

    SHAFIIDANSAHIHAL-BUKHARI....................................................................... 1813.1 PENDAHULUAN ........................................................................................ 1813.2 PERBANDINGANHADITH-HADITHAL-KHIYARANTARARIWAYAT

    IMAMAL-SHAFIIDANIMAMAL-BUKHARI ...................................... 1823.2.1 Hadith-hadith Khiyar al-Majlis................................................................. 183

    3.2.1.1 Hadith Pertama .................................................................................. 1843.2.1.2 Hadith Kedua .................................................................................... 1873.2.1.3 Hadith Ketiga .................................................................................... 1903.2.1.4 Hadith Keempat ................................................................................ 1953.2.1.5 Hadith Kelima ................................................................................... 2033.2.1.6 Hadith Keenam.................................................................................. 2073.2.1.7 Hadith-hadith Khiyar al-Majlis Sahih al-Bukhariyang Tiada di dalam

    Musnad al-Shafii.............................................................................. 2113.7.7 Hadith-Hadith Khiyar al-Shart................................................................. 213

    3.2.2.1 Hadith Pertama .................................................................................. 2133.2.2.2 Hadith Kedua .................................................................................... 2213.2.2.3 Hadith Ketiga .................................................................................... 227

    3.2.3 Hadith-Hadith Khiyar al-Ayb .................................................................. 2303.3 KESIMPULAN ............................................................................................. 234

    BAB EMPAT: ANALISIS HADITH-HADITH AL-KHIYAR MENURUT

    PERSPEKTIFFIQH AL-SHAFIIDANFIQH AL-BUKHARI............................. 2374.1 PENDAHULUAN ........................................................................................ 2374.2 TIDAKMENYEMBUNYIKANKEAIBANYANGTERDAPATPADA

    BARANG ...................................................................................................... 238

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    12/387

    xii

    4.2.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2394.2.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2434.2.3 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 245

    4.3 TEMPOHKHIYARAL-SHART..................................................................... 2464.3.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2474.3.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2524.3.3 Perbezaan Manhaj ..................................................................................... 2564.3.4 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 257

    4.4 TEMPOHKHIYARAL-SHARTYANGMUTLAK ...................................... 2584.4.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2594.4.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2634.4.3 Perbezaan Manhaj ..................................................................................... 2644.4.4 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 267

    4.5 PENGABSAHANKHIYARAL-MAJLIS...................................................... 2684.5.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2694.5.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2724.5.3 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 275

    4.6 MEMBUATPILIHANSETELAHAKADDAPATMENGGUGURKANHAKKHIYARAL-MAJLIS........................................................................... 275

    4.6.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2754.6.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2784.6.3 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 282

    4.7 HAKPENJUALDANPEMBELIDALAMKHIYARAL-SHART................ 2824.7.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2834.7.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2854.7.3 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 286

    4.8 HAKKHIYARAKANGUGURSEKIRANYAPEMBELIMELAKUKANAL-TASARRUFDIHADAPANPENJUAL .................................................. 287

    4.8.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2874.8.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2904.8.3 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 292

    4.9 PENIPUANHARGADIDALAMJUALBELI(KHIYARAL-GHUBN) ..... 2924.9.1 Fiqh al-Bukhari......................................................................................... 2934.9.2 Fiqh al-Shafii........................................................................................... 2994.9.3 Perbezaan Manhaj ..................................................................................... 3014.9.4 Kesimpulan Hukum .................................................................................. 302

    4.10 JUALBELIAL-NAJASH.............................................................................. 3034.10.1 Fiqh al-Bukhari..................................................................................... 3034.10.2 Fiqh al-Shafii....................................................................................... 3064.10.3 Perbezaan Manhaj ................................................................................. 3104.10.4 Kesimpulan Hukum .............................................................................. 310

    4.11

    AL-MUSARRAH............................................................................................ 311

    4.11.1 Hukum-hakam al-KhiyarBerkaitan al-Musarrah Menurut Fiqh al-Shafiidan Fiqh al-Bukhari.................................................................. 311

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    13/387

    xiii

    4.11.2 Pengembalian al-Musarrah Dengan Tempoh Tiga Hari Menurut Fiqh al-Shafiidan Fiqh al-Bukhari.................................................................. 314

    4.11.3 Kesimpulan Hukum .............................................................................. 3174.12 LARANGANJUALBELISECARATALAQQIAL-RUKBAN.................... 317

    4.12.1 Fiqh al-Bukhari..................................................................................... 3174.12.2 Fiqh al-Shafii....................................................................................... 3194.12.3 Perbezaan Manhaj ................................................................................. 3224.12.4 Kesimpulan Hukum .............................................................................. 323

    4.13 KHIYARAL-RUYAHDANKHIYARAL-WASF.......................................... 3242.43.4 Fiqh al-Bukhari..................................................................................... 3244.13.2 Fiqh al-Shafii....................................................................................... 3264.13.3 Kesimpulan Hukum .............................................................................. 328

    4.14 KESIMPULAN ............................................................................................. 328KESIMPULAN DAN PENUTUP .............................................................................. 331

    5.1 KESIMPULANUMUMKAJIAN ................................................................ 3315.2 CADANGANDANSARANAN .................................................................. 3455.3 CADANGANKEPADAPENGKAJISETERUSNYA ................................ 348

    BIBLIOGRAFI ............................................................................................................ 351

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    14/387

    xiv

    SENARAI JADUAL

    Jadual 3.2.1.1: Punca Imam al-Bukhari Tidak Mengambil Tariq Imam al-Shafii

    Jadual 3.2.1.2: Punca Tiada Hadith Riwayat Imam al-Shafii Di DalamSahih

    al-

    Bukhari

    Jadual 3.2.1.3: Punca Imam al-Bukhari Memilih Tariq Muhammad Bin Yusuf

    Jadual 3.2.1.4: Punca Imam al-Bukhari Tidak Mengambil Tariq Imam al-Shafii

    Jadual 3.2.1.5: Kelebihan Tariq Imam al-Bukhari Berbanding Tariq Imam al-Shafii

    Jadual 3.2.1.6: Hadith Keenam al-Khiyar Riwayat Imam al-Shafii Yang Disebutkan

    SecaraMuallaq Di Dalam Sahih al-Bukhari

    Jadual 3.2.2.1: Punca Imam al-Bukhari Tidak Mengambil Tariq Imam al-Shafii

    Jadual 3.2.2.2: Punca Imam al-Bukhari Memilih Tariq al-Layth

    Jadual 3.2.2.3: Punca Imam al-Bukhari Tidak Memilih Tariq Imam al-Shafii

    Jadual 3.2.3: Kedudukan Sanad Hadith Imam al-Shafii Dan Imam al-Bukhari

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    15/387

    1

    PENDAHULUAN

    PENDAHULUAN

    Kajian ini adalah analisis hadith-hadith al-khiyar yang dilihat dari sudut ilmu hadith

    riwayah1 dan dirayah.2 Perbincangan berkenaan ilmu hadith riwayah dikemukakan dari

    sudut sanad hadith-hadith al-khiyar yang terdapat dalam karya Musnad al-Shafiidan

    Sahih al-Bukhari. Manakala ilmu hadith dirayah pula dilihat dari aspekfiqh al-hadith

    yang dianalisis menerusi perspektif fiqh al-Shafii dan fiqh al-Bukhari.3 Kedua-dua

    fiqah inidipilih keranafiqh al-Shafiidanfiqh al-Bukhariadalah daripada rumpun yang

    sama iaitu fiqah yang berasaskan kepada hadith kerana Imam al-Shafii dan Imam al-

    Bukhari merupakan ahli hadith. Perbezaan antara kedua-duanya ialah mazhab al-Shafii

    berkembang dengan pesatnya, manakala mazhab Imam al-Bukhari pula tidak

    1 Ilmu riwayah al-hadith ialah ilmu yang mengandungi beberapa kaedah yang dengannya dapat diketahui hal keadaan perawi danapa yang diriwayatkannya. Objek perbincangannya adalah kata-kata Nabi SAW, perbuatannya, pengakuannya, sifat-sifatnya samaada sebelum dibangkitkan menjadi Rasul atau setelah dibangkitkan. Faedah mempelajari ilmu ini adalah untuk mengetahui perkara

    yang sabit daripada Nabi SAW yang berupa hadith, dengan itu umat Islam dapat mengikuti sunnahnya, dapat mengetahui perkara

    yang maqbul dan marduddaripada hadith, serta dapat membezakan antara hadith sahih, hasan, daifdan mawdu, dan membentuk

    keyakinan dan ketenangan kepada umat Islam terhadap hadith yang kukuh serta sahih sanadnya.Lihat Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi (2005), Ulum al-Hadith AsiluhaWa Muasiruha, c. 4. Selangor: Dar al-Shakir, h. 78.2 Menurut Haji Khalifah, ilmu dirayah al-hadith ialah ilmu yang membahaskan mengenai makna yang dapat difahami daripada lafazhadith, serta perkara yang dikehendaki daripadanya, berdasarkan kepada kaedah-kaedah bahasa Arab dan prinsip-prinsip umumsyariat, yang sesuai dengan hal keadaan Nabi SAW. Objek perbincangannya adalah hadith-hadith Nabi SAW dari sudut dalalahnyaterhadap makna yang difahami daripada hadith serta apa yang dikehendaki daripadanya. Faedah mempelajari ilmu ini menurut HajiKhalifah adalah sebesar-besar manfaat bagi sesiapa yang sudi untuk mengkajinya. Ini kerana dengan ilmu dirayah al-hadith, ianyaberperanan sebagai penghurai kepadamakna hadith, menerangkan perkara yang dikehendaki daripada hadith, menghapuskan segala

    pertentangan makna dari sudut zahir dan kemusykilan yang berlaku di dalamnya, mendapatkan hadith-hadith yang telah

    dimansukhkan, dan mendapatkan iklim yang sesuai untuk berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi SAW yang diucapkan olehbaginda SAW di zamannya. Tujuan mempelajari ilmu ini adalah untuk mengamalkan hadith yang maqbul agar seseorang itumemperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Lihat Haji Khalifah (1992), Kashf al-Zunun An Usama al-Kutub Wa al-Funun, j. 1.Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 636; danMuhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi (2005), Ulum al-Hadith Asiluha WaMuasiruha, c. 4. Selangor: Dar al-Shakir, h. 910.3 Imam al-Shafii ketika hayatnya, telah mengkaji mengenai kepelbagaian aliran mazhab yang terkenal pada zamannya. Pengkajianyang dilakukan oleh beliau adalah dengan cara perbandingan dan kritikan. Pada awalnya, beliau mengambil fiqh ahli Makkah

    daripada Muslim bin Khalid dan selainnya, kemudian Imam al-Shafii mempelajari fiqh secara mendalam kepada Imam Malik.Setelah beliau pergi ke Baghdad, beliau mempelajari pula fiqh Imam Abu Hanifah melalui Muhammad bin al-Hasan. Dengandemikian, terkumpul pada Imam al-Shafii fiqh al-Hijaz dan fiqh al-Iraq. Setelah itu, beliau memunculkan aliran fiqh yang baruyang menghimpunkan antara fiqh ahli al-Hijaz dengan fiqh ahli al-Iraq. Oleh itu, fiqh Imam al-Shafii adalah dikira sebagai aliranpertengahan antara aliran ahli hadith dan ahli al-ray. Aliran fiqh Imam al-Shafii sangat kuat berpegang kepada al-Sunnah walapundalam kategori hadith Ahaddan menolak sama sekali berpegang kepada hadith mursal. Aliran ini juga berpegang kepada al-qiyasyang merupakan salah satu daripada dalil al-ray, dan menolak untuk berpegang kepada dalil-dalil al-rayyang lain. Lihat Abd al-

    Karim Zaydan (1998), al-Madkhal Li Dirasah al-Shariah al-Islamiyyah, c. 15. Bayrut: Muassasah al-Risalah, h. 140141.

    Mengenai fiqh Imam al-Bukhari, dari sudut pengkajian fiqh beliau adalah sama seperti Imam al-Shafii iaitu melihatkepelbagai pandangan ulama mengenai beberapa permasalahan agama. Sahih al-Bukhariadalah sebuah kitab yang menggambarkanbahawa Imam al-Bukhari adalah seorang imam mujtahid dalam fiqh dan telah sampai kepada tahap mujtahid mutlaq. Namun dalamberijtihad, beliau mengikuti metode para fuqaha ahli hadith yang bijaksana. Sejak kecil lagi beliau telah membaca karya-karya Ibn

    al-Mubarak iaitu seorang murid terpenting Imam Abu Hanifah, kemudian mengkaji fiqh al-Shafii menerusi tariq al-Karabisi.Demikian juga beliau lakukan terhadap ashab Malik mengenai fiqh. Beliau menguasai dengan baik segala cara untuk berijtihadditambah pula beliau memiliki kepintaran yang luar biasa untuk mengikuti tariq para mujtahid dalam berijtihad. Kitabnya ini (Sahih

    al-Bukhari) sudah cukup untuk menjadi saksi mengenai perkara ini iaitu beliau mengistinbatkan hukum berdasarkan dalil-dalil danmengikuti dalil tersebut tanpa beriltizam dengan mana-mana mazhab. Ini menunjukkan beliau sudah sampai ke tahap mujtahid danbukan seorang muqallidsesuatu mazhab sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian pengikut mazhab. Lihat N ur al-Din Itr (t.t.),al-Imam al-TirmidhiWa al-Muwazanah Bayn JamiihiWa Bayn al-Sahihayn. (t.t.p.): Lajnah al-Talif Wa al-Tarjamah Wa al-Nashr, h. 391392.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    16/387

    2

    berkembang, tetapi mazhabnya tersimpan dalam karya Sahih al-Bukhari. Menerusi

    analisis terhadap hadith-hadith al-khiyar yang dibahaskan dalam perspektiffiqh al-

    Shafiidanfiqh al-Bukhari, maka akan dilihat pendirian mazhab al-Shafii mengenai al-

    khiyar, serta dibandingkan pula dengan pendirian Imam al-Bukhari mengenainya, agar

    diperolehi persamaan dan perbezaan pandangan antara mereka dalam topik tersebut.

    Menerusi pendirian yang diambil oleh mereka terhadap permasalahan al-khiyar, maka

    ianya dapat dijadikan panduan kepada umat Islam bagi mengamalkan al-khiyar yang

    berlandaskan kepada lunas-lunas yang dikehendaki oleh Sunnah Nabawiyah.

    LATAR BELAKANG PERMASALAHAN KAJIAN

    Di dalam kajian yang membicarakan mengenai Imam al-Bukhari dan hubungannya

    dengan mazhab al-Shafii, terdapat ulama yang mengaitkan Imam al-Bukhari dengan

    mazhab al-Shafii. Sebagai contoh Taj al-Din al-Subki di dalam bukunya yang berjudul

    Tabaqah al-Shafiiyyah al-Kubra, menganggap Imam al-Bukhari berada di dalam

    barisan ulama yang bermazhab al-Shafii.4 Pandangan ini turut diikuti oleh Ahmad

    Nahrawi Abd al-Salam5 yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah antara

    pendokong mazhab al-Shafii serta antara orang yang terpenting menyebarkan mazhab

    ini.6

    Terdapat juga ulama di Nusantara seperti K.H. Siradjuddin Abbas yang turut

    menyatakan perkara yang sama iaitu Imam al-Bukhari adalah seorang ulama yang

    berpegang kepada mazhab al-Shafii. Perkara ini boleh dilihat di dalam buku beliau

    yang berjudul Sejarah Dan Keagungan Madzhab Syafii yang mengatakan bahawa

    Imam al-Bukhari bukan seorang imam mujtahid tetapi adalah seorang yang bertaklid

    kepada Imam al-Shafii.7

    4Taj al-Din Abu Nasr Abd al-Wahhab bin Alibin Abd al-Kafi al-Subki (1964), Tabaqat al-Shafiiyah al-Kubra, ditahqiq oleh

    Mahmud Muhammad al-Tanahidan Abd al-Fattah Muhammad al-Halw,j. 2. al-Qahirah: Isa al-Babi al-Halabi, h. 212241.5Beliau ialah seorang pelajar Doktor Falsafah di Universiti al-Azhar yang membuat kajian mengenai Imam al-Shafii dengan tajukkajiannya al-Imam al-ShafiiFiMadhhabayhi al-Qadim Wa al-Jadid. Menerusi kajian ini, beliau memperolehi keputusan yang

    cemerlang di kedudukan yang tinggi iaitual-Sharaf al-Ula

    oleh Universiti al-Azhar pada tahun 1970. Lihat Ahmad NahrawiAbd

    al-Salam (1988), al-Imam al-ShafiiFiMadhhabayhial-Qadim Wa al-Jadid. (t.t.p.): (t.p.), h. 745.6Ahmad NahrawiAbd al-Salam (1988), op.cit., h. 636.7 K.H. Siradjuddin Abbas (2006), Sejarah Dan Keagungan Madzhab Syafii, c. 14. Jakarta Selatan: Pustaka Tarbiah, h. 121.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    17/387

    3

    Berlainan pula dengan pandangan yang diutarakan oleh sebahagian pengkaji

    mengenai fiqah Imam al-Bukhari. Terdapat di kalangan mereka yang mengatakan

    bahawa Imam al-Bukhari adalah seorang mujtahid mutlak. Sebagai contoh, menurut

    Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris yang mengkaji mengenai fiqh Imam al-Bukhari

    menerusi karyanya yang berjudul Fiqh al-Imam al-Bukhari, beliau tidak bersetuju

    dengan pandangan yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah pengikut sesuatu

    mazhab. Bagi beliau, Imam al-Bukhari adalah seorang mujtahidmutlakdan tidak terikat

    dengan mana-mana mazhab, serta beliau merupakan pendukung idea madrasah fiqah

    yang dikenali sebagai madrasah fiqh al-hadith.8 Demikian juga yang diperkatakan oleh

    al-Husayni Abd al-Majid Hashim yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah

    seorang mujtahid mutlak dan seorang yang faqih.9

    Pada masa yang sama, terdapat pihak-pihak tertentu mengatakan bahawa Imam

    al-Bukhari tidak mengambil hadith Imam al-Shafii disebabkan beliau adalah seorang

    perawi yang daif. Umpama contoh, dalam karya Masalah al-Ihtijaj Bi al-Shafiioleh

    al-Baghdadi, beliau menyebutkan terdapat sebagian orang yang mendakwa bahawa

    hadith-hadith Imam al-Shafii adalah daif justeru Imam al-Bukhari tidak mengambil

    periwayatan Imam al-Shafii dalam karya Sahihnya.10 Demikian juga yang diperkatakan

    oleh Abd al-Salam al-Mubarakfuri yang mengatakan bahawa apabila Imam al-Bukhari

    tidak menyebutkan periwayatan seseorang itu (termasuk Imam al-Shafii) dalam

    karyanya, menunjukkan bahawa periwayatan orang itu diragui.11

    Berdasarkan kepada permasalahan di atas iaitu sama ada Imam al-Bukhari

    bermazhab al-Shafii atau tidak, atau periwayatan Imam al-Shafii dikatakan daif

    kerana tidak terdapat di dalam Sahih al-Bukhari, maka kajian ini dilakukan bagi

    8 Lihat Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris (1989), Fiqh al-Imam al-Bukhari,j. 1. al-Urdun: Dar al-Furqan, h. 13.

    Dalam karya yang berjudulHayah al-Bukharioleh al-Qasimi, beliau mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah seorang mujtahidmutlaq. Lihat Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi al-Dimashqi (1992),Hayah al-Bukhari. Bayrut: Dar al-Nafais, h. 38.9 Al-Husayni Abd al-Majid Hashim (t.t.), al-Imam al-BukhariMuhaddithan Wa Faqihan. Bayrut: al-Maktabah al-Asriyyah, h.

    173.10 Abu Bakr Ahmad Bin Ali Bin Thabit al-Khatib al-Baghdadi (1980),Masalah al-Ihtijaj Bi al-ShafiiFiMa Usnida IlayhiWa al-Radd Ala al-Tainin Bi Izam Jahlihim Alayh. al-Riyad: Sharikah al-Tibaah al-Suudiyyah al-Mahdudah, h. 28.11Abd al-Salam al- Mubarakfuri (1987), Sirah al-Imam al-Bukhari, c. 2. Bombay: Dar al-Salafiyyah, h. 142.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    18/387

    4

    menjawab permasalahan tersebut. Hadith yang dijadikan sampel ialah hadith al-khiyar

    yang merupakan salah satu topik penting di dalam muamalah.12

    Pensyariatan al-khiyar

    sama ada khiyar al-majlis, khiyar al-shartatau khiyar al-ayb merujuk kepada sumber

    kedua dalam perundangan Islam iaitu hadith Nabi SAW. Selain itu, Imam al-Shafii

    dalam karyanya al-Umm, mendahulukan sub topik ini daripada sub topik yang lain di

    dalam bahagian muamalah, menunjukkan mengenai kepentingan topik ini di sisi Imam

    al-Shafii.13

    Berasaskan kepada kepentingan topikal-khiyardi dalam muamalah, maka topik

    ini dijadikan sampel bagi mengkaji fiqah Imam al-Bukhari di sisi mazhab al-Shafii,

    serta perbandingan periwayatan antara Imam al-Shafii dan Imam al-Bukhari dalam

    menganalisis hadith al-khiyar.

    PERSOALAN KAJIAN

    Daripada kajian awal, didapati terdapat perbezaan pandangan antara pengkaji untuk

    menentukan mazhab Imam al-Bukhari sama ada beliau bermazhab al-Shafii atau

    mempunyai mazhab yang tersendiri. Selain itu, terdapat sebahagian pengkaji yang

    mendakwa bahawa Imam al-Bukhari tidak memilih tariq Imam al-Shafii kerana tariq

    ini adalah daif.Maka daripada masalah ini, beberapa persoalan kajian timbul iaitu:

    12

    Salah satu perkara yang terpenting di dalam muamalah ialah akad. Apabila dua pihak berakad, maka mereka akan dikenakanbeberapa hukum tertentu yang mesti dipatuhi. Dalam hal berakad, Islam telah memberikan satu ruang tempoh kepada mereka untukmeneruskan akad atau tidak meneruskannya melalui pensyariatan al-khiyar. Hikmah pensyariatan al-khiyar adalah untukmemastikan keredaan antara kedua-dua pihak yang berakad tercapai. Ini kerana keperluan serta meraikan maslahat kedua-dua pihak

    yang berakad bergantung kepada adanya khiyar. Seorang pembeli kadang-kadang membeli barang-barang yang ada kecacatansecara tidak disedarinya. Adalah adil jika dia diberi peluang untuk memilih sama ada hendak mengesahkan pembelian itu atau

    membatalkannya.Lihat Ali al-Khafif (1996),Ahkam al-Muamalat al-Shariyyah. al-Qahirah: Dar al-Fikr al-Arabi, h. 361; Abdal-Karim Zaydan (2011), al-Madkhal Li Dirasah al-Shariah al-Islamiyyah. Bayrut: Muassasah al-Risalah Nashirun, h. 359; FaizahHj. Ismail (2000), Asas-asas Muamalat Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 142; dan Abdul Halim El-

    Muhammadi (2006), Undang-undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada Produk-produk Perbankan Islam , c. 6. Selangor: Aras

    Mega (M) Sdn. Bhd, h. 99-100.

    Menurut Abd al-Sattar Abu Ghuddah dalam karyanya berjudul al-Khiyar Wa Atharuhu Fial-Uqud, beliau mengatakanbahawa al-khiyarmerupakan satu perkara yang sangat penting di dalam muamalah. Ini kerana sandaran kepada muamalah ialahakad. Apabila termeterainya akad, maka hal ini akan mengikat orang yang berakad dengan hukum-hakam syarak. Khiyarmerupakansatu peluang yang diberikan kepada orang yang berakad agar tidak dibebankan dengan penguatkuasaan akad itu sendiri yang bolehmenghalangnya daripada kerelaan terhadap akad yang dilakukan. Sedangkan kerelaan itu merupakan sandaran yang penting untuk

    membolehkan berlakunya pertukaran harta dan mengelak daripada memakan harta orang lain secara batil. Lihat Abd al-Sattar AbuGhuddah (1985), al-Khiyar Wa Atharuhu Fial-Uqud, c. 2. al-Kuwayt: Matbaah Maqhawi, h. 10.13 Lihat dalam karya al-Umm, jilid ke-4, halaman ke-6. (Muhammad Bin Idris al-Shafii (2001), al-Umm, ditahqiq oleh RifatFawziAbd al-Muttalib, j. 4. Al-Mansurah: Dar al-Wafa, h. 6.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    19/387

    5

    1. Dari sudut perspektif ilmu hadith, apakah pandangan asas yang dipegangoleh Imam al-Shafii dan ulama al-Shafiiyyah mengenainya?

    2. Adakah Imam al-Bukhari seorang mujtahid mutlak, serta mempunyaimazhab yang tersendiri?

    3. Kenapakah Imam al-Bukhari yang merupakan seorang tokoh hadith ulungtidak memilih tariq Imam al-Shafii dalam periwayatan hadith?

    4. Dalam menganalisis hadith-hadith al-khiyarberdasarkan perspektiffiqhal-Shafiidanfiqh al-Bukhari, apakah persamaan dan perbezaan hukum antara

    kedua-duanya?

    Oleh itu satu kajian sistematik dan ilmiah perlu dilakukan.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:

    1. Mengkaji pandangan-pandangan asas fiqh al-Shafii berdasarkan perspektifilmu hadith.

    2. Mengenalpasti ketokohan Imam al-Bukhari di dalam fiqah serta mazhabbeliau.

    3. Menganalisis sanad dan matan hadith riwayat Imam al-Shafii dan Imam al-Bukhari dalam topik al-khiyar.

    4. Menganalisis hadith-hadith al-khiyar dalam perspektiffiqh al-Shafii danfiqh al-Bukharidari sudut persamaan dan perbezaan hukum antara kedua-

    duanya.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    20/387

    6

    ULASAN KAJIAN LEPAS

    Mengenai kajian lepas, tumpuan diberikan kepada kajian peringkat Doktor Falsafah dan

    Sarjana yang mengkaji mengenai topikal-Khiyar, Fiqh al-Shafiidan Fiqh al-Bukhari.

    Di samping itu, akan dilihat juga mengenai karya turath yang berkaitan dengan fiqah

    hadith al-khiyar.

    Mengenai karya yang berbentuk turath, antara satu-satunya karya yang

    membahaskan topikal-khiyardari sudutfiqh al-Bukharidanfiqh al-Shafiiadalah karya

    syarah hadith Sahih al-Bukhari iaitu Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ibn

    Hajar al-Asqalani (773 852 H). Dalam karya ini, beliau menyebutkan mengenai

    perbezaan pandangan Imam al-Bukhari dengan mazhab al-Shafii mengenai khiyar al-

    shart serta cara ketiga untuk memutuskan khiyar al-majlis14 ketika mana Ibn Hajar

    mengulas dua teks hadith seperti berikut iaitu:

    Sesungguhnya penjual dan pembeli mempunyai hak khiyar dalam

    jual beli selagi mana mereka belum berpisah majlis, atau jual beli

    itu berdasarkan kepada khiyar.

    dan hadith:

    14 Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-Asqalani (2000), Fath al-BariSharhSahih al-Bukhari, j. 4. al-Riyad: Dar al-Salam, h. 412423.15Ibid., j. 4, h. 412.16Ibid., j. 4, h. 423.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    21/387

    7

    Daripada Ibn Umar r.a. ia berkata: Satu ketika kami bersama

    Nabi SAW dalam keadaan musafir, maka aku pada waktu itu di atas

    unta yang sukar milik Umar. Unta itu sukar untuk dikawal sehingga

    ia terlepas ke hadapan mendahului kumpulan rombongan. Umar

    menghalang pergerakan yang seperti itu. Lalu unta itu ke hadapan

    lagi, dan Umar menghalangnya. Lalu Nabi SAW bersabda kepada

    Umar: Jualkan unta itu kepadaku. Umar menjawab: Ia milik kamuwahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Jualkan kepadaku. Maka

    Umar pun menjual unta itu kepada Rasulullah SAW Baginda SAW

    bersabda: Unta ini sekarang menjadi milik kamu wahai Abd Allah

    bin Umar, kendalikanlah unta itu semahumu.

    Mengenai karya turath yang membincangkan mengenai hadith Ahkam,

    antaranya Nayl al-Awtar Sharh al-Muntaqa al-Akhbar oleh al-Shawkani (w.1250 H),

    kitab ini hanya membahaskan mengenai kesabitan khiyar al-majlis serta khilaf ulama

    mengenainya.17

    Dalam karya Subul al-Salam Sharh Bulugh al-Maram oleh al-Sanani

    (w. 1182 H), di dalam Bab al-Khiyar, dibincangkan mengenai khiyar al-majlis, khiyar

    al-shartdan khiyar al-ghubn. Perbahasan dalam karya ini lebih kepada perbahasan dari

    sudut riwayah dan dirayah. Di dalam khiyar al-majlis, beliau membincangkan khilaf

    ulama mengenai kesabitan khiyar al-majlis dan kesabitan khiyar al-ghubn.18

    Antara kajian pada peringkat Doktor Falsafah yang mengkaji mengenai topikal-

    khiyar ialah: al-Khiyar Wa Atharuhu Fi al-Uqud oleh Abd al-Sattar Abu

    Ghuddah.19

    Menerusi kajian ini, beliau membincangkan mengenai teori al-khiyarserta

    melakukan fiqah perbandingan terhadap hukum-hakam yang terdapat di dalam 33 jenis

    al-khiyar. Kajian ini dibahagikan kepada 10 bab yang dibincangkan mengenai al-khiyar.

    Bab pertama membincangkan mengenai al-khiyar secara umum, bab kedua

    membincangkan mengenai khiyar al-tarawwi, bab ketiga membincangkan mengenai

    khiyar al-naqisah, bab keempat membahaskan mengenai khiyarat al-juhalah, bab

    kelima membincangkan mengenai khiyarat al-taghrir, bab keenam mengenai khiyarat

    17 Muhammad Bin Ali Bin Muhammad al-Shawkani (t.t.)Nayl al-Awtar Sharh Muntaqa al-Akhbar. Bayt al-Afkar al-Dawliyyah, h.

    1002.18 Muhammad Bin Ismail al-Sanani (2006), Subul al-Salam Sharh Bulugh al-Maram, j. 3. al-Riyad: Maktabah al-Maarif Li al-Nashr Wa al-Tawzi, h. 69 76.19Abd al-Sattar Abu Ghuddah (1985), al-Khiyar Wa Atharuhu Fial-Uqud, c. 2. al-Kuwayt: Matbaah Maqhawi, h. 1828.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    22/387

    8

    al-ghubn, bab ketujuh mengenai khiyarat al-amanah, bab kelapan mengenai khiyarat

    al-khalf, bab kesembilan mengenai khiyarat ikhtilal al-tanfidh, dan bab kesepuluh

    mengenai khiyarat imtina al-taslim. Perbezaan kajian ini dengan kajian penulis ialah

    kajian ini lebih memfokuskan mengenai teori berkaitan dengan intipati al-khiyar itu

    sendiri yang dilihat dari sudut pandangan ulama dari pelbagai mazhab, berbanding

    kajian penulis yang lebih memfokuskan kepada mengkaji hadith-hadith al-khiyar

    riwayat Imam al-Shafii dan Imam al-Bukhari dari sudut ilmu al-riwayah dan al-

    dirayah, serta punca berlakunya persamaan dan perbezaan antarafiqh al-Shafiidanfiqh

    al-Bukharidalammembahaskan mengenai hadith-hadith al-khiyar.

    Mengenai kajian yang berkaitan dengan Fiqh al-Bukhari, didapati terdapat

    banyak kajian pada peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana mengenainya. Antaranya

    kajian yang hampir dengan kajian penulis ialah kajian yang dilakukan oleh Satar bin

    Thawab al-Jaid yang berjudul Fiqh al-Imam al-BukhariFial-Buyu Wa al-Salam Min

    Jamiihial-Sahih. Kajian ini membincangkan secara terperinci mengenaifiqh Imam al-

    Bukhari di dalam topik besar iaitu al-buyudan al-salam. Kajian ini dibahagikan kepada

    empat fasal. Fasal pertama membincangkan mengenai biografi Imam al-Bukhari. Fasal

    kedua membahaskan mengenai kedudukan karya Sahih al-Bukhari. Fasal ketiga

    membincangkan mengenai kedudukan fiqah Imam al-Bukhari. Dan fasal keempat

    membahaskan mengenai usul tarjamah dan prinsip umumnya di dalam topik al-buyu

    dan al-salam. Di dalam kajian ini, turut disertakan perbincangan mengenai topik kecil

    iaitu al-khiyaryang dilihat dari sudut perspektiffiqh al-Bukhari.20. Perbezaan kajian ini

    dengan kajian penulis ialah kajian ini difokuskan untuk mendapatkan fiqh al-Bukhari

    terhadap topikal-buyudan al-salam tanpa diberikan fokus kepada sanad-sanad hadith

    yang digunakan oleh Imam al-Bukhari dan Imam al-Shafii, juga tidak dilakukan

    perbandingan secara terperinci antara fiqh al-Bukhari dan fiqh al-Shafii dalam topik

    20 Lihat Satar Bin Thawab Jaid (1993), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Buyu Wa al-Salam Min Jamiihi al-Sahih. (Tesis Ph.Ddari Jamiah Umm al-Qura), j. 1, h. 310346.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    23/387

    9

    al-khiyar. Adapun bagi kajian penulis, fokus diberikan secara khusus dalam

    perbincangan mengenai sanad hadith al-khiyar oleh Imam al-Shafii dan Imam al-

    Bukhari, seterusnya membahaskan mengenai tafsiran terhadap hadith-hadith al-khiyar

    tersebut berdasarkan kepada perspektiffiqh al-Shafiidanfiqh al-Bukhari.

    Seterusnya kajian pada peringkat Doktor Falsafah mengenai fiqh al-Bukhari

    yang bertajuk Fiqh al-Imam al-BukhariFial-Wudu Wa al-Ghasl Muqaranan Bi Fiqh

    Ashhar al-Muhaddithin21 oleh Nur Hasan Abd al-Halim Qarun membincangkan fiqh

    al-Bukhari dalam permasalahan wuduk dan mandi serta dibandingkan dengan fiqah

    para ahli hadith yang masyhur. Di dalam kajian ini, pada bahagian pertama beliau

    membincangkan mengenai takrif fiqah, peringkat perkembangannya serta sumber-

    sumbernya. Bahagian kedua dibincangkan mengenai takrif hadith, pembahagiannya,

    perkembangannya, dan karya-karya mengenai hadith. Kemudian pada bab pertama,

    beliau membincangkan mengenai zaman para imam ahli hadith, kehidupan ilmiah dan

    kemasyarakatan mereka, dan keistimewaan mereka dalam fiqah. Seterusnya pada bab

    kedua, beliau membincangkan mengenai fiqah al-Imam al-Bukhari dalam permasalahan

    wuduk dan mandi serta dibandingkan dengan fiqah ahli hadith yang lain. Kemudian

    diakhiri dengan penutup. Antara dapatan kajian beliau ialah Imam al-Bukhari adalah

    seorang imam yang telah sampai tingkatan ijtihadnya kepada mutlak.

    Seterusnya kajian mengenai fiqah Imam al-Bukhari yang dilakukan oleh Nizar

    bin Abd al-Karim bin Sultan al-Hamdaniyang bertajuk Fiqh al-Imam al-BukhariFi

    al-Hajj Wa al-Siyam Min Jamiihial-Sahih22 yang mengkaji mengenaifiqh al-Bukhari

    dalam permasalahan haji dan puasa yang merujuk kepada karya Sahih al-Bukhari.

    Dalam kajian ini, beliau membincangkan mengenai sirah, karya Sahih al-Bukharidan

    21 Nur Hasan Abd al-Halim Qarun (1991), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Wudu Wa al-Ghasl Muqaranan Bi Fiqh Ashhar al-Muhaddithin. (Tesis Ph.D dari Jamiah Umm al-Qura).22 Nizar bin Abd al-Karim bin Sultan al-Hamdani (1405 H), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Hajj Wa al-Siyam Min Jamiihi al-Sahih. (Tesis Ph.D dari Jamiah Umm al-Qura).

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    24/387

    10

    fiqah Imam al-Bukhari, kemudian beliau membincangkan mengenai Kitab al-Hajj,

    seterusnya Kitab al-Siyam, dan diakhiri dengan penutup. Pada bahagian penutup ini,

    dibincangkan mengenai dapatan kajian serta isu-isu fiqah yang di mana Imam al-

    Bukhari tidak sependapat dengan jumhur ulama.

    Kemudian, kajian pada peringkat Doktor Falsafah mengenai fiqh al-Bukhari

    oleh Abd al-Qahir Muhammad Ahmad Mukhtar Qamar yang bertajuk Fiqh al-Imam

    al-BukhariFial-Imarah Wa al-Qada Min Jamihial-Sahih23 yang membincangkan

    fiqh al-Bukhari dalam permasalahan pemerintahan dan penghakiman dalam Sahih al-

    Bukhari. Pada bahagian pengenalan kajian ini, beliau membincangkan mengenai sirah

    Imam al-Bukhari, akidahnya dan usul fiqahnya. Seterusnya beliau terus masuk kepada

    perbahasan kajian iaitu mengenai permasalahan pemerintahan dan penghakiman yang

    terdapat di dalam Sahih al-Bukhariyang dibahagikan kepada 47 perbahasan. Seterusnya

    diakhiri dengan penutup. Di dalam kajian ini, pengkajinya mengatakan bahawa Imam

    al-Bukhari adalah seorang mujtahid yang mustaqil, memiliki mazhab yang tersendiri,

    serta berbeza dengan mazhab yang empat. Ini kerana antara usul terpentingya ialah

    tidak berpegang kepada qiyas.

    Seterusnya kajian peringkat sarjana mengenai fiqh al-Bukhari yang bertajuk

    Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Nikah Min al-Jami al-Sahih Muqaranan Bi al-

    Madhahib al-Arbaah24 oleh Muhsin bin Ahmad bin Hamid al-Qathami,

    membincangkan mengenai fiqh al-Bukhari dalam permasalahan pernikahan yang

    dibandingkan dengan fiqah empat mazhab. Di dalam bahagian pendahuluan kajian ini,

    beliau membincangkan mengenai biografi Imam al-Bukhari. Seterusnya beliau terus

    mengupas intipati kajiannya iaitu membincangkan mengenai fiqh tarajim al-Bukhari

    23Abd al-Qahir Muhammad Ahmad Mukhtar Qamar (1995), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Imarah Wa al-Qada Min Jamihi al-Sahih. (Tesis Sarjana dari Jamiah Umm al-Qura).24 Muhsin bin Ahmad bin Hamid al-Qathami (1996), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Nikah Min al-Jami al-Sahih Muqaranan Bi al-Madhahib al-Arbaah. (Tesis Sarjana dari Jamiah Umm al-Qura).

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    25/387

    11

    dalam Kitab al-Nikah di dalam Sahih al-Bukhari yang dibandingkan dengan fiqah

    empat mazhab. Seterusnya pada bahagian penutup, beliau membincangkan mengenai

    dapatan kajian mengenai fiqh al-Imam al-Bukhari yang dilihat dalam Kitab al-Nikah

    dalam Sahih al-Bukhari. Berdasarkan kajian ini, pengkajinya mengatakan bahawa Imam

    al-Bukhari adalah seorang faqih dan seorang mujtahid yang memiliki pandangan yang

    tersendiri di dalam fiqah.

    Selanjutnya kajian yang berjudul Fiqh al-Imam al-BukhariFi al-Hudud Min

    Kitabihi al-Jami al-Sahih25 oleh Abd Allah Gharam Allah Ali Al Sadran al-

    Ghamidi yang membincangkan mengenai fiqh al-Bukharidalam permasalahan Hudud

    yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari. Di dalam bahagian pendahuluan kajian ini,

    beliau membicarakan mengenai keistimewaan syariat Allah SWT yang dipelihara oleh-

    Nya, serta penganugerahan Allah Taala dengan memilih individu-individu tertentu

    untuk memelihara syariatNya. Antara individu yang dipih oleh Allah SWT untuk

    menjaga syariatNya adalah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Kemudian beliau

    menyatakan sebab-sebab beliau memilih tajuk kajian ini dan metodologi kajiannya.

    Berikutnya beliau membahaskan mengenai cebisan daripada riwayat hidup Imam al-

    Bukhari serta karya Sahihnya. Di dalam initipati kajian ini, beliau membahaskan

    mengenai Kitab al-Hududyang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dalam lapan fasal

    dan seterusnya diakhiri dengan penutup. Antara hasil kajian ialah pengkajinya

    mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah seorang mujtahid yang disaksikan sendiri

    oleh para imam. Fiqah Imam al-Bukhari berasaskan kepada hadithsahih.

    Seterusnya kajian pada peringkat sarjana mengenai fiqh al-Bukhari yang

    berjudul Fiqh al-Imam al-BukhariFial-Janaiz Min Jamiihial-Sahih26 oleh Fahd

    25Abd Allah Gharam Allah AliAl Sadran al-Ghamidi (1417 H), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Hudud Min Kitabihi al-Jami al-Sahih. (Tesis Sarjana dari Jamiah Umm al-Qura).26Fahd bin Abd Allah bin Abd al-Rahman al-Arini (1998), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi al-Janaiz Min Jamiihi al-Sahih. (TesisSarjana dari Jamiah Umm al-Qura).

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    26/387

    12

    bin Abd Allah bin Abd al-Rahman al-Arini, mengkaji mengenai fiqh al-Bukhari

    dalam permasalahan jenazah yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari. Di dalam

    bahagian pengenalan mengenai kajian ini, beliau membincangkan dalam tiga fasal.

    Fasal pertama mengenai biografi Imam al-Bukhari dan kehidupan peribadinya, fasal

    kedua mengenai karya Sahih al-Bukhari, sebab dan tempoh karya ini dihasilkan. Fasal

    ketiga membincangkan mengenai fiqh al-Bukhari dari sudut kedudukan Imam al-

    Bukhari dalam lapangan ilmiah dan kebebasannya dalam mengeluarkan hukum fiqah.

    Dari sudut intipati kajian pula, beliau telah membahagikan kepada lapan fasal yang

    membincangkan hukum-hakam yang berkaitan dengan saat kematian (al-ihtidar),

    pengumuman kematian, kesabaran menghadapi kematian seseorang, ratapan ke atas

    mayat, kesedihan dalam menghadapi musibah, hukum-hakam yang berkaitan dengan

    tangisan, memandikan mayat, mengkafankannya, solat jenazah, mengiringi jenazah,

    mengkebumikannya, sifat kubur dan hal ehwal berkaitan mayat di alam barzakh, hukum

    kanak-kanak dan tempat kembalinya di hari akhirat kelak. Beliau membahaskan

    kesemua permasalahan ini dalam kacamata fiqah perbandingan. Setelah itu, beliau

    membincangkan mengenai bahagian penutup kajian dan dapatan hasil kajian. Antara

    hasil dapatan beliau ialah Imam al-Bukhari asalnya di kalangan orang Parsi, dilahirkan

    di Bukharapada zaman Khalifah Abbasiyyah yang diperintah oleh Harun al-Rashid.

    Imam al-Bukhari adalah seorang yang berhak digelar sebagai muhaddith dan juga faqih.

    Imam al-Bukhari tidak akan mengeluarkan pandangan melainkan terdapat nas di

    dalamnya. Di dalam Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari mengisyaratkan kepada hadith

    sahih yang tidak memenuhi syaratnya menerusi tarjamah bab. Menerusi kajian ini,

    pengkajinya mencadangkan agar para pengkaji lain memberi perhatian kepada fiqah

    para imam yang telah pupus mazhab mereka. Berusaha mengeluarkan fiqah Imam al-

    Bukhari yang masih berbaki yang belum dikeluarkan lagi oleh mana-mana pengkaji.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    27/387

    13

    Selanjutnya ialah kajian peringkat sarjana mengenai fiqh al-Bukharioleh Inam

    binti Muhammad al-Halwani yang berjudul Fiqh al-Imam al-BukhariMin Jamiihial-

    Sahih Min Bab Ijab al-Takbir Wa Iftitah al-Salah Ila Nihayah Kitab al-Adhan27 yang

    membincangkan mengenai bab wajibnya takbir sehingga akhir Kitab al-Adhan di

    dalam Sahih al-Bukhari. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasal. Pada fasal pertama

    dibincangkan mengenai pengenalan secara ringkas mengenai Imam al-Bukhari dan

    karya Sahihnya. Pada fasal yang kedua pula, dibincangkan mengenai fiqah al-Imam al-

    Bukhari bermula pada Kitab al-Adhan bermula pada bab ijab al-takbir wa iftitah al-

    salah sehingga di akhir kitab al-Adhan. Setelah itu penutup dan dapatan kajian. Antara

    dapatan kajian beliau ialah Imam al-Bukhari memiliki kepintaran yang luar biasa di

    dalam fiqah, serta mampu untuk mengisitinbat hukum dalam kadar yang begitu halus.

    Imam al-Bukhari begitu mengambil berat kepada sunnah-sunnah Nabi SAW

    terutamanya sunnah Nabi yang seringkali diabaikan oleh umat Islam. Dalam

    membentuk tarjamah bab, Imam al-Bukhari begitu cermat dari sudut penggunaan

    bahasa yang ingin diungkapkannya.

    Antara kajian mengenai fiqh al-Bukhari lagi adalah kajian yang berjudul Fiqh

    al-Imam al-BukhariFi Kitab al-Adhan Min Awwal al-Kitab Ila Bab Salah al-Layl Min

    Jamiihial-Sahih28 oleh Muhayya Ghazay Abd Allah al-Atibi, mengkaji mengenai

    fiqh al-Bukharidalam permasalahan Kitab al-Adhan yang bermula daripada permulaan

    bab sehingga bab solat malam di dalam Sahih al-Bukhari. Kajian ini juga terbahagi

    kepada dua fasal iaitu fasal pertama mengenai cebisan daripada sirah Imam al-Bukhari

    dan mengenai al-Jami al-Sahih. Fasal kedua membincangkan mengenai Kitab al-

    Adhan yang mengandungi sebanyak 82 perbahasan. Seterusnya kajian ini diakhiri

    dengan penutup. Antara dapatan kajian ini ialah Imam al-Bukhari adalah seorang faqih,

    27Inam binti Muhammad al-Halwani (1422 1423 H), Fiqh al-Imam al-Bukhari Min Jamiihi al-Sahih Min Bab Ijab al-TakbirWa Iftitah al-Salah Ila Nihayah Kitab al-Adhan. (Tesis Sarjana dari Jamiah Umm al-Qura).28 Muhayya Ghazay Abd Allah al-Atibi (1423 H), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi Kitab al-Adhan Min Awwal al-Kitab Ila BabSalah al-Layl Min Jamiihi al-Sahih. (Tesis Sarjana dari Jamiah Umm al-Qura).

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    28/387

    14

    serta seorang mujtahid yang mustaqil. Penelitian terhadap lafaz untuk disesuaikan

    dengan hadith Nabi SAW serta isyarat-isyarat yang digunakan di dalam tarjamah bab

    adalah begitu halus maknanya walaupun diungkapkan dalam bentuk ringkas.

    Selanjutnya ialah kajian berjudul Fiqh al-Imam al-BukhariFiKitab al-Jumah,

    al-Khawf, al-Aydayn, al-Witr Min Jamiihi al-Sahih29 oleh Zahwar Muhammad

    Abdah Muhammad yang mengkaji mengenai fiqh al-Bukhari dalam permasalahan

    Solat Jumaat, Solat Ketika Takut, Solat Dua Hari Raya, dan Solat Witir di dalam Sahih

    al-Bukhari. Beliau membahagikan kajiannya kepada mukadimah, pengenalan, intipati

    kajian yang mengandungi empat fasal, dan penutup. Bahagian mukadimah

    mengandungi perbincangan berkaitan dengan sebab memilih tajuk kajian, sistematika

    penulisan, dan metodologi penulisan. Pada fasal pengenalan, beliau membincangkannya

    dalam tiga perbahasan. Pertama, pengenalan mengenai Imam al-Bukhari. Kedua,

    pengenalan mengenai al-Jami al-Sahih. Dan ketiga, perbincangan mengenai fiqh al-

    Bukharidan caranya dalam membentuktarajim al-abwab. Dalam intipati kajian, beliau

    membincangkannya dalam empat fasal. Fasal pertama, mengenaifiqh al-Bukharidalam

    Kitab al-Jumah. Fasal kedua mengenaifiqh al-Bukharidi dalam Kitab Salah al-Khawf.

    Fasal ketiga mengenai fiqh al-Bukhari di dalam Kitab Salah al-Aydayn, dan fasal

    keempat mengenai fiqh al-Bukharidalam Kitab Salah al-Witr. Pada bahagian penutup

    mengenai isi-isi penting dapatan kajian. Antara dapatan kajian beliau ialah mengenai

    beberapa kaedah usul dan fiqah yang diambil menerusi perbahasan fiqah Imam al-

    Bukhari dalam bab-bab yang dikaji oleh pengkaji. Imam al-Bukhari mempunyai

    mazhab yang tersendiri yang setanding dengan mazhab-mazhab lain, asas fiqah Imam

    al-Bukhari dari sudut sumber hukumnya adalah sama dengan asas fiqah para sahabat

    dan tabiin, berpegang kepada hadith sahih, mengambil qiyas sebagai sumber hukum,

    qiyas yang digunakan ialah qiyasjali, dan berhujah dengan pandangan sahabat.

    29 Zahwar Muhammad Abdah Muhammad (1423 H), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi Kitab al-Jumah, al-Khawf, al-Aydayn, al-WitrMin Jamiihi al-Sahih. (Tesis Sarjana dari Jamiah Umm al-Qura).

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    29/387

    15

    Seterusnya kajian mengenai fiqh al-Bukhari yang berjudul Fiqh al-Imam al-

    Bukhari Fi Kitab al-Salah Min Jamiihi al-Sahih Dirasah Muqaranah30 oleh MinaSalih

    Abd Allah al-Mazru, mengkaji fiqh al-Bukharidalam Kitab al-Salah di dalam Sahih

    al-Bukharidari sudut kajian perbandingan. Kajian ini terbahagi kepada dua fasal iaitu

    pertama, berkaitan dengan pengenalan mengenai Imam al-Bukhari dan karyanya iaitu

    al-Jami al-Sahih dan kedua, mengenai fiqh al-Imam al-Bukharidalam Kitab al-Salah

    di dalam Sahih al-Bukhari. Antara dapatan kajian yang diperolehi menerusi kajian ini

    ialah Imam al-Bukhari merupakan seorang faqih serta mujtahid yang mustaqil. Beliau

    berpegang kepada qiyasjali serta berdalilkan kepada qawl para sahabat. Kebanyakan

    yang dilakukan oleh Imam al-Bukhari ialah beliau akan berpegang kepada makna

    umum nas. Imam al-Bukhari juga dikatakan begitu cemerlang dalam meneliti secara

    meluas segala pandangan ulama, juga begitu teliti dan bersikap warak.

    Menerusi kajian lepas yang diteliti oleh penulis seperti yang dipaparkan di atas

    secara umum, jelas bahawa pengkaji yang melakukan pengkajian terhadap topik al-

    khiyar dan fiqh al-Bukhari, masih belum ada lagi di kalangan mereka yang

    memfokuskan kajian mengenai pemahaman terhadap hadith-hadith al-khiyar yang

    dilihat dari sudut perspektiffiqh al-Shafii dan fiqh al-Bukhari. Oleh itu, perbahasan

    mereka dari sudut teori mengenai al-khiyardan fiqah Imam al-Bukhari merupakan satu

    perbahasan yang amat bermanfaat bagi penulis bagi membincangkan mengenai al-

    khiyaryang dilihat dalam perspektiffiqh al-Shafiidanfiqh al-Bukhari.

    KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini dilakukan bagi melihat persamaan dan perbezaan pandangan antara mazhab

    al-Shafii dan Imam al-Bukhari mengenai topik al-khiyar. Persamaan dan perbezaan

    tersebut merupakan prinsip utama dalam membahaskan mengenai hukum-hakam al-

    30 MinaSalih Abd Allah al-Mazru (2002), Fiqh al-Imam al-Bukhari Fi Kitab al-Salah Min Jamiihi al-Sahih Dirasah Muqaranah.(Tesis Sarjana dari Jamiah Umm al-Qura).

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    30/387

    16

    khiyar yang berlandaskan kepada hadith-hadith Nabawi. Berdasarkan prinsip utama

    yang diperolehi itu maka ianya amat penting untuk dijadikan panduan kepada umat

    Islam di Malaysia bagi mengamalkan al-khiyar yang menyentuh banyak aspek yang

    berkaitan dengan kehidupan mereka seperti dalam hal yang berkaitan dengan etika

    perniagaan, akhlak, isu kepenggunaan, sistem kewangan Islam, perbankan Islam dan

    sebagainya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh umat Islam yang bersumberkan

    kepada dalil-dalil yang kuat serta pemahaman yang tepat daripadanya, diharapkan ianya

    akan menjadi satu pemangkin yang mujarab kepada umat Islam untuk terus bangun

    serta mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

    SKOP KAJIAN

    Kajian ini difokuskan kepada hadith-hadith yang terdapat di dalam topik khiyar al-

    majlis, khiyar al-shartdan khiyar al-ayb yang mengandungi sebanyak 28 teks hadith.

    Daripada 28 teks hadith dikaji perbezaan rijal yang diriwayatkan oleh Imam al-Shafii

    dan Imam al-Bukhari serta beberapa perbezaan matan hadith kesan daripada perbezaan

    rijal yang meriwayatkannya. Dari sudut pemahaman daripada hadith pula, maka dilihat

    dari salah satu cabang ilmu hadith iaitu fiqh al-hadith yang diperhatikan dalam

    perspektif fiqh al-Shafii dan fiqh al-Bukhari. Permasalahan yang dipilih adalah

    berdasarkan kepada 13 tarjamah bab yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari yang

    mengandungi sebanyak 21 teks hadith yang berkaitan dengan al-khiyar. Justifikasi

    pemilihan topik al-khiyar disebabkan Imam al-Shafii dalam karyanya al-Umm

    mengutamakan topik ini berbanding topik-topik yang lain di dalam muamalah

    maliyah.31

    31 Lihat Muhammad Bin Idris al-Shafii (2004), al-Umm, ditahqiq oleh Rifat FawziAbd al-Mutallib, Kitab al-Buyu, no. hadith1439, c. 2, j. 4. al-Mansurah: Dar al-Wafa, h. 6.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    31/387

    17

    METODOLOGI KAJIAN

    Bagi aspek pengumpulan data, kajian perpustakaan dilakukan sepanjang kajian ini.

    Memandangkan kajian ini memfokuskan kepada analisis hadith-hadith al-khiyardalam

    perspektiffiqh al-Shafiidanfiqh al-Bukhari, maka analisis terhadap sanad-sanad hadith

    al-khiyar yang terdapat dalam karya Musnad al-Shafii32 dan Sahih al-Bukhari33

    dilakukan. Bagi mendapatkan hadith-hadith riwayat Imam al-Shafii, maka penulis

    merujuk kepada karya Musnad al-Shafii kerana karya ini mengumpulkan riwayat-

    riwayat Imam al-Shafii.Sekiranya tiada dalam karya Musnad al-Shafii,maka penulis

    akan merujuk kepada karya al-Sunan al-Mathurah34oleh al-TahawiatauMarifah al-

    Sunan Wa al-Athar35 oleh al-Bayhaqi kerana di dalam kedua-dua karya ini turut

    dikumpulkan riwayat-riwayat Imam al-Shafii yang tiada di dalamMusnad al-Shafii.

    32 Karya ini dilakukan oleh Abu al-Abbas al-Asam (w. 346 H) yang mengumpulkan riwayat-riwayat Imam al-Shafii yang terdiridaripada hadith dan atharsahabat. Abu al-Abbas al-Asam meriwayatkan hadithMusnad al-Shafiidaripada al-Rabi bin Sulaymanal-Maradi daripada Imam al-Shafii. Abu al-Abbas al-Asam tidak menyusun karya ini berdasarkan topik fiqah atau berdasarkanmusnadsahabat.Musnad al-Shafiiini berterusan tidak disusun berdasarkan topik fiqah, sehinggalah datang Muhammad Abid al-Sindi (w. 1257 H), yang berusaha menyusun berdasarkan topik fiqah, dan membuang segala periwayatan yang berulang dalam karyaMusnad al-Shafii. Antara petanda yang menunjukkan bahawa karya Musnad al-Shafiiadalah penting dilihat kepada kemunculan

    karya-karya ulasan kepada Musnad al-Shafii. Lihat Akram Yusuf Umaral-Qawasimi (2003), al-Madkhal Ila Madhhab al-Imamal-Shafii. al-Urdun: Dar al-Nafais, h. 263-265.

    Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa Musnad al-Shafii tidak dilakukan sendiri oleh Imam al-Shafii, tetapidilakukan oleh sebahagian ulama Naysabur yang mengumpulkan hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab al-Umm dan selain al-Umm menerusi pendengaran Abu al-Abbas al-Asam, lalu dimasukkan ke dalam karya Musnad al-Shafii. Dalam hal ini, Abu al-Abbas al-Asam bersendirian meriwayatkan hadith Imam al-Shafii menerusi al-Rabi. Hadith-hadith riwayat Imam al-Shafii yangmasih berbaki yang tidak terdapat di dalam Musnad al-Shafii masih banyak. Oleh yang demikian, sesiapa yang menginginkanhadith Imam al-Shafii secara keseluruhannya, maka perlu merujuk kepada karya Marifah al-Sunan Wa al-Atharoleh al-Bayhaqi.Lihat Shihab al-Din Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Hajar al-Asqalani (1996), Tajil al-Manfaah Bi Zawaid Rijal al-Aimmah al-Arbaah, j. 1. Bayrut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, h. 238-239.33 Nama penuh bagi karya ini ialah al-Jami al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Salla Allah Alayh Wa SallamWa SunanihiWa Ayyamihi. (Lihat Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-Asqalani (2001),Hady al-SariMuqaddimah Fath al-BariBi SharhSahih al-Imam AbiAbd Allah Muhammad Bin Ismail al-Bukhari. al-Riyad: Tab Ala Nafqah Sahib al-Samwi al-Amir Sultan BinAbd al-Aziz Ali Suud, h. 10). Karya Sahih al-Bukhariadalah karya yang paling sahih setelah al-Quran. Karya ini berada padakedudukan pertama dalam hal kesahihan hadith berbanding karya-karya hadith yang lain. Karya ini adalah karya pertama yang

    dihimpunkan di dalamnya hadith-hadith sahih sahaja. Karya ini disusun berdasarkan topik-topik fiqah. Tarjamah bab yang terdapat

    dalam karya ini memiliki keistimewaan di sisi para pengulasnya . Bagi mendapatkan kesesuaian antara tarjamah bab dan hadith

    dalam karya ini, memerlukan kepada pemerhatian yang mendalam oleh para pengulas. Hal ini kerana Imam al-Bukhari menyimpanfiqahnya dan kefahamannya terhadap hadith menerusi tarjamah bab, dengan menggunakan metode yang cukup mendalam danhalus. Lihat Abu al-Layth al-Khayr Abadi (2009), Ulum al-Hadith Asiluha Wa Muasiruha, c. 6. Bandar Baru Bangi: Dar al-Shakir, h. 62-64.34 Karya ini dilakukan oleh Abu Jafar al-Tahawi (w. 321 H) yang mengumpulkan periwayatan Imam al-Shafii yang terdiridaripada hadith dan atharsahabat. AbuJafar al-Tahawi menyusun karya ini berdasarkan topik fiqah. Sanad hadith dalam karya inidatangnya daripada AbuJafar al-Tahawi sendiri daripada bapa saudaranya Abu Ibrahim al-Muzani daripada Imam al-Shafii. al-Saati berkata dalam karyanya berjudul Badai al-Minan bahawa banyak hadith yang terdapat di dalam Musnad al-Shafii tidakterdapat dalam karya al-Sunan al-Mathurah, begitu juga banyak hadith yang terdapat di dalam al-Sunan al-Mathurah tidakterdapat dalam karyaMusnad al-Shafii. Al-Saati mengakui sendiri bahawa hadith yang terdapat di dalamMusnad al-Shafiiadalahlebih banyak daripada hadith yang terdapat dalam karya al-Sunan al-Mathurah. Akram Yusuf Umar al-Qawasimi mengatakanbahawa karya al-Sunan al-Mathurah kurang diberi perhatian terutama pada periwayatan al-Tahawi secara sendirian, kerana dilihatkepada pengarang itu sendiri yang telah berpindah mazhab daripada mazhab al-Shafii kepada mazhab Hanafi. Lihat Ahmad BinAbd al-Rahman Bin Muhammad al-Banna (1403 H),Badai al-Minan FiJam Wa Tartib Musnad al-ShafiiWa al-Sunan, j. 1, c.

    2. Misr: Maktabah al-Furqan, h. 5; dan Akram Yusuf Umar al-Qawasimi (2003), op.cit., h. 266-267 dan 268.35 Sebuah karya oleh Abu Bakr al-Bayhaqi yang menghimpunkan dalil-dalil yang terdiri daripada hadith-hadith dan atharsahabat,yang digunakan oleh Imam al-Shafii dalam karya-karyanya bagi membahaskan mengenai ilmu fiqh. Abu Bakr al-Bayhaqimendatangkan sanad Imam al-Shafii seperti yang termaktub dalam karya-karyanya. Kemudian didatangkan juga sanad di sisi AbuBakr al-Bayhaqi sendiri. Beliau turut mendatangkan shawahiddan mutabaat terhadap hadith dan athar sahabat oleh Imam al-

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    32/387

    18

    Dari sudut penganalisaan terhadap hadith-hadith al-khiyar yang dilihat dalam

    perspektiffiqh al-Shafiidanfiqh al-Bukhari, maka karya utama mazhab al-Shafii dan

    fiqh al-Bukhari akan dirujuk. Karya yang dirujuk itu ialah Mukhtasar al-Muzani (w.

    264 H), al-Majmu, al-Minhaj, dan al-Rawdah oleh Imam al-Nawawi (w. 676 H),

    Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib al-Sharbini (w. 977 H), al-Muhadhdhab oleh al-

    Shirazi (w. 476 H), al-Hawial-Kabiroleh al-Mawardi (w. 450 H), Bahr al-Madhhab

    oleh al-Rawyani (w. 502 H), al-Wasitdan al-Wajiz oleh AbuHamid al-Ghazali (w. 505

    H), al-Aziz Sharh al-Wajiz oleh Abu al-Qasim al-Rafii (w. 623 H), al-Bayan oleh al-

    Imrani (w. 558 H), Kifayah al-Akhyar oleh Taqi al-Din al-Husni (w. 829 H), al-

    Bujayrami Ala al-Khatib oleh al-Bujayrami (w. 1221 H), al-Fiqh al-Manhaji Ala

    Madhhab al-Imam al-Shafii oleh Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali al-

    Sharbaji, dan al-Mutamad Fial-Fiqh al-Shafiioleh Muhammad al-Zuhayli. Rujukan

    fiqh al-Bukharipula ialah karya seperti Faydal-BariSharhSahih al-Bukharioleh al-

    Kashmiri, Irshad al-Sari oleh al-Qastalani, al-Kawakib al-Dirari oleh al-Kirmani,

    SharhSahih al-BukhariLi Ibn Battal oleh Ibn Battal, Umdah al-Qarioleh al-Ayni,

    Fath al-Bari oleh Ibn Hajar, Manhah al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari oleh Abu

    Zakariyya al-Ansari, al-Mutawari Ala Tarajim Abwab al-Bukhari oleh Ibn al-

    Munayyir, Tarajim Abwab al-Bukhari oleh Shah Wali Allah Dihlawi, Munasabat

    Tarajim al-Bukharioleh Ibn Jamaah, dan Fiqh al-Imam al-BukhariFial-Buyu Wa al-

    Salam Min Jamiihial-Sahih oleh Satar bin Thawab al-Jaid.

    Metode analisis yang dilakukan adalah metode komparatif iaitu membandingkan

    hadith-hadith riwayat Imam al-Shafii yang berada dalam karya Musnad al-Shafii

    dengan riwayat Imam al-Bukhari yang berada dalam karya Sahih al-Bukhari.

    Perbandingan dilakukan adalah dilihatkepada rijal hadith yang meriwayatkan hadith-

    hadith al-khiyar. Aspek rijal hadith yang dikaji ditumpukan kepada perawi hadith

    Shafii. Susunan karya ini adalah menurut susunan topik fiqah sebagaimana yang terdapat dalam karyaMukhtasar al-Muzani. LihatAkram Yusuf Umar al-Qawasimi (2003), op.cit., h. 257-260.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    33/387

    19

    berbeza yang berada pada tabaqah selepas Imam al-Shafii dan Imam al-Bukhari.

    Perawi hadith itu dikaji dari sudut al-jarh wa al-tadil bagi mengetahui sebab-sebab

    Imam al-Bukhari memilih tariq hadith yang berlainan dengan tariq hadith Imam al-

    Shafii.

    Dari sudutfiqh al-hadith, pandangan-pandangan yang diutarakan oleh Imam al-

    Shafii, ulama al-Shafiiyyah dan para pengulas Sahih al-Bukhari mengenai isu-isu

    yang dipilih oleh Imam al-Bukhari dalam karya Sahihnya dianalisis, bagi melihat

    perbezaan kesimpulan hukum yang terhasil antara mereka. Analisis yang dilakukan

    ialah dengan memerhatikan pemahaman-pemahaman yang diperolehi menerusi hadith-

    hadith al-khiyar yang berdasarkan perspektiffiqh al-Shafii mengenai permasalahan

    utama al-khiyar, serta pendirian Imam al-Bukhari terhadap permasalahan tersebut yang

    diulas oleh para pengulas Sahih al-Bukhari. Setelah membahaskannya, maka

    kesimpulan hukum daripadanya dikeluarkan bagi dijadikan panduan umat Islam untuk

    mengamalkan al-khiyar di dalam kehiduapan mereka yang berpaksikan kepada

    pemahaman yang mantap terhadap hadith Nabawi menerusi perspektiffiqh al-Shafii

    danfiqh al-Bukhari.

    HURAIAN ISTILAH

    Analisis Hadith- Analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu seperti

    keadaan, masalah, persoalan dan sebagainya untuk mengetahui pelbagai aspek atau ciri-

    cirinya dan lain-lain secara terperinci atau mendalam.36

    Hadith dari sudut bahasa

    bermaksud baharu dan ia adalah berlawanan dengan perkataan lama (al-qadim)37. Ia

    juga digunakan bagi makna perkhabaran.38

    Dari sudut syarak, ia bermaksud sesuatu

    yang disandarkan kepada Nabi SAW.39

    Menurut istilah para ulama, ia bermaksud

    36 Hajah Noresah bt. Baharom et al.(2005), Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 51.

    37 Muhammad Diya al-Rahman al-Azami (1999), op.cit., h. 131.38 Nur al-Din Itr (2003),Manhaj al-Naqd FiUlum al-Hadith, c. 3. Dimashq: Dar al-Fikr, h. 26.39 Muhammad Diya al-Rahman al-Azami (1999), op.cit., h. 131.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    34/387

    20

    sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW samada dari sudut percakapan, perbuatan,

    pengakuan atau sifat yang berbentuk fizikal atau akhlak.40

    Oleh itu, sebahagian ulama

    tidak memasukkan hadith mawquf dan hadith maqtu dalam kategori hadith.41

    Analisis hadith bermaksud satu penyelidikan atau penghuraian terhadap hadith-hadith

    Nabi SAW bagi mengetahui hukum-hakam yang terkandung di dalamnya.

    Al-Khiyar- Maknanya di dalam bahasa Melayu ialah pilihan.42 Di dalam bahasa

    Arab, ianya bermaksud memilih salah satu daripada dua perkara, sama ada ingin

    mengambilnya atau meninggalkannya.43

    Manakala maknanya dari sudut istilah para

    fuqaha ialah sebagai satu hak yang diberi kepada pihak yang berkontrak sama ada

    hendak meluluskan akad yang dibuat atau tidak.44

    Dalam karya ulama al-Shafiiyyah, al-khiyardidefinisikan sebagai satu tuntutan

    untuk memilih antara dua perkara dalam jual beli sama ada ingin menyempurnakan

    akad jual beli atau membatalkannya.45

    Ianya terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu

    khiyar al-majlis, khiyar al-shartdan khiyar al-ayb.

    Khiyar al-majlis bermaksud setiap orang yang berakad mempunyai hak untuk

    menarik balik akad jual beli setelah akad jual beli selesai, selagi mana mereka berdua

    masih berada di dalam majlis akad, dan masih lagi tidak berpisah badan. Sekiranya

    40 Nur al-Din Itr (2003), op.cit., h. 26.41Ibid., h. 2627.

    42 Haji Wan Abdul Hamid Bin Wan Teh et al. (2006), Kamus Besar Arab Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

    Pustaka, h. 692.

    43 Muhammad Bin Ali Bin Muhammad al-Shawkani (t.t.),Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhyar Sharh Muntaqa al-Akhbar,j. 7. (t.t.p.): Idarah al-Tibaah al-Muniriyyah, h. 278.44 Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009), Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam Sistem Kewangan Islam. Shah Alam: PusatPenerbit Universiti (UPENA), h. 75.45 Shams al-Din Muhammad bin al-Khatib al-Sharbini (1997),Mughnial-Muhtaj IlaMarifah MaaniAlfazal-Minhaj, j. 2. Bayrut:Dar al-Marifah, h. 58; Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi dan Shihab al-Din Ahmad al-Barlasi al-Mulaqqabbi Umayrah (1956), Hashiyatan Ala Sharh Jalal al-Din Muhammad Ahmad al-Mahalli Ala Minhaj al-Talibin Li al-Imam AbiZakariyya Yahya Bin Sharaf al-NawawiFiFiqh al-Shafiiyyah, j. 2, c. 3. Misr: Mustafa al-Babi al-Halabi, h. 189.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    35/387

    21

    mereka berdua telah berpisah dari majlis akad, maka gugur hakkhiyarmereka berdua,

    serta akad menjadi lazim serta merta.46

    Khiyar al-shart pula ialah penjual dan pembeli mensyaratkan al-khiyar dalam

    satu tempoh tertentu yang mana ianya mestilah tidak melebihi tiga hari menurut Imam

    al-Shafii.

    Khiyar al-ayb pula ialah pilihan untuk mengembalikan kepada penjual atau

    pembeli, barang atau wang yang ada kecacatan dan kekurangan. Asal bagi benda yang

    diperdagangkan dalam muawadatmestilah sempurna sifat-sifatnya. Sekiranya terdapat

    kekurangan pada benda yang diperdagangkan, maka sabit bagi orang yang menjadi

    mangsa dalam hal ini membuat pilihan (khiyar) sama ada ingin membatalkan jual beli

    itu atau meneruskannya.47

    Perspektif- Bermaksud pandangan atau pentafsiran yang wajar berkenaan

    sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan

    keseluruhannya.48

    Perspektif dalam kajian ini bermaksud pandangan atau penafsiran

    oleh ulama al-Shafiiyyah serta para pengulas Sahih al-Bukhari mengenai topik al-

    khiyaryang dilihat dari sudut hukum-hakam yang berbentuk asas mahupun cabang.

    Fiqh- Dari sudut bahasa bermaksud mengetahui sesuatu dan memahaminya atau

    dalam erti kata lain, dapat memahami maksud sesuatu percakapan bagi orang yang

    mengucapkannya. Ia juga boleh diertikan sebagai kebijaksanaan.49

    Dari sudut istilah,

    fiqh bermaksud mengetahui hukum-hakam syarak yang sabit terhadap perbuatan

    46 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bughadan Ali al-Sharbaji (2005), al-Fiqh al-ManhajiAla Madhhab al-Imam al-Shafii, j. 3, c. 6.Dimashq: Dar al-Qalam dan Bayrut: al-Dar al-Shamiyyah, h. 17.47

    Muhammad al-Zuhayli (2010), al-Mutamad Fial-Fiqh al-Shafii, j. 3, c. 2. Dimashq: Dar al-Qalam, h. 82.48 Hajah Noresah bt. Baharom et al.(2005), op.cit., h. 1194.

    49 Mahmud Abd al-Rahman Abd al-Munim (t.t.), Mujam al-Mustalahat Wa al-Alfaz al-Fiqhiyyah, j. 3. al-Qahirah: Dar al-Fadilah, h. 49.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    36/387

    22

    mukallaf secara khusus seperti hukum wajib, sunat, makruh, harus dan sebagainya.50

    Disyaratkan bagi seseorang untuk mengetahui hukum-hakam tersebut berdasarkan

    kepada kajian dan ijtihad terhadap dalil-dalil syarak.51

    Istilah fiqah sejak akhir-akhir ini

    dimaksudkan sebagai mengetahui hukum-hakam berdasarkan nas, istinbat, kajian dan

    hafazan terhadap sesuatu mazhab. Dalam erti kata lain, fiqah itu adalah satu cara untuk

    mengetahui hukum-hakam yang berkaitan dengan halal dan haram di sisi Rabb al-Jalil.

    Selain itu, fiqah merupakan jalan lurus yang disediakan kepada manusia untuk

    diamalkan di dalam segenap bidang kehidupan mereka.52

    Al-Shafii- Adalah satu perkataan yang dinisbahkan kepada Muhammad bin Idris

    al-Shafii. Shafi itu adalah nama datuk Imam al-Shafii ke atas.53 Fiqh al-Shafii

    berkembang sehingga kini, maka perbahasan ulama al-Shafiiyyah mengenai fiqah

    adalah termasuk di bawah istilahfiqh al-Shafii.

    Al-Bukhari- Iaitu yang dinisbahkan kepada Muhammad bin Ismail bin Ibrahim

    bin al-Mughirah.54 Penisbahan fiqh al-Bukhariadalah disandarkan sepenuhnya kepada

    pandangan Imam al-Bukhari yang diulas oleh para pengulas Sahih al-Bukharimenerusi

    tarjamah bab serta hadith-hadith yang dibawanya.

    SISTEMATIKA KAJIAN

    Kajian ini akan dibahagikan kepada lima bab. Bab satu akan mengupas mengenai fiqh

    al-Shafiiyang dilihat dari sudut perspektif ilmu hadith. Perbincangan lebih menjurus

    ke arah membahaskan mengenai ketokohan Imam al-Shafii di dalam ilmu hadith serta

    pandangannya mengenai hadith Ahad dan mursal, serta pandangan-pandangan asas

    mazhab al-Shafii mengenai ilmu hadith riwayah seterusnya pandangan asas tersebut

    50 Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali (1322 H), Al-Mustasfa Min Ilm al-Usul, j. 1. Misr:Matbaah al-Amiriyyah, h. 45.51Abd al-Karim Zaydan (1998), op.cit., c. 15. Bayrut: Muassasah al-Risalah, h. 54.52

    Muhammad al-Zuhayli (2010), op.cit., j. 1, h. 10.53 AbuSad al-Samani (1998), al-Ansab, j. 3. Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 402.54 Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-Asqalani (2004),Hady al-SariMuqaddimah Fath al-Bari, j. 1. Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,h. 5.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    37/387

    23

    dibandingkan dengan pengajian ilmu hadith kini yang dirujuk kepada karya berjudul

    Ulum al-Hadith Asiluha Wa Muasiruha oleh Muhammad Abu al-Layth al-Khayr

    Abadi.

    Bab kedua akan mengkaji mengenai istilah yang digunakan oleh para ulama

    mengenai fiqh al-Bukhari , pengiktirafan ulama terhadapkefaqihan Imam al-Bukhari,

    perbahasan mengenai mazhab Imam al-Bukhari, sumber asas fiqah Imam al-Bukhari,

    manhaj Imam al-Bukhari dalam mengistinbatkan hukum-hakam, ciri-ciri fiqh al-

    Bukhari, metodologi persembahan fiqh al-Bukhari dalam karya Sahihnya, serta

    perbincangan mengenai para pengulas Sahih al-Bukhari.

    Bab ketiga akan membahaskan mengenai hadith-hadith yang diriwayatkan oleh

    Imam al-Shafii dan Imam al-Bukhari dalam karya Musnad al-Shafii dan Sahih al-

    Bukhari. Perbandingan sanad akan dilakukan di dalam bab ini bagi melihat persamaan

    dan perbezaan rijal yang dipilih oleh Imam al-Shafii dan Imam al-Bukhari dalam

    meriwayatkan hadith-hadith al-khiyar.

    Bab keempat adalah analisis hadith-hadith al-khiyar yang dilihat dalam

    perspektiffiqh al-Shafiidanfiqh al-Bukhari. Analisis dilakukanbagi melihat perbezaan

    kesimpulan hukum yang terhasil menerusi perbahasan oleh para ulama al-Shafiiyyah

    dan para pengulas Sahih al-Bukhari terhadap hadith-hadith al-khiyar. Perkara ini

    dilakukan bagi melihat prinsip utama yang terhasil menerusi perbincangan tersebut,

    agar dapat dijadikan panduan hukum dalam mengamalkan al-khiyardi dalam kehidupan

    umat Islam yang berlandaskan kepada kehendak Sunnah Nabawiyah.

    Bab kelima adalah kesimpulan dan penutup yang merangkumi kesimpulan yang

    bermula pada bab pertama sehingga bab keempat, serta cadangan-cadangan yang

    dikemukakan bagi pengaplikasian al-khiyar di dalam kehidupan masyarakat, juga

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    38/387

    24

    cadangan bagi pengkajian tajuk yang akan datang sebagai lanjutan terhadap kajian

    penulis.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    39/387

    25

    BAB SATU

    1 BAB SATU:FIQH AL-SHAFIIDALAM PERSPEKTIF ILMU HADITH1.1 PENDAHULUANBab ini adalah perbahasan mengenai fiqh al-Shafii yang dilihat dari perspektif ilmu

    hadith. Sebagai gambaran awalnya, maka bab ini membincangkan mengenai

    penggunaan istilah fiqh al-Shafii di kalangan ulama serta perkara yang berkaitan

    dengan ilmu hadith, Imam al-Shafii dan ulama al-Shafiiyyah dalam perspektif ilmu

    hadith. Ilmu hadith yang dibahaskan adalah lebih menjurus kepada ilmu hadith al-

    riwayah sebagaimana yang diberikan takrifan oleh Abu al-Layth dalam karyanya.1

    Ilmu

    hadith riwayah diberi penumpuan dalam membahaskan mengenaifiqh al-Shafiikerana

    istilah fiqh al-Shafii adalah terkenal dalam perbincangan mengenai fiqah. Oleh itu

    secara tidak langsung, fiqah yang diambil daripada hadith menerusi mazhab al-Shafii

    sememangnya telah dibincangkan secara terperinci oleh para pengkaji. Dengan

    demikian menerusi bab ini, penulis hanya memberi penumpuan dari aspek ilmu hadith

    riwayah yang merupakan tunjang kepada sumber hukum di dalam mazhab al-Shafii.

    Tambahan pula, hadith merupakan sandaran yang paling utama ketika membahaskan

    mengenai hukum-hakam yang berkaitan dengan al-khiyar.

    1.2 PENGENALAN MENGENAIFIQH AL-SHAFIIFiqh al-Shafiiadalah satu istilah yang disusun daripada dua perkataan iaitu fiqah dan

    al-Shafii. Al-Fiqh dari sudut bahasa bermaksud: al-fahm (kefahaman).2 Dari sudut

    istilah syarak, fiqah bermaksud pengetahuan mengenai hukum-hakam syariat yang

    1 Ilmu hadith yang terdiri daripada riwayah dan dirayah. Makna dari sudut istilah mengenai kedua-dua ilmu ini, berbeza-bezatakrifannya di kalangan ulama. Penulis menerusi kajian, ini memilih istilah yang diberikan oleh Ab u al-Layth di dalam kajiannyamengenai ilmu hadith iaitu imu hadith riwayah menurut beliau ialah ilmu berdasarkan kepada beberapa kaedah yang dengannyadapat diketahui hal keadaan perawi dan periwayatannya. Ianya merupakan satu ilmu yang tersendiri yang bersangku paut dengan

    penukilan hadith dan pengsabitannya, bukan berkaitan dengan kefahahaman dan fiqahnya. Ini bagi meraikan makna al-riwayah darisudut bahasa yang bermaksud penukilan. Manakala ilmu hadith dirayah pula ialah ilmu yang membahaskan mengenai makna yangdifahami daripada lafaz-lafaz hadith, perkara yang dikehendaki daripadanya, berdasarkan kaedah-kaedah bahasa Arab dan prinsip-

    prinsip syarak, dan bersesuaian dengan hal ehwal Nabi SAW. Takrifan ini dipilih kerana meraikan makna dirayah dari sudut bahasaiaitu bermaksud kefahaman. Lihat Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi (2009), Ulum al-Hadith AsiluhaWa Muasiruha, c.6. Bandar Baru Bangi: Dar al-Shakir, h. 7-9.2 Anis et.al (1990),Al-Mujam al-Wasit. Bayrut: Dar al-Amwaj, h. 698.

  • 7/23/2019 Tesis Kulit Tebal Final

    40/387

    26

    berbentuk praktikal yang diperolehi menerusi dalil-dalilnya yang bersifat pemerincian

    (tafsili).3 Selain itu, istilah fiqah juga boleh membawa maksud hukum-hakam syarak itu

    sendiri. Sekiranya seseorang itu berkata: aku mempelajari fiqh, maka ia bermaksud

    aku mempelajari hukum-hakam syarak yang terkandung dalam karya-karya fiqh, di

    mana hukum fiqh tersebut diambil menerusi al-Quran, Sunnah, Ijmak, dan Ijtihad para

    ulama. Oleh itu, hukum-hakam syarak itu sendiri, turut dinamakan fiqah dari sudut

    istilah.4

    Al-Shafii pula adalah satu perkataan yang dinisbahkan kepada datuk Imam al-

    Shafii iaitu yang bernama Shafi.5

    Walaupun al-Shafii dinisbah kepada datuk Imam al-

    Shafii, apabila digunakan nama Imam al-Shafii oleh para ulama dalam karya-karya

    mereka, maka ia bukan ditujukan kepada datuk Imam al-Shafii, tetapi ditujukan kepada

    Imam al-Shafii itu sendiri. Beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin

    Uthman bin Shafi.6 Panggilan nama sebagai Imam al-Shafii ini telah makruf di

    kalangan ulama,7

    di mana panggilan tersebut sememangnya ditujukan kepada

    Muhammad bin Idris al-Shafii.

    Apabila istilah fiqah dan al-Shafii digabungkan, maka menurut Nahrawi,8

    ianya adalah merupakan fiqah yang muncul pada awal pemerintahan Bani A