Top Banner
Muka Surat 1 daripada 4 TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN JAMINAN PERKAPALAN/PELEPASAN KARGO UDARA/PENGENDORSAN TERDAHULU DOKUMEN PENGANGKUTAN (No. Rujukan: AMBIZ/BM/SG/08-2015) Sebagai balasan kepada anda, AmBank (M) Berhad ( pihak Bank ) bersetuju atas permintaan kami untuk mengeluarkan Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara, untuk menandatangani balas Surat Indemniti Untuk Tidak Serah Bil Muatan atau untuk Mengendors Terdahulu Bil Muatan/Waybil Udara/Resit Bungkusan Pos, kami bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat yang berikut:- 1. Berhubung dengan setiap Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara yang dikeluarkan atau ditandatangani balas oleh pihak Bank atau pihak Bank mengendors Bil Muatan/Bil Jalan Udara/Resit Bungkusan Pos, kami dengan ini : (i) mengesahkan bahawa tiada bank (bank-bank) lain adalah terlibat dalam urus niaga ini. (ii) mengisytiharkan bahawa sama ada barangan atau dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan (termasuk dokumen-dokumen pengangkutan) tidak digadai, dipajak, dihipotekasikan atau dicagarkan kepada mana-mana orang, bank, syarikat atau firma atau mana-mana pihak ketiga dan kami dengan ini seterusnya mengaku janji dan bersetuju bahawa sama ada barangan atau dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan tidak akan digadai, dipajak, dihipotekasikan atau dicagarkan tanpa kebenaran bertulis pihak Bank. (iii) mengaku janji untuk memberi indemniti penuh dan menyebabkan pihak Bank tidak bertanggungjawab ke atas dan terhadap sebarang dan semua akibat yang mungkin hasil daripada atau disebabkannya, dan untuk membayar balik kepada pihak Bank apabila dituntut segala bayaran, tuntutan, kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing), perbelanjaan, kos dan ganti rugi yang pihak bank mungkin alami, tanggung atau perlu membuat oleh sebarang sebab atau disebabkannya pada bila-bila masa atau masa-masa. (iv) membenarkan pihak Bank atas budi bicara mutlaknya dan tanpa rujukan kepada kami tanpa mengambil kira sebarang arahan oleh kami sebaliknya untuk mengkompromi, menyelesai, membayar atau menentang sebarang tuntutan hasil daripada pelepasan barangan tersebut kepada kami tanpa melepaskan kami daripada liabiliti kami kepada pihak Bank. (v) bersetuju memegang dan menyimpan dengan betul barangan tersebut sebagai harta pihak Bank dengan kebebasan menjual dan menjelaskan dan membayar hasil kepada pihak Bank sebaik sahaja diterima. Sehingga hasil diremitkan kepada pihak Bank, kami hendaklah memegangnya atas amanah bagi pihak Bank. (vi) bersetuju mengekalkan barangan tersebut diinsuranskan sepenuhnya atas perbelanjaan dan caj kami, wang polisi yang dituntut dan perlu dibayar kepada pihak Bank jika berlaku kerugian atau kecurian atau pengambilan atau kerosakan dan mengaku janji untuk memberi bukti berkenaan dengannya pada bila-bila masa, sekiranya diminta oleh pihak Bank. 2. Kami bersetuju untuk mengenepikan segala hak yang mungkin kami ada di bawah undang-undang untuk menolak dokumen- dokumen penghantaran/perkapalan (termasuk dokumen-dokumen pengangkutan) yang dikemukakan di bawah Surat Kredit Berdokumen, Bil Kutipan, Pesanan Belian, Pesanan Jualan Eksport, Pesanan Jualan dan Pesanan Emel dan bersetuju menerima dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan seperti mana ianya dikemukakan. 3. Kami mengaku janji untuk menerima/membayar semua penggunaan atau draf-draf yang digunakan di bawah Surat Kredit Berdokumen, Bil Kutipan, Pesanan Belian, Pesanan Jualan Eksport, Pesanan Jualan dan Pesanan Emel tidak kira dan walaupun terdapat sebarang kejanggalan atau percanggahan antara dokumen-dokumen yang diminta dan dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang dikemukakan/diterima. 4. Kami selanjutnya bersetuju bahawa:- (a) pihak Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan sama ada atau tidak untuk:- (i) memeriksa dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang dikemukakan; dan (ii) menerima atau menolak percanggahan atau dokumen-dokumen bercanggah tanpa merujuk atau memberi sebarang alasan bagi penolakan tersebut kepada kami. (b) apabila Bil-Bil Muatan atau hak milik lain atau dokumen-dokumen yang disertakan diterima untuk barangan tersebut kami akan dengan serta-mertanya memulangkan/menghantar Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara kepada pihak Bank untuk dibatalkan. (c) jika Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara tidak ditebus daripada pihak Bank dalam masa tiga bulan kalendar dari tarikh pengeluaran masing-masing, kami hendaklah membayar kepada pihak Bank komisen denda atau yuran menurut tarif caj pihak Bank. (d) mencagarkan dan menghantar kepada pihak Bank hak milik barangan/berkenaan atau dokumen-dokumen yang disertakan bersama barangan apabila kami menerimanya. (e) obligasi kami di sini hendaklah kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara dipulangkan kepada pihak Bank untuk dibatalkan dan sehingga bayaran yang perlu dibayar untuk semua draf- draf berhubung dengan barangan tersebut. (f) obligasi kami di sini tidak akan terhad atau dalam sebarang cara pun dipengaruhi oleh nilai barangan tersebut. 5. Kami memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan mana-mana daripada akaun kami dengan pihak Bank untuk membayar jumlah yang perlu dibayar oleh kami kepada pihak Bank, komisen, yuran, perbelanjaan, kerugian pertukaran asing, kos (undang-undang atau sebaliknya) di bawah dan berhubung dengan Jaminan Perkapalan/Pelepasan Kargo Udara/Pengendorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan atau disebabkan oleh pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh kami terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010. 6. Dan jika hasil daripada debit tersebut akaun akan terlebih keluar atau melebihi had sebarang kemudahan yang telah diberikan kepada kami, kami hendaklah bertanggungjawab membayar faedah ke atas amaun yang terlebih keluar pada kadar atau kadar-kadar yang telah ditetapkan atau yang akan ditetapkan oleh pihak Bank (pemberitahuan kadar faedah akan dibuat secara bertulis dan kadar tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan di dalamnya). 7. Kami dengan ini mengakui:- (i) melainkan diperuntukkan sebaliknya, pihak-pihak bersetuju bahawa sebarang caj, komisen, fi, perbelanjaan atau amaun yang sama yang akan digunakan di dalam pengiraan caj, komisen, fi, perbelanjaan tersebut ( Caj ) adalah tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan ( CBP ) sebagaimana yang mungkin terpakai di bawah peruntukan undang-undang Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (termasuk perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa). (ii) Jika apa-apa pembekalan yang dibuat di bawah atau berkaitan dengan terma-terma ini adalah tertakluk kepada CBP, pihak Bank boleh meningkatkan pertimbangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh amaun CBP dan mendapatkan kembali amaun tambahan daripada kami sebagai tambahan kepada Caj tersebut. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP. 8. Kami juga bersetuju bahawa pihak bank tidak akan dalam sebarang cara dipertanggungjawabkan ke atas sebarang cek yang ditendang hasil daripada akaun kami didebitkan atau dana sedia ada digunakan untuk menyelesaikan amaun yang perlu dibayar berhubung dengan Jaminan Perkapalan/ Pelepasan Kargo Udara/Pengendorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan. 9. Sebarang perbalahan antara kami dan pihak Bank hasil daripada Jaminan Perkapalan/Pelepasan Kargo Udara/Pengedorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan tersebut hendaklah dikawal oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Kami dengan ini menyerah, tanpa hak menarik balik, kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.
4

terma dan syarat permohonan jaminan perkapalan/pelepasan kargo ...

Jan 13, 2017

Download

Documents

vodung
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: terma dan syarat permohonan jaminan perkapalan/pelepasan kargo ...

Muka Surat 1 daripada 4

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN JAMINAN PERKAPALAN/PELEPASAN KARGO UDARA/PENGENDORSAN TERDAHULU DOKUMEN PENGANGKUTAN

(No. Rujukan: AMBIZ/BM/SG/08-2015) Sebagai balasan kepada anda, AmBank (M) Berhad (‘pihak Bank’) bersetuju atas permintaan kami untuk mengeluarkan Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara, untuk menandatangani balas “Surat Indemniti Untuk Tidak Serah Bil Muatan” atau untuk “Mengendors Terdahulu” Bil Muatan/Waybil Udara/Resit Bungkusan Pos, kami bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat yang berikut:-

1. Berhubung dengan setiap Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara yang dikeluarkan atau ditandatangani balas oleh pihak Bank atau pihak Bank mengendors Bil Muatan/Bil Jalan Udara/Resit Bungkusan Pos, kami dengan ini :

(i) mengesahkan bahawa tiada bank (bank-bank) lain adalah terlibat dalam urus niaga ini. (ii) mengisytiharkan bahawa sama ada barangan atau dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan (termasuk dokumen-dokumen pengangkutan) tidak digadai,

dipajak, dihipotekasikan atau dicagarkan kepada mana-mana orang, bank, syarikat atau firma atau mana-mana pihak ketiga dan kami dengan ini seterusnya mengaku janji dan bersetuju bahawa sama ada barangan atau dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan tidak akan digadai, dipajak, dihipotekasikan atau dicagarkan tanpa kebenaran bertulis pihak Bank.

(iii) mengaku janji untuk memberi indemniti penuh dan menyebabkan pihak Bank tidak bertanggungjawab ke atas dan terhadap sebarang dan semua akibat yang mungkin hasil daripada atau disebabkannya, dan untuk membayar balik kepada pihak Bank apabila dituntut segala bayaran, tuntutan, kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing), perbelanjaan, kos dan ganti rugi yang pihak bank mungkin alami, tanggung atau perlu membuat oleh sebarang sebab atau disebabkannya pada bila-bila masa atau masa-masa.

(iv) membenarkan pihak Bank atas budi bicara mutlaknya dan tanpa rujukan kepada kami tanpa mengambil kira sebarang arahan oleh kami sebaliknya untuk mengkompromi, menyelesai, membayar atau menentang sebarang tuntutan hasil daripada pelepasan barangan tersebut kepada kami tanpa melepaskan kami daripada liabiliti kami kepada pihak Bank.

(v) bersetuju memegang dan menyimpan dengan betul barangan tersebut sebagai harta pihak Bank dengan kebebasan menjual dan menjelaskan dan membayar hasil kepada pihak Bank sebaik sahaja diterima. Sehingga hasil diremitkan kepada pihak Bank, kami hendaklah memegangnya atas amanah bagi pihak Bank.

(vi) bersetuju mengekalkan barangan tersebut diinsuranskan sepenuhnya atas perbelanjaan dan caj kami, wang polisi yang dituntut dan perlu dibayar kepada pihak Bank jika berlaku kerugian atau kecurian atau pengambilan atau kerosakan dan mengaku janji untuk memberi bukti berkenaan dengannya pada bila-bila masa, sekiranya diminta oleh pihak Bank.

2. Kami bersetuju untuk mengenepikan segala hak yang mungkin kami ada di bawah undang-undang untuk menolak dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan (termasuk dokumen-dokumen pengangkutan) yang dikemukakan di bawah Surat Kredit Berdokumen, Bil Kutipan, Pesanan Belian, Pesanan Jualan Eksport, Pesanan Jualan dan Pesanan Emel dan bersetuju menerima dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan seperti mana ianya dikemukakan.

3. Kami mengaku janji untuk menerima/membayar semua penggunaan atau draf-draf yang digunakan di bawah Surat Kredit Berdokumen, Bil Kutipan, Pesanan Belian, Pesanan Jualan Eksport, Pesanan Jualan dan Pesanan Emel tidak kira dan walaupun terdapat sebarang kejanggalan atau percanggahan antara dokumen-dokumen yang diminta dan dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang dikemukakan/diterima.

4. Kami selanjutnya bersetuju bahawa:-(a) pihak Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan sama ada atau tidak untuk:- (i) memeriksa dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang dikemukakan; dan (ii) menerima atau menolak percanggahan atau dokumen-dokumen bercanggah tanpa merujuk atau memberi sebarang alasan bagi penolakan tersebut kepada kami. (b) apabila Bil-Bil Muatan atau hak milik lain atau dokumen-dokumen yang disertakan diterima untuk barangan tersebut kami akan dengan serta-mertanya

memulangkan/menghantar Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara kepada pihak Bank untuk dibatalkan. (c) jika Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara tidak ditebus daripada pihak Bank dalam masa tiga bulan kalendar dari tarikh pengeluaran masing-

masing, kami hendaklah membayar kepada pihak Bank komisen denda atau yuran menurut tarif caj pihak Bank. (d) mencagarkan dan menghantar kepada pihak Bank hak milik barangan/berkenaan atau dokumen-dokumen yang disertakan bersama barangan apabila kami

menerimanya. (e) obligasi kami di sini hendaklah kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara dipulangkan kepada

pihak Bank untuk dibatalkan dan sehingga bayaran yang perlu dibayar untuk semua draf-draf berhubung dengan barangan tersebut. (f) obligasi kami di sini tidak akan terhad atau dalam sebarang cara pun dipengaruhi oleh nilai barangan tersebut.

5. Kami memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan mana-mana daripada akaun kami dengan pihak Bank untuk membayar jumlah yang perlu dibayar oleh kami kepada pihak Bank, komisen, yuran, perbelanjaan, kerugian pertukaran asing, kos (undang-undang atau sebaliknya) di bawah dan berhubung dengan Jaminan Perkapalan/Pelepasan Kargo Udara/Pengendorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan atau disebabkan oleh pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh kami terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010.

6. Dan jika hasil daripada debit tersebut akaun akan terlebih keluar atau melebihi had sebarang kemudahan yang telah diberikan kepada kami, kami hendaklah bertanggungjawab membayar faedah ke atas amaun yang terlebih keluar pada kadar atau kadar-kadar yang telah ditetapkan atau yang akan ditetapkan oleh pihak Bank (pemberitahuan kadar faedah akan dibuat secara bertulis dan kadar tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan di dalamnya).

7. Kami dengan ini mengakui:-(i) melainkan diperuntukkan sebaliknya, pihak-pihak bersetuju bahawa sebarang caj, komisen, fi, perbelanjaan atau amaun yang sama yang akan digunakan di

dalam pengiraan caj, komisen, fi, perbelanjaan tersebut (“Caj”) adalah tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (“CBP”) sebagaimana yang mungkin terpakai di bawah peruntukan undang-undang Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (termasuk perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa). 

(ii) Jika apa-apa pembekalan yang dibuat di bawah atau berkaitan dengan terma-terma ini adalah tertakluk kepada CBP, pihak Bank boleh meningkatkan pertimbangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh amaun CBP dan mendapatkan kembali amaun tambahan daripada kami sebagai tambahan kepada Caj tersebut. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP.

8. Kami juga bersetuju bahawa pihak bank tidak akan dalam sebarang cara dipertanggungjawabkan ke atas sebarang cek yang ditendang hasil daripada akaun kami didebitkan atau dana sedia ada digunakan untuk menyelesaikan amaun yang perlu dibayar berhubung dengan Jaminan Perkapalan/ Pelepasan Kargo Udara/Pengendorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan.

9. Sebarang perbalahan antara kami dan pihak Bank hasil daripada Jaminan Perkapalan/Pelepasan Kargo Udara/Pengedorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan tersebut hendaklah dikawal oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Kami dengan ini menyerah, tanpa hak menarik balik, kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

Page 2: terma dan syarat permohonan jaminan perkapalan/pelepasan kargo ...

Muka Surat 2 daripada 4

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN JAMINAN PERKAPALAN /PELEPASAN KARGO UDARA/PENGENDORSAN TERDAHULU DOKUMEN PENGANGKUTAN

(No. Rujukan: AMBIZ/BM/SG/08-2015) – sambungan

10. Kami dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan dan juga membenarkan pihak Bank dan/atau pegawainya untuk mendedahkan apa-apa maklumat, rekod atau maklumat berkaitan dengan akaun/urus-urus niaga, kepada:

(i) Bank Negara Malaysia, Unit Kredit Pusat, Garis Panduan ke atas Sistem Maklumat Cek Tak Layan, Sistem Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), atau mana-mana biro lain atau agensi laporan kredit atau agensi perkadaran kredit sama ada ditubuhkan menurut perundangan Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau pihak berkuasa/badan kawal selia, atau agensi penguatkuasaan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Cagamas Berhad, Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) atau pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak Bank atau mana-mana badan yang ditubuhkan oleh sebuah perbadanan, agensi, atau pihak berkuasa yang mempunyai pemberian kuasa atau bidang kuasa ke atas pihak Bank dan kepada mana-mana pihak ketiga, jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang;

(ii) mana-mana depositori pusat atau ejen depositori yang diberi kuasa (sebagaimana termanya ditakrifkan di dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991);

(iii) mana-mana pihak yang memberikan sekuriti bagi menjamin urus niaga kami di sini atau bagi kemudahan pinjaman dengan pihak Bank (“pihak sekuriti”) atau mana-mana penerima pindahan hak dari pihak Bank yang berpotensi atau pemegang serah hak pihak Bank yang berpotensi;

(iv) mana-mana orang yang bercadang atau bertujuan untuk membuat atau mengemukakan bayaran bagi liabiliti kami di bawah kemudahan pinjaman dengan pihak Bank atau yang disebabkan oleh urus niaga di sini; atau kepada mana-mana orang selepas terjadinya kejadian ingkar;

(v) mana-mana orang yang mana pendedahan tersebut adalah, pada pendapat pihak Bank, perlu untuk atau berkaitan dengan kajian semula, usaha wajar atau penguatkuasaan atau perlindungan atau percubaan penguatkuasaan atau perlindungan mana-mana hak dan kepentingan pihak Bank;

(vi) mana-mana orang menurut apa-apa pengaturan, komposisi, penstrukturan semula atau apa-apa cadangan pengaturan, komposisi, penstrukturan semula di antara pemiutang kami dan/atau pemiutang pihak sekuriti;

(vii) Kumpulan AmBank dan kepada mana-mana orang atau syarikat yang memberi kepada pihak Bank apa-apa perkhidmatan dan kepakaran berkaitan dengan undang-undang, perakaunan, pengauditan, kredit, pentadbiran, pemprosesan, pengurusan data atau perkhidmatan penasihat lain; dan

(viii) ejen kutipan hutang yang dilantik oleh mana-mana syarikat di bawah Kumpulan AmBank.

Bagi tujuan klausa ini, Kumpulan AmBank adalah merujuk kepada kesemua perbadanan (seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 1965) pihak Bank yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia. Klausa ini hendaklah kekal berkuat kuasa walaupun dokumen ini dan/atau urus niaga di bawahnya telah ditamatkan.

11. Kami dengan ini mengesahkan bahawa kami memilih bahasa yang digunakan di dalam dokumen ini sebagai bahasa yang terpakai untuk dokumen ini. Bahasa yang dipilih di dalam dokumen ini hendaklah diterima pakai dan diberi keutamaan jika terdapat percanggahan di dalam dokumen ini yang dibuat dalam bahasa lain.

Dengan memuat turun, mencetak dan menyerah kepada AmBank (M) Berhad (‘pihak Bank’) Permohonan Jaminan Perkapalan/Pelepsan Kargo Udara/Pengendorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan dari laman web ini, kami dengan ini mengesahkan bahawa kami telah membaca, memahami dan mengakui Terma dan Syarat-syarat untuk  Permohonan Jaminan Perkapalan/Pelepsan Kargo Udara/Pengendorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan yang dinyatakan di sini dan sepenuhnya membenarkan pihak Bank untuk meneruskan dengan peruntukan perkhidmatan .

Page 3: terma dan syarat permohonan jaminan perkapalan/pelepasan kargo ...

Muka Surat 3 daripada 4

AmBank (M) Berhad (8515-D)JAMINAN PENGHANTARAN/PELEPASAN KARGO UDARA/

PENGENDORSAN TERDAHULU DOKUMEN PENGANGKUTAN

Sila tanda di mana terpakai* Potong yang mana tidak terpakai

Tarikh Permohonan:   - -

*Jaminan Penghantaran/Pelepasan Kargo Udara Pengendorsan Terdahulu *BL/AWB/Resit Bungkusan Pos

1. Pemohon/Pembeli (Nama Penuh & Alamat):                        

3. No. Ruj. Pelanggan:      

2. Pengirim/Penjual/Pemberi Konsain (Nama Penuh & Alamat):                        

4. Nilai Barangan/Invois (Mata Wang & Angka):      

5. No. BL/AWB/Resit Bungkusan Pos:      

6. Nama Kapal & No. Pelayaran/No. Penerbangan:     

7. Nama Ejen Penghantaran/Penghantar Angkutan:

     

8. Pelabuhan/Lapangan Terbang Pemuatan:      

9. Pelabuhan/Lapangan Terbang Pemunggahan/ Pemunggahan Muatan:      

10. Penerima Konsain (Nama & Alamat):

Kepada Arahan AmBank(M) Berhad ATAU

11. Tanda (Tanda-tanda) Dan No. (No.-no.):       No. (No.-no.) Kontena:      

12. Bilangan Bungkusan :      

Keterangan Barangan:      

13. Berat Dan Ukuran Kasar:      

          

          

          

14. Dokumen-dokumen Penghantaran/Pengangkutan/Penyerahan Yang Disebutkan Di Atas Berkaitan Dengan:

No. Surat Kredit:

No. Bil Kutipan:

Lain-lain Dan No. Ruj.:

Kod HS (Keterangan Komoditi dan Sistem Pengekodan Yang Diharmonikan)

Kami mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa barangan ini BUKAN Barangan Strategik seperti mana ditakrifkan dalam Akta Perdangan Strategik 2010 (STA) dan peraturan-peraturannya.

AMBIZ/BM/SG/08-2015

Page 4: terma dan syarat permohonan jaminan perkapalan/pelepasan kargo ...

Muka Surat 4 daripada 4

AmBank (M) Berhad (8515-D)JAMINAN PENGHANTARAN/PELEPASAN KARGO UDARA/

PENGENDORSAN TERDAHULU DOKUMEN PENGANGKUTAN - Sambungan

15. Caj-caj Bank:

Sila Debitkan Akaun Kami Bernombor: Dengan Anda Untuk Semua Caj Bank, Komisen, Yuran,

Perbelanjaan Yang Dikeluarkan Sendiri Dan Deposit Margin Sebanyak RM Sebagaimana Diperlukan Oleh Anda.

1. Sebagai balasan kepada anda, AmBank (M) Berhad bersetuju atas permintaan kami untuk mengeluarkan Jaminan Perkapalan atau Pelepasan Kargo Udara tanpa dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang berkaitan atau tanpa menunjukkan Bil Muatan Asal, untuk menandatangani balas "Surat Indemniti Untuk Tidak Serah Bil Muatan" atau untuk "Mengendors Terdahulu" Bil Muatan/Bil Jalan Udara/Resit Bungkusan Pos dll, untuk membolehkan kami mendapatkan pelepasan dan mendapatkan milikan barangan yang berkaitan dengan Bil Muatan/Bil Jalan Udara/Resit Bungkusan Pos dll yang disebutkan di atas, kami dengan ini bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat bagi Permohonan Jaminan Perkapalan/Pelepasan Kargo Udara/Pengendorsan Terdahulu Dokumen Pengangkutan dan terma-terma yang dipaparkan dalam "Perjanjian Am Oleh Pelanggan (Pelanggan-pelanggan)/Perjanjian Kemudahan (Kemudahan-kemudahan)" AmBank (M) Berhad dan/atau laman web di bawah dokumen No. Rujukan: AMBIZ/BM/SG/08-2015 Terma dan Syarat dan/atau perjanjian-perjanjian berkaitan yang lain yang telah dan akan dimaklumkan oleh anda kepada kami dan ketika ini berkuat kuasa di AmBank (M) Berhad. Kami dengan ini mengisytiharkan bahawa kami sedar tentang dan mematuhi sepenuhnya Akta Perdagangan Strategik 2010 dan kesemua peraturan dan keperluan berhubung dengannya.

2. Kami akan mematuhi kepada Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (“FEA”) berkenaan dengan berurusan dalam mata wang, peminjaman & jaminan, pelaburan dalam aset mata wang asing, pembayaran, sekuriti & instrument kewangan dan eksport barangan setiap masa.

UNTUK KEGUNAAN AMBANK (M) BERHAD SAHAJANo. SG: : Diisi Oleh :

(nama dan tandatangan)

Diberi Kuasa Oleh : (nama dan tandatangan)

Diberi Kuasa Oleh : (nama dan tandatangan)

Catatan (jika ada) :

AMBIZ/BM/SG/08-2015

Kami dengan ini mengesahkan bahawa kami memilih bahasa yang digunakan di dalam borang ini sebagai bahasa yang terpakai untuk borang ini. Bahasa yang dipilih di dalam borang ini hendaklah diterima pakai dan diberi keutamaan jika terdapat percanggahan di dalam borang ini yang dibuat dalam bahasa lain.

___________________________________________________________Penandatangan (Penandatangan-penandatangan) Yang Diberi Kuasa

Bersama Dengan Cop Syarikat Yang Diberi Kuasa