FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : JANUARI 2014 HBAE2203 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG MATEMATIK NAME : ZAIDA BT ISMAIL MATRICULATION NO : 700806035112001 IDENTITY CARD NO. : 700806035112 TELEPHONE NO. : 0198999449
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Kemudian guntingkan lakaran yang telah dihasilkan.
Langkah 3 :Untuk hiasan badan kuda kepang, guntingkan kertas corak dan kertas warna.
Kemudian hiaskan boneka kuda kepang dengan menarik dan kreatif.
11
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Langkah 4 :
Akhir sekali..sediakan lidi dan lekatkan pada bahagian belakang boneka kuda kepang dengan menggunakan pita pelekat...seperti gambar di atas...
12
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
6. APLIKASI BONEKA
Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Pendengar iaitu kanak-kanak
13
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di samping
melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Melalui permainan
boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana mereka dapat meluahkan apa yang
terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.
Mereka juga tidak akan berasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang
disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah
pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan
sebenar serta merangsang daya imaginasi.
Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara
berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Eve-Marie Arce (2000) dalam
bukunya ‘Curriculum for Young Chidren-An Introduction ’menyatakan bahawa, boneka
adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru untuk menyalurkan emosi kanak-
kanak, kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau kebimbangan mereka. Kanak-kanak
mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuan daripada guru. Pelbagai bahan
boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama ada bahan-bahan terpakai, bahan
semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan sesuatu pembelajaran. Bahan-
bahan terpakai adalah seperti penutup botol minuman, batang aiskrim, bekas dadih, pnggan
kertas, stokin lama dan pelbagai lagi. Bahan semulajadi pula seperti daun, batu kecil, ranting,
akar pokok, kulit pokokdan bunga manakala bahan-bahan yang berkaitan dengan
pembelajaran pula seperti bulu burung yang dikaitkan dengan sains dan lain-lain yang sesuai.
Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang tetapi juga
berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita-cerita tertentu.
Ketika boneka digerakkan, muzik latar, suara atau pun bunyi-bunyian dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri atau
sekumpulan kanak-kanak.
7.0 FUNGSI PERMAINAN BONEKA
14
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Permainan boneka mempunyai banyak fungsi yang positif untuk memperkembangkan bakat,
emosi, intelek dan spiritual. Antara fungsi tersebut adalah seperti ekspresi, informasi,
eksplorasi, persuasi dan melayan.
Fungsi ekspresi merujuk kepada pernyataan suka, benci, kagum, marah, bosan,dan sedih.
Dengan mendongeng/cerita boneka, baik pencerita mahu pun pendengar akan dapat
mengungkapkan pernyataan senang, benci, kagum dan sebagainya. Pencerita boleh
melontarkan soalan agar kanak-kanak dapat memperkembangkan ideanya. Selain itu,
pencerita juga boleh menimbulkan persoalan agar kanak-kanak berkeinginan untuk bertanya.
Dengan cara bergini, kanak-kanak akan dapat mengekspresi diri untuk melahirkan rasa
kagum, senang, benci dan sedih.
Fungsi informasi pula merujuk kepada keupayaan untuk menyampaikan mesej atau maklumat
kepada orang lain. Dalam kelas penceritaan, baik pencerita ataupun si pendengar akan dapat
menyampaikan mesejnya kepada orang lain. Mesej tersebut pula merupakan perkara-perkara
yang biasanya mereka sudah pernah mendengarnya. Akan tetapi pada saat itu, mesej tersebut
muncul kembali kerana adanya simulasi.
Fungsi ekplorasi pula merujuki kepada keupayaan untuk menjelaskan sesuatu hal, perkara
dan keadaan. Kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan untuk menjelaskan sesuatu.
Ketika ia mengetahui sesuatu maka melalui stimulasi, mereka akan berusaha untuk
menjelaskan idenya.
Fungsi Persuasi puala merujuk kepada fungsi bahasa yang bersifat mempengaruhi atau
mengajak orang lain untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu secara baik. Pada tahap
selanjutnya kanak-kanak akan berusaha mengajak atau mendominasi temannya dengan
kemahuan atau keinginannya. Bahkan sering kali tejadi pertengkaran di antara mereka untuk
mempertahankan pendapat masing-masing.
15
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Manakala fungsi melayan pula merujuk kepada keupayaan untuk menghibur. Komunikasi
yang wujud setiap hari antara pendengar dan pembicara pastinya mengandung elemen
kelucuan bahasa atau ekspresi dan gerak tubuh. Maka dalam penceritaan fungsi menghibur
adalah unsur yang mutlak. Seorang pencerita harus dapat menjalankan fungsi itu dengan baik.
8. PERSEMBAHAN HASIL KARYA DAN APRESIASI SENI BONEKA
Persembahan hasil seni berkait rapat dengan proses apresiasi seni kerana hasil seni yang telah
dihasilkan perlu dipamerkan untuk dinilai oleh guru dan rakan-rakan. Persembahan hasil
karya akan membolehkan nilai estetika dan sikap menghargai nilai dikembangkan. Di
samping itu juga, melalui peringkat perbandingan elemen-elemen pemupukan sikap untuk
menghargai hasil seni yang dihasilkan akan terhasil. Rice (1997) berkata:
“The goal of the teaching of art appreciation as a part of general education in the college
curriculum has been to introduce students to art, hoping to convey an understanding of the
value and role of art in our culture. But appreciating art is a much more complicated and
personal enterprise that may require more than an introduction…. It is the attitudes and
actions within those definitions that create the dynamics of discovery for the individual who
appreciates. Teaching and learning about art are processes of discovery, and the “findings”
will impact the individual is future interactions with art. Clearly, coming to value and
understand or appreciate art is a complex undertaking”.
Manakala Derlan (1987: 16) pula berpendapat bahawa apresiasi seni pada hakikatnya adalah
untuk mendapatkan apa yang disebut dengan “pengalaman estetik”. Penikmatan seni yang
terarah, sedar dan bertujuan akan menghasilkan pengalaman tersebut.
Sehubungan dengan itu, dalam kegiatan membentuk dan membuat boneka, persembahan
hasil karya boleh dilakukan dengan cara penceritaan, simulasi, lakonan, puisi dan syair.
Dengan menggunakan boneka yang dihasilkan sebagai alat untuk kegiatan di atas, perasaan
16
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
menghargai hasil seni, nilai seni, daya usaha, keyakinan diri akan terbentuk dengan
sendirinya. Selain itu juga, perasaan menghargai tokoh-tokoh terdahulu yang menghasilkan
boneka akan tersemat di dalam pemikiran dan hati kerana bermula dari tokoh-tokoh inilah
kefungsian boneka sebagai alat pembelajaran bermula.
Menurut Tabrani (1998), tingkatan apresiasi sebagai kejutan (surprise) yang terjadi ketika
kita berhadapan dengan sesuatu karya pada pandangan pertama sehingga jatuh cinta akibat
ciri-ciri kreasi karya yang iseng dan novel. Dalam apresiasi seni terjadi pula proses empati,
iaitu penilai atau pemerhati turut serta merasakan ungkapan, curahan hati seniman
perkaryanya. Turut serta merasakan suka duka, pikiran, perasaan, pandangan hidup dan
watak yang tercermin dalam karya seni tersebut.
9.0 KESIMPULAN
Boneka pada asalnya merupakan satu alat yang digunakan manusia terdahulu untuk
menyampaikan hubungannya dengan tuhan, alam jin dan alam roh tetapi kini, fungsi dan
kegunaan boneka telah berubah. Boneka bukan sahaja digunakan sebagai alat permainan
kanak-kanak tetapi juga alat untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran.
Membentuk dan membuat boneka pula merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-
ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.
Membentuk dan membuat boneka juga memerlukan kebijksanaan memilih bahan yang
bersesuaian dengan jenis boneka yang hendak dihasilkan. Di samping itu, kesuaian warna dan
bahan juga turut mempengaruhi penceritaan berasaskan boneka yang dilakukan. Penghasilan
boneka pula mempunyai teknik tersendiri berdasarkan kepada bentuk dan jenis boneka.
17
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-
watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.
Fungsi dan peranan boneka ini memberikan impak terhadap sistem pendidikan. Selain
disenaraikan sebagai bidang yang perlu dipelajari melalui Pendidikan Seni Visual,
penggunaan boneka sebagai alat bantu belajar dalam semua mata pelajaran juga digalakkan
kerana melalui bidang membentuk dan membuat boneka dan penggunaan boneka sebagai
bahan bantu belajar, pemupukan sikap menghargai, berbangga, berkomunikasi dengan
berkesan dan ingin berjaya dapat dilakukan.
2822 patah perkataan
BIBLIOGRAFI
Derlan (1987). Konsep Pembelajaran Apresiasi Seni. Dilayari daripada : http://file.upi.edu/Direktori/FPBS/JUR._PEND._SENI_RUPA/197206131999031-BANDI_SOBANDI/Model_Pembelajaran_Apresiasi.pdf Pada Febuari 27, 2014.
Eve-Marie Arce (2000). Curriculum for young children : an introduction. Albany, N.Y. : Delmar.
Jackman (1977). Kreatif dan Imaginatif. Dilayari daripada : http://www.slideshare.net/VaruniSankaranNair/kajian-ringkas-bonekaPada Febuari 17,2014.
Nillie Mc Caslin (1984). Creative Drama in the Classroom. New York University.
Rice, R. W. (1997). Art Appreciation. (Online). In Art 360 Foundation of Art Education. Dilayari daripada: http://www.uncg.edu/art/courses/rwrice/360/AAprec.htm pada Febuari 27, 2014.
Tabrani, Primadi (1998). Proses Kreasi Apresiasi Belajar. Bandung;ITB.