Top Banner
TEORI BEHAVIOUR
37

teori-behaviour

Jun 14, 2015

Download

Documents

Dina Haya Sufya
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: teori-behaviour

TEORI BEHAVIOUR

Page 2: teori-behaviour

PEMEROLEHAN BAHASA

• bayi dilahirkan bersama alat fizikal yang sesuai untuknya memperoleh bahasa.

• memulakan hidup tanpa bahasa tetapi pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otaknya.

• Proses pemerolehan bahasa itu seperti satu keadaan yang sudah terjadual sifatnya.

Page 3: teori-behaviour

• Mengikut teori biologis, sejak lahir, kanak-kanak sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa.

• Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa.

PEMEROLEHAN BAHASA

Page 4: teori-behaviour

• kanak-kanak yang normal, akan dapat bertutur dalam jangka masa yg agak sama.

• mereka akan mengambil perkataan penting, mempelajari dan seterusnya menggunakannya.

• Oleh kerana manusia mempunyai otak yang kecil waktu lahir maka kematangan berbahasa itu adalah sejajar dengan perkembangan otak mereka dan semestinya mengambil masa yang lama.

PEMEROLEHAN BAHASA

Page 5: teori-behaviour

• Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pemelajaran tetapi adalah dengan cara 'memperoleh'. Ini berlaku secara tidak formal.

• Menurut Awang Mohammad Amin ( 1979), kebanyakan penyelidik bahasa kanak-kanak berpendapat jangka masa penguasaan bahasa yang paling kritikal ialah antara 1 -5 tahun

• pada jangka masa ini kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan kepada mereka.

PEMEROLEHAN BAHASA

Page 6: teori-behaviour

• mutu bahasa yang akan dilahirkan oleh kanak-kanak itu bergantung kepada bahasa mula-mula didedahkan kepada mereka.

• Jika bahasa yang didengarkan itu baik maka bahasa kanak-kanak itu akan menjadi baik juga dan jika di sebaliknya, kesan kepada bahasa kanak-kanak itu amat buruk.

PEMEROLEHAN BAHASA

Page 7: teori-behaviour

Perkembangan bahasa kanak-kanak itu biasanya dikaji daripada tiga sudut, iaitu:

(a) Fonologi

(b) Semantik (c) Sintaksis

PEMEROLEHAN BAHASA

Page 8: teori-behaviour

PEMEROLEHAN BAHASA

(a) FonologiDalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar kemudian maju kepada fonem-fonem yang halus.

Page 9: teori-behaviour

PEMEROLEHAN BAHASA

(b) Semantik• Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa

benda atau makna. Ketika inilah kanak-kanak sering membuat kesalahan, terutama semasa memberikan makna perkataan itu.

• Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks komunikasi, kanak-kanak itu akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas tatabahasa.

Page 10: teori-behaviour

PEMEROLEHAN BAHASA

(c) Sintaksis• kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu

perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika menjangkau umur 2 tahun.

• Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian, pertanyaan dan sebagainya.

• Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas.

Page 11: teori-behaviour

• Setelah meningkat kepada umur 5 tahun, barulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa orang dewasa.

• kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks

• dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.

PEMEROLEHAN BAHASA

Page 12: teori-behaviour

• Atan Long (1978), pada peringkat awal, pertuturan kanak-kanak merupakan pertuturan yang dihalakan kepada diri sendiri dan bukannya untuk perhubungan bermasyarakat.

• Keadaan ini berterusan sehinggalah kanak-kanak mencapai umur 4 tahun. Pada tahap umur kira-kira 7 tahun, pertuturannya bersifat kemasyarakatan dari segi bentuk dan fungsinya.

PEMEROLEHAN BAHASA

Page 13: teori-behaviour

• Masalah pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak habis-habis diperkatakan oleh ahli-ahli psikolinguistik.

• Pendapat yang bertentangan itu berkisar kepada bagaimana sesuatu bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak melalui proses pemerolehan.

• Pandangan-pandangan itu menunjangi dua aliran yang penting iaitu aliran behaviorisme dan aliran kognitif.

MASALAH PEMEROLEHAN BAHASA

Page 14: teori-behaviour

• Aliran ini dipengaruhi oleh teori-teori dan ilmu psikologi.

• cenderung membuat kajian bahasa secara dekat. • cuba menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa

dengan menggunakan pendekatan yang dapat diamati secara langsung atau secara fizikal.

• otak manusia merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang terjadi di dalamnya tidak dapat diamati.

TEORI BEHAVIORISME

Page 15: teori-behaviour

• bahasa adalah proses perilaku iaitu hasil operasi stimulus rangsangan dan respon atau tindak balas yang bergantung semata-mata kepada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia.

• Oleh kerana manusia mempunyai alat biologis yang berfungsi untuk menghasilkan bahasa maka dapatlah manusia menggunakan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

TEORI BEHAVIORISME

Page 16: teori-behaviour

• Aliran ini menganggap pembelajaran bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai.

• menolak pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan operasi kognitif.

TEORI BEHAVIORISME

Page 17: teori-behaviour

• Dari segi pemerolehan bahasa pula golongan ini menekankan bahawa bahasa dapat dikuasai melalui pembelajaran secara tidak formal dan formal.

• tidak formal - berlaku pada peringkat awal iaitu sejak kanak-kanak itu dilahirkan sehingga sebelum mereka masuk sekolah.

• Formal - berlaku di sekolah melalui proses pembelajaran yang intensif. Bagi golongan ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah yang menjadi faktor utama dalam pembelajaran bahasa.

TEORI BEHAVIORISME

Page 18: teori-behaviour

• Aliran ini bersifat mentalis kerana ia cuba menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya.

• Mengikut pandangan aliran ini, pengetahuan bukanlah satu latihan pancaindera tetapi adalah daripada pemikiran manusia. Rasionalnya ialah idea yang semula jadi adalah sebagai asas sesuatu kebenaran di dalam pengetahuan kita.

TEORI KOGNITIF

Page 19: teori-behaviour

• Aliran ini menganggap bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.

• Apa yang perlu dikaji adalah proses yang terjadi dalam otak dan saraf yang dapat merumus dan menghasilkan bahasa itu sehingga bersifat agak abstrak.

• kreativiti yang wujud di dalam otak atau pemikiran penutur bahasa itu adalah keperluan dalam diri manusia yang dibawa sejak lahir dan bukannya hanya alat luar untuk berkomunikasi.

TEORI KOGNITIF

Page 20: teori-behaviour

• Aliran ini menerangkan adanya ciri-ciri kesejagatan pada setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia.

• Ciri-ciri kesejagatan ini ada hubungannya dengan kognitif. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia inilah yang menjadikan penghasilan sesuatu bahasa itu bersifat kreatif iaitu tidak terbatas kepada objek dan peristiwa-peristiwa atau pengalaman-pengalaman yang hanya dapat digarap oleh perilaku semata-mata.

TEORI KOGNITIF

Page 21: teori-behaviour

• Mengikut pandangan aliran ini lagi, bahasa yg diperoleh pada peringkat awal tidak bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja seperti yang dituntut oleh golongan behaviur, tetapi peranan kognitif turut sama.

• tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa seperti sintaksis, morfologi dan fonologi hanya terbatas kepada apa yang dapat dialami sahaja.

TEORI KOGNITIF

Page 22: teori-behaviour

Bloomfield (1887-1949)• ahli bahasa yang telah mengembangkan prinsip dan

kaedah penyelidikan bahasa yang diberi nama American Structturalism (Ginlio, D.L., 1970).

• menunjangi teori psikologi behaviurisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli-ahli psikologi seperti John B. Watson dan A.P. Weiss dalam hal kaedah menghuraikan bahasa.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI-AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 23: teori-behaviour

Bloomfield (1887-1949)• beranggapan bahawa bahasa adalah satu tingkah laku

manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain. Sekiranya tingkah laku manusia yang lain itu berpunca daripada adanya rangsangan, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap rangsangan itu.

• apa yang perlu dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan dilahirkan daripada mulut seseorang hingga ucapan itu diterima serta difaham oleh pendengar dan begitulah di sebaliknya.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI-AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 24: teori-behaviour

Skinner, B.F.• seorang lagi ahli psikologi yang terkenal.• pernah mengajar di Universiti Harvard. • menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila

adanya rangsangan dan tindak balas yang berulangan.

• menguji seekor merpati yang disimpan di dalam kotak, ada suis pada pintu dan apabila pintu diketuk ada makanan datang sebagai hadiah. Ini dibuat secara berulangan dan merpati itu mendapat satu tabiat dan dia belajar melaluinya.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 25: teori-behaviour

Skinner, B.F.• Berdasarkan eksperimen tersebut, Skinner telah

memberi pandangan bahawa bahasa adalah hasil proses perilaku iaitu hasil operasi rangsangan dan tindak balas yang berlaku, dan ini adalah bergantung kepada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia.

• Beliau menolak sebarang pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan operasi mental.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 26: teori-behaviour

• Seekor tikus dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang terdapat makanan yang diperbuat daripada tin dan di luar kotak terdapat satu alat untuk menjatuhkan makanan ke dalam tin itu. Makanan yang jatuh ke dalam tin itu akan mengeluarkan bunyi. Tikus yang dimasukkan ke dalam tin terpaksa memijak sebatang besi untuk membolehkan makanan itu jatuh. Pada mulanya, tikus yang lapar itu memijak batang besi secara kebetulan sahaja, tetapi setelah beberapa lama, tikus itu mempelajari bahawa apabila batang besi tertekan, maka makanan akan jatuh. Ini akan dibuat berulang-ulang apabila tikus itu merasa lapar.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 27: teori-behaviour

• Skinner mengambil keputusan bahawa pengukuhan menambahkan kemungkinan berulangnya sesuatu laku. Pengukuhan itu harus cepat terjadi sebelum diganggu oleh tingkah laku yang lain. Tingkah laku yang direncanakan bersifat operan dan mempunyai pengaruh terhadap lingkungannya.

• Lingkungan yang dipengaruhi ini adalah pemberian hadiah atau pengukuhan kepada organisma yang mengeluarkan tingkah laku tersebut.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 28: teori-behaviour

• Teori Skinner ini sama dengan teori behaviourisme lain yang menekankan mustahaknya stimulus dan respons dalam pembelajaran.

• Peranan dan fungsi otak tidak diambil kira langsung kerana hubungan-hubungan mental tidak dapat diamati.

• Skinner menganggap pembelajaran bahasa merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang melakukan aktiviti yang hendak dikuasai itu.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 29: teori-behaviour

• dua jenis rangsangan tindak balas yang berlaku ketika seseorang itu memperoleh / mempelajari bahasa. (Skinner)– rangsangan 'automatik‘

• apabila lutut diketuk oleh doktor. – rangsangan 'operan'.

• lakuan daripada rangsangan dan tindak balas yang wujud dalam keadaan tertentu dan memerlukan hasil yang tertentu juga.

• ada kaitannya dengan pengaruh biologikal, sosial dan Iain-lain lagi.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 30: teori-behaviour

• Dalam buku Verbal Behaviur 1957, Skinner banyak membincangkan aktiviti pengukuhan dan kegiatan menghasilkan proses pembelajaran yang maksimum, iaitu dengan adanya lakuan yang berulang, pengukuhan dan keadaan yang sesuai.

• Skinner juga berpendapat bahawa otak itu merupakan sebuah kotak yang gelap dan apa yang terjadi di dalamnya tidak dapat diamati.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 31: teori-behaviour

Noam Chomsky• Beliau telah membidas pendapat Skinner kerana

pada pandangan beliau teori perilaku itu tidak munasabah. Dia tidak menyetujui Skinner kerana beliau telah menolak otak dan pemikiran manusia dalam mempelajari bahasa.

• Chomsky menegaskan, kematangan saraf, kematangan berfikir dan bertindak adalah penting dalam proses mempelajari bahasa.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 32: teori-behaviour

• Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang dari luar

• Teori ini memakai skim S-O-R (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 33: teori-behaviour

Jean Piaget• bahasalah yang membentuk fikiran manusia.• bahasa juga menentukan cara manusia berfikir.

Piaget kemudian memperbaiki semula teori itu dengan mengatakan 'yang sebenarnya fikiranlah yang membentuk bahasa; tanpa fikiran bahasa tidak akan wujud'.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 34: teori-behaviour

• fikiran menentukan aspek-aspek sintaksis, iaitu bagaimana kalimat disusun dan fikiran juga menentukan leksikon bahasa dan bukan di sebaliknya.

• bahasa adalah sistem kod yang sudah jadi (siap untuk dipakai). la diperluas dan diperlengkap oleh masyarakat pemakainya. Bahasa mengandungi sejumlah alat kognitif yang selalu siap sedia untuk digunakan oleh fikiran.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA

Page 35: teori-behaviour

TAHAP PENGUASAAN BAHASA

UMUR CIRI-CIRI PENGUASAAN BAHASA

3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.

12 bulan (1 tahun)

Menggunakan kata tunggal seperti ‘mama’ dan ‘baba’. Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.

18 bulan (11/2 tahun)

Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah perkataan)

24 bulan – 36 bulan

Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep ‘banyak dan sedikit’ dalam ayat.

Page 36: teori-behaviour

TAHAP PENGUASAAN BAHASA

36 bulan – 48 bulan

Penggunaan kata-kata yang berunsur negative mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

48 bulan – 60 bulan

Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perhebdaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.

5 tahun-6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak-kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.

Page 37: teori-behaviour

TAHAP PENGUASAAN BAHASA

6 tahun – 7 tahun Kanak-kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.

8 tahun- 10 tahun Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

10 tahun-12 tahun

Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan

Ubahsuai daripada D.C.Norton (1985). The Effective Teaching of Language Arts.