PKB 3109 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
KONSEP TERAPI Terapi merupakan satu cara atau kaedah bagi
mengubah pemikiran ,perasaan dan tingkah laku yang mana terapi
boleh di bahagikan kepada tiga aspek utama iaitu terapi kognitif
,terapi psikodinamik dan terapi tingkah laku .sebagai contohnya
terapi kognitif bermula dengan pemikiran individu bagi mengubah
perasaan dan tingkah laku, terapi psikodinamik pula member
penekanan kepada perasaan.
Konsep terapi dalam Pendidikan Khas Konsep terapi dalam
pendidikan khas adalah berasaskan kepada konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas
terdiri daripada mereka yang memiliki ketidakupayaan, kecacatan
halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi
kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah
terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan yang tersebut di atas.Terapi dalam pendidikan khas
adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke
satu peringkat yang lebih tinggi.
DEFINISI TERAPI Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk
mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.Menurut
kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan
pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit
dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam
konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah
untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap
sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran tertentu.
1.TERAPI SENI VISUALDEFINISI
Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah
laku,ianya juga merupakan terapi yang bersifat batiniah untuk
merawat mental dan jiwa melalui kaedah kognitif,psikomotor dan
efektif. Menggunakan seni visual sebagai instrument dapat membantu
pelajar mengatasi kekeliruan dan kecelaruan emosi serta tekanan
bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran malahan
dalam kehidupan harian.Terapi seni menggunakan media seni, imej,
proses kreativiti seni dan tindak balas untuk menghasilkan
produk.
Kepentingan terapi seni Terapi seni dapat membantu dalam
menyelesaikan konflik emosi serta meningkatkan kesedaran dan
semangat kendiri murid, ianya turut membina kesedaran sosial dan
seterusnya mengubah tingkah laku murid.di samping itu terapi seni
dapatmembantu murid membina strategi penyelesaian masalah mereka
sendiri dan seterusnya mampu meningkatkan kemahiran penguasaan
hidup Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan seni
merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan ianya
juga adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari. Aktiviti seni
adalah pengalaman universal serta tidak idak terhad kepada individu
tertentuFungsi seni dalam pendidikan
Aktiviti seni dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental
dan estatik serta menyumbang kepada kepuasan diri dan penyelesaian
masalah ianya turut mempengaruhi perkembangan personalit murid dan
sebagai salah satu alat bagi membantu pertumbuhan kanak-kanak
Kepentingan seni visual kepada murid bermsalah
pembelajaranTerapi seni juga dapat meningkatkan keupayaan
berinteraksi murid dengan alam sekitar serta sebagai satu medium
bagi pelajar meluahka perasaan serta mampu menguatkan daya
imaginasi di samping dapat menguatkan motor kasar dan motor
halusAktiviti terapi seni yang boleh dilakukan Catan Kolaj dan
asemblaj Reka bentuk Anyaman Kraftangan
2.TERAPI PERTUTURANDEFINISI TERAPI PERTUTURAN Kamarudin Hj Husin
(1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan
bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator).
Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa
manusia. Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada
percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa
ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. Terapi
pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi
oleh seseorang individu. Terapi pertuturan juga adalah kaedah yang
digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam
menyebut perkataan dan berkomunikasi. Menurut Encyclopedia
Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki
kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga,
sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi,
perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa.
Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang
menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik
Kepentingan terapi pertuturanMelatih murid menguasai kemahiran
tertentu ,terapi pertuturan turut membantu murid menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan
sosial individu serta meningkatkan tahap keupayaan murid.
Strategi pemulihan Aktiviti intervensi bahasa Terapi artikulasi
Terapi motor lisan
Aktiviti yang boleh dilakukan Menggerakkan lidah ke atas, ke
bawah, ke kiri an ke kanan Membunyikan vokal dengan panjang
Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah) Meniup belon
Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air
3.TERAPI MUZIK DEFINISI Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008),
terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang
profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,
pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan
fizikal.Objektif terapii. Pengurusan tingkah lakuii. Tingkatkan
penglahiran perasaaniii. Tingkatkan harga diriiv. Tingkatkan
keupayaan akademikv. Kembangkan emosivi. Mudahkan komunikasi
interpersonaldan intrapersonalvii. Latih pertuturanJenis peralatan
muzik a) Peralatan muzik tradisional Melayu - Di palu (rebana,
beduk, kompang) - Di petik (rebab, gambus, kecapi) - Di tiup
(serunai, seruling, tetuang) - Di goncang (angklung)
b) Perlatan muzik Barat - Perkusi tidak berpic (tamborin,
kerincing, kastenet) - Tiup dan bras (rekoder, seksofon, trompet) -
Bertali (piano, biola, mandolin)
Langkah-langkah bermain alat muzik Terdapat beberapa langkah
yang perlu diberi perhatian semasa mengajar murid bermasalah
pembelajaran bemain alat muzik. a) memperkenalkan peralatan muzik
b) guru membuat demonstrasi c) aktiviti warming up yang sesuai d)
teknik bermain yang betul e) postur badan yang betul f) membunyikan
pola ritma g) memainkan corak ritma h) bermain mengikut giliran i)
membuat pergerakan yang sesuai h) bermain secara keseluruhan
Pemilihan muzik sebagai satu rawatan muzik adalah suatu fenomena
yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan
gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya
dengan pemikiran dan tubuh badan. muzik memberi kesan interaksi
antara dan sesama individu. ia boleh mendorong dan menstruktur
sesuatu aktiviti dan pencetusan idea. muzik merupakan sumber kepada
keseronokan, memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan
interaksi yang positif.
Kepentingan terapi muzik murid terencat akal dapat meningktkan
kemahiran sosial dan emosi serta dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi , meningkatkan kemahiran psikomotor murid bermasalah
komunikasi meningkatkan kelancaran pertuturan membetulkan masalah
suara meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi murid autistic
meningkatkan pertuturan dan bahasa komunikasi meningkatkan
kemahiran sensorimotor menggalakkan interaksi sosial
Aktiviti terapi muzik Membuat pergerakan mengikut lagu Menulis
lirik lagu Bermain berlatar belakangkan muzik Mengenal dan membuat
latihan menggunakan alat muzikLatihan praktikal guna alat muzik
4.TERAPI FISIODEFINISI Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan
untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar.
Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh
yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan,
melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.
Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal
tertinggi yang mampu dicapainya Terapi fisio boleh didefinisikan
sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn
menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut : mengurut
manipulasi latihan teraputik penyejukan dan pemanasan terapi hidro
rangsangan menggunakan elektrik rangsangan menggunakan cahaya
-Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan
pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu
kecederaan atau penyakitAktiviti fisio terapi- Terapi fisio kerap
dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio
yang dilaksanakan di adalah bergantung kepada permasalahan
psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.-Terdapat beberapa
kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti : Latihan
berpusatkan motor halus- memotong-menggunting- mencabut- meramas-
menguli- merenyuk- mencubit- memicit
Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar -Membaling- Menolak-
Memukul- Melambung- Menyambut Latihan imbangan-Berdiri dengan
sebelah kaki- Membawa buku di atas kepala- Berdiri di atas kerusi
Latihan koordinasi-memasukkan jarum ke dalam lubang manik
-melambung dan menyambut bola berbagai saiz
KEPENTINGAN DAN FAEDAH AKTIVITI TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Aktiviti terapi di wujudkan bertujuan bagi membantu individu
yang mempunyai masalah-masalah dari segi fizikal, mental,emosi
serta sosial. Pelbagai jenis terapi telah di reka khas mengikut
masalah masalah yang di alami oleh seseorang yang mana pada
akhirnya akan menjurus kepada perubahan atau lebih tepat lagi
kepada pemulihan dari segi kognitif,psikodinamik, serta tingkah
laku mereka. Penglibat murid-murid berkeperluan khas dalam
sesi-sesi terapi adalah di haruskan kerana ia mendatangkan banyak
faedah serta kepentingan kepada mereka dan kepentingan itu dapat
dilihat apabila terapi turut di masukkan dalam di dalam persediaan
mengajar guru. Di antara kepentingan terapi kepada kanak-kanakkhas
adalah ianya dapat membantu murid-murid mengembangkan kemahiran
oto- otot mereka. Dari segi fizikal kanak-kanak khas dan kanak-kank
normal terdapat sedikit perbezaan ,namun dari sudut penggunaan
fungsinya masih sama kerana manusia di cipta mempunyai ketulan
otot-otot yang terdiri dari otot besar dan kecil. Melalui otot
besar kita dapat melatih kemahiran motor kasar apabila kita
menggunakan terapi fizikal atau lebih di kenali sebagai
fisioterapi, sebagai contoh aktiviti terapi fisio adalah
berlari,berjalan melompat dan sebagainya. Manakala bagi otot-otot
kecil pula dapat kita bantu melalui dengan cara mengembangkan
kemahiran motor halus mereka seperti memasukkan benang di dalam
straw ,menggunting, menampal. Melipat kertas atau pakaian,
membutang baju, menjahit dan lain-lain yang memerlukan mereka
melakukan kawalan terhadap penggunaan otot-otot besar dan otot-otot
kecil untuk melakukan pergerakkan berfungsi pada tahap mudah.
Kepentingan dan faedah terapi kepada kanak-kanak berkeperluan khas
yang seterusnya adalah membantu mereka menghilangkan tekanan.
Kekurangan yang terdapat pada mereka menyebabkan masyarakat
sekeliling memandang rendah kepada kanak-kanak khas ini.serta
mengambil pendekatan menjauhi kanak-kanak ini.perkara sebegini
mendatangkan tekanan kepada kanak-kanak ini dari segi emosi dan
mempengaruhi tingkah laku mereka terapi yang merupakan cara yang
terbaik bagi kanak-kanak ini melepaskan tekanan adalah terapi
bermain dan terapi seni. Melalui permainan murid akan merasa
seronok dan melupaka masala serta tekanan yang sedang mereka
hadapi. Begitu juga dengan terapi seni . Kepentingan dan faedah
terapi selain daripada yang dinyatakan di atas adalah, terapi turut
membantu dala kawalan diri, mengurus diri ,sebagaimana yang kitaa
tahu kanak kanak khas memiliki kekurangan serta kelemahan dalam
motor halus dan motor kasar yang mana kordinasi tubuh , kordinasi
tangan dan mata mereka lemah. Melaui sesi terapi yang di jalankan
kepada mereka mereka dapat melatih dan mengembangkan fungsi mereka
ketahap yang paling tinggi mereka mampu capai.. Selain itu
,terdapat lebih banyak lagi kepentingan dan faedah terapi kepada
kanak-kanak khas seperti membina keyakinan dalaman diri murid,
meransang pertuturan dan meningkatkan pertuturan serta komunikasi
serta meningkatkan kesabaran murid dan melatih daya
konsentrasi.
LAPORAN KELEMAHAN MURID YANG MEMERLUKAN TERAPI Saya telah
memilih empat jenis terapi iaitu terapi seni visual, terapi cara
kerja terapi pertuturan dan terapi muzik untuk di aplikasikan ke
atas pelajar yang di pilih bagi membantu memulihkan kemahiran motor
halus, emosi,serta masalah pertuturan pelajar. Di samping itu ianya
turut dapat membantu pelajar dalam membina sosial serta keyakinan
diri. Muhammad Arif Hilman berusia 7 tahun merupakan pelajar
pendidikan khas di SK Gunong. Beliau mengalami masalah autisma
setelah didiagnose oleh pakar perubatan. Berdasarkan pemerhatian
terhadap pelajar ini ,didapati pelajar ini bermasalah dari segi
pertuturan ,emosi, motor kasar dan motor halus. Pendekatan terapi
ini di gunakan bagi membantu arif menguasai kemahiran tersebut.dan
seterusnya membantu arif dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi
oleh arif
Maklumat murid
Nama : Muhammad Arif Hilman Bin Ismail Umur : 10 Tahun No OKU :
LD140011000154 Kategori : Autisme Tarikh Lahir : 20 julai 2006
PERANCANGAN EMPAT SESI TERAPI Hasil dari perbincangan dengan rakan
sekerja di sk gunong serta perolehan sumber mengenai terapi dari
bahan bacaan melalui internet , buku saya telah memilih empat jenis
terapi yang bersesuaian dengan masalah yang di alami oleh adik arif
. empat terapi yang saya pilih itu adalah
JENIS TERAPIALATANAKTIVITI YANG DI RANCANG
Terapi Seni Visual
Kertas lukisan,kertas warna,dan gamMengoyak kertas,membina
kreativiti dan imaginasi melalui aktiviti kolaj
Terapi Fisio/fizikal
Tali, objek berlubangMemasukkan tali kedalam lubang (latihan
kordinasi)
Terapi pertuturan
Mangkuk berisi air, bola ping-pongMeniup bola ping-pong di atas
permukaan air
Terapi muzik
Kompang /gendang , radioMemukul gendang mengikut irama lagu.
AMALI SESI TERAPI TERAPI SENI VISUALTarikh : 3 September
2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Mengoyak kertas,membina
kreativiti dan imaginasi melalui aktiviti kolajAlatan : Kertas
lukisan,kertas warna,dan gam Bagi sesi terapi yang pertama iaitu
terapi seni visual saya telah menyediakan beberapa peralatan
seperti kertas lukisan ,kertas warna serta gam bagi tujuan supaya
pelajar dapat membuat aktiviti seni kolaj . tujuan aktiviti ini
adalah bagi mengalakkan pelajar membina kreativiti serta tumpuan di
samping meningkatkan daya imaginasi pelajar. Di samping itu
aktiviti ini turut dapat membantu pelajar memahirkan kemahiran
motor halus.
AMALI SESI TERAPI- ( TERAPI PERTUTURAN)Tarikh : 3 September
2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Meniup bola ping-pong di atas
permukaan airAlatan : Mangkuk berisi air, bola ping-pongSesi terapi
pertuturan kepada arif pula saya menggunakan peralatan mangkuk
berisi air dan bola ping pong. . aktiviti ini bertujuan bagi
membantu arif yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi. Di samping itu aktiviti ini tirit membantu dalam
pengawalan pernafasan.Saya mendapati aktiviti ini menyeronokkan
bagi arif dan seterusnya boleh membantu arif dalam menjalani terapi
ini dengan lebih berkesan.
AMALI SESI TERAPI- ( TERAPI MUZIK )Tarikh : 3 September
2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Memukul gendang mengikut irama
lagu.Alatan : Kompang /gendang , radio Sesi terapi muzik yang di
jalankan terhadap arif mampu meningktkan kemahiran sosial dan emosi
serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi arif, meningkatkan
kemahiran psikomotor murid seperti arif yang bermasalah komunikasi
meningkatkan kelancaran pertuturan membetulkan masalah suara
meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi murid autistic
meningkatkan pertuturan dan bahasa komunikasi meningkatkan
kemahiran sensorimotor menggalakkan interaksi sosial. Arif di minta
untuk memukul gendang mengikut rentak yang di ajar mengikuti irama
muzik yang di mainkan.
AMALI SESI TERAPI- ( TERAPI FISIO )Tarikh : 4 September
2013Tempat :kelas MutiaraAktiviti : Memasukkan tali kedalam lubang
(latihan kordinasi)Alatan : Tali, objek berlubangTerapi ini
merupakan satu latihan kordinasi mata dan tangan bagi arif
memandangkan terdapat kelemahan pada otot tangan atau motor halus
arif , disamping itu terapi ini turut membantu fokus serta tumpuan
arif terhadap sesuatu. Perkara