PENDAHULUAN
Perkataan nusantara adalah berasal daripada dua perkataan bahasa
Jawakuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Penggunaan kata ini
sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Indonesia yang
bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam
penggunaan bahasa moden, istilah nusantara merujuk kepada
lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang
merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian
paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin
juga Taiwan. Daerah Papua New Guinea tidak terlibat dalam
lingkungan ini.
Maka istilah yang berpadanan untuk nusantara dalam bahasa
Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah
kepulauan di antara. Alam Melayu ini secara tidak langsung kita
pasti akan merujuk kepada orang-orang melayu yang pada masa sebelum
kedatangan Islam, mereka dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan
mengamalkan animisme.KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
Perkembangan Islam ke Alam Melayu adalah begitu unik dan
istimewa sekali kerana tidak ada langsung unsur peperangan ataupun
kekerasan. Ianya masuk ke Alam Melayu dengan cara aman dan
perkembangannya agak cepat. Terdapat beberapa faktor, mengapa
nusantara ini menjadi perkembangan Islam yang istimewa. Ini adalah
kerana kedudukannya yang strategik iaitu berada di tengah-tengah
perjalanan Timur dan Barat. Ianya juga dihubungai dengan Selat
Melaka dan Laut Cina Selatan. Kedudukan ini penting kerana
merupakan laluan pedagang-pedagang asing khususnya dari Negara
Arab, Cina dan India.
Selain itu juga, keadaan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut
juga merupakan arah angin yang sesuai untuk para pedagang belayar
sehingga pelabuhan di Selat Melaka yang menjadi tumpuan para
pedagang untuk bersinggah. Selain itu juga, nusantara ini terletak
di daerah tropika yang kaya dengan hasil buminya di darat ataupun
di laut. Antara barang-barang yang menjadi tumpuan para pedagang
ialah hasil-hasil hutan, logam dan pertanian.
Menurut sejarah, kedatangan Islam ke nusantara telah mencetuskan
pelbagai pendapat dan juga persoalan. Tarikh bilakan Islam itu
mula-mula sampai ke Alam Melayu, golongan manakah atau siapakan
yang mula-mula menyebarkan Islam masih lagi kabur dan tidak dapat
dipastikan dengan tepat. Keadaan ini telah menyebabkan banyak teori
kedatangan Islam telah dihasilkan. Walaupun begitu, terdapat 3
teori utama bagi menjelaskan kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu
teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab, India dan juga
China.
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB
Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab telah dikemukakan oleh
John Crawford pada kurun ke-7 Masihi. Pendapat ini telah disokong
oleh Proffesor Syed Muhamad Naquib Al-Attas dengan menyatakan
bahawa perdagangan orang Arab bermula pada Zaman Jahiliyah lagi dan
Islam mula tersebar selepas aktiviti perdagangan ini dikuasai oleh
pedagang Arab.
Orang Arab dan Parsi mempunyai penempatan di Canton atau Amoy
sejak tahun 300 Masihi, ini dibuktikan menerusi catatan yang dibuat
oleh China. Pedagang Arab dapat menguasai perdagangan laut dari
pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China dan telah berdagang
secara berterusan di Nusantara sehinggalah kemunculan Islam pada
abad ke 7M. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Nusantara
sebelum ke China seperti di pelabuhan Selat Melaka bagi menunggu
perubahan angin monsun sebelum merenuskan pelayaran ke China.
Menurut catatan juga, penemuan perkampungan Islam di Sumatera
Utara pada 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah iaitu perkampungan yang
diberi nama Ta Shih. Perkampungan ini di huni oleh orang-orang Arab
sementara menunggu pelayaran mereka. Mereka melakukan urusan jual
beli dari China dan India dan melalui perkampungan ini juga mereka
melakukan aktiviti kehidupan harian seperti biasa dan secara tidak
langsung menyebarkan agama Islam. Terdapat juga pedagang Arab yang
berkahwin dengan wanita tempatan.
Menurut Proffesor Syed Muhamad Naquib Al-Attas mengemukankan
kewujudan persamaan bahan penulisan iaitu perkataan Arab terdapat
dalam tulisan jawi, sastera, adab resam dan kebudayaan orang melayu
yang hampir sama dengan orang Arab contohnya zapin dan dabus. Cara
pembacaan al-Quran juga jelas pengaruh dari Asia Barat.
Selain itu juga, penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang
Terengganu pada 1899 Masihi, juga merupakan satu bukti yang kuat
bahawa Islam wujud di Terengganu. Batu Bersurat itu ditulis dengan
tulisan jawi berbahasa Melayu yang menunjukkan tarikh 702H,
menyebut Islam sebagai agama rasmi dan sedikit tentang hukum
syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman zina dan
hukuman terhadap yang berhutang.
Bukti yang jelas lagi ialah tentang pengislaman raja-raja Melayu
yang telah di lakukan oleh Syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai, keturunan sufi berjaya
mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih). Parameswara juga telah
diislamkan oleh Syed Abdul Aziz yang datang dari Jeddah. Raja
Pattani iaitu Phaya Tu Nakpa juga telah diislamkan oleh Syeikh Said
dan menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Maharaja Derbar Raja II,
Raja Kedah telah diislamkan pada tahun 513H atau 1136M oleh Syeikh
Abdullah al-Qaumiri al-Yamani yang merupakan seorang ulama
berbangsa Arab dari Yaman. Terdapat ramai mubaligh Islam yang
terdiri daripada orang Arab atau Parsi.TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI
CHINA
Teori yang seterusnya ialah teori kedatangan Islam dari China.
Seorang sarjana dari Sepanyol yang bernama Emanuel Godinho Eredia
telah mengemukan teori bahawa Islam datang dari Negara China pada
kurun ke 9 Masihi melaui Canton dan Hainan. Canton atau Khan Fo
merupakan pusat perdagangan orang Islam dari Arab dan Parsi.
Penyebaran agama Islam terlah bermula dari sana dan seterusnya
tersebar ke Nusantara juga melalui pedagangan.Syed Naquib al-Atas
juga ada menyatakan berlakunya pemberontakan di Canton sekitar
tahun 877 Masihi / 878 Masihi. Terdapat ramai pedagang yang
beragama Islam terkorban dan ada yang menyelamatkan diri dengan
berhijrah ke Kalah iaitu Kedah dan Palembang. Menerusi catatan
Dinasti Sung pula, pada awal 977 Masihi, kedatangan Islam adalah
sepanjang pantai Laut China Selatan. Penemuan batu bersurat di
Terengganu merupakan satu bukti yang kuat bahawa Islam datang dari
pantai Negara China.
Selain itu juga, terdapat pendapat daripada SQ Fatini yang
menyatakan bahawa berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang
Islam di Canton ke Nusantara pada 876 Masihi kerana berlakunya
pemberontakan pada ketika itu. Penemuan sepasang batu nisan
bertarikh 1928 Masihi di Kg Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan
Pahang membuktikan Islam dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi
Laut China Selatan ke IndoChina sebelum sampai ke Pahang.
Unsur seni bina yang terdapat di masjid-masjid di Nusantara
seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa juga mempunyai persamaan
dengan unsur seni bina di China. Contohnya di Melaka, rekabentuk
bumbung, atap genting, warna merah dan kuning pada kayu kepala
pintu serta tingkap, lantai, dinding dan tangga hampir sama dengan
seni bina di China.
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA
Teori seterusnya pula adalah Islam datang dari India yang telah
dikemukakan oleh seorang sejarawan Belanda, Snouck Hurgronje.
Beliau menyatakan bahawa Islam datang dari India melalui Cambay
dalam wilayah Gujerat dan Koromandel pada kurun ke 13 Masihi. Teori
ini disokong oleh bukti dimana terdapatnya hubungan pedagangan di
antara beberapa negara di Nusantara dan India sejak awal lagi.
Pedagang Islam dari Gujerat berniaga sambil menyebarkan agama
Islam.
Teori ini juga dapat dibuktikan dengan penemuan batu nisan dan
batu bersurat yang dijumpai di kawasan Asia Tenggara sama dengan
sejenis batu yang didapati di Gujerat dan Koromandel. Batu nisan
yang dijumpai di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu
nisan pada perkuburan Sultan Malikul Sallleh, Raja Samudera yang
bertarikh 1297 Masihi dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan
dari segi reka bentuk batu nisan di India.
Pada abad ke13 Masihi, Bengal telah jatuh ke tangan umat Islam
dan dijadikan sebagai pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam
terulung di India. Terdapat ramai pelajar yang lulus di pusat
pengajian tersebut dan telah merantau ke Nusantara untuk
mengembangkan ajaran Islam dengan mengamalkan Mazhab Syafie. Mereka
telah datang ke Nusantara menyebarkan Islam dan ada diantaranya
telah berkahwin dengan wanita tempatan. Malalui perkahwinan
tersebut mereka menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji
Al-Quran dan juga fardu ain.
Penerangan yang telah dibuat tentang kedatangan Islam ke
Nusantara dari Arab, China dan India seolah-olah tidak ada satu pun
ketetapan teori yang sebenarnya bertanggungjawab membawa Islam ke
Alam Melayu. Oleh itu boleh dikatakan bahawa penyebaran Islam masih
lagi kabur tetapi berdasarkan teori, dan juga pendapat sarjana
serta bukti peninggalan sejarah, kita dapati bahawa penyebaran
Islam dari Semenanjung Tanah Arab adalah hampir tepat.UNSUR-UNSUR
YANG MEMUDAHKAN PENGARUH ISLAM DITERIMA KE ALAM MELAYU
Seperti yang kita ketahui sejak zaman nabi lagi, Islam dapat
diterima oleh masyarakat pada ketika itu walaupun pada mulanya
ditentang hebat oleh masyarakat termasuk ahli keluarga sendiri.
Namun, semua itu dapat diatasi oleh nabi kerana banyak faktor yang
mempengaruhi dan dapat diterima oleh masyarakat.
Nabi Muhammad s.a.w telah menyebarkan Islam bermula dengan cara
senyap-senyap sehinggalah secara terbuka dan akhirnya dapat
diterima dengan mudah kerana baginda mempunyai sikap yang terpuji,
akhlak yang mulia, bijaksana serta merupakan seorang insan yang
disanjungi. Begitulah juga di tanah Melayu, Islam juga dapat
diterima dengan mudah kerana terdapat beberapa faktor ataupun unsur
yang mempengaruhinya.
1) Keistimewaan Agama Islam
Unsur yang pertama dan yang terpenting sekali adalah
keistimewaan Agama Islam itu sendiri. Agama Islam adalah agama yang
paling lengkap dan sempurna yang meliputi semua bidang dalam
kehidupan manusia. Ianya meliputi hubungan manusia dengan Allah,
hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam
sejagat.
Agama Islam ini meyeluruh bermula dari sebelum roh ditiupkan ke
tubuh sehinggalah alam barzah (kubur) serterusnya ke alam akhirat.
Manusia sentiasa dipandu dengan peraturan, amalan, syariat, fardu
ain dan fardu kifayah agar sentiasa berada dalam landasan Islam
yang sebenar. Ini juga telah mencerminkan bahawa Islam itu sesuai
sebagai panduan hidup manusia. Ini bermakna Islam itu lengkap dan
sempurna.
Ajaran Islam yang mudah difahami dan mudah juga untuk diamalkan
menjadi penyebab utama diterima kealam melayu. Agama Islam
disebarkan dengan cara yang damai dan tiada paksaan ataupun
peperangan. Agama Islam juga mudah difahami dan tidak bercanggah
dengan rasional manusia. Semua golongan yang menganuti Islam
mendapat manfaatnya dan sesuai dengan tabii manusia setiap masa.
Antara ajaran yang dapat diterima ialah seperti setiap manusia itu
sama disisi Allah tanpa mengira bangsa, kulit dan rupa serta
keturunan.
Perkara yang istimewa dalam ajaran Islam ialah, apabila mereka
memeluk agama Islam, segala perbuatan yang buruk atau kejahatan
yang telah dilakukan, amalan atau kepercayaan yang telah diamalkan
akan terhapus segala dosa-dosanya yang lalu. Ini dapat dibuktikan
dalam Hadis Kesepuluh.
Selain itu juga, perkara yang menjadi panduan dalam hidup
merupakan sebuah naskah yang tidak boleh dicipta atau dihasilkan
oleh sesiapa iaitu kitab Al-Quran. Kitab ini diturunkan oleh Allah
melalui Malaikat Jibrail. Dalam kitab ini, sangat lengkap dan
sempurna untuk kita fahami, kerana segala apa yang kita perlukan
ada didalamnya. Contohnya, tentang kejadian manusia, alam semesta,
perundangan dan lain-lain lagi.
Secara keseluruhanya tidak dinafikan lagi bahawa keistimewaan
agama Islam itu sendiri telah menjadi faktor utama dalam
penerimaannya ke alam Melayu.
2) Pedagangan
Seperti yang kita ketahui, teori kedatangan Islam adalah melalui
para pedagang yang datang dari Arab, China dan India. Secara tidak
langsung ini merupakan unsur kenapa Islam itu diterima dikalangan
masyarakat pada ketika itu. Ini merupakan faktor utama Islam
meresap ke Tanah Melayu.
Pelabuhan di Selat Melaka merupakan salah satu pusat perdagangan
yang terkenal dan tempat menjadi persinggahan pedagang bagi
menunggu perubahan angin monsun sebelum meneruskan pelayaran. Ada
diantara mereka telah membina perkampungan di situ. Mereka juga
membawa ulamak bersama untuk menyampaikan dakwah.
Kehidupan harian para pedagang dan ulamak ini menjadi perhatian
kepada masyarakat antaranya sikap dan kelakuan yang baik telah
ditunjukkan oleh mereka. Antara sikap yang baik adalah jujur dalam
perniagaan, tiada penipuan, tiada penindasan serta bekhemah tinggi.
Sikap yang mulia ini telah menarik minat masyarakat setempat untuk
mengetahui lebih mendalam tentang amalan dan juga kepercayaan yang
telah diamalkan oleh para pedagang. Secara tidak langsung keadaan
ini menjadi laluan yang mudah untuk agama Islam disebarkan.
Selain itu juga, kehidupan para pedagang dan ulama menepati
waktu dan juga berdisiplin contohnya seperti masuk waktu menunaikan
solat, mereka bersama-sama menunaikan solat. Ini merupakan akhidah
yang dibawa oleh mereka secara tidak langsung dapat menarik minat
masyarakat sekitarnya. Mengikut sejarah, ketika pedagang dan ulama
menunaikan solat, Parameswara telah melihat dan bertanya kepada
pembesarnya. Kejadian ini telah menarik minat Parameswara
mengetahui dengan lebih lanjut agama yang diamalkan oleh
mereka.
3) Peranan Mubaligh / Ulama / Pendakwah
Seterusnya, penaran mubaligh atau pendakwah atau ulamak juga
merupakan satu unsur Islam itu mudah diterima. Para ulama ini
mempunyai sikap dan keperibadian yang baik, jujur, berterus terang,
lemah lembut, berbudi bahasa, ramah serta lain-lain lagi membuat
masyarakat melayu suka bergaul dengan mereka. Apabila mereka
bergaul dengan para ulama ini, secara tidak langsung dapat melihat
cara hidup dan pergaulan yang berlandaskan Islam. Penduduk tempatan
tertarik dan ingin mendalami Islam.
Penduduk mula bejinak-jinak mengenali Islam melalui dakwah yang
disampaikan oleh ulama secara tidak formal dan lama kelamaan secara
formal di masjid-masjid, istana dan di rumah. Cara ulama
menghormati dan mengekalkan budaya setempat selagi tidak bercanggah
dengan aqidah Islam, benar-benar mempengaruhi penduduk tempatan
seperti melalui permainan gemelan dan wayang kulit sebagai
perantaraan menyampaiakan Islam.
Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah yang
terkenal di Asia Tenggara. Wali Songo atau juga dikenali dengan
nama Wali Sembilan amat terkenal di tanah Jawa semasa zaman
kerajaan Demak. Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Ishak,
Maulana Yusuf dan Sidi Arab merupakan pendakwah yang terkenal di
Melaka. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ulamak dan pendakwah ini
telah berjaya mengislamkan ramai penduduk tempatan dan meninggalkan
kesan yang mendalam kepada kegemilangan kerajaan di Melaka
khasnya.
4) Hubungan baik dengan pemerintah
Selain itu juga, hubungan yang baik diantara para pedagang Islam
dengan pemerintah juga menjadi penyebab agama ini mudah tersebar.
Para pedagang Islam akan diberi keistimewaan tertentu ketika mereka
singgah dan berniaga di tanah melayu oleh pemerintah.
Hubungan yang baik ini telah menyebabkan pemerintah telah
memberi keistimewaan kepada pedangan dan ada yang diberi jawatan
syahbandar. Peluang ini telah digunakan oleh para pedagang dalam
berdakwah dan menyebarkan agama Islam.
Dengan ini peluang untuk mereka berdakwah adalah lebih mudah
lagi terutama golongan pemerintah seterusnya masyarakat setempat.
Ini dapat dibuktikan dengan pengislaman Parameswara. Baginda telah
diislamkan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid
Abdul Aziz. Parameswara telah menukar namanya kepada Sultan
Iskandar Syah.
Selepas baginda memeluk Islam, para pembesar juga akan memeluk
islam seterusnya rakyat jelata juga akan mengikut jejak langkah
pemerintahnya. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat melayu
khususnya sangat mentaati golongan pemerintah. Golongan pemerintah
mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat tempatan. Penduduk
tempatan akan mengikut tindakan pemerintah yang menganuti agama
Islam. Seterusnya akan wujudlah sebuah kerajaan Islam yang kuat
kerana Islam tersebar dengan cepat, contohnya seperti Kerajaan
Melayu Melaka.
5) Kelahiran Kerajaan-kerajaan Islam
Apabila raja dan pembesar memeluk agama Islam, rakyat akan
mengikut jejak langkah pemerintah. Kerajaan itu juga akan
mengamalkan sistem pentadbiran bercorak Islam dan berlandaskan
hukum-hukum Islam. Oleh itu akan bermulalah era kerajaan Islam.
Secara tidak langsung kerajaan ini akan meluaskan jajahan takluk
dan menyebarkan agama Islam dengan meluas kepada penduduk tempatan
khususnya dan seterusnya ke jajahan sekitarnya. Contoh kerajaan
islam yang wujud ialah Kerajaan Melayu Melaka, Sumatera-Pasai,
Acheh, Demak, Mataram, Sul dan Mindanao.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Undang-Undang Islam telah
dijadikan sebagai undang-undang negara. Usaha ini telah dimulakan
sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Undang-undang yang telah
dihasilkan pada waktu itu ialah Hukum Kanun Melaka iaitu meliputi
bidang yang luas termasuklah jenayah, muamalah, keluarga, acara,
keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan
pemerintahan. Hukuman yang dilaksanakan adalah berbentuk hukum
hudud, qisas, diat dan tazir. Pada masa Kesultanan Melayu Melaka,
undang-undang yang termaktub dapat diterima pakai secara meluasnya
dan sentiasa menjadi panduan dalam kehidupan seharian.
Pada kegemilangan Kerajaan Melaka, zaman Bendahara Tun Perak,
kerajaan ini telah meluaskan kuasanya ke Terengganu, Pahang,
Patani, Inderagiri, Kampar, Rokan, Johor, Siak dan Bangkalis. Pada
ketika itu Agama islam telah berkembang pesat. Ini membuktikan
bahawa pengaruh daripada kerajaan-kerajaan Islam telah menyebabkan
Islam itu diterima dengan mudah ke alam melayu.
Melalui kerajaan-kerjaan islam yang wujud ini, maka lahirlah
pusat kebudayaan yang bertindak sebagai pusat keilmuan dan
penyebaran Islam. Pada zaman keagungan kerajaan Samudera-Pasai,
kerajaan ini menjadi pusat penterjemahan di kepulauan melayu.
Banyak kitab diterjemahkan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.
Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah pernah meminta kerajaan
Samudera-Pasai menterjemahkan kitab Al-Dur Al-Manzum.
Pada zaman kemuncak keagungan kerajaan melayu Melaka, terdapat
beberapa buah buku kesusasteraan yang dihasilkan seperti Hikayat
muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi
Bercukur. Buku ini menjadi semangat dan kekuatan orang Islam dalam
menentang musuh.
6) perkahwinan
Melalui perkahwinan juga agama Islam dapat diterima dengan mudah
dan berkesan tidak kira perkahwinan siasah atau perkahwinan biasa.
Perkahwinan siasah melibatkan kerabat diraja. Perkahwinan raja
dengan negeri yang lain akan menyebabkan kerajaan dibawah negeri
tersebut akan diislamkan secara perlahan-lahan. Contohnya,
Parameswara berkahwin dengan Puteri Raja Pasai. Sultan Melaka iaitu
Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan puteri baginda dengan Raja
Siak.
Perkahwinan para pedagang dengan puteri raja atau pembesar juga
merupakan faktor Islam itu mudah diterima oleh masyarkat selain
dapat menetapkan para pedagang untuk tinggal di dalam negeri.
Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi kerajaan tempatan
kerana perdagangan penting pada ketika itu. Ini dibuktikan dengan
wujudnya perkampungan Arab di Champa, Sumatera dan juga
Kemboja.
Manakala perkahwinan biasa pula terjadi diantara para pedagang
atau ulama-ulama Islam yang datang berkahwin dengan penduduk
tempatan. Melalui perkahwinan biasa, Islam akan tersebar dikalangan
keluarga yang baru dikahwini sehinggalah tersebar dikalangan
masyarakat sekeliling dengan keluarga tersebut.
Rumusan
Kedatangan Islam ke alam melayu sangat memberi kesan kepada
tanah melayu sehingga ke hari ini. Walaupun terdapat beberapa teori
yang mengatakan tentang kedatangan Islam ke Nusantara, ianya boleh
diterima pakai dan menjadi rujukan kepada kita semua. Terdapat 3
teori yang penting ialah teori kedatangan Islam dari Semenanjung
Tanah Arab, teori kedatangan Islam dari China dan teori kedatangan
Islam dari India. Teori-teori ini diperjelaskan dan dibuktikan
dengan beberapa fakta tentang kedatangan Islam. Teori kedatangan
Islam ke Nusantara ini, kebanyakkannya adalah daripada aktiviti
perdagangan yang dilakukan oleh para pedagang yang melalui perairan
Laut Cina Selatan dan juga Selat Melaka.Kedatangan Islam dapat
diterima dengan mudah tanpa paksaan dan juga peperangan.
Unsur-unsur yang memudahkan pengaruh Islam diterima ke alam Melayu
telah menyebabkan Agama Islam berkembang pesat dan wujudnya
kerajaan-kerajaan kegemilangan Islam antaranya ialah seperti
Kerajaan Sumatera-Pasai, Kerajaan Acheh, Kerajaan Melayu Melaka dan
lain-lain lagi.
Kerajaan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada kurun
ke-15 iaitu pada masa pentadbiran Bendahara Tun Perak. Melaka juga
merupakan negara Islam yang kuat dan berpengaruh merupakan pusat
perkembangan Islam dan juga perdagangan Agama Islam yang membawa
ajaran yang sangat lengkap dan sempurna dapat diterima dengan mudah
oleh penduduk tempatan. Agama Islam telah berkembang meluas di
seluruh pelusuk tanah melayu.
Kini, negara kita Malaysia telah menjadikan agama Islam sebagai
Agama Rasmi dan bangsa lain bebas untuk menganuti sabarang agama.
Masih lagi tiada paksaan dalam beragama. Apa yang penting adalah
sikap hormat menghormati sesama bangsa dan agama.
Mengikut Jabatan Perangkaan rakyat Malaysia, jumlah penduduk di
Malaysia hampir 7 juta orang dan penduduk yang beragama Islam
adalah 60.4% berbanding agama-agama lain.
BIBLIOGRAFI
Abadul Rahman Haji Abdullah (1989). Islam Dalam Sejarah Asia
Tenggara Tradisional. Kuala Lumpur : Teks Publishing.Azhar hj. Mad
Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arbaiyah Mohd. Noor & Salina Hj.
Zainol (2001). Siri Sejarah Fajar Bakti TITAS. Selangor : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Chua Hian Chong, Chan Siew Yoke & Baharuddin Hassan (1996).
Sukses Lengkap SPM Sejarah Peradaban Dunia. Selangor : Pustaka
Delta Pelajaran Sdn. Bhd.
Muhammad Abu Bakar (1991). Ulama Terengganu Suatu Sorotan.
Terengganu : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nur Hidayatie Murni, Rofidah Ahmad Badri, Eramaann (2009). Whizz
Thru Sejarah Nota Ekspress SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/titas-teori-tentang-kedatangan-islam-ke.htmlhttp://cgrohaida.blogspot.com/2011_04_01_archive.htmlhttp://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=4http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/statistik/786hiasan
Rajah di atas menunjukkan batu nisan Malik al-Saleh di Pasai
Gambarajah di atas menunjukkan gambar Batu Bersurat di Kuala
Berang, Hulu Terengganu yang mempunyai ukiran paling tua dan
tulisan jawi pertama ditermui di Malaysia
hiasan
Gambarajah menunjukkan peta kedatangan Islam dari Arab, China,
dan India
hiasan
hiasan
Gambarajah di atas menunjukkan hasil seni bina yang terdapat
unsure China dalam pembinaan sebuah masjid di Indonesia iaitu
Masjid Tan Hock Liang
Rajah di atas menunjukkan perdagangan merupakan faktor utama
Islam diterima di Tanah Melayu
hiasan
Gambarajah di atas menunjukan keadaan berdisiplin dan tertib
dalam menunaikan solat telah menarik minat masyarakat setempat
hiasan
Gambarajah di atas menunjukkan lukisan Wali Songo yang merujuk
kepada Sembilan orang ulama yang terkenal di tanah Jawa pada abad
ke-15.
hiasan
Gambarajah di atas menunjukkan lukisan Parameswara, baginda
telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Iskandar
Syah
hiasan
Ini merupakan sebahagian kitab Al-Dur Al-Manzum(Radd Al-Muhtar
ala Ad-Durr Al-Mukhtar) yang menjadi sumber rujukan
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Amir Hamzah telah disusun semula oleh S.A. Dahlan dan
diterbitkan oleh DBP (cetakan 1969)
hiasan
hiasan
hiasan
hiasan
6