TERAS PENGETAHUAN MENGAJAR GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATANG PADANG, PERAK Julismah
[email protected] PENGETAHUAN MENGAJAR GURU
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATANG
PADANG, PERAKAbstrak
Teras pengetahuan dalam mengajar (Shulman, 1987), ialah
elemen-elemen pengetahuan mengajar yang perlu ada pada seseorang
guru untuk melaksanakan pengajarannya. Guru perlu mempunyai elemen
(a) ilmu konten, (b) ilmu pedagogi am, (c) ilmu konten pedagogi,
(d) pengetahuan dalam kurikulum, (e) pengetahuan dalam konteks
pendidikan, (f) pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri murid, dan
(g) pengetahuan dalam matlamat pendidikan untuk pengajaran yang
berkesan, menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani (Christensen,
1996). Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana guru menguasai
elemen-elemen teras pengetahuan dalam melaksanakan proses
pengajaran dalam Pendidikan Jasmani, mengenalpasti perbandingan
teras pengetahuan mengajar di antara guru opsyen dan bukan opsyen
dalam Pendidikan Jasmani dan menentukan hubungan di antara teras
pengetahuan mengajar dengan pelaksanaan pengajaran guru Pendidikan
Jasmani di sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak. Sampel
kajian adalah seramai 189 orang guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di tingkatan satu hingga lima sama ada opsyen
atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani di
sekolah-sekolah menengah Daerah Batang Padang, Perak yang
melibatkan kawasan Tanjong Malim, Slim River, Sungkai dan Tapah.
Keputusan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa hanya sebilangan
kecil guru (16 orang atau 8.5 %) yang menguasai teras pengetahuan
mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi manakala (173
orang atau 91.5 %) guru menguasai teras pengetahuan dalam mengajar
Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Sehubungan itu, terdapat
perbezaan yang signifikan (p < .05) di antara guru opsyen dengan
bukan opsyen terhadap penguasaan elemen-elemen teras pegetahuan
mengajar dalam Pendidikan Jasmani t (189) = 11.625. Keputusan
kajian ini juga mendapati bahawa pada keseluruhannya wujud hubungan
yang kuat (r = .903) dan positif serta signifikan (p < .01) di
antara penguasaan teras pengetahuan mengajar guru dengan
pelaksanaan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Dapatan tersebut
menggambarkan bahawa guru Pendidikan Jasmani yang dikaji masih
kurang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam bidang yang
diajar. Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai
teras pengetahuan terutamanya ilmu konten pedagogi untuk mengajar
dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten
pedagogi sangat penting kerana matlamat pengajaran seseorang guru
ialah untuk melaksanakan sebaik mungkin proses pembelajaran yang
berkesan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat
memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.
Pengenalan
Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum
sekolah. Mata pelajaran tersebut merupakan bidang ilmu yang
seharusnya dapat memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui
proses pengajaran dan pembelajaran (KPM, 1999). Bagi memenuhi
keperluan tersebut, guru seharusnya mempunyai pengetahuan terhadap
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan
Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagai
bidang sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menentukan
bagaimana cara mereka menyampaikan ilmu dan sejauhmana murid
belajar dalam satu-satu unit konten pelajaran. Salah satu aspek
penting pengajaran seseorang guru ialah mempunyai penguasaan dalam
teras pengetahuan mengajar terutamanya dalam ilmu konten pedagogi
secara interaktif dan mendalam.
Teras pengetahuan mengajar bermaksud segala jenis pengetahuan
yang perlu ada pada seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan
dalam bidang pelajarannya di sekolah. Elemen teras pengetahuan yang
dikemukakan oleh Shulman (1987) mengandungi ilmu konten, ilmu
pedagogi am, ilmu konten pedagogi, pengetahuan dalam kurikulum,
pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan terhadap murid
dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat
pendidikan.
Christensen (1996) melaporkan bahawa di negara Amerika,
kebanyakan guru menggunakan elemen teras pengetahuan dalam mengajar
bagi program pendidikan yang dianjurkan oleh the National Council
on Accreditation for Teacher Education (NCATE). Kebaikan yang dapat
dihasilkan apabila guru menggunakan elemen-elemen teras pengetahuan
dalam proses pengajarannya ialah:
a)
Guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
pelbagai berdasarkan ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten
pedagogi ke arah mencapai objektif pelajaran.
b)
Aktiviti-aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan berkesan
erdasarkan pengetahuan dalam kurikulum sekolah, pengetahuan tentang
konteks pendidikan, pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri murid
dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.
c)
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.
Teras Pengetahuan Mengajar (Shulman, 1987)
Elemen-elemen teras pengetahuan yang perlu ada pada seseorang
guru untuk melaksanakan pengajarannya ialah:
a)
Ilmu Konten (content knowledge) iaitu pengetahuan tentang
kandungan subjek bidang yang hendak di ajar.
b)
Ilmu Pedagogi Am (general pedagogical knowledge) merujuk kepada
pengetahuan tentang kaedah mengajar yang melibatkan semua mata
pelajaran dan dalam pelbagai situasi.
c)
Ilmu Konten Pedagogi (pedagogical content knowledge) bermaksud
pengetahuan tentang bagaimana cara mengajar sesuatu kandungan atau
topik pelajaran kepada sekumpulan murid tertentu dalam konten yang
spesifik.
d)
Pengetahuan dalam Kurikulum (curriculum knowledge) adalah
pengetahuan tentang perkembangan konten yang sesuai dan
program-program bagi setiap aras dan gred pencapaian murid.
e)
Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan (knowledge of educational
contexs) bermaksud pengetahuan tentang impak dalam konteks
mengajar.
f)
Pengetahuan terhadap Murid dan Ciri-Ciri Murid (knowledge of
learners and their characteristics) merujuk kepada pengetahuan
tentang pembelajaran seseorang murid yang diaplikasikan dalam
mengajar.
g)
Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan (knowledge of
educational goals) ialah pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan
struktur sistem pendidikan di Malaysia.
Hasil Kajian Lampau yang Berkaitan
Craft (2002), mendapati dalam usaha menyampaikan pengajaran
dalam Pendidikan Jasmani, guru Pendidikan Jasmani memerlukan daya
kreativiti yang tinggi. Menurut beliau apabila memperkatakan
tentang kreativiti, ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
mengajar secara kreatif dan mengajar murid menjadi kreatif.
Mengajar secara kreatif bermaksud guru mengajar dengan menggunakan
pendekatan imaginasi untuk menjadikan proses pengajaran lebih
menarik, menyeronokkan dan efektif. Sementara mengajar murid
kreatif pula bermaksud guru menyampaikan pengajaran dengan kaedah
tertentu untuk membentuk dan mengembangkan pemikiran kreatif serta
tingkahlaku di kalangan murid.
Selain itu, guru juga perlu bersifat profesional terhadap
kerjayanya. Beliau menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang
profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan
yang terkini. Penguasaan terhadap kompetensi dan pengetahuan
tentang stail pengajaran adalah penting. Guru yang profesional juga
sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan
terkini. Ia bertujuan mengemaskinikan pengetahuan guru ke tahap
terkini. Apapun, menurut beliau, aspek yang terpenting ialah guru
tersebut menyedari kepentingan menyediakan pengajaran dan
pembelajaran serta melakukan perancangan dan perlaksanaan. Ini
melibatkan persediaan yang rapi terhadap semua aktiviti
pembelajaran, perlaksanaan yang fleksibel serta mengadakan
penilaian selepas aktiviti pembelajaran.
Craft (2002), mendapati walaupun kaedah guru mempunyai impak
yang besar dalam pembelajaran pelajar, terdapat bukti yang
menunjukkan bahawa sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh guru juga
mempunyai hubungan dengan keberkesanan pengajaran. Beliau
menyenaraikan beberapa contoh sifat dan ciri-ciri guru, iaitu; a)
sikap guru terhadap aktiviti murid, b) hubungan sosial guru dengan
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, c) persediaan yang
optima terhadap peralatan, dan d) tahap pendidikan guru.
Stephens dan Crawley (1994) menyatakan terdapat beberapa bentuk
kompetensi yang perlu dikuasai oleh seorang guru untuk memantapkan
lagi peguasaan kaedah mengajar. Menurut beliau terdapat lima
kompetensi utama iaitu;
1.
Pengetahuan terhadap mata pelajaran yang di ajar Guru perlu
menguasai keseluruhan perkara berkenaan mata pelajaran yang diajar
termasuklah konten ilmu, kandungan sukatan dan huraian sukatan
pelajaran.
2.
Aplikasi kepada muridStail dan pendekatan mengajar guru yang
terbaik sangat diperlukan supaya murid memperolehi konten ilmu
pelajaran secara optimum.
3.
Pengurusan kelasLaksanakan pengajaran dalam suasana kondusif dan
persekitaran yang selamat supaya pembelajaran lebih efektif.
4.
Buat penilaian dan rekodkan peningkatan muridKenalpasti aras
pencapaian murid dan rekodkan prestasi secara sistematik.
5.
Meningkatkan profesionalismeGuru perlu menyedari bahawa
pengajian di maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi
hanyalah merupakan tapak permulaan kepada proses memantapkan kaedah
mengajar guru. Aspek yang paling penting dalam meningkatkan
profesionalisme ialah melalui pengalaman secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Stephens dan Crawley (1994) juga menegaskan bahawa guru yang
berkesan bukanlah guru yang hanya mampu mendokumentasikan segala
idea dan perancangannya. Menurut beliau, guru yang berkesan ialah
guru yang boleh merancang dan melaksanakan pengajaran dengan
menggunakan kaedah mengajar yang sesuai.
Di samping penggunaan kaedah yang sesuai, guru yang berkesan
juga perlu memikirkan ilmu dan nilai yang akan diperoleh murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu
menunjukkan komitmen yang tinggi pada mata pelajaran yang diajar.
Biarlah murid menyedari sendiri betapa guru yang mengajar mata
pelajaran tersebut komited terhadap semua aspek berkaitan mata
pelajaran yang diajar.
Selain memperlihatkan sifat tersebut, guru yang berkesan dalam
pengajaran juga dapat menjadikan pengajaran suatu pengalaman yang
menyeronokkan kepada murid. Di samping itu, guru perlu mahir dan
berupaya mengaitkan ilmu konten pelajaran dengan kehidupan sebenar
murid. Dengan itu, murid akan lebih berminat dan merasa bahawa
pelajaran yang mereka ikuti mempunyai manfaat kepada kehidupan
mereka.
Gripps, McCallum, dan Hargreaves (2001), mengkaji tentang kaedah
mengajar serta strategi pengajaran guru. Beliau mendapati guru
pakar menyampaikan pengajaran dengan menggunakan tiga jenis
strategi iaitu dengan memberi maklumat, memberi peneguhan dan
memberi galakan.
Ornstein (1995), mengkaji tentang jenis-jenis guru Pendidikan
Jasmani. Dapatan mereka menunjukkan guru Pendidikan Jasmani
terbahagi kepada dua kategori iaitu guru matang (expert) dan guru
baru (novis). Perkara paling utama yang membezakan kedua-dua
kategori ini ialah aspek pedagogi dan pengalaman mengajar.
Kedua-dua perbezaan inilah yang memberi kesan yang besar terhadap
pemilihan kaedah mengajar guru Pendidikan Jasmani.
Orlich (1998) berpendapat, sepatutnya pengajaran dan pengajaran
Pendidikan Jasmani melibatkan interaksi yang dinamik di antara guru
dengan guru, guru dengan murid dan murid dengan murid. Semua yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu juga
dilibatkan dalam membuat keputusan. Ketika merancang kaedah yang
hendak digunakan, guru juga perlu menyedari bahawa proses
memperolehi konten ilmu yang murid perlu kuasai adalah sama
pentingnya dengan konten ilmu yang ada pada guru itu sendiri. Oleh
yang demikian, guru perlu bijak menyusun dan memilih kaedah yang
sesuai supaya murid memperolehi konten ilmu secara optimum. Untuk
melicinkan penyampaian pengajaran, beliau menyarankan supaya guru
mempunyai catatan ringkas di mana guru seharusnya membuat keputusan
dan bila masanya keputusan dilakukan bersama murid.
Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah
sepatutnya diajar oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang
pendidikan jasmani atau sains sukan (guru opsyen) kerana mereka
telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa dalam
pengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru yang bukan
dalam bidang pendidikan jasmani atau sains sukan (guru bukan
opsyen) diminta untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Perkara ini
berlaku kerana kurangnya guru opsyen pendidikan jasmani di
sekolah-sekolah menengah. Tambahan, pihak sekolah masih beranggapan
bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua
guru kerana mata pelajaran ini tidak berunsur peperiksaan dan
pendekatan mengajar lebih kepada bermain-main. Tanggapan tersebut
tidak berasas kerana peranan guru ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka
menimba pembelajaran yang berkesan. Selain daripada itu, salah satu
aspek yang penting bagi seseorang guru ialah penguasaan dalam teras
pengetahuan mengajar. Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu
menguasai teras pengetahuan terutamanya ilmu konten pedagogi untuk
mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah.
Persoalannya, adakah guru opsyen dan bukan opsyen yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah mempunyai
ilmu konten dalam proses pengajaran dan pembelajarannya? Adakah
guru opsyen dan bukan opsyen mempunyai ilmu konten pedagogi tentang
bagaimana cara mengajar sesuatu kandungan atau topik pelajaran
kepada sekumpulan murid tertentu dalam konten yang spesifik?
Justeru itu, kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana penguasaan
teras pengetahuan mengajar guru Pendidikan Jasmani (opsyen atau
bukan opsyen) di sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak.
Objektif
Kajian ini bertujuan untuk;
a)
Melihat sejauhmana guru menguasai elemen teras pengetahuan dalam
melaksanakan proses pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah daerah Batang Padang.
b)
Mengenalpasti perbandingan teras pengetahuan mengajar di antara
guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah daerah Batang Padang.
c)
menentukan hubungan di antara teras pengetahuan mengajar dengan
pelaksanaan pengajaran guru Pendidikan Jasmani di sekolah menengah
daerah Batang Padang.
Metodologi
Rekebentuk KajianRekabentuk kajian ini adalah berupa deskriptif
yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku melalui kaedah survey. Kajian deskriptif ini melibatkan
proses perbandingan dan korelasi yang mengkaji penekanan kepada
penentuan sejauh mana tahap keertian perbandingan dan perkaitan di
antara pembolehubah-pembolehubah kajian.
Sehubungan itu, konseptual kajian memfokuskan kepada dua
pembolehubah iaitu pembolehubah bebas (tak bersandar) yang
mengandungi elemen-elemen teras pengetahuan mengajar dan
pembolehubah bersandar yang mengandungi elemen pelaksanaan mengajar
guru Pendidikan Jasmani. Pembolehubah moderator yang mengandungi
latarbelakang dan jenis responden turut dikaitkan dalam kajian ini.
Rajah 1 di bawah ini menjelaskan aliran hubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah kajian.
Rajah 1: Aliran hubungan di antara pembolehubah pembolehubah
kajian
Instrumentasi Kajian
Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini berupa soal selidik.
Alat ukur tersebut mengandungi dua bahagian. Bahagian I mengandungi
soalan-soalan tentang demografi responden. Bahagian ini dapat
memberikan maklumat latar belakang sama ada guru yang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Jasmani adalah guru opsyen atau guru bukan
opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani serta pengalaman mengajar
guru dalam Pendidikan Jasmani.
Manakala bahagian II dalam soal selidik ini merupakan
soalan-soalan (enam soalan bagi setiap satu elemen) yang
mengandungi elemen ilmu konten, ilmu pedagogi am, ilmu konten
pedagogi, pengetahuan dalam kurikulum, pengetahuan tentang konteks
pendidikan, pengetahuan terhadap murid dan ciri-ciri murid dan
pengetahuan tentang matlamat pendidikan sebagai gagasan kepada
teras pengetahuan mengajar. Manakala soalan-soalan yang meliputi
elemen pelaksanaan pengajaran dan penglibatan murid dalam
Pendidikan Jasmani adalah maklumat yang menerangkan aplikasi
pelaksanaan mengajar guru berkaitan teras pengetahuan yang ada pada
responden itu.
Responden diminta membulatkan jawapan pada skala yang telah
ditentukan bagi setiap pernyataan seperti berikut: Sangat Tidak
Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S),
dan Sangat Setuju (SS). Bagi soalan-soalan berupa positif, nilai
bagi skala Sangat Tidak Setuju adalah 1 dan seterusnaya sehingga
skala Sangat Setuju nilainya adalah 5. Bagi soalan-soalan berupa
negatif, nilai bagi skala Sangat Setuju adalah 1 dan seterusnaya
sehingga skala Sangat Tidak Setuju nilainya adalah 5.
Soalan-soalan pada bahagian II dikelompokkan mengikut
elemen-elemen teras pengetahuan mengajar seperti A adalah elemen
Ilmu Konten yang mengandungi enam soalan, B adalah elemen Ilmu
Pendagogi Am yang mengandungi enam soalan, C adalah elemen Ilmu
Konten Pedagogi yang mengandungi enam soalan, D adalah elemen
Pengetahuan dalam Kurikulum yang mengandungi enam soalan, E adalah
elemen Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan yang mengandungi enam
soalan, F adalah elemen Pengetahuan tentang murid dan Ciri-Ciri
Murid yang mengandungi enam soalan, dan G adalah elemen Pengetahuan
tentang Matlamat Pendidikan yang mengandungi enam soalan. Manakala
H adalah elemen Pelaksanaan Pengajaran yang mengandungi enam
soalan, dan I adalah elemen Penglibatan Murid yang mengandungi enam
soalan yang menjelaskan tentang aplikasi dan pelaksanaan mengajar
guru.
Kebolehpercayaan alat ukur kajian adalah r = .754 yang mana
soalan-soalan direkacipta sendiri oleh penyelidik. Penyelidik telah
mendapatkan kesahan konten daripada dua panel pakar bidang dan
mengemukakan soal selidik kepada 20 orang guru Pendidikan Jasmani
di kawasan Kuala Kubu Baru untuk analisis nilai kebolehpercayaan
instrumen.
Sampel dan Tempat Kajian
Sampel kajian meliputi guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani sama ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang
Pendidikan Jasmani bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima di
sekolah-sekolah menengah. Daripada 240 orang sampel yang telah
dikenalpasti, hanya 189 orang (78.8 %) yang mengambil bahagian
dalam kajian ini.
Tempat kajian ialah sekolah-sekolah menengah Daerah Batang
Padang, Perak yang melibatkan kawasan Tanjong Malim, Slim River,
Sungkai dan Tapah. Jadual 1 di bawah ini adalah statistik sampel
kajian yang diperoleh melalui edaran secara rawak kepada guru-guru
Pendidikan Jasmani di setiap sekolah yang dikaji.
Jadual 1: Statistik taburan responden mengikut kawasan dan
bidang
Kawasan Sekolah Guru Pendidikan Jasmani
JumlahOpsyenBukan Opsyen
Tanjong Malim
Slim River
Sungkai
Tapah
Jumlah 16
12
10
12
50 44
32
29
34
139 60
44
39
46
189
Keputusan
Penguasaan Teras Pengetahuan Mengajar Guru Pendidikan
Jasmani
Jadual 2, menunjukkan keputusan analisis data tentang tahap
penguasaan teras pengetahuan mengajar guru opsyen dan bukan opsyen
dalam Pendidikan Jasmani. Hasil kajian mendapati bahawa pada
keseluruhannya 8.5 % (16 orang) guru yang dikaji menguasai tahap
tinggi teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani manakala
91.5 % (173 orang) guru menguasai teras pengetahuan dalam mengajar
Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Dari keseluruhan teras
tersebut, hanya 32.0 % (16 orang) yang terdiri daripada guru opsyen
menguasai teras pengetahuan mengajar pada tahap tinggi manakala
68.0 % (34 orang) guru opsyen dan 100 % (139 orang) guru bukan
opsyen menguasai teras pengetahuan mengajar pada tahap
sederhana.
Sehubungan itu, elemen utama dalam teras pengetahuan mengajar
iaitu ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi yang
dikuasai guru Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi adalah sebanyak
27.5 %, 10.1 % dan 9.5 % mengikut urutan. Manakala guru Pendidikan
Jasmani menguasai elemen ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu
konten pedagogi pada tahap sederhana adalah sebanyak 70.4 %, 89.9 %
dan 90.5 % mengikut urutan. Hanya 2.1 % guru Pendidikan Jasmani
menguasai elemen ilmu konten pada tahap rendah. Huraian terperinci
elemen-elemen teras pengetahuan mengajar bagi guru opsyen dan bukan
opsyen Pendidikan Jasmani boleh dirujuk dalam Jadual 2 di bawah
ini.
Pada keseluruhannya guru Pendidikan Jasmani yang dikaji
menguasai teras pengetahuan mengajar pada tahap sederhana iaitu
91.5 % yang mencapai skor min di antara 2.34 hingga 3.66 dalam
melaporkan pendapat mereka. Namun demikian, terdapat guru-guru yang
opsyen Pendidikan Jasmani (32.0 %) yang menguasai teras pengetahuan
mengajar pada tahap tinggi. Gambaran di atas menunjukkan bahawa
mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen
Pendidikan Jasmani kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu
konten (bidang) supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan sempurna, bermakna dan berkesan.
Jadual 2: Tahap penguasaan elemen-elemen Teras Pengetahuan
Mengajar guru Opsyen dan Bukan Opsyen Pendidikan Jasmani (N =
189)
Elemen Teras Pengetahuan Mengajar Frekuensi dan Peratus dalam (
)
Skor MinKese-luruhan SisihanPiawai TahapPenguasaan Skor Min 1.00
2.33Rendah Skor Min 2.34 3.66Sederhana Skor Min3.67 5.00Tinggi
Ilmu Konten
O BO K - 4 (2.9) 4 (2.1)
2 (4.0) 131 (94.2) 133 (70.4)
48 (96.0) 4 (2.9) 52 (27.5)
4.040 2.772 3.107
0.234 0.278 0.620
Tinggi Sederhana Sederhana
Ilmu Pedagogi Am
O BO K - --
34 (68.0) 136 (97.8) 170 (89.0)
16 (32.0) 3 (2.2) 19 (10.1)
3.729 3.477 3.544
0.283 0.155 0.226
Tinggi Sederhana Sederhana
Ilmu Konten Pedagogi
O BO K - - -
34 (68.0) 137 (98.6) 171 (90.5)
16 (32.0) 2 (1.4) 18 (9.5)
3.768 3.528 3.591
0.271 0.126 0.205
Tinggi Sederhana Sederhana
Pengetahuan dalam Kurikulum
O BO K - - -
34 (68.0) 138 (99.3) 172 (91.0)
16 (32.0) 1 (0.7) 17 (9.0)
3.777 3.525 3.591
0.282 0.121 0.209
Tinggi Sederhana Sederhana
Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan
OBO K - - -
34 (68.0) 138 (99.3) 172 (91.0)
16 (32.0) 1 (0.7) 17 (9.0)
3.807 3.563 3.627
0.273 0.112 0.201
Tinggi Sederhana Sederhana
Pengetahuan tentang Murid dan Ciri-Ciri Mrd
O BO K - - -
34 (68.0) 137 (98.6) 171 (90.5)
16 (32.0) 2 (1.4) 18 (9.5)
3.820 3.581 3.644
0.268 0.111 0.197
Tinggi Sederhana Sederhana
Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan
O BO K - - -
33 (66.0) 131 (94.2) 164 (86.8)
17 (34.0) 8 (5.8) 25 (13.2)
3.831 3.590 3.654
0.267 0.107 0.196
Tinggi Sederhana Sederhana
Keseluruhan Elemen Teras Penge. Mengajar
O BO K - - -
34 (68.0) 139 (100) 173 (91.5)
16 (32.0) 0 16 (8.5)
3.739 3.416 3.501
0.265 0.116 0.221
Tinggi Sederhana Sederhana
Nota: O: Opsyen Pendidikan Jasmani (N = 50)BO: Bukan Opsyen
Pendidikan Jasmani (N = 139) K: Keseluruhan (Guru Opsyen dan Bukan
Opsyen)
Perbandingan Teras Pengetahuan Mengajar Guru Pendidikan Jasmani
Seterusnya, Jadual 3 menunjukkan keputusan kajian tentang
perbandingan teras pengetahuan mengajar di antara guru opsyen dan
bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani di sekolah menengah Daerah
Batang Padang, Perak.
Jadual 3: Ujian-t Perbandingan Teras Pengetahuan Mengajar
berdasarkan Opsyen Guru Pendidikan Jasmani
Elemen Guru Pendidikan Jasmani Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t
Tahap Signifikan (p)
Ilmu Konten
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
4.040 2.772
0.234 0.278
28.750
0.000
Ilmu Pedagogi Am
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
3.729 3.477
0.283 0.155
7.757
0.000
Ilmu Konten Pedagogi
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
3.768 3.528
0.271 0.126
8.248
0.000
Pengetahuan dalam Kurikulum
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
3.777 3.525
0.282 0.121
8.554
0.000
Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
3.807 3.563
0.273 0.112
8.690
0.000
Pengetahuan tentang Murid dan Ciri-Ciri Murid
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
3.820 3.581
0.268 0.111
8.648
0.000
Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
3.831 3.590
0.267 0.107
8.799
0.000
Keseluruhan Elemen Teras Pengetahuan Mengajar
Opsyen Bukan Opsyen
50 139
3.739 3.416
0.265 0.116
11.625
0.000
Keputusan analisis data pada Jadual 3 di atas secara keseluruhan
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < .05)
di antara guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan
elemen-elemen teras pegetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani t
(189) = 11.625. Pernyataan di atas menunjukkan perbezaan seramai 32
% (rujuk Jadual 1) guru opsyen Pendidikan Jasmani menguasai ilmu
teras pengetahuan mengajar pada tahap tinggi berbanding guru bukan
opsyen yang mana 100 % (rujuk Jadual 2) menguasai ilmu teras
mengajar pada tahap sederhana.
Korelasi Teras Pengetahuan Mengajar dengan Pelaksanaan
Pengajaran Guru Pendidikan Jasmani
Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa pada keseluruhannya
wujud hubungan yang kuat (r = .903) dan positif serta signifikan (p
< .01) di antara penguasaan teras pengetahuan mengajar guru
dengan pelaksanaan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Huraian
terperinci dapatan kajian mengenai hubungan di antara teras
pengetahuan mengajar guru dengan pelaksanaan dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani boleh dirujuk dalam Jadual 4 di bawah ini.
Jadual 4: Korelasi antara Teras Pengetahuan Mengajar dengan
Pelaksanaan Pengajaran Guru dalam Pendidikan Jasmani
Elemen-Elemen Teras Pengetahuan Mengajar Pelaksanaan Pengajaran
Pendidikan Jasmani
Ilmu Konten
r = 0.435** p = 0.000
Ilmu Pedagogi Am
r = 0.838** p = 0.000
Ilmu Konten Pedagogi
r = 0.871** p = 0.000
Pengetahuan dalam Kurikulum
r = 0.905** p = 0.000
Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan
r = 0.911** p = 0.000
Pengetahuan tentang Murid dan Ciri-Ciri Murid
r = 0.920** p = 0.000
Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan
r = 0.926** p = 0.000
Keseluruhan Elemen Teras Pengetahuan Mengajar
r = 0.903** p = 0.000
Nota: ** Signifikan pada aras keertian 0.01
Dapatan kajian ini (Jadual 4), selaras dengan kajian Christensen
(1996) yang mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan di
antara teras pengetahuan mengajar guru dengan pelaksanaan
pengajaran dan penglibatan pembelajaran murid dalam Pendidikan
Jasmani. Hubungan tersebut lebih berkesan sekiranya guru menguasai
ilmu konten pedagogi dengan menggunakan strategi mengajar yang
dapat memotivasikan murid untuk belajar dalam unit konten pelajaran
dalam kelas.
Perbincangan dan Kesimpulan
Keputusan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa hanya
sebilangan kecil guru (16 orang atau 8.5 %) yang menguasai teras
pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi
manakala (173 orang atau 91.5 %) guru menguasai teras pengetahuan
dalam mengajar Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Dapatan
tersebut menggambarkan bahawa guru Pendidikan Jasmani yang dikaji
masih kurang menguasai ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu
konten pedagogi dalam bidang yang diajar. Menurut Shulman (1987),
seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan terutamanya ilmu
konten pedagogi untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang
pelajarannya di sekolah. Ilmu konten pedagogi sangat penting kerana
matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik
mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi
lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.
Sehubungan itu, Shanker (1985) telah melaporkan bahawa guru di
Amerika Syarikat yang dikaji menggunakan kemahiran profesional am
(ilmu pedagogi am) dengan lebih cenderung memilih tajuk dan kaedah
pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi menangani situasi yang
mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam bidang yang
diajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten
pedagogi daripada ilmu pedagogi am dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kepada murid di sekolah.
Merujuk kepada pernyataan di atas, hasil kajian ini telah
mendapati bahawa seramai 18 orang atau 9.5 % guru Pendidikan
Jasmani yang benar-benar menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap
tinggi. Manakala seramai 171 orang atau 90.5 % guru Pendidikan
Jasmani menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap sederhana. Guru
yang menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi kesemuanya
adalah guru opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Maklumat tersebut
telah mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara
guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan ilmu konten
pedagogi dalam Pendidikan Jasmani. Justeru itu, penguasaan ilmu
konten pedagogi mempunyai hubungan dengan keberkesanan pelaksanaan
pengajaran guru Christensen (1996). Hubungan tersebut lebih
berkesan sekiranya guru menguasai ilmu konten pedagogi dengan
menggunakan strategi mengajar yang dapat memotivasikan murid untuk
belajar dalam unit konten pelajaran dalam kelas.
Hasil keputusan kajian ini telah mendapati bahawa sebilangan
kecil (8.5 %) sahaja guru Pendidikan Jasmani yang menguasai teras
pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Sehubungan itu,
penguasaan teras pengetahuan mengajar sangat berbeza di antara guru
opsyen dengan bukan opsyen Pendidikan Jasmani. Walau bagaimanapun,
bagi guru yang menguasai teras pengetahuan mengajar, mereka dapat
melaksanakan pengajaran yang baik dan berkesan dengan melibatkan
murid dalam proses pembelajarannya dalam pelajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah-sekolah yang dikaji.
Justeru itu, adalah disimpulkan bahawa mata pelajaran Pendidikan
Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen Pendidikan Jasmani kerana
mereka telah didedahkan dengan ilmu konten (bidang) supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna,
bermakna dan berkesan.
Kesimpulan
Keputusan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa hanya
sebilangan kecil guru (16 orang atau 8.5 %) yang menguasai teras
pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi
manakala (173 orang atau 91.5 %) guru menguasai teras pengetahuan
dalam mengajar Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Dapatan
tersebut menggambarkan bahawa guru Pendidikan Jasmani yang dikaji
masih kurang menguasai ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu
konten pedagogi dalam bidang yang diajar. Menurut Shulman (1987),
seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan terutamanya ilmu
konten pedagogi untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang
pelajarannya di sekolah. Ilmu konten pedagogi sangat penting kerana
matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik
mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi
lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.
Sehubungan itu, Shanker (1985) telah melaporkan bahawa guru di
Amerika Syarikat yang dikaji menggunakan kemahiran profesional am
(ilmu pedagogi am) dengan lebih cenderung memilih tajuk dan kaedah
pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi menangani situasi yang
mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam bidang yang
diajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten
pedagogi daripada ilmu pedagogi am dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kepada murid di sekolah.
Merujuk kepada pernyataan di atas, hasil kajian ini telah
mendapati bahawa seramai 18 orang atau 9.5 % guru Pendidikan
Jasmani yang benar-benar menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap
tinggi. Manakala seramai 171 orang atau 90.5 % guru Pendidikan
Jasmani menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap sederhana. Guru
yang menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi kesemuanya
adalah guru opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Maklumat tersebut
telah mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara
guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan ilmu konten
pedagogi dalam Pendidikan Jasmani. Justeru itu, penguasaan ilmu
konten pedagogi mempunyai hubungan dengan keberkesanan pelaksanaan
pengajaran guru Christensen (1996). Hubungan tersebut lebih
berkesan sekiranya guru menguasai ilmu konten pedagogi dengan
menggunakan strategi mengajar yang dapat memotivasikan murid untuk
belajar dalam unit konten pelajaran dalam kelas.
Hasil keputusan kajian ini telah mendapati bahawa sebilangan
kecil (8.5 %) sahaja guru Pendidikan Jasmani yang menguasai teras
pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Sehubungan itu,
penguasaan teras pengetahuan mengajar sangat berbeza di antara guru
opsyen dengan bukan opsyen Pendidikan Jasmani. Walau bagaimanapun,
bagi guru yang menguasai teras pengetahuan mengajar, mereka dapat
melaksanakan pengajaran yang baik dan berkesan dengan melibatkan
murid dalam proses pembelajarannya dalam pelajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah-sekolah yang dikaji.
Justeru itu, adalah disimpulkan bahawa mata pelajaran Pendidikan
Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen Pendidikan Jasmani kerana
mereka telah didedahkan dengan ilmu konten (bidang) supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna,
bermakna dan berkesan.
Rujukan
Christensen, D. (1996). The profesional knowledge research base
for teacher education. In M. W. Metzler. (2000). Instructional
models for physical education (21). Boston: Allyn and Bacon.
Craft, A. (2002). Creativity and early years education: A life
wide foundation. London: Continum.
Dunne, R., & Wragg, T. (1994). Effective teaching. London:
Routledge.
Gripps, C., McCallum, B., & Hargreaves, E. (2001). What
makes a good primary teachers? Expert classroom strategies. London:
Routledge Falmer.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Orlich, D. C. (1998). Teaching strategies: A guide to better
instruction (5th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.
Ornstein, A. C. (1995). Teaching theory into practice. USA:
Allyn & Bacon.
Shanker, A. (1985). Educations dirty little secret. New York
Times, October, 1986.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of
the new reform. Harvard Educational Review, 15(2), 4 14.
Stephens, P., & Crawley, T. (1994). Becoming an effective
teacher. Wellington Street: Stanley Thomes (Publisher) Ltd.
E-Forum
Ke atas
Pernyataan Masalah Objektif MetodologiPerbincangan dan
Kesimpulan
Keputusan Kesimpulantentang kami | panduan pemakalah | sidang
editor | makalah | arkib | ulasan buku | penerbit upsi | halaman
utama
PengenalanAbstrak Rujukan