terkini & informatif Jumaat, 30 Disember 2016 pengumumn • Token Anugerah Kecemerlangan UPSR & PT3 2016 PKKIM berhasrat untuk memberi token kecemerlangan kepada anak-anak ahli PKKIM yang telah mendapat keputusan cemerlang (straight A's) di dalam peperiksaan UPSR dan minimum 9A untuk PT3 yang diumumkan baru-baru ini. Sehubungan itu, ahli yang layak diminta untuk mengemukakan salinan slip keputusan anak-anak ahli kepada Setiausaha Kehormat PKKIM, Hj Hamka Hj Mohd Salleh ([email protected]) melalui emel (scanned copy). Slip keputusan juga boleh dihantar melalui serahan tangan atau pos biasa pada atau sebelum 15 Januari 2017. • Malaysia Technology Expo 2017 (MTE) Pertandingan dan Pameran Malaysia Technology Expo 2017 (MTE) akan diadakan pada 16 - 18 Februari 2017, bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Sehubungan itu, pegawai yang berminat untuk menyertainya boleh menghantar borang penyertaan bersama memo kelulusan Pengarah Bahagian masing-masing kepada Pn Zarina Ridzwan, En Abdul Razak atau Tn Syed Mohd Hazry (CICU). Pohon hantar selewatnya-lewatnya pada Jumaat, 6 Januari 2017. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mte.org.my. Klik: Lampiran 1, Lampiran 2, Brosur dan Borang. persidangan/seminar/bengkel/kursus • Palm Oil Economic Review & Outlook Seminar 2017 Pegawai MPOB yang berminat untuk menghadiri Palm Oil Economic Review & Outlook Seminar 2017 pada 17 Januari 2017 di Pullman Kuala Lumpur City Centre adalah diminta untuk mengisi permohonan melalui sistem eLatihan di http://elatihan.mpob.gov.my sebelum Isnin, 3 Januari 2017. Klik: Lampiran. • Integrative Structural Biology Symposium & Workshops 2017 Pegawai MPOB dijemput untuk menghadiri bengkel anjuran Malaysia Genome Insti- tute. Bengkel ini memberi penekanan kepada penggunaan integrasi biologi struktur serta teknik biofizikal untuk mengembangkan hasil penyelidikan. Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila layari www.mgi-nibm.my/ISBS2017/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Januari 2017. Klik: Lampiran. PalmLink • Diari • Pengumuman • Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus PalmLink • Diari • Pengumuman • Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus Keratan Akhbar • Persatuan, Sukan dan Sosial • Tip • Komentar • Sampaikan Salam • Iklan Keratan Akhbar • Persatuan, Sukan dan Sosial • Tip • Komentar • Sampaikan Salam • Iklan