Top Banner

of 17

Teori Behavior

Oct 18, 2015

Download

Documents

sorupanathan

mab
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

KURSUS: PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER: SEMESTER 2INSTITUT: IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN SUBJEK: MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103)

TAJUK: TEORI BEHAVIORIS

Ivan Petrorich Pavlov (1849 1936)John Broadus Watson(1878 1958)

Edward Lee Thorndike (1874 1949)Burrhus Frederic Skinner(1904 1990)TOKOH PELOPOR

Pelaziman Klasik (Emosi)Tingkah laku

Unsur Berkaitan

Pelaziman Operan (Tabiat)Pengukuhan

Cuba ralat

Teori Pembelajaran Behavioral

Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku

Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran

Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan

Pelaziman Klasik PavlovSebelum Pelaziman Proses PelazimanSelepas Pelaziman

Rangsangan tak terlazim (Makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)TETAPIRangsangan neutral(bunyi loceng)

Tiada gerak balas(tiada perembesan)Eksperimen 1. Bunyi loceng 2. Tunggu sementara 3. Diberikan makanan 4. Proses berulang-ulang Rangsangan tak terlazim(makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)DANRangsangan Terlazim(bunyi loceng)

Gerak balas terlazim(perembesan)

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah:

Generalisasi

Pembelajaran Semula

KONSEP LAIN PAVLOVDiskriminasi

Penghapusan

GENERALISASIGeneralisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

DiskriminasiDikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.PenghapusanPenghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV

Thorndike

Teori Pelaziman Operan Thorndike

Kajian : haiwan ayam, kucing, anjing, monyet

Eksperimen : kotak ajaib

Eksperimen Kotak Ajaib

Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar

Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar Kaedah cuba jaya

Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka

Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya ia dikurung semula ke dalam sangkar itu.

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE

Hukum KesediaanMenurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.

Hukum LatihanMenurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

Hukum KesanHukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.

Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah: Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif.

SKINNER

Kajian : Skinner BoxPerlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.

SKINNER BOX

Tingkah laku binatang dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkod.Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah

Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan

Pengukuhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif.Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

Pengukuhan PositifPeneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Pengukuhan Positif

Tingkah LakuKesan/AkibatTingkah laku Masa Hadapan

Pelajar kemukakan soalan dengan baikGuru memuji pelajarPelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

Pengukuhan NegatifPengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif.Pengukuhan Negatif

Tingkah LakuKesan/AkibatTingkah laku Masa Hadapan

Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunyaGuru menegur pelajarPelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

Pengukuhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual pengukuhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual pengukuhan ini meliputi pengukuhan berterusan, pengukuhan berkala tetap, pengukuhan berkala berubah, pengukuhan berkala nisbah tetap dan pengukuhan berkala nisbah berubah.Jadual Pengukuhan

PengukuhanMaksudContohBentuk GerakBalasTindakan apabilapeneguhandiberhentikan

Peneguhan berterusan.Peneguhan diberi selepas setiap gerak balas.Menonton televisyenCepat memberi kesan.Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat.

Peneguhan berkala tetap (fixed-interval)Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan.Kuiz mingguanTahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan.Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu.

Peneguhan berkala berubah (variable- interval)Peneguhan selepas jangka masa berubah- ubah.Pop kuizPelajar akan lambat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan.Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan.

Peneguhan berkala nisbah tetap (fixed-ratio)Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan.Kerja yang dibayar mengikut kadar.Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan.Tiada nilai peneguhan dimana peneguhan hilang nilainya bila kerap diberikan peneguhan yang sama.

Peneguhan berkalanisbah berubah (variableratio)Peneguhan selepas beberapa bilangan gerak- balas yang berubah-ubah.Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya.Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walau pun peneguhan tidak diberikan.Kekal tinggi.

DendaanDendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan.

Tingkah LakuKesan/AkibatTingkah laku Masa Hadapan

Pelajar membuat bising dalam kelasGurumemberi amaran kepada pelajarPelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).Dendaan Persembahan

Dendaan Penyingkiran

Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan.

Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik.

Prinsip PremackKonsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

PelupusanPelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)

Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan behaviorisme.

Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.

Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.

Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk

Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

Watson Little Albert Experiment Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning)

Albert - 11 bulan tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejut dan terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).

Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.

Kesimpulannya,Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

PROSES PELAZIMAN

Gerakbalas SemulajadiBunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim )ketakutan(Gerakbalas Tidak Terlazim)

Proses BerpasanganTikus (Ransangan Neutral ) + Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim

Ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)

Berlakunya PembelajaranTikus (Ransangan Terlazim )ketakutan (Gerakbalas Terlazim)

LATIHAN UJI MINDA

1. Senaraikan prinsip-prinsip pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Pavlov dalam bentuk peta minda. Generalisasi Diskriminasi Penghapusan Pembelajaran semula

2. Senaraikan kajian/eksperimen yang digunakan oleh keempat-empat tokoh behaviorisme beserta nama tokoh terbabit. Pavlov : Ujikaji Anjing Thorndike : Kotak Ajaib Skinner : Skinner Box Watson : Little Albert

3. Melalui eksperimen Little Albert, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Nyatakan hukum-hukum tersebut. Hukum Kesediaan Hukum Latihan Hukum Kesan

4. Menurut teori pelaziman operan Skinner, Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif. Jelaskan kedua-dua pengukuhan yang telah dinyatakan dalam teori beliau. Pengukuhan Positif : Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan pemberian sesuatu rangsangan berikutan gerakbalas yang ditunjukkan. Pengukuhan Negatif : Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan penghapusan sesuatu rangsangan aversif berikutan gerakbalas yang ditunjukkan.

DISEDIAKAN OLEHFATIN BINTI ITHNINNUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRISITI ZULAIHA BINTI ABD RAHMANPISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER 2IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN