-
Mukasurat 1 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
Terma & Syarat
Kempen “A New Me”
1. Definisi 1.1 A New Me Campaign (“Kempen”) dianjurkan oleh
AmBank (M) Berhad dan
AmIslamic Bank Berhad (kedua-duanya akan dirujuk secara kolektif
sebagai “pihak Bank” kemudiannya). Untuk tujuan Terma dan Syarat
ini, kata-kata dan ungkapan-ungkapan berikut akan membawa maksud
yang telah ditentukan baginya kecuali apabila konteks yang
sebaliknya diperlukan:-
“AmBank” bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D),
sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat
1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan AmBank
Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
“AmIslamic Bank” bermaksud AmIslamic Bank Berhad (No. Syarikat:
295576-U), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah
Akta Syarikat 1965, yang mempunyai alamat berdaftar di Aras 22,
Bangunan AmBank Group, No.55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala
Lumpur.
“Kumpulan AmBank” membawa maksud kesemua perbadanan yang
berkaitan dan perbadanan-perbadanan bersekutu dengan Bank sama ada
diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, yang kini wujud atau
yang bakal wujud pada masa hadapan dan rujukan kepada ‘Kumpulan
AmBank’ di dalam Terma dan Syarat di sini, akan merangkumi kesemua
atau mana-mana entiti di dalam Kumpulan AmBank.
“Pelanggan AmSignature Priority Banking” bermaksud individu yang
mengekalkan
baki minima di dalam akaun yang aktif sepanjang masa berkaitan
dengan setiap
kategori Produk yang Layak seperti berikut:
a) jumlah wang deposit terkumpul minima sebanyak RM200,000
yang
dikekalkan di bawah akaun atau akaun bersama yang mana pemegang
akaun
adalah pemegang akaun pertama di dalam salah satu atau lebih
bagi mana-
mana Akaun /Akaun-Akaun Deposit dengan pihak Bank, ATAU
b) jumlah pelaburan / deposit terkumpul minima sebanyak
RM200,000 yang
akan didepositkan ke dalam mana-mana pelaburan dan akaun deposit
Bank
atau dibuat dengan pihak Bank di bawah akaun atau akaun bersama
yang
mana pemegang akaun adalah pemegang akaun pertama.
“AmMoneyLine” bermaksud kemudahan pembiayaan peribadi dengan
jangka tidak
bercagar dan di dalam mana-mana keadaan adalah tertakluk kepada
budi bicara
mutlak pihak Bank dan yang mungkin dipinda oleh pihak Bank dari
semasa ke
semasa dengan memberi notis terlebih dahulu.
-
Mukasurat 2 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
“Pembiayaan Kenderaan” bermaksud pembiayaan kenderaan oleh pihak
Bank yang
diberikan untuk tujuan pembiayaan bagi pemerolehan
kenderaan.
“Kad Kredit” bermaksud mana-mana bentuk kad yang dikeluarkan
oleh pihak Bank di mana barisan kredit adalah diberikan oleh pihak
Bank. Ini juga termasuk kad kredit yang telah dikeluarkan oleh
MBfCards (M’sia) Sdn Bhd. “Akaun Deposit” bermaksud mana-mana
bentuk akaun deposit (akaun simpanan, akaun semasa atau simpanan
tetap/berjangka) yang dibuka dan dikekalkan dengan pihak Bank.
“Peserta Yang Layak” bermaksud Pelanggan Baru dan/atau Pelanggan
Sedia Ada yang menjadi pemegang akaun pertama / utama yang: (a)
membuka atau mengekalkan Akaun Deposit semasa Tempoh Kempen; atau
(b) mempunyai Kad Kredit yang diluluskan daripada pihak Bank semasa
Tempoh
Kempen; atau (c) telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM50
dengan penggunaan kad
kredit Bank semasa Tempoh Kempen; atau (d) telah mendapat
kelulusan Pembiayaan Hartanah daripada pihak Bank yang
telah diterima semasa Tempoh Kempen; atau (e) telah mendapat
kelulusan Pembiayaan Kenderaan dan dibayar oleh pihak
Bank semasa Tempoh Kempen; (f) telah mendapat kelulusan
AmMoneyline dan dibayar oleh pihak Bank semasa
Tempoh Kempen; (g) telah mendaftar untuk Produk DanaHarta semasa
Tempoh Kempen.
“Produk Yang Layak” bermaksud Akaun Deposit, AmMoneyLine,
Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Hartanah, Kad Kredit dan Produk
DanaHarta dengan pihak Bank. “Pelanggan Sedia Ada” bermaksud
individu atau bukan-individu yang memiliki mana-mana satu daripada
Produk Yang Layak sebelum bermulanya Tempoh Kempen di mana akaun
status masih aktif digunakan.
“Pelanggan Baru” bermaksud individu atau bukan individu yang
tidak memiliki mana-mana Produk Yang Layak sebelum bermulanya
Tempoh Kempen.
“Pembiayaan Hartanah” bermaksud pinjaman kewangan yang diberikan
oleh pihak
Bank untuk tujuan pinjaman kewangan bagi pemerolehan hartanah
atau
pembiayaan semula hartanah yang telah dicagarkan oleh hartanah
tersebut.
“Perserta yang DisenaraiPendek” bermaksud Peserta-Peserta yang
Layak yang telah disenaraipendek berdasarkan Klausa 5.1. “Kempen”
bermaksud “Kempen A New Me” yang dianjurkan oleh pihak Bank selaras
dengan Terma dan Syarat seperti yang terkandung di sini.
-
Mukasurat 3 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
“Produk DanaHarta” bermaksud mana-mana bentuk produk harta
(pelaburan atau insurans / produk takaful) yang dikekalkan dengan
pihak Bank.
1.2 Kata-kata yang merujuk kepada orang adalah termasuk mereka
yang masih hidup
dan, jika perlu dan di mana yang bersesuaian, pertubuhan atau
ahli-ahli yang menjadi anggota atau bukan anggota pertubuhan.
Kata-kata yang membawa maksud tunggal juga merangkumi maksud jamak
dan sebaliknya. Kata-kata yang merujuk kepada jantina maskulin juga
merangkumi jantina feminin serta neuter.
1.3 Terma “perbadanan bersekutu” akan membawa maksud seperti di
dalam Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mengikut mana yang berkenaan.
Terma “perbadanan berkaitan” membawa maksud yang sama seperti yang
telah ditentukan di dalam Seksyen 6 Akta Syarikat 1965.
2 Tempoh Kempen
2.1 Kempen akan bermula dari tarikh 1 Januari 2014 hingga 31 Mei
2014 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) (“Tempoh Kempen”), atau
mana-mana tempoh lain yang mungkin ditentukan atas budi bicara
mutlak pihak Bank.
3 Kelayakan 3.1 Hanya pelanggan individu sahaja yang layak untuk
mengambil bahagian dalam
Kempen ini kecuali mereka yang berikut: (a) Kakitangan tetap
dan/atau kontrak Kumpulan AmBank (termasuk anak-
anak syarikatnya dan syarikat-syarikat yang berkaitan) dan
anggota keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak-anak serta ibu
bapa); dan/ atau
(b) Wakil, penjual dan/atau agen-agen (termasuk agen pengiklanan
dan promosi) Kumpulan AmBank (termasuk anak-anak syarikatnya dan
syarikat-syarikat yang berkaitan) dan anggota keluarga terdekat
mereka (suami/isteri, anak-anak serta ibu bapa); dan/atau
(c) Individu-individu di bawah umur lapan belas (18) tahun
(kecuali jika Produk yang Layak adalah dipegang sebagai amanah)
3.2 Berkaitan dengan Akaun Deposit dan Produk DanaHarta,
pihak-pihak berikut juga berkelayakan:
(a) Pemilik Tunggal Syarikat / Rakan Kongsi; dan/atau (b) PKS
(Perusahaan Kecil Sederhana dengan pulangan kurang daripada
RM10 juta); dan/atau
(c) Organisasi Tanpa Faedah / Badan Kebajikan / Pertubuhan
-
Mukasurat 4 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
3.3 Berkaitan dengan Produk Yang Layak yang dipegang di bawah
akaun bersama, hanya
nama pemegang pertama akaun bersama, iaitu pemegang akaun utama
sahaja yang layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. Untuk
tujuan Kempen, kesemua pemegang akaun bersama akan dianggap sebagai
seorang pemegang akaun.
3.4 Pelanggan bukan-individu seperti yang dinyatakan di dalam
Klausa 3.2 di atas juga layak untuk menyertai Kempen ini tetapi
seorang sahaja daripada penandatangan yang diberi kuasa akan
dianggap sebagai Peserta yang Layak.
3.5 Berkaitan dengan banka insuran / bankatakaful, hanya pemilik
polisi/pemegang sijil sahaja yang layak untuk menyertai Kempen
ini.
3.6 Bagi Produk Yang Layak yang dipegang sebagai akaun pemegang
amanah, Peserta yang Layak adalah ibu bapa / penjaga yang sah bagi
waris (mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas).
3.7 Bagi tujuan Kempen ini, Penjamin tidak akan dianggap sebagai
Peserta yang Layak.
4 Hadiah Kempen 4.1 Hadiah yang akan diberikan bagi Kempen ini
adalah seperti berikut:
(a) Hadiah Tunai RM150
Dua (2) pemenang setiap bulan bagi setiap cawangan
(b) Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan bagi setiap Kategori Produk
yang Layak:
Kategori
Produk yang Layak
Hadiah Utama Hadiah Bulanan
Akaun Deposit
Seorang (1) pemenang x
RM50,000 Ganjaran Tunai
(dengan satu sesi khidmat
nasihat bersama
perunding kewangan)
Tiga puluh (30)
pemenang x
RM300 Wang Tunai
setiap seorang
Kad Kredit/AmMoneyLine/ AmMoneyLine Facility-i
Seorang (1) pemenang x
perbelanjaan membeli-
belah bernilai RM50,000
(dengan satu sesi khidmat
nasihat bersama
perunding imej)
Tiga puluh (30)
pemenang x
RM300 Wang Tunai
setiap seorang
Pembiayaan Seorang (1) pemenang x Tiga puluh (30)
-
Mukasurat 5 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
Kenderaan
RM50,000 nilai bagi
pengalaman memandu
yang baru (dengan satu
sesi kursus kemahiran
memandu oleh pelatih
yang sah).
pemenang x
RM300 Wang Tunai
setiap seorang
Pembiayaan Hartanah
Seorang (1) pemenang x
Pengubahsuaian Rumah
bernilai RM50,000
(dengan satu sesi
khidmat nasihat bersama
pereka dalaman oleh
perunding)
Tiga puluh (30)
pemenang x
RM300 Wang Tunai
setiap seorang
DanaHarta (Pelaburan, Bankainsurans, Bankatakaful)
Seorang (1) pemenang x
RM50,000 nilai produk
pelaburan daripada Dana
AmInvestment (dengan
satu sesi khidmat nasihat
bersama perunding
kewangan)
Tiga puluh (30) pemenang x RM300 Wang Tunai setiap seorang
4.2 Hadiah-Hadiah Utama boleh ditukar ganti dengan hadiah wang
tunai yang sama
nilainya.
4.3 Bilangan maksima hadiah yang boleh dimenangi oleh Peserta
yang Layak di bawah Kempen ini sepanjang Tempoh Kempen adalah:
• Satu (1) RM150 Hadiah Tunai; • Satu (1) RM300 Hadiah Bulanan
bagi setiap kategori Produk yang Layak; • Satu (1) RM50,000 Hadiah
Utama bagi setiap kategori Produk yang Layak.
5 Kelayakan Kemasukan Untuk Kempen
5.1 Jadual berikut menunjukkan kriteria yang perlu dipenuhi oleh
Peserta yang Layak
yang merupakan Pelanggan-Pelanggan Baru bagi membolehkan mereka
mendapat penyertaan secara automatik untuk memenangi mana-mana
Hadiah Kempen. Pelanggan Sedia Ada berhak mendapat dua kali ganda
bilangan penyertaan daripada yang diperolehi oleh
Pelanggan-Pelanggan Baru seperti mana yang tertera dalam jadual di
bawah. Pelanggan Baru serta Pelanggan Sedia Ada AmSignature
Priority Banking berhak mendapat sejumlah tiga kali ganda bilangan
penyertaan daripada yang diperolehi oleh Pelanggan-pelanggan Baru
seperti mana yang tertera dalam jadual di bawah ini. Produk yang
Layak seperti yang tertera dalam jadual di bawah juga adalah
merangkumi Produk yang Layak bagi AmIslamic Bank.
-
Mukasurat 6 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
PRODUK YANG LAYAK KELAYAKAN
(a) Akaun Deposit Akaun Individu Akaun Bukan-Individu
Akaun Simpanan Setiap RM1,000 daripada deposit tambahan = 10
penyertaan
Setiap RM10,000 daripada deposit tambahan = 10 penyertaan Akaun
Semasa
Deposit Tetap / Deposit Bertempoh
Setiap kemasukan RM10,000
= 5 penyertaan
Setiap kemasukan RM100,000
= 5 penyertaan
Kad Kredit
Semua Kad Kredit
1. Setiap Kad Kredit Baru-kepada-Bank yang Diluluskan = 10
penyertaan
2. Setiap RM1,000 Pindahan Baki atau “Quick Cash” yang telah
diluluskan = 5 penyertaan
3. Setiap perbelanjaan RM50 dengan Kad Kredit = 1 penyertaan
(Tempatan)
= 2 penyertaan (Luar Negara) 4. Setiap RM1,000 Pelan Pembayaran
Mudah 0% = 10
penyertaan
(c) Pembiayaan Peribadi
Kemudahan AmMoneyLine/ AmMoneyLine Facility-i
Setiap pembayaran RM5,000 = 5 penyertaan
(d) Pembiayaan Kenderaan
Pembiayaan Baru/ Semula
Selepas pembayaran dilakukan melalui permohonan biasa= 10
penyertaan
Setiap permohonan dalam talian yang diluluskan & selepas
pembayaran = 30 penyertaan
(e) Pembiayaan Hartanah
Kediaman atau Komersial/ Pembiayaan Semula
Selepas kelulusan dan telah menandatangani surat tawaran Bank =
10 penyertaan
(f) DanaHarta
Pelaburan
Dana Ekuiti / Pendapatan Tetap (dengan caj jualan
pendahuluan)
Setiap pelaburan RM10,000 = 5 penyertaan
Skim Persaraan Swasta Setiap pendaftaran = 5 penyertaan
Bankainsurans/ Bankatakaful
-
Mukasurat 7 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
Premium/ Sumbangan Tunggal Setiap RM10,000 = 5 penyertaan
Premium/ Sumbangan Berkala Setiap pendaftaran = 5 penyertaan
Insurans Am
5.2 Akaun Deposit
(i) Deposit Tambahan didefinisikan sebagai wang deposit tambahan
yang
diperlukan selain baki kredit sedia ada di dalam Akaun Deposit
Peserta yang Layak sepanjang Tempoh Kempen, iaitu baki pada tarikh
penutupan pada 31 Mei 2014 tolak baki dalam akaun deposit pada 31
Disember 2013 bagi Hadiah Utama. Bagi Hadiah Bulanan, peningkatan
tambahan akan dikira berdasarkan baki terakhir pada bulan tertentu
tolak baki di dalam akaun deposit pada tahun 2013. Bagi akaun-akaun
baru yang dibuka semasa Tempoh Kempen, kadar yang diguna untuk
mengira Deposit Tambahan adalah Sifar (RM0). Peserta-Peserta yang
Layak perlu mengekalkan baki tambahan di dalam akaun tersebut
sehingga tarikh dan termasuk hari penyampaian Hadiah.
(ii) Penempatan deposit harus dibuat dengan “Dana Baru”. Terma
‘dana baru’ bermaksud wang atau dana yang dipindah dengan apa jua
cara sekali pun, dikreditkan atau dibayar masuk ke dalam akaun
(akaun-akaun) Peserta Berkelayakan masing-masing daripada bank
(bank-bank) lain dan/atau institusi (institusi-institusi) kewangan
melalui apa cara pun, termasuk tetapi tidak terhad kepada,
pemindahan dan pengutipan Interbank GIRO dan pembayaran cek yang
dikeluarkan oleh bank (bank-bank) lain yang tertentu dan yang mana
wang atau dana tersebut yang dibayar masuk atau dikreditkan ke
dalam akaun Peserta yang Layak digunakan oleh Peserta yang Layak
itu untuk mendepositkan dana atau pelaburan baru adalah mengikut
terma dan syarat yang tertera dalam dokumen ini dalam tempoh tujuh
(7) hari mengikut kalendar setelah wang atau dana tersebut dibayar
masuk atau dikreditkan ke dalam akaun Peserta yang Layak itu.
(iii) Tertakluk kepada klausa 5.2(ii) di atas, pertambahan wang
deposit yang dibuat melalui cek adalah tertakluk kepada penjelasan
cek tersebut dan akan hanya diambil kira sebagai penempatan deposit
oleh Peserta-Peserta yang Layak setelah cek-cek itu dibayar atau
dijelaskan dan akan hanya diambilkira sah jika cek itu tidak
dipulangkan kerana tidak laku.
(iv) Untuk layak menyertai Kempen ini, akaun itu perlulah aktif
dan bukan di dalam status tidak digunakan (dormant) seperti mana
yang ditentukan oleh pihak Bank mengikut budi bicara mutlak pihak
Bank selepas memberi notis sewajarnya kepada pelanggan. Status
aktif membawa maksud perlu ada sekurang-kurangnya satu (1)
transaksi terbitan pelanggan (contohnya, transaksi
-
Mukasurat 8 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
Melalui-Kaunter, Arahan Tetap (SI) dan transaksi melalui mesin
layan-diri) yang dilakukan oleh pemegang akaun. Jika gagal, Peserta
yang Layak itu akan diisytiharkan sebagai tidak layak.
(v) Seandainya Peserta yang Layak itu mengeluarkan wang atau
menutup akaun sewaktu dalam Tempoh Kempen ini atas apa-apa alasan
sekali pun, Peserta yang Layak itu akan tetap menjadi tidak layak
secara automatik.
(vi) Bagi mengelakkan keraguan, Bank mungkin akan menamatkan
tawaran bagi
sebarang Akaun Deposit dan/atau menukarkan Akaun Deposit sedia
ada yang
terbabit untuk apa-apa sebab sekalipun, termasuk tetapi tidak
terhad bagi
memastikan pematuhan terhadap sebarang undang-undang dan
peraturan
yang berkenaan.
5.3 Kredit Kad
(i) Pemegang Kad Baru-Kepada-Bank didefinisikan sebagai pemegang
kad baru
yang tidak memiliki mana-mana kad kredit (“kad”)
AmBank/AmIslamic Bank yang sedia ada atau yang telah membatalkan
kad lebih daripada enam (6) bulan sebelum tarikh Kempen bermula,
iaitu 1 January 2014.
(ii) Kad Kredit yang tidak diaktifkan, digantung, dibatalkan,
dan/atau yang telah diberhentikan atas apa alasan sekali pun
sewaktu Tempoh Kempen ini atau pada hari penyampaian Hadiah Kempen,
akan menjadi tidak layak untuk menyertai Kempen ini.
5.4 AmMoneyLine/ AmMoneyLine Facility-i
(i) Terbuka kepada pelanggan AmMoneyLine yang mempunyai pinjaman
yang telah diluluskan dan dibayar semasa Tempoh Kempen, tertakluk
kepada jumlah bayaran minima sebanyak RM5000 (Ringgit Malaysia Lima
Ribu Sahaja)
(ii) Sebarang pembatalan, penyelesaian pinjaman atau masalah
akaun pinjaman semasa Tempoh Kempen atau pada hari penyampaian
Hadiah Kempen, akan menjadi tidak layak untuk menyertai Kempen
ini.
5.5 Pembiayaan Kenderaan
(i) Sebarang penyelesaian awal pembiayaan atau kegagalan
membayar pinjaman lebih daripada dua (2) bulan semasa Tempoh Kempen
atau pada hari penyampaian Hadiah Kempen, akan menyebabkan peserta
menjadi tidak layak untuk menyertai Kempen ini.
-
Mukasurat 9 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
5.6 Pembiayaan Hartanah
(i) Peserta yang Layak sedia ada yang mempunyai pinjaman
tambahan (jumlah
pinjaman tambahan yang baru di samping jumlah pinjaman yang
masih ada
dan kolateral) yang telah diluluskan dan diterima semasa Tempoh
Kempen
juga layak untuk menyertai Kempen ini.
(ii) Sebelum hari penyampaian hadiah, seandainya Peserta yang
Layak bagi
Pembiayaan Hartanah telah dipilih sebagai pemenang,
dokumen-dokumen
pinjaman adalah wajib disempurnakan dengan sepatutnya oleh
kedua-dua
pihak, iaitu Peserta yang Layak dan pihak Kuasa Wakil (Power of
Attorney)
yang dilantik oleh pihak Bank dan wajib dimeterai dengan
sepatutnya.
Seandainya dokumen-dokumen pinjaman tidak disempurnakan,
maka
penyertaan peserta akan terbatal secara automatik.
(iii) Sekiranya pinjaman itu dibatalkan atas sebab-sebab
tertentu semasa Tempoh
Kempen, maka penyertaan Peserta yang Layak itu akan menjadi
terbatal
secara automatik.
(iv) Sebarang kegagalan terhadap akaun pinjaman lebih daripada
dua (2) bulan
semasa Tempoh Kempen atau pada bila-bila masa sebelum hari
penyampaian
Hadiah Kempen, atau pada hari penyampaian Hadiah Kempen, akan
menjadi
tidak layak untuk menyertai Kempen ini.
5.7 DanaHarta: Akaun Pelaburan/Bankasurans/Bankatakaful (i)
Pelaburan: Dana Ekuiti & Pendapatan Tetap
Terbuka kepada semua pelaburan baru & tambahan (iaitu
top-up) dengan caj jualan pendahuluan. Perbuatan menukar transaksi
adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.
Sebarang pembatalan pada waktu pertikaian perusahaan
(cooling-off period) tidak akan dipertimbangkan bagi Kempen
ini.
Bagi kes-kes Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hanya wang
KWSP yang dikeluarkan semasa Tempoh Kempen akan layak menyertai
Kempen ini.
(ii) Pelaburan: Skim Persaraan Swasta (PRS) Hanya terbuka kepada
pendaftaran baru sahaja. Sebarang pembatalan pada waktu pertikaian
perusahaan (cooling-off
period) tidak akan dipertimbangkan bagi Kempen ini.
-
Mukasurat 10 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
(iii) Bancassurance & Bancatakaful Terbuka kepada semua
cadangan baru yang menandatangani polisi
semasa Tempoh Kempen. Semua polisi/sijil harus dikeluarkan tidak
lewat daripada tempoh empat
belas (14) hari bekerja dari tarikh terakhir Tempoh Kempen.
Sebarang pembatalan pada waktu pertikaian perusahaan
(cooling-off
period) tidak akan dipertimbangkan bagi Kempen ini.
6. Mekanisme Pemilihan Pemenang 6.1 Mekanisme pemilihan bagi
tiap kategori Pemenang adalah seperti berikut:
(a) Pemenang RM150 Hadiah Tunai & Hadiah Bulanan
(i) RM150 Hadiah Tunai: Peserta yang Layak yang memenuhi syarat
di dalam Klausa 5 di atas akan dipilih secara rawak melalui sistem
automatik mengikut Cawangan Rumah mereka masing-masing dan Bulan
Kempen dan akan diberi bilangan peryertaan yang berkaitan.
(ii) RM300 Hadiah Bulanan: Peserta yang Layak yang memenuhi
syarat di dalam Klausa 5 di atas akan dipilih secara rawak melalui
sistem automatik berdasarkan Kategori Produk yang Layak dan Bulan
Kempen dan akan diberi bilangan peryertaan yang berkaitan.
(iii) Peserta yang Layak akan digabung dan dikesan mengikut
setiap Bulan
Kempen seperti di bawah ini:
Bulan Kempen Tarikh
Bulan 1 1 Januari - 31 Januari 2014
Bulan 2 1 Februari – 28 Februari 2014
Bulan 3 1 Mac – 31 Mac 2014
Bulan 4 1 April – 30 April 2014
Bulan 5 1 Mei – 31 Mei 2014
(b) Pemenang Hadiah Utama
Hanya para Peserta yang Layak yang memenuhi syarat di dalam
Klausa 5 di atas sahaja layak memenangi Hadiah Utama. Pada akhir
Tempoh Kempen, jumlah bilangan Peserta yang Layak daripada tempoh
keseluruhan lima (5) bulan akan disenaraikan dan dipilih secara
rawak untuk menentukan Pemenang Hadiah Utama bagi setiap Kategori
Produk yang Layak. Setiap Kategori Produk yang Layak akan terdiri
daripada satu (1) Hadiah Utama dengan bilangan jumlah lima (5)
Pemenang Hadiah Utama daripada lima (5) Kategori Produk.
-
Mukasurat 11 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
6.2 Pihak Bank akan menggunakan kaedah “pemilihan secara rawak”
yang ditentukan oleh sistem untuk memilih para pemenang daripada
kalangan para Peserta yang Layak dan, pihak Bank akan mempunyai hak
dan pertimbangan yang muktamad untuk mengubah / menyemak semula /
meminda kriteria pemilihan / mekanisme / proses yang difikirkan
sesuai dan perlu pada bila-bila masa dengan memberi notis (21) dua
puluh satu hari bekerja terlebih dahulu bagi tujuan tersebut.
6.3 Pemilihan pemenang RM150 Hadiah Tunai, RM300 Hadiah Bulanan
dan Hadiah Utama akan dikendalikan dalam tempoh enam puluh (60)
hari bekerja dari tarikh akhir Tempoh Kempen atau pada bila-bila
masa yang dianggap sesuai oleh pihak Bank untuk menyenaraipendekkan
pemenang dengan memberi notis terlebih dahulu.
6.4 Peserta yang DisenaraiPendek itu akan dihubungi melalui
telefon pada bila-bila
masa pada waktu pejabat (9.00 pagi - 6.00 petang) dari hari
Isnin hingga Jumaat dan sebaik sahaja mereka berjaya dihubungi,
Peserta yang Di senarai Pendek itu akan dikehendaki menjawab dua
(2) soalan dengan tepat. Panggilan telefon yang dibuat kepada
Peserta yang Disenarai Pendek itu adalah berdasarkan kepada nombor
telefon terkini yang dikemukakan kepada pihak Bank dan ada tercatat
di dalam rekod Bank. Peserta yang Layak bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa alamat dan nombor telefon yang diberi kepada
pihak Bank adalah terkini, dan ia dikemaskinikan dengan pihak
Bank.
6.5 Jika percubaan pertama untuk menghubungi Peserta yang
Disenarai Pendek itu
gagal (iaitu tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam
perkhidmatan, tidak dapat dihubungi, dll.), suatu percubaan lagi
akan dibuat. Jika percubaan-percubaan seterusnya masih gagal, maka
pihak Bank akan membuat pertimbangan yang muktamad untuk
membatalkan Peserta yang Disenarai Pendek itu.
6.6 Pihak Bank tidak bertanggungjawab jika Peserta yang
Disenarai Pendek itu tidak
dapat dihubungi atas apa alasan sekali pun. 6.7 Sekiranya
Peserta yang diSenarai Pendek tersebut tidak dapat menjawab
soalan
dengan betul, Peserta yang Disenarai Pendek seterusnya daripada
senarai akan dipilih untuk menjawab soalan. Peserta yang Disenarai
pendek tersebut yang menjawab soalan dengan betul akan dipilih
sebagai pemenang.
6.8 Pihak Bank berhak untuk merakam perbualan-perbualan telefon
ini dan
menggunanya bagi apa juga aktiviti promosi Bank dengan memberi
notis terdahulu kepada Peserta yang Layak itu.
6.9 Pada waktu pemilihan sehinggalah hari penyampaian hadiah,
tertakluk kepada
kepuasan pihak Bank, Produk yang Layak berkaitan dengan Peserta
yang Layak
-
Mukasurat 12 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
itu HARUS kekal terbuka, aktif dan sah, kegagalan memenuhi
syarat ini akan menyebabkan pihak Bank membatalkan penyertaan
peserta tersebut berdasarkan budi bicara mutlak pihak Bank.
7. Penebusan Hadiah 7.1 Pihak Bank akan mengeluarkan Surat
Pengesahan kepada pemenang dalam
tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh pengumuman nama
pemenang atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dan wajar
oleh pihak Bank dengan memberi notis terdahulu.
7.2 Hadiah-hadiah akan diberi atas dasar “seperti adanya (as
is)” dan para pemenang
bertanggungjawab untuk membuat sebarang persediaan yang
sepatutnya untuk memungut hadiah-hadiah itu. Kesemua perbelanjaan
sampingan (jika ada) berkaitan dengan perkara ini harus ditanggung
oleh para pemenang sendiri.
7.3 Para pemenang hadiah Kempen mungkin dikehendaki untuk
menghadiri dan mengambil bahagian dalam Upacara Penyampaian Hadiah
dan/atau mana-mana acara promosi kelolaan pihak Bank pada bila-bila
tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh pihak Bank. Para pemenang
akan diberitahu oleh pihak Bank melalui panggilan telefon atau cara
perhubungan yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Bank tentang
tarikh, waktu dan tempat Upacara Penyampaian Hadiah itu dan/atau
mana-mana acara promosi yang akan dibuat oleh pihak Bank. Jika
percubaan pertama untuk memanggil pemenang (pemenang-pemenang) itu
gagal, maka usaha kedua akan dibuat. Jika percubaan kedua itu juga
gagal, tiada percubaan lagi akan dibuat oleh pihak Bank untuk
memberitahu pemenang (pemenang-pemenang). Jika pemenang itu gagal
menghadiri Upacara Penyampaian Hadiah dan/atau mana-mana acara
promosi, maka pihak Bank berhak untuk menarik balik Hadiah
(Hadiah-Hadiah) dengan menggunakan satu-satunya pertimbangan
mutlaknya dengan memberi notis terdahulu kepada
pemenang-pemenang.
7.4 Kesemua pemenang dikehendaki untuk menyertai sesi
perundingan peribadi dan
penampilan diri sepertimana dikemukan di bawah klause 4 (b)
berkaitan dengan bentuk-bentuk produk ini dan membenarkan pihak
Bank untuk merakamkan proses (sebagai contoh, dengan cara
perfileman, makalah bertulis, makalah atas talian) untuk digunakan
bagi apa jua cara promosi tanpa sebarang bayaran (contohnya;
royalti, bayaran bagi bakat dan sebagainya). Jika pemenang itu
tidak bersetuju, maka pihak Bank mempunyai hak untuk membatalkan
Hadiah mengikut budi bicaranya yang muktamad dengan memberi notis
terlebih dahulu kepada para pemenang.
7.5 Pemenang Hadiah dikehendaki menuntut hadiah mereka dalam
tempoh sembilan puluh (90) hari mengikut kalendar dari tarikh Surat
Pengesahan. Sebarang permohonan untuk lanjutan tarikh tidak
dibenarkan dan hadiah-hadiah yang tidak dituntut oleh pemenang
dalam jangka masa yang ditetapkan itu akan
-
Mukasurat 13 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
dibatalkan. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik kepada
mana-mana pihak ketiga.
7.6 Bagi Hadiah Bulanan RM300 dan Hadiah Tunai RM150, ia akan
dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Peserta yang
menang di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh
tuntutan hadiah oleh pemenang. Peserta yang Layak namun tidak
mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa AmBank, hendaklah
membuka salah satu dari Akaun tersebut di cawangan AmBank/AmIslamic
yang berdekatan.
7.7 Hadiah Utama untuk Kategori Deposit, Pembiayaan Kenderaan
dan Pembiayaan Hartanah akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan
atau Akaun Semasa Peserta yang menang dalam tempoh tiga puluh (30)
hari bekerja dari tarikh tuntutan hadiah oleh pemenang. Peserta
yang Layak namun tidak mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa
AmBank, hendaklah membuka salah satu dari Akaun tersebut di
cawangan AmBank/AmIslamic yang berdekatan.
7.8 Hadiah Utama untuk Kategori Kad Kredit / AmMoneyLine akan
dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit Peserta yang Layak yang
menang dan ia akan secara automatik memotong baki yang belum
dijelas dalam akaun (jika ada) sekiranya pemenang adalah Pemegang
Kad; atau hadiah tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan
atau Akaun Semasa Peserta yang Layak yang menang sekiranya pemenang
adalah pemegang akaun AmMoneyLine.
7.9 Untuk Hadiah Utama bagi Kategori DanaHarta, penebusan hadiah
tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja
dari tarikh penyampaian Surat Pengesahan asal oleh para pemenang
kepada kakitangan Kumpulan AmBank yang diberi kuasa.
7.10 Hadiah akan diberi atau dikeluarkan atas nama para pemenang
dan ia tidak boleh dipindah milik.
7.11 Pemenang bertanggungjawab untuk menjelaskan sebarang cukai,
perbelanjaan
sampingan yang tidak terbatas kepada mana-mana cukai berkenaan,
bayaran tambahan bagi bahan api, dan semua perbelanjaan peribadi
yang lain dan/atau sebarang bayaran lain berkaitan dengan mana-mana
hadiah atau kos tambahan.
7.12 Pihak Bank tidak bertanggungjawab bagi sebarang cukai,
perbelanjaan
sampingan, bayaran-bayaran perkhidmatan dan/atau apa-apa
kerosakan yang bersabit dengan hadiah dan ketidaksempurnaan
tindakan oleh mana-mana agen / pengedar berkenaan.
7.13 Pihak Bank tidak bertanggungjawab ataupun menerima sebarang
bentuk
tanggung jawab dan bagaimana pun cara atau penderitaan yang
dialami oleh para pemenang (termasuk kecuaian) berkaitan dengan
kematian, kecederaan,
-
Mukasurat 14 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
sebarang kehilangan, kerosakan atau kemalangan yang timbul
akibat penggunaan hadiah yang dimenangi itu.
7.14 Pihak Bank dengan jelasnya tidak mengambil kira dan tidak
akan menerima
sebarang perwakilan, jaminan atau penandatanganan, secara jelas
atau secara tidak langsung, bertulis atau secara lisan berkaitan
dengan kualiti atau kesesuaian hadiah (hadiah-hadiah). Pihak Bank
juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian
dengan pengeluar atau pengedar hadiah dan para pemenang sendiri
dikehendaki berurusan secara langsung dengan pengeluar atau
pembekal berkenaan bagi mendapatkan semua maklumat jaminan.
7.15 Pihak Bank mempunyai hak untuk membatalkan atau untuk
mengambil kembali
hadiah-hadiah yang diberikan kepada pemenang jika pemenang
berkenaan telah melakukan penipuan atau salah laku berkaitan dengan
akaun mereka.
8. Umum
8.1 Tertakluk kepada persetujuan Peserta yang Layak, Pihak Bank
berhak untuk
menggunakan, menyiarkan atau memaparkan di mana-mana bentuk yang
difikirkannya perlu dan sesuai, butiran Peserta yang Layak
(termasuk tetapi tidak terhad kepada) nama, gambar, nombor
pengenalan dan bandar kediaman sekiranya Peserta Layak adalah
Pemenang yang dipilih . Butir-butir yang Peserta yang Layak
hendaklah digunakan hanya berhubung dengan dan untuk tujuan Kempen
ini sahaja. Pemenang yang dipilih hendaklah mempunyai budi bicara
untuk mengakses dan mengemaskinikan butiran peribadi mereka dengan
memberitahu pihak Bank secara bertulis sepanjang Tempoh Kempen.
Jika Pemenang yang dipilih gagal untuk memberikan persetujuan yang
diperlukan, pihak Bank mempunyai hak untuk membatalkan Hadiah
mengikut budi bicara mutlaknya dengan notis terlebih dahulu kepada
pemenang yang dipilih.
8.2 Keputusan yang dibuat oleh pihak Bank terhadap semua perkara
dan/atau
pertikaian berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, mengikat
dan sebarang surat-menyurat selanjutnya tidak akan dilayan.
8.3 Kesemua transaksi yang direkodkan oleh pihak Bank adalah
muktamad dan konklusif.
8.4 Pihak Bank mempunyai hak mutlak untuk membatalkan,
memberhentikan atau menggantung Kempen ini pada bila-bila masa
tanpa sebarang alasan dengan memberi notis (21) dua puluh satu hari
bekerja terdahulumelalui laman web rasmi Bank atau notis di
cawangan-cawangannya.
8.5 Pihak Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk
mengubah, meminda, memansuhkan atau menambahkan mana-mana Terma dan
Syarat yang dinyatakan secara khususnya di dalam dokumen ini,
secara keseluruhan atau
-
Mukasurat 15 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
mana-mana bahagian dari semasa ke semasa termasuk untuk mengubah
tempoh Kempen yang dianggap perlu dan wajar dengan memberi notis
(21) dua puluh satu hari bekerjaterlebih dahulu melalui laman web
rasmi Bank atau notis di cawangan-cawangan Bank.
8.6 Pihak Bank mempunyai hak untuk mengubah, mengganti, menambah
atau membatalkan mana-mana Hadiah Kempen pada bila-bila masa tanpa
memberi sebarang alasan dengan notis (21) dua puluh satu hari
bekerja terlebih dahulu melalui laman web rasmi Bank atau notis di
cawangan-cawangan Bank.
8.7 Pihak Bank mempunyai hak dan pertimbangan mutlak untuk
membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang Layak yang didapati
atau diputuskan sebagai mengganggu proses penyertaan dan/atau
operasi Kempen, yang bertindak melanggar atau berpotensi melanggar
Terma dan Syarat yang terkandung di sini.
8.8 Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi mana-mana
peruntukan lain dan/atau representasi yang terkandung di dalam
mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.
8.9 Dengan menyertai Kempen ini, para Peserta yang Layak
dan/atau mana-mana pihak yang berkaitan di sini bersetuju untuk
terikat dengan Terma dan Syarat-Syarat.
8.10 Tidak dalam mana-mana keadaan sekali pun, pihak Bank akan
bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerosakan, termasuk
tanpa terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik
perniagaan, secara langsung atau tidak langsung, secara kebetulan,
sebagai akibat atau kesan, amaran, sebagai hukuman atau
kerosakan-kerosakan luar biasa yang ditanggung oleh pihak-pihak
ketiga, walau cara bagaimana pun ia berlaku sama ada secara
sentuhan, salah laku persendirian atau sivil, kecuaian atau dengan
cara lain, berkaitan dengan penyertaan dalam Kempen ini, atau
mana-mana Hadiah Kempen, atau tindakan pihak Bank melaksanakan
hak-hak serta tuntutannya di bawah Terma dan Syarat ini, termasuk
tetapi tidak terhad kepada kehendak mengikut klausa 4, 5, 6, 7 dan
8. Sungguhpun pihak Bank telah dinasihati terlebih dahulu tentang
kemungkinan berlakunya kerosakan-kerosakan tersebut, kesemua
kerosakan itu telah dinyatakan dengan jelas sebagai
dikecualikan.
8.11 Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang
kegagalan berkaitan dengan Kempen ini disebabkan oleh bencana alam,
peperangan, rusuhan, pemogokan, halangan masuk oleh majikan,
tindakan industri, kebakaran, banjir, musim kemarau, ribut,
kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa kejadian di luar bidang
kuasa kawalan yang sepatutnya oleh pihak Bank.
8.12 Kesemua Terma dan Syarat yang terkandung di sini adalah
ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan perundangan Malaysia.
-
Mukasurat 16 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1
8.13 Jika berlaku sebarang percanggahan atau konflik dalam
mentafsirkan Terma dan Syarat-Syarat ini, versi Bahasa Inggeris dan
versi Bahasa Malaysia tentang setiap satu Terma dan Syarat ini akan
diperjelaskan sebagai sama atau setara dan setiap satu Terma dan
Syarat yang ditentukan itu akan membawa makna yang sama.
8.14 Peserta yang Layak dikehendaki melayari laman korporat Bank
di www.ambank.com.my dari semasa ke semasa untuk Terma dan Syarat
Kempen yang terkini.
8.15 Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ini, sila layari
www.ambankgroup.com atau hubungi kami di talian 1300 80 8888.
http://www.ambank.com.my/http://www.ambankgroup.com/