Top Banner
1 TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB 1. Kempen 1.1 Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan akan berlangsung dari 1hb Mei 2018 dan berakhir pada 31hb Ogos 2018, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. 2. Kelayakan 2.1 Kempen ini terbuka kepada semua: a) Pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sedia ada yang mempunyai rekod dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad [671380-H] (“CIMB Islamic Bank”) yang mendaftar untuk Produk Layak yang tidak pernah dipegang oleh mereka sebelum Kempen; dan b) Pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank baru yang mendaftar Produk Layak (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.2) melalui cawangan-cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau Mobile Sales Force CIMB dalam Tempoh Kempen, tidak termasuk pendaftaran melalui perbankan atas talian CIMB Clicks (“CIMB Clicks”); individu yang menetap di Malaysia, termasuklah warganegara Malaysia, penduduk tetap atau bukan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas (“Pelanggan yang Layak”). 2.2 Semua kakitangan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank (termasuklah anak-anak syarikat dan syarikat berkaitan) layak menyertai Kempen ini. 3. Ganjaran Tunai 3.1 Perkara adalah tertakluk dalam Klausa 5.1, Ganjaran Tunai (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 5.1) akan diberikan kepada Pelanggan yang Layak yang menepati Kriteria Penyertaan seperti yang dinyatakan dalam terma-terma dan syarat-syarat dalam Tempoh Kempen. 4. Mekanik Kempen 4.1 Untuk menyertai Kempen dan sentiasa tertakluk pada Klausa 5.1, Pelanggan yang Layak mestilah: (a) mempunyai Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank ("ASAS/-i") (dibuka sebelum Tempoh Kempen atau dalam Tempoh Kempen) ("Kriteria Akaun"); (b) mendaftar Produk Layak (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.2) melalui cawangan- cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau Mobile Sales Force CIMB, tidak termasuk pendaftaran melalui CIMB Clicks (“Kriteria Produk”); (c) mempunyai akaun CIMB Clicks (dibuka sebelum Tempoh Kempen atau dalam Tempoh Kempen);
12

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

Oct 30, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

1

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

1. Kempen

1.1 Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P)

(“CIMB Bank”) dan akan berlangsung dari 1hb Mei 2018 dan berakhir pada 31hb Ogos 2018, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).

1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

2. Kelayakan 2.1 Kempen ini terbuka kepada semua:

a) Pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sedia ada yang mempunyai rekod dengan

CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad [671380-H] (“CIMB Islamic Bank”) yang mendaftar untuk Produk Layak yang tidak pernah dipegang oleh mereka sebelum Kempen; dan

b) Pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank baru yang mendaftar Produk Layak (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.2) melalui cawangan-cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau Mobile Sales Force CIMB dalam Tempoh Kempen, tidak termasuk pendaftaran melalui perbankan atas talian CIMB Clicks (“CIMB Clicks”);

individu yang menetap di Malaysia, termasuklah warganegara Malaysia, penduduk tetap atau bukan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas (“Pelanggan yang Layak”).

2.2 Semua kakitangan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank (termasuklah anak-anak syarikat dan

syarikat berkaitan) layak menyertai Kempen ini.

3. Ganjaran Tunai

3.1 Perkara adalah tertakluk dalam Klausa 5.1, Ganjaran Tunai (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 5.1) akan diberikan kepada Pelanggan yang Layak yang menepati Kriteria Penyertaan seperti yang dinyatakan dalam terma-terma dan syarat-syarat dalam Tempoh Kempen.

4. Mekanik Kempen

4.1 Untuk menyertai Kempen dan sentiasa tertakluk pada Klausa 5.1, Pelanggan yang Layak mestilah: (a) mempunyai Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank

("ASAS/-i") (dibuka sebelum Tempoh Kempen atau dalam Tempoh Kempen) ("Kriteria Akaun");

(b) mendaftar Produk Layak (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.2) melalui cawangan-

cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau Mobile Sales Force CIMB, tidak termasuk pendaftaran melalui CIMB Clicks (“Kriteria Produk”);

(c) mempunyai akaun CIMB Clicks (dibuka sebelum Tempoh Kempen atau dalam Tempoh

Kempen);

Page 2: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

2

(d) hantar SMS FIRST<jarak>No penuh Kad Pengenalan ke 62666;

(e) adalah dua atau lebih daripada yang berikut:

Peminjam/pelanggan utama produk pinjaman/pembiayaan di bawah kategori "Finance";

Pemilik polisi insurans/sijil utama di bawah kategori "Insure";

Akaun utama pelaburan di bawah kategori “Returns”;

Pemegang akaun utama ASAS di bawah kategori “Save”;

Pemegang kad kredit utama dan/atau melaksanakan pemindahan telegraf di bawah kategori “Transact”;

(f) mendaftar sekurang-kurangnya satu (1) Produk Layak dalam Tempoh Kempen, dan selepas itu mendaftar untuk Produk Layak yang kedua atau tambahan dalam tempoh yang ditetapkan ("Tempoh Masa") dan memenuhi semua kriteria pendaftaran dan kriteria pasca pendaftaran, jika ada dan digunakan ke atas Produk Layak masing-masing sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual di bawah dari Klausa 4.1.1 hingga Klausa 4.1.5. Kriteria pendaftaran dan kriteria pasca pendaftaran secara kolektif disebut sebagai “Kriteria Pendaftaran Kempen". Untuk penjelasan, "Kriteria Pasca Pendaftaran" untuk Produk Layak masing-masing mesti dipenuhi sama ada Produk Layak itu adalah Produk Layak pertama yang didaftar dalam Tempoh Kempen atau Produk Layak berikutnya yang tertakluk sepanjang Tempoh Masa.

Kriteria Akaun, Kriteria Produk dan Kriteria Pelanggan dan Kriteria Pendaftaran Kempen secara kolektif dirujuk sebagai “Kriteria Penyertaan”.

Kategori F.I.R.S.T.

Kriteria Pendaftaran Kempen

4.1.1 Finance

Pembiayaan/Pinjaman Hartanah 1. Kriteria Pendaftaran: Memohon mana-mana pinjaman perumahan CIMB Bank/pembiayaan CIMB Islamic Bank atau pinjaman premis perniagaan CIMB Bank/pembiayaan CIMB Islamic Bank (Hartanah Dalam Binaan/Hartanah Siap Bina/Pembiayaan Semula/Rumah Tambahan) seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.2 di bawah nama individu dalam Tempoh Kempen dan selepas itu memohon Produk Layak kedua atau tambahan daripada kategori Produk Layak yang berlainan dalam Tempoh Masa seperti yang ditetapkan dalam jadual di bawah. 2. Kriteria Pasca Pendaftaran: Penerimaan Surat Tawaran dan pelaksanaan semua dokumen jaminan pinjaman CIMB Bank/ pembiayaan CIMB Islamic Bank oleh Pelanggan yang Layak hendaklah dilengkapkan sebelum atau pada tarikh tamat berikutnya bergantung pada Tempoh Masa Produk Layak yang didaftar:

Tempoh Pendaftaran Produk Layak

Tarikh Memenuhi Kriteria Pendaftaran

Tarikh Tamat Memenuhi Kriteria Pasca Pendaftaran

Tempoh Masa 1 1hb Mei – 31hb Jul 2018 31hb Ogos 2018

Tempoh Masa 2 1hb Jun – 31hb Ogos 2018 30hb Sep 2018

Tempoh Masa 3 1hb Jul - 30 hb Sep 2018 31 hb Okt 2018

Tempoh Masa 4 1hb Ogos – 31hb Okt 2018 30hb Nov 2018

Page 3: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

3

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan ASB/Pembiayaan Terma ASB-i, Pinjaman/Pembiayaan Jual Beli 1. Kriteria Pendaftaran: Mendaftar untuk Pembiayaan ASB CIMB Bank/Pembiayaan Terma-i ASB CIMB Islamic Bank/ pinjaman/pembiayaan peribadi/ pinjaman/pembiayaan jual beli seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.2 dalam Tempoh Kempen dan selepas itu memohon Produk Layak kedua atau tambahan daripada kategori Produk Layak yang berlainan dalam Tempoh Masa seperti yang ditetapkan dalam jadual di bawah. 2. Kriteria Pasca Pendaftaran: Pinjaman/Pembiayaan yang didaftar hendaklah diluluskan dan dikeluarkan pada atau sebelum tarikh tamat bergantung pada Tempoh Masa di mana Produk Layak didaftar:

Tempoh Pendaftaran Produk Layak

Tarikh Memenuhi Kriteria Pendaftaran

Tarikh Tamat Memenuhi Kriteria Pasca Pendaftaran

Tempoh Masa 1 1hb Mei – 31hb Jul 2018 31hb Ogos 2018

Tempoh Masa 2 1hb Jun – 31hb Ogos 2018 30hb Sep 2018

Tempoh Masa 3 1hb Jul - 30 hb Sep 2018 31 hb Okt 2018

Tempoh Masa 4 1hb Ogos – 31hb Okt 2018 30hb Nov 2018

4.1.2 Insure

1. Kriteria Pendaftaran: Mendaftar mana-mana produk Bankasurans/BankaTakaful yang diinsuranskan/diuruskan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad/Sun Life Malaysia Takaful Berhad ("Sun Life Malaysia") di bawah kategori "Insure” seperti yang ditetapkan dalam Klausa 4.2 yang diagihkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dalam Tempoh Kempen dan selepas itu mendaftar untuk Produk Layak kedua atau tambahan daripada kategori Produk Layak yang berlainan dalam Tempoh Masa seperti yang ditetapkan dalam jadual di bawah. 2. Kriteria Pasca Pendaftaran: Tertakluk dalam Klausa 5.1, jika mana-mana Pelanggan yang Layak membuat serahan semula produk Bankasurans/BankaTakaful dalam "tempoh pemerhatian bebas" atau membatalkan produk Bankasurans/BankaTakaful yang dibeli/mengambil bahagian dalam Tempoh Kempen atau jika polisi/kontrak Produk Bankasurans/BankaTakaful tidak dikeluarkan pada atau sebelum tarikh akhir bergantung kepada Tempoh Masa yang mana Produk Layak didaftar tertakluk kepada kesalahan pihak Pelanggan yang Layak, pendaftaran Produk Bankasurans/BankaTakaful Pelanggan yang Layak tidak berhak ke atas Ganjaran Tunai di bawah Kempen ini.

Tempoh Pendaftaran Produk Layak

Tarikh Memenuhi Kriteria Pendaftaran

Tarikh Tamat Memenuhi Kriteria Pasca Pendaftaran

Tempoh Masa 1 1hb Mei – 31hb Jul 2018 31hb Ogos 2018

Tempoh Masa 2 1hb Jun – 31hb Ogos 2018 30hb Sep 2018

Tempoh Masa 3 1hb Jul - 30 hb Sep 2018 31 hb Okt 2018

Tempoh Masa 4 1hb Ogos – 31hb Okt 2018 30hb Nov 2018

Page 4: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

4

"Tempoh pemerhatian bebas" ditakrifkan sebagai tempoh di mana pemilik polisi diberi tempoh untuk membuat pemerhatian selama 15 hari untuk menyemak kesesuaian Produk Bankasurans/BankaTakaful yang baru dibeli. Sekiranya polisi diserahkan dalam tempoh pemerhatian bebas ini, premium penuh tidak termasuk perbelanjaan pemeriksaan perubatan yang ditanggung, jika ada, akan dikembalikan kepada pemilik polisi/kontrak.

4.1.3 Returns

Kriteria Pendaftaran: Melabur dalam mana-mana produk pelaburan yang Layak di bawah kategori "Returns" seperti yang ditetapkan dalam Klausa 4.2 tertakluk kepada jumlah pelaburan minimum bagi produk pelaburan yang berbeza dalam Tempoh Kempen dan selepas itu memohon Produk Layak kedua atau tambahan daripada kategori Produk Layak yang berlainan dalam mana-mana Tempoh Masa berikut.

Tempoh Pendaftaran Produk Layak

Tarikh Memenuhi Kriteria Pendaftaran

Tempoh Masa 1 1hb Mei – 31hb Jul 2018

Tempoh Masa 2 1hb Jun – 31hb Ogos 2018

Tempoh Masa 3 1hb Jul - 30 hb Sep 2018

Tempoh Masa 4 1hb Ogos – 31hb Okt 2018

4.1.4 Save

1. Kriteria Pendaftaran: Mendaftar dan membuka mana-mana Akaun Semasa atau Akaun Simpanan (ASAS) CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank seperti yang ditetapkan dalam Klausa 4.2 dalam Tempoh Kempen dan selepas itu memohon Produk Layak kedua atau tambahan daripada kategori Produk Layak yang berlainan dalam mana-mana Tempoh Masa berikut:

2. Kriteria Pasca Pendaftaran: ASAS kekal aktif dan dan tidak dorman semasa Ganjaran Tunai dikreditkan mengikut Klausa 5.3 dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

Tempoh Pendaftaran Produk Layak

Tarikh Memenuhi Kriteria Pendaftaran

Tempoh Masa 1 1hb Mei – 31hb Jul 2018

Tempoh Masa 2 1hb Jun – 31hb Ogos 2018

Tempoh Masa 3 1hb Jul - 30 hb Sep 2018

Tempoh Masa 4 1hb Ogos – 31hb Okt 2018

Page 5: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

5

4.1.5 Transact

1. Kriteria Pendaftaran: Mendaftar untuk mana-mana kad Kredit/Kad Prabayar CIMB utama dan/atau melaksanakan pemindahan telegrafi di bawah kategori "Transact" dalam Klausa 4.2 dalam Tempoh Kempen dan selepas itu memohon Produk Layak kedua atau tambahan kategori Produk Layak yang berlainan dalam Tempoh Masa seperti yang tetapkan dalam jadual di bawah.

1.1 Kad Debit CIMB tidak layak untuk Kempen ini.

2. Kriteria Pasca Pendaftaran: Pendaftaran kad kredit mestilah diluluskan dan kad kredit yang diluluskan mestilah diaktifkan pada atau sebelum tarikh tamat berikutnya bergantung pada Tempoh Masa Produk Layak didaftar:

2.1. Kriteria Pasca Pendaftaran tidak tertakluk untuk pemindahan telegrafi.

Tempoh Pendaftaran Produk Layak

Tarikh Memenuhi Kriteria Pendaftaran

Tarikh Tamat Memenuhi Kriteria Pasca Pendaftaran

Tempoh Masa 1 1hb Mei – 31hb Jul 2018 31hb Ogos 2018

Tempoh Masa 2 1hb Jun – 31hb Ogos 2018 30hb Sep 2018

Tempoh Masa 3 1hb Jul - 30 hb Sep 2018 31 hb Okt 2018

Tempoh Masa 4 1hb Ogos – 31hb Okt 2018 30hb Nov 2018

4.2 Produk Layak untuk tujuan Kempen ini ditetapkan seperti dibawah ini:

Kategori Produk Layak

Finance Pinjaman / Pembiayaan Peribadi

Credit Line Secured Overdraft

ASB Financing

Cash Plus Personal Loan

Xpress Cash Financing-i

Term Financing-i Secured by ASB Certificate Pinjaman / Pembiayaan Sewa-Beli

Sewa-Beli / -i Pinjaman / Pembiayaan Hartanah

Home Loan/Financing

Home Flexi / -i

Home Flexi Smart / -i

HomeXtra

BizLoan/Financing

BizFlexi / -i

BizFlexi Smart / -i

BizXtra

Skim Rumah Pertamaku

Variable Home Financing-i / Business Permises Financing-i

Page 6: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

6

Pembiayaan Terma-i

Flexi Home / Business Permises Financing-i

Vacant Land Flexi Smart / -i

Overseas Mortgage Loan

Home Loan for PR1MA Homes / PR1MA Home Financing

Insure • SunLink • Sun SaveAssured • Sun Wealth • Sun Income Secure • Sun EduSmart • SunInvest • Ultimate Term Plan • Sun Signature Life • Group Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) • Group Mortgage Level Term Assurance (MLTA) • Group Amanah Saham Assurance (GASA) • Sun AutoLife • SunLink Istismar • Takaful Suria • Ultimate Takaful Term Plan • Group Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) • Group Term Financing Takaful (GTFT) • Sun Auto Takaful • Takaful Mulia

Returns • *Private Retirement Scheme • *Unit Trust / Islamic Unit Trust • *e-Gold Investment Account (“eGIA”) • *Floating Rate Negotiable Instrument of Deposit (“FRNID”) • **Structured Product (“SP”) • **Negotiable Instrument of Deposit (“NID”) • **Islamic Negotiable Instrument of Deposit (“INID”) • **Islamic Structured Product (“SP-i”) • *Dual Currency Investment • *Retail Bond (Conventional / Islamic) • *Retail Negotiable Instrument of Deposit (“RNID”) *Produk adalah tidak dijamin oleh PIDM ** Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat produk masing-masing

kepada kelayakan jaminan oleh PIDM

Save • Akaun Petronas Savers • Akaun Tesco Savers • Akaun AirAsia Saver • Akaun Simpanan Senior • Akaun Simpanan Asas Senior • Akaun Simpanan Asas • Akaun Simpanan Biasa • Akaun Simpanan Eco-Save-i • Akaun Simpanan Asas-i • Akaun Simpanan YOUth

Page 7: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

7

• Akaun Simpanan YOUth-i • Akaun CIMB Preferred • Akaun Semasa Preferred-i • Akaun Semasa Biasa • Akaun Semasa Asas • Akaun Semasa Asas Senior • Akaun Semasa Asas-i • Akaun Semasa Mata Wang Asing • Akaun Semasa Mata Wang Asing-i • Akaun Semasa Prime • Akaun Simpanan-i Plus Semua produk yang disenaraikan di atas adalah layak dijamin oleh PIDM.

Transact • Pemindahan Telegraf

Kad Kredit CIMB Visa SIGNATURE • Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum • Kad Kredit CIMB PETRONAS • Kad Kredit CIMB Tesco Platinum • Kad Kredit CIMB Enrich Platinum • Kad Kredit CIMB Enrich World Elite • Kad Kredit CIMB Enrich World • Kad Kredit CIMB Visa Infinite • CIMB WORLD Mastercard • CIMB Platinum (Visa / Mastercard) • Kad Kredit CIMB Islamic Platinum • Kad Kredit CIMB Islamic PETRONAS • Kad Prabayar CIMB Lazada Mastercard

4.3 CIMB Bank, CIMB Islamic Bank, CIMB Investment Bank, syarikat pengurusan unit amanah dan

Operator Takaful atau Penanggung Insurans Produk Layak yang berkaitan berhak untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan Produk Layak dan/atau untuk meminta apa sahaja dokumen sokongan yang difikirkan sesuai. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Bank, CIMB Islamic Bank, CIMB Investment Bank, syarikat pengurusan unit amanah atau Operator Takaful atau Penanggung Insurans yang berkaitan dengan Produk Layak mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk menentukan sama ada dokumen sokongan adalah mencukupi untuk tujuan memproses permohonan Produk Layak yang dihantar kepada CIMB Bank, CIMB Islamic Bank, CIMB Investment Bank, syarikat pengurusan unit amanah atau Operator Takaful atau Penanggung Insurans.

4.4 Pelanggan yang Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen yang berkaitan dan mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan Produk Layak yang dipohon di bawah Kempen yang berasingan dengan terma-terma dan syarat-syarat ini.

5. Ganjaran Tunai dan Pemenuhan

5.1 Pelanggan yang Layak berhak menerima ganjaran tunai berikut ("Ganjaran Tunai") jika Pelanggan yang Layak mendaftar minimum dua (2) Produk Layak, masing-masing dari

Page 8: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

8

kategori produk yang berlainan dan memenuhi Kriteria Penyertaan seperti yang dtetapkan dalam Klausa 4.1 terma-terma dan syarat-syarat ini: -

Jumlah Produk Layak yang Mendaftar dari kategori produk berlainan

Ganjaran Tunai

Mendaftar mana-mana dua (2) Produk Layak dari kategori berlainan

RM 50

Mendaftar mana-mana tiga (3) Produk Layak dari kategori berlainan

RM 100

Mendaftar mana-mana empat (4) Produk Layak dari kategori berlainan

RM 150

Mendaftar mana-mana lima (5) Produk Layak dari kategori berlainan

RM 200

Untuk penjelasan, berikut adalah kategori produk berlainan bagi Produk Layak untuk tujuan Kempen ini seperti yang ditetapkan dalam Klausa 4.2 terma-terma dan syarat-syarat ini: (1) Finance (2) Insure (3) Returns (4) Save (5) Transact.

5.2 Sila rujuk contoh-contoh situasi berbeza tetapi tidak terhad kepada yang berikut

berdasarkan Kriteria Penyertaan yang dipenuhi Pelanggan yang Layak dalam Klausa 4.1:

Situasi Produk Layak Pertama di bawah Kategori F.I.R.S.T

Tarikh Pendaftaran

Pemenuhan Kriteria Penyertaan

Produk Layak Tambahan yang Mendaftar di bawah Kategori F.I.R.S.T

Tarikh Pendaftaran

Pemenuhan Kriteria Penyertaan

Ganjaran Tunai

Catatan

A Save – Akaun Air Asia Savers

3-Mei-18 Ya Transact - Kad Kredit CIMB PETRONAS

3-Mei-18 Diaktifkan sebelum 31 Ogos 2018

RM50 Kedua-dua Produk Layak adalah dari kategori F.I.R.S.T yang berlainan dan Kriteria Penyertaan untuk “Transact” dipenuhi.

B Save – Akaun Air Asia Savers

28-Mei-18 Ya Transact - Kad Kredit CIMB PETRONAS

10-Sep-18 Diaktifkan sebelum 31 Ogos 2018

RM0 Tiada Ganjaran Tunai kerana Produk Layak kedua di bawah “Transact” didaftar selepas Tempoh Masa yang ditentukan.

C Save – Akaun Air Asia Savers

28-Mei-18 Ya Transact – Pemindahan Telegrafi (RM 500)

10-Jun-18 Ya RM50 Semua Produk Layak daripada kategori produk F.I.R.S.T. yang berlainan dan semua Produk Layak didaftarkan memenuhi Kriteria Penyertaan.

D Save – Akaun Air Asia Savers

10-Mei-18 Ya Save - Akaun Utama

15-Mei-18 Ya RM0 Tiada Ganjaran Tunai kerana Produk Layak berdaftar jatuh di dalam kategori “Simpan” yang sama.

Page 9: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

9

E Returns – Melabur dalam Unit Amanah

15-Mei-18 Ya Transact – Kad Kredit CIMB PETRONAS Insure – Sun EduSmart

30-Mei-18 1-Jun-18

Diaktifkan sebelum 31 Ogos 2018 Polisi dikuatkuasa pada 10-Jul-18

RM100 Semua Produk Layak dari kategori produk F.I.R.S.T berbeza dan semua Produk Layak yang didaftarkan memenuhi Kriteria Penyertaan.

5.3 Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke ASAS CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank Pelanggan yang Layak yang aktif sama ada dibuka sebelum atau dalam Tempoh Kempen, dalam masa tujuh (7) bulan selepas Produk Layak pertama didaftar dalam Tempoh Kempen. Semua Produk Layak yang didaftar dalam Tempoh Kempen (i) MESTILAH tidak melanggar mana-mana terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Akaun Simpanan atau Akaun Semasa (ASAS) dan/atau Produk Layak yang didaftar DAN (ii) MESTILAH tidak ditamatkan, digantung, diserahkan, dibatalkan atau ditutup atau tertakluk kepada sebarang lampiran, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, tertunggak dan/atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic Bank semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum pengkreditan Ganjaran Tunai, atau sebaliknya Pelanggan yang Layak akan hilang kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan/atau berhak menerima Ganjaran Tunai.

6. Terma- terma dan syarat- syarat Lain

6.1 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dianggap telah membaca,

memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dan bersetuju bahawa sebarang dan semua keputusan yang dibuat oleh CIMB Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen ini adalah muktamad, terikat dan konklusif. CIMB Bank berhak atas budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan yang Layak dimana ia memutuskan bahawa mereka mengganggu proses kemasukan, atau bertindak melanggar atau berpotensi melanggar Terma-terma dan syarat-syarat ini.

6.2 CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan

yang dialami oleh Pelanggan yang Layak atau mana-mana pihak ke atas apa jua yang diakibatkan oleh walau apa pun sebabnya (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak), yang timbul, berkaitan atau sebaliknya dengan Kempen ini melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank.

6.3 CIMB Bank mempunyai hak mutlak untuk menukar Ganjaran Tunai kepada barangan

lain dengan harga yang serupa dan/atau memanjangkan, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh CIMB Bank, ini tidak akan memberikan hak kepada Pelanggan yang Layak dan sesiapa sahaja untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapatkan sebarang pampasan terhadap CIMB Bank di atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan,

Page 10: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

10

penamatan atau penggantungan Kempen melainkan perkara yang sama terjadi diakibatkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank.

6.4 CIMB Bank mempunyai hak untuk meminda samaada menambah, memotong atau

meminda apa sahaja mana-mana terma-terma dan syarat-syarat di sini atau sebahagiannya (“Pindaan”) dengan memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pelanggan yang Layak. Pemberitahuan kepada Pelanggan yang Layak berkenaan dengan Pindaan tersebut akan dilaksanakan di atas budi bicara mutlak CIMB Bank melalui salah satu cara komunikasi berikut, iaitu, melalui pos biasa ke alamat terakhir atau dengan menyiarkan notis mengenai Pindaan di setiap cawangan-cawangan CIMB Bank di mana peruntukan-peruntukan terperinci mengenai Pindaan itu boleh diberikan dalam notis itu sendiri atau mungkin diberikan kepada Pelanggan yang Layak atas permintaan atau dengan membuat iklan mengenai Pindaan dalam mana-mana akhbar pilihan CIMB Bank, atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui mel elektronik atau apa-apa cara notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan itu dianggap sebagai pengikat Pelanggan yang Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain yang dinyatakan oleh CIMB Bank dalam pemberitahuan. Pelanggan yang Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank pada kekerapan yang biasa untuk melihat terma-terma dan syarat-syarat Kempen dan untuk memastikan bahawa mereka sentiasa dikemas kini dengan sebarang perubahan atau variasi pada terma-terma dan syarat-syarat ini. Tiada pampasan akan diberikan kepada Pelanggan yang Layak untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan yang dialami atau terjadi kepada Pelanggan yang Layak sebagai hasil secara langsung atau tidak langsung dari pindaan, variasi, penghapusan, penambahan atau pengubahan terma-terma dan syarat-syarat ini.

6.5 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak bersetuju bahawa CIMB Bank

dalam apa jua cara tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawab sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana kewajipannya di sini, yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung akibat kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, perang, rusuhan, sebarang perkara di luar kawalan CIMB Bank atau musibah semula jadi yang disebabkan oleh force majeure. CIMB Bank tidak menjamin bahawa Kempen ini tidak terganggu and/atau bebas dari kesilapan. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dengan ini mengakui dan bersetuju tanpa menarik balik bahawa CIMB Bank tidak bertanggungjawab atas apa-apa kegagalan teknikal, apa-apa campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik yang timbul daripada Kempen ini termasuk kelewatan, kehilangan, ketidak lengkapan, kesalahan penyerahan, penangguhan, ketidak boleh bacaan, kerosakan atau salah guna aplikasi atas Produk Layak atau surat-menyurat yang berkaitan dengan kesilapan, peninggalan, pemindaan, gangguan, penghapusan, kecurian, kemusnahan melainkan timbul daripada dan disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian CIMB Bank.

6.6 Terma-terma dan syarat-syarat Kempen ini boleh dipinda dari semasa ke semasa mengikut Klausa 6.4 dan akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan Kempen/ pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen ini.

Page 11: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

11

6.7 Terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini hendaklah dibaca bersama-sama terma-terma dan syarat-syarat yang mengikat Produk Layak CIMB Bank dan/atau CIMB Bank Islamic yang berkaitan.

6.8 Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan antara

versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini, Terma-terma dan Syarat-syarat versi Bahasa Inggeris ini akan diguna pakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, jika permintaan dibuat oleh Pelanggan yang Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank atau CIMB Bank Islamic dalam rekodnya bahawa Terma-terma dan Syarat-syarat versi Bahasa Malaysia ini akan mengawal operasi Pelanggan yang Layak CIMB Bank yang berkaitan dengan Kempen ini, maka Terma-terma dan Syarat-syarat versi Bahasa Malaysia ini akan diguna pakai.

6.9 CIMB Bank hanyalah pengedar Produk Layak di bawah kategori "Insure" yang

diunderait oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad (197499-U), pihak penanggung insurans yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan/atau Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M), operator takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; seperti yang dinyatakan dalam klausa 4.2 dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara berkenaan dengan apa-apa perkara atau tuntutan yang timbul daripada Produk Layak di bawah kategori "Insure" yang disediakan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad sebagai penanggung insurans berlesen dan underait / operator Produk Layak di bawah kategori “Insure” akan melaksanakan tanggungjawab insurans/takaful sepenuhnya. Produk Layak di bawah kategori "Insure" bukan produk CIMB Bank dan oleh itu tidak menjadi kewajipan bagi / tidak dijamin oleh CIMB Bank dan/atau dan anak-anak syarikat dan sekutunya.

6.10 Dengan menyertai Kempen ini dan/atau penerimaan Ganjaran Tunai, Pelanggan yang Layak bersetuju untuk tidak mengikat CIMB Bank dan sekutunya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen dari apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang dialami oleh CIMB Bank dan sekutunya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen masing-masing berkaitan dengan penyertaan Pelanggan yang Layak dalam Kempen dan/atau penerimaan atau penggunaan Ganjaran Tunai kecuali perkara yang sama adalah disebabkan daripada kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB Bank.

6.11 Sebarang pertanyaan, maklum balas, kebimbangan, isu atau aduan oleh Pelanggan yang

Layak berhubung dengan Produk Layak di bawah CIMB Islamic Bank hendaklah diajukan terus kepada CIMB Islamic Bank dan CIMB Bank tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa perkara yang berkaitan dengan Produk Layak di bawah CIMB Islamic Bank.

6.12 Pelaburan dalam Produk Layak di bawah kategori "Returns" bukanlah kewajipan,

dijamin atau diinsuranskan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank dan tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan jumlah prinsipal yang dilaburkan. Pelanggan yang Layak dinasihatkan untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat Produk Layak di bawah kategori "Returns" sebelum melabur. Pelanggan yang Layak juga harus mempertimbangkan semua yuran dan caj yang terlibat sebelum melabur. Prestasi lalu Produk Layak di bawah kategori "Returns" bukan petunjuk prestasi masa depan dan

Page 12: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T ... · 1.2 CIMB Bank berhak untuk memberi notis dalam masa empat belas (14) hari kalendar untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh

12

pengagihan pendapatan tidak dijamin. Pelanggan yang Layak hendaklah bergantung pada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Pelanggan yang Layak yang ragu-ragu mengenai tindakan yang diambil hendaklah berunding segera dengan penasihat profesional mereka. Terma-terma dan syarat-syarat serta Pelanggan yang Layak dikehendaki mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat yang berkaitan dengan pelaburannya dalam Produk Layak di bawah kategori "Returns".

6.13 Pelanggan yang Layak tidak dilindungi oleh tabung pampasan di bawah Seksyen 158 Capital Markets and Services Act 2007 (CMSA). Tabung pampasan tidak melindungi Pelanggan yang Layak yang mengalami kerugian monetari akibat penyalahgunaan atau penyalahgunaan penyelewengan wang atau harta lain oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank. Jika Pelanggan yang Layak mengalami kerugian monetari dalam keadaan di atas berkaitan dengan tindakan pekerja Bank, Pelanggan yang Layak boleh membuat aduan kepada Customer Resolution Unit (CRU) CIMB Bank seperti yang dinyatakan dalam klausa 6.15 yang dinyatakan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Pelanggan yang Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU CIMB Bank boleh merujuk kes kepada Securities Industry Dispute Resolution Centre (“SIDREC”) dan/atau Federation of Investment Managers Malaysia’s Complaints Bureau (“FIMM”) dan/atau Ombudsman for Financial Services dalam tempoh 6 bulan selepas menerima keputusan muktamad dari CIMB Bank atau selepas 60 hari kalendar dari tarikh aduan difailkan kepada CIMB Bank yang mana tiada jawapan diterima oleh Pelanggan yang Layak. Pelanggan yang Layak juga boleh mengajukan aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia walaupun Pelanggan yang Layak telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC.

6.14 Terma-terma dan syarat-syarat ini tertakluk kepada penggunaan mana-mana undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan yang digubal dan/atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas Bank yang berkaitan kepada atau yang berkenaan dengan Kempen atau sebarang perkara yang terkandung di sini.

6.15 Untuk maklumat, pertanyaan, maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Pelanggan yang Layak boleh menghubungi Customer Resolution Unit CIMB Bank di alamat, e-mel, nombor telefon dan nombor berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB Islamic dengan memaklumkan Pelanggan yang Layak): Customer Resolution Unit Aras 19, Menara Bumiputra Commerce 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: +603 6204 7788 Faks: +603 2691 3248 Alamat e-mel: [email protected]